mari mencari....

Google
 

Thursday, February 25, 2010

cepatnya masa berlalu...


hello..
cepat betol masa berlalu kan.. rasanya macam baru je lagi tapi rupanya dah penghujung bulan februari..
~
sekuntum mawar merah..
sebuah puisi..
untuk gadis pilihan...
oohhh...
dibulan februari...
~
chewahhhh... ok apa lagu tu. menggamit memori. melodi pon sedap didengar. wahwahwhah..sejak bila suka dengar lagu2 macam ni. biasa tu dok hentam system of down je kan. hantu betol. anyway.. nak cerita pasal semalam.
~~
semalam saya punya la lapar. rasa macam nak pengsan kepala sampai berpusing2 pening. aduhaiii.. tapi takde selera betol nak makan. runsing. lunch makan kopok. bertambah2 le pusing kepala. balik tu rasa dah menggigil dah badan. dok la pikir nak makan apa tapi tak mendapat jawapan. heran ni. biasa tu macam2 je menu tersembol kat kepala. takpe la.. on the way back ngadu kat obek la. biasaaaa..standardddd... mujur jalan tak berapa jem. singgah isi petrol dulu sebab dah nak dekat E. jangan memain..buatnya jem kat depan tu sapa lak nak menolak kereta. nauzubillah..mintak dijauhkan. dah isi senang hati. walopon isi rm20 je kan. jadi laaa.. hwuahahhaha....
~~
sampai rumah, pelok ngadu kat nezha pulak. paksa obek suruh datang cepat bawak pi makan sebab lapar sangat. so lepas maghrib obek datang and kitaorang pon pegi le makan. makan kat kedai yang baru. bukan kedai tu baru..kami la baru jumpa kedai tu. baru 1st time le nak try makan sana. macam2 menu adaaa.. tapi bila minta itu takde ini takde... apa laaa.. kalo takde jangan tulis dalam menu. so orang lapar punya order ialah ikan kembong sweet sour, daging masak pedas, sotong goreng tepong, cendawan masak sos tiram, air limau ais untuk saya, obek air mangga. makan dengan pelahap. hahahhaha... masakan kira ok2 la.. tapi sedih le sotong goreng tepong tu udah rupa cekodok tepung dalam ada isi sotong sepotong terselit. benci betol. susah nak dapat kedai yang buat sotong goreng tepong betol2. kebiasaannya semua tepong je banyak. leceh lorrr... tengah makan ada kucing datang. 2 ekor. sekor putih belang hitam, sekor kaler kuning coklat. hehehehe..so comel. sebok nak pow makanan, layan je la bagi la tulang2 tu. sian dia lapar. masa tengah tunggu makanan siap, obek pulak dapat call. site breakdown. haiyaa..baru nak dating2 nih. kaco je la. so, dia pulak dok sebok call sana sini. biasa le tu kan. so, makan cepat2 sebab obek nak kene pegi tengok site. on the way dalam kereta, tekak saya udah melonjak2. aduhhhh..seksanya nak menyampaikan ke rumah. tensen! sampai je rumah terus keceborr..kuar dah semua ikan sayur cendawan daging bagai. hwuaahhaha... buat penat kunyah2 je tadi. maybe sebab perot terlalu kosong agaknya, so angin tu menolak makanan. so, sapu2 tiger balm, then baring tengok tv. cerita pretty woman. hehehhee... best gak ye layan cerita dulu2 tu. lepas tu tido. pukul 230am terjaga lagi. macam segar so sambong tengok dvd cerita the road. sedih wooooo.... pukul 5am habis cerita, tengok katun kejap lepas tu terlelap. pukul 630am jaga lagi bangun siap2 pergi koje. main dengan nezha dulu layan2 dia. lepas ut pi koje.
~~
hari ni toll sunway jem! benci betol. tak bergerak tu. menyampahhhhhhhhhhhhh...
~~
sempat beli koripop dengan chok badak. tapi tak bermakan lagi ni. entah bila nak makan. makan kurengtapi badan naik jugak. something wrong somewhere la ni.
~~
weekend ni ada kenduri kat rumah pakcik obek. malas le nak pergi. tapi dia ajak. tengok le camne.
~~
esok maulidur rasul kan... maulidur rasul tu apa? apa korang ingat maulidur rasul tu cuti2 malaysia ye? takde maknanya la... hari keputeraan nabi muhammad s.a.w.. kene tau sikit2 jugak pasal ni. kot ye pontak de pegi surau dengar ceramah... tapi benda2 ni kene tau sikit la kan. kot birthday penyanyi pujaan bukan main lagi..siap boh reminder kat hp, ni birthday idola islam ni..kene ingat sikit. so, kalo maulidur rasul ada apa??? ada cuti public holiday.. lagi? ada kenduri makan2 kat surau, ada ceramah.. lagi? appa daaa... hehehhehehehe... kene baca buku balik nih.
~~
malam tadi nezha mengejar cicak. geram betol habis tunggang langgang rumah saya dikojekannya. dia ingat agaknya cicak tu nak tunggu dai kat lantai ke? huishhh.. awal2 dah terobang naik atas siling. dah tu dia panjat le meja kerusi segala benda atas meja udah ke bawah la. lantak le..malas nak tegah. saya dah le kepeningan malam tadi.
~~
obek still buzy. dia kene koje jauh le nanti awal bulan 3. eh..ke dah cerita semalam. uuwwaaa...
~~
ok la.. have a nice weekend ye..
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, February 24, 2010

entah apa ntah..tak tahu...


hello...
apa khabar semua? sihat? batuk? sakit perot? takpe2.. nanti sihat la tu. saya selalu doakan supaya semua orang sihat2 walafiat hendaknya. meh nak cerita pasal semalam...
~~
balik lambat. pukul 840pm baru sampai rumah. benci ahhh... sian acha. sampai2 rumah terus lepak. makan pon tak. tak larat la. mandi2 semua, tengok tv. cerita apa ntah. tak berapa pasti. mata berat sangat so by 11pm dah kebabom. hehehhehe.... jumpa obek kejap je balik tu sebab dia nak pegi koje jumpa2 orang ni la pulak. biarkan la. saya pon penat. sekali pukul 2am sudah terjaga daaaa... apa bikin? tengok tv la. dah tak boleh tido. apsal cerita malam2 pepagi buta macam tu semua best2 ha?? tengok glutton for punishment. bestla. saya suka mamat tu. dia suka challange diri dia sendiri. selalu je masuk pertandingan apa2 ntah. hehehe..happy go lucky person & sangat hardworking. so semalam punya pertandingan ialah masok pertandingan bar tendering tu. ala..yang pusing2 baling2 botol at bar tu le. wahwahwahhh..sangat best wo...susah tu nak berlatih. ye la..baling2 botol pusing2 bagai. kena hati2. end up dia menang 7th place out of 30. ok la tu kan dari taktau apa2 lansung. kalo saya la..memang alamat semua berterabor le jawabnya. eh...malaysia pon ada buat tau bar tendering skill contest tu. tapi tak le diperbesarkan..kang isu lak. lepas tu tengok kartun chibi maruko chan. wahwahwahhh..fav saya tu. nezha pon joint sekali jugak. suka beno menempek. layan je la. lepas tu tengok apa lagi ye?? end up saya tido pukul 5am. terok betol. orang pukul 5am bangun tido dah, saya baru tido. pukul 630am dah bangun lagi pergi siap2 pergi koje. macam tu le saya lebih kurang hari2.. entah buat hapa2 malam2 buta tu. sekarang kene kuar rumah cepat..kalo tak jem nanti payah. seperti biasa, time saya kelam kabut nak pegi koje tu la mamat nezha buat hal. lagi dia nampak saya terlompat2, lagi la dia baring golek2 mengeow2 suruh garu perut. aduhaiii.... tak boleh..tak boleh... garu sikit lepas tu saya lari cepat2 cakap bye2 kat dia. hahahha.. baru la dia mencicit kejar. lawak betol. so, perjalanan pagi ni macam biasa la. jem.
~~
kereta obek kene cium daa pagi tadi. hehehhee... mujur kereta yang kene cium, kalo dia yang kene cium, mari siniii...saya tekwando-kan orang tu. chewahhh... perkara biasa tapi tu la.. menyusahkan orang. kot nak hantar kereta pi repair orang tu tu nak guna kereta apa? payah nak bergerak. harap2 semua ok je la. tak suka perkara2 macam ni berlaku kan.
~~
lapar tapi takde mood nak makan la. modd oh mood dimanakah dikau....
~~
eh..yang duit hantaran tu kan.. kita pompuan yang dapat untuk enjoy yale-yale yahooo ke kene guna untuk buat kenduri? tak paham lansung la.. explain sikit --->sila jangan buat sebarang spekulasi. saya bertanya saja untuk pengetahuan am. kalo dapat ke kita semua bagusnyaaa... shoping sakan wehhhh!!!!!
~~
okla.. nak mengarut pon dah tak larat. sapa nak jawab soalan matematik angkat tangannnn... saje2 la kan uji minda. salah pon takpe. kalo betol pon takde hadiah. hwuahahha... nanti saya bagi ye. kita bincang2. mau ka takmau?? nampak macam semua kata takmau..uwwaaaaa...
~~
i love you obek...(miss you lah)
i love you nezha...(lepas makan tido tau)
i love all of you...(selamat bekerja)

Tuesday, February 23, 2010

entry takde info...


hello...
apa khabar semua? sihat? hahahhaa.. macam ayat rancangan kanak2 daa... anyway..camne hari ni? jalan jem macam biasa... tapi saya kuar tak le terlalu awal macam semalam. hari ni lambat sikit pukul 730am baru kuar. bukan apa.. dah bangun awal2 tu mana tau tetiba terlelap le pulak. siap mimpi dah pegi koje tu.. tu yang relax je sekali nezha kejut2. wahhh..itu jam baru terkejut dog terkejut badak terkejut biawak semua ada. melompat la. thank you nezha kejutkan.. kalo tak alamat laa.. kussss semangat.
~~
cerita perjalanan takyah cerita la.. macam biasa.
~~
korang pernah tak terima call dari kononnya syarikat associates le konon.. cakap korang ada hutang kredit kad la, hutang personal loan la.. walhal korang takde pon buat benda2 macam tu. pernah tak? kalo ada, sila kongsi2 pengalaman...
~~
balik semalam hujan. mujur dah sampai rumah baru hujan lebat. perjalanan balik semalam kira ok la. pukul 7pm sampai rumah. then singgah dulu kedai beli makanan. semalam teringin makan sambal gereh..hehhehe...ikan masin daaa.. ikan masin pari kering tu goreng rangup2 buat sambal. aduhai..sedapnya. beli juga fucuk suon buat sup dengan telor campor fishball sikit. wowowowow...sedap makan malam tadi. bertambah nasi.. hehehe.nezha pon makan jugak. takde la dia makan sambal tu kan. tu menipu tahap tak hengat dunia tu. dia makan makanan dia la semalam. sama2 dok kat meja. lepas makan tengok tv. cerita apa ntah. criminal minds dengan ncis. hehehhee..suka la cerita2 tu. lepas tu tengok apa lagi ye.. owh..tengok channel 202. hehehe..layan je la. kadang ada subtitle..kadang takde. kalo takde tu main agak2 je la kan. lambat tido..pukul 2am baru tido.
~~
obek keje. dia dah cakap dah pon mulai lepas cny ni dia dah start bz balik. takpe2... asalkan bahagia. esok balik koje bawak duit 5 guni ye obek. lama dah tak dating2.. ye la tu. ahad lepas kan dah dating. relax la.
~~
pagi tadi dengar si.nar.fm. hehehe..ceirta pasal sekelip mata kau berubah. macam2 kisah hidup manusia. takut kan..
~~
apa lagi nak cerita ni.
~~
saya susah hati sebenarnya ni... fikiran runsing..
~~
i love you obek...(koje rajin2 ye)
i love you nezha..(jgn notty2)
i love all of you..(berbaik2lah sesama manusia)

Monday, February 22, 2010

monday morning...


pagi isnin yang dah dijangka kesesakannya..
saya kuar awal..
pukul 7 pagi dah melangkah..
gelap lagi macam nak pegi menoreh getah je rasanya..
memang jem pon kat tol sunway..
tapi ok la..
sebab saya sampai office before 9am...
hari yang bermula dengan baik...
tapi tetiba dapat call musibat..
terus bad mood..
sedang berfikir apa relevantnya call tu dengan saya..
damn it!!!!

