mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 20, 2010

cerita hantu.. real punya ni...



hello... apa khabar? harap semua sihat sejahtera ye. malam tadi tido lena tak? uwwa..say tak tido lena. rasa macam ada hantu je. hehhehe...
~~
semalam balik macam biasa la. balik2 terus tukar baju kemas rumah vacuum semua tu semak la mata. ingat takmo pakai karpet lagi tapi sejuk pulak kaki. tak tahan la tiles tu sejuk. ada karpet tu dia la.. bulu acha melekat2 bagai. so, nak tak nak kena la mengemas. so, kemas2. lepas tu baru nak letak montot obek call. ajak dinner sebab nak kena tolong dia buat keje sikit. wahhh... bagus ni. ada chance dating2. hehehhee... so, siap2 mandi semua lepas tu kuar. tolong obek buat keje sikit pukul 930pm balik dah sebab obek nak kena pergi jumpa orang lain pulak. koje je la. mudah2an berjaya. sian obek keje siang malam. huhuhuhu....
~~
tengok cerita ncis la kan malam tadi. lepas tu criminal minds. wahhhh... betol la. kadang2 orang yang kita tak sangka2 tu la yang jadi punca sesuatu hal. macam cerita malam tadi, rupanya2 anak dia yang sulung bunuh adiknya. aduhh.. sebab macam baran yang terlampau la. sebab tu kita kena pantau tahap baran budak2 ni. mereka pon boleh melakukan yang diluar jangkaan tau. yang malam tadi tu budak tu sociopath. tu macam antisocial personality disorder la.
dia macam susah nak bergaul dengan orang, antisosial la lebih kurang. dia nampak macam ok tapi sebenarnya tak suka kalo orang kaco2 hak dia la. memangla kita semua macam tu tapi ni yang terlampau2, so bila orang nak join dia, dia rasa terganggu dan naik marah. bila marah hilang pertimbangan. kanak2 macam ni kao tak diberi perhatian bila besar macam2 boleh jadi woooo.... tapi biasanya kita boleh perhatikan gerak geri anak2 kita kan. owhh..back to the story, sedih la sebab mak pak tak nak hilang both kids dan ada lak kawan dia yang polis tu sanggop nak jadi pak sanggup tanggong kesalahan. aduhaiii... macam2 isu disini. eh..ni apa punya review cerita daaa...
~~
pukul 1130pm tu tido. panas bukan main. krohh..krohh..sekali pukul 130++am macam tu terjaga. sebab dengar macam bunyik pintu grill terbuka. haa..sudahhhh.. dah lama dah dia tak buat perangai tu. suspen.. lepas tu tido lagi. pukul 3am tu terjaga lagi sebab terdengar bunyi tangga berkeriut. ala..tau kan bunyii tangag kena pijak tu. terus saya terduduk dah ni. suspen gila rasa muka pucat lesi dah ni. tengok nezha elok je dia tido. so baca le apa yang patut. sambil tu tangan tetap le pegang hp kot ada apa hal kang boleh call dah. hahahha..sekali pikir kelakar pon ada. sekali pikir takot pon ye jugak. entah la. terbayang2 je kot2 tetiba terjongok je kepala kat pintu bilik tu. heiii..jangan buat main. kalo hantu takpe lagi, kalo manusia? saya parangkan. chewahh..macam le berani beno kan. itu pon dah nak menangis dah. so, sms obek. luckily dia belom tido lagi at that time. tapi dia jauh waktu tu kat cheras sana. haih... takpe la. saya nekad la kalo ada apa2 saya bertindak ikut keadaan la. so, tunggu punya tunggu tak de pon apa2 lagi. so, consider ok la kot. pukul 5am++ baru boleh lelap lagi. nehza krohh..kroh tak sedar menda. haihhh.. nezha, aren't u supposed to guard & cover me? not sleeping! uwwaaaa.... pagi ni bangun dengan penuh suspen. cek2 semua keadaan rumah semua ok. takde apa2 yang lain. owhh..thats means hantu le kot malam tadi tu. lama dah dia tak datang melawat. dulu selalu. sampai dah lali kalo malam2 bunyik pintu depan dibuka, bunyik grill dibuka. tapi bila dah lama takde ni rasa lain pulak. tambah2 lepas kejadian peeping tom hari tu saya punya cuak tu terlebih2 la. pantang ada bunyik berdetik sikit saya dah gelabah. lama betol fobianya ye. ingatkan dah habis. memang susah nak dilupakan. even kalo balik rumah ma pon time nak mandi mata tak lepas tengok tingkap toilet tu. walhal rumah ma memang kompom le takkan ada peluang orang nak mengintai sebab tingkat tu tinggi nun sayup ke atas dekat bumbung. hehehhehe.... tapi disebabkan fobia tu, saya rasa tak senang hati. uwwaaaaaaaaa.... pukul 530am tu obek call. tanya ok ke tak ke apa ke. saya kata ok je la. sebab dah cek semua ok. so, itu le cerita hantu untuk malam tadi. kepada hantu dirumah saya, kalo nak datang melawat tu senyap2 sudahla. jangan kaco saya & nezha nak tido. benci laaa...
