mari mencari....

Google
 

Monday, March 29, 2010

sebok je weekend tadi..



hello... apa ceritanya hujung minggu tadi? wahwahwahh..masing2 buzy ye. saya pon buzy jugak tak dapat nak lelap mata. jumaat petang tu balik macam biasa. malam tu ada keje sikit kat rumah orang nak pasang benda2 lah. kecoh2 je. sampai pukul 11pm baru settle. lepas tu kebabom.
~~
sabtu, 27/03/2010
bangun lambat sikit. ye bena la tu..takde la lambat sangat. pukul 8am macam tu. terlajak. badan penat sangat2. lepas tu pegi kl jap. ma kirim barang2 macam2 le so pergi le beli2. pegi dengan obek. beli-beli-beli... so, dah pukul 2pm pulak. lepas tu lepak2 kejap, pukul 4pm balik rumah ma. singgah kfc dulu belikan untuk ma. lama dah tak beli. ikut tekak saya memang takmau le. tapi takpe la..belikan untuk ma. sampai rumah ma, first thing is tuju mesin basuh dulu la. humbankan baju seminggu dalam tu. hehehehe.. jimat takyah hantar dobi. gila kedekot. lepas tu melayan anak kucing yang baru lahir tu. geram betol. rasa nak picit2 je. penakot ya rabbi. makan nak tapi dengar kita datang dekat dia cabut lari. so comel. lepas tu petang pukul 6pm macam tu ibu pulak datang. bawak makanan lagi. ayam juga! rangka ayang yang goreng rangup2 tu le. dengan montot ayam. hehehehe...bedal la kami berdua saya dengan budak adik tu. si aish makan ayam kfc yang saya beli tadi. seronok lak makan ramai2 ni. ajak budak adik tido rumah ma dia takmau pulak sebab esok pagi ahad tu dia ada kelas. kelas apa korang jangan taktau.. kelas belajar main trompet. sabar je la. minat pelik2 la dia tu. anyway.. malam pukul 8pm baru ibu, budak adik & aish balik rumah dia. hehehe..so, kembali sunyi la rumah ma tu. malam saya tak makan dah sebab petang tu dah makan. nak tengok tv pon ala2 takde mood. panas betol berbahang. pasang kipas pon rasa panas lagi. sebelom tido kasi mandi dulu bagi sejuk sikit. baru la boleh tido.
~~
ahad, 28/03/2010
pepagi dah bangun nak pegi pasar. ma suka spoil tau. malam tadi tu dia yang beriya nak pegi pasar sekali dah pagi malas pulak. gggrrrr... so, saya kene pegi sorang, tulis2 semua barang ayng nak beli then chow laa.. hehehhee..tak beli apa. beli laok untuk masak hari tu je. ma kata jangan beli banyak2. beli jugak tapai ubi & pulut. tapi terlupa nak makan pulak. sebelom pergi pasar belikan ma roti canai dulu, untuk breakfast. so, menu ahad semalam gulai lemak ketam, ikan bawal sweet sour, tumis sawi. air kosong sudah... jaga kesihatan katanya. pukul 9am hantar ma pergi marhaban. wahh..she & the gang le pulak. layan je la. tengoktv selagi mau. sapu rumah sikit. banyak betol sebut. mana la datangnya. then melayan anak kucing tu lagi. pukul 1pm ma pon balik. apa lagiii..serbu beg jajan la kan. dapat macam2. ada kerepek ubi pedas, kerepek ubi masin, air kotak, gula2. bunga telor dah pasti. best la. opss.. kali ni dapat pulak laok kenduri berkat. entah le bila nak makan tu. owhh..kawan ma datang hantar kad kenduri kawen anaknya. nanti bulan 4. simple je kadnya, kertas kaler pink je. potostet. jimattttttt.... takyah buat kad berpuluh2 ringgit. huhuhuhuuuu... tengok pengantin pun muda lagi. aikk..patot la..baur lepas grad. waduh2..mana dapat duit buat kenduri ni ha?? sapa lagi kalo bukan mak pak yang kene sponsor. mmm..macam2. keje la dulu baru kawen. kumpul duit sikit. bagi mak pak merasa duit keje ko tu, baru le kawen. ahhh..lantak la. sukati ko la. nanti saya pergi le kenduri tu. mesti la kalo tak ma tu kang bising takde orang nak bawak dia. petang lepas nona pukul 3pm balik rumah sendiri lorr..rindu kat nezha. cubit2 dia. topok2 montot dia. lepak2... malam tido awal. pukul 9pm dah tido. sebenarnya nak tido dri pukul 8pm lagi tapi menunggukan keputusan undi mca tu.. heheh..chua s.l menang wo president walopon diselubungi gossip2 hangat dan isu2 membara. cheewahhh... so, maknanya supporters dia ramai le tu kan?? pukul 9pm tido tak sedar2 diri. sedar2 dah pukul 1240am. ahhh...malas. sambong tido je la. mimpi macam2. standardddd....
~~
hari ni bangun awal. pukul 5am memang dah bangun mata tak boleh tertutup lagi dah. lemau dah dia tutup awal malam tadi. dating2 breakfast dengan obek. hehehhee... tapi saya tak makan la. tak selera. obek je makan. saya tapau koripop 3 bijik. dengan kuih buah melaka nampak tadi. tapi sayangnya buah melaka keras kejung. itu bukan buahmelaka. itu buah batu. sekian.
~~
jalan pagi jem. ada eksiden. hadap je la. malas la nak pikir2 apa2. pepagi dah bikin naik darah. mujur sempat sampai jugak before 9am. check2 emel yang belambak, then buat koje. harap semuanya ok la hari ni.
~~
korang pernah tak terpikir rasa macam nak berenti koje je dok rumah. tapi nak dapat duit tiap2 bulan macam dapat gaji tu. hehehehhe..sapa le yang baik hati nak bagi gaji dok rumah ye. bukan malas. tapi bosan. saya suka koje ni. tapi tu la.. membosankan.
~~
okla.. tu je la. takde idea nak tulis apa2 dah. nanti la sambong. ada benda nakkene buat.
~~
i love you obek...(love you so much)
i love you nezha...(jangan noti2 ye)
i love all of you...(happy monday!)