Sunday, February 21, 2010

bored to death...


aduhhhduhduhduhduhhhh...
bosan betol..
do nothing for the whole weekend
i forced myself to lay down and sleep
when its a lots of things to do
but what should i do
i have this heavy lazy bones inside me
hahahhaa..
what a lame excuses
nezha?
he's just as happy as usual
lazying around under my feet
on my tummy
between my arms
that creature just know where to go
obek?
as buzy as a bee
no..dont complaint
he's gonna make tonnes of money when he's done
(in a dream)
okey dokey...
im totally full now
after a heavy lunch and a pack of fried banana fritters
(cakap je la goreng pisang..kan senang)
wohohohohoooo..
anybody care to joint me for a dvd marathon?
no..not you nezha.. you can go chasing that colourful ball..

Friday, February 19, 2010

makan tapi terkeluar balik (apa punya tajuk daaa)..

hello...
what's up dude? apa2 la..janji sihat walafiat dan sejahtera sahaja hendaknya. pagi ni pon tak jem. bagus betol. kuar rumah puul 840am sampai office by 9am. yahuuu...kalo la hari2 pon macam ni kan ke best. syukur la apa yang ada... anyway..nak cerita pasal kejadian semalam.
~~
semalam balik cepat. biasa le tu. takde manusia. manusia tu ada tapi dah settle semua hal balik je la. ni le pon masanya nak balik awal. starting from next week minta maaf bebanyak ye..sila hadap koje dan jalan jem. hehehhee.... balik lepak2 tengok tv. mata pedih tapi tak boleh tido le pulak. ate... mana le biasa tido2 siang ni kan. leceh betol la. so tengok tv sampai lebam. malam kuar dengan obek nak pegi dinner. sekali sampai satu tempat tu ada pasar malam. owh..bagus. boleh jalan2 cuci mata. tapi tak berapa best le pulak pasar malam tu. macam spooky sikit. hwuahahhaha... beli char kotiaw, beli sate dengan air mata kucing. sian sure kucing tu kena dera supaya menangis kuar air mata banyak2 kan? hahahahha.. takde la..tu semua cerita mengarut, ada ke yang percaya. cerita kat budak2 percaya le kot. entah. budak sekarang advance dia tu lagi hebat dari kita. dia lak yang betolkan pronounciation kita. mati la.
~~
ok..back from pasar malam dan dating2..balik rumah le. apa lagi. makan2. mmm..come out semua food tak best. char kotiaw cilinya ala2 mentah lagi la. so stop di situ takot nanti sakit perot cerry berry kanglagi satu hal. sate pulak... mmmm...pendek kata tak best la. air mata kucing pulak biasa2 je tapi masa tengah minum nampak benda asing pulak. so, selera terbantut di situ. terus stop dan layan 007. yahuuu... tetiba tekak melonjak2. aduhaii..tau dah ni..tau dah ni. apa lagi..ke toilet le jawabnya uwekk uwekk segala isi perot keluar. macam nak terbarai usus dibuatnya. lama dah kan saya tak kena macam tu. takpe2... itu maknanya perot takmau terima makanan tadi. hehehhee..kuar char kotiaw, kuar sate, kuar buah mata kucing. hahahhaha.. gila la. lama juga bertapa dalam toilet tu. nezha kat luar toilet dah memekak. sian dia. so bukak pintu toilet bagi dia tengok dan teman, saya seperti biasa, harus le melalak kan. ciwek betol. call obek ngadu2. lepas dah lega sambong baring, makan panadol, sapu tiger balm (bukan air tiger ye) kat leher perot dan tekak. sudahnya daniel craig kemana, saya kemana... selamatttttt....
~~
sedar2 nezha dah garu2. owh..i love you sayang. tapi macam awal lagi le pulak. biasa la pukul 530am. in between ada gak terjaga2 tapi pejamkan juga mata. tido lagi. pukul 630am baru bangun. kemas lebih kurang, tengok tv, mandi2 siap pi koje. liat betol tulang. kalo ikut nasihat obek yang tak berapa sihat tu disuruhnya saya cuti je dok rumah. apa baranggg... leceh la dok rumah bosan. lagi pon sayang nak kene potong2 cuti pulak. takpe la.. kang kalo tak larat saya balik awal macam semalam. hehehhee..tu je agendanya pon.



source : http://www.thefunnycartoon.com


nezha pagi tadi macam biasa la... nampak je kita bersiap2, nak amik dia terus pulak buat akal baring2 golek2. suruh garu je la tu. layan jugak kejap, tapi tak boleh lelama. lemau kang. hehehhee...
~~
obek pagi ni ada meeting. hahahha..benda yang dia paling tak suka. biarkan..nanti lunch call dia tanya apa kisahnya meeting tu. saya suka je menyakat dia.
~~
tadi ada jugak beli karipop untuk breakfast, tapi macam tak de selera le pulak. entah la. sekarang selera ni memilih. weekend ni entah la.. plan tu ada macam2, tapi tengok dulu camne. ingat nak buat spring cleaning kat rumah tu. nak buang mana yang taknak kotak2 ke apa ke benda tu. semak bijik mata. benda2 ni kalo tak dibeli, macam berguna pulak, bila dah dibeli guna sekali je lepas tu terletak je la jawabnya. camne korang kemas susun2 barang dalam rumah ha? saya rasa macam tak cukup space je. lagi besar rumah lagi tak muat. pelik betol. takpe2... slow down. kemas sikit2. nak harap nezha kemaskan.. alamat bertambah 'lawa' la rumah saya. hehehehhe....
~~
adik obek si nizam nak pi sabah bulan march nanti. dia tanya nak kirim apa2 nanti inform dia la. saya taktau le pulak apa yang best kat sabah tu.. sapa2 ada info bagitau sikit, apa yang best? baju ke, apa ke benda ke.. eee..tak tau la..
~~
ok la.. nak sambong sikit lagi koje (kalo rajin, kalo tak nak bantai layan u-tube). hahhahaha..saya lah pekerja contoh kompeni merangkap pekerja harapan negara. yahuuuuuu.....
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...

