mari mencari....

Google
 

Friday, April 30, 2010

review and reply..do you?..


lihat momtotku... montok kan...
~~
baca dengan nada ala2 iklan itu ye. hehehheee... takde la. saja menyakat nezha je. tu pic pagi tadi dia tengah dok mengelamun. entah la pikir apa. muka serius je macam pikir masalah negara je. layan je la. mana tau kot2 nanti boleh dapat ilham dari dia. yo lah tu. mengelamun ke, tido ke, lepak2 ke, harus le tetap nak kat kerusi plastik dia tu kan. setia betol dia tu. anyway, nak cerita apa ye hari ni? takde apa yang menarik la.
~~
semalam balik lambat. eh..korang pernah ke guna yang air cooler tu? macam kipas tapi dia da yg bentuk gemok ada yg bentuk panjang. owh..ke fungsinya sama je dengan kipas biasa? ok.. sambong balik cerita tadi. semalam balik lambat. 830pm lebih baru sampai rumah. penat betol. balik kemas2 sikit, lap lantai je la. malas nak vakum ke apa ke. walhal boleh je kalo nak. sekali lalu je. entah la. kemalasan yang teramat sangat. tak makan pon. entah la. minum air kotak 1. lepas tu tengok tv. hehehe..cerita kelakar2 le pulak dia penipu2 ni menyamar jadi royal la, jadi kolenel cacat la, macam2, sebab nak tipu duit perempuan. apa la tajuknya. tapi tak tengok sampai habis. tengok nezha pon dah slow je. hangkot la bawak tido. purrrrr..sedapnya tido. malam tadi tido rasa macam best pulak walopon tetap la terjaga2 tu kan. itu biasa.
~~
haa..nk nak tanya kat korang as blogger. tak kira la tegar ke tak tegar ke kan. kalo orang ada tulis komen, korang baca balik tak dan reply tak? ada orang reply, ada orang tak reply. kalo saya, saya baca, dan reply. dan kalo saya tinggalkan komen kat blog orang pulak, esoknya saya akan buka balik komen box tu nak tengok apa orang tu jawab kat komen saya. rasa seronok la. kalo orangtu me-reply balik komen kita tu rasa macam dihargai. walopon kadang2 tulis benda mengarut2 je macam hai, hello, and so on. means, empunya blog tu baca kita punya tulisan. tapi ada orang tak reply pon. mungkin dia buzy kot. macam saya memang le reply selalunya sebab berapa kerat je yang tulis kat komen box tu kan. paling2 banyak pon 5 orang. tu kira dah habis top la tu. al-maklum, tak terkenal katanya. hahahha.. yang tak reply tu kadang memang la saya tengok ada berpuloh2 orang bagi komen. mungin tak ter-reply 1-1 tapi boleh je buat reply lump sum kan? hehehhee..entah la. korang camne? dan apa korang rasa? patot ke tak patot review & reply komen? bincangkan.
~~
ok la..takde apa nak membebel lagi. rindu kat nezha. dan obek jugak. huhuhu.. have a nice weekend ye.
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, April 29, 2010

nezha ok dah sikit, so boleh la bernafas lega...



hello...
nezha ok dah sikit. tapi lemah2 la. alalala..siannya dia. ye la. sedangkan kita pon kalo kena cerry berry harus macam nak pengsan, inikan pulak dia. sian dia kan. so, malam tadi tido pelok2. kalo time dia tak sihat memang la manja tu akan berkali2 ganda jadinya. layan je la. pagi tadi dah boleh lari2 dah. tapi macam tak berapa larat la. baru nak recover. hopefully har ni terus sihat ye nezha. love you so much.
~~
nezha dah sihat sikit baru la boleh bernafas dengan lega sikit. kalo tak tu otak runsing. nak cerita pasal diri sendiri pon takde mood la. lagipon semuanya perkara biasa2 je. bosan. sabtu ni saya ada hal penting sikit. so, doakan saya success ye.
~~
gula dah takde ye? ma call saya semalam suruh belikan gula kot la dapat sepeket sehari. aduhhh... kenapa selalu sangat sugar shortage ni? benci la. camne pengurusannya ni? agenda biasanya, sorok gula, kurang bekalan, naik harga. kompom la tu. haaa..naikkan terus la gula sekilo rm5. senang sikit nak kira. memang la patot kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan tapi kalo dah kuih talam tu tawar hebeh apa ke bendanya. leceh la diaorang ni. rakyat terbeban tau tak. tu kang if gula naik harga kang harga makanan naik lagi. harga minuman pon naik juga. pusing2 benda yang sama. cakap lelebih kang payah pulak.
~~
tetiba pulak cerita pasal gula kan. mari cerita pasal benda lain pulak. hari ni saya macam tak larat betol la. lemah2 badan. nak bangun pagi tadi bukan main liat betol. tak mau terangkat badan tu dari tilam. tilam tu pulak kalo malam2 tak le sedap, tapi bila pagi suboh tu masyaallah...sedapnya, jadi lembut gebu le pulak. haaihhhh...macam2. bangun pagi pon dugaan. malam tadi tak tengok cerita apa. tengok csi pon tak habis, tau2 dah terlelap. tersedar pukul 12am++, tenok nezha, tepok2 dia sikit then sambong tido. pukul 3am++ terjaga lagi. kali ni lama terjaga. membosankan. terkebil2 je bijik mata takmau lelap. tengok nezha krohh..krohh..krohhh. layan je la.
~~
ok la.. taktau nak tulis apa dah.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, April 28, 2010

nezha tak sihat..saya susah hati sangat-sangat-sangat..




nezha tak sihat la.. pagi tadi saya bangun tu patot le senyap sunyi je alam rumah rupanay dia ala2 tak larat gitu. cerry-berry. entah la apa kenanya. tak sempat nak pergi kat besen uk-uk dia dah mencicir kat lantai. aduhaiiii.... sedihnya. mula la dengan saya2 sekali melalak meraung. kejut2 dia tengok macam lemah je, tak larat. bertambah le saya melalak. tak tau kenapa. malam tadi ok je, melompat2. makan biasa. takde bagi makanan yang luar biasa jajan2 ke. dia makan makanan dia je. tu yang mushkil tu. saya ingat nak je cuti tadi tapi tak boleh pulak sebab ada benda. aduhaiii... ingat nak half day la nak bawak dia pi klinik. saya amat susah hati sekarang. badan je kat office, otak pikiran semua kat rumah. nezhaaaaaaa...jangan la sakit2 ni.







Tuesday, April 27, 2010

cerita muzeum lagi..

hello...
apa khabar semua? harap semua sihat2 ye. saya biasa je. takde yang luar biasa. huhuhuhu... petang semalam balik macam biasa. jalan boleh tahan jem pulak. geram betol sebab nak cepat nak pegi kedai beli pasir & makanan kucing luar tu. takot kedai tu tutup. nak kene pegi cocok duit lagi.. aduhhhh..tensen betol la. tapi mujur la sempat semuanya. seperti biasa orang kedai tu yang akan angkat pasir masok kereta. ye la.. berat kononnya. hehehhee.. boleh lak dia tanya saya, mana kereta? saya kata itu laa..kereta biasa.. belom tukar besar punya lagi. dia gelak je..dia kata saya ingat u sudah tukar kereta besar punya.. merc. tarak apa, lain kali u datang sudah bawak besar punya kereta. wahwahwahhhh..perli nampak. sabor je la. tapi doa le banyak2 uncle woii.. kot2 dapat merasa kereta besar merc tu kan. huwahahahhaha.....
~~
lepas bali kedai terus balik rumah la. dah sampai rumah baru la teringat nak beli lobak putih tu. teringin la nak buat sup. so, kemas tempat pasir dulu, lepas tu keluar lagi beli lobak tu. dapat. beli sebijik je 80sen harganya. huhuhuhu... balik rumah, kemas lebih kurang, pas tu masak sup. yahuuu..sedapnya. chewahhh.. malam just lepak tengok tv. tengok ncis. itu pon tak habis macam mengantuk sangat2. rugi je tak dapat tengok criminal minds malam tadi. leceh laaa....
~~
tengah tido syiok2 sekali nezha kejut daa. meow2 memekak. suara dah le garau ala2 rock. layan je la. nak suruh garu. bermacam2 fesyen menggarunya, tergolek sana, pusing sini, pusing sana, sampai le dia tido balik. pagi tadi kejut dia bangun takmau lak dia. saya tinggalkan dia sorang2 kat bilik. ingatkan ye la tido, rupanya ikut jugak. hehehhehee... maunya dia tinggal sorang.
~~
jalan tak berapa jem pagi ni. sampai awal. kat tempat parking opis saya ni.. ada la 1 anjing tu tau. comel. dulu2 dia ada tuannya. sebab dia pakai collar tu kan. sekarang saya ingat tuan dia dah takde la. sian dia. leher dai sampai berkudis sebab mungkin collar dulu tu ketat sangat. saya sedih la tengok dia. kadang2 saya tinggalkan roti sekeping kat tepi kereta. kot2 la dia nak makan kan. saya panggil2 dia takmo datang dekat. dia lari. aduhhh... tu la dianya. masa anjing tu comel bersih bijak, ko sayang2 dia. sekarang dah tua agaknya ko buang macam tu je. sedih la. anjing pon ada perasaan tau. tapi saya pikir la kot ye ke tuan dia buang dia ke, atau anjing ni lari dari rumah ke, kene culik je. haihhhh.. sedih. anjing tu jneis kecik je..cute. kalo jaga dengan baik memang lawo. hari2 nampak dia berkeliaran nak cari makanan. tapi dia tak pernah kacau orang, in fact, dia pulak yang takot orang. kene dera agaknya dia tu dulu. uuwwaa.....
~~
ok2..mari sambong cerita pergi muzeum tu. sementara stok gambar masih ada. huhuhuhu...
~~
lepas keluar dari pameran keranda tu, kitaorang pegi la melawat pameran tetap. memula pegi muzeum asean dulu la. sebab sebelahnya je. dekat.




