mari mencari....

Google
 

Tuesday, March 30, 2010

depressed...


depressed..

korang pernah tak rasa macam tu. rasa macam alahai..tensionnya. rasa nak tercabut nafas ni ha.. rasa macam nak lari.. lari ke mana. takde tujuan. rasa macam nak terbang, tapi tak boleh le pulak. rasa macam, rasa macam..entah la....sudah la nak described. yang pastinya depressed. sangat. banyak perkara yang berlaku disekeliling.. entah la..susah nak cakap. hanya yang merasa je yang tau.. bak kata rihanna tu.. said im terrified, but im not leaving, i know that i must pass this test, so just pull the trigger. jadinya.. buat je apa yang terpikir nak buat. saya takmau jadi macam dulu2. jahat. hoohoho...merry chrismast. takde kena mengena. nak jadi baik pon payah, patot la ramai je yang jadi jahat.

Monday, March 29, 2010

sebok je weekend tadi..



hello... apa ceritanya hujung minggu tadi? wahwahwahh..masing2 buzy ye. saya pon buzy jugak tak dapat nak lelap mata. jumaat petang tu balik macam biasa. malam tu ada keje sikit kat rumah orang nak pasang benda2 lah. kecoh2 je. sampai pukul 11pm baru settle. lepas tu kebabom.
~~
sabtu, 27/03/2010
bangun lambat sikit. ye bena la tu..takde la lambat sangat. pukul 8am macam tu. terlajak. badan penat sangat2. lepas tu pegi kl jap. ma kirim barang2 macam2 le so pergi le beli2. pegi dengan obek. beli-beli-beli... so, dah pukul 2pm pulak. lepas tu lepak2 kejap, pukul 4pm balik rumah ma. singgah kfc dulu belikan untuk ma. lama dah tak beli. ikut tekak saya memang takmau le. tapi takpe la..belikan untuk ma. sampai rumah ma, first thing is tuju mesin basuh dulu la. humbankan baju seminggu dalam tu. hehehehe.. jimat takyah hantar dobi. gila kedekot. lepas tu melayan anak kucing yang baru lahir tu. geram betol. rasa nak picit2 je. penakot ya rabbi. makan nak tapi dengar kita datang dekat dia cabut lari. so comel. lepas tu petang pukul 6pm macam tu ibu pulak datang. bawak makanan lagi. ayam juga! rangka ayang yang goreng rangup2 tu le. dengan montot ayam. hehehehe...bedal la kami berdua saya dengan budak adik tu. si aish makan ayam kfc yang saya beli tadi. seronok lak makan ramai2 ni. ajak budak adik tido rumah ma dia takmau pulak sebab esok pagi ahad tu dia ada kelas. kelas apa korang jangan taktau.. kelas belajar main trompet. sabar je la. minat pelik2 la dia tu. anyway.. malam pukul 8pm baru ibu, budak adik & aish balik rumah dia. hehehe..so, kembali sunyi la rumah ma tu. malam saya tak makan dah sebab petang tu dah makan. nak tengok tv pon ala2 takde mood. panas betol berbahang. pasang kipas pon rasa panas lagi. sebelom tido kasi mandi dulu bagi sejuk sikit. baru la boleh tido.
~~
ahad, 28/03/2010
pepagi dah bangun nak pegi pasar. ma suka spoil tau. malam tadi tu dia yang beriya nak pegi pasar sekali dah pagi malas pulak. gggrrrr... so, saya kene pegi sorang, tulis2 semua barang ayng nak beli then chow laa.. hehehhee..tak beli apa. beli laok untuk masak hari tu je. ma kata jangan beli banyak2. beli jugak tapai ubi & pulut. tapi terlupa nak makan pulak. sebelom pergi pasar belikan ma roti canai dulu, untuk breakfast. so, menu ahad semalam gulai lemak ketam, ikan bawal sweet sour, tumis sawi. air kosong sudah... jaga kesihatan katanya. pukul 9am hantar ma pergi marhaban. wahh..she & the gang le pulak. layan je la. tengoktv selagi mau. sapu rumah sikit. banyak betol sebut. mana la datangnya. then melayan anak kucing tu lagi. pukul 1pm ma pon balik. apa lagiii..serbu beg jajan la kan. dapat macam2. ada kerepek ubi pedas, kerepek ubi masin, air kotak, gula2. bunga telor dah pasti. best la. opss.. kali ni dapat pulak laok kenduri berkat. entah le bila nak makan tu. owhh..kawan ma datang hantar kad kenduri kawen anaknya. nanti bulan 4. simple je kadnya, kertas kaler pink je. potostet. jimattttttt.... takyah buat kad berpuluh2 ringgit. huhuhuhuuuu... tengok pengantin pun muda lagi. aikk..patot la..baur lepas grad. waduh2..mana dapat duit buat kenduri ni ha?? sapa lagi kalo bukan mak pak yang kene sponsor. mmm..macam2. keje la dulu baru kawen. kumpul duit sikit. bagi mak pak merasa duit keje ko tu, baru le kawen. ahhh..lantak la. sukati ko la. nanti saya pergi le kenduri tu. mesti la kalo tak ma tu kang bising takde orang nak bawak dia. petang lepas nona pukul 3pm balik rumah sendiri lorr..rindu kat nezha. cubit2 dia. topok2 montot dia. lepak2... malam tido awal. pukul 9pm dah tido. sebenarnya nak tido dri pukul 8pm lagi tapi menunggukan keputusan undi mca tu.. heheh..chua s.l menang wo president walopon diselubungi gossip2 hangat dan isu2 membara. cheewahhh... so, maknanya supporters dia ramai le tu kan?? pukul 9pm tido tak sedar2 diri. sedar2 dah pukul 1240am. ahhh...malas. sambong tido je la. mimpi macam2. standardddd....
~~
hari ni bangun awal. pukul 5am memang dah bangun mata tak boleh tertutup lagi dah. lemau dah dia tutup awal malam tadi. dating2 breakfast dengan obek. hehehhee... tapi saya tak makan la. tak selera. obek je makan. saya tapau koripop 3 bijik. dengan kuih buah melaka nampak tadi. tapi sayangnya buah melaka keras kejung. itu bukan buahmelaka. itu buah batu. sekian.
~~
jalan pagi jem. ada eksiden. hadap je la. malas la nak pikir2 apa2. pepagi dah bikin naik darah. mujur sempat sampai jugak before 9am. check2 emel yang belambak, then buat koje. harap semuanya ok la hari ni.
~~
korang pernah tak terpikir rasa macam nak berenti koje je dok rumah. tapi nak dapat duit tiap2 bulan macam dapat gaji tu. hehehehhe..sapa le yang baik hati nak bagi gaji dok rumah ye. bukan malas. tapi bosan. saya suka koje ni. tapi tu la.. membosankan.
~~
okla.. tu je la. takde idea nak tulis apa2 dah. nanti la sambong. ada benda nakkene buat.
~~
i love you obek...(love you so much)
i love you nezha...(jangan noti2 ye)
i love all of you...(happy monday!)

Friday, March 26, 2010

nak tau apa yang berlaku?...


hello..
sorry la kebelakangan ni banyak benar perkara2 yang diluar jangkakan telah berlaku. berlaku dan menimpa diri saya. nak cerita pon takot. hehehhee.. kang orang kata apa pulak.. tak reti jaga diri tak reti jaga rumah. apa pon..orang pandai je cakap, dah kene kat batang idong sendiri nanti baru le tau. jadinya.... korang2 jaga la keselamatan diri kat rumah tu. just nak bagi ingat, tingkap toilet rumah bawah korang jaga2 le sikit. kalo boleh ditutup terus pon takpe... nanti ada mata2 setan yang nak menengok dari luar tingkap tu nak menengok kita tengah buat apa dalam bilik air. get it?? thats what happened to me last wednesday. dalam pada taknak cerita tu tetap le nak cerita kan. pagi tu saya mandi le macam biasa. tahap kerabunan yang melampau ni so tak le berapa perasan sangat. tapi towards the end tu nampak macam bayang2. ingatkan bayang dahan pokok. sekali terpikir mana ada pokok kat belakang. tupp!!!! jantung saya dah berdebar2 dah ni. ni mesti orang mengintai ni. saya slow2 panjat toilet bowl dan jenguk. subhanallah!!! memang ada kepala manusia kat luar tu. ya allah, ya tuhan, ya rasullullah... saya taktau dah nk buat apa.. masa dia tgh nak jenguk lagi tu saya pancut dengan air, tapi apa lah sangat kan.. memang saya maki habis la semua perkataan keluar. boleh dia menyorok kat tepi tu sebab takmau saya nampak dia la konon. walhal saya nampak tapi nampak baju, badan, suar & tangan. pakai baju t-shirt hitam, depannya ada macam corak2 apa tak pasti tak berapa nampak kaler gold, sekali imbas macam logo superman je, suar jeans, rambut tak berapa panjang tak pendek, sederhana, tak tinggi sangat, kulit sawo matang la. yang pastinya melayu!!!! kalo tak pon indon. bukan cina ke keling ke apa ke. muka tak nampak sebab kat tingkat toilet tu macam menyerong ke bawah sikit. yang paling saya geram tu masa saya maki2 dia tu boleh dia gelak. ya allah.. selagi mau le saya menjerit maki dia. pas tu dia cabut lari. lepas tu..lepas tu..lepas tu saya melalak le bagai tak mau!!!!! call obek nangis jerit2, dah mamat tu pulak kepeningan. member baru bangun tido saya dah menyumpah2. haaa..baru tau. itu jam jugak terbang ke rumah saya. saya dah memang menggigil2 tahap tak tau nak cakap apa dah. marah, geram, sakit hati, semua ada. kebetulannya, nyonya rumah belakang tak masak breakfast hari tu, biasa dia pepagi tungtang2 masak, agaknya pagi tu dia lite breakfast je kot buat roti bakar so takde masak. kalo dia masak dia akan bukak pintu belakang so memang boleh nampak kalo ada orang kat belakang tu sebab bersetentangan dengan rumah saya. kebetulannya ahtong anjing sebelah lepak kat depan cepat pulak. biasa dia 730am++ baru dia kedepan, kalo tak tu tercongok kat belakang. kalo ahtong ada, harus kene kejar dah. berani betol dia sebab masa tu dah cerah tau..pukul 7am.. dia bukak pintu gate belakang tu. saya memang laa... takde perkataan dah nak maki dia. hari2 doa dia bior dia mampos kene langgar lori. geram tau tak!!!!! so then, obek datang. saya melalak bagai nak pengsan. so, lepas pujuk2 sekejap, dia pon pi tengok belakang dan try nak jenguk le kan. ala2 orang ngintai tu. nak tengok kot nampak ke tak nampak ke. dia kata tak nampak, sebab tingkap tu menyerong. so kalo nampak pon nampak dinding je la. saya kata saya tak pedulik. nampak ke tak nampak ke tutup jugak tingkap tu. bior bergelap saya boleh bukak lampu. check gate, memang dia purposely bukak gate tu. setann.. eh..nak maki dalam ni boleh ke? uuwwaaaa.... saya memang seharian tu dari pagi sampai ke malam melalak tak hengat. so, lepas tu obek pi kedai grill order untuk pasang plate. kasi tutup habis semua. now, saya fobia. nak pegi dapor pon takot. nampak bayang2 apa pon jadi takot. trauma la. tu baru kene intai tapi tak nampak, cuba bayangkan orang yang kena bukan2 tu, nauzubillah.... ya allah.. syukur masih selamat. lepas tu mula la otak merayau pikir yang buruk je, takot orang tu datang lagi ke, panjat rumah pulak ke, apa ke. kawan saya pulak dok kata nanti orang tu panjat masok rumah ikut siling. what the f*ck!!!! bagi la kata2 peransang, ni takkkkkkk.. lagi ko cerita yang negatif menakotkan saya. setannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!! dah 2 hari ni if dok kat rumah jadi ketakotan. dapor memang tak masok terus dah. melainkan untuk tuang makanan nezha dan buang uk-uk dia. tu pon berlari2 cepat2 ketakotan. terbayang2 la macam ada bayang2 kat situ walhal takde apa pon. ya allah..memang saya jadi trauma betol. takot. so, pada korang2 tu, better check tingkap toilet tu. tutup je terus senang. kalo rumah korang tinggi tingkat 16 takyah le tutup..sapa pulak nak panjat tinggi tu. ni kalo dok rumah bawah. so, since that day, saya tak guna dah toilet situ. guna toilet atas. dulu2 memang guna toilet atas, tapi macam malas le pulak, rasa macam senang guna toilet bawah. now takde dah..apa2 hal semua guna toilet atas. nak basuh tangan lepas makan pon saya pergi toilet atas. sekarang ada fobia lain pulak. asal naik atas je mendongak tengok siling, kot2 ada berlobang ke apa ke, takot pulak kot2 betol orang jahat masok rumah ikut siling. thanks to my kawan jahanam yang cakap macam tu. tapi lojik ke orang nak panjat bumbung rumah double storey? pernah terjadi ke? uwwaaa.... now i dont feel secure anymore dok rumah tu. nak pindah bukan senang nak cari rumah dalam tempoh singkat. tapi obek dah bagi motivasi sikit la.. so saya bersabar je la. harap2 bila dah seal semua tingkap belakang tu saya tak le ketakutan, atau sekurang2nya, ketakutan tu berkurang la hendaknya. dah tentu2 saya jenis payah nak tidor, bila dah jadi hal macam ni lagi la tak boleh tidor. nezha bergerak kaleh badan pon saya dah terkejut dupdap2 jantong. uuwwaaaaa... lemah semangat dah ni. so, aktiviti melalak tak habis lagi ni. pantang obek call.. berjurai2 je air mata, tak boleh ditahan2, automatik kuar je. hehhehee... takmau bagitau kat ma.. takot kang lagi dia risau. orang tua mana la boleh dengar benda2 macam ni jadi kat anak pompuan dia, kang lain pulak ceritanya. so, ni la saya luahkan perasaan terpendam ni kat korang. other than my blog readers, hanya obek & kawan jahanam tu je yang tau. sedih tak?



