mari mencari....

Google
 

Monday, April 5, 2010

hello..semoga semuanya ok ye...


hello..
apa khabar semua? harap semuanya ok. dah lama betol rasanya tak menulis. walhal baru beberapa hari je kan. biasa la.. emosi roller coster.. macam2 ada.. yang nak diceritakan pon macam2, tapi tengok le mana yang berkenan nak cerita. so, weekend camne? ok? ada pi kenduri2 ke? kat rumah ma ada orang buat kenduri. wahh..khemah sampai 6 tu. meriah. tema biru. lawo jugak. ma ada le pegi rewang2 tu. saya jaga rumah lorr.. hehehhee... selama say atak menulis tu, saya ada jugak round2 blog kawan2. dan ada jugak tinggalkan komen. eh..tetiba ada orang tu merajuk terus privatekan blog. terkejut makcik tau. hehehhe..harap2 jangan merajuk lagi ye.. 'keadaan' sekarang kena ceria2 selalu tau...saya je sedih2 takpe.. uuwwaaaa....
~~
itu namanya muka nezha tengah tido. apa ingat dia nak tido jejauh ke. takde maknanya. itu namanya tido sebantal. haa..kot perumpamaan makan sepinggan tidor sebantal tu memang kena beno le kami ni. apa saya makan, itu le dia makan. melainkan yang pedas2 la. kalo jajan2, kek2 tu memang dia je la bedal. ehh..manusia ke kucing ida ni ha?? pelik2 je la selera dia. so cute kan muka tenagh tido. lena betol tu. masa tu saya garu2 cocok2 dia pon tak dia sedor. krohh..krohhh tido. hehehhee....sayang nezha. dia la buah hati pengarang jantung intan berlian saya. nezha..i love you.. cubit nak?
~~
lama tak menulis dah macam2 perkara berlaku dan berlalu. takpe la.. mana yang elok buat tauladan, yang tak elok buat tatapan. hehhehee... ni gambar dinner lama dah.. 30/03/2010 har tu. masa tu obek takde. so, dinner makan kat rumah je la. selongkar peti ais tengok apa yang ada. tengok2 ada acar buah beli hari tu. elok lagi... ada tahu telor. bagus2.. jadinya saya kukus le tahu telor tu boh kicap, garam, tomato sos sikit dan lada hitam. sekali lada hitam sudah tertuang banyak daa..terus jadi pedas. spoil betol. membahang2 leher ni ha. opss.. ada ulam tomato kecik2. sedap. alhamdulillah. lepas dah seksa lapar malam tu. actually ada banyak pic dinner yang saya amik tapi dah delete. sebab bengang runsing punya pasal, belek2 pic dalam hp telah terdelete le pulak. sekarang dah nyesal. hehehhe..takpe la..tak penting pon.