ni pintu masok muzeum asean tu la. pakcik guard tu baik. peramah orangnya. senyum je. masok free tapi kena tulis nama. nak kira berapa pelawat kot. kat dalam tu biasa la. nama pon muzeum aseankan, jadinya sejarah penubuhan asean, apa negara dalam asean, apa budayanya, gedebak gedebuk semua la. sangat bagus untuk pelajar2 me-refresh-kan otak tentang asean2 ni. eeee..kalo time exam, bab2 asean ni le yang paling banyak keluar tau tak. dulu la.. sekarang saya tak tau la. so, sila la bawak adik or anak pergi melawat sana. tapi kecik je la muzeum tu, tapi ada la infonya kan. apa2 la labu.....


wokeh..lepas tu kita bergerak ke hadapan. dari kiri, cepat jalan!!! hahahhaa.. dah ala2 berkawad pulak. sapa tak kenal ni memang la, jangan jadi rakyat malaysia. ni le lukisan trademark muzeum. masa kecik2 dulu kalo nampa building ada lukisan besar ni tak lain tak bukan, muzeum le namanya. kat depan tu ada macam kolam air pancut, tapi airnya tak memancut pon. tak di-on-nya... takpe la. tapi kalo on lagi la lawo. dah le weekend kan, orang ramai datang.



ok..ni bumbung muzeum. trademark jugak. lawo. menarik. time ni tengah panas sangat terik tapi bila snap pic jadi kelam pulak. hehehhee...



yaah....tu dia.. mendaki menuju puncak katanya. tinggi jugak tangga tu nak dipanjat. tak perasan pulak saya ada tak laluan untuk oku. ye la.. bukan semua orang larat nak panjat tangga. kot tak oku pon, kalo orang tua2 tu takdenya nak memanjat tangga. ada kot maybe saya yang tak perasan. entah la. ok..tangga tinggi.. kira ada berapa anak tangga? lebih daripada 20 anak tangga ye puan2 sekelian. jadinya tolong jangan biarkan anak awak panjat tangga sendiri. nampak gap anak dia dengan mak dia? tu kalo tergolek tu memang assalamualaikum. kot ye pon nak membina stamina anak, pegi la dekat2 dengan dia sikit. tu terlalu jauh. budak baru nak belajar panjat tangga. huishhh... maknya diam je berdiri kat bawah tu. haihhhhh..macam2 peel la. dah le budak kecik, berjalan pon kaki goyah lagi. jangan budak baju putih tu..tu takpe.. dah tua dah. sekali langkah terus 3 anak mata tangga. sabar je la. tu la dianya. manja anak jangan keterlaluan. esok2 kita yang merana.



kat dalam muzeum utama tu ada 4 bahagian kot. a, b, c, d. eh..ye ke? lupa la. mula2 masok kat ruang legar tu ada macam pameran apa benda ntah. baju2 pengantin artis. siap dengan mutiara2 raflesia bagai. ahhh... mengarut je. bukan lawo pon. lawo apa bendany kalo dah cincin gedabak beso anak lesung batu. well.. lain orang lain citarasanya. masok kene bayar rm2. mula2 pegi tepi bawah tu.. ada la pameran macam zaman awal la. yang ada rangka2 zaman neopolitan. haaa..sapa ingat matapelajaran ni. aduhhhh... seksa la. now boleh tengok balik. jenis2 tanah yang dari bawahhh sekali sampai ke atas. dia ada buat susunan. bagus2. ada cerita la zaman awal pemerintahan inggeris la... salahsilah kesultanan. haihh.. tengok carta dia pon boleh naik pening. keris2 zaman awal dulu. semua2 tu la.



ni contoh bunga emas yang digunakan zaman dulu la. tapi nampak macam bunga telur gold je. hehehhee... ye la..dai letak replika je kot. takkan nak letak yang real punya. ngeri woooo.. ada la perhiasan2 zaman dulu, pending la, tempat tembakau, pedang2, lembing aihhhh... semua2 la.



yang ni yang keris2 la. entah le sapa punya lupa dah saya. kat sebelah hall lain pulak ada tunjuk masa zaman nak membangun tu kan. replika kapal korek bijih timah. boleh gerak yoooo.. tekan button tu nanti dia gerak2. hehhehee... ada la tunjuk perjuangan melayu dulu2, malayan union la, komunis la. macam2 la. naik atas pon ada 2 hall jugak. yang satu tu pasal zaman penjajahan rasanya. portugis semua tu. ada gak tunjuk patung ala2 tengah discuss untuk perjanjian pangkor tu kan. wahhh..ingat tak perjanjian pangkor? ye, sekian. hehehhehehee...best jugak. hall lagi satu tunjuk pasal malaysia kini. macam2 la. jenis2 tengkolok sultan, apa nama ikatannya, susur galur kesultanan, sapa sultan pertama. benda2 macam tu la.



banyak beno keris pedang kat dalam muzeum tu. hahhhh... ada gak tunjuk duit siling lama dulu2 tu. macam2 ada. jadinya. pergilah melawat muzeum. hhehhee... budak2 sekarang ni asyik la dengan main tenet main game online. memang sejarah berdasarkan buku teks je. kalo pegi sini at least bukak sikit mata. sebab nampak real kan. tu je la cerita jalan2 ke muzeum minggu lepas.
~~
ok..habis sudah cerita penjelajahan pada hari sabtu. balik tu makan aiskrim dulu. pakcik jual aiskrim rm1.50. haihh..makan je la. saya makan tak habis pon. sebab macam sakit tekak pulak. ramai jugak orang pegi jalan2 muzeum ye. tak rugi bayar rm2 tu. sebab harga untuk restoration barang2 tu lagi mahal. bukan senang nak jaga barang2 lama tu.
~~
hari ni takde gambar nezha ye. dia buat peel pepagi ni la. entah apa yang dia bengang sangat tu, saya panggil pon takmo datang. bila saya bangun nak ambik dia, dia lari. bior kan. ada le tu yang tak berkenan kat hatinya tu. alahai nezha.... nezha...
~~
i love you obek..(windu woo..obek takde ostn. uwaaaaa..)
i love you nezha..(takmo majuk2 tau, lepas makan pi tido tau)
i love all of you..(selamat bekerja!)

Monday, April 26, 2010

cerita hujung minggu yang pelbagai...



