mari mencari....

Google
 

Monday, April 26, 2010

cerita hujung minggu yang pelbagai...



hello..
wahhh..tajuk macam tajuk esei budak sekolah la. takpe2.. al-kisahnya hari ni punya entry adalah sikit panjang. dan penuh dengan gambar juga. walolpon gambar adalah berkualiti sedih tapi tetap la nak jugak letak tanda semangat berblogging walopon tadak orang baca. hehehhee.. untuk tatapan diri sendiri pon boleh jugak kan. baikkkk....
~~
jumaat petang. balik macam biasa. tak berapa ingat la kejadian hari jumaat. semuanya blur2. hehehe... malam tu pi dinner rasanya dengan obek. owhh.. saya ada buat sup sayur campor tauhu malam tu. sebab petang tu obek kata dia buzy so macam tak sempat la nak dinner dengan saya. so, balik tu saya masak le sup tu. sekali siap je masak lepas mandi obek call ajak kuar. haihhh.. sup tu dah masak takkan nak simpan. kalo simpan alamat memang peti ais je la yang makan. jadinya saya tapau la sup tu. makan kat kedai bawak bekal. hwuahahhaa.... nak buat camne. takot membazir pulak. sekali sup tu terlebih sedap le pulak. licin wooo... saya ni jenis penakot la kalo pi kedai makan bawak makanan lain sebab biasa memang orang kedai tak bagi kan. tapi jumaat tu nekad je la. mujur orangtu tak bising. maybe sebab ada order laok lain jugak kot. entah la. so, itu je la cerita hari jumaat.
~~~
sabtu, 24/04/2010:
bangun lambat. pukul 8 tu consider lambat le tu. terkebil2 dah bijik mata ni tak boleh ditutup lagi. haihh.. tengok tv. pukul 1130am obek call tanya nak pegi mana2 tak. saya kata nakkk.. nak pegi muzeum tengok pameran keranda tu. hehehhee.. lagipon kan, dah berpuloh tahun rasanya tak jejak muzeum tu. last saya pergi rombongan tadika!. gila lama berkurun. masa tu pegi pon macam pegi jalan2 je la tak paham apa benda pon. time sekolah rendah punya rombongan saya tak pergi sebab kena demam campak. so, mengguling2 kat rumah melalak sebab nak ikut juga. ma kata nanti dah sihat ma bawak pergi. sampai le sabtu semalam tu baru saya jejak balik. hehehe... ma tipuuuuuuuu.. anyway.. tu le yang nak cerita panjang2 ni.
~
sebelom pergi, kita makan dulu. mana tau kang ramai orang ke, kena jalan jauh ke. jadinya baiklah kita makan dulu lagipon dah waktu lunch. so, makan simple je la. excited punya pasal. peel macam budak2. mujur obek melayan je.




inilah diaa... banner pameran keranda tu. wahh..macam best je kan. kalo cerita pasal keranda je mesti letak tengkorak. sinonim le tu. tapi saya taktau le tenggorak2 tu yang real ke yang tipu. gagal dijawab. owh..kat pintu masok muzeum ada gak orang jual2 kacang2 dan buah dan air. saya beli la kacang dan jambu. makan kat luar cepat2 sebelom masok. ala.. kalo tak tulis pon takkan le ko terejal beno tak paham bahasa. mana le boleh bawak masok makanan. anyway.. kat luar2 pon ada gak pameran. hehehhe.. kenderaan zaman awal.




ni banner kat pintu masok. apsal dia boh background ala2 creepy ha? tak boleh ke takyah letak background muzik yang ala2 tu. ahhh..bosan. terus jadi tak seram sebab tau tak real. huhuhu....



