mari mencari....

Google
 

Monday, January 25, 2010

kelam-kabut, penat, hujan dan rindu...




hello..
camne weekend? ok? saya punya weekend sikit punya kelam-kabut daaa.. macam2 hal le pulakkk... meh nak buat catatan sikit.
~~~
sabtu : 23/01/2010
pepgi buta.. tak le buta... dalam pukul 730am tu dah keluar dah. pegi rumah ibu sebab nak buat makan2 kat rumah ma. ibu kata singgah rumah dia dulu pegi pasar beli2 then baru pegi rumah ma. ayoyoyoyo... sampai rumah ibu, amik dia then pegi pasar. dah pegi pasar tu tau2 je la.. bukan boleh 15 minit walopon udah buat list. belek itu belek ini, yang pastinya benda yang takde dalam list pon beli jugak. huhuhuh... lepas beli2, pegi rumah ibu lagi amik budak2 tu. then off to rumah ma. sampai rumah ma dalam pukul 10am macam tu. ma bising sebab lambat katanya. appa daaa.. kitaorang tanya yang nak cepat2 tu nak pegi mana? diam je dia. al-kisahnya dia ada plan.. haa..tunggu2..kejap lagi cerita. sampai2 je semua pon sinsing lengan le. kelentang kelentung siap walla... best woo.. menu hari sabtu nasi minyak, ayam masak merah, dalca sayur, kerang rebus, jelatah, sambal tumis udang dengan petai, bubur kacang campor durian, air peach tea. waduh-waduh-waduh... betol2 makan la jawabnya. ibu masak sodapppp!!!!
seperti biasa almaunah sampai lambat. orang dah hidang baru terhegeh2 datang. benci ahh.. bukan reti nk tolong ke apa ke. lepas makan, kitaorang humbankan pinggan piok semua kat dia bior dia basuh. hwuahahhaa.. rasakan!
mmm..rupanya ma tu punya plan nak pegi rumah mama.. nak tengok opah. ate.. ape tak dikabokan awal2 dari semalam. saya hari2 call pon tak lak nak inform ke apa ke kan. mmm..geram2.. anyway..layan je la. lepas makan lepas lepak dalam pukul 3pm berangkat le pulak kami ke rumah mama. sampai sana dok la melayan opah le.. sian opah. makin uzur. mama lak lain tak.. business, business, business. hatta muruku pon business. hehehhe..kitaorang bedal je cukup2 muruku dia tu. kahkahkahkahh..sodap lak tu. ibu beli 10 bungkus buat makan2. ye la. kalo takat sebungkus tu boleh le amik je, ni kalo dah amik sampai 10 bungkus kene la bayar. dah kata orang tu meniaga kan. tak kisah le.
balik dalam pukul 7pm. mujur tak hujan. cuma sikit2 je la rebas2 tu. takpe. sampai rumah, mandi2, maghrib, isyak terus kebabom. lansong tak tengok tv pon. punya le penat. konon nak tengok cerekarama, sudahnya cerekarama dalam mimpi je la.
~~~
ahad:24/01/2010
aaaaaa..yang ni baru betol pepagi buta. pukul 630am dah kuar pegi hantar ma mengurut. ayoyoyo.. terkebil2 bijik mata saya. ye la.. kata mengurut kena pepagi kan. ahh.. masa ma mengurut saya tunggu dalam kereta je la. apa lagi.. tido laaaaaa... huhuhuhu... dah siap ma mengurut dalam pukul 830am tu, pegi pasar pulak. beli laok sikit nak buat bekal le. beli udang lagi sebab nak buat sambal tumis lagi sebab yang makan hari sabtu tu tak puas le. ada lak jumla lala remis tu yang kecik2 tu kan. beli. goreng tumis alahai sedapnya manis2. beli brokoli goreng campur dengan cendawan. jawabnya hari sabtu ahad saya minggu ni tadi makan je la kojenya. aktiviti lepas makan, masing2 berebut nak naik weighing scale. hwuahahhaha.. gila punya keja.
pukul 1pm ingat nak balik, sekali ada lak orang datang. aduhaii.. dah sah2 orang datang time lunch kan, buat lak hidangan untuk tetamu. menunggu orang habis berborak bapak le lamanya. ma tau le... kalo dah berborak, habis 10 kitab khatam. hehehhee.. sorry ma. ye la.. takkan saya nak kuar balik lak kan sedangkan ada orang datang rumah. tak baik la. mata dah terbayang2 nezha dah ni. pukul 330pm orang tu blah. yahuuuu... saya pon balik la.
~