hello..
wahhh..tajuk macam tajuk esei budak sekolah la. takpe2.. al-kisahnya hari ni punya entry adalah sikit panjang. dan penuh dengan gambar juga. walolpon gambar adalah berkualiti sedih tapi tetap la nak jugak letak tanda semangat berblogging walopon tadak orang baca. hehehhee.. untuk tatapan diri sendiri pon boleh jugak kan. baikkkk....
~~
jumaat petang. balik macam biasa. tak berapa ingat la kejadian hari jumaat. semuanya blur2. hehehe... malam tu pi dinner rasanya dengan obek. owhh.. saya ada buat sup sayur campor tauhu malam tu. sebab petang tu obek kata dia buzy so macam tak sempat la nak dinner dengan saya. so, balik tu saya masak le sup tu. sekali siap je masak lepas mandi obek call ajak kuar. haihhh.. sup tu dah masak takkan nak simpan. kalo simpan alamat memang peti ais je la yang makan. jadinya saya tapau la sup tu. makan kat kedai bawak bekal. hwuahahhaa.... nak buat camne. takot membazir pulak. sekali sup tu terlebih sedap le pulak. licin wooo... saya ni jenis penakot la kalo pi kedai makan bawak makanan lain sebab biasa memang orang kedai tak bagi kan. tapi jumaat tu nekad je la. mujur orangtu tak bising. maybe sebab ada order laok lain jugak kot. entah la. so, itu je la cerita hari jumaat.
~~~
sabtu, 24/04/2010:
bangun lambat. pukul 8 tu consider lambat le tu. terkebil2 dah bijik mata ni tak boleh ditutup lagi. haihh.. tengok tv. pukul 1130am obek call tanya nak pegi mana2 tak. saya kata nakkk.. nak pegi muzeum tengok pameran keranda tu. hehehhee.. lagipon kan, dah berpuloh tahun rasanya tak jejak muzeum tu. last saya pergi rombongan tadika!. gila lama berkurun. masa tu pegi pon macam pegi jalan2 je la tak paham apa benda pon. time sekolah rendah punya rombongan saya tak pergi sebab kena demam campak. so, mengguling2 kat rumah melalak sebab nak ikut juga. ma kata nanti dah sihat ma bawak pergi. sampai le sabtu semalam tu baru saya jejak balik. hehehe... ma tipuuuuuuuu.. anyway.. tu le yang nak cerita panjang2 ni.
~
sebelom pergi, kita makan dulu. mana tau kang ramai orang ke, kena jalan jauh ke. jadinya baiklah kita makan dulu lagipon dah waktu lunch. so, makan simple je la. excited punya pasal. peel macam budak2. mujur obek melayan je.




inilah diaa... banner pameran keranda tu. wahh..macam best je kan. kalo cerita pasal keranda je mesti letak tengkorak. sinonim le tu. tapi saya taktau le tenggorak2 tu yang real ke yang tipu. gagal dijawab. owh..kat pintu masok muzeum ada gak orang jual2 kacang2 dan buah dan air. saya beli la kacang dan jambu. makan kat luar cepat2 sebelom masok. ala.. kalo tak tulis pon takkan le ko terejal beno tak paham bahasa. mana le boleh bawak masok makanan. anyway.. kat luar2 pon ada gak pameran. hehehhe.. kenderaan zaman awal.




ni banner kat pintu masok. apsal dia boh background ala2 creepy ha? tak boleh ke takyah letak background muzik yang ala2 tu. ahhh..bosan. terus jadi tak seram sebab tau tak real. huhuhu....



ok..sila baca bayaran masok ye. murah je. dewasa rm2. kalo nak tangkap gambor kene bayar lagi rm3. agak2 boleh ke tipu cakap takmo amik gambor? haihh... bayar je la. buat duit betol. majoriti yang amik gambar tu kamera canggih2 yooo.. bukan macam kamera hp cap ayam saya ni. sedih wooo... jangan tak tau. budak2 keck sekolah yang ikot rombongan tu pon hp canggih2 bagai.. entah le iphone ke..iphong ke.. idak le teman tau. heuahhahaha..... ramai kanak2 sekolah time saya datang tu. masok sekali dengan diaorang. macam2 peel. seperti biasa, buat hal sendiri. takde lak cikgu dia nak explain 1-1 tentang benda2 dalam muzeum tu. which is a waste of time je. kasi la explain sikit kat budak2 tu. baru la ada penambahan ilmu. ni tak..macam anak ayam lepas reban. ikut sukati korang laaa... berbeza dengan tourist, depa siap bawak buku note tu kasi tulis2 entah le apa2 benda. saya tak tulis la. tapi baca setiap benda tu. at least tak le membuat tuli je datang tu kan?



ni yang kat luar. pameran kenderaan zaman awal. kereta lembuuu...rodanya duaa.. jalannya tak laju.. 1 jam sebatu. chewahhh... tapi ni kereta lembu yang lawo punya. bukan yang bawak rumput kasi kambing makan. ni siap yang ada ukir2 punya tu. lawo la.. tatap je la gambar dari kamera hp yang sedih ni ye. janji ada gambar. kan?




aduhhh...paling sedih tetiba ada lah proton saga. jadi bahan muzeum yooo.. uwwaaa.. i mean, masih ramai je yang pakai kereta proton saya edisi terawal tu kan. ada tu masih elok lagi. tapi dah masok muzeum lorr.. maybe dia nak tunjuk kat tourist bahawa ini le kereta pertama malaysia kan. sebab masa saya tengah tengok2 tu, ada group of tourist from china kot tengah di-explain oleg tourist guide dia pasal kewujudan kereta proton saga tu. depa punay respon.. oooo...aaaa...waaaa.. hehhehee... nampak tak tu? yang kaler putih tu le proton saga tu. haihh... bukan mamat yang berdiri tu.. itu cas masuk muzeum saya je. tu, sebelahnya tu.



ok..ni kat dalam muzeum pameran keranda tu la. masok2 je dia buat2 ala2 kita sedang berjalan dalam hutan la. not bad. menarik juga. banyak info yang boleh dipelajari dan diketahui. tak rugi kalo korang pegi. macam2 boleh tau. jenis2 kerandan dan cara tanam mayat sesuatu kaum. around malaysia la kan. tu pon tak kaji habis jangan la tanya pasal cara pengebumian orang afrika. ni kasi habis belajar dulu. yang ni entah le kaum apa. tanam dalam tempayan yooo.. bayangkan la mayat tu dibengkok2 kan sebab nak masok dalam tempayan. huishhhh... tu la pasalnya kalo jumpa tempayan dalam hutan jangan gatal2 nak bukak ingat ada harta karun ke apa, sekali bukak ada tengkorak daaa.. haru..haru..



ni yang biasa la. tempat simpan abu mayat yang dah dibakar. itu pon ada macam2 jenis dan bentuk wooo.. ada yang diperbuat dari kayu. itu pon macam2 bentuk ada. bulat, panjang, bentuk tanglong, bentuk lampu. ada yang diperbuat dari batu marmar, dari batu2 permata pon ada. macam2 la. tu baju yang dipakai la kan. lawo gak. macam baju pengantin kan.



ni keranda bentuk kerbau!! real kan?? sebijik wo. ada gak lagi satu bentuk kerbau gak tapi tak berapa real. ala2 je bentuknya tapi yang ni sebijik. siap dengan tanduk bagai. kat tepi dinding t dia ada tulis la sejarahnya. sapa yang guna, camne guna, kaum apa guna. info la tu kan.



haaaa... ni kat mana ntah. filipina ke? sarawak ke? lupa la. keranda/kubur lekat2 kat tepi dinding gunung wooo.. camne ye dia buat. gambar tu real punya tau. tapi bila tengok kat blog saya ni jadi tak berapa real la kan. kelam semacam je. saya dok pikir la camne gayanya orang tu panjant dinding gunung tu dan letakkan benda tu. i mean..ada paku ke? apa ke? wahhhh...



yan ni keranda kecik. baby2 punya kot. ada ukir gambar cicak. ke biawak?? owhh.. entah la. tapi setiap ukiran tu ada maksud dia yang tersendiri. mmmm.. adat sesetiap kaum la kan.



haaa.. yang ni biasa la kan. tanam dengan pinggan mangkok dan barang perhiasan peribadi sendiri. so, lagi sekali diingatkan, kot2 pegi junggle trekking tu, kot terjumpa pinggan2 tu hati2. jangan gatal2 nak amik bawak balik. diikutnya korang balik nanti. haiyokkk...




ini kan.. mamat ni sudah kasi saya terkejut dog terkejut badak tau tak. tu penutup dia tu ala2 digantung la kan. saya pulak tengah time lalu kat situ. agaknya angin aircond tu ke apa ke sekali penutup keranda tu bergerak daaa.. hahahhaha.. termelompat saya kat situ. mana tak terkejut, dah le tengok keranda hantu semua, sekali penutup keranda tu bergerak2. gila la!!!!! bikin suspen betol la. dah le tu siap boh lampu2 merah lak tu dalam keranda. aaaa..sapa pegi nak bawak budak2 tu takyah le kot. takot le kot2 terdemam ke apa nanti kan. lagipon bawak budak2 kecik bukan dia paham pon.


ok..kat dalam tu ada la tayangan cara pengebumian. masa saya datangtu tengah tunjuk pengebumian orangindia. tu yang real life punya la. ala2 dokumentari gitu. wahhh.. selama ni tak tau kan, bila dah tengok baru la faham. seram tak seram belakang cerita la. ramai orang tengok masa tu. saya terpendek telah terbelakang le pulak. jadi la. nampak jugak. time tenagh seram2 tengok tu (tak le seram sangat, tapi sebab surrounding gelap malap je kan) ada le pulak budak kecik ni jerit2. fuhhh... terkejut makcik. rupanya dia nak berjalan la. dia takmo ayah dia dukong. hahahhaa.. ayah dia nak berenti kejap nak tengok tv tu, dia pulak nak bantai berjalan. hambekkkk...


haaa..ni le keranda emas tu. tapi macam tak nampak berapa keemasannya pon. hehhehe.. emas le kot. dia tulis situ 14k. entah la..saya pont ak paham tahap2 emas ni. yang saya tau kalo beli gelang kena beli emas 916. entah le apa maksuk 916 tu idak le makcik tau.... sekian.



owh..tetiba terselit pulak gambar kenderaan awal tu kan. patutnya kat atas tadi. takpe la.. kira lump sum jugak la. yang ni kereta bomba zaman awal. besar.. menarik. memang patot budak2 pegi tengok untuk kaji dan hayati. boleh tengok apa perbezaan kereta bomba zaman dulu dan sekarang kan. again...ada je mamat baju putih tu menyelit. hahhahaha.... baca macam khusyuk beno, bila ditanya, jawabnya, entah.. wahh..pengsan.



ok..sambong lagi pasal pameran keranda tu. tu nampak tu tulisannya... pengkebumian (ke pengebumian??) masyarakat petani awal. tu kira dia tanam dengan pinggan ke apa, caranya dia macam bengkokkan lutut la mengereng. owhh..camne nak explain ha? pegi la tengok sendiri.
tapi ada jugak yang baring lurus.. haihh..tak faham la. maybe pergerakan kot. entah..



aaa... ni la kononnya yang real. saya taktau le itu rangka real ke tipu2 ke untuk tunjuk contoh kan. ok..bagus. boleh belajar bahagian tulang mana yang ada.. yang takde. haa.. korangtau ke nama2 bahagian tulang? sekian... tak dapat le nak jadi csi ye.



ini yang kebumi dalam tempayan. temayan pon ada macam2 jenis dan corak. corak bergantung kepada status seseorang tu la. owhh..ada lagi yang kebumi atas pokok. buat macam pondok gitu. hambekk.. ko jalan2 dalam hutan nampak pondok atas pokok ingat pondok orang tunggu durian sekali ada mayat daaaa... tapi biasanya dia akan letak kat pokok2 yang besar2 tu la. ooo.. patot la kalo ada pokok besar je ada hantu. rupanya ada mayat ye dulu2 tu. al-kisahnya.....



ni pon macam biasa nampak. kebum main tutup2 je pakai batu or kayu or apa2 je la. biasa kalo tengok cerita korea or cina dulu2 dia mati dia buat macam tu kan. ye la..dulu2 tu kot nak carik cangkol tak de. dah le mati dalam perjalanan, atas gunung la, tepi sungai la. see.. ada jugak tengok cerita ka tv. boleh relatekan dengan kejadian di muzeum. hehehhee..bagus2...
~~~
aik..habis dah? huhuhuhu.. ada lagi. tapi tu masok dalam entry esok la. satu hari satu entry je cukup. jangan banyak2 nanti juling mata nak baca. lagipon esok takde modal pulak nak tuliskalo kasi masok semua hari ni. ye tak?
~~
nezha kena tinggal kat rumah saya pegi jalan2 muzeum. hehehhee..
~~
apa lagi nak tulis. takde apa la. kesimpulannya, bagus juga pegi muzeum. banyak pengetahuan boleh dapat. esok punya entry nak cerita pasal pegi melawat ke pameran tetap kat muzeum. aaa.. yang macam pameran keranda ni kan kira seasonal punya pameran, yang pameran tetap tu yang memang akan ada tunjuk sepanjang tahun. ok.. kat situ pon best jugak.
~~
ada banyak lagi jenis2 keranda dan cara pengebumian. saya tak dapat la nak snap semua. macam2 ada. dari yang lazim2 macam dari kita melayu, cina, india, cara pengusungnya, cara kedudukannya, apa bahan yang perlu ketika nak kebumi, semua dia tunjuk la. haa..kan sana korang boleh fahamkan la. yang selama ni dok dengar air mawar, kapur barus, esok kat sana boleh tengok. saya pon 1st time tau barang2 tu. uwhahahhha... keranda2 yang biasa2 pon ada. kornag boleh le jenguk2 dalam keranda tu. ada yang ada bantal, ada yang ada kain lapik je, ada yang pengusung ada ukir2. macam2 ada.
~~
tiba2 jadi pencinta sejarah. pengsan! tak.. bukan apa. pendekatan moden ni telah membuatkan yang matapelajaran sejarah yang pada saya suatu ketika dulu amatlah membosankan, kini jadi lebih menarik la. bila dah tengok macam ni, baru la jadi lebih faham dan lebih berminat. betol.. sapa2 ada adik yang tak suka subjek sejarah tu pegi la muzeum. sure jadi suka. kalo tak suka 100% at least akan ada peningkatan tahap kesukaan terhadap matapelajaran sejarah tu. owhh..kenapa la zaman saya sekolah dulu tak de buat macam ni. ngadap le buku teks tu dan muka cikgu sejarah yang tembam tu. uwwaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, April 22, 2010

help...



anybody can save me???
bring me to life...back!