Thursday, March 25, 2010

dugaan...


banyaknya kejadian yang tak diingini berlaku pada saya tahun ni.. awal2 tahun lagi dah macam2 hal. geramnya. semalam lagi satu hal. tensen gila!!!! memang saya melalak bagai tak mau semalam mengenangkannya. benci.

dugaan betol.. moga ada la hikmahnya. tak larat dah nak pikir apa.

Tuesday, March 23, 2010

bila nak cepat, time tu la banyak hal...

source : google image

hello...
hari ni terkejar2 betol la. memang betol la perumpamaan tu kan. kalo takde hal.. semua pon clear. kalo ada hal nak cepat, ada je halangannya. geram betol. harini jalan jem le pulak. hari2pon jem tapi hari ni terlebih pulak perisa jemnya tu. dah le hari ni nak masok office cepat, ada benda nak kene kejar. time2 nak cepat ni le jalan pon buat hal. geram..geram...kalo tak tu, time relax2 tu pukul 830am dah tercongok kat opis ni sebab jalan clear. harini masok lambat sikit, 9.15am. si orang tua tu dah memekak2 call2 je. benci ahhhh.... korang pernah kena tak macam tu?
~~
ok2..enough membebel. nak cerita apa ni ye. mmm..semalam balik macam biasa la. singgah g.iant kejap nak beli2 apa2 la.. beli salad. nak makan omputeh katanya. hahahhaha.. makan sald tapi dituang dengan thousand island sos, diet pebenda namanya tu. not good..not good. seperti biasa, kalo beli tu ada je issue. semalam beli suar pendek la. saja untuk pakai2. beli murah2 punya sudah. saya kalo beli mesti nak yang memag ada tag harga. tau2 je la..banyak tangan yang pegang2 suar baju tu kadang tercabut tag harganya. so, pilih punya pilih, dapat le yang berkenan. murah je tag tulis rm11.99. wokeh..bawak pi kaunter nak bayar. sampai je kaunter, tetttt.. harga rm12.99. camno tu?? nak explain camne lagi. budak kaunter pulak cepat2 cabut koyakkan tag price tu. wahwahwahhh..ini boleh mendatangkan hangin dalam badannnnn!!!! so, saya tanya la.. ni bukan harga 11.99 ke? apsal awak cabut tag price tu? dia kata tu harga lama. saya jawab, mana boleh!!!! dah sah2 terang nyata situ harga 11.99, awak scan kuar 12.99 pedulik hapa saya. lagipon dah tulis sini will pay the lowest price. i dont care. call your manager. haihh..hari2 pon nak kene deal dengan manager kedai ke saya ni? heran betol la. dan yang lagi heran tu..saya je ke yang kena situasi macam ni. memang le beza singgit je..tapiiiii... apsal lak nak kena bayar lebih walhal kat tag tu terang nyata tulis 11.99. korang baik hati nak derma singgit tu kat g.iant dipersilakan la. saya takde la. diaorang tu 1-2 sen duit kita pon dia amik untuk round up, apa hal. so, budak tu pon tekan2 le button tu panggil supervisor dia ke hapa ke nak confirm price. dia cotcet2 dengan sueprvisor dia, saya diam je la. malas nak masok campur kang saya naik hangin lagi payah. awak settle sesama sendiri. so, at the end, orangtu potong la. saya tunggu je kalo2 supervisor dia tu tanya saya pasla benda tu, memang saya bahasakan. bukan kita suka2 la nak buat issue bagi orang berbaris panjang kat belakang. but in this case, dah memang sah2 awak yang salah. boleh je nak cancel items tu tapi biorkan.. bior dia settle hal tu. bear in mind, tiap kali beli barang mesti check harga betol2 tau. bear tu ingat..bukan bear2 beruang ke teddy bear tu. entah la... selalu nak tipu customer. benci laaaaaa!!!!!!!
~~
dah le..benci la cerita pasal ni. lepas tu balik rumah. kepala macam pening. makan salad. kononnya la. tapi lapar lagi. makan pulak biskut 2 keping. kenyang dah. malam tak kuar sebab obek buzy. so, duduk rumah saja la. tengok tv. cerita apa lagi.. ncis & criminal minds le. tido lambat sikit. pukul 1230++am baru lelap. baik pulak si nezha tu malam tadi takde kuar2. biasanya dia tu mula2 nak tido tu memang la dia landing pas tu kang kuar entah ke mana2 makan ke minum ke, then masok bilik balik. malam tadi tak.. elok je terus melengkor sama. wahwahwahh...sedap ye. terjaga2 tu biasa la. sebab macam nampak pancaran kilat kat luar. tapi tak hujan. kot hujan pon hujan renyai2 je. but still menakotkan. kata penakot hujan, harus le bungkus 1 badankan. hehehhee... pukul 5am obek call. yeahhhhhuuuu... windu woooo.. ajak kuar bf. pepagi buta? pepagi buta pon takpe la..janji jumpa. so, siap2 pegi kedai mamak le kan. tak makan apa pon, cuma roti bakar kosong je la. minum kopi o ais. hehehhe..obek ye la makan banyak macam2 dia order. haihh..sian orang penat keje. lepas tu pukul 630am balik. lepas tu siap2 pegi keje. tapi saya terbabas sebab tengok kartun pagi tadi. so, terkeluar lambat. bukan lambat sangat pon, lambat 10minit je, tapi tu la dianya padah kuar lambat 10 minit. kebetulan jalan jem. hambekk..hadiah di pagi hari.
~~
harini entah la.. nampak macam biasa tapi taktau le kan kot2 kejap lagi perkara luar biasa berlaku. bosan betol. rasa nak lari je. lari bukan lari jogging tu.. lari pergi jejauh. konon je la.
~~
kebelakangan ni kepala kerap pulak sakit. berdenyut2. tetiba je boleh sakit kepala. apsal ha??? ala..dah nak sakit tu sakit je la. makan ubat habis cerita. takyah bising2. hehehhehe...
~~
malam tadi ibu mms buku mewarna si budak aish tu. wahhhhh..lawo dia kaler elok je. cantik. tapi ada sikit confuse disitu.. aish yang kaler ke ibu yang tolong? hehehhehehe... takde la..memang aish yang kaler2 semua tu. sebab masa saya kecik2 dulu memang la suka suruh ibu buatkan homework saya. hahahahaa... ibu lak ikut je pulak tu. tu yang lemak tu. tapi mujur paham apa yang dibelajarkan tu. kadang2 ibu takmau tolong, dia suruh saya buat sendiri. tapi saya takmau so melalak2 le kan. but then ibu kene pegangkan tangan saya dan pensel tu la.. so, dia gerak2kan tangan saya. hishh..gila pemalas saya kecik2 dulu. tapi kenangan le tu kan. mujur time exam tak malas, rajin je pulak. tapi budak aish tu memang mengikut ibu la.. tulisan pon lawa, kaler pon lawa. ada seni dia tu.
~~
ok la.. nanti2 sambong lagi. semalam petang hujan kan? korang dah bawak masok ofis balik ke payung yang korang guna petang semalam? haaa.. kalo lupa kang lunch pegi amik. dibuatnya hujan petang kang dah payung takde kat opis. kuyup kang.
~~
i love you obek...(rindu..hehehe..)
i love you nezha...(dok rumah elok2 tau)
i love all of you..(hah..koje, jangan asyik main game je)

Monday, March 22, 2010

cerita hujung minggu yang padat...