ok..sila baca bayaran masok ye. murah je. dewasa rm2. kalo nak tangkap gambor kene bayar lagi rm3. agak2 boleh ke tipu cakap takmo amik gambor? haihh... bayar je la. buat duit betol. majoriti yang amik gambar tu kamera canggih2 yooo.. bukan macam kamera hp cap ayam saya ni. sedih wooo... jangan tak tau. budak2 keck sekolah yang ikot rombongan tu pon hp canggih2 bagai.. entah le iphone ke..iphong ke.. idak le teman tau. heuahhahaha..... ramai kanak2 sekolah time saya datang tu. masok sekali dengan diaorang. macam2 peel. seperti biasa, buat hal sendiri. takde lak cikgu dia nak explain 1-1 tentang benda2 dalam muzeum tu. which is a waste of time je. kasi la explain sikit kat budak2 tu. baru la ada penambahan ilmu. ni tak..macam anak ayam lepas reban. ikut sukati korang laaa... berbeza dengan tourist, depa siap bawak buku note tu kasi tulis2 entah le apa2 benda. saya tak tulis la. tapi baca setiap benda tu. at least tak le membuat tuli je datang tu kan?



ni yang kat luar. pameran kenderaan zaman awal. kereta lembuuu...rodanya duaa.. jalannya tak laju.. 1 jam sebatu. chewahhh... tapi ni kereta lembu yang lawo punya. bukan yang bawak rumput kasi kambing makan. ni siap yang ada ukir2 punya tu. lawo la.. tatap je la gambar dari kamera hp yang sedih ni ye. janji ada gambar. kan?




aduhhh...paling sedih tetiba ada lah proton saga. jadi bahan muzeum yooo.. uwwaaa.. i mean, masih ramai je yang pakai kereta proton saya edisi terawal tu kan. ada tu masih elok lagi. tapi dah masok muzeum lorr.. maybe dia nak tunjuk kat tourist bahawa ini le kereta pertama malaysia kan. sebab masa saya tengah tengok2 tu, ada group of tourist from china kot tengah di-explain oleg tourist guide dia pasal kewujudan kereta proton saga tu. depa punay respon.. oooo...aaaa...waaaa.. hehhehee... nampak tak tu? yang kaler putih tu le proton saga tu. haihh... bukan mamat yang berdiri tu.. itu cas masuk muzeum saya je. tu, sebelahnya tu.



ok..ni kat dalam muzeum pameran keranda tu la. masok2 je dia buat2 ala2 kita sedang berjalan dalam hutan la. not bad. menarik juga. banyak info yang boleh dipelajari dan diketahui. tak rugi kalo korang pegi. macam2 boleh tau. jenis2 kerandan dan cara tanam mayat sesuatu kaum. around malaysia la kan. tu pon tak kaji habis jangan la tanya pasal cara pengebumian orang afrika. ni kasi habis belajar dulu. yang ni entah le kaum apa. tanam dalam tempayan yooo.. bayangkan la mayat tu dibengkok2 kan sebab nak masok dalam tempayan. huishhhh... tu la pasalnya kalo jumpa tempayan dalam hutan jangan gatal2 nak bukak ingat ada harta karun ke apa, sekali bukak ada tengkorak daaa.. haru..haru..



ni yang biasa la. tempat simpan abu mayat yang dah dibakar. itu pon ada macam2 jenis dan bentuk wooo.. ada yang diperbuat dari kayu. itu pon macam2 bentuk ada. bulat, panjang, bentuk tanglong, bentuk lampu. ada yang diperbuat dari batu marmar, dari batu2 permata pon ada. macam2 la. tu baju yang dipakai la kan. lawo gak. macam baju pengantin kan.



ni keranda bentuk kerbau!! real kan?? sebijik wo. ada gak lagi satu bentuk kerbau gak tapi tak berapa real. ala2 je bentuknya tapi yang ni sebijik. siap dengan tanduk bagai. kat tepi dinding t dia ada tulis la sejarahnya. sapa yang guna, camne guna, kaum apa guna. info la tu kan.



