mari mencari....

Google
 

Friday, March 19, 2010

sakit2 badan... tapi tetap membebel.. bagussss...


hello.. harap semua sihat sejahtera hendaknya ye.. saya semalam half day tau. sebab rasa tak larat sangat2. lenguh2 badan tulang2 semuanya sakit bisa rasanya. aduhhh.. sedih la. so, balik rumah la. ingatkan boleh la tido ke rehat ke rupanya tak jugak. baring tu memang baring tapi tak bolehtido. mata pejam tapi tinga dengar. pusing kiri pusing kanan, sapu flavonil kasi badan sedap sikit pont ak jugak. dekat pukul 5pm tu baru terlelap. sampai pukul 630pm. jadi la. memang tido lena tak sedar apa. sedap2 nezha dah mengeow2 gelap. takot le tu. so, bangun. lepak2 tengok tv. tengok berita yang ntah hapa2. apa bagi kek..bagi la batu.. dah sampai depan dia tu hempok kan terus. haihhh..macam2 la nak cari publisiti. tu pasal la tak suka tengok berita sekarang ni. meluat. eh..tersasar lak jalan cerita. anyway..lepak sampai malam. dah pukul 930pm macam tu obek hantar nasi lemak. so makan la. jari pulak luka, kena cakar dek kucing luar tu. berdarah. so tak feel la makan nasi lemak guna tangan luka. pedih sebab kena sambal. nak makan guna sudu macam tak syiok pulak. haihh..macam2 cerita. lepas tu lepak kejap then tido. memang flet betol badan. nak kata demam tak le pulak. kenapa ye??
~~
hari ni bangun macam biasa. tapi malas nak kemas2 ke apa ke just tengok tv saje sampai pukul 730am. lepas tu pegi koje. jalan tak jem. pukul 815am saya dah tercongok kat office. hehehehe.. opss..pagini obek ada tapaukan karipop. 3 ketul. tak makan pon lagi. tak selera la. tau takut..bila saya sakit2 macam ni baru la nak hantar nasi le hantar karipop le..apsal tak hantar bmw ke, audi A6 ke..baru la lebih bersemangat hidop!!! ye beno le tu.. saya bersemangat, obek pengsan nanti. hwuahhaha.. syukur la apa yang ada. ada orang motor kapcai pon takde. appalaa...jangan jadi tamak.
~~
sekarang macam2 program realiti bermula. terbaru saya nampak imam muda. hehehhee..dan2 tu la jimi pakai songkok kan. owh..dia nak bezakan kalo time dia mengacara af..dia pakai rock la..kalo time mengacara program imam ni pakai songkok la...lantak le. tapi bila baca entry requirement tu yang tak syiok.. fasih ayat2 lazim..ok.. memang patot la. tau hal2 agama..ok memang patot la. tapi bab berperwatakan menarik tu yang tak faham tu.. ada sedikit confuse disitu. apa kalo gemok chubby tak menarik kah? kalo rongak ke jongang ke juling ke tak menarikkah dan tak layakkah mereka masok pertandingan tu walopon teror hafal 1 quran, tau hal2 selok belok agama lulus 4 thanawi bagai? ini sudah diskriminasi... berperwatakan menarik tu kan subjektif.. so baik jangan tulis macam tu, baik tulis, kemas ke, bersih ke.. lebih sesuai kot? hahahha..entah la. macam2 adaaaa....
~~
tetiba rindu kat nezha. walhal pagi petang siang mlam dok mengadap muka dia. haihhh....bucuk2 comot tu memang la pujaan hatiku...
~~
buka nurseri di pejabat? hehehhee... setuju tu memang le setuju. tapi pejabat yang macamana..office yang macamana.. tak semua majikan nak buat macam tu. kalo ada pon harus le kompeni korporat2 bagai kan yang dah ada building sendiri menara sendiri. or keje g.men. aduhhh... berapa banyak majkan secara kecil2 ni yang nak buat. korang rasa2 la kan. takmaunya dia. social responsibility? lupakan. tu untuk kompeni besar2 yang nak jual annual statement / report untuk tarik pelabor. takyah jauh la..kompeni korang je la yang kecik tak kecik, besor tak besor.. agak2 bos nak buat tak nurseri tu. apa la kata..kalo digubal sikit je idea tu. setiap banggunan pejabat, setiap 1 blok banggunan tu ada 1 nurseri. tak kira sapa yang uruskan but then mesti ada nurseri. so, kakitangan pejabat campor2 tu dalam building tu akan hantar anak dia kat situ? setuju? but then, sebab majikan tak buat nurseri dia sendiri, kena la bagi sikit insentif pada pekerja untuk hantar anak ke nurseri tu. boleh? mau tak macam tu? bayangkan.. takyah jauh..katakan la pekerja di building boulevard kat mdvly tu kan...ada berapa pejabat dalam building tu? rasanya mau lebih dari 20 kot. pekerja yang ada anak? mesti ramai.. so, pekerja dan kompeni campor2 kan, so, boleh la 1 floor tu buat nurseri. ke tak sesuai ke buat nurseri kat area office? tu bomba ke sapa yang bertanggungjawab pi la buat siasatan tentang kesesuaian kawasan tu. kot nak kene renovate ke apa ke.. saya rasa la.. macam tu lebih sesuai. pada saya la. sebab..tak semua orang2 ni koje kat kompeni besar2 yang koperat2 tu. ada orang koje kat kompeni yang bagi betol2 minimum benefit kat pekerja. betol2 ikut akta punya.. tak lebih tak kurang. kesian tau. gaji kat bandar ni kalo takat 3k tak cukup untuk isi rumah yang ada anak. betol tak??? panjang lak membebel.
~~
hari ni dah jumaat. esok sabtu. macam2 benda nak kene buat. penat. penat otak, penat tenaga, penat jiwa. minggu ni camne pon mesti mau jugak buat cucur udang tu. teringinnyaaaaa....
~~
alaa..korang ni tak jawab lagi la teka-teki saya bagi hari tu.. kereta apa yang tak dipanggil kereta. ena je yang jawab..tapi salah la.. ada ke car katanya. hhehehehhee.... cuba lagi, cuba lagi. soklan senang je tu bukan suruh kira soalan math polynomial pon.... mari2.. sapa jawab dapat hadiah (sendiri beli). hehehehee...
~~
okla..banyak pulak membebel harini tak padan dengan sakit badan dan tangan luka. assalamualaikum...
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..
~~
suka la korang dah weekend ni!

4 comments:

zh-ena said...

hehehehehehe tak dpt nak pikir la apa teka teki leeya tu :p


ena setuju sgt klu comp ada nursery sendiri tapi tgk jugak comp yg mcm maner
klu comp kecik yg staff dia 2 org jea baik tak payah buat
klu comp besar dan ada staff yg ramai
dan ada anak yg telah dikumpulkan ramai
mmg elok la buat nurseri
jd tu blh dijadikan benefit utk staff yg bekrja di situ
nak kerja hati pun sng sbb sekali sekala blh jeguk anak..sbb dekat jea kan

Misz Pinkie Winkie said...

nantie tanyan apek.
apek mestie tau teka-teki tue.

oh..ya cakap pasal rongak.
duke dah rongak
taring dia tercabut semalam
padan muke dia..suka bebenor mengigit.

yeyeh..esok cuti.
nak sambut besday...
hehheh (syok sendirie)

deaf_angel said...

wishing u speedy recovery fren

saya said...

ena--setuju2...

pinkie--happy birthday!

angel--tq