Thursday, February 18, 2010

apa cerita?...





hello....

apa cerita? lama dah tak menulis. cuti panjang katakan.. lama betol cuti, bosan! hahaha..ada ke yang sependapat dengan saya? mesti takde tu. kahkahkahkahhh..anyway..saya harap semua orang happy2 je ye cuti2 panjang tadi.

~~~

nak cerita apa ye? jumaat..macam biasa.. jalan tak berapa jem. saya dpat half day..bos kasi balik awal. hehehhee... bagus betol. kalo hari2 kasi balik half day pon saya terima bos! apa..ingat saya balik rumah terus ke.. takde nya.. saya pegi berjaya times square jumaat tu pegi soping2 baju raya. hambekk.. ngalahkan saya yang nak raya tu. wahwahwahwahhh... betol la kawan2 saya cakap kat sana ada baju murah2 rm 10 rm20 rm30 rm 40 tu. amboiii... sakan borong. style baju kira boleh la pakai..tak le canggih2 beno..padan le dengan harganya pon. anyway.. beli2 sampai petang, sampai rumah pukul 630pm..serupa balik kerja macam biasa jugak. hehehhehe... malam tak kuar pegi mana.. obek koje. saya pon dah penat.

~~~

sabtu, 13/02/2010
happy anniversary to us!!!! hehehhe..dah lima tahun dah ni. kalo budak dah masok tadika dah ni. habis, apa cerita? takde cerita apa2.. hehhehe...teruskan dengan kehidupan. to obek.. i love you. eh..nezha pon nak i love you jugak? layannnn.... cerita anniversary? hehhehe... takyah crita la.. rahsia. doakan yang terbaik untuk kami ye kawan2...
~
malam pegi dating2 dinner la.. kata anniversary... obek ajak balik kampung dia sebab ada kenduri. alahaii.. lemah lutut le pulek.. hari tu jumpa sebab tak dirancang.. kali ni dirancang.. malu lahhhh... takpe2..kasi cool dulu. so, the plan is ahad esok tu balik kampung obek. uuwwaaa....
~~~
ahad, 14/02/2010
pagi2 buta pukul 7am obek dah call kasi kejut. chehh... ingat kita apa? kita awal2 pukul 530am dah bangun le pakcik woi..takot beno kot2 saya bangun lambat. tau laa... so, by 830am.. dah terpacak depan pagar tu.. off we go balik kampong obek. sabor je la. jalan ok.. tak berapa jem. biasa2 je la dari seremban ke melaka tu. sikit je la. sampai sana lebih kurang pukul 1030am. bawak relax2 slow2. obek lak suka menyakat usik2 dalam kereta. benci betol. udah lejantong macam nak gugur dupdapdupdap dibuatnya. tak suka la.. sampai2 je.. adiknya dah jemput. saya buat biasa je la sebab dah pernah jumpa hari tu. hahhahha.. orang dah ramai rewang2. kata ada kenduri malam tu harus le ramai manusia. jumpa mak dia. aduhaii.. pengsan lor. macam la tak pernah jumpa before this. dah tau orang tengah sebok kenduri tu tak reti2 ke nak tolong? apa lagi..pi tukar uniform le kan.. pakai treksut pakai t-shirt.. bersilat la kat dapor. aiman tak kisah..takat2 kenduri makan 80 orang tu aiman dah biasa buat.. hwuahahhahaha...masak laok ayam masak merah, sambal goreng, kari kambing sebab akikah anak si jemi, mihun goreng, karipop, kuih apa ntah kacang hijau bulat2 celup tepong, apa lagi ye... owhh..kacang kuda rebus buat gigit2. lagi..lupa la.. ada lagi kot. kenduri settle... best pulak rupanya ye. tengok anak jemi putih melepak. macam kapas dengan arang kalo dibandingkan dengan saya. sedihnya... uuwwaaaaa... tapi anak dia suka nangis la. hehhehee..maybe panas kot. ye la..kebelakangan ni cuaca panas betol.
~~~
tu je nak cerita pasal kenduri. hari isnin pagi konon nak pegi jalan2 gunung ledang. sekali punya jem jalan nak masok tu. aduhai.. patah balik. cuma sempat tangkap gambar signboard gunung ledang je. jadi la. esok saya tepek. petang isnin tu lepas asar saya pon balik. mak midah kasi tapau macam2 lorr..ayam goreng kehepsi le..tapi goreng sendiri kat rumah le.. kuih la.. macam2 jenis kuih. pengsan. sapa le nak makan. bagi kat nezha ayam goreng tu nak le dia.. kuih2 tu takmau dia. sampai rumah nezha dah mengeow2.. rindu le tu. ngada je. malam tido mati. sebab penat.
~~~
selasa, 16/02/2010..macam biasa.. takde yang istimewa. rabu, 17/02/2010..pegi dating tengok wayang dengan obek. semalam le tu kan. hehhehee... khamis, 18/02/2010, koje. kahkahkahkahhh...
~~~
malam tadi tengok dvd sampai lebam bijik mata. beli 10 terus. hambekk... takyah kuar2 rumah seminggu. cerita apa ntah.. cerita lawan2 ada, cerita hantu pon ada.. layankan je la.
~~~
sekarang ni cuaca panas betol kan. saya dah kebelakangan ni dah jadi habit lak bangun malam2 mandi, tapi risau jugak takut tak baik utk kesihatan. ekon pon macam tak terasa je. apa ke kulit saya ni yang tebal beno.
~~~
ok la..takmo bebel lama2..
~~~
i love you obek...(love you always..)
i love you nezha...(nezha notty)
i love all of you...(still mood cuti ke korang?)
~~~
happy 5th anniversary to us!