6 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

hahha.
budak gomok tue macam nak kene perah..macam perah kain.
gerammmmmmmmmmmmmmmmmmm.
haha.

lin hari minggu cam biasa..datingla.
macam leeya jugak.
smalam g beli barang2...
punyalah banyak tecso...
sekalie bf ajak g tesco ampang.
lin lagie suka....kaki jalan.

nnatie lin dapat anak bulus baru lagie.
muchkin..huhuhu

MOKCIK AZWA said...

Wah bukan main seronok berjalan ek..

soklan terakhir itteww...hah..soklan sudah lama bermain difikiran ku ini. Bukan mokcik sorang jer tau ada terlintas seperti itteww..ramai lagi..

sebab tu pentingnya pilih la asben yang berpoket tebal juga supaya dapat membolehkan anda jadik full time housewife yang berpendapatan tetap setiap bulan hahahaha..

kin hashim said...

cik saya ni agaknya 2-2 famili dekat eh? bes kan, bila2 masa, boleh balik rumah mak, tumpang makan, tak payah masak..hehhe..

saya said...

pinkie--bab shopping memang cerah je bijik mata..tambah2 kalo ada bank bergerak tu. yahuuu...

azwa--tu la.. tapi kang kalo berhenti nak makan apa lorr..makan pasir pon pasir kene beli dah sekarnagni.

kin--dekat la jugak. boleh lari2. ada pro & kons nya jugak. hehehee...

Ummi batrisya dan damya said...

pernah, nak berhenti kerja, nak duduk rumah tapi gaji nak banyak macam tu jugak, ada tak orang nak bagi :)

蜂蜜蛋糕Maggie said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社