hello.. cute tak saya? gomok ke? huishh..mana ada..saya dah diet tau..tak caya tanya pompuan tu. hehehhee... takde la..memain je dialog tu. tu muka nezha pagi tadi. so geram rasa nak cubit2 je. memang dah cubit pon. tercongok je. kene banyak2 kali snap baru boleh dapat pic yangelok sebab dia suka beno le bergerak kiri kanan pusing sana sini. geram! seperti biasa, tempat lepak adalah atas kerusi plastik pujaan hati dia tu le. bagus..baguss...good boy.. cheh..kalo cakap good boy hensem boy sambil garu2 terus meliuk lentok. geramnyaaaaaaaaaa....
~~
ok..enough about nezha. kalo cerita pasal dia sampai esok pont ak habis ada je akal dia tu hari2. nak cerita pasal weekend le kan apa lagi. so, jumaat tu balik macam biasa. jalan tak jem. sampai awal. tak beli dinner pon. malas. takde mood. sebab apa takde mood? sebab malam tu tak jumpa obek pon obek ada koje. uwwa....melalak la jawabnya. takpe2..sabar..sabar. so, tak makan malam tu just minum ribena je la. owh..makan biskut 3 keping. jadi la tu kan. tengok tv sampai lebam. hehehhee....
~~
sabtu, 20/03/2010 :
bangun lambat. purposely paksa mata untuk pejam. geram betol. nak tidoo..nak tido.. leceh kalo tido malam asyik terjaga2 je. bosan. nezha dah dok ngiaw2 garu2 kepala pon say abuat2 tido jugak. pelokdai tarik masok dalam selimot lama2 2-2 pon lelap. hehehhe.. pukul 1030am baru bangun. caya la. tapi tak le tido lena pon sepanjang tu. asyik la terjaga2. bangun pi toilet. dengar bunyik2 bangun lagi. dengar itu ini bangun lagi. nezha bergerak, bangun lagi. pukul 530am tu dah bangun macambiasa so tengok tv kejap, sampai pukul 7am. pas tu pukul 7am biasa waktu nezha melepaskan hajat besor dia, lepas tu makan. lepas tu dalam 730am tu saya sambong baring tido lagi. begitulah adanya.. bangun duduk bangun duduk je kojenya. dah pukul 11am tu..call obek. tanya kot2 dia free ke boleh lunch sama. obek kata ok pukul 1230pm kang dia datang. yahuu.. memggelejat le kan. kata lapar malam tadi tak makan. hehehhee... so, siap2 semua, pas tu pi lunch. terus ke kl pulak obek nak pergi ke pertama complex. serius sesak tempat tu. pening la bermacam2 bau manusia sepadat2nya. benci la tak suka. tapis ebab nak cari benda kena juga ke sana hujung2 benda tu ada tapi mahal so baik cari kat tempat lain. lama kat sana dekat pukul 4pm jugak. lepas tu pegi kedai perabot nak beli barang sikit. lepas tu pukul 530pm macam tu saya pon balik rumah ma. sampai rumah ma, ma ajak pegi pasar malam pulak. ok la..bosan pon dok rumah. sekali tak jadi pulak ma tu kata sebab dah macma petang sangat kang takde orang nak jaga opah. ye la..opah tukan tak sihat takkan nak tinggalkan sorang2 maghrib2 tu kan. kao siang tengahari takpe. so, tak jadi. ma kata esok pagi baru pegi pasar. malam tu ma masak laok sambal ikan dengan kerabu pucuk betik. sedapnyaaaaaa!!!! macam sampai pengsan.
~~
ahad, 21/03/2010 :
pepagi dah bangun sebab nak pegi pasar. sekali ma kata dia tak jadi pegi pulak sebab kena pergi dewan orang ramai tu le ada apa ke benda ntah. haihh.. ma suruh saya pergi sorang. so, tulis2 apa barang nak beli saya pon hantar ma, lepas tu terus pegi pasar. hehehhee..syioknya pegi pasar pagi macam2 benda ada. suka tengok2 tu. beli, beli, beli.. lepas tu balik. sampai rumah terus bersilat. masak sambal tempe campor ikan bilis rangup2, gulai lemak ikan tenggiri campur peria, sambal tumis udang, goreng sawi dan buat air mangga. fresh punya kasi blend. wahwahwahh.. sedap, sejuk2 pekat2. opss..tak dilupa..menu yang sekian lama diidam2kan, cucur udang letak udang besar2 banyak2. puas hati makan selagi mau. lama betol mengidamnya baru ahad semalam dapat makan. geram betol. buat banyak2, tapau bawak balik. petang dah pukul 4pm baru balik rumah. obek siang ada koje, so tak jumap la. lagipon saya penat nak kene kemas uk-uk budak2 tu lagi. haihhh... malam pukul 830pm baru kuar. makan piza kononnya. bosan. service tak pernah yang elok, macam tu jugak. benci la. order menu baru volcano apa ke namanya ala2 molten choc cake tu le.. nak le try kot2 dapat melawan molten cake kat chilis tu. time order dah cakap nak last benda tu sebab dessert kan. sekali bila panggil boleh orang tu kata benda tu dah habis. haihh.... tadi masa order tak pulak cakap benda tu dah habis. saya tanya apsal tadi tak cakap? dia kata benda alah tu kene tunggu 30second baru boleh kuar order?? hah?? bendaalah??? apa awak cakap?? awak ingat tu benda kayu ke batu ke? awak tak reti sebut ke nama makanan tu? dah hangin dah ni.. dia tersengih2.. dia kata kalo akak nak jugak tukar le kat kek kain. fuji kek. saya kata takmau. cancel order tu. geram betol. benci. dah le pemalas. nampak kita nak panggil buat2 tak nampak. dok tekan2 button call tu pon tingtong2 beratos kali haram nak datang. buat apa letak benda tu kalo takde fungsi. awak keje situ jangan la cakap makanan tu benda alah, bendalalah tu.. ingat kita ni apa. kalo tak reti sebut nama kek tu cakap je kek. senang cerita. dah le time saya datang meja kosong banyak tapi semua tak berkemas. waiter2 kulu kilir buat2 buzy. nampak customer datang buat2 tak nampak sebab malas nak serve meja. apa laaa... ni bukan 1st time saya makan kat situ. every time datang situ pon mesti ada je kejadian2 yang tak menyenangkan. nak tau kat mana restoran pizza yang hampeh tu?? pizza hut jusco equine park! buat menu baru pon, buat promosi bagai nak rak pon, kalo waiter sengal, baik takyah, buat menyakitkan hati je. nak kata tak cukup waiter, ramai nampaknya kulu kilir. bosan la. kalo bukan sebab terdesak memang takkan pergi situ. actually nak pergi dominos the mines tapi dah tak sempat sebab dah kemalaman. ntah la..bosan dengan keadaan yang macam ni.
~~
hari ni bangun macam biasa la. takde apa yang menarik melainan jalan jem. tak breakfast pon takde semangat nak makan. cuma minum air kosong je tadi sebab haus sangat2. so, takde apa yang menarik. pagi tadi call obek, saje mengacau dia. dai tenagh kelam kabut tu, biorkan. hehehhee....
~~
okla..nanti sambong lagi. have a nice day!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, March 19, 2010

sakit2 badan... tapi tetap membebel.. bagussss...


hello.. harap semua sihat sejahtera hendaknya ye.. saya semalam half day tau. sebab rasa tak larat sangat2. lenguh2 badan tulang2 semuanya sakit bisa rasanya. aduhhh.. sedih la. so, balik rumah la. ingatkan boleh la tido ke rehat ke rupanya tak jugak. baring tu memang baring tapi tak bolehtido. mata pejam tapi tinga dengar. pusing kiri pusing kanan, sapu flavonil kasi badan sedap sikit pont ak jugak. dekat pukul 5pm tu baru terlelap. sampai pukul 630pm. jadi la. memang tido lena tak sedar apa. sedap2 nezha dah mengeow2 gelap. takot le tu. so, bangun. lepak2 tengok tv. tengok berita yang ntah hapa2. apa bagi kek..bagi la batu.. dah sampai depan dia tu hempok kan terus. haihhh..macam2 la nak cari publisiti. tu pasal la tak suka tengok berita sekarang ni. meluat. eh..tersasar lak jalan cerita. anyway..lepak sampai malam. dah pukul 930pm macam tu obek hantar nasi lemak. so makan la. jari pulak luka, kena cakar dek kucing luar tu. berdarah. so tak feel la makan nasi lemak guna tangan luka. pedih sebab kena sambal. nak makan guna sudu macam tak syiok pulak. haihh..macam2 cerita. lepas tu lepak kejap then tido. memang flet betol badan. nak kata demam tak le pulak. kenapa ye??
~~
hari ni bangun macam biasa. tapi malas nak kemas2 ke apa ke just tengok tv saje sampai pukul 730am. lepas tu pegi koje. jalan tak jem. pukul 815am saya dah tercongok kat office. hehehehe.. opss..pagini obek ada tapaukan karipop. 3 ketul. tak makan pon lagi. tak selera la. tau takut..bila saya sakit2 macam ni baru la nak hantar nasi le hantar karipop le..apsal tak hantar bmw ke, audi A6 ke..baru la lebih bersemangat hidop!!! ye beno le tu.. saya bersemangat, obek pengsan nanti. hwuahhaha.. syukur la apa yang ada. ada orang motor kapcai pon takde. appalaa...jangan jadi tamak.
~~
sekarang macam2 program realiti bermula. terbaru saya nampak imam muda. hehehhee..dan2 tu la jimi pakai songkok kan. owh..dia nak bezakan kalo time dia mengacara af..dia pakai rock la..kalo time mengacara program imam ni pakai songkok la...lantak le. tapi bila baca entry requirement tu yang tak syiok.. fasih ayat2 lazim..ok.. memang patot la. tau hal2 agama..ok memang patot la. tapi bab berperwatakan menarik tu yang tak faham tu.. ada sedikit confuse disitu. apa kalo gemok chubby tak menarik kah? kalo rongak ke jongang ke juling ke tak menarikkah dan tak layakkah mereka masok pertandingan tu walopon teror hafal 1 quran, tau hal2 selok belok agama lulus 4 thanawi bagai? ini sudah diskriminasi... berperwatakan menarik tu kan subjektif.. so baik jangan tulis macam tu, baik tulis, kemas ke, bersih ke.. lebih sesuai kot? hahahha..entah la. macam2 adaaaa....
~~
tetiba rindu kat nezha. walhal pagi petang siang mlam dok mengadap muka dia. haihhh....bucuk2 comot tu memang la pujaan hatiku...
~~
buka nurseri di pejabat? hehehhee... setuju tu memang le setuju. tapi pejabat yang macamana..office yang macamana.. tak semua majikan nak buat macam tu. kalo ada pon harus le kompeni korporat2 bagai kan yang dah ada building sendiri menara sendiri. or keje g.men. aduhhh... berapa banyak majkan secara kecil2 ni yang nak buat. korang rasa2 la kan. takmaunya dia. social responsibility? lupakan. tu untuk kompeni besar2 yang nak jual annual statement / report untuk tarik pelabor. takyah jauh la..kompeni korang je la yang kecik tak kecik, besor tak besor.. agak2 bos nak buat tak nurseri tu. apa la kata..kalo digubal sikit je idea tu. setiap banggunan pejabat, setiap 1 blok banggunan tu ada 1 nurseri. tak kira sapa yang uruskan but then mesti ada nurseri. so, kakitangan pejabat campor2 tu dalam building tu akan hantar anak dia kat situ? setuju? but then, sebab majikan tak buat nurseri dia sendiri, kena la bagi sikit insentif pada pekerja untuk hantar anak ke nurseri tu. boleh? mau tak macam tu? bayangkan.. takyah jauh..katakan la pekerja di building boulevard kat mdvly tu kan...ada berapa pejabat dalam building tu? rasanya mau lebih dari 20 kot. pekerja yang ada anak? mesti ramai.. so, pekerja dan kompeni campor2 kan, so, boleh la 1 floor tu buat nurseri. ke tak sesuai ke buat nurseri kat area office? tu bomba ke sapa yang bertanggungjawab pi la buat siasatan tentang kesesuaian kawasan tu. kot nak kene renovate ke apa ke.. saya rasa la.. macam tu lebih sesuai. pada saya la. sebab..tak semua orang2 ni koje kat kompeni besar2 yang koperat2 tu. ada orang koje kat kompeni yang bagi betol2 minimum benefit kat pekerja. betol2 ikut akta punya.. tak lebih tak kurang. kesian tau. gaji kat bandar ni kalo takat 3k tak cukup untuk isi rumah yang ada anak. betol tak??? panjang lak membebel.
~~
hari ni dah jumaat. esok sabtu. macam2 benda nak kene buat. penat. penat otak, penat tenaga, penat jiwa. minggu ni camne pon mesti mau jugak buat cucur udang tu. teringinnyaaaaa....
~~
alaa..korang ni tak jawab lagi la teka-teki saya bagi hari tu.. kereta apa yang tak dipanggil kereta. ena je yang jawab..tapi salah la.. ada ke car katanya. hhehehehhee.... cuba lagi, cuba lagi. soklan senang je tu bukan suruh kira soalan math polynomial pon.... mari2.. sapa jawab dapat hadiah (sendiri beli). hehehehee...
~~
okla..banyak pulak membebel harini tak padan dengan sakit badan dan tangan luka. assalamualaikum...
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..
~~
suka la korang dah weekend ni!

