mari mencari....

Google
 

Thursday, April 8, 2010

isu basi, tapi tetap la terjadi, tak pernah akan sedar2 orang yang macam ni...


hello...
nampaknya tahun 2010 ni macam2 dugaan betol la. hai..entah la. dugaan hidop tu namanya. mungkin ada hikmahnya, tapi tak muncul2 la pulak lagi hikmahnya tu kan. haihhhh...
sabar..belum tiba masanya. tuhan menguji sebab sayang kepada kita. betol tak?
~~
anyway.. semalam tak update. takde mood la. hari ni pon tak de mood tapi macam bosan pulak. pusing2 tengok blog kawan2 pon ada yang tak update jugak.. ena pening2 pon tu pasal tak update..zuris maybe dah bersalin, pon tak update. mokcik, buzy le tu membaca fail2 atas meja. ummi, lagi double buzy dengan keje, study & family. takpe2... masing2 ada urusan masing2. saya doakan semoga semua urusan kita berjalan dengan lancar ye. tapi ada jugak kawan2 yang update boleh kata hari2.. macam rose, selalu update pasal anak2, miss pinkie pon pasal anak2 jugak, ramai lagi la. sebut one by one kang tak tertulis pulak. tapi itu le blog2 yang saya baca hari2. seronok baca kisah gembira kawan2.
~~
saya sebenarnya dah banyak kali bercerita pasal jangan makan rasuah. nampaknya benda ni masih berleluasa. ada orang berkawan baik dengan kita rupanya dialah musuh dalam selimut yang paling besar. buat baik dengan kita rupanya nak korek rahsia then jual info. kita anggap dia sebagai kawan selama ni tapi macam ni dia buat ke kita. kita yang berpenat lelah buat proposal buat spec dari awal hingga ke akhir. rupanya orang lain yang dapat. kita tak mintak tapi awak yang janji!!!!! rupanya ko dah kowtim awal2 ye dengan orang tu. wahh..ini betol2 menggunakan sepenuhnya kuasa yang pada dirinya untuk kepentingan peribadi. takde apa yang nak saya cakapkan, cumanya tahniah la. tahniah sebab dapat bahagian yang besar dalam proses tu. dengarnya sampai boleh la buat beli rumah baru. tahniah sebab dapat fixed income at least 5k cash sebab menjayakan urusan tu. income jalan belakang. bagus kan. mesti tak berani suruh orang tu bank-in duit sebab nanti kene audit pulak. tahniah sebab dapat bagi anak bini mak pak adik beradik awak makan duit haram macam tu. huihh.. 5 ribu sebulan free selama 2 tahun sapa yang taknak woii.. tak buat apa2, cuma guna kuasa pangkat awak yang sejengkal tu je. bangga rasanya! tahniah sebab bakal ahli neraka. sekarang, awak sendiri yang malu2 pulak nak jumpa kita ye. malu pada diri sendiri. sebab tembelang awak dah pecah. takpe la.. dunia ni bulat. qada dan qadar tu ada. kalo bukan sesama manusia yang membalasnya, allah akan membalasnya. tunggu je la cepat atau lambat. as for us, kitaorang takkan le nak buat apa2. biar masa yang menentukan. penat lelah kami dari awal nak menjadikan benda2 tu semua hancur musnah. awak dengan senang hati gunakan tenaga keringat kami untuk kepentingan sendiri. syukur... allah telah menunjukkan tembelang awak tu dari awal kepada kami makanya kami ni tak le selamanya jadi mangsa penipu, tikam belakang awak tu. lepas ni awak boleh cari mangsa lain pulak la ye. kami undur diri. perangai awak tu sekarang semua orang dah tau. walopon awak tu berjawatan besar kat jabatan tu, mungkin mulut anak2 buah awak tak berbunyi bila depan awak, tapi cerita awak tu dah tersebar meratanya. bagus kan. biarkan. satu hari nanti awak terima balasannya. walopon kami ni mendiamkan diri, tapi kami hari2 berdoa moga awak sedar. ingat, doa orang2 yang dizalimi ni. mungkin awak tak terasa impaknya, sebab awak berada dalam kelompok yang menikmati kekayaan, tapi kami ni nak tengok sampai bila awak boleh kaya dan hidop senang dengan cara ni. kalo sebut nama awak kat sini, malu keluarga awak nanti. kami bukan jenis yang nak memalukan orang walopon orang2 tu dah buat macam2 kat kami. konsepnya senang je.. dunia ni bulat. tak selamanya awak diatas, satu hari awak ke bawah juga. masa tu baru awak sedar. itupon kalo sedar la. orang2 macam ni biasanya tak pernah nak sedar2. awak mungkin akan kaya harta, tapi awak akan miskin hina dari segi lain kehidupan. jangan sedih, jangan gusar, jangan bimbang. sebab awak sendiri yang pilih untuk ikut jalan tu. satu hari dan satu ketika, bila awak ditimpa celaka, pada ketika itulah awak akan teringatkan nama2 kami kerana awak telah menzalimi kami secara lansung dan tidak lansung. sekarang, kami takmo cerita banyak. semoga bergembira dengan harta wang ringgit yang banyak tu hasil usaha haram awak.
~~
nak komen? takyah komen. sesiapa pon jangan komen entry ni. baca untuk peringatan diri sendiri je dah. tu la saya kata.. susahnya nak jadi baik tapi tak susah kalo nak jadi jahat. pokok pangkal, hati.

3 comments: