mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 27, 2010

cerita muzeum lagi..

hello...
apa khabar semua? harap semua sihat2 ye. saya biasa je. takde yang luar biasa. huhuhuhu... petang semalam balik macam biasa. jalan boleh tahan jem pulak. geram betol sebab nak cepat nak pegi kedai beli pasir & makanan kucing luar tu. takot kedai tu tutup. nak kene pegi cocok duit lagi.. aduhhhh..tensen betol la. tapi mujur la sempat semuanya. seperti biasa orang kedai tu yang akan angkat pasir masok kereta. ye la.. berat kononnya. hehehhee.. boleh lak dia tanya saya, mana kereta? saya kata itu laa..kereta biasa.. belom tukar besar punya lagi. dia gelak je..dia kata saya ingat u sudah tukar kereta besar punya.. merc. tarak apa, lain kali u datang sudah bawak besar punya kereta. wahwahwahhhh..perli nampak. sabor je la. tapi doa le banyak2 uncle woii.. kot2 dapat merasa kereta besar merc tu kan. huwahahahhaha.....
~~
lepas bali kedai terus balik rumah la. dah sampai rumah baru la teringat nak beli lobak putih tu. teringin la nak buat sup. so, kemas tempat pasir dulu, lepas tu keluar lagi beli lobak tu. dapat. beli sebijik je 80sen harganya. huhuhuhu... balik rumah, kemas lebih kurang, pas tu masak sup. yahuuu..sedapnya. chewahhh.. malam just lepak tengok tv. tengok ncis. itu pon tak habis macam mengantuk sangat2. rugi je tak dapat tengok criminal minds malam tadi. leceh laaa....
~~
tengah tido syiok2 sekali nezha kejut daa. meow2 memekak. suara dah le garau ala2 rock. layan je la. nak suruh garu. bermacam2 fesyen menggarunya, tergolek sana, pusing sini, pusing sana, sampai le dia tido balik. pagi tadi kejut dia bangun takmau lak dia. saya tinggalkan dia sorang2 kat bilik. ingatkan ye la tido, rupanya ikut jugak. hehehhehee... maunya dia tinggal sorang.
~~
jalan tak berapa jem pagi ni. sampai awal. kat tempat parking opis saya ni.. ada la 1 anjing tu tau. comel. dulu2 dia ada tuannya. sebab dia pakai collar tu kan. sekarang saya ingat tuan dia dah takde la. sian dia. leher dai sampai berkudis sebab mungkin collar dulu tu ketat sangat. saya sedih la tengok dia. kadang2 saya tinggalkan roti sekeping kat tepi kereta. kot2 la dia nak makan kan. saya panggil2 dia takmo datang dekat. dia lari. aduhhh... tu la dianya. masa anjing tu comel bersih bijak, ko sayang2 dia. sekarang dah tua agaknya ko buang macam tu je. sedih la. anjing pon ada perasaan tau. tapi saya pikir la kot ye ke tuan dia buang dia ke, atau anjing ni lari dari rumah ke, kene culik je. haihhhh.. sedih. anjing tu jneis kecik je..cute. kalo jaga dengan baik memang lawo. hari2 nampak dia berkeliaran nak cari makanan. tapi dia tak pernah kacau orang, in fact, dia pulak yang takot orang. kene dera agaknya dia tu dulu. uuwwaa.....
~~
ok2..mari sambong cerita pergi muzeum tu. sementara stok gambar masih ada. huhuhuhu...
~~
lepas keluar dari pameran keranda tu, kitaorang pegi la melawat pameran tetap. memula pegi muzeum asean dulu la. sebab sebelahnya je. dekat.




ni pintu masok muzeum asean tu la. pakcik guard tu baik. peramah orangnya. senyum je. masok free tapi kena tulis nama. nak kira berapa pelawat kot. kat dalam tu biasa la. nama pon muzeum aseankan, jadinya sejarah penubuhan asean, apa negara dalam asean, apa budayanya, gedebak gedebuk semua la. sangat bagus untuk pelajar2 me-refresh-kan otak tentang asean2 ni. eeee..kalo time exam, bab2 asean ni le yang paling banyak keluar tau tak. dulu la.. sekarang saya tak tau la. so, sila la bawak adik or anak pergi melawat sana. tapi kecik je la muzeum tu, tapi ada la infonya kan. apa2 la labu.....


wokeh..lepas tu kita bergerak ke hadapan. dari kiri, cepat jalan!!! hahahhaa.. dah ala2 berkawad pulak. sapa tak kenal ni memang la, jangan jadi rakyat malaysia. ni le lukisan trademark muzeum. masa kecik2 dulu kalo nampa building ada lukisan besar ni tak lain tak bukan, muzeum le namanya. kat depan tu ada macam kolam air pancut, tapi airnya tak memancut pon. tak di-on-nya... takpe la. tapi kalo on lagi la lawo. dah le weekend kan, orang ramai datang.



ok..ni bumbung muzeum. trademark jugak. lawo. menarik. time ni tengah panas sangat terik tapi bila snap pic jadi kelam pulak. hehehhee...