ni le dinner simple2 tu. jenuh nak mengabihkan laok tahu tu. sampai saya sumbat2 je dalam mulut. macam terbanyak le pulak, walhal benda tu 1 roll tu je la. haihhh... acar buah ada lagi. itu memang stok makanan waktu kecemasan. dah ada senang. masak nasi je. takyah pening2 la nak pikir laok apa2 dah. malas.
~~
obek seperti biasa buzy. weekend tadi kitaorang pi jusco. owh..jusco kan ada sale. semalam habis kot. masa pegi tengah happy hour untuk cadar2. wahhhhh... lawo2, murah. rembattttt... lepas tu menyesal sebab bukannya tak boleh beli lain kali. jusco tu selalu je buat2 sale ni. haihhh.. takpe la..dah beli, simpan. boleh tukar2 cadar selalu.
~~
saya tingin la nak makan2 sifud2 tu... yang macam2. takmo la makan2 kat area2 sini, tak syiok. tapi tu la tak berkesempatan. obek tu buzy je. nanti la tunggu dia tak buzy.
~~
cerita balik rumah ma weekend tadi... ok2 je. biasa la. saya buat ops bersih. geram betol. rumah atas tu dah macam rumah tinggal. hehehhee...dah tu saya sorang je yang naik atas tu, ma takde la.. sakit kaki la, itu la ini la. lagipon takde apa dia nak carik kat atas tu. bilik ma kat bawah. jadinya kebetulan saya sampai awal sabtu tu, terus la operasi. prukkk prakk prukk prakkk siappp.. baru lawooooo...lepas tu bedal air 100plus sebotol. fuhhhhh..terus pengsan. malam, makan nasi goreng ikan bilis je rangup2. jadi la. tak selera nak makan yang macam2 tu. ma ada beli kuih petang tu..kuih bakar nampak gayanya. saya tak berapa minat le pulak. ahad, pepagi dah pegi pasar dengan ma. beli, beli, beli dan beli. hahahhaha... beli kaki ayam. owhh... macam nak pengsan. bukan untuk saya la.. untuk ada pekerja datang repair rumah atap store rumah ma. depa2 tu pekerja indon la.. so ma masak bagi lunch untuk depa. biasa pon memang macam tu. kalo buat koje kat rumah ma, ma mesti bagi makan. so, bangsa diaorangtu korang tau la..suka beno makan kaki ayam. macam2. selera masing2. untuk saya, kita masak asam pedas ikan..ikan apa ntah taktau namanya. lembuttt... sedapppp... takde tulang. isi je. apa ye.. ahh..lupakan je la apa nama ikan tu. dah habis dah pon. lepas tu buat telor dadar. lepas tu buat jus mangga. lepas tu buat mee goreng. tu saya yang nak sebab nak bawak bekal sebab malam malas nak kuar beli makanan, so bawak bekal malam panaskan je mee goreng tu. masalahnya tak sempat sampai malam, petang tu dah tinggal sekerat. hehhehehe...petang sebelom balik, tolong ma mandikan opah dulu. alahaii..siannya opah. tak larat betol. mujur saya ni kuat sikit kan. hehhee...boleh le angkat2 opah dari katil ke kerusi roda tolak ke toilet. mandikan dia. cuaca kan panas sekarang ni. bila dapat mandi tu lega la dia. opah saya masa muda lawo tau. siap ada tahi lalat kat tepi mulut. dah tua ni pon lawo jugakkkkk.. tapi dah nama pon tua. arwah atok saya dulu pon hensem. jenis yang makin tua makin hensem tu. hehehhee... saya masa kecik2 suka berkepit dengan atok saya. kalo time balik kampong la kan. dia pulak jenis tak banyak bercakap. macam obek la pulak. tersengih2 je. bercakap benda yang perlu je. bukan macam saya. semua benda pon nak dicakapkan. jadinya yang bercakap tu saya je la. masa kecik saya lagi kuat membebel wooo..semua pon nak tegor. padan la orang tu tu pening kepala. saya selalu paksa dia dukong saya. paksa bawak naik basikal pegi kedai. paksa tepok2 saya sebelom tido. hehehhe. rindu arwah atok. al-fatihah.....
~~
inga tak saya pernah cerita pasal anak kucing kat rumah ma tu. alaa..yang mak dia minah rempit tu. ni saya ada amik pic dia. so comel.. sekor oren, sekor hitam. 2-2 mata biru yooo...ala2 omputeh gitu. hehehhee....
tengok tu.. comel kan. sian dia tau. dia jumpa saya seminggu sekali je. so, dia macam ketakutan la. maybe orang selalu marah dia ke apa ke kan. bila kita dekat je dia nak cabot lari. tapi bila bagi makan nak pulak datang dekat. haihhh...


ni mak dia. mak dai dengan baby dia tengah lepak kat belakang rumah. mak dia actually lawo sebenarnya. tak tau jenis kucing apa. ada mix2 kot. entah la. tapi sebab terbiar tu.. tu yang jadi comot la luka sana sini. sedih la. tapi sejak saya panggil2 dia bagi makan tu dia dah dok melepak kat rumah ma je la. kalo pegi jalan2 pon nanti dia datang lagi. haihhh..ma pulak tak suka kucing. alahaiii....geram betol. so, every week saya balik mesti la melayan kucing2 tu selagi boleh. sian dia.. huhuhu.. nampak kan perbezaan kucing2 terbiar dnegan kucing yang kita bela kat rumah. takpe..harap2 lepas saya take care dia tu harapnya dia bersih la dan jadi baik. takmo rempit2 lagi dah. mesti jaga diri tau mama kucing....
~~
malam tadi tengok abp...ahh....bosan. tai tu la.. terpulang pada penilaian individu tersendiri. ada orang kata ok. ada orang kata tak ok. pada saya so-so la.. saya tak suka pengacara yang suka nak perli2 orang secara keterlaluan berdepan2. well..mungkin dia bermaksud bergurau tapi perlu ke nak sebut 2-3 kali. contohnya masa perli nabil bab2 pelok2 tu. kalo nak gurau orang kata sebut sekali je..jangan banyak2 kali. well..at least mamat tu menang.. ko ado? takdokkkkk.... pada saya gurauan yang keterlaluan tu tak sesuai la. jangan memalukan orang dikhalayak ramai. cuba kalo kena kat diri sendiri baru nganga... masa depan kita tak tau..apa jadi kat kita. saya tak le suka si nabil tu.. dan tak peduli pon dia menang ke tak..tapi situasi tu yang saya tak berkenan. entah la.. kebanyakkan pemenang semua yang dah dijangka. biasa la tu. nothing surprise pon. muka2 yang dah memang dicop utk menang kategori dia tu. well.. tahniah pada pemenang. yang tak menang bukan bermaksud tak bagus.. ini kan pertandingan kategori popular. tak popular tak bermakna tak bagus. kadang2 orang yang kebelakang ni lagi bagus berkualiti kerjanya dari orang yang pungpang2 je lebih. ehhh..ni apa pulak dah jadi review abp daaaa....
~~
apalagi nak cerita???
~~
rindu obek...
~~
ok la..nanti sambong lagi. happy monday!!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...