Friday, February 12, 2010

dull and bored..




source : google/www.cartoonstocks.com
~~
helooooooooooooooo...
hari yang sungguh membosankan.
cuti lama??
lagi bosannnnn...
~~
hehehhe..sure korang bengang dengan statement tu kan.....
~~
have a nice long holiday peeps!



Thursday, February 11, 2010

back to normal? not yet...

source : google

hello...
harap semuanya sihat2 saje hendaknya ye. saya macam biasa. berputar2 berpusing2. takmao cakap lah. cakap pon tak guna, bukan boleh settle pon.
~~
nezha ok. sangat manja dan melompat2 je kojenya. pagi tadi dia buat peel. saya kelam kabut nak pergi keje dia pulakk takmo kuar dari bilik. bila dipanggil dia menyahut tapi dokdiam. bila saya datang dekat terus baring golek2. petanda suruh garu perot dia la tu. aduhaiii.. dah lambat ni sayang ooii..camno nak buat. layankan jugak la kejap kot tak kang merajuk lagi payah. garu2 dia syiok pulak. bila saya bangin dia garu2 tangan saya suruh lagi le tu. owhh..sorry..tak boleh dah tak sempat. nanti jalan jem la. siannya dia. terus pelok2 cium2, bagi vitamin sana pon pergi koje. tak sabar nak balik rumah nak pelok2 nezha. rindu... walhal2 hari2 jumpa nih. heran betol.
~~
obek seperti biasa. buzy memanjang. malam tadi pegi dinner. dating2 la konon. makan apa ye? perot dah sebu masok angin la. owh..makan apa ntah. waffle. sedap pulak. lepas tu tengok orang dok memborong air pop2 berperisa tu saya pon bantai borong sekali. macamkan saya yang nak raya weekend ni. heran betol. saya nak beli 1 perisa 1 botol je. datang si obek terus pulak cakap kat budak sales tu angkat 1 kotak. tak ke naya!!!!! mujur boleh campur2 perisa. apa la..kembong la minum air berkarbonat banyak2.. not good for health tau. not2 good pon dah habis 2 botol saya bedal. hahahhaha.. pagi ni bawak 1 botol datang opis. boleh buat2 minum. sakit? belakang cerita la. lantak le sana. selama ni jaga makan minum pon sakit le jugak. bosan.
~~
korang weekend2 ni ada plan apa? lama cuti tu. tapi saya tak cuti la kot. maybe rabu tu dah koje balik. tapi taktau lagi. tengok keadaan la.
~~
saya teringin makan lemang cicah sambal tumis or rendang sebenarnya ni.. mana nak carik lemang sekarang?? yang real, lemang yang bakar2 takmo yang tipu2 rebus punya.
~~
apa lagi nak cerita??? takde apa la. still not in a good mood. sian obek jadi mangsa lepas geram selalu. hehehhee... dia dah immune, takpe. kenapa saya tak pernah marah nezha?? ada sikit kepelikkan disitu.
~~
i love you obek..(always love you..)
i love you nezha..(miss you..)
i love all of you..(have a great day ahead)

Monday, February 8, 2010

........



i had a very bad weekend







Friday, February 5, 2010

ting tongggg.. hello miss..you've got a parcel here..

hehehheee.. pepagi lagi dah ting tongggg... pagi yang pada mulanya bermula dengan curahan hujan lebat, serta jalan jem yang melekat, juga suara pompuan comel merengek2 dalam kereta sebab stuck dalam jem..telah berubah dengan gilang gemilang cemerlang terbilang dengan adanya suara orang memanggil..hello miss..you've got a parcel here. yahuuuuuuuuuuuu!!!!!!

~~

sebenarnya masa tu saya tengah buat apa ntah tadi..kelam kelibut la..al-maklum..masok lambat. opss.. jangan ingat saya bangun lambat ye, atau keluar rumahlambat. saya pukul 8am dah tercongok kat tol sunway tu tapi malangnya...ye..malangnyaa...kereta tak bergerak pon terperok je la kat tetengah alam tu kan. hantu betol. dah le hujan lebat. tapi bila sampai area tol tu tak hujan lebat sangat. dugaan betol pepagi jumaat ni kan. tapi syukurr..alhamdulillah.. walopon lambat tapi saya sampai dulu before bos masok. hwuahahha..eh, bukan saya yang bos ke? tu la korang tak tau..saya bos bahagian mengomel dan borak2.. hehhehe...

~~

ok2..berbalik kepada cerita ke'excited'tan mendapat parcel. mula2 tu tak de la apa sangat sebab biasa memang dapat pon. tapi parcel documents lah kan, which is.. expected. tapi pagi ni tengok dari seseorang laaa.. yee...saya dapat parcel seperti yang dijanjikan oleh ena ibu umairah yang comel tu sebab teka betol dia pergi bercuti ke cameron highland. yahuuuuu.... so..jeng jeng jenggg...let's see whats inside...







tu dia..... parcel bertulisan tangan yang... err..errr...hehehhee.. yang lawo la..





bukak jangan tak bukak.. tengtengtengggg... apa tu??? ada sampul surat 2, 1 kecik, 1 besor. ada pensel GERSASI laaa... wohoo..ni kompom guna setahun tak habis2 nih. bestnyaaaaa...





ok..buka sampol kecik dulu..owh..thank you card. eh..patotnya saya yang say thank you.. ini sudah terbalik daaa.. tak nampak ye tulisan tu..meh saya tulis semula.. ena tulis.."Harap sudi terima ole2 yang tak seberapa dari Ena." sebelah lagi satu tulis, "Salam Leeya. Terima kasih sebab sudi join contest ena yang mengejut tu. TQ. ZH-ena". bukan sudi lagi.. teramat2 le sudinya tambah2 dapat ole2. hehhehe...terima kasih ena. saya pon tak sangka dapat ole2.. rezeki la ni namanya kan. bior cameron memanggil2 melambai2 saya pula ke sana.




bila semua dah dibuka..maka inilah benda yang saya dapat, 2 batang pensel gergasi, 2 fridge magnet berbentuk strawberi dan 1..er...err... apa ye benda tu? mamat kuning tu apa ena? camne nak gunanya??? opss.. eraser pensel gergasi adalah tercabut tapi not to worry..dah lekatkan balik dah. hehehhee... masa time kecik2 dulu memang ada pensel gergasi ni...tapi taktau lak benda tu wujud lagi sekarang. mengembalikan nostalgia betol la pensel tu. dulu2 hujung pensel tu macam ada bulu2 ayam tu kan.. bukan bulu ayam laa.. bulu yang warna warni tu la...apa ke namanya. beli dengan intention taknak guna, tapi nak tayang2 je. hehehhee.... seronoknyaaaa...




see..itulah perbandingan kebesaran dan kegemokan pensel gersasi dengan pen biasa. besar kan?? alamak..mamat im a star tu pon nak tumpang 2 kaki daa..layankan je la. dia pon nak bergambar jugak. elok le tu posing terkangkang macam tu.