Tuesday, April 20, 2010

cerita hantu.. real punya ni...



hello... apa khabar? harap semua sihat sejahtera ye. malam tadi tido lena tak? uwwa..say tak tido lena. rasa macam ada hantu je. hehhehe...
~~
semalam balik macam biasa la. balik2 terus tukar baju kemas rumah vacuum semua tu semak la mata. ingat takmo pakai karpet lagi tapi sejuk pulak kaki. tak tahan la tiles tu sejuk. ada karpet tu dia la.. bulu acha melekat2 bagai. so, nak tak nak kena la mengemas. so, kemas2. lepas tu baru nak letak montot obek call. ajak dinner sebab nak kena tolong dia buat keje sikit. wahhh... bagus ni. ada chance dating2. hehehhee... so, siap2 mandi semua lepas tu kuar. tolong obek buat keje sikit pukul 930pm balik dah sebab obek nak kena pergi jumpa orang lain pulak. koje je la. mudah2an berjaya. sian obek keje siang malam. huhuhuhu....
~~
tengok cerita ncis la kan malam tadi. lepas tu criminal minds. wahhhh... betol la. kadang2 orang yang kita tak sangka2 tu la yang jadi punca sesuatu hal. macam cerita malam tadi, rupanya2 anak dia yang sulung bunuh adiknya. aduhh.. sebab macam baran yang terlampau la. sebab tu kita kena pantau tahap baran budak2 ni. mereka pon boleh melakukan yang diluar jangkaan tau. yang malam tadi tu budak tu sociopath. tu macam antisocial personality disorder la.
dia macam susah nak bergaul dengan orang, antisosial la lebih kurang. dia nampak macam ok tapi sebenarnya tak suka kalo orang kaco2 hak dia la. memangla kita semua macam tu tapi ni yang terlampau2, so bila orang nak join dia, dia rasa terganggu dan naik marah. bila marah hilang pertimbangan. kanak2 macam ni kao tak diberi perhatian bila besar macam2 boleh jadi woooo.... tapi biasanya kita boleh perhatikan gerak geri anak2 kita kan. owhh..back to the story, sedih la sebab mak pak tak nak hilang both kids dan ada lak kawan dia yang polis tu sanggop nak jadi pak sanggup tanggong kesalahan. aduhaiii... macam2 isu disini. eh..ni apa punya review cerita daaa...
~~
pukul 1130pm tu tido. panas bukan main. krohh..krohh..sekali pukul 130++am macam tu terjaga. sebab dengar macam bunyik pintu grill terbuka. haa..sudahhhh.. dah lama dah dia tak buat perangai tu. suspen.. lepas tu tido lagi. pukul 3am tu terjaga lagi sebab terdengar bunyi tangga berkeriut. ala..tau kan bunyii tangag kena pijak tu. terus saya terduduk dah ni. suspen gila rasa muka pucat lesi dah ni. tengok nezha elok je dia tido. so baca le apa yang patut. sambil tu tangan tetap le pegang hp kot ada apa hal kang boleh call dah. hahahha..sekali pikir kelakar pon ada. sekali pikir takot pon ye jugak. entah la. terbayang2 je kot2 tetiba terjongok je kepala kat pintu bilik tu. heiii..jangan buat main. kalo hantu takpe lagi, kalo manusia? saya parangkan. chewahh..macam le berani beno kan. itu pon dah nak menangis dah. so, sms obek. luckily dia belom tido lagi at that time. tapi dia jauh waktu tu kat cheras sana. haih... takpe la. saya nekad la kalo ada apa2 saya bertindak ikut keadaan la. so, tunggu punya tunggu tak de pon apa2 lagi. so, consider ok la kot. pukul 5am++ baru boleh lelap lagi. nehza krohh..kroh tak sedar menda. haihhh.. nezha, aren't u supposed to guard & cover me? not sleeping! uwwaaaa.... pagi ni bangun dengan penuh suspen. cek2 semua keadaan rumah semua ok. takde apa2 yang lain. owhh..thats means hantu le kot malam tadi tu. lama dah dia tak datang melawat. dulu selalu. sampai dah lali kalo malam2 bunyik pintu depan dibuka, bunyik grill dibuka. tapi bila dah lama takde ni rasa lain pulak. tambah2 lepas kejadian peeping tom hari tu saya punya cuak tu terlebih2 la. pantang ada bunyik berdetik sikit saya dah gelabah. lama betol fobianya ye. ingatkan dah habis. memang susah nak dilupakan. even kalo balik rumah ma pon time nak mandi mata tak lepas tengok tingkap toilet tu. walhal rumah ma memang kompom le takkan ada peluang orang nak mengintai sebab tingkat tu tinggi nun sayup ke atas dekat bumbung. hehehhehe.... tapi disebabkan fobia tu, saya rasa tak senang hati. uwwaaaaaaaaa.... pukul 530am tu obek call. tanya ok ke tak ke apa ke. saya kata ok je la. sebab dah cek semua ok. so, itu le cerita hantu untuk malam tadi. kepada hantu dirumah saya, kalo nak datang melawat tu senyap2 sudahla. jangan kaco saya & nezha nak tido. benci laaa...
~~
so pagi ni hujan. renyai2. saya keluar lambat. pukul 815am masih di area rumah lagi sebab jalan depan rumah pon jem melampau2. lantak la. tak kuasa dah. dah le rasa jantung dupdap2 je pagi ni kan. anyway..sampai opis lambat sikit la. pukul 915am baru sampai. ok la. tu. sebab orangtua tu belom sampai lagi. sampai2 ada discus sikit dengan orang sebab orang tu nak kene cuti lama. nak berubat katanya. haihh... tu la dianya. saya ingatkan orang melayu je yang rajin main bomoh pawang ni, rupanya bangsa lainpon ada gak. mamat ni dia memula dulu demam2, lepas tu badan jadi keba2 sampai tak boleh nak bangun. risau wooo.. dah le hensem. hehhehee... i mean, muda lagi, anak baru umur 1tahun++. then pegi cek dengan doktor, doktor kata kolesterol tinggi dan ada kencing manis. ok la. so berubat la kat hospital. now badan dah jadi keremping kurus. tapi kebas2 tu still ada. sejak dia sakit tu dah 3-4 kali terbabas sebab tiba2 kaki kebas tak dapat pijak clutch kereta. haihh... lepas tu pegi kat specialist pulak. tau2 je la..pegi specialist sekadar untuk consultation je dah beribu2 lemon duitnya. so, mak dia kata try la ubat kampong. ye la.saya kata.. tak kira la apa bangsa agama pon kalo ada usaha nak berubat tu pegi la. awak muda lagi. so, tu la yang dok discuss benda2 untuk hand over sebab dia akan cuti lama. takpe la.. saya harap semuanya ok. tu kalo melayu tu lain takde la.. mesti ada orang tuju la, buat la, itu ini begitu begini. haihhh... tapi kat diaorang ni dai kata kalo mak pak dia orang tua2 kat kampong tu percaya jugak benda2 tu. saya tanya la kot2 dia ada ramai aweks ke duluuuu...ehhehee..eh..mana le tau kan. dah le hensem, duit pon ada, sapa yang tak terpikat. dia kata takde la. dia punya bini tu aweks dari sekolah dulu lagi. hehhehe.. takpe la.. harap2 lepas berubat ni ok la dah.
~~
ni dah jadi macam blog misteri nusantara pulak hari ni ye. semuanya cerita yang mistik2 belaka. mistik wat pe..cuba bistik (beefsteak) baru le sodapppp!!!!!
~~
obek hari ni takde pulak. nak kena pegi pahang. dengarnya la. saya doa semuanya selamat dan berjaya. love you obek.
~~
nezha!!! bangun la.. tido je sampai hantu datang pon ko tak sedar kan. lagi baikk punya melengkor. kita pelok dia sebab ketakutan, dai pulak bertambah kesedapan. chehhh...
~~
ok la.. saya takde berapa nak ada mood hari ni. sebab banyak je benda2 yang menyakitkan hati. hehhee.. g.t.h laaaaaaaaaaa...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, April 19, 2010

kalo pagi isnin lain takde la.. mesti cerita laporan weekend..