yaah....tu dia.. mendaki menuju puncak katanya. tinggi jugak tangga tu nak dipanjat. tak perasan pulak saya ada tak laluan untuk oku. ye la.. bukan semua orang larat nak panjat tangga. kot tak oku pon, kalo orang tua2 tu takdenya nak memanjat tangga. ada kot maybe saya yang tak perasan. entah la. ok..tangga tinggi.. kira ada berapa anak tangga? lebih daripada 20 anak tangga ye puan2 sekelian. jadinya tolong jangan biarkan anak awak panjat tangga sendiri. nampak gap anak dia dengan mak dia? tu kalo tergolek tu memang assalamualaikum. kot ye pon nak membina stamina anak, pegi la dekat2 dengan dia sikit. tu terlalu jauh. budak baru nak belajar panjat tangga. huishhh... maknya diam je berdiri kat bawah tu. haihhhhh..macam2 peel la. dah le budak kecik, berjalan pon kaki goyah lagi. jangan budak baju putih tu..tu takpe.. dah tua dah. sekali langkah terus 3 anak mata tangga. sabar je la. tu la dianya. manja anak jangan keterlaluan. esok2 kita yang merana.



kat dalam muzeum utama tu ada 4 bahagian kot. a, b, c, d. eh..ye ke? lupa la. mula2 masok kat ruang legar tu ada macam pameran apa benda ntah. baju2 pengantin artis. siap dengan mutiara2 raflesia bagai. ahhh... mengarut je. bukan lawo pon. lawo apa bendany kalo dah cincin gedabak beso anak lesung batu. well.. lain orang lain citarasanya. masok kene bayar rm2. mula2 pegi tepi bawah tu.. ada la pameran macam zaman awal la. yang ada rangka2 zaman neopolitan. haaa..sapa ingat matapelajaran ni. aduhhhh... seksa la. now boleh tengok balik. jenis2 tanah yang dari bawahhh sekali sampai ke atas. dia ada buat susunan. bagus2. ada cerita la zaman awal pemerintahan inggeris la... salahsilah kesultanan. haihh.. tengok carta dia pon boleh naik pening. keris2 zaman awal dulu. semua2 tu la.



ni contoh bunga emas yang digunakan zaman dulu la. tapi nampak macam bunga telur gold je. hehehhee... ye la..dai letak replika je kot. takkan nak letak yang real punya. ngeri woooo.. ada la perhiasan2 zaman dulu, pending la, tempat tembakau, pedang2, lembing aihhhh... semua2 la.



yang ni yang keris2 la. entah le sapa punya lupa dah saya. kat sebelah hall lain pulak ada tunjuk masa zaman nak membangun tu kan. replika kapal korek bijih timah. boleh gerak yoooo.. tekan button tu nanti dia gerak2. hehhehee... ada la tunjuk perjuangan melayu dulu2, malayan union la, komunis la. macam2 la. naik atas pon ada 2 hall jugak. yang satu tu pasal zaman penjajahan rasanya. portugis semua tu. ada gak tunjuk patung ala2 tengah discuss untuk perjanjian pangkor tu kan. wahhh..ingat tak perjanjian pangkor? ye, sekian. hehehhehehee...best jugak. hall lagi satu tunjuk pasal malaysia kini. macam2 la. jenis2 tengkolok sultan, apa nama ikatannya, susur galur kesultanan, sapa sultan pertama. benda2 macam tu la.



banyak beno keris pedang kat dalam muzeum tu. hahhhh... ada gak tunjuk duit siling lama dulu2 tu. macam2 ada. jadinya. pergilah melawat muzeum. hhehhee... budak2 sekarang ni asyik la dengan main tenet main game online. memang sejarah berdasarkan buku teks je. kalo pegi sini at least bukak sikit mata. sebab nampak real kan. tu je la cerita jalan2 ke muzeum minggu lepas.
~~
ok..habis sudah cerita penjelajahan pada hari sabtu. balik tu makan aiskrim dulu. pakcik jual aiskrim rm1.50. haihh..makan je la. saya makan tak habis pon. sebab macam sakit tekak pulak. ramai jugak orang pegi jalan2 muzeum ye. tak rugi bayar rm2 tu. sebab harga untuk restoration barang2 tu lagi mahal. bukan senang nak jaga barang2 lama tu.
~~
hari ni takde gambar nezha ye. dia buat peel pepagi ni la. entah apa yang dia bengang sangat tu, saya panggil pon takmo datang. bila saya bangun nak ambik dia, dia lari. bior kan. ada le tu yang tak berkenan kat hatinya tu. alahai nezha.... nezha...
~~
i love you obek..(windu woo..obek takde ostn. uwaaaaa..)
i love you nezha..(takmo majuk2 tau, lepas makan pi tido tau)
i love all of you..(selamat bekerja!)

4 comments:

nUR_rOsALiNdA said...

Lama la tak gi muzeum...org kata skang dalam muzium dah leh amik gambar kan

~dARlee zURiS~ said...

kelas sejarah kat sini eyh ;P
last g muzium kat kuching aritu
asal ek..g tempat lain je,mesti g muzium?hmmm...

waa...eskrim!
nak mkn eskrim
lmbtnye hbs pantang nie.huhuu..

Ummi batrisya dan damya said...

dah lama tak pergi tempat pergi musuem, last pergi masa zaman sekolah dulu, hehehehe

kat UPSI kami pergi kelas naik merc sebab ada sorang kawan ni bawa merc, kereta kecil yang lain parking, apa class naik kelisa, hehehehe

berlagak :)

saya said...

mala--bukan orang kata..memang la dah boleh kalo tak camne lak saya dapat snap pics tu....

zuris--aiskrim tak sedap.. takyah tingin2 tau.

ummi--wahwahwahh..naik merc ye. merasa!