mari mencari....

Google
 

Monday, April 19, 2010

kalo pagi isnin lain takde la.. mesti cerita laporan weekend..


hello...
apa khabar semua? harap sihat2 je la hendaknya ye. sapa pening2 makan la ubat. macam saya. hehehehe...
~~
nak cerita apa ye. biasa hari isnin mesti buat laporan sepanjang wiken tu an. ok la. tulis jugakla kalo tak kang takde modal nak tulis apa. buntu.
~~
jumaat petang tu balik macam biasa. takde yang luar biasa. jalan pon ok jugak. macam biasa. takde lak kejadian2 aneh sepanjang perjalanan. mana le tau kan kot2 ternampak kereta terbang ke hapa ke, so, takde. biasa2 je. balik rumah sakit jiwa sakit jantung. mana taknya. buka je pintu tu dia. rumah lawo wooo.. nezha dah main toilet tissue roll. kasi golek2 kasi gigit habis 1 rumah udah macam salji. rasa macam nak berhenti jantung ni masa tu. ya tuhan.. mana le dia dapat benda tu. saya cek2 rupanya korek kat tepi meja tu. meja tu ada laci tapi takde penutup laci tu. kira macam selit2 je la. sabar je la. rasa nak nangis. rasa nak marah. last2 diam je la. sapu diam2 sudah. aduhai... mendidih2 jantung ni rasanya. lepas kemas semua tangkap dia. tanya dia apsal dia buat sepah2 macam tu. haihh.. biasa dia ni. selalu elok je. ni nakal pulak. nak cubit ke?? anyway, dia macam biasa la. kalo kena marah tu macamkan paham beno. buat muka sedih dia tu la. geram betol. ok la..saya tak marah dah. pelok2 cium2 so, ok. kita mandi manda ye. malam nak kuar dating2 nih. hehehhehee... malam tu pergi pasar malam dengan obek. jadi la dating pasar malam. hehehehhee... beli apa ye? owh..beli sate. kat orang baru la. sedap juga. beli 10 pon tak habis. ada lagi belen 5 cucuk. haihh... lagi beli buah mangga. lagi beli tapai. tu je la. owh..beli air teh bunga jugak. lepas tu balikkkkk.... balik2 makan sambil tengok tv. cerita apa ntah. dah lupa. hehehhee...
~~
sabtu, 17/04/2010:
pagi ni berazam nak bangun dengan lambat sekali. uuwwaaaa..tak boleh jugak la. pukul 8am tu dah habis lambat dah tu terkebil2 bijik mata. sabar je la. tengok nezha elok je krohh krohhh.. so, bangun. tapi tak buat apa pon. saje memalaskan diri. tengok tv sampai tengahhari. around waktu lunch tetiba..tintinnnnn....hehehe..obek hantar laok daa. bagus betol. gulai udang dengan ikan sweet sour rasanya. nasi sendiri masak le. ok la. tu. dalam pukul 3pm macam tu, saya pon bersiap2 balik rumah ma. sampai rumah ma, dok melayan kucing kecik 2 ekor tu la. wahh.. menjungkit2 ekornya. gatal betol. manja. hehehhee... lepas asar ma ajak pegi pasar malam. ma puasa so dia tingin nak makan yong tau foo. ok.. off we go. sampai pasar macam nak hujan. so, kena beli cepat2. alhamdulillah, ada dapat parking space betol2 depan pasar. yahuuu... so, beli yong tau foo. then beli sayur sikit dan buah2. ingat nak beli popia tapi tak sempat sebab dah hujan pulak. alahaii.. jangan kempunan ye. sampai rumah, lepak2 dulu sementara nak tunggu azan maghrib. malam tu tengok the great merchant. best wooo.. lepas tu tido. rasa macam tak larat pulak. ma pon tido jugak.
~~
ahad, 18/04/2010:
ahad bangun macam biasa. pukul 6am dah bangun. sekali turun je tengok gelap. haaaa..ma tak bangun lagi. ada chance menyakat dia. so, kejut2 ma untuk suboh. hehehhee... kali ni saya juara sebab bangun dulu dari ma. yahuuuu... lepas tu lepak2 je la takde buat apa pon. tengok buletin pagi. lepas tu terus masak la. sebab malas nak buat breakfast so kita terus masak nasi untuk lunch. menu ahad tu, rendang ayam kampong. ayam ma tu kasi sembelih. dah banyak pulak. wahh..sedapppp... lepas tu asam pedas ikan termenung. eh..ye ke? ye kot. sebab dia sekor2 tu ikan termenung le kot namanya. lepas tu kerabu pucuk betik. minum air oren. owh..ada buat rebus belacan bendi. hehehhe... masak cepat2 sebab pukul 11am nak tengok cerita the slave hunter tu. yahuu..sempat masak semua. tapi dah masak takmo makan pulak. apa la. buat penat je masak. tak selera la. pukul 1pm macam tu ada la orang tu datang. muwahhahahaa.... sapa orang tu? biarkan dia. nak sangat datang, datang la. borak dengan ma. lepas tu saya balik. tak kuasa nak tunggu dia habis berborak dengan ma. sampai rumah melayan nezha. malam tengok tv la. dengan buat keje sikit. review jumpa ma.. hahhahaha...biarkan dia.
~~
hari ni liat betol nak bangun. mata macam melekit2. malam tadi pon tak berapa tido sangat la. jalan pun tak berapa jem pagi ni. saya kuar lambat. siap isi minyak lagijalan lenggang kangkong. huhuhu.. mujur la. sempat beli kuih dan air. tapi tak makan2 lagi sampai sekarang. lapar tapi tak selera. camne tu? tak jugak kurus. haihhh...
~~
owhh..issue balik minggu ni, ada anak jiran belakang selang 2 jalan tu kena culik la. entah culik ke lari ke tak tau la. budak pompuan form 4. haihh..takotnya. macam2 kejadianla sekarang ni. so, operasi mencari sedang dilancarkan dengan berleluasan. kesian la. tapi ada orang kata macam nampak je budak tu kat pekan. tapi tak balik2 rumah ni. mak dia biasa la. pengsan sedar pengsan sedar. hoii..sapa tak pengsan woi kalo anak pompuan hilang dari mata. semoga semuanya selamat. takotnya dengan keadaan sekarang ni.
~~
semalam masa tengok buletin 130 tu dengar macam acik spin tu meninggal. mula2 tak percaya, atau ingatkan salah dengar. rupanya betol la. aduhaiii.. muda lagi. anak ada, bini lawa. nak buat camne. dah ketentuan ilahi. saya pon tak le berapa tau sangat dia tu, tapi yang saya tau dia selalu je nyanyi dengan siti nor diana tu kan. dia pon ok orangnya. takde lak timbul gosip2 hangat ke apa ke selama ni. entah la. pagi ada jumpa lagi, bila petang dah takde dah. tahun ni ramai betol artis2 yang meninggal tanpa dijangka. tu la.. semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. al-fatihah...




eh..tetiba ada je lagi gambar budak ni. layan je la. ni gambar lama kot. bubuh je la. malas nak snap pic baru dia bukan reti duduk diam asyik la bergerak. kalo nak amik gambar dia memang time dia tido tu le. kucing2 lain pon sihat. perot semakin bulat, peel semakin terejal, berat semakin bertambah. haihhh... untung kucing2 tu.
~~
ok la.. nanti sambong lagi. selamat bekerja dipagi isnin.
~~
i love you obek..(love you miss you..)
i love you nezha..(miss you too)
i love all of you...(hargai orang yang berada disekeliling kita sementara mereka masih ada.)

2 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

si nezha main tisu ?
nakalnya budak tue.
sedapnya gulai udang tue,,,nyum2..

hari ini lin nak mule berjogging.
aduh malasnya..
tapie terpaksa jugak..nak kempeskan mane2 yang patut.
hehhhehe

saya said...

pinkie--jogging jangan tak jogging..