~~
so pagi ni hujan. renyai2. saya keluar lambat. pukul 815am masih di area rumah lagi sebab jalan depan rumah pon jem melampau2. lantak la. tak kuasa dah. dah le rasa jantung dupdap2 je pagi ni kan. anyway..sampai opis lambat sikit la. pukul 915am baru sampai. ok la. tu. sebab orangtua tu belom sampai lagi. sampai2 ada discus sikit dengan orang sebab orang tu nak kene cuti lama. nak berubat katanya. haihh... tu la dianya. saya ingatkan orang melayu je yang rajin main bomoh pawang ni, rupanya bangsa lainpon ada gak. mamat ni dia memula dulu demam2, lepas tu badan jadi keba2 sampai tak boleh nak bangun. risau wooo.. dah le hensem. hehhehee... i mean, muda lagi, anak baru umur 1tahun++. then pegi cek dengan doktor, doktor kata kolesterol tinggi dan ada kencing manis. ok la. so berubat la kat hospital. now badan dah jadi keremping kurus. tapi kebas2 tu still ada. sejak dia sakit tu dah 3-4 kali terbabas sebab tiba2 kaki kebas tak dapat pijak clutch kereta. haihh... lepas tu pegi kat specialist pulak. tau2 je la..pegi specialist sekadar untuk consultation je dah beribu2 lemon duitnya. so, mak dia kata try la ubat kampong. ye la.saya kata.. tak kira la apa bangsa agama pon kalo ada usaha nak berubat tu pegi la. awak muda lagi. so, tu la yang dok discuss benda2 untuk hand over sebab dia akan cuti lama. takpe la.. saya harap semuanya ok. tu kalo melayu tu lain takde la.. mesti ada orang tuju la, buat la, itu ini begitu begini. haihhh... tapi kat diaorang ni dai kata kalo mak pak dia orang tua2 kat kampong tu percaya jugak benda2 tu. saya tanya la kot2 dia ada ramai aweks ke duluuuu...ehhehee..eh..mana le tau kan. dah le hensem, duit pon ada, sapa yang tak terpikat. dia kata takde la. dia punya bini tu aweks dari sekolah dulu lagi. hehhehe.. takpe la.. harap2 lepas berubat ni ok la dah.
~~
ni dah jadi macam blog misteri nusantara pulak hari ni ye. semuanya cerita yang mistik2 belaka. mistik wat pe..cuba bistik (beefsteak) baru le sodapppp!!!!!
~~
obek hari ni takde pulak. nak kena pegi pahang. dengarnya la. saya doa semuanya selamat dan berjaya. love you obek.
~~
nezha!!! bangun la.. tido je sampai hantu datang pon ko tak sedar kan. lagi baikk punya melengkor. kita pelok dia sebab ketakutan, dai pulak bertambah kesedapan. chehhh...
~~
ok la.. saya takde berapa nak ada mood hari ni. sebab banyak je benda2 yang menyakitkan hati. hehhee.. g.t.h laaaaaaaaaaa...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Ummi batrisya dan damya said...

akak kalau hantu yang muka seram tak pe lagi, jangan hantu kepala hitam, takut wooo.... depa ni lagi kejam dari hantu pocong :(


lain kali bawa masuk kunci kereta dan segala jenis kunci dan kunci pintu. dengar aje benda yang tak best bunyikan kereta, dan pesan kat jiran kalau dengar bunyi alarm kereta tengah malam mean tengah ada masalah, so sila datang tolong hehehehe

Misz Pinkie Winkie said...

huhuhu.
ada hantu upernya kat rumah tue.
malam nantie sediakan pulotkuning,telor rebus ngan ayam kampung.
mestie dia datang melawat lagie.
eiiii..takutnya leeya.

MOKCIK AZWA said...

serupa dgn ummi...mokcik pun lebih takut dengan orang sebab orang ni bleh jadik hantu, tapi hantu tetap hantu huhuhu...

tentang misteri nusantara itu...sorang kawan kitaorang baru meninggal semalam disebabkan penyakit misteri yg doktor pun tak tahu apa sebabnya. Semoga rohnya tenang di sana.

蜂蜜蛋糕Maggie said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