haaaa... ni kat mana ntah. filipina ke? sarawak ke? lupa la. keranda/kubur lekat2 kat tepi dinding gunung wooo.. camne ye dia buat. gambar tu real punya tau. tapi bila tengok kat blog saya ni jadi tak berapa real la kan. kelam semacam je. saya dok pikir la camne gayanya orang tu panjant dinding gunung tu dan letakkan benda tu. i mean..ada paku ke? apa ke? wahhhh...



yan ni keranda kecik. baby2 punya kot. ada ukir gambar cicak. ke biawak?? owhh.. entah la. tapi setiap ukiran tu ada maksud dia yang tersendiri. mmmm.. adat sesetiap kaum la kan.



haaa.. yang ni biasa la kan. tanam dengan pinggan mangkok dan barang perhiasan peribadi sendiri. so, lagi sekali diingatkan, kot2 pegi junggle trekking tu, kot terjumpa pinggan2 tu hati2. jangan gatal2 nak amik bawak balik. diikutnya korang balik nanti. haiyokkk...




ini kan.. mamat ni sudah kasi saya terkejut dog terkejut badak tau tak. tu penutup dia tu ala2 digantung la kan. saya pulak tengah time lalu kat situ. agaknya angin aircond tu ke apa ke sekali penutup keranda tu bergerak daaa.. hahahhaha.. termelompat saya kat situ. mana tak terkejut, dah le tengok keranda hantu semua, sekali penutup keranda tu bergerak2. gila la!!!!! bikin suspen betol la. dah le tu siap boh lampu2 merah lak tu dalam keranda. aaaa..sapa pegi nak bawak budak2 tu takyah le kot. takot le kot2 terdemam ke apa nanti kan. lagipon bawak budak2 kecik bukan dia paham pon.


ok..kat dalam tu ada la tayangan cara pengebumian. masa saya datangtu tengah tunjuk pengebumian orangindia. tu yang real life punya la. ala2 dokumentari gitu. wahhh.. selama ni tak tau kan, bila dah tengok baru la faham. seram tak seram belakang cerita la. ramai orang tengok masa tu. saya terpendek telah terbelakang le pulak. jadi la. nampak jugak. time tenagh seram2 tengok tu (tak le seram sangat, tapi sebab surrounding gelap malap je kan) ada le pulak budak kecik ni jerit2. fuhhh... terkejut makcik. rupanya dia nak berjalan la. dia takmo ayah dia dukong. hahahhaa.. ayah dia nak berenti kejap nak tengok tv tu, dia pulak nak bantai berjalan. hambekkkk...


haaa..ni le keranda emas tu. tapi macam tak nampak berapa keemasannya pon. hehhehe.. emas le kot. dia tulis situ 14k. entah la..saya pont ak paham tahap2 emas ni. yang saya tau kalo beli gelang kena beli emas 916. entah le apa maksuk 916 tu idak le makcik tau.... sekian.



owh..tetiba terselit pulak gambar kenderaan awal tu kan. patutnya kat atas tadi. takpe la.. kira lump sum jugak la. yang ni kereta bomba zaman awal. besar.. menarik. memang patot budak2 pegi tengok untuk kaji dan hayati. boleh tengok apa perbezaan kereta bomba zaman dulu dan sekarang kan. again...ada je mamat baju putih tu menyelit. hahhahaha.... baca macam khusyuk beno, bila ditanya, jawabnya, entah.. wahh..pengsan.



ok..sambong lagi pasal pameran keranda tu. tu nampak tu tulisannya... pengkebumian (ke pengebumian??) masyarakat petani awal. tu kira dia tanam dengan pinggan ke apa, caranya dia macam bengkokkan lutut la mengereng. owhh..camne nak explain ha? pegi la tengok sendiri.
tapi ada jugak yang baring lurus.. haihh..tak faham la. maybe pergerakan kot. entah..



aaa... ni la kononnya yang real. saya taktau le itu rangka real ke tipu2 ke untuk tunjuk contoh kan. ok..bagus. boleh belajar bahagian tulang mana yang ada.. yang takde. haa.. korangtau ke nama2 bahagian tulang? sekian... tak dapat le nak jadi csi ye.



