mari mencari....

Google
 

Friday, March 26, 2010

nak tau apa yang berlaku?...


hello..
sorry la kebelakangan ni banyak benar perkara2 yang diluar jangkakan telah berlaku. berlaku dan menimpa diri saya. nak cerita pon takot. hehehhee.. kang orang kata apa pulak.. tak reti jaga diri tak reti jaga rumah. apa pon..orang pandai je cakap, dah kene kat batang idong sendiri nanti baru le tau. jadinya.... korang2 jaga la keselamatan diri kat rumah tu. just nak bagi ingat, tingkap toilet rumah bawah korang jaga2 le sikit. kalo boleh ditutup terus pon takpe... nanti ada mata2 setan yang nak menengok dari luar tingkap tu nak menengok kita tengah buat apa dalam bilik air. get it?? thats what happened to me last wednesday. dalam pada taknak cerita tu tetap le nak cerita kan. pagi tu saya mandi le macam biasa. tahap kerabunan yang melampau ni so tak le berapa perasan sangat. tapi towards the end tu nampak macam bayang2. ingatkan bayang dahan pokok. sekali terpikir mana ada pokok kat belakang. tupp!!!! jantung saya dah berdebar2 dah ni. ni mesti orang mengintai ni. saya slow2 panjat toilet bowl dan jenguk. subhanallah!!! memang ada kepala manusia kat luar tu. ya allah, ya tuhan, ya rasullullah... saya taktau dah nk buat apa.. masa dia tgh nak jenguk lagi tu saya pancut dengan air, tapi apa lah sangat kan.. memang saya maki habis la semua perkataan keluar. boleh dia menyorok kat tepi tu sebab takmau saya nampak dia la konon. walhal saya nampak tapi nampak baju, badan, suar & tangan. pakai baju t-shirt hitam, depannya ada macam corak2 apa tak pasti tak berapa nampak kaler gold, sekali imbas macam logo superman je, suar jeans, rambut tak berapa panjang tak pendek, sederhana, tak tinggi sangat, kulit sawo matang la. yang pastinya melayu!!!! kalo tak pon indon. bukan cina ke keling ke apa ke. muka tak nampak sebab kat tingkat toilet tu macam menyerong ke bawah sikit. yang paling saya geram tu masa saya maki2 dia tu boleh dia gelak. ya allah.. selagi mau le saya menjerit maki dia. pas tu dia cabut lari. lepas tu..lepas tu..lepas tu saya melalak le bagai tak mau!!!!! call obek nangis jerit2, dah mamat tu pulak kepeningan. member baru bangun tido saya dah menyumpah2. haaa..baru tau. itu jam jugak terbang ke rumah saya. saya dah memang menggigil2 tahap tak tau nak cakap apa dah. marah, geram, sakit hati, semua ada. kebetulannya, nyonya rumah belakang tak masak breakfast hari tu, biasa dia pepagi tungtang2 masak, agaknya pagi tu dia lite breakfast je kot buat roti bakar so takde masak. kalo dia masak dia akan bukak pintu belakang so memang boleh nampak kalo ada orang kat belakang tu sebab bersetentangan dengan rumah saya. kebetulannya ahtong anjing sebelah lepak kat depan cepat pulak. biasa dia 730am++ baru dia kedepan, kalo tak tu tercongok kat belakang. kalo ahtong ada, harus kene kejar dah. berani betol dia sebab masa tu dah cerah tau..pukul 7am.. dia bukak pintu gate belakang tu. saya memang laa... takde perkataan dah nak maki dia. hari2 doa dia bior dia mampos kene langgar lori. geram tau tak!!!!! so then, obek datang. saya melalak bagai nak pengsan. so, lepas pujuk2 sekejap, dia pon pi tengok belakang dan try nak jenguk le kan. ala2 orang ngintai tu. nak tengok kot nampak ke tak nampak ke. dia kata tak nampak, sebab tingkap tu menyerong. so kalo nampak pon nampak dinding je la. saya kata saya tak pedulik. nampak ke tak nampak ke tutup jugak tingkap tu. bior bergelap saya boleh bukak lampu. check gate, memang dia purposely bukak gate tu. setann.. eh..nak maki dalam ni boleh ke? uuwwaaaa.... saya memang seharian tu dari pagi sampai ke malam melalak tak hengat. so, lepas tu obek pi kedai grill order untuk pasang plate. kasi tutup habis semua. now, saya fobia. nak pegi dapor pon takot. nampak bayang2 apa pon jadi takot. trauma la. tu baru kene intai tapi tak nampak, cuba bayangkan orang yang kena bukan2 tu, nauzubillah.... ya allah.. syukur masih selamat. lepas tu mula la otak merayau pikir yang buruk je, takot orang tu datang lagi ke, panjat rumah pulak ke, apa ke. kawan saya pulak dok kata nanti orang tu panjat masok rumah ikut siling. what the f*ck!!!! bagi la kata2 peransang, ni takkkkkkk.. lagi ko cerita yang negatif menakotkan saya. setannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!! dah 2 hari ni if dok kat rumah jadi ketakotan. dapor memang tak masok terus dah. melainkan untuk tuang makanan nezha dan buang uk-uk dia. tu pon berlari2 cepat2 ketakotan. terbayang2 la macam ada bayang2 kat situ walhal takde apa pon. ya allah..memang saya jadi trauma betol. takot. so, pada korang2 tu, better check tingkap toilet tu. tutup je terus senang. kalo rumah korang tinggi tingkat 16 takyah le tutup..sapa pulak nak panjat tinggi tu. ni kalo dok rumah bawah. so, since that day, saya tak guna dah toilet situ. guna toilet atas. dulu2 memang guna toilet atas, tapi macam malas le pulak, rasa macam senang guna toilet bawah. now takde dah..apa2 hal semua guna toilet atas. nak basuh tangan lepas makan pon saya pergi toilet atas. sekarang ada fobia lain pulak. asal naik atas je mendongak tengok siling, kot2 ada berlobang ke apa ke, takot pulak kot2 betol orang jahat masok rumah ikut siling. thanks to my kawan jahanam yang cakap macam tu. tapi lojik ke orang nak panjat bumbung rumah double storey? pernah terjadi ke? uwwaaa.... now i dont feel secure anymore dok rumah tu. nak pindah bukan senang nak cari rumah dalam tempoh singkat. tapi obek dah bagi motivasi sikit la.. so saya bersabar je la. harap2 bila dah seal semua tingkap belakang tu saya tak le ketakutan, atau sekurang2nya, ketakutan tu berkurang la hendaknya. dah tentu2 saya jenis payah nak tidor, bila dah jadi hal macam ni lagi la tak boleh tidor. nezha bergerak kaleh badan pon saya dah terkejut dupdap2 jantong. uuwwaaaaa... lemah semangat dah ni. so, aktiviti melalak tak habis lagi ni. pantang obek call.. berjurai2 je air mata, tak boleh ditahan2, automatik kuar je. hehhehee... takmau bagitau kat ma.. takot kang lagi dia risau. orang tua mana la boleh dengar benda2 macam ni jadi kat anak pompuan dia, kang lain pulak ceritanya. so, ni la saya luahkan perasaan terpendam ni kat korang. other than my blog readers, hanya obek & kawan jahanam tu je yang tau. sedih tak?