~~

anyway..thanks again ena... terima kasih banyak2. segan rasanya terima barang macam tu tanpa buat apa2 pon. nanti la..harap2 ada rezeki lebih ye.. seronoknyaaa.....
~~
cerita pasal nezha... saya pon kan tak berapa nak sihat lagi. masih bersin2. best betol kan. tekak perit. malam tadi makan nasi lemak sebungkus. kira boleh le.. pas tu makan ubat, terus baring2 depan tv. tak larat la. tengok cerita apa ntah..lupa dah. tengok mr. bean cartoon punya. pas tu tido dah kot. tak sedar. sedar2 nezha dah cium2 pipi garu2. alahaiii..siannya dia. mesti dia nak main. dah 2-3 hari ni sejak saya tak berapa sihat memang kurang la masa bermain dengan dia. sure dia boring. mujur dia cium2 pipi, buatnya dia gigit? hehhee.. kadang dia gigit jugak.. geram agaknya dia. so, bangun la..waktu tu awal lagi baru pukul 1.45am.. tengok kartun lagi, goreng kopok, makan2 lepak2 layan dia main. mmm.lepas tu baru tido. dia pon terbongkang tido. geram betol. so, pagi pukul 6am bagun lagi. lepak2 then pegi koje. rutin harian le tu kan.
~~
weekend ni taktau le apa plan. badan tak berapa sedap ni. ingat nak tido je tapi kang ma tu mesti dah plan macam2. aduhhh... teringin makan mee kari seafood la. sedapnya. boleh ke telan tekak tengah perit nih. ahh..tak kira la nak jugak. nanti balik rumah ma nak buat la.
~~
ok la..takde apa nak tulis lagi... have a nice weekend everybody!!!!!


sebelom tu..tatap dulu muka budak comot pepagi. nak jugak menyelit kat lappy kan. geram betol. i love you nezhaaaaaaaaaaaaa.... i love you obek...

Thursday, February 4, 2010

achumm..achum...tak berapa sihat la...



aduhaii..asyik bersin2 je achumm..achum..achumm tak berhenti2. rasa nak tertanggal dah hidong ni. but stil pegi koje la. kata pekerja harapan negara..mesti rajin2 kan. hwuahahha... takde la..ingat kalo demam tu nak gak mc, tapi tak lak demam, just panas biasa je. tapi tu la selsema.. hidong tersumbat tapi selseme meleleh camne tu???? comel ke? yang tak tahan achum2 tu la.. pening kepala la.

~~~

anyway..takpe la kan. bukan selalu pon kene selsema sakit2 macam ni. redha je la terima. soluble dah sebeban ditelan belom gak surutnya. malam2 tido duduk. hehehe.. kalo baring rasa macam tak boleh bernafas. nak cium2 nezha pon pikir2 jugak. mana tau kot2 berjangkit pulak dah 1 hal. saya selsema makan soluble rm2.50 je... nezha selsema masakkkk purse kopek jawabnya. baik jangan.

~~~

semalam sampai rumah lambat. actually...dari pagi dah lambatttttt. tak tau apsal semalam jalan jem sangat sangat sangat sangat.. bengang sakit hati sakit jantong semua ada la. saya sampai pukul 940am semalam. hambekk..geram betol. sampai2 tengok bos takde.. ingatkan lega le kot orang tu belom sampai rupanya udah sampai, udah keluar le pulak. hantu betol. buat muka selamba je la. hahhahha.. sampai nangis la dalam kereta semalam sebab jem. dah le asyik terbersin2 pening kepala. dugaan betol. balik semalam pon macam tu gak. melekatttt.. pukul 820pm baru sampai rumah. nezha udah menjerit2. mula la saya terkangkang2 nak buka pintu nak ambik barang. huhuhuhu.....

~~~

since badan tak berapa sedap obek belikan dinner semalam. beli sup tulang. sedap le pulak. tapi macam pedas. kenapa zaman sekarang kalo buat sup memang kena pedas ke? setau saya kalo nama sup tu ialah benda yang tak pedas. ke dah salah ke? benci laaa..perlu ke letak cili api dalam kuah sup tu??? kalo sambal dia lain la.. uuwwaaaa..tapi makan jugak la. makan dengan nasi ada le sejemput. jadi la buat alas perot. terima kasih obek sebab belikan sup. malam ni beli lagi ye. hehhehe.. dalam pada marah2 sup pedas tu nak jugak lagi. mengada betol.

~~~

nezha macam biasa. manja. rasa nak cubit2 je dia tu. malam tadi tak berapa larat nak melayan dia la, so sukati dia la nak buat apa pon. saya memang flet malam tadi. lepas makan nasi, makna ubat terus kebabom. tak tengok tv pon. tv memang on je la untuk nezha. bukak je channel kartun habis cerita. aman sikit otak. malam tido memang tak selesa. takpe la.. sekali sekala.

~~~

pagi ni bangun awal dan keluar awal. sebab taknak tersangkut dalam jem macam semalam. mmm..manage to get here at 9am sharp! hehehhee...tung tang tung tang siapkan benda2..macam bertukang le pulak bunyiknya.

