mari mencari....

Google
 

Thursday, January 28, 2010

laporan hari ini.. hehhee...


bestnya landing2 atas kertas ni.. eh..tu yang buku kuning tu apa pulak? nampak macam best je.. mesti cuba nih...



huiyoo..betol la.. lagi best la dari landing atas kertas putih tu. buku kuning lagi tebal dan menyedakan badan. wohoo... bye2 kertas putihhh...





best! best! best! kasi tido dulu atas ni. eh..ni apa benda lak ni seketol kecik kler putih ni. cium sikit.. sniff..sniff.. wooo..ada bau wangi lorrr... (woi..itu eraser lah!)




yeahh...dapat tempat landing baru. pedulik hapa kalo pompuan tu bising2 marah2. apa baranggg..sukati wa la nak landing mana pon. kasi posing sikit. pompuan tu nak amik gambor tu.



apa ni asyik snap2 je.. tepi lahhh.... orang nak baca dictionary nih. ilmu pelita hidoppppp...

~~~~
muwahahhaha... dialog rekaan semata2. saja la. hari tu dok tengah membaca kat tilam sambil landing budak nezha seperti biasa akan datangla. dia mana boleh tengok orang bersenang lenang harus nak mengacau. mana yang saya usik pegang itu le yang dia nak usik jugak. layan je la. at that time mata pon dah kelat2 biji langsat. wahh...boleh ke perumpaan macam tu? boleh ajeeee...
~~~
saja la mengusik dia. sayang dia sangat. pernah ke satu yang berlalu tanpa rasa sayang kat dia? hehehhe...
~~~
semalam balik lambat. 840pm baru sampai rumah. aduhaii..penat betol la. tensen. benci. tak baik tensen2.. tak baik benci2... redha je la. anyway..balik semalam layan budak2 tu kejap then mandi. tak dinner pon. macam penat sangat. tengok tv entah le cerita apa. maintukar2 channel je. takde yang menarik. rasanya by 10pm dah terlelap. tapi pukul 12am bangun kejap. minum air. panas. haus. lepas tu tido lagi. pukul 2am bangun. kali ni rasa segar semacam. sambong tengok tv. tengok csi n.y pas tu sambong tengok chibi maruko chan. habis pukul 4am. pas tu tido. pas tu pukul 630am bangun dah. tak tido2 lagi. yahuuuuu.....
~~~
tengah tengok tv pepagi buta tu dalam pukul 3am obek call. tanya wat pe. saya cakap saya tengah tengok tv. pas tu borak2 kejap. ngadu lapar. ye la.. tak dinner kan malam tadi. takde mood la nak makan. obek kata nanti dia belikan breakfast. ye la tu. entah dia nak balik keje pukul berapa. sekali pagi ni pukul 730am ada bunyik tintinponpon daaaa....hehehe..obek hantar breakfast. mihun goreng ada ayam masak merah sekali. yahuuuuu..thank you obek. i lebiuuuuu... lepas tu buat air teh o, then breakfast la. lepas tu pegi keje. opss..kene isi petrol dulu la. aduhai..benci betol. tak boleh le beli petrol banyak2 simpan kat rumah. paling tak suka la kalo kene pegi petrol stesyen pepagi ni. logo isyarat dah menyala2. dalam hati sepanjang nak menyampaikan ke petrol station tu dok la berdoa. dah le jem lite2. buatnya terberhenti kat tengah jalan tu masak jawabnya. huhuhu.. tapi alhamdulillah. sampai uga ke petrol station yang berdekatan. isi kasi penuh2. geram! pas tu teruskan perjalanan ke tempat kerja. jalan jem. layan je la. hehehhee.. i lebiu jalan jemmm.. kalo tak jumpa sehari rindu rasanya. ggrrr....
~~~
apa lagi nak cerita ni ha?? owhh.. hush puppies ada buat warehouse sale mulai hari ni sampai weekend ni rasanya. kat seri petaling. sila pergi. mesti best! tetiba je kan iklan sale.
~~~
kejap je kan dah hari khamis. syukur alhamdulillah. gaji lambat lagi. aduhaiii.. korang2 yang gaji 25hb tu syiok laaa... saya lambat lorr. tapi takpe. lambat dapat lambat habisnye. hwuahahha.. ye la tu. jangan risau. bank bergerak sentiasa ada.. obek le tu. hwuahaha...
~~~
tadi call ma tak berjawab le pulak. entah mana peginya. kejap lagi call lagi. mesti ada berita terkini hiburan sensasi tu kang. ma kalo bercerita biasa la..non stop. i lebiu ma.
~~~
weekend ni taktau lagi nak buat apa. ingat ahad nak pegi salon. dah lama tak pergi. nak gunting rambut kasi pendek sikit la. dah panjang. suka rambut panjang tapi kalo basuh rambut tu leceh le. ni apa hal la cerita pasal rambut pulak. takpe. memenuhkan blog.
~~~
macam2 kes sekarang ni kan. takot la. semuanya melibatkan bangsa dan agama. sorang punya pasal, habis kecoh 1 negara. tak baik la buat macam tu. kot ye pon tak suka atau benci, bukan macam tu caranya nak melampiaskan kebencian. ni kalo ko sorang je yang kene takpe.. masalahnya perbuatan ko tu melibatkan menyusahkan semua orang. tak boleh ke hidop aman damai. ya allah.. lindungi kami semua.
~~~
okla..takde apa lagi nak cerita. obek nak beli pisang banyak2 katanya nak bagi kat orang2. dah niat le tu. layan je la. kenapa selalu orang bagi pisang je ha?? kenapa tak bagi apple ke, limau ke, rambutan ke? entah..taktau. bagi la apa2 pon yang penting ikhlas dan dari duit yang halal. mudah2an berkat kehidupan. amin....
~~~
ok la.. (berapa kali ok dah ni??) nanti sambong lagi. nak buat keje dah ni. malam ni malam jumaat. jangan lupa tau. lupa apa? apa2 laa yang berkaitan.
~~~
i love you obek..(always love you)
i love you nezha..(so notty boy)
i love all of you..(limau banyak2 berkotak2 ni korang nak ke?)

6 comments:

afiq said...

saya kot tau pasal warehouse sale nih gtau afiq ek? wakakkaka! matila.. gile sopping.... cis. nezha... hait... x reti dok diam... same cam nuneng

MOKCIK AZWA said...

tak tau pon ada warehouse sale..huhuhu...pandai jer la time aji dia kasi sale kan.

pepagi buta terbangun tengok csi lagik...mokcik pun pernah mengalami kejadian serupa akibat tertidur awal, bangun pun awal lerr..pehtu ngantok kat opis huhuhu

bestnya ada orang hantar bekfes hingga ke depan pintu rumah kannsss... cayangg obek..wakaka...jgn mareee...

mokcik pon paling malas nak pi singgah petrol kiosk pepagi nie..klu pi pun sebab terpaksa la bila signal dah menyala2 ihikss..

~dARlee zURiS~ said...

macam2 ye nezha nie
tp...still comey je.

dgn keadaan skrg nie,memang tak dapatlah nak g warehouse sale mana2.kang terberanak kat situ susah lak.huhuu...

zh-ena said...

pisang fov ena hehehhehe

saya said...

afiq--wahh..bab shoping cerah mata yee..

mokcik--sama le kita,paling mls nak pegi isi petrol

zuris--sabor2..lepas bersalin esok pulun habis2.

ena--saya pon suka pisang gak. hehhee..

Misz Pinkie Winkie said...

comel nezha tue.
kene tengok dekat2 baru clear nampak muker dia.
hebhehhe