hello...
apa khabar semua? harap sihat2 je la hendaknya ye. sapa pening2 makan la ubat. macam saya. hehehehe...
~~
nak cerita apa ye. biasa hari isnin mesti buat laporan sepanjang wiken tu an. ok la. tulis jugakla kalo tak kang takde modal nak tulis apa. buntu.
~~
jumaat petang tu balik macam biasa. takde yang luar biasa. jalan pon ok jugak. macam biasa. takde lak kejadian2 aneh sepanjang perjalanan. mana le tau kan kot2 ternampak kereta terbang ke hapa ke, so, takde. biasa2 je. balik rumah sakit jiwa sakit jantung. mana taknya. buka je pintu tu dia. rumah lawo wooo.. nezha dah main toilet tissue roll. kasi golek2 kasi gigit habis 1 rumah udah macam salji. rasa macam nak berhenti jantung ni masa tu. ya tuhan.. mana le dia dapat benda tu. saya cek2 rupanya korek kat tepi meja tu. meja tu ada laci tapi takde penutup laci tu. kira macam selit2 je la. sabar je la. rasa nak nangis. rasa nak marah. last2 diam je la. sapu diam2 sudah. aduhai... mendidih2 jantung ni rasanya. lepas kemas semua tangkap dia. tanya dia apsal dia buat sepah2 macam tu. haihh.. biasa dia ni. selalu elok je. ni nakal pulak. nak cubit ke?? anyway, dia macam biasa la. kalo kena marah tu macamkan paham beno. buat muka sedih dia tu la. geram betol. ok la..saya tak marah dah. pelok2 cium2 so, ok. kita mandi manda ye. malam nak kuar dating2 nih. hehehhehee... malam tu pergi pasar malam dengan obek. jadi la dating pasar malam. hehehehhee... beli apa ye? owh..beli sate. kat orang baru la. sedap juga. beli 10 pon tak habis. ada lagi belen 5 cucuk. haihh... lagi beli buah mangga. lagi beli tapai. tu je la. owh..beli air teh bunga jugak. lepas tu balikkkkk.... balik2 makan sambil tengok tv. cerita apa ntah. dah lupa. hehehhee...
~~
sabtu, 17/04/2010:
pagi ni berazam nak bangun dengan lambat sekali. uuwwaaaa..tak boleh jugak la. pukul 8am tu dah habis lambat dah tu terkebil2 bijik mata. sabar je la. tengok nezha elok je krohh krohhh.. so, bangun. tapi tak buat apa pon. saje memalaskan diri. tengok tv sampai tengahhari. around waktu lunch tetiba..tintinnnnn....hehehe..obek hantar laok daa. bagus betol. gulai udang dengan ikan sweet sour rasanya. nasi sendiri masak le. ok la. tu. dalam pukul 3pm macam tu, saya pon bersiap2 balik rumah ma. sampai rumah ma, dok melayan kucing kecik 2 ekor tu la. wahh.. menjungkit2 ekornya. gatal betol. manja. hehehhee... lepas asar ma ajak pegi pasar malam. ma puasa so dia tingin nak makan yong tau foo. ok.. off we go. sampai pasar macam nak hujan. so, kena beli cepat2. alhamdulillah, ada dapat parking space betol2 depan pasar. yahuuu... so, beli yong tau foo. then beli sayur sikit dan buah2. ingat nak beli popia tapi tak sempat sebab dah hujan pulak. alahaii.. jangan kempunan ye. sampai rumah, lepak2 dulu sementara nak tunggu azan maghrib. malam tu tengok the great merchant. best wooo.. lepas tu tido. rasa macam tak larat pulak. ma pon tido jugak.
~~
ahad, 18/04/2010:
ahad bangun macam biasa. pukul 6am dah bangun. sekali turun je tengok gelap. haaaa..ma tak bangun lagi. ada chance menyakat dia. so, kejut2 ma untuk suboh. hehehhee... kali ni saya juara sebab bangun dulu dari ma. yahuuuu... lepas tu lepak2 je la takde buat apa pon. tengok buletin pagi. lepas tu terus masak la. sebab malas nak buat breakfast so kita terus masak nasi untuk lunch. menu ahad tu, rendang ayam kampong. ayam ma tu kasi sembelih. dah banyak pulak. wahh..sedapppp... lepas tu asam pedas ikan termenung. eh..ye ke? ye kot. sebab dia sekor2 tu ikan termenung le kot namanya. lepas tu kerabu pucuk betik. minum air oren. owh..ada buat rebus belacan bendi. hehehhe... masak cepat2 sebab pukul 11am nak tengok cerita the slave hunter tu. yahuu..sempat masak semua. tapi dah masak takmo makan pulak. apa la. buat penat je masak. tak selera la. pukul 1pm macam tu ada la orang tu datang. muwahhahahaa.... sapa orang tu? biarkan dia. nak sangat datang, datang la. borak dengan ma. lepas tu saya balik. tak kuasa nak tunggu dia habis berborak dengan ma. sampai rumah melayan nezha. malam tengok tv la. dengan buat keje sikit. review jumpa ma.. hahhahaha...biarkan dia.
~~
hari ni liat betol nak bangun. mata macam melekit2. malam tadi pon tak berapa tido sangat la. jalan pun tak berapa jem pagi ni. saya kuar lambat. siap isi minyak lagijalan lenggang kangkong. huhuhu.. mujur la. sempat beli kuih dan air. tapi tak makan2 lagi sampai sekarang. lapar tapi tak selera. camne tu? tak jugak kurus. haihhh...
~~
owhh..issue balik minggu ni, ada anak jiran belakang selang 2 jalan tu kena culik la. entah culik ke lari ke tak tau la. budak pompuan form 4. haihh..takotnya. macam2 kejadianla sekarang ni. so, operasi mencari sedang dilancarkan dengan berleluasan. kesian la. tapi ada orang kata macam nampak je budak tu kat pekan. tapi tak balik2 rumah ni. mak dia biasa la. pengsan sedar pengsan sedar. hoii..sapa tak pengsan woi kalo anak pompuan hilang dari mata. semoga semuanya selamat. takotnya dengan keadaan sekarang ni.
~~
semalam masa tengok buletin 130 tu dengar macam acik spin tu meninggal. mula2 tak percaya, atau ingatkan salah dengar. rupanya betol la. aduhaiii.. muda lagi. anak ada, bini lawa. nak buat camne. dah ketentuan ilahi. saya pon tak le berapa tau sangat dia tu, tapi yang saya tau dia selalu je nyanyi dengan siti nor diana tu kan. dia pon ok orangnya. takde lak timbul gosip2 hangat ke apa ke selama ni. entah la. pagi ada jumpa lagi, bila petang dah takde dah. tahun ni ramai betol artis2 yang meninggal tanpa dijangka. tu la.. semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. al-fatihah...




eh..tetiba ada je lagi gambar budak ni. layan je la. ni gambar lama kot. bubuh je la. malas nak snap pic baru dia bukan reti duduk diam asyik la bergerak. kalo nak amik gambar dia memang time dia tido tu le. kucing2 lain pon sihat. perot semakin bulat, peel semakin terejal, berat semakin bertambah. haihhh... untung kucing2 tu.
~~
ok la.. nanti sambong lagi. selamat bekerja dipagi isnin.
~~
i love you obek..(love you miss you..)
i love you nezha..(miss you too)
i love all of you...(hargai orang yang berada disekeliling kita sementara mereka masih ada.)

Friday, April 16, 2010

takde isu menarik, cuma perkara biasa...



hari2 gambar budak ni tido. tu je la yang mampu. hehehhee...
~~
apa nak cerita ye. takde apa yang menarik la. semalam balik macam biasa. tapi balik2 rumah adalah sakit hati sebab kat laman banyak sampah. budak2 sebelah le ni makan jajan, makan roti, makan gula2 sampah ko humban kat rumah aku ye? bahalol betol. bengang betol la. i mean, rumah saya tak le bersih beno tapi takde la sampah2 macam tu. yang orang dewasa kat rumah tu tak tau ke. boleh kata hari2 ada je khazanah baru kat laman tu. esok2 saya humban dengan taik kucing baru padan muka. buat la perangai. kita diam dia lagi nak buat hal. leceh dapat jiran bongok macam ni. bab amik tau la orang bukan main nombor satu. tak disedornya hal rumah tangga sendiri tunggang langgang. pigidaaahhhh.....
~~
tak pasal2 pepagi jumaat ni mengumpat orang kan.
~~
anyway..lupakan cerita sakit hati tu. mari cerita yang menggembirakan je. itu lebih bagus. malam, kuar dating. ingat nak tengok wayang. berapa kali nak tengok wayang daa tak dapat2. haiyaa... sekali dah on the way obek kata takyah tengok wayang la. boring katanya. kita pi makan2 pusing2 je la. okey la.. takde hal. saya pon ala2 penat mengantok je semalam. so, pegi makan nasi lemak kecik tu le. wahhh..obek amkan banyak sampai 4 bungkus! gila punya lapar tu. saya makan 1 1/2. hehehhe.. lepas tu tak habis. rasa macam dah sampai ke leher nasi tu. kao disumbat2 juga kang ada yang terkeluar pulak. naya je kang. amik laok ayam goreng, sambal sotong. obek amik lagi obor2..heii..bukan obor2 daa..otak2. hhehehhehe... tu yang saya terkejut tu. masa beratur tu obek tanya saya, oby nak obor2 tak? hah??!! apa obor2?? tu la..yang bakar2 tu. owhh..otak2 daaa.. hwuahhahha..bantai gelak tak hingat kat kedai tu. bikin suspen la obek ni. macam2. obor2 pulak peginya.
~~
lepas makan, pusing2. takde beli apa. pusing2 tengok lampu je la. singgah kejap beli vcd. beli jangan tak beli. beli 2 je tajuk apa ntah.. cerita tembak2. bior kasi tengok crita ganaz2 sikit. lepas tu nampak orangjual kasut crocs tu le. yang murah2 punya tu. just tengok2 je la tak beli. so, masa tu dah pukul 10pm. masa untuk balik rumah.
~~
sampai rumah badan letih le sangat2. nak sms good nite pon rasa mata tak terbuka dah. terus tido. tapi malam2 terjaga2 le. biasa le tu. mimpi apa ntah. mimpi naik bas. hehehhe..hari tu mimpi naik moto, hari ni kasi up sikit mimpi naik bas. malam ni mesti mimpi naik kapal terbang pulak ni. kompom punya la. macam2 hal la...
~~
pagi ni sempat beli kuih. kuih apam kecik2 beli 3 singgit. belom makan lagi. kat rumah minum air kosong je la dulu. lapar tapi macam tak larat la. mata kelat2 je lagi ni. ingat malas betol nak koje hari ni ingat nak mc je. hhehehhe..boleh macam tu? boleh ajee... call obek tanya dia buzy tak hari ni. kalo dia tak buzy boleh le mc ke cuti ke. pegi jalan2. kalo dia buzy takyahle..baik saya pegi koje. dok rumah pon bosan. melayan nezha je sampai kesudah takkan habis2.
~~
pagi tadi dengar hitzfm.. cerita pasal whats annoying you..benda2 yang menjengkelkan la. hehehe..macam2 ada. paling ramai annoyed dengan bos. well.. who doesn't. lagi ada la.. tak suka dengan orang yang goyang2 kaki ka.. kan ada jenis2 orang tu kalo duduk je kaki mesti nak bergoyang2. hehehhee.. annoyed dengan drivers attitude la. macam2. seronok. tukar kat sinarfm biasa la. hari jumaat cerita pasal emosi. macam2 emosi ada.
~~
esok dah weekend. nak buat apa ye. macam2 benda nak kena buat sebenarnya tapi tu la. harap2 dapat buat semuanya. saya punya weekend biasanya lebih buzy dari weekdays. macam2 benda. kadang2 jadi macam benci. sebab tu i love monday. hwuahahhahaha....
~~
world cup tahun ni korang rasa sapa yang menang?? saya tak suka soccer tapi special event macam ni mesti nak suka jugak. paling best kalo tengok semi final & final. hehehhee. tu je la pon. agak2 sapa menang? italy lagi ke? owhh..totti adalah hensem, fighting like a real gladiator. muwahhahaa.... tak kira le sapa pon yang menang, janji happy. so bulan june jangan lupa tengok world cup ye. tetiba cerita pasal bola la pulak kan. seperti biasa, musim2 bola nanti ada je la limited edition banyak benda2. air, cawan, pinggan, sudu, kopi, kicap?? hehhehe... beli je la mana yang berkenan.
~~
okla..tu je nak cerita hari ni. nanti sambong lagi. have a nice good great weekend to everybody!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, April 15, 2010