sampai je pagar rumah dengar dah bunyik anak kucing mengeow2. puas saya cari tak tak jumpa. sampai ke dalam longkang saya carik kucing tu. tak jumpa juga. risau le kot2 cedera ke apa ke kan. sebab bunyinya tu macam menderita bebenor. hehhehee... letak barang2, then lepak tengok tv, hujan pulak. lebat pulak tu. malam pukul 8pm kuar kejap sebab nak beli makanan kucing2 kat luar tu dah habis lansong. naya budak2 tu kalo tak makan kang. mengeow2. rumah tu dah macam pusat jagaan kucing le pulak. makin ramai yang datang. ayoyoyoyo.... still, bunyi anak kucing tu tetap le berbunyik. naik risau saya sebab pukul 8pm tu hujan memang selebat2nya. sampai malam la saya terdengar2 je bunyik kucing tu. geram betol. tak puas hati. dok jugak le intai2 pagar jiran2 sebelah kot2 dia ada bela kucing ke. takde lak nampak. nyaring betol bunyiknya. so, malam tido. panas le pulak tak boleh tido. dah tentu2 saya jenis tak lena, asal terjaga je dengar bunyik anak kucing tu. ayoyoyooo.. pukul 11pm dgr lagi, pukul 1am dengar lagi, pukul 3am pon dengar lagi. last2 pukul 5am tu obek call... obek kan kat kelantan koje. dia call saja la menggatal2 pepagi buta tu. dia pon tau la saya jenis tak tido malam tu. siang2 dia tak cal.. buzy koje. saya pon tak kaco. wat pe. tu la obek call tu saya memgadu cakap ada dengar bunyi anak kucing. obek suruh pegi tengok. saya cakap dah pegi tengok dah tak jumpa. obek kata pi tengok kat seberang jalan atas bukit tu.. kot2 ada. ayoyoyo.. tapi, disebabkan semangat membara, saya kuar jugak pepagi buta tadi pukul 530am sorang2 pegi carik kucing tu.
~
allahuakbar.. rupanya betol dia kat seberang jalan atas bukit tu. dok tercongok bawah pokok. saya sampai je terus saya hulur tangan. dia pon datang berlari2 kat saya. uwwaa...drama le pulakkan pepagi buta tu. sure kereta2 yang lalu tu heran apsal le pompuan ni jalan pepagi buat sorang2. so comellllllllllllllllllllll.. kaler putih tompok2 kuning. uuwwaa.. saya ni jenis ciwek ni harus le menangis kan. sian dia. camne la time2 hujan pukul 8pm tadi tu alahaiiii... luluh hati saya la. saya bawak balik rumah. bagi makan, pelok2. kesejukkan dia. menggigil2. bagi minum susu, baru le senyap mulutnya. siapkan tempat tido dia, tempat makan minum dia, baru la aman duniaku. kalo takkkkkkkkkkk.. semedang le dengar dia memekak. lepas tu dia tido kot. pagi ni saya kuar nak pegi koje, tengok dia memekak lagi. manja le pulak. agaknya dia memag ada orang bela la. sebab manja semacam. tu la..main punya main sampai lupa jalan balik agaknya. sian dia. mesti dia rindu kat mak dia. menggelejat bukan main. saya tak masokkan dalam sangkar sebab takot2 kot2 mak dia datang cari ke, tuan dia datang cari ke, bior la dia ikut. kalo takde orang datang cari.. saya bela la dia. meramaikan anak2 saya. hehehhee..
~
tadi nak pegi keje saya dah pesan, main elok2 jangan pegi keluar pagar. kereta banyak kang kene langgar harus saya yang meroyan kang. chewahh..macam paham lak dia. lari2 lompat2 sampai pagar patah balik. eeeee..geram betol. comellll... pagi tadi saya tengok elok lak dia main dengan kucing2 lain tu. moga2 jangan bergaduh yee... love you.
~~~
nezha macam biasa. suka je dia happy2 melompat2. geram betol. pon tetap le comellll.. eeii..apsal semua kucing2 ni comel ha??? geram betol. pagi tadi masa dia nampak saya dok pelok2 anak kucing baru tu wahh..jealos woo.. ada kuar bunyik2 mengaum marah. hehehhee... takot beno say abawak budak tu masok rumah. takdenya..alahaii...
~~~
pagi ni jalan jem macam biasa. alala..biasa la tu. asalkan tak melekat tu kira ok la. tapak tangan kanan ni gatal le pulak. nak kuar duit ke nak dapat duit? huhuhuhuhuu... mmm..bateri kereta tu rasanya nak kena tukar dah.. takot la sebab dah 2 kali saya start pepagi dia macam tak sampai. ngeri woooo... mintak dijauhkan dari segala bahaya. tunggu obek balik la mintak tolong tukarkan. obek..cepat la balikkkk... uuwwaaaaaa....
~~~
ok la.. nanti sambong lagi.
~~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

afiq said...

weekend bangun kol 6.30 musti saya rase "hepiiiiiii" jer kan.. hehehehhehehe

saya said...

afiq--bukan "happy" lagi, dah masok tahap melompat2 dah tu.

zh-ena said...

wooooo begitu rupanya cerita pasal ne'ji..


nsb baik la leeya jd penyelamat kan jd anak kuicng tu selamat di sisi leeya


tak per leeya lg bayk kucing dtg umah leeya lg banyak rezeki dimurahkan pd leeya

isyaAllah

zh-ena said...

selalu nak tanya leeya

saper ibu
saper ma
saper mummy


maner satu mak leeya..pelik skit