mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 6, 2010

cerita jalan2 pegi makan.. lepas tu....


hello.... yuhuuuu... malam tadi saya pegi jalan2 dating la dengan obek. pegi makan seafood. kan dah banyak hari dok mengadu nak makan2 seafood tu kan. jadinya malam tadi obek bawak le jugak. sebab telinga dia dah macam nak tercabot dengar saya merengek. hwuahahhahhaa.... so, balik semalam, kemas2 cepat2, get ready. sekali hujan le pulak. alahai... camno ni. rupanay hujan kejap je. lepas tu ok dah. pukul 8pm obek sampai, so off we go! yahuuuu...
~~
pegi ke bagan lalang. masa pegi tu rasa macam jauh sangat le pulak. tapi bila balik tu macam kejap je dah sampai. eh, eh..macam magic pulak kan. hehehhe..orang tua2 kata, kalo kita pergi perjalanan jauh tu yg jarangkita pergi or 1st time pegi, semua pokok2 daun2 melambai2 kita cakap hello la macam tu, sebab tu lambat. hehehe..entah ye ke entah tak. saja la orang tua2 ni banyak je ceritanya. anyway... perjalanan pergi tu hujan jugak sekerat jalan. tapi lepas tu ok dah.singgah isi minyak kat sg. pelek. nama tempat tu la. lepas tu terus pegi destinasi.
~~
on the way pegi.. sekali obek dapat call daaa...haihh.. leceh betol. baru nak berdating2 ada je panggilan. mmm.. jadinya member dah macam tak syiok la nak melepak lama2 sebab dah ada pulak kawan nak jumpa malam tu. bosan betol. takpe2.. sabar. hal keje kan. nak buat camne. kalo tak nanti camne nak dapat duit 5 guni tu kan. gggrrrrr... anyway.. sampai2 je obek tanya nak makan apa..
~
## : nak makan apa? udang masak apa? ketam masak apa?
** : takmo..oby nak makan mihun goreng je..(muncung 16 jengkal)
## : hah!!!! datang camni punya jauh nak makan mihun goreng je? biar betollllll....ada yang nak kena ni kang ni....
** : hehehhehee...
~
takde maknanya nak makan mihun goreng. so, terus tuju tempat ikan2 tu la kan. semua amik. tapi amik sikit2 la. end up penuh semeja. uwwaaa...camne nak habiskan. so, tu la menu kami malam tadi. ikan kerapu bakar, udang butter, pepahat masak pedas, lala masak sos tiram, ketam black pepper, sotong goreng tepung, cendawan goreng. minum air limau ais dengan tembikai. kerepek tu memang dapat. apa? ingat pree ke? kena charge tuuuuu....
lepas tu.. lepas tu.. lepas tu makan laaaaaaaaa...
~~
makan dengan aman makmur. tapi obek buzy la sebab hp kejap2 memekak. haihh...lantak le. sekali ada pulak yang berkenan nak menumpang kasih pulak... layan je la. mula2 tu dok kat bawah je. lepas tu gesel2. lepas tu naik kerusi. lama2 duduk atas perot saya pulak!. ayoyoyoyoyo.....


ni la mamat tu. mula2 je malu2 kucing.. lepas dah suap makan, terus melekat. sepanjangs aya makan tu dia ada la duduk tercongok atas perot saya tu. obek pon tak boleh nak kata apa dah. apa saya ni muka kucing je sampai kucing ni berkenan kat saya? hahahhahaha.... kucing lain pon ada.. tapi datang kejap2 je then blah. dia ni haaa.. sampai ke sudah duduk atas perut tu. tau le sedap perot tu banyak lemak dunlopilo kan. ko agak2 la kot ye pon nak perli saya kucing woiiii....



manja bukan main. agaknya dia memang manja kot. tengok tu. duduk lepak baik punya atas perot. sampai saya sesak senak dibuatnya. ni kalo nezha nampak ni.. harus perang dunia ke-3 jawabnya. mamat tu penjealous bukan main!



tengok..siap2 tido2 lak dia tu. owhh..perot macam boroi le pulak kan. hahahhaha..kata kenyang baru lepas makan macam2 mesti la perot bosoi. kalo kempisss je tu tak normal namanya. so, lepas makan, lepak2 kejap kasi turun nasi, mamat tu tetap la duduk kat situ jugak. layan je la. suap2 makan mana yang ada lebih2 tu kan. suka dia. ehh...mesti orang lain pon ada bagi dia makan tapi dia tu kurus je. panjang je badannya.



