mari mencari....

Google
 

Monday, March 1, 2010

eh..terlupa..takde tajuk..(edited)


hello...
apa khabar.. weekend camne? ok ke tak? ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang ko.. macam2 ada.. tu pic tu ialah situasi masa saya tengah makan petang semalam. hui.. dont play2 haa.. i make ketupat yesterday woo.. ketupat pulut ketupat nasi rendang kuah kacang..macam nak raya daaaa... sebenarnya masa balik rumah ma tu ada orang tebang pokok kelapa.. dia nak amik umbut tu nak buat laok kenduri, so, daun kelapa muda2 tu saya amik le nak buat ketupat. hehehhe.. gatal je kan. macam dah takde koje lain. takde la..teringin la.. lagipon masa raya hari tu makan tak puas. berebut2 sangat. ni makan dengan tenang. ehh..tetiba cerita pasal makan jekan. baik..kita teruskan dengan laporan weekend kita...
~~
jumaat (26/02/2010) :
cuti maulidur rasul kan. tak gi mana. dok rumah je. melayan nezha. keluar pintu pon takde. ehh..tipu la.. ada keluar pintu bagi kucing luar makan. dah malam baru kuar rumah. takde apa yang menarik.
~~
sabtu (27/02/2010) :
sabtu pagi musibat. macam2 hal da.. kenapa ada jenis2 monyet yang suka amik tau jaga tepi kain hal orangha?? sifat dengki tu tebal beno. typical malay. baru tau alif ba ta dah pandai nak berhujah quran hadis ye.. bila disoal balik ternganga tak reti menjawab. well.. sebab monyet2 macam ni le ramai yang 'keluar' dari 'sini'. jaga dulu anak bini keluarga sendiri baru nak jaga hal orang. patot pon ko hidop merempat.. macam ni rupanya koje ko ye. takpe..dunia ni bulat.. sendiri mau ingat la.. dendam sampai mati.
~
petang, balik rumah ma. berjimba2 bergumbira. petang tu la dok pegi amik daun kelapa tu. malam masa tengok berita, anyam ketupat. anyam bentuk 4 segi sudah..itu je pon yang tau. nak buat yang bentuk macam gemok sikit tu saya tak reti. takpe..janji ada bentuk sudah.bukan nak makan daunnya pon, nak makan isinya.. betol tak? malam tengok tv cerita apa ntah.. owh..mission impossible. lepas tu tido...
~
ahad (28/02/2010) :
pagi2 bangun siapkan masak ketupat. sekali dapor ma pulak rosak da.. aduhai..terpaksa guna dapor yang 1 tungku je. jadinya lambat le kan koje. takpe2...sabar. masak rendang ayam, masak kuah kacang, ma buat ikan bakar dengan rebus bayam. nyyumm nyummm... makan sampai pecah perot. owh..opah ada kat rumah ma. biasa la..tebaring je mana larat nak bangun dah. kesina opah. tapi best la menyakat dia. hahahhaa....
lepas zohor balik rumah. vacum kemas2 lebih kurang, baring tengok tv. ada je musibat lalu lalang. pegi mampos laaaaa...
malam tengok tv lagi. apa je yang boleh dibuat kat rumah melainkan tengok tv. owh..lupa, sabtu obek pergi kenduri rumah pakcik dia kan. saya tak pergi la. balik tu obek straight hantar mak dia ke kampung la. so, ahad malam, malam tadi la tu... dah pukul 1130pm baru kuar jumpa obek. kuar kejap je la.. makan2 tapi saya tak berselera le pulak. kepala sakit berdenyut2. tahan je la. pukul 230am sampai rumah, sambong tengok tv. entah cerita apa2 ntah..tau2 dah tertido.
~~
pagi ni bangun awal. mata bengkak. hahahhaa.. takpe la. lawo apa mata bengkak. kuar rumah cepat sebab takut jem. memang betol pon jem, tapi takpe la.. saya sampai je bos pon sampai. ngam2 pukul 9am woo.. naik satu lif woo... lantak le. pedulik hapa.




hari2 saya minum air ni. elok ke tak elok? pas tu gemok baru memekak gemok, gemok, gemok. dah la..malas nak layan.
~~
nezha ok je. tapi dia minggu ni ada sikit lembab. entah tak sihat ke apa ke taktau la. tapi tengok makan ok je. uk-uk pon ok. still ada orang main mercun tau. bila dengar bunyik mercun, terbeliak2 mata dia bulattt besorrr.. hehehhee.. tau takot. mercun tu jauh le nezha.. apa la. hensem boy penakot.
~~
ok la.. cukup setakat ini.
~~
i love you obek..(miss u so much)
i love you nezha..(jangan noty2)
~~

6 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

salam satu malaysia
hai leeya
pasal ketupat.
lin tak pandai buat ketupat.
ala....tensennya..
dah banyak kali tuntut ilmu gagal jugak.
aperdaaa....
leeya pandai wat ketupat...
tabik spring la..toing..toing..toing.

pasal makan.
bestnya dapat makan ketupat.
lin minggu nie asik makan sup meletop.
nasik ayam.
meehon sop
sup daging
sup perot.;
aiyakk..pelik jugak perot nie macam2 leh sumbat.
nak diet...huh..tak tau bile.

pasal nezha dan obek.
mana gambar leeya dan obek.
nak tengok..hehhhe..
selalu cerita jerk.
nezha plak maintain comel..
nantie nak masukkan mercun dalam telinga nezha.
kebabooom.

~dARlee zURiS~ said...

macam nak raya le pula ek.hehee...
zuris penah belajar nak anyam ketupat nie
tp..dah tak terbuat,terus tak ingat dah.asyik beli yg segera je tau ;P

~dARlee zURiS~ said...

ohh..lupa.
to misz pinkie winkie:
obek macho tau.pala botak.aummmm
heheee...
eh,botak lagi ke die skrg?

zh-ena said...

ena mmg tak pandai anyam ketupat..byk kali belajar pun tetap la fail

nURmALa mAZLan said...

wahh!!!!
susu coklat good day tu fav kita tau kak..dari kecik sampai skang kalau susu coklat.... mmg good day la jawab nyer~

saya said...

Pinkie—saya pon entah camne pandai lak buat ketupat. Tak belajar dengan sapa pon. Tapi lama dah tau buat tu dari kecik2 lagi. Kene belajar tu esok2 ada gunanya. Hehehe…asyik makan sup je nanti tukar selera pulak ye…nak tengok gambar? Tu dah ada..

Zuris—tau takpe..mood raya terlebih awal pulak sampai nih. Amboi..obek macho ye??? Habis say atak cun ke? Obek tetap le botak. zaman rambut panjang dah berlalu..

Ena—belajar2 jangan tak belajar..macam anyam tikar tu la…

Mala—baguss…ada peminat bersama nih. Hehhee