Thursday, March 18, 2010

apsal rasa lemahhhhh je ni ha???...


hello...
aduhduhduhduhhhh..apsal la rasa lemah semacam je ni ha. macam tak larat sangat2 ni. lemah lesu. kalo boleh rasa nak baring tido je. takkan nk mc selalu2 sangat ye tak. tak syiok la macam tu. agaknya angin malas melanda. tu la pasal jadi lemah2 tu. hehehe..agaknya la.
~~
hari ni takde pic nezha ye. ada amik tapi malas pulak nak transfer. malas. malas. malas. korang pernah ke rasa macam tu? kalo dah duduk tu nak bangun amik air pon malas. kalo dah baring tu nak bangkin amik towel pon malas. malas mandi. hehehe..pernah ke? saya kekadang ada jugak la rasa macam tu. aduhaii...tapi tak pernah le pulak tak mandi2 kan. melampau le tu.
~~
malam tadi makan sate wo.. hehehehe.. lepas makan muntah. bagus tak? bagussss.... maybe sebab kenyang sangat kot. nezha pon macam malas je malam tadi. biasa dia melompat2 tapi semalam dia cool je. lompat tu ada la tapi tak le beriya2 sangat. ke sebab dia kena marah dengan saya semalam? maunya saya tak marah, panggil2 senyap je saya ingatkan dia ke mana puas cari belakang tv, bawah meja, belakang sofa. rupanya tau kat mana? dah panjat dapor tengah duduk dalam sink. gerammm je saya dengan dia tu la. ada je peel dia tu tau. tu ntah mana dapat idea nak dok dalam sink tu. sink tu pulak macam semuat2 bontot dia je pulak tu. hehhehe..lawak pon ada, nak marah pon ada. tapi kene marah jugak kalo tak nanti entah apa pulak peel dia. biar dia tau panjat & duduk dalam sink tu benda salah. habis..dah kene marah kena la pulak merajuk kan? layannnnn....
~~
tengah mop2 lantai semalam, sekali rasa mop goyang2. ni apa kes pulak ni. al-kisahnya batang mop patah daaaaa...hantu betol. ingatkan skru kepala mop tu yang tercabut ke apa ke rupanya tak..memang patah batang mop tu. macam reput. mana nak nampak batang tu kan bersalut plastik. hishh..time orang tenagh buat keje tu la dia buat hal. keje dah separuh jalan, sudahnya mop guna tangan la tertonggeng2 jawabnya. sabar je la. hari ni kang nak beli baru punya. tak beli hari ni pon takpe.. selamat takyah mop rumah hari ni. so, keputusannya takyah beli. tunggu sabtu baru beli. hahahhaha...dasar pemalas.
~~
obek buzy. semalam jumpa dinner tu kan, nampak dia pon macam letih je. sian. takpe la.. keje selagi larat. jangan demam2 sudah. opss..mata obek kene ketumbit lorr..hahahha..mengintai sapa tu woii.. jangan buat hal.. saya ketuk nanti. takde la.. dah memang nak kena. sian dia gatal2 katanya mata yang kene ketumbit tu. saya pon tak tau le apa ubatnya. kang meeting orang tak tengok presentation, tengok mata dia je. kahkahkahkahhh.. harap2 cepat le elok mata tu. hari ni dia buzy. semalam dah inform awal2 maybe malam ni tak dapat jumpa. haihhhh.... ni yang tak syiok ni... tengok la camne.
~~
malam tadi takde mimpi2 apa2 tapi terjaga2 biasa la tu kan. hari ni keluar rumah lambat. dah pukul 8am baru kuar rumah. malas lesu je rasa badan. entah le kenapa. mujur jalan tak jem so sempat sampai. isnin depan jangan dibuat mala2 pepagi ni. alamat menangis le dalam kereta nanti nak pegi koje. pon tak beli breakfast. takde mood nak makan. semalam lunch kotiaw goreng. tak sedap. apa ke halnya kotiaw manis pulak rasanya?? ni bukan manis sos tomato ke, manis udang ke apa ke tapi memang manis. kot kuih talam tu manis kene la dengan caranya. tak paham betol la. jual makanan tu bukan ikut anak tekak ko penjual..ikut anak tekak pembeli la. walopon saya tak suka pedas, tapi tak le pulak nak makan kotiaw manis. gila ke hapa?? benci laaa..so, makan sekadarnya je la semalam. lepas tu tak malam dah. tak makan pon tak jugak kurus.
~~
sekarang macam suka lak dengan lagu sweet dream beyonce tu kan. hahahhaha... perasan & berangan le kot2 dapat nari macam gila. gila ke hapa. badan macam rubber band meliok lentok. but then, tak sakit badan ke dia nari2 macam tu ha? ahh..tak kisah le, dengar lagu je dah.
~~
ok la.. takde benda nak bebel dah ni. nanti sambong lagi. apsal takde mood hari ni? badan lemah lesu apsal haaaa?????
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, March 17, 2010

mimpi hebat woo...



hello..
chewahh...baik je dia landing2 kan. memang la dia budak baik. baik sesangat. ye la tu.. tu namanya lepas penat melompat mencakar dan segala2 men lagi la. layan je la. seperti biasa mesti nak menempek je kan. dia tu tak pandai posing2 la. balik2 statik macam tu jugak la style dia. hehehhe...
~~
ok..nak cerita pasal semalam. balik semalam ok je. jalan tak jem kan sebab budak cuti sekolah. bagus betol yahuuu...singgah kedai dulu beli air. alahai..tingin air oren le pulak kan. wal hal kat rumah tu segala mak neka perisa air ada. takpe2..layan tekak namanya. sampai rumah, duduk kejap obek pon sms, kata nanti kejap lagi dia sampai la. saya pon siap2 semua then kuar makan. singgah kedai beli pasir dulu. lega lapang hati bila kedai tu bukak. so borong kasi habis terus. hehehe..takde la...tipu je. beli 2 beg je la. dah ada senang tak le terasa macam cuak2 je kan. saya kalo barang budak2 tu habis saya macam tak senang duduk la. so, lepas tu pegi jalan2 jusco. yahuuu... ingatkan obek nak belanja sopim2 rupanya belanja tengok2 je. uuwwaaa... benci la. takde la.. dia nak je beli2 saya takmo la. bosan. asyik beli, beli, beli. bendanya itu jugak. baju suar kasut semua ada dah tak yah le beli. sebab saya ada target benda lain. hehehhe... bila obek dengar target tu terus dia diam. hahahha..rasakan la kata nak belanja sangat so dipersilakan. saya tunggu sampai minggu depan dapat ke tak benda yang saya nak tu. gila jahat saya ni kan paksa2 orang belikan benda untuk saya. biar la!!! sapa suruh koje jejauh lelama. kena la bagi upah menunggu, tak gitu??? anyway..dinner sushi malam tadi. yahuuu... makan banyak. perot macam nak pecah. pengsan.
~~
balik rumah dah pukul 11pm. nak buat apa pon tak larat dah, so mandi2 bersihkan badan terus lepak tengok tv. tengok wonder woman wooo... hehehe..layan je la entah cerita hapa2 je tu. lepas tu t-i-d-u-r. krohh..krohh... sekali kepala kena garu da... ada budak mau makan da bising2. pegi je la makan kan lagi nak kejut orang wat pe. takkkk..dia nak suruh saya bangun dok mengadap dia makan. haihhh... mengeow2 bagai nak rak. geram betol. dalam tintong tu bangun jugak la ke dapor tercongok mengadap dia makan. tapi mata saya pejam. dia bukan tau pon. asalkan kita ada kat tepi tu dia ok dah. lepas tu sambong tido lagi. hehhehee...dah kenyang perot dia, siap dapat garu2 lagi, alamatnya tido lena la ye tak. gatal betol mamat tu. ggrrr.....
~~
mimpi pelik2 wooo... haih..nak kata best pon ada, nak kata takot pon ada, nak kata suspen pon ada. nak tau saya mimpi apa? saya mimpi pi makan2 la macam ada festive..makan dengan sapa? haaa..tu yang suspen tu. makan dengan dsai...tau ke? muwahhahhaa...gila tak pernah amik tau hal dia tetiba mimpi dia. siap makan2 yang penting siap ada yee sang lagi tu. kampaiiiiiii... opss...silap..yee sangggggg....gila la. siap borak2 lagi. waduh waduh...apakah maknanya mimpiku itu. apsal tak mimpi johnny depp? bae yong joon ke.. atau kurang2 pierce brosnan ke kan? uuwwaaaa.. eh..apsal lak nak mimpi diaorang2 tu..baik le mimpi obek. anyway..nama pon mimpi. seperti biasa, saya kalo mimpi mesti bersegmen2 bagai. lepas acara makan2 tu, ada lak acara pertandingan. debate la konon. in english yo!!! and im one of the contestant! masa tu tengah ala2 get ready hafal skrip untuk debate tu. gila la.. dont play2, tajuk debat tragic gila..debate pasal how single-stock may effect global economic in futures and what is the best strategy to roll out the hybrid product. dowhhh!!!! kata competition, so haruslah berdebate dengan bersungguh2 kan. ngalahkan lawyer gaya berdebate. however, i dont know who's the winner of the competition. damn! penat haku bergaya sakan menjerit2 berdebat tapi taktau result. korang ingat apa... ni mimpi ada class punya mimpi tau, siap debat2 pasal ekonomi dunia in english summore! uwwaaaa..pengsan. maybe sebab saya baru je lepas baca2 jurnal2 tu kot, tu yang terbawa2 dalam mimpi. aduhaiii.. kalo in real world, sorry la nak bercakap2 depan2 orang pasal issue2 macam tu. kaget guwe! ok.. to make it short, the whole session of the dream are in english medium. how's that? im still thinking about it now. what is happening to me?? i want my merapu2 mimpi back!!!! i dont want any serious dream like this. omg! omg!
~~
so, hari ni berjalan seperti biasa. harap2nya la kan. still tak breakfast. sebab tak selera. bosan betol.
~~
ok la.. takde apa mau borak lagi. kene sambung keje. kepada kawan2 yang baru membaca / masuk blog ni, welcome! love all of you.
~~
tetiba tingin sate. what is bulimia? kasi explain sikit. paham tu paham tapi nak lagi kepastian. TQ.
~~
dah..dah... nak ngadap legal file ni pulak. sengal betol la. berkurun2 tak habis2 lagi. benci.
~~
i love you obek...(miss you)
i love you nezha..(jangan jatuhkan cawan lagi, pecahnanti)
i love all of you..(dah selasa ye!)