ini yang kebumi dalam tempayan. temayan pon ada macam2 jenis dan corak. corak bergantung kepada status seseorang tu la. owhh..ada lagi yang kebumi atas pokok. buat macam pondok gitu. hambekk.. ko jalan2 dalam hutan nampak pondok atas pokok ingat pondok orang tunggu durian sekali ada mayat daaaa... tapi biasanya dia akan letak kat pokok2 yang besar2 tu la. ooo.. patot la kalo ada pokok besar je ada hantu. rupanya ada mayat ye dulu2 tu. al-kisahnya.....



ni pon macam biasa nampak. kebum main tutup2 je pakai batu or kayu or apa2 je la. biasa kalo tengok cerita korea or cina dulu2 dia mati dia buat macam tu kan. ye la..dulu2 tu kot nak carik cangkol tak de. dah le mati dalam perjalanan, atas gunung la, tepi sungai la. see.. ada jugak tengok cerita ka tv. boleh relatekan dengan kejadian di muzeum. hehehhee..bagus2...
~~~
aik..habis dah? huhuhuhu.. ada lagi. tapi tu masok dalam entry esok la. satu hari satu entry je cukup. jangan banyak2 nanti juling mata nak baca. lagipon esok takde modal pulak nak tuliskalo kasi masok semua hari ni. ye tak?
~~
nezha kena tinggal kat rumah saya pegi jalan2 muzeum. hehehhee..
~~
apa lagi nak tulis. takde apa la. kesimpulannya, bagus juga pegi muzeum. banyak pengetahuan boleh dapat. esok punya entry nak cerita pasal pegi melawat ke pameran tetap kat muzeum. aaa.. yang macam pameran keranda ni kan kira seasonal punya pameran, yang pameran tetap tu yang memang akan ada tunjuk sepanjang tahun. ok.. kat situ pon best jugak.
~~
ada banyak lagi jenis2 keranda dan cara pengebumian. saya tak dapat la nak snap semua. macam2 ada. dari yang lazim2 macam dari kita melayu, cina, india, cara pengusungnya, cara kedudukannya, apa bahan yang perlu ketika nak kebumi, semua dia tunjuk la. haa..kan sana korang boleh fahamkan la. yang selama ni dok dengar air mawar, kapur barus, esok kat sana boleh tengok. saya pon 1st time tau barang2 tu. uwhahahhha... keranda2 yang biasa2 pon ada. kornag boleh le jenguk2 dalam keranda tu. ada yang ada bantal, ada yang ada kain lapik je, ada yang pengusung ada ukir2. macam2 ada.
~~
tiba2 jadi pencinta sejarah. pengsan! tak.. bukan apa. pendekatan moden ni telah membuatkan yang matapelajaran sejarah yang pada saya suatu ketika dulu amatlah membosankan, kini jadi lebih menarik la. bila dah tengok macam ni, baru la jadi lebih faham dan lebih berminat. betol.. sapa2 ada adik yang tak suka subjek sejarah tu pegi la muzeum. sure jadi suka. kalo tak suka 100% at least akan ada peningkatan tahap kesukaan terhadap matapelajaran sejarah tu. owhh..kenapa la zaman saya sekolah dulu tak de buat macam ni. ngadap le buku teks tu dan muka cikgu sejarah yang tembam tu. uwwaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

wahhh...
lin dulu pernah pegi.
takut gak..tapie nak masuk punya pasal..layankan jerk.

tapie pas tengok memnag puas hatie.
leeya tak teringat ker biler balik umah?
jeng..jeng..jeng.
hhehhe

afiq said...

sekali sekale best woo gi muzium2 ni :) hai nezha.. nuneng kem salam :P :P :P

saya said...

pinkie--tak pulak ingat. masok je kereta terus lupa dah. hahahhaa...

afiq--nuneng..nezha kirim salam balik.

蜂蜜蛋糕Maggie said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社