mari mencari....

Google
 

Tuesday, March 16, 2010

hari ni bangun lambat. hehehe...



hello...
hari ni takde gambar budak busuk masam tu ye..hari ni tunjuk gambar buku. chewahhh... mujur buku cerita, buatnya buku hutang tak ke pengsan. anyway.. sekarang saya tengah dok pulun buku jeseph conrad tu la. wahwahwahhhh..best wo.. buku tu ada 2 volume, tu baru volume 1. tapi disebabkan kesuntukan masa, saya jarang baca la. kena tunggu weekend baru boleh nak baca. yang enid blyton the 6 cousing tu.. punya lama dah buku tu tau tak. saya dapat masa saya darjah 6 ke form 1 kalo tak silap. hahahhaa..lama gila kan. lawo je lagi tersimpan. berulang2 kali dah baca, berpuluh2 kali dah baca, tapi tetap le nak juga. menarik la. tulisan dia tu kan.. rasa macam kita pon ada sekali kat dalam buku tu joint them. camne nak cakap ha? ke imaginasi saya yang terlebih tinggi? hehehehe.. apa pon, saya suka baca2 buku ni. menarik dan tak membosankan. rasa nak lagi, dan lagi, dan lagi.. eh..macam iklan pulak. ok..enough pasal buku.
~~
semalam balik macam biasa. balik2 je terus pegi kedai nak beli makanan kucing luar tu le sekali makanan tu tak sampai lagi la. geram betol. jadinya nak tak nak terpaksa le beli yang kecik. beli kecik2 rugi la.. harap2 esok sampai le. beli jugak pasir. haih..kedai pasir tu pulak tutup lagi. bengang betol. nak meniaga ke taknak ni woi??? end up beli kat kedai lain. mahal. beli satu je sebagai nak mencukupkan ke esok. sabar..sabar.. tak beli makanan pon. takde mood la.
~~
obek dah inform awal2 malam tadi tak sempat nak jumpa. haihhhh... leceh la. malas le nak bising2. diam2 sudah. dok rumah memendam rasa. hehehhehe....apa lagi... melalak la jawabnya.
~~
so, disebabkan malam tadi tak kuar, saya kemas kabinet dapor tu. wahwahwahhh..rupaya banyak barang khazanah purba dalam kabinet tu ye. tu la jadinya bila beli2 je terus perok dalam kabinet tak bertengok2. semalam keluarkan segala mak neka dalam tu. hambek.. 3 beg plastik hitam sampahnya. kebanyakannya barang dah expired. membazir betol. masa beli tu rasa macam nak sangat makan, dah beli almari yang makan. huhuhuhuhuuuu... tengah kemas2 sekali balang makanan ikan tumpah dah. kecebushhhh.... bagus betol. berterabur le bijik2 kecik tu kat lantai kan. dah menambah lagi koje. apa nak buat?? nak marah kat sapa? sendiri yang buat. nezha baik pulak malam tadi dia takde kaco2 saya. elok je duduk atas kusi memerhati. hehehhee..good boy. ada gak la dia datang kejap2 tapi ok la tu.
~~
lepas kemas macam nak pengsan. lepak kejap then mandi. lepas tu tengok tv. cerita apa lagi..malam tadi kan ncis dengan criminal minds. yahuuuuu..... tengok sampai tv pulak tengok saya. hehhehee.. sedar2 pukul 1130pm dah. so, pegi tido la. bawak nezha sekali. standard.. garu2 dia then 2-2 pon terbongkang. pukul 130am terjaga, tengok nezha tido lena. sambong garu2. wahwahwahhh.. pandai lak menggeliat tengah tido ye sedap kena garu. layan je la. lepas tu saya pulak tertido lagi. pukul 445am, terjaga lagi. bangun pi toilet. bukak tv kejap. macam tak best. so sambong tido. hari ni tak terjaga pulak pukl 530am, tapi sedar2 dah pukul 6am. alahai.. liat betol nak bangun. so golek2 je la dulu, sekali terlelap daaa.. sedar2 dah 640am. apa lagi..makcik melompat!!!!!! hehhehehe... penat sangat le kononnya tu kan. lepas tu siap2 pegi koje. pagi ni jalan macam biasa, tak berapa jem. tak beli breakfast pon. takde mood nak makan.
~~
rindu kat obek.
~~
ada kawan saya...see... tetap panggil kawan tau, tak de pulak nak panggil musuh ke hantu ke musang ke apa ke. dia nak minta tolong. nak mintak tolong tumpangkan kereta dia letak kat rumah saya sebab dah 4 bulan tak bayar. dia kata nanti bila2 dia datang la tengok2 kereta dia tu. wohoooooo.... makcik takot lorr.. kang tak pasal2 kalo orang jumpa kereta tu kang ingat rumah saya tu rumah dia pulak. tak pasal2 kang saya pulak jaid mangsa keganasan. ada ke? uwwaaa.... saya bukan takmo tolong, tapi saya takot le kalo melibatkan hal2 macam ni. so, cari ayat sebaik mungkin untuk menolak permintaan dia tu. salah ke saya? kejam ke saya? sebab taknak tolong dia. alahaii.. susah le nak cakap. kalo korang kat tempat saya camne? apa korang akan buat. saya bagitau kat obek pon obek kata jangan tolong la. nanti panjang ceritanya. mmmm.. so, selepas penolakkan permintaan tu, for sure le saya dia takmo kawan dah kot. yang dia pon, kalo nak sorok beno kereta, pi la hantar kat kampong, cabut nombor plet tu.. agaknya la boleh kot? entah la.. saya memang berat hati. payah nak pikir. kalo korang? camne?
~~
teringin makan cucur udang la. letak udang dalamnya yang besar2 dan letak kucai. cicah tomato sos. aduhduhduhh..sedapnya. bila nak dapat makan ni.
~~
pagitadi kan saya bangun lambat. hehehe.. nezha mengeow2 bagai nak rak. siap garu2 kepala saya lagi tu. wah... baiknya dia tolong kejut saya ye. takot saya lambat pegi keje ye. bagus2. macam tu la good boy hensem boy. chewahhh... cuba cakap macam ti sambil garu2 leher.. terus melentok kawan tu... hehhehehe...
~~
ok la..nanti sambong lagi. kepala sengal. hari2 pon sengal la takde yang tak sengal. take care.
~~
i love you obek..(rindu sangat2)
i love you nezha..(lepas makan pi tido tau)
i love all of you..(korang pon sengal ke hari ni?)

3 comments:

zh-ena said...

dah lambat bgn mesti jln lg la jam kan

Misz Pinkie Winkie said...

pasal kereta
eii takutnya kalo ada kawan camtue
kalo lin pon..sekeras2 nya lin tak kasik.
pedulik lah dia nak cakap apa.
kalo dah nyawa kita melayang..
lagi tak jadik apa.

pasal kabinet
paling mlassssssss lin nak kemas
nie pon tadie kemas fail boss.
bosan betol..nak kene buang semua fail.

pasal lambat
lin pon lambat g kijer.
nie dani punya pasal.
macam-macam nak kena usap.

saya said...

ena/pinkie--tak berapa jem jugak sebab udak cuti sekolah so kira boleh la bernafas