rambling thought...


purr...purrr...sedapnya tido.. mana pompuan tu tak tepok2 montot pon? cepat la tepok2 woii.. purrr... purrr...alamak, tek mata ada lak seketol. hehhehee.... ahh.. biarkan.. kita tidor duluuuu..
~~~
acha le tu cakap macam tu agaknya. geram betol kalo tengok dia tido. sedappp je dia ye. kadang2 sampai lenguh la tangan nak tepok2 garu2 dia tapi layan jugak la. malam tadi kena marah dengan saya sebab asyik nak bergaru je. saya jegil mata. wahhh..macam le dia paham kan. dah tu baru reti2 nak duduk kat kerusi sendiri. hehehhe..sian nezha. i love you nezha....
~~
semalam tak update. agak buzy. takde la..buat2 buzy je. orang buzy saya pon nak buzy. hehehhee... kata nak menang anugerah pekerja harapan negara cemerlang gemilang terbilang-bilang. opsss.. silap.. pekerja 1 malaysia katanya. anywayyyyy... nak cerita pasal semalam. dengan yang dulu semalam (kalo ada ingat lagi).
~~
macam2 nak cerita ni..tapi tak tercerita la. biarlah pendam dalam hati. kita cerita yang happy2 je ye. hari selasa punay kisah dah lupa la. heheehhe.. owhh.. ingat2. hari selasa petang balik macam biasa. obek buzy so tak kuar pegi dinner ke apa ke. dok rumah je la. saya masak nasi, goreng telor mata, makan dengan acar buah. settle. minum ribena la. tangan kanan suap mulut sendiri, tangan kiri suap nezha. alahaii.. sabar je la. lepas tu tengok tv. cerita apa ye? alaaa..luap la. skip to hari rabu je la. semalam punya. semalam ada kuar dating2. awal kuar dah. kononnya nak tengok wayang. hehehhe..tapi tak dapat jugak sebab tiket dah habis. ada yang malam sekali pukul 11pm++. takmo la.. nanti balik lambat sangat. see...sapa kata tak dok dengan family takde displin? sangat ikut timing ye kalo kuar. so, pegi makan2 je la. pegi makan kat johnny's. wahh..order banyak2. lepas tu tak habis makan. hehehhee... lepas tu obek belanja ada macam patung kura2 ada kuar lampu. so cute! so, boleh bukak kat bilik malam2 lawo.. lampu gambar bintang2 bolehtukar2 kaler. hehehhee.. tq obek. lenkali beli lagi ye. lepas tu balik.. pukul 10pm dah sampai rumah. lepas tu lepak2 tengok tv. cerita hantu la. shutter. tapi macam tipu je sebab before this dah pernah tengok cerita macam tu tapi version thailand. ala2 macam tu jugak ceritanya. bosan. tapi layan je la. nezha main kotak lagi. lepas tu berlari2. main sorang2 dia. saya layan tv. pukul 12am++ tido. tido mimpi apa ntah. naik moto. hehehhee.. tapi tak berapa ingat le apa kisah mimpi tu. pukul 5am nezha kejut bangun. so bangun. lepas tu lepak2 lagi lepas tu siap2 pegi keje. hari ni sempat minum milo kat rumah. jalan tak jem pulak hri ni. ajaib betol. saya memangkuar lambat 815am baru kuar. tapi sempat sampai office before 9am. bagusnyaa...
~~
apa lagi nak cerita. owh..cerita pasal orang dengki2 ni. bosan la. herankan kenapa orang boleh dengki2 ni. tak puas hati ke? kalo tak puas hati apsal tak cakap depan2? pelik betol la. penakot namanya. kalo orang melayu.. lain takde. main2 mandrem je la kojenya. tapi bangsa lain ada ke benda2 macam tu? tak pernah dengar pulak. bila la pemikiran nak berubah. nak cakap pasal agama kang isu sensitif pulak. entah la labu.. ko buat, buat la. ingat karma. dunia ni bulat. habis cerita.
~~
tetiba teringin nak makan lontong. sedap kan?
~~
korang percaya tak kalo satu hari nanti saya buat entry berterusan setiap 1 jam kuar entry baru. hehehhee.. dah, dah..takyah percaya. amat le tidak nya.
~~
ok..sekarang sapa ada tips camne nak mengharumkan rumah sentiasa. i mean..yang macam bau wangi je. if ta wangi pon rasa macam best je. taknak le bagi idea letak glade ke apa ke. tak aci la... ni nak yang tips2 tradisi punya. chewahhhh.. rumah saya tak le bau. apa bau pon takde. so, tingin la kalo masok rumah je bau wangi. boleh macam tu?
~~
saya mati2 ingat hari ni hari jumaat.
~~
i love you obek... (sabar ye obek.. kuatkan semangat. obek boleh!!!)
i love you nezha...(nezha pon kene kuat semangat. nezha boleh!!)
i love all of you...(sapa lemah semangat jangan tengok cerita hantu nanti termimpi)

Wednesday, April 14, 2010

ehh..ehh...

ehh..ehhh..
hari ni tak update la (ni tulis2 ni bukan update ke?)
ada sikit kebizian.
esok (atau esok punya esok, atau esok esok punya esok) baruupdate panjang2 ye.
love all of you!

Tuesday, April 13, 2010

kung fu cat..


hello...
apa khabar semua? sihat? bagus. wahwahwahhh... semalam buka blog semua dah ok2 ye. zuris dah dapat baby girl..so cute..nama pon sedap..maya.. wahhhh.. congratulations.. ena pon dah mula menulis. sabar ye ena.. jangan sedih2. kuatkan semangat. orang lain pon happy2 je saya baca blog korang kan. saya biasa je. takde apa yang menarik.
~~
semalam macam biasa la. bosan. balik2 rumah semalam terus bersilat vacuum rumah. entah la. nampak macam semak je mata ni tengok keliling. nezha macam biasa. main kotak. selagi kotak tu ada bentuk kotak, selagi tu la dia main benda tu. esok2 dah hancur bancai baru la dia tak sentuh dah. biarkan dia. malam pegi dating2 la... ingat nak pegi tengok wayang tapi tak kesampaian le pulak. so, tak jadi la just pegi makan2 je. makan nandos kononnya. amik angry mango burger namanya. wahh..angry le sangat kan. memang angry la sebab pedas! macam nak menangis makan benda tu. bukan macam lagi, memang dah menangis dah. uwaaa...tobat takmo makan itu lagi dah. apsal pedas sangat ha??? obek amik beef roll apa ntah. sedap jugak tapi dia lagi pedas. saya tu ada ampon maaf sebab makan dengan sos tomato, obek pegi tuang sos hot peri2 apa ke namanya, hambekkk..mendidih perot. eee..apsal le pedas sangat. takpe la..lenkali tau dah camne benda tu. huhuhuhu... lepas makan pusing2 kejap. beli crocs. layan je la. selipar dah takde nak pakai hari2. dah tercabot. pusing2 dah malam. malam dah balik. balik dah tido. opss..sebelom tido kasi iron dulu baju untuk seminggu sambil tengok cerita doremi. dah nak habis dah time tu masa saya balik. layan je la.
~~
nezha malam tadi manja bebeno. asyik la nak bergaru. penat la. dah le nak menyempit je kat sebelah. fuhhh... sabar je la. garu punya garu, lama2 2-2 pon tertido. sekali pukul 3 tu dia menjerit mengeow kuat bukan main. saya terkejut sampai terduduk. apa ke halnya kan. saya cek2 semua nampak macam ok je. pintu semua tutup, tingkap tutup. tapi dia tetap la meow. bikin seram la budak ni. so, amik dia pelok masok selimut. lama jugak dia takmo tido dah lama dah berbagai style menggaru baru le dia lelap. apa la agaknya. kot2 dia mimpi kot malam tadi tu yang terkejut tu. agaknya la. hehehhehe...
~~
pagi ni macam biasa. membosankan. benda yang sama je setiap hari. tak breakfast pon. cuma minum air kosong je pagi tadi. dah la. tak larat. obek hari ni buzy. pepagi dah memekak cakap ada meeting. pegi la. dok cakap kat saya bukan saya boleh tolong pon. hehehe.. nak mintak kata2 motivasi le tu. ye la..ye la.. motivasi le ni. miss you obek. haihhh....
~~
sapa kata nezha posing statik je? nahhhh..kung fu style...




show me your wu tang style!! beware! your bones are going to be disconnected. I'll kill you.. yeahh..you.. don't you ever mess up with my girl. you daring lousy ****** wachaaaaaaa!!!!!! ~nezha
~~
muwahahahhha....layan je la dialog international tu ye. sama2 kita doakan supaya semua urusan kita hari ni berjalan dengan lancar ye. amin....
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, April 12, 2010

hujung minggu yang biasa2 je...



hello..

lama betol tak menulis. malas. takde mood. macam2 hal menjelma. takmau cerita la benda2 musibat tu. meyampah. anyway.. mari cerita yang gembira2 je. okeh?
~~
sabtu, 10/04/2010 :