Tuesday, March 16, 2010

hari ni bangun lambat. hehehe...



hello...
hari ni takde gambar budak busuk masam tu ye..hari ni tunjuk gambar buku. chewahhh... mujur buku cerita, buatnya buku hutang tak ke pengsan. anyway.. sekarang saya tengah dok pulun buku jeseph conrad tu la. wahwahwahhhh..best wo.. buku tu ada 2 volume, tu baru volume 1. tapi disebabkan kesuntukan masa, saya jarang baca la. kena tunggu weekend baru boleh nak baca. yang enid blyton the 6 cousing tu.. punya lama dah buku tu tau tak. saya dapat masa saya darjah 6 ke form 1 kalo tak silap. hahahhaa..lama gila kan. lawo je lagi tersimpan. berulang2 kali dah baca, berpuluh2 kali dah baca, tapi tetap le nak juga. menarik la. tulisan dia tu kan.. rasa macam kita pon ada sekali kat dalam buku tu joint them. camne nak cakap ha? ke imaginasi saya yang terlebih tinggi? hehehehe.. apa pon, saya suka baca2 buku ni. menarik dan tak membosankan. rasa nak lagi, dan lagi, dan lagi.. eh..macam iklan pulak. ok..enough pasal buku.
~~
semalam balik macam biasa. balik2 je terus pegi kedai nak beli makanan kucing luar tu le sekali makanan tu tak sampai lagi la. geram betol. jadinya nak tak nak terpaksa le beli yang kecik. beli kecik2 rugi la.. harap2 esok sampai le. beli jugak pasir. haih..kedai pasir tu pulak tutup lagi. bengang betol. nak meniaga ke taknak ni woi??? end up beli kat kedai lain. mahal. beli satu je sebagai nak mencukupkan ke esok. sabar..sabar.. tak beli makanan pon. takde mood la.
~~
obek dah inform awal2 malam tadi tak sempat nak jumpa. haihhhh... leceh la. malas le nak bising2. diam2 sudah. dok rumah memendam rasa. hehehhehe....apa lagi... melalak la jawabnya.
~~
so, disebabkan malam tadi tak kuar, saya kemas kabinet dapor tu. wahwahwahhh..rupaya banyak barang khazanah purba dalam kabinet tu ye. tu la jadinya bila beli2 je terus perok dalam kabinet tak bertengok2. semalam keluarkan segala mak neka dalam tu. hambek.. 3 beg plastik hitam sampahnya. kebanyakannya barang dah expired. membazir betol. masa beli tu rasa macam nak sangat makan, dah beli almari yang makan. huhuhuhuhuuuu... tengah kemas2 sekali balang makanan ikan tumpah dah. kecebushhhh.... bagus betol. berterabur le bijik2 kecik tu kat lantai kan. dah menambah lagi koje. apa nak buat?? nak marah kat sapa? sendiri yang buat. nezha baik pulak malam tadi dia takde kaco2 saya. elok je duduk atas kusi memerhati. hehehhee..good boy. ada gak la dia datang kejap2 tapi ok la tu.
~~
lepas kemas macam nak pengsan. lepak kejap then mandi. lepas tu tengok tv. cerita apa lagi..malam tadi kan ncis dengan criminal minds. yahuuuuu..... tengok sampai tv pulak tengok saya. hehhehee.. sedar2 pukul 1130pm dah. so, pegi tido la. bawak nezha sekali. standard.. garu2 dia then 2-2 pon terbongkang. pukul 130am terjaga, tengok nezha tido lena. sambong garu2. wahwahwahhh.. pandai lak menggeliat tengah tido ye sedap kena garu. layan je la. lepas tu saya pulak tertido lagi. pukul 445am, terjaga lagi. bangun pi toilet. bukak tv kejap. macam tak best. so sambong tido. hari ni tak terjaga pulak pukl 530am, tapi sedar2 dah pukul 6am. alahai.. liat betol nak bangun. so golek2 je la dulu, sekali terlelap daaa.. sedar2 dah 640am. apa lagi..makcik melompat!!!!!! hehhehehe... penat sangat le kononnya tu kan. lepas tu siap2 pegi koje. pagi ni jalan macam biasa, tak berapa jem. tak beli breakfast pon. takde mood nak makan.
~~
rindu kat obek.
~~
ada kawan saya...see... tetap panggil kawan tau, tak de pulak nak panggil musuh ke hantu ke musang ke apa ke. dia nak minta tolong. nak mintak tolong tumpangkan kereta dia letak kat rumah saya sebab dah 4 bulan tak bayar. dia kata nanti bila2 dia datang la tengok2 kereta dia tu. wohoooooo.... makcik takot lorr.. kang tak pasal2 kalo orang jumpa kereta tu kang ingat rumah saya tu rumah dia pulak. tak pasal2 kang saya pulak jaid mangsa keganasan. ada ke? uwwaaa.... saya bukan takmo tolong, tapi saya takot le kalo melibatkan hal2 macam ni. so, cari ayat sebaik mungkin untuk menolak permintaan dia tu. salah ke saya? kejam ke saya? sebab taknak tolong dia. alahaii.. susah le nak cakap. kalo korang kat tempat saya camne? apa korang akan buat. saya bagitau kat obek pon obek kata jangan tolong la. nanti panjang ceritanya. mmmm.. so, selepas penolakkan permintaan tu, for sure le saya dia takmo kawan dah kot. yang dia pon, kalo nak sorok beno kereta, pi la hantar kat kampong, cabut nombor plet tu.. agaknya la boleh kot? entah la.. saya memang berat hati. payah nak pikir. kalo korang? camne?
~~
teringin makan cucur udang la. letak udang dalamnya yang besar2 dan letak kucai. cicah tomato sos. aduhduhduhh..sedapnya. bila nak dapat makan ni.
~~
pagitadi kan saya bangun lambat. hehehe.. nezha mengeow2 bagai nak rak. siap garu2 kepala saya lagi tu. wah... baiknya dia tolong kejut saya ye. takot saya lambat pegi keje ye. bagus2. macam tu la good boy hensem boy. chewahhh... cuba cakap macam ti sambil garu2 leher.. terus melentok kawan tu... hehhehehe...
~~
ok la..nanti sambong lagi. kepala sengal. hari2 pon sengal la takde yang tak sengal. take care.
~~
i love you obek..(rindu sangat2)
i love you nezha..(lepas makan pi tido tau)
i love all of you..(korang pon sengal ke hari ni?)

Monday, March 15, 2010

cerita hujung minggu # 9...


hello...

hai..nampak ke? budak hitam, beg hitam, background hitam, tetiba je nampak mata sebelah terbuka. hwuahahhaha... itu budak busuk masam namanya. tengah dok landing baring baik punya kat beg lappy. ngada. pantang nampak lappy terbuka harus nak melibatkan diri dalam aktiviti. geram betol. geram2 pon layan je laaaa....
~~
cuti lama kan. lama betol rasanya cuti ni. walhal sama je macam biasa 2 hari. eh..tapi sekarang musim cuti sekolah kan, patot le jalan kurang jem pagi tadi. bagus betol. ni yang suka ni.
~~
cerita pasal weekend, biasa2 je la.
~~
jumaat petang tu balik macam biasa. malam ada dating2 dengan obek. hehehhee... rasa macam lama betol tak jumpa dia. sejak dia balik dari tengah lautan tu.. dengarnya dah takde pi sana. nanti lama lagi baru pegi tapi nanti nak kene buat keje kat luar kawasan le pulak. entah le mana kedah/kelantan dengarnya. jauh jugak tu ye... takpe la.. cari rezeki. saya doakan semoga berjaya.
~~
sabtu (13/03/2010) : biasa2 je. pagi pegi low yat dengan obek cari entah le apa kebenda saya tak paham. nak carik wayar komputer pun rupanya ada macam2 jenis ye?? tu baru jenis, bila disebut nama wayar tu saya pening dah. dah le orang sepadat-padatnya kat low yat tu. betol2 memeningkan. mual pon ada. tau2 je la..orang dah ramai2 tu macam2 bauan pon terbit. hahhahha.... lama jugak kat sana. macam2 benda dicariknya. saya tak faham apa, jadi tukang ikut aje la. lepas tu ingat nak pergi mines. wahwahwahhh..saya dengar perkataan mines tu je pon dah nak pengsan. takmau la... jem 1 hal, nak pusing2 carik parking lagi 1 hal. eeee..tak sanggop. so end up pegi lunch je la. makan slow2 dengan aman makmur. baru la hilang sikit pening kepala. perot pulak take turn. aduhhhhh... kalo nak dating2 tu kan ada je tau. so, lepas tu singgah kedai nak beli makanan kucing2 luar tu. boleh habis le pulak. yang kecik ada, yang besar habis. rugi la kalo beli yang kecik. lagipon budak2 kat rumah tu pelahap bukan main. so, mintak orang kedai call saya kalo stok dah sampai. haihh.. mujur makanan acha ada. so, amik. nak beli pasir, kedai yang murah tu tutup le pulak. takpe.. pasir ada lagi cukup untk sampai petang ni. lepas tu balik rumah. lepak2 kejap, pukul 4pm balik rumah ma. sampai rumah ma tengok ma tengah bagi ayam makan. wahhh..baby ayam yang kecik minggu lepas sekarang dah besar lorrr.. geram betol. tapi masalahnya saya ni penakot ayam. ayam baru nak angkat kepak saya dah mencicit dulu lari. hahahhaha.. sedih la penakot ayam.
~~
ahad (14/03/2010) : dok rumah lepak. pagi2 dah bangun buat breakfast. ingat nak masak mihun je, sekali dah rendam ikan, terus le pulak masak laok. simple2 sudah ikan masak kicap dengan sambal telur. buat mihun putih je so boleh makan dengan sambal telur. sodap!!!! lepas tu melingkar depan tv sebab sakit perot. nak pegang penyapu pon rasa lenguh2 je tangan. hehehhehe... ma pegi kenduri. dari pagi tolong2 rewang pas tu terus makan kenduri. pukul 1pm macam tu ma call suruh amik dia. seperti biasa, mesti kejar beg jajan dulu. owhh..kali ni pengantin sep (save) budget le.. cuma bagi gula2 3 bijik boh dalam plastik. hehehehe..jadi la..buat2 kunyah depan tv. no bunga telor, no bunga rampai, no cupcake or whatsoever. laok pon simple je.. no ayam2, just daging kari dengan sambal tumis ikan bilis, ulam2 dan sampal belacan. biar betikkkkkk!!!!!!! anyway..syukur majlis berjalan lancar. sian kat budak2 le takde laok untuk budak2. budak2 mana le makan sambal2 ni. orang tua suka la segala sambal belacan bagai. petang pukul 3pm lepas nona saya pon berangkat balik. sampai2 rumah terus kemas lebihkurang. hajat tu nak kemas store tapi asal bukak je pintu stire tu motivasi telah menurun secara mendadak. hwuahahhaha... pegang situ, letak sana, pegang sini, letak situ. aduhhh...pening kepala. last2 tengok tv. habis cerita.
~~
malam tadi tengok cerita sedih lor.... 7 pounds, will smith berlakon. uwwaaa....apa cerita sedih2 ni woi... seperti biasa ssaya jenis ciwek ni harus le tumpang sekali menangis tu kan. hehhehe.... lepas tu sambong tengok the lodger. yang ni ngeri ala2 jack the ripper. tapi pembunuh adalah hensem. fewwitttt....ala..si simon baker yang cerita the guardian tu.. yang jadi nick tu. hullamakkkk... suka la kat dia. suka-suka-suka.. ehh..gatalnya. ok. stop. so, tido lambat sikit la dair biasa..pukul 12am baru tido. sekali tu hujan. saya takot la. mula2 tido depan tv, lepas tu takot entah le kenapa, bangun pi tido bilik. angkot nezha sekali. mamat tu bukan reti dok diam. kejap je maunya lepas tu merayap entah ke mana. tapi kejap je la.. dalam 15minit macam tu nanti dia masok bilik balik. geram betol. so, tido. pukul 130am terjaga lagi. haihh.. obek call. borak2, pukul 2am tido lagi. pukul 5am terjaga lagi. owh..senyap sunyi alam semesta. tipu la..ada la bunyik kereta lalu kat depan rumah. then tido lagi. 545am terjaga lagi. ok, ok..dah tak boleh tido dah. just baring2 sebab malas. golek2 tengok tv. pukul 615am, terus bangun dah mengemas uk-uk semua budak2 tu. haihhh... exercise pepagi buta tetiap hari macam tu la rutinnya. then siap2 pegi keje. sampai awal sebab jalan tak jem. so, pegi beli kuih kononnya. 2 ketul dengan milo ais. bagi duit rm5, sekali dipulangkan 80sen. saya pulak terus je blah. sampai kereta baru perasan. hauhhh... ni kuih seketol berapa hengget ni?? biar betol!!!!! malas dah nak turn kereta pusing kereta bagai, just terus pegi opis. tapi dalam hati menyumpah bagai nak rak kat orang kedai tu. patot2 le nak menipu orang woiii pepagi ni. musibat betol. dalam selalu beringat2 tu terkena jugak. benci laaaa.. takpe... roda tu bulat kan?
~~
tu la cerita dunia untuk minggu ini.. macam2 kejadian kan? ada suka, ada duka, ada gembira, ada sengsara. macam2 la. korang punya weekend camne? harap2 semua ok ye.
~~
okla..nanti sambong lagi yeeee...
~~
i love you obek.. (miss you so much)
i love you nezha..(jangan nakal2, lepas makan tido je)
i love all of you..(its monday peeps! yahooooo!!!!)