6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

ya Allah...leeya..takutnye
memang jahanam tul lah mamat tu
zuris baca pun geram
tp nasib baiklah tak jadi benda bukan2 ek.
pasnie mandi kat atas je lah
takde nye org blh masuk ikut siling atas tu.kecuali kalu dia masuk umah org sblh n siling tu connect ngan umah kamu.

dir...antologi hidup apple sepi... said...

oh demn...haish...selamt dia kena pancut ngan air sejuk je kan..klu kena siram ngan air panas tu...mmg tahniah la kan "jembalang" tu...haish....demn la laki tu..demn demn...

huhuhu..* mood geram

Misz Pinkie Winkie said...

leeya
giler la....
takutnyaaaa...
kemlarin lin pon kena intai..tapie melalui balkoni..
toilet takl kena sbb jauh..
time tue ngah kemas2 anak bulus..
memnag menggeletar badan ketakutan.
leeya standby pistol tembak air..isi dengan air cili..biar dia pedih sampai butaaa...

MOKCIK AZWA said...

Memang geram betoolll kat setan macam ni kan..erkkk...sorriii...

Kepada sapa2 yg dok rumah teres..kena hati2 jugak dengan siling tu. Melainkan ruang siling antara rumah sebelah menyebelah ditutup dengan batu. ada kes pernah berlaku malaun tu merangkak kat atas siling rumah dan pi menyaksikan apa berlaku kat setiap rumah orang huhuhu..korang bayangkan...memang giler orang yg buat kerja cenggini.

saya said...

zuris/dir/pinki/mokcik--risau tu memang la risau sangat. saya tak pasti la siling rumah tu bersambong ke tak. risau la. sapa lak nak rusuh pajat tengok kat atas tu. uwwaaaa..tq for your concern. love all of you..

kin hashim said...

uish! ngeri!