macam biasa je la. takde apa yang menarik. malam tu berjimba huha-huha. hehhee... takde la. biasa2 je. so, managed to bangun lambat. wahhh..bestnya bangun lambat. takde la lambat sangat, pukul 8am dah terkebil2 bijik mata. haihhh... so, golek2 tengok tv. tengahhari kuar makan, pas tu tido kejap. pukul 4pm macam tu kuar. obek nak balik kampong so jumpa kejap borak2. pass kat dia keropok yang hari tu bior dia bawak balik kampong. letak kat rumah saya pon tak bermakan. kat kampong dia ramai manusia. confirm habis la tu kan. belikan juga buah mangga. sekarang musim mangga ye? besor2, sedap2, manis2. tiap2 minggu saya beli. buat jus. wohoooo...nyaman tekak sejuk2 minum. lepas tu balik rumah ma. belikan roti untuk ma sebab ma suka makan sandwich. nanti malam boleh buat sandwich. hehehhe.. sampai2 rumah ma, baby kucing yang kuning hitam tu dah menerjah. alahaiii..dah jadi comot. entah la apa kena. ma kata dia jatuh longkang dan kena kejar dengan kucing jantan besor. eee..geram betol. luka2 badan budak kecik tu. si kuning punya hidong luka dan jadi kotor. sabar2.. kejap ye saya masok baju dalam mesin basuh dulu lepas tu saya kerjakan awak berdua. sekali ma dah masak nasi da.. buat goreng ikan bilis dengan sambal tahu. hehehhe..so, tak jadi buat sandwich, makan nasi le kita ye. lepas makan saya mengerjakan budak berdua tu. habis luka2 badannya. geram betol. kucing jantan besar tu kalo saya ada tak de lak dia nak datang, kalo tak selalu datang kaco. ma kata la.
~~
ahad, 11/04/2010 :
pagi pegi pasar. janji nak pegi dengan ma sekali tak jadi pulak sebab ma nak pegi tengok kebun ada orang nak pisang. ehhehehe.. so, ma pegi tengok dengan pekerja tu la. lagipon dia dah lama tak pergi kebun pisang dia tu. rindu la tu. haihhh.. saya pergi pasar sorang2 taktau nak beli apa. semuanya mahal2 belaka. waduh2.. every week pon harga ikan naik. pengsan. ikan tenggiri semalam harga rm25. uiksss... sedih la. camne la orang yang anak2 ramai2 tu kan. kesiannya. saya tak beli. saya beli tulang ikan masin. tu je la. nak buat gulai lemak tulangikan masin dengan terung bulat. lepas tu beli suratkabor dengan air hijau. entah le air apa, tembikai susu katanya. tapi bila rasa macam masam. bukan masam buah, masam dah lama. haih..minum 2-3 teguk then buang. balik rumah terus tuju dapor. siap2 apa yang perlu sebab pukul 11am nak tengok the slave hunter tu. hehehhee.. tak pernah miss la tengok cerita tu. best wooo.. korang try la tengok. owh..ada beli tembikai sepotong, balik buat air tembikai. ma balik kebun bagi air tembikai. hehehe.. lepas siap masak, berila depan tv. kononnya sambil rebus kacangkuda. nak buat2 makan2 la. tengok tv punya pasal, kacang kuda saya hangus lorr.. tengah syok2 tengok tv sekali ada bau hangit2 pulak. ingatkan apa. sekali teringat hambekk... piok tengah berasap2. hantu betol. there goes my kacang kuda. jangan tak kempunan makan juga yang tak hangit tu. hehehhee... apa laa... sayang betol. sapa nak makan? bagi kat ayam la jawabnya. lepas nona, balik rumah. lepak2 kemas2 sikit. main denga nezha. tu la nezha tengah main kotak. suka beno. lantak dia la. agaknya dia main pondok2 kot. hehehehhe....



petang macam hujan. suspen..suspen... sekali macam terlelap. tup2 takde api daa.. apa la.. macam duduk zaman dinasour pulak main takde2 api nih. so, pegi tengok switch box tu kot2 trip ke ap ake. cek2 semua ok je. means memang takde api le tu. call ayah ahtong sebelah untuk confirmkan. haa..ayah ahtong kata memang takde api. hari dah le gelap. menggelabah carik lilin.
siapkan tempat lilin siap2 takotkan berlarutan sampai malam takde api naya je. tapi sekejap je takde api tu..dalma sejam lepas tu dah ada balik. lega. masa takde api tu, nezha pon takot woo.. duduk je diam celah ketiak. saya bergerak sikit je pondia dah mengeow. hehehhe..tau takot. takpe la nezha, kita sama2 penakot. layannnn... tapi, bila dah ada api, dia la juara melompat. sambong main kotak balik. pukul 8pm obek datang. dia baru balik dari kampung so banyak le jajan2 yang disampaikan. wahhhh...syioknya. ada kerepek, ada bahulu gulong, ada kuih, ada laok. yahuuuuu... malam, makan nasi denga laok bekal obek. sedap jugak ye. hehehhee....
~~
isnin, 12/04/2010
macam biasa la. takde apa yang menarik. semuanya rutin harian. beli kuih pagi tadi, tapi tertinggal pulak kat rumah. haihh... harap2 nezhatak garukuih tu kalo tergaru hancur berkecai lemah le saya nak mengemas balik kang. dah le beli kuih apam. bayangkan kuih apam hancur berkecai. tak terbayang dah. pengsan.


ni si kuning. tengok hidong dia macam luka. hitam kat hujung hidung tu bukan apa, dai jatu longkang. tu le hitam. badan ada sikit luka. sian la. last week balik comel je. minggu ni balik dah comot. manja bukan main. tapi suka buat muka sedih. uwaaaa...


ni si hitam. penakot ya rabbi. tapi ada hati nak dekat2 dengan kita nak main. pon comot gak. lagi terok comot badan ada sawang2 labah2. entah kemana perginya dia tu. geram betol. mama dia lepak2 je la. bukan dia pedulik anak dia pegi mana, janji ada je.
~~
okla.. tu je nak cerita. harap semua sihat sejahtera hendaknya.
~~
saya lapar!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, April 8, 2010

isu basi, tapi tetap la terjadi, tak pernah akan sedar2 orang yang macam ni...


hello...
nampaknya tahun 2010 ni macam2 dugaan betol la. hai..entah la. dugaan hidop tu namanya. mungkin ada hikmahnya, tapi tak muncul2 la pulak lagi hikmahnya tu kan. haihhhh...
sabar..belum tiba masanya. tuhan menguji sebab sayang kepada kita. betol tak?
~~
anyway.. semalam tak update. takde mood la. hari ni pon tak de mood tapi macam bosan pulak. pusing2 tengok blog kawan2 pon ada yang tak update jugak.. ena pening2 pon tu pasal tak update..zuris maybe dah bersalin, pon tak update. mokcik, buzy le tu membaca fail2 atas meja. ummi, lagi double buzy dengan keje, study & family. takpe2... masing2 ada urusan masing2. saya doakan semoga semua urusan kita berjalan dengan lancar ye. tapi ada jugak kawan2 yang update boleh kata hari2.. macam rose, selalu update pasal anak2, miss pinkie pon pasal anak2 jugak, ramai lagi la. sebut one by one kang tak tertulis pulak. tapi itu le blog2 yang saya baca hari2. seronok baca kisah gembira kawan2.
~~
saya sebenarnya dah banyak kali bercerita pasal jangan makan rasuah. nampaknya benda ni masih berleluasa. ada orang berkawan baik dengan kita rupanya dialah musuh dalam selimut yang paling besar. buat baik dengan kita rupanya nak korek rahsia then jual info. kita anggap dia sebagai kawan selama ni tapi macam ni dia buat ke kita. kita yang berpenat lelah buat proposal buat spec dari awal hingga ke akhir. rupanya orang lain yang dapat. kita tak mintak tapi awak yang janji!!!!! rupanya ko dah kowtim awal2 ye dengan orang tu. wahh..ini betol2 menggunakan sepenuhnya kuasa yang pada dirinya untuk kepentingan peribadi. takde apa yang nak saya cakapkan, cumanya tahniah la. tahniah sebab dapat bahagian yang besar dalam proses tu. dengarnya sampai boleh la buat beli rumah baru. tahniah sebab dapat fixed income at least 5k cash sebab menjayakan urusan tu. income jalan belakang. bagus kan. mesti tak berani suruh orang tu bank-in duit sebab nanti kene audit pulak. tahniah sebab dapat bagi anak bini mak pak adik beradik awak makan duit haram macam tu. huihh.. 5 ribu sebulan free selama 2 tahun sapa yang taknak woii.. tak buat apa2, cuma guna kuasa pangkat awak yang sejengkal tu je. bangga rasanya! tahniah sebab bakal ahli neraka. sekarang, awak sendiri yang malu2 pulak nak jumpa kita ye. malu pada diri sendiri. sebab tembelang awak dah pecah. takpe la.. dunia ni bulat. qada dan qadar tu ada. kalo bukan sesama manusia yang membalasnya, allah akan membalasnya. tunggu je la cepat atau lambat. as for us, kitaorang takkan le nak buat apa2. biar masa yang menentukan. penat lelah kami dari awal nak menjadikan benda2 tu semua hancur musnah. awak dengan senang hati gunakan tenaga keringat kami untuk kepentingan sendiri. syukur... allah telah menunjukkan tembelang awak tu dari awal kepada kami makanya kami ni tak le selamanya jadi mangsa penipu, tikam belakang awak tu. lepas ni awak boleh cari mangsa lain pulak la ye. kami undur diri. perangai awak tu sekarang semua orang dah tau. walopon awak tu berjawatan besar kat jabatan tu, mungkin mulut anak2 buah awak tak berbunyi bila depan awak, tapi cerita awak tu dah tersebar meratanya. bagus kan. biarkan. satu hari nanti awak terima balasannya. walopon kami ni mendiamkan diri, tapi kami hari2 berdoa moga awak sedar. ingat, doa orang2 yang dizalimi ni. mungkin awak tak terasa impaknya, sebab awak berada dalam kelompok yang menikmati kekayaan, tapi kami ni nak tengok sampai bila awak boleh kaya dan hidop senang dengan cara ni. kalo sebut nama awak kat sini, malu keluarga awak nanti. kami bukan jenis yang nak memalukan orang walopon orang2 tu dah buat macam2 kat kami. konsepnya senang je.. dunia ni bulat. tak selamanya awak diatas, satu hari awak ke bawah juga. masa tu baru awak sedar. itupon kalo sedar la. orang2 macam ni biasanya tak pernah nak sedar2. awak mungkin akan kaya harta, tapi awak akan miskin hina dari segi lain kehidupan. jangan sedih, jangan gusar, jangan bimbang. sebab awak sendiri yang pilih untuk ikut jalan tu. satu hari dan satu ketika, bila awak ditimpa celaka, pada ketika itulah awak akan teringatkan nama2 kami kerana awak telah menzalimi kami secara lansung dan tidak lansung. sekarang, kami takmo cerita banyak. semoga bergembira dengan harta wang ringgit yang banyak tu hasil usaha haram awak.