Friday, March 12, 2010

jawab la...

source : google


hello....
selamat pagi jumaat, petang jumaat pon mesti selamat... malam pon selamat juga.. selamat hari2. apa la.. anyway... betol tak apa yang terjadi macam kat kartun tu kat kita? macam betol je kan? hehhehe... pekerja kata, majikan takmo naikkan gaji, keje banyak, tak setimpal dengan yangkita dapat. majikan kata camne nak naikkan gaji pekerja, pekerja tak produktif, macam tukul dengan paku, kene ketuk sekali baru nak gerak, selalu 'tuang' lak tu time keje haihhh... macam2... alasan. apa pon, kedua-dua belah pihak ada alasan yang tersendiri. tapi tak dinafikan, penindasan berlaku pada kedua-dua belah pihak. majikan pon selalu tindas pekerja, pekerja pon ada jugak yang tindas majikan. entah la.. susah nak cakap...
~~
baik..lupakan cerita kartun tu. mari cerita pasal benda lain pulak. semalam balik lambat. memang dahtau dah nak kena balik lambat so pagi tu dah siap2 turn on lampu untuk nezha kesayangan yang busuk masam masin pahit manis tu. macam2 perisa adaaaa....jumpa orang kat cyber. then dinner kat restoran saba'. restoran arab katanya. hambekkkk...portion untuk individual bapak punya besar. kalo macam saya ni sepinggan kene share 3-4 orang baru boleh habis. uuwwaaaa...... tapi nasi dia sedappp!! nak kata macam nasi minyak tak juga, macam nasi beriani pon tak juga..camne ntah. lembutt..beras besor2 panjang2 wooo.. daging kambing lembut sangat. boleh dicarik2. not bad.. harga pon not bad. hambekkk... ok, enough cerita pasal makan.
~~
balik rumah badan dah flet habis. macam kertas melayang2 sekeping. hehehhe.. cantik betol perumpamaan tu kan. balik kemas lebihkurang, mandi2 tengok tv cerita apa ha?? owh..cerita vacancy.. ala2 bunuh2 gitu... layan je la. lepas tu dalam pukul 11pm macam tu saya pon tido. nezha pon tido. betol2 penat badan. sedar2 dah pukul 5am. golek2 tengok cartun. lepas tu bangun la siap2 pegi koje. hari ni jalan tak berapa jem pulak. bagus betol. dapat sampai awal, pukul 830am dah sampai so pergi beli sarapan kejap. beli mi goreng dengan karipop. nafsu time tengah lapa2, kalo boleh 1 meja makcik tu nak dihangkot. sekali sampai opis minum air sebotol dah tak larat dah nak makan. membazir betol. takpe..simpan..nanti lunch takyah kuar boleh makan dah.
~~
tengah cek saman untuk kereta kompeni. hambekkkk..hehehe..belambak2 you... saya takde la. orang2 tu le. sila bayar ye. takmo bayar pon takpe..kompeni boleh 'tolong' bayarkan. nanti hujung bulan kompeni pon 'tolong' potong gaji jangan memekak ye. seperti biasa, orang yang kene adalah orang yang sama. saya fikir dia memang suka bawak laju kot. entah la.
~~
apa kena mengena akon dengan s.r.k?? nak bikin pilem sama2? huwhahhahahhaa....layankan je la.
~~
kes kahwen budak2 bawah umor main menjadi2. entah la. apa yang ditengok kat budak2 bawah umur tu taktau le. satu apa benda pon belom naik lagi. gila sex ke? punya banyak orang besar dewasa yang cun2 badan bergetah2 melentik2 ko takmo..nak jugak kat budak2 kecik. pelik. ajaran sesat betol la.
~~
minggu ni macam bz la. saya ada banyak benda nak setel kat rumah tu tapi ma suruh balik cepat pulak. hai..mana satu yang nak dikejar ni. kot boleh dikon2 kan badan ni saya klon la 15 terus. semua kasi keje dalam satu masa. pening..pening...
~~
ada satu teka teki sengal.. kereta apa yang tak dipanggil kereta? haa..jawab..jawab... sapa teror sila jawab.
~~
obek buzy. hehehhehee... dapat dengar suara pon jadi la. dapat tengok gambar pon jadi la.. takpe2..sabar....
~~
semalam lunch saya ada beli burger. tapi tak makan. so, bawak balik sampai ke malam la. letak atas meja. nezha nampak burger tu boleh tak dia sepak2 golek2 macam bola. hujung2 berdentum burger jatuh dari meja ke bawah. nak marah??? tak payah..gelak je la. buat mengubat kepenatan.
~~
selamat berhujung minggu.. inagt..doakan kebaikan selalu tak kira pada siapa pon.
~~
i love you obek..(miss you like crazy)
i love you nezha..(miss you like cracy jugak..kalo tak kang merajuk pulekkk)
i love all of you..(cuba korang wiken ni jangan kuar, dok rumah perap. pintu pon jangan bukak. larat?)

Thursday, March 11, 2010

pengsan!

rasa macam nak pengsan tadi dok godek2 template blog sekali terus hilang berkecai tunggang langgang semuanya.


hajat hati nak tukar jadi 3 column & tambah link exchange tu sekali kebabommmmm!!!!!!

pucat lesi sudah....

mujur boleh recover ke asal.

kalo tak........

pengsan!

tolong saya bantu saya..hehehhe...saya pon nak juga blog lawo2...huhuhu

sekian rayuan si buta IT tapi gedik nak berblog.

wassalam.

p/s : biar pecah kaca, jangan pecah tabung..sudah baca, harap tolong. hehhehe..

peningnya..macam nak tumbang...


hello... aduhduhduhhh..peningnya kepala berpusing2 dari semalam lagi rasa nak tumbang. infact, semalam memang tak boleh bangun la. duduk je kat kerusi opis ni. rasa berpusing2 ala2 naik cawan pusing kat genting tu ha.. entah le apa kenanya.
~~
semalam balik ok. sebab ldp tu dah buat jalan kontra kan. so, not so jem la. boleh la tahan. kalo tak tu menangis le dalam kereta jawabnya hari2.
~~
semalam dinner oat je. no mood at all.
~~
hari ni buzy. tak habis2 dengan buzy. company secretary buat hal le pulak. menyusahkan betol. takmau release doc. benci ahhhh....
~~
obek pon buzy. malam ni tak jumpa obek sebab dia dah pesan sejak semalam. takpe la. keja la selagi larat. mudah2an apa yang dikerjakan tu berjaya. dia berjaya saya pon tumpang senang. hehehhe...
~~
acha baik. sangat manja. semalam dia tolong saya vacuum rumah. wahwahwahhh... tolong kacau le tu. saya memang le suka menyakat dia tunjukkan muncung vacuum tu kat dia. mencicit lari.
~~
astro kat rumah buat hal pulak. ada certain2 channel tak dapat siaran. musibat betol. call astro repair manual ke online ka apa semalam tak jugak elok. dia kata kene suruh technician datang. satya kata kalo datang tu free ke kene bayar. kene bayar cik.. datang je kene rm50. tak termasok kalo ada kerosakan. hantu betol. memang kena sebakol operator tu dengan saya semalam. geram betol. tapi sian pulak kat dia sebab bukans alah dia la. tapi saya semalam bad mood. so dia le kena serpihannya. hahahhha.... service terok, tapi bab amik duit bukan main cepat. kejap lagi mesti ada facebuk anti astro pulak agaknya. macam2 kelab anti sekarang. menyampah!
~~
pagi ni bangun awal. badan macam sakit2. mengalahkan macam menebas kebun 16 ekar rasanya. haihaihaiiii....
~~
rindu kat obek sebenarnya..
~~
i love you obek
i love you nezha
i love all of you

Wednesday, March 10, 2010

weekend summary & buzy..


