mari mencari....

Google
 

Monday, March 15, 2010

cerita hujung minggu # 9...


hello...

hai..nampak ke? budak hitam, beg hitam, background hitam, tetiba je nampak mata sebelah terbuka. hwuahahhaha... itu budak busuk masam namanya. tengah dok landing baring baik punya kat beg lappy. ngada. pantang nampak lappy terbuka harus nak melibatkan diri dalam aktiviti. geram betol. geram2 pon layan je laaaa....
~~
cuti lama kan. lama betol rasanya cuti ni. walhal sama je macam biasa 2 hari. eh..tapi sekarang musim cuti sekolah kan, patot le jalan kurang jem pagi tadi. bagus betol. ni yang suka ni.
~~
cerita pasal weekend, biasa2 je la.
~~
jumaat petang tu balik macam biasa. malam ada dating2 dengan obek. hehehhee... rasa macam lama betol tak jumpa dia. sejak dia balik dari tengah lautan tu.. dengarnya dah takde pi sana. nanti lama lagi baru pegi tapi nanti nak kene buat keje kat luar kawasan le pulak. entah le mana kedah/kelantan dengarnya. jauh jugak tu ye... takpe la.. cari rezeki. saya doakan semoga berjaya.
~~
sabtu (13/03/2010) : biasa2 je. pagi pegi low yat dengan obek cari entah le apa kebenda saya tak paham. nak carik wayar komputer pun rupanya ada macam2 jenis ye?? tu baru jenis, bila disebut nama wayar tu saya pening dah. dah le orang sepadat-padatnya kat low yat tu. betol2 memeningkan. mual pon ada. tau2 je la..orang dah ramai2 tu macam2 bauan pon terbit. hahhahha.... lama jugak kat sana. macam2 benda dicariknya. saya tak faham apa, jadi tukang ikut aje la. lepas tu ingat nak pergi mines. wahwahwahhh..saya dengar perkataan mines tu je pon dah nak pengsan. takmau la... jem 1 hal, nak pusing2 carik parking lagi 1 hal. eeee..tak sanggop. so end up pegi lunch je la. makan slow2 dengan aman makmur. baru la hilang sikit pening kepala. perot pulak take turn. aduhhhhh... kalo nak dating2 tu kan ada je tau. so, lepas tu singgah kedai nak beli makanan kucing2 luar tu. boleh habis le pulak. yang kecik ada, yang besar habis. rugi la kalo beli yang kecik. lagipon budak2 kat rumah tu pelahap bukan main. so, mintak orang kedai call saya kalo stok dah sampai. haihh.. mujur makanan acha ada. so, amik. nak beli pasir, kedai yang murah tu tutup le pulak. takpe.. pasir ada lagi cukup untk sampai petang ni. lepas tu balik rumah. lepak2 kejap, pukul 4pm balik rumah ma. sampai rumah ma tengok ma tengah bagi ayam makan. wahhh..baby ayam yang kecik minggu lepas sekarang dah besar lorrr.. geram betol. tapi masalahnya saya ni penakot ayam. ayam baru nak angkat kepak saya dah mencicit dulu lari. hahahhaha.. sedih la penakot ayam.
~~
ahad (14/03/2010) : dok rumah lepak. pagi2 dah bangun buat breakfast. ingat nak masak mihun je, sekali dah rendam ikan, terus le pulak masak laok. simple2 sudah ikan masak kicap dengan sambal telur. buat mihun putih je so boleh makan dengan sambal telur. sodap!!!! lepas tu melingkar depan tv sebab sakit perot. nak pegang penyapu pon rasa lenguh2 je tangan. hehehhehe... ma pegi kenduri. dari pagi tolong2 rewang pas tu terus makan kenduri. pukul 1pm macam tu ma call suruh amik dia. seperti biasa, mesti kejar beg jajan dulu. owhh..kali ni pengantin sep (save) budget le.. cuma bagi gula2 3 bijik boh dalam plastik. hehehehe..jadi la..buat2 kunyah depan tv. no bunga telor, no bunga rampai, no cupcake or whatsoever. laok pon simple je.. no ayam2, just daging kari dengan sambal tumis ikan bilis, ulam2 dan sampal belacan. biar betikkkkkk!!!!!!! anyway..syukur majlis berjalan lancar. sian kat budak2 le takde laok untuk budak2. budak2 mana le makan sambal2 ni. orang tua suka la segala sambal belacan bagai. petang pukul 3pm lepas nona saya pon berangkat balik. sampai2 rumah terus kemas lebihkurang. hajat tu nak kemas store tapi asal bukak je pintu stire tu motivasi telah menurun secara mendadak. hwuahahhaha... pegang situ, letak sana, pegang sini, letak situ. aduhhh...pening kepala. last2 tengok tv. habis cerita.
~~
malam tadi tengok cerita sedih lor.... 7 pounds, will smith berlakon. uwwaaa....apa cerita sedih2 ni woi... seperti biasa ssaya jenis ciwek ni harus le tumpang sekali menangis tu kan. hehhehe.... lepas tu sambong tengok the lodger. yang ni ngeri ala2 jack the ripper. tapi pembunuh adalah hensem. fewwitttt....ala..si simon baker yang cerita the guardian tu.. yang jadi nick tu. hullamakkkk... suka la kat dia. suka-suka-suka.. ehh..gatalnya. ok. stop. so, tido lambat sikit la dair biasa..pukul 12am baru tido. sekali tu hujan. saya takot la. mula2 tido depan tv, lepas tu takot entah le kenapa, bangun pi tido bilik. angkot nezha sekali. mamat tu bukan reti dok diam. kejap je maunya lepas tu merayap entah ke mana. tapi kejap je la.. dalam 15minit macam tu nanti dia masok bilik balik. geram betol. so, tido. pukul 130am terjaga lagi. haihh.. obek call. borak2, pukul 2am tido lagi. pukul 5am terjaga lagi. owh..senyap sunyi alam semesta. tipu la..ada la bunyik kereta lalu kat depan rumah. then tido lagi. 545am terjaga lagi. ok, ok..dah tak boleh tido dah. just baring2 sebab malas. golek2 tengok tv. pukul 615am, terus bangun dah mengemas uk-uk semua budak2 tu. haihhh... exercise pepagi buta tetiap hari macam tu la rutinnya. then siap2 pegi keje. sampai awal sebab jalan tak jem. so, pegi beli kuih kononnya. 2 ketul dengan milo ais. bagi duit rm5, sekali dipulangkan 80sen. saya pulak terus je blah. sampai kereta baru perasan. hauhhh... ni kuih seketol berapa hengget ni?? biar betol!!!!! malas dah nak turn kereta pusing kereta bagai, just terus pegi opis. tapi dalam hati menyumpah bagai nak rak kat orang kedai tu. patot2 le nak menipu orang woiii pepagi ni. musibat betol. dalam selalu beringat2 tu terkena jugak. benci laaaa.. takpe... roda tu bulat kan?
~~
tu la cerita dunia untuk minggu ini.. macam2 kejadian kan? ada suka, ada duka, ada gembira, ada sengsara. macam2 la. korang punya weekend camne? harap2 semua ok ye.
~~
okla..nanti sambong lagi yeeee...
~~
i love you obek.. (miss you so much)
i love you nezha..(jangan nakal2, lepas makan tido je)
i love all of you..(its monday peeps! yahooooo!!!!)