~~~

ok. penutup botol air saya hilang. tolong carik. takkan nak terngadah je botol air tu kan. ke nak suruh beli baru???

~~~

tekak perit la. pagi tadi dengar berita kat radio cakap ada lagi kes bunuh bapa kat t'ganu. aduhaii..takotnya. sekarang ni semua main bunuh je. takde dakwa-dakwi lagi dah. agaknya stress yang melampau ke sampai dia bertindak macam tu? takot la.. istighfar la banyak2. kalo ikot hati memang rasa nak bunuh je semua orang tapi mana le bolehkan. entah la..dunia dah akhir zaman.

~~~

ok la..nak keje rajin2 ni bior boleh dapat rumah besor dan lawo dan canggih dan menarik tertarik kebabom macam rumah mokcik tu. ehehehheee....

~~~

i love you obek...

i love you nezha...

i love all of you...

Tuesday, February 2, 2010

bila pena bertukar tangan..

huiyoooo..... ni gara2 afiq le ni.. telah meng'tag' saya untuk tulis tangan kiri. katanya if kita right-handed, kene try tulis lef-handed.. and so vice-versa.. afiq..afiq.. kalo tag ni afiq bagi kat saya 10 tahun yang dulu..kompom saya menang... (tapi ni ada pertandingan ke?) sebabbb...masa saya kecik2 saya boleh tulis 2-2 belah tangan. whauahhha..walopon yang kiri tu tak berpa lawo but still akan guna 2-2 tangan kalo tulis buat homework. sebab tau la dulu2 homework banyak... sampai penat letih tangan kanan, so praktis tulis guna tangan kiri juga. sejak ada zaman komputer ni so dah tak pernah guna lagi kiri untuk menulis..until la baca entry afiq ituuuuuuuuu....
~~~
hah!!! nak tengok sangat..hambekkkk....