hello... apa khabar. hari ni baru berkesempatan nak menulis2 kan. kebelakangan ni buzy sikit la. macam2 hal ada. takpe la.. apa boleh buat..nak cerita lebih2 pon tak boleh jugak.
~~
ok.. nak start mula cerita pasal wiken lepas. hehehe.. dah nak sampai new wiken belom gak cerita2 lagi ye. hari sabtu 06/03/10, bangun lambat wooo.. yahuuu.. kononnya la. walhal pukul 530am dah tercongok. tapi paksa mata tido lagi. bangun dulu pusing2 sapu sikit then sambong tido. pukul 10am dah tak boleh tutup dah mata. spoil betol. bila nak dapat bangun pukul 12 tengahari ni???? anyway, bangun siap2 semua layan nezha, then pegi my-din..ma kirim beli barang la pulak. kirim bunga telor sebab nak kasi kat kawan dia nak kenduri. saya tak tau nak pegi beli kat mana, nak ke kl jalan tar tu sekian terima kasih la. dengan payah parkingnya, dengan panasnya karang tak kuasa le. so end up choice pegi my-din tu le. ke subang jaya. katanya besar kat sana. saya tak pernah pegi. hari tu le 1st time saya ke sana. pegi punya pegi, jumpa da tempat tu. besar memang besar, parking pon banyak. so, kita teruskan operasi. pilih2, beli2, then nampak ada lansir murah lor. so saya pon amik. kat situ dah tulis dah 2 panel rm27.90. ok..not bad. amik 4 keping. siap amik gambar sebab takot salah. kat signboard pon dah siap tulis jenama lansir tu la just incase bila scan kat bawah kang salah harga pulak. saya jenis yang macam tu. biasanya saya akan catat or amik pic harga yang pelik2 sikit ni sebagai rujukan. depa tu biasanya tulis harga lain, kang scan harga lain. anyway, proceed to payment counter. seperti yan diduga, harga scan lain. hahahhaha.. scan harga rm29.90. saya cakap kat budak kaunter tu kat atas tulis harga 27.90, kenapa scan kuar 29.90. dia jawab memang macma ni kak harga bila scan. saya kata habis, yang tulis2 tu saje je la ye? nak tipu orang? panggil manager awak sekarang. wahhhhhhh..manager katanya. geram la. selalu je jadi macam ni kat mana2 pon. gi-ant ke, c-4 ke, ts-co ke.. kalo lain sekupang dua takpe la.. ni sampai banyak. selalu customer tertipu kat situ la. kalo dah beli barang sampai beratus2 ringgit dah tak ingat dah berapa exact harga. benci. dah le hari sabtu takde beg plastik, dah le sekarang cents2 semua kena round up. semua untung ke dia je. kita customer ni apa? tukang bagi duit pree kat korang? geram dah ni. anyway..sabar.. budak tu panggil entah le supervisor ke sapa ke pegi cek. lama berkurun tunggu. dah lama tu orangtusampai balik dai cakap memang harga 29.90. orang tukang tulis salah tulis. wahh..senangnya jawapan. saya kata kalo macam tu cancel semua! saya takmau beli. hambekkkk... walhal bill dah dekat 500. geram betol la. pas tu dia citcot2 apa ntah.. dia kata ok kak, kitaorang dah kensel..katanya la..saya pon ok.. saya kata awak kansel semua barang ke awak kansel lansir tu je? kansel lansir tu je katanya.. ok la.. saya pon tak kuasa le nak tunggu lama lagi kat situ. kebetullannya lansir yang dikansel tu kat atas kaunter, saya tak letak dalam troli. sekali tettot2 kuar resit nak bayar. hambekk..still 400++ apa kesss???? saya dok belek lagi resit tu, mana boleh sebab kalo dah kansel harga mesti lagi kurang kan dari tu? logik la. cek punya cek, sekali dia bukan kansel lansir tu..dia kansel harga 29.90 tu tukar pegi 27.90. mujur saya cek kalo tak harga lansir berbayar tapi lansirnya tak diambil. musibat betol la. cakap macam ke-li-ng betol. saya kata kat budak tu, awak kata tadi awak kansel, ni masih ada lagi, owh..dah kansel harga je gak, letak harga baru. barua betol cakap berbelit2. pas tu saya amik je lansir atas kaunter tu, terus blah la. blah selepas cek betol2. woihhh... this will be the 1st & last time le pegi beli barang kat my-din tu. benci. dah 1 koje nak mengumbah barang dari troli ke kereta. belambak2 kereta dah jadi macam kereta orang nak pi jual pasar malam. on the way out, nampak le yang macam ena cerita tu. amik gambar baby2 tu kan. haihhh... no komen. memang ramai je orang yang pergi. maybe diaorang taktau lagi kot ada hidden payment lepas tu. or memang dah tau tapi tetap nak jugak, whatever. bosan la dengan keadaan tulis lain scan lain tu.
selalu betol terjadi macam ni. kalo diaorang peniaga sekupang pon berkira, tax itu ini semua charge kat kita customer, kita as customer pon mesti cek betol2 harga bila scan. itu kalo beli barang sikit, kalo yang dok beli barang dapor untuk sebulan tu? camne nak cek? takpe..bior lambat tapi betol. takkan nak bagi pree2 je duit kat orang. orang pon takdenya nak bagi je duit pree2 kat kita. jadi, hati2. tak kira membeli kat mana pon.
~~
ok. enough membebel. cerita lain pulak. petang, balik rumah ma. dok carik anak kucing yang baru lahir yang ma cerita tu entah kemana perginya. hilang lesap. agaknya orang dah amik kot. entah la. ahad, takde aktiviti apa. ma tak de sebab pegi marhaban. sampai 2 buah rumah ada kenduri marhaban. wahwahwahhh... saya masak kari kepala ikan ahad tu. sedap le pulak. cheittt.. sendiri masak sendiri puji la. ma balik sampai rumah saya serbu beg jajan kenduri dulu la. best. macam2 ada. ada jeli, ada gula2, ada kek, ada bunga telor, ada sapu tangan, ada sudu garpu kecik. hehehehhee...meriah betol orang kenduri sekarang ni kan. saya kenduri esok takde bagi apa2 tau. kalo korang datang balik melenggang kangkong je la jawabnya. hwuahahahha... petang ahad tu sepupu saya dari cheras datang rumah ma. nak melawat opah. haaa..reti pon datang. haihh..jangan bising2 orang dah datang tu layan je la seadanya. malas nak tunggu lama, saya balik. sampai rumah lepak2 kejap, tengok tv. mata melekit2 mengantok tapi tak boleh tido.
~~
isnin... hari yang buzy. selasa semalam pon buzy jugak.
~~
hari ni rabu. obek buzy. semua orang buzy la.
~~
nezha ok. manja bebenor. malam tadi hujan. haa..baru tau takot dengar hujan. baru le nak menempek kat tepi saya kan kalo tak tu melompat berlari kulu kilir. apa2 la nezha ooii..asalkan bahagia.
~~
ok la.. dah takde idea nak tulis apa. nanti2 je la samboong.
~~
i love you obek
i love you nezha
i love all of you

Tuesday, March 9, 2010

sorry.. bz je...



heelo friends...

sorry la ye kebelakangan ni macam buzy sikit. nak tulis2 kat blog pon tak berapa nak sempat. nak jalan2 kat blog orang pon kadang sempat kadang tak sempat.

selamat bekerja!!!!!!

Friday, March 5, 2010

patut la asyik menjerit je, rupanya ada agenda tersembunyi...


heeeeeeeeeeee.. meh sini nak cerita pasal mamat kepochi yang sorang ni ya tuhan.. betol2 mencabar kesabaran betol la. hehhehee...dia tu macam biasa la, takde lak menunjukkan sebarang keterejalan yang luar biasa, main, melompat, makan, golek2 macam biasa. tapinya malam tadi masa saya tido tu dai dok la mengeow2 panggil2. saya dah duga dah sebab dia kalo ada ngeow2 tu ada le bendanya tu tapi saya tak layan sangat sebab badan terlalu penat. tapi tangan tetap la menggaru2 dia walopon mata terpejam. banyak kali dia kejut saya, saya tanya kenapa, bial saya tanya dia diam je. ok, fine. pagi tadi, masa tengah siap2 nak pakai baju pi koje, saya saje la baring2 kat katil, sekali ceplekkkk.... aik.. sudah basah daaa... maunya saya tak geram. terus jerit, achaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! sekarang rahsia tersembunyi sudah terbuka. geram betol. kebetulannya malam tadi saya tido kat depan tv so tak le tido dalam bilik. patot la dia kejut2, nak bagitau le tu. hehehhehe... habis dah basah cadar tilam tu. tilam tak basah le sebab ada lapik pastik tu kan. aduhhhh...menambah koje betol la. bila saya bebel2 kat dia pandai pulak tu.. dok jauh2 tapi julur kepala intai kat pintu bilk. habis.. camne nak marah tu kalo camtu akalnya. so cute. cute2 pon menambah koje betol. jadinya pagi tadi setengah jam le saya dok membebel kat dia. dia biasa la, kalo saya tengah bebel2 tu memang dok jauh punya la. just intai2 je cari spot yang boleh menyorok dan menyelamatkan diri. hujung2, saya panggil balik pujuk2, bagi makan baru la nak muncul. hehehhee.. ini sudah kes terbalik ni.. patotnya dia yang pujuk saya, ni takkkk..saya pulak yangkene pujuk dia. haihhh.. macam2 la peelnya tu. dah lama dah tak buat perangai tu. malam tadi lak buat lagi. kenapa ye?? saya tak le marah sangat kat dia, tau la dia bukan tau apa pon. nama pon kanak2, chewahhh... lepas pujuk2 pelok2 semua dah ok dah mamat tu. mengada betol. tapi saya dah pesan dah kot lenkali tak sempat nak pi tempat pasir lari laju2. entah le dia paham ke tak saya cakap tu. huhuhuhu..mudah2an paham le kan. nezha.. please dont do this again ye.. i love you so much. mmuuahhh....
~~
fuhh..tu dia mukadimah panjang sekali. hehehe.. semalam balik macam biasa. tapi lambat sikit sebab pi singgah tesco le pulak nak beli barang untuk rumah ma. dapat. murah je pulak tu. bagus betol. lepas tu amik keropok lays. murah sekarang ada offer 2 rm12. amibik jangan tak ambik. lays tu makan cicah dengan spinach dip sedap wooo... tu beli terus je pon ada, tapi nak buat sendiri pon boleh. senang je buatnya. anyway, takde pulak beli apa2 untuk dinner sebab macam tak selera sangat2 la. jadinya terus balik rumah.
~~
seperti biasa, masuk je rumah baru le perot berkeriuk2 kan. haihh.. entah le nak makan apa. korek2 petiais, belek2 nampak ikan bilis. ahh..buat sambal ikan bilis rangup dah le dengan goreng telur dadar, masak nasi. kowtim! so, sambil jerang nasi, saya siapkan la laok2 tu. senang je.. tak lama pon masak. alahai, masak untuk sorang apa le yang susahnya. sambil masak, sambil layan nezha makan. so, tungtangtungtang, siappp!!! lepas tu baru mandi-manda then makan. nyumm..nyumm..sedapp..ikan bilis rangup2 wo kruk krak kruk krak bunyiknya. minum air ribena. kenyang. alhamdulillah...




ni le dinner saya malam tadi. sambal ikan bilis rangup2 dan telur dadar. hehehe..bawag kasi lebih sikit sebab rangup2 jugak. sedap!
~~
dari sehari ke sehari nak beli set pinggan yang sekata sewarna senada seirama corak dan warna tak jugak kesampaian. kenapa ye? rumah saya tu pinggan mangkok semua jenis caca marba. takde yang set2 ni le. sebab selalu dapat pinggan mangkok free tu kan. tu le yang saya guna. hehehhee... cawan pon macam tu. takpe la.. bukan ada orang datang makan pon kat sini, tapi nanti nak jugak le lawa2. tapi kang dah lawo pinggan kang makan banyak lak. huishhh... suspen.. suspennn..
~~
lepas makan tengok tv. cerita tak best la malam tadi. sapa tengok semanis kurma malam tadi. kisah isteri minta cerai ye. huhuhuhu.. tengok kejap je lepas tu tengok kartun la. bosan. lepak2, golek2 nak iron baju pon malas. lepas tu terlelap. tu yang tertido kat depan tu. rupanya al-sultan mat nezha dah buat business ye kat bilik. ggrrrr...... sabar.. sabar...
~~
pagi bangun macam biasa. tulang liat. memang macam tu pon hari2. esok sambtu nak bangun lambat lah. hehehhe.. tiap minggu pon rancang nak bangun lambat tapi tak boleh la. cukup masa je mata automatik tercelik sendiri. esok bz. nak kene pegi banyak tempat nih. adoi..sure penat nanti.
~~
obek..balik cepat. windu wooo.... walhal baru 1 hari pergi. ada banyakkkkkkkkkkkkkk lagi hari untuk kene tunggu. uuwaaa....
~~
okla..tu je nak cerita pagi ni. esok2 cerita lain pulak. owh..pagi tadi dah breakfast oat. kasi kenyang perot sikit kan. kononnya la. cukup masa tetap le kene jugak makan.
~~
selamat berhujung minggu kepada kita semua..
~~
i love you obek..(miss you so much)
i love you nezha..(please jangan nakal2 ye..)
i love all of you..(dah friday ni mood wiken dah sampai ye? )

Thursday, March 4, 2010

takde mud...