malam tadi pon tak berapa ramai orang. maybe sebab weekday kot. so, order makanan cepat le sampainya. rasa masakan, ada yang ok, ada yang tak ok. sotong goreng tepong - terbaik! macam tu la..rangup2. baru la namanya sotong goreng tepung bukan buat tepong macam cekodok tu. ketam black pepper pon sedap. yang lain2 tu macam biasa je la. not to my expectation. wahhh..dah habis baru la nak cakap not to expectation. hehhehehee.... sepanjang makan, tiada insiden2 yang spoil. semua ok je. yang kecik2 tu tutup mata je la. huhuuhuhh....masa makan tu dia tunjuk apa ke benda soccer kid ke apa? ala..yang ala2 akademi bola tu.. si era pajira yang jadi pengacara.. i mean.. wth minah tu yang jadi pengacara? dah takde pengacara lelaki ke yang nak diambil untuk jadi pengacara bola. bosan. kira sama la kalo tetiba rancangan nona tu sekali si awal pulak jadi pengacara. tak ke pelik je jadinya. entah la.. lantak korang la.




ni lepas sedap men-dunlopilo-kan perot saya, saya pon dah naik senak, letak dia kat kerusi pulak. kat kerusi pon dia sambong meleok-lentok menyandar macam bos besar. haihhh... layan je la. lagipon entah bila lagi dapat jumpa. rasa nak je bawak balik kan. tapi tak boleh la.. dia mesti ada tuan dia kot. entah2 orang kedai tu tuan dia. dan dia mesti ada anak ke family ke kan. wahh..jauhnya imaginasi. lagipon rumah saya tu dah banyak sangat dah..tak larat dah nak mengelolakannya.
~~
dalam pukul 11pm, kami pon berangkat. masa saya bangun, saya pelok2 dia dulu cium2. dia pon macam cium2 jugak lepas tu saya cakap saya nak balik dah. ada umur jumpa lagi. boleh dia mengeow. wahhhh..macam la paham kan. lepas tu bye2 dia banyak2 kali. masok kereta saya apa lagi. melalak la.. hehehhe..sian obek kena melayan peel pelik2 saya nih. kahkahkahkahhh.. melalak kejap je la lepas obek buat lawak antarabangsa dia tu, hilang la sedih. takpe la nyau2.. saya dah snap pin awak dan letak kat blog. gonna remember & miss you...
~~
sampai rumah pegi toilet... bluwekkk.. sekian... hehehhehe...
~~
malam tido lena. ada jugak terjaga2 tapi tak berapa kerap sangat. nezha seperti biasa mesti nak tido menyelit. layannnn.... kalo dia takde pon saya bukan bleh lena pon. nak kene ada jugak budak busuk masam tu baru boleh lena.
~~
so, hari ni pegi keje macam biasa. jalan jem la kan. standard. sampai opis ngam2 pukul 9am. ok la tu. sekarang rasa macam lapar le pulak. walhal pagi tadi sebelom kuar dah minum milo. takpe la..kang lunch makan la.


hishhhh... ingat boleh ke boh gambar kucing lain tapi tak boh muka dia? nehi..kabi nehi...muak dia mesti ada. ni muka pagi tadi. gambar macam gegar2 je kan. saya baru lepas mandi tengok dia masih melepak kat katil. saya dah siap2 nak kedepan baru la dia bangun. dari ko duduk2 tu nezha baik la tolong lipat selimut ke, tarik2 cadar ke... ni takkkkkkkkk.... eh..tu la cadar baru beli kat jusco sale tu. hahahhaha... ada gak terselit ye. secara tak sengaja ye.
~~
ok la.. nanti2 sambong lagi. saya baru belajar camne nak bukak fesbuk ni. memeningkan.
~~
i love you obek...(uwwa..obek kene ostn rabu nanti..)
i love you nezha...(geram..geram..geram..)
i love all of you...(selamat bekerja!)

2 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

sedapnya.
bagan lalang memang yang terbaek
harga pon murah.
lin kalo nakmakan seafood memnag g kat bagan lalang.
yummyyy....

ala..mucuk nezha...
nak gambar nezha manyak2.
asik statik jerk.
nezha...wat gaya model skett..
aunty lin nak amik gambar nie.
huhu.

saya said...

pinkie..nanti kita buat doubel date ye pi makan sifud kat bagan lalang. ahaksss.... nezha tak pandai posing la aunty lin..dia memang jenis statik je, lagi2 kalo nampak saya huloq hp, terus buat muka boring dia. tak dapat nak nolong.