lawo takkkkkkkkkkk???? sila jawab lawo. hehehe... tengok nama saya ada, nama afiq ada, nama nuneng ada, nama nezha ada... ahhahhha.....
~~~
afiq kata kene tag2 orang lak. alahaiii... sapa je yang baca blog saya ni afiq... ada le 3-4 kerat. jadinya..sapa je yang baca entry ni automatically anda tenagh DI'TAG'!!!! boleh macam tu...
buat je la..saja suka-suki nak tengok..
~~~
ok..that's all...
~~~
baru bukak blog ena.. ena cakap saya teka betol dia pergi bercuti kemana2 iaitu pergi cameron highland! yahuuuuuu.... ada hadiah ke? ena kata ada ole2 dari sana.. ni mesti dapat stroberi 16kg ni.. kompom lah! ;P

keje sekerat je..

source : www.hebrewday.org/studentauction.html


hehehhee... hello... senyap sunyi je blog kan. entah la.. tapi takpe..jangan pening2 kepala. semalam kan saya koje. sekali terberkoje sekerat hari je la. obek ajak pi dating2. so, koje pon tak banyak semalam, jadinya saya half day je la. alalalaa...bukan selalu pon. setahun sekali pon payah. so, waktu lunch pukul 1pm tu saya terus balik. yahuuuu...sampai rumah main2 dengan nezha dulu..then kejap tu obek sampai lepas tu terus pegi cheras nak tengok wayang katanya. entah le cerita apa. amik yang paling awal sekali. sampai sana pukul 230pm macam tu, then tengok legion, pukul 310pm. cantikkkk... sementara ada 1/2 jam nak masok, pegi lunch dulu. makan nasi ikan pari kat food court tu. mmm..rasanya kureng. kot yang kat g*ant kj ni lagi sedap sikit. hehhehehe...
***
lepas makan ngam2 pukul 3pm. pegi toilet dulu. beli popcorn then masok le. penuh gak wayang semalam. maybe orang2 yang koje kat kl tu semua datang sini kot. layan je la. cerita legion tu ok. tapi far from my expectation la. hhehehhe..tak le seram sangat ke apa ke. tak suspen la. paling tak best every dialog ada je sebut *uck. apa ke halnyaaaa.. bosan la. even cerita da vinci code dulu tu lagi best. takde pn sebut2 perkataan macam tu but yet very entertaining. macam teruja je kan. ni macam boring je. alahaiii..takpe la. obek?? sah2 le dia tak paham cerita2 macam tu. bab tembak2 tu je la dia paham pon. pas tu selebihnya sebok mengadap pop corn. hahahhaha... lepas habis cerita, pegi pusing2 kejap. tak beli apa pon. saja je la. by 6pm kami pon balik. singgah pasar malam dulu beli makanan, lepas tu singgah kedai pet beli vitamin nezha. pas tu balik. sampai rumah, lepak kejap mandi makan, then tengok tv.
***
tengok cerita ncis dengan criminal mind. best. lepas tu tido.... malam tadi mimpi apa ntah. pukul 530am bangun. tapi malas, so tido lagi. by 6am bangun dah le sebab nezha udah men'dunlop pillow'kan perot saya. sakit wwooo... breakfast cereal, nezha minum susu, then pegi koje.
***
jalan dah start jem hari ni. well.. that's life.
***
apa lagi nak cerita ni? owh..ni le tiket semalam. (nampak beno takde koje sampai tiket pon nak scan)


korang2 dah dapat limau ke? saya ada jugak.. tapi sapa la nak makan banyak2 tu. bosan. kot dapat hamper ke sedap le jugak kan. hahahahha... kejap je dah masuk februari kan.. pejam celik pejam celik dah sampai masa. takot la. apa yang ditakotkan? entah la..rasa macam banyak je lagi benda yang belum dibuat. macam2 la.. duniawi, ukhrawi...
***
hari ni takde plan apa pon. tengok dulu camne. ok la..tak tau dah nak tulis apa.. have a nice day ahead!!!
***
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, February 1, 2010

camne weekend??...


hello...
camne weekend korang? mesti ada yang happy, ada yang sedih, ada yang havoc. macam2 le tu kan. saya punya weekend biasa la... kelam kabut. huhuhuhu...
~~
sabtu, 30/01/2010:
pagi2 dah bangun. sebab nak pergi tengok karival buku mph kat stadium melawati tu kan. semangat ni bangun macam nak pergi koje hari biasa. sekali dah siap2 semua bagai call obek boleh orang tua tu baru terhegeh2 nak bangun. ini sudah mendatangkan kemarahan!!!! sabar je la. lepas membebel semua, dalam 1/2 jam macam tu obek pon sampai. yahuuuuu... bye2 nezhaaa.. dok rumah tau. sekali dah sampai shah alam tak tau le mana stadium tu. hehehhee... agak2 je sebab rasanya dekat2 dengan giant. so, pusing2 dapat la. sampai awal. pukul 930am dah sampai sana. so, breakfast dulu la. kat tempat parking tu ada gerai jual2 makanan. pandai betol cari peluang meniaga. tapi kualiti makanan hampeh. so, tepat pukul 10am saya pon masok le. ramai dah pengunjung. masuk2 je ingat nak terus menonong masuk sekali nampak orang beratur la. owhh..kene register. tak nak register pon takpe tapi tak dapat le goody bag tu. isi dalam dapat pensel kaler campur crayon kot, majalah (majalah lama la dia kasi), dapat peket nescafe gold, pas tu apa benda ntah lagi. tak ingat. ke itu je ha??? so, masok la kami. banyak lagi booth yang tak buka. booth penerbit le kan. tapi yangheran tu booth public mutual dah buka awal2. hahahhaa... ni dah tersalah karnival ni. takpe..layankan je la. mmm..buku2 yang dijual pada pandangan saya masih mahal walopon dah sale2. harga bulu still dalam rm30++ lepas disale 20%. mmm..baik beli buku sale kat times.. 3 rm10 je. buku novel tebal2 bagus. not worth la kalo bei bukukat sana semalam. so, saya tak beli la. buku kanak2 banyak le. mmm..ada booth2 yangjual buku memang murah. macam set untuk english, belajar grammer tu. bagus la. saya beli 1 set. buat baca2. pas tu beli al-quran terjemahan. best jugak. pon murah. lepas tu nampak buku set author yang dulu2 tu..macam shakespear la.. wells la, apa lagi la. dai jual 1 set ada 2 volume. best. tapi masa saya pusing2 tu dah ternampak ada 2 booth jual buku yang sama tapi harga yang berlainan. nicamne nih? harus diselidik ni. hehhe..demi harga murah le katakan. 1 booth jual rm24. 1 booth jual rm19++. saya pusing2 tanya 2-3 kali untuk kepastian. last2 saya cakap kat booth yangjual rm24 tu saya kata booth sebelah jual buku yang sama tapi lagi murah rm19 je. dia kata dia taktau le sebab itu dia punya ala2 bos or peletak harga (ada ke jawatan macam tu?) yang letak harga. say akata baik le check. wat rugi je kalo macma ni for sure orang tak beli kat sini. saya kata pegi le jalan2 sana pi tengok. hehehhee... dia pon pegi tengok then dia kata ha'ajhh la.. nanti la saya bagitau kat person incharge tu untuk tukar harga. orang tu petang kang baru sampai. saya kata takpe la..dah terlambat. saya nak balik dah so saya beli kat kedai sebelah. so, saya beli 4 set benda tu. dah beli say apegi kat kedai harga mahal tu then tayang kat dia. haiyaaa.. in that time karnival dah berlansung selama 2 hari... takkan awak tak lalu2 pusing2 lansung tgk booth orang lain. check la harga. appa la..camne punya marketing strategy le nih. oebk pon beli gak. entah le buku2 apa benda dia beli pelik2 je saya tengok. sebelom balik ada lak jumpa booth jual madu. apa ke namanya. beli jugak. dah habis beli. balik la. apa lagi. awal lagi masa tu baru pukul 12pm. beli laok tapau untuk makan kat rumah. sampai rumah jerang nasi, belek2 buku susun2 lawo (entah le bila nak baca) then makan. lepas makan, balik rumah ma...
~~
sampai rumah ma, tengok tv. tak buat apa pon. ma dah makan sebab dia pergi rewang kat rumah jiran selang 3 jalan depan. okla tu. petang baru masak. masak simple2 sudah. masak hotdog blackpepper dengan goreng montot ayam. hahahhaha.. jadi la. malas nak masak. malam, saya tulis board iklan ma nak sewa rumah. kene tulis 3 keping. jadinya main2 cat le saya malam tu. lepas tu tido..tak tengok tv pon.
~~
ahad, 31/01/10 :
pagi2 dah tengok tv. kartunnnnnnn..... tak buat breakfast sebab ma pukul 9am dah nak pegi rumah orang kenduri tu le kan. saya pon just lepak2 je la. lipat kain yang basuh semalam. pas tu lapar. buat goreng mihun. simple2 sudah. muat air kopi o ais wahhhh...nyaman tekak lorrr... ma balik rumah lepas makan kenduri lebih kurang pukul 1230pm. tadi pagi kata nak ajak kuar beli ap abarang ntah pas tu dia dah penat. so tak jadi beli. macam2 le ma tu. layan je la. tengok melodi kejap. pukul 1pm saya pon berangkat. tak balik rumah. pegi salun terus nak repair rambut. tungtangtungtang..petang baru siap. perot dah lapar. terus balik rumah makan keropok dulu. call obek ajak dinner. pukul 745pm obek sampai so kami pon pegi dinner. makan kat kedai biasa tapi tak sedap pulak masakan malam tadi. entah la. lepas tu balik, tengok tv kejap, tido.



hari ni bangun macam biasa. pic tu saya amik pagi tadi sebab masa tu saya dok panggil2 nezha tak menyahut. rupanya tengah landing baik punya kat sofa. so, snap pic. dia perasan sebab ada flash tu yang bangun jelir2 lidah tu. geram betol. jalan tak jem hari ni kan? bagus betol. sebab wilayah cuti. obek pon cuti tapi dai nak pegi koje gak katanya ada benda nak settle. bior le. urusan dia bior le dia settle. saya koje hari ni. hehehhehe....
~~
pagi tadi dah breakfast cereal la. share dengan nezha. dia tak le makan cerela tu, dia pow susunya tu la. geram betol. suka nak share2 tau.
~~
ok la..takde idea dah nak tulis apa. esok sambong. selamat hari isnin!!!! i love monday!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..