hello...
tak update pon semalam ye.. uhuhuhu..emosi tak stabil la. macam2 kejadian berlaku. entah la... semuanya hal duniawi.
~~
so, hari ni update ringkas je la ye..
~~
nezha sihat walafiat. anda semua jangan risau. elok je melompat berlari menggigit bergolek dan perkara2 yang sewaktu dengannya. malam tadi saya tido tetiba dengar kruk krak kruk krak..ingatkan apa.. rupanya dia dok melantak tetengah malam buta tu. hehehhe.. kelaparan rupanya mamat tu ye.
~~
malam tadi pi dinner dengan obek. ye la..hari ni obek dah start pi ostn. kene duduk kat tetengah lautan samudera laut cina selatan tu. taktau bila balik. tengok keadaan. seminggu? dua minggu? sebulan? uwwaaa.... takpe la. esok balik bawak duit 5 guni tau obek.. hehhee.. jadinya malam tadi pi pusing2 la. takde la pi pusing mana. pi bank le pulak sebab men-try kad atm dia tu tak boleh cucuk daaa.. device failure katanya. ala..cip tu le tak boleh baca. haa..sudah..udah le esok (hari ni le tu) pepagi buta dah nak berangkat. nak guna duit kan. dari petang semalam tu dia try. nak pi bank tukar kad baru pulak bank dah tutup sebab masa tu dah 5++pm. nak kuar duit online? dia mana le pernah nak buat online2 ni. jawabnya sekian terima kasih. so, malam tadi selepas saya jampi serapah kad tu.. toinggg.. boleh le pulak. hehehhee.. mujur. ada kuasa magik ni tangan saya nih. tapi esok2 bila dah balik kene tukar gak la kan. tak boleh dibiarkan lama2..bahaya!
~~
lepas tu pi dinner..makan k.rogers. try ayam baru dia flaming chicken. alamak..punya le masam dan pedas, tapi rasa masam tu mengatasi segalanya. macam terlebih lemon la. tak boleh telan betol. cuba korang pulak try kot ye ke tak ke rasa masam tu. kot saya ke yang tak tahan rasa masam. tapi makan jugak la.. ketepikan gravy tu makan isi je la. huhuhu.. lepas tu pusing2 tengok kedai levi's. obek nak belanja. sekali sedih lorrr..takde saiz.. memang pendengki kedai tu tau. kao tak nehi2 je dah dapat suar baru. ada patern yang lawo, takde saiz pulak. patent tak lawo tu berlambak2. benci ahhh.. hasrat nak beli t-shirt pon terbantut. so, balik berlenggang kangkong saja la. tersinggah kedai tv. obek kata nak belikan tv besar punyaaaa... baca dengan nada iklan itu. hahaha... tapi saya rasa macam membazir je la. sebab lagipon baru je lagikan obek belikan tv tu. ahh..sama je gambor yang keluar. cuma saiz je la beso kecik. tak perlu la rasanya. saya nak benda lain.. tapi tak boleh cakap kat sini nanti kena gelak. hehhehehe....
~~
masa balik, seperti biasa drama airmata. huhuhuhu.. sabar2.. nanti jadi oby selamat kang payah. obek suka menyakat, dia selalu kata.. haa..tu muka dah penyek dah tu mula la dah tu.. hehhehe.. bak kata back street boys, all you people can't u see, can't u see, how your love affecting our reality...
~~
miss u obek..
~~
semoga hari ni kita semua selamat ye...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Tuesday, March 2, 2010

hujan lebat petir kilat guruh...




hello...


aduhaii..awat comot beno mamat ni?? macam ni ke mamat hensem yang sering diwar-warkan tu? hehehehe...


nezha jawab..


saya baru bangun tido..tengok mata saya pon belom bukak tapi pompuan tu sebok nak amik gambar saya. kihkihkih...
~~


apa la cerita semalam. wahwawahhh.. hujan selebat2nya. tapi mujur saya sempat sampai sebelom hujan tu turun tau. sampai je rumah lebih kurang dalam 15 minit macam tu berdentam-dentum. guruh berdentum. kilat sabung menyabung.. memancar2. sekuat2nya.. rasa macam dekat beno dengan bijik mata. sekali dia kilat..rasa bergegar rumah. takot betol. lama dan banyak kali pulak tu kilat kuat2 tu. saya dah kecut perot dah. selubong semua cermin dan tv dengan kain. takot woo.. nezha pon ketakotan. kita 2 orang pelok2 la mengenang nasib diri dalam hujan lebat tu. uuwwaaa... tapi tak lama hujan tu dalam 1/2 jam je la..lepas tu reda dah. tapi time hujan kilat guruh tu memang menakotkan la.. ingatkan dah tsunami ke gempa bumi ke. mula la terbayang2 macam2. lepas hujan berhenti baru saya mandi. hehehhe..


~~


pukul 8pm macam tu obek sampai bawak pi dinner. datang dengan pakcik dia. pakcik dia ok. sporting. makan biasa2 la.. saya makan nasi putih dengan laok daging masak merah, air teh o limau suam. obek makan nasi goreng kampung dengan tomyam. pakcik obek takmo makan, dia minum aje. seperti biasa makan tak pernah yang habis. air je habis. entah le camne.. sekali daging tu panas bebenor saya makan sampai melecur lelangit mulut ni ha. pedih woo..terus rasa macam kebas...ya tuhannn..rasa nak menangis masa tengah makan tu. sampai sekarang ni pedih lelangit mulut tu. habis yang orang dalam tv tu makan2 time masakan baru angkat dari kuali tu camne? saya tengok nigella, bobby chin, chefwan tu selamba kodok je amik dari kuali terus ngap..tak sakit ke mulut dia? uuwwa..tak tau nak ubat camne. obek kata letak ubat gigi. camne lak tu? benda dalam mulut kang tertelan le ubat gigi tu kang. macam2 la.. pedih wooo... tak pernah kena macam ni... sedih la.


~~


benci dengan monyet2 jalanan yang suka sebok hal orang. woii.. jaga hal sendiri la baru nak sebok hal orang. esok2 ko kena la..itu jam baru tau langit tinggi ke rendah.


~~


lepak kejap je sebab obek nak kene pi koje balik. so, dalam 930pm macam tu saya dah sampai rumah balik. sampai rumah main dengan nezha sambil tengok tv. cerita ncis dengan criminal mind.. tak boleh miss lah cerita tu every week. best. lepas tu sambong tengok kartun. sampai pukul 1.20am. so tido. tengah tido ada bangun terjaga2. sebab dengar macam2 bunyik. haihhh.. si nezha pulak sebok nak berkemas beg plastik pulak tetengah malam tu. geram betol. orang malam2 tido.. siang baru main. dia terbalik pulak. bangun angkat dia bawak tido sekali. baru nak senyap. gatal betol. sepanjang malam tadi banyak kali terbangun2. biasa le tu bukan tak biasa. hehehe... last2 pukul 5am tersedar terus bangun la. eh..tak.. golek2 dulu dah 530am baru bangun betol. hari ni nak kuar rumah awal. nak dating2 breakfast. hehehhee....


~~


siap2 semua, pukul 630am dah kuar rumah. pi dating2 breakfast dengan obek. yahuuu.. miss him so much. makan roti canai dengan air teh o ais. haus sangat la tu yang dok bantai ais pepagi buta tu. roti canai makan tak habis. sekerat pon tak habis. tapaukan obek gula2 hacks. ada banyak kat rumah takde sapa nak makan. dia tu suka beno gula2 hacks. so, bagi kat obek.


~~


obek kata jangan nangis selalu..nanti jadi 'oby selamat'---->as of kassim selamat. benci ahh...uuwwaaaa..lagi la saya melalak.


~~


ingat nak tukar brodben le.. apa yang bagus ha? sekarang saya guna mxs.. selalu macam lembabol. bayar mahal. hantu betol. any suggestion?


~~


okla..tu je cerita tanpa info untuk hari ni. selamat bekerja dengan bersungguh2.


~~


i love you obek.. (miss you so much)


i love you nezha.. (kalo uk-uk tu jangan le kayuh kuat sangat..habis terpelanting uk-uk keluar)


i love all of you.. (sapa yang nak tengok gambar obek & saya tu? cik merah jambu pinkie2 tu ye? heheh..tengok kat sini.. dan kat sini jugek.. dapat tengok sipi2 je jadi la kan.. jangan tak kempunan...muwhahahaa..)

Monday, March 1, 2010

eh..terlupa..takde tajuk..(edited)


hello...
apa khabar.. weekend camne? ok ke tak? ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang ko.. macam2 ada.. tu pic tu ialah situasi masa saya tengah makan petang semalam. hui.. dont play2 haa.. i make ketupat yesterday woo.. ketupat pulut ketupat nasi rendang kuah kacang..macam nak raya daaaa... sebenarnya masa balik rumah ma tu ada orang tebang pokok kelapa.. dia nak amik umbut tu nak buat laok kenduri, so, daun kelapa muda2 tu saya amik le nak buat ketupat. hehehhe.. gatal je kan. macam dah takde koje lain. takde la..teringin la.. lagipon masa raya hari tu makan tak puas. berebut2 sangat. ni makan dengan tenang. ehh..tetiba cerita pasal makan jekan. baik..kita teruskan dengan laporan weekend kita...
~~
jumaat (26/02/2010) :
cuti maulidur rasul kan. tak gi mana. dok rumah je. melayan nezha. keluar pintu pon takde. ehh..tipu la.. ada keluar pintu bagi kucing luar makan. dah malam baru kuar rumah. takde apa yang menarik.
~~
sabtu (27/02/2010) :
sabtu pagi musibat. macam2 hal da.. kenapa ada jenis2 monyet yang suka amik tau jaga tepi kain hal orangha?? sifat dengki tu tebal beno. typical malay. baru tau alif ba ta dah pandai nak berhujah quran hadis ye.. bila disoal balik ternganga tak reti menjawab. well.. sebab monyet2 macam ni le ramai yang 'keluar' dari 'sini'. jaga dulu anak bini keluarga sendiri baru nak jaga hal orang. patot pon ko hidop merempat.. macam ni rupanya koje ko ye. takpe..dunia ni bulat.. sendiri mau ingat la.. dendam sampai mati.
~
petang, balik rumah ma. berjimba2 bergumbira. petang tu la dok pegi amik daun kelapa tu. malam masa tengok berita, anyam ketupat. anyam bentuk 4 segi sudah..itu je pon yang tau. nak buat yang bentuk macam gemok sikit tu saya tak reti. takpe..janji ada bentuk sudah.bukan nak makan daunnya pon, nak makan isinya.. betol tak? malam tengok tv cerita apa ntah.. owh..mission impossible. lepas tu tido...
~
ahad (28/02/2010) :
pagi2 bangun siapkan masak ketupat. sekali dapor ma pulak rosak da.. aduhai..terpaksa guna dapor yang 1 tungku je. jadinya lambat le kan koje. takpe2...sabar. masak rendang ayam, masak kuah kacang, ma buat ikan bakar dengan rebus bayam. nyyumm nyummm... makan sampai pecah perot. owh..opah ada kat rumah ma. biasa la..tebaring je mana larat nak bangun dah. kesina opah. tapi best la menyakat dia. hahahhaa....
lepas zohor balik rumah. vacum kemas2 lebih kurang, baring tengok tv. ada je musibat lalu lalang. pegi mampos laaaaa...
malam tengok tv lagi. apa je yang boleh dibuat kat rumah melainkan tengok tv. owh..lupa, sabtu obek pergi kenduri rumah pakcik dia kan. saya tak pergi la. balik tu obek straight hantar mak dia ke kampung la. so, ahad malam, malam tadi la tu... dah pukul 1130pm baru kuar jumpa obek. kuar kejap je la.. makan2 tapi saya tak berselera le pulak. kepala sakit berdenyut2. tahan je la. pukul 230am sampai rumah, sambong tengok tv. entah cerita apa2 ntah..tau2 dah tertido.
~~
pagi ni bangun awal. mata bengkak. hahahhaa.. takpe la. lawo apa mata bengkak. kuar rumah cepat sebab takut jem. memang betol pon jem, tapi takpe la.. saya sampai je bos pon sampai. ngam2 pukul 9am woo.. naik satu lif woo... lantak le. pedulik hapa.




hari2 saya minum air ni. elok ke tak elok? pas tu gemok baru memekak gemok, gemok, gemok. dah la..malas nak layan.
~~
nezha ok je. tapi dia minggu ni ada sikit lembab. entah tak sihat ke apa ke taktau la. tapi tengok makan ok je. uk-uk pon ok. still ada orang main mercun tau. bila dengar bunyik mercun, terbeliak2 mata dia bulattt besorrr.. hehehhee.. tau takot. mercun tu jauh le nezha.. apa la. hensem boy penakot.
~~
ok la.. cukup setakat ini.
~~
i love you obek..(miss u so much)
i love you nezha..(jangan noty2)
~~