~~
nak komen? takyah komen. sesiapa pon jangan komen entry ni. baca untuk peringatan diri sendiri je dah. tu la saya kata.. susahnya nak jadi baik tapi tak susah kalo nak jadi jahat. pokok pangkal, hati.

Tuesday, April 6, 2010

cerita jalan2 pegi makan.. lepas tu....


hello.... yuhuuuu... malam tadi saya pegi jalan2 dating la dengan obek. pegi makan seafood. kan dah banyak hari dok mengadu nak makan2 seafood tu kan. jadinya malam tadi obek bawak le jugak. sebab telinga dia dah macam nak tercabot dengar saya merengek. hwuahahhahhaa.... so, balik semalam, kemas2 cepat2, get ready. sekali hujan le pulak. alahai... camno ni. rupanay hujan kejap je. lepas tu ok dah. pukul 8pm obek sampai, so off we go! yahuuuu...
~~
pegi ke bagan lalang. masa pegi tu rasa macam jauh sangat le pulak. tapi bila balik tu macam kejap je dah sampai. eh, eh..macam magic pulak kan. hehehhe..orang tua2 kata, kalo kita pergi perjalanan jauh tu yg jarangkita pergi or 1st time pegi, semua pokok2 daun2 melambai2 kita cakap hello la macam tu, sebab tu lambat. hehehe..entah ye ke entah tak. saja la orang tua2 ni banyak je ceritanya. anyway... perjalanan pergi tu hujan jugak sekerat jalan. tapi lepas tu ok dah.singgah isi minyak kat sg. pelek. nama tempat tu la. lepas tu terus pegi destinasi.
~~
on the way pegi.. sekali obek dapat call daaa...haihh.. leceh betol. baru nak berdating2 ada je panggilan. mmm.. jadinya member dah macam tak syiok la nak melepak lama2 sebab dah ada pulak kawan nak jumpa malam tu. bosan betol. takpe2.. sabar. hal keje kan. nak buat camne. kalo tak nanti camne nak dapat duit 5 guni tu kan. gggrrrrr... anyway.. sampai2 je obek tanya nak makan apa..
~
## : nak makan apa? udang masak apa? ketam masak apa?
** : takmo..oby nak makan mihun goreng je..(muncung 16 jengkal)
## : hah!!!! datang camni punya jauh nak makan mihun goreng je? biar betollllll....ada yang nak kena ni kang ni....
** : hehehhehee...
~
takde maknanya nak makan mihun goreng. so, terus tuju tempat ikan2 tu la kan. semua amik. tapi amik sikit2 la. end up penuh semeja. uwwaaa...camne nak habiskan. so, tu la menu kami malam tadi. ikan kerapu bakar, udang butter, pepahat masak pedas, lala masak sos tiram, ketam black pepper, sotong goreng tepung, cendawan goreng. minum air limau ais dengan tembikai. kerepek tu memang dapat. apa? ingat pree ke? kena charge tuuuuu....
lepas tu.. lepas tu.. lepas tu makan laaaaaaaaa...
~~
makan dengan aman makmur. tapi obek buzy la sebab hp kejap2 memekak. haihh...lantak le. sekali ada pulak yang berkenan nak menumpang kasih pulak... layan je la. mula2 tu dok kat bawah je. lepas tu gesel2. lepas tu naik kerusi. lama2 duduk atas perot saya pulak!. ayoyoyoyoyo.....


ni la mamat tu. mula2 je malu2 kucing.. lepas dah suap makan, terus melekat. sepanjangs aya makan tu dia ada la duduk tercongok atas perot saya tu. obek pon tak boleh nak kata apa dah. apa saya ni muka kucing je sampai kucing ni berkenan kat saya? hahahhahaha.... kucing lain pon ada.. tapi datang kejap2 je then blah. dia ni haaa.. sampai ke sudah duduk atas perut tu. tau le sedap perot tu banyak lemak dunlopilo kan. ko agak2 la kot ye pon nak perli saya kucing woiiii....



manja bukan main. agaknya dia memang manja kot. tengok tu. duduk lepak baik punya atas perot. sampai saya sesak senak dibuatnya. ni kalo nezha nampak ni.. harus perang dunia ke-3 jawabnya. mamat tu penjealous bukan main!



tengok..siap2 tido2 lak dia tu. owhh..perot macam boroi le pulak kan. hahahhaha..kata kenyang baru lepas makan macam2 mesti la perot bosoi. kalo kempisss je tu tak normal namanya. so, lepas makan, lepak2 kejap kasi turun nasi, mamat tu tetap la duduk kat situ jugak. layan je la. suap2 makan mana yang ada lebih2 tu kan. suka dia. ehh...mesti orang lain pon ada bagi dia makan tapi dia tu kurus je. panjang je badannya.



malam tadi pon tak berapa ramai orang. maybe sebab weekday kot. so, order makanan cepat le sampainya. rasa masakan, ada yang ok, ada yang tak ok. sotong goreng tepong - terbaik! macam tu la..rangup2. baru la namanya sotong goreng tepung bukan buat tepong macam cekodok tu. ketam black pepper pon sedap. yang lain2 tu macam biasa je la. not to my expectation. wahhh..dah habis baru la nak cakap not to expectation. hehhehehee.... sepanjang makan, tiada insiden2 yang spoil. semua ok je. yang kecik2 tu tutup mata je la. huhuuhuhh....masa makan tu dia tunjuk apa ke benda soccer kid ke apa? ala..yang ala2 akademi bola tu.. si era pajira yang jadi pengacara.. i mean.. wth minah tu yang jadi pengacara? dah takde pengacara lelaki ke yang nak diambil untuk jadi pengacara bola. bosan. kira sama la kalo tetiba rancangan nona tu sekali si awal pulak jadi pengacara. tak ke pelik je jadinya. entah la.. lantak korang la.




ni lepas sedap men-dunlopilo-kan perot saya, saya pon dah naik senak, letak dia kat kerusi pulak. kat kerusi pon dia sambong meleok-lentok menyandar macam bos besar. haihhh... layan je la. lagipon entah bila lagi dapat jumpa. rasa nak je bawak balik kan. tapi tak boleh la.. dia mesti ada tuan dia kot. entah2 orang kedai tu tuan dia. dan dia mesti ada anak ke family ke kan. wahh..jauhnya imaginasi. lagipon rumah saya tu dah banyak sangat dah..tak larat dah nak mengelolakannya.
~~
dalam pukul 11pm, kami pon berangkat. masa saya bangun, saya pelok2 dia dulu cium2. dia pon macam cium2 jugak lepas tu saya cakap saya nak balik dah. ada umur jumpa lagi. boleh dia mengeow. wahhhh..macam la paham kan. lepas tu bye2 dia banyak2 kali. masok kereta saya apa lagi. melalak la.. hehehhe..sian obek kena melayan peel pelik2 saya nih. kahkahkahkahhh.. melalak kejap je la lepas obek buat lawak antarabangsa dia tu, hilang la sedih. takpe la nyau2.. saya dah snap pin awak dan letak kat blog. gonna remember & miss you...
~~
sampai rumah pegi toilet... bluwekkk.. sekian... hehehhehe...
~~
malam tido lena. ada jugak terjaga2 tapi tak berapa kerap sangat. nezha seperti biasa mesti nak tido menyelit. layannnn.... kalo dia takde pon saya bukan bleh lena pon. nak kene ada jugak budak busuk masam tu baru boleh lena.
~~
so, hari ni pegi keje macam biasa. jalan jem la kan. standard. sampai opis ngam2 pukul 9am. ok la tu. sekarang rasa macam lapar le pulak. walhal pagi tadi sebelom kuar dah minum milo. takpe la..kang lunch makan la.


hishhhh... ingat boleh ke boh gambar kucing lain tapi tak boh muka dia? nehi..kabi nehi...muak dia mesti ada. ni muka pagi tadi. gambar macam gegar2 je kan. saya baru lepas mandi tengok dia masih melepak kat katil. saya dah siap2 nak kedepan baru la dia bangun. dari ko duduk2 tu nezha baik la tolong lipat selimut ke, tarik2 cadar ke... ni takkkkkkkkk.... eh..tu la cadar baru beli kat jusco sale tu. hahahhaha... ada gak terselit ye. secara tak sengaja ye.
~~
ok la.. nanti2 sambong lagi. saya baru belajar camne nak bukak fesbuk ni. memeningkan.
~~
i love you obek...(uwwa..obek kene ostn rabu nanti..)
i love you nezha...(geram..geram..geram..)
i love all of you...(selamat bekerja!)