mari mencari....

Google
 

Friday, April 30, 2010

review and reply..do you?..


lihat momtotku... montok kan...
~~
baca dengan nada ala2 iklan itu ye. hehehheee... takde la. saja menyakat nezha je. tu pic pagi tadi dia tengah dok mengelamun. entah la pikir apa. muka serius je macam pikir masalah negara je. layan je la. mana tau kot2 nanti boleh dapat ilham dari dia. yo lah tu. mengelamun ke, tido ke, lepak2 ke, harus le tetap nak kat kerusi plastik dia tu kan. setia betol dia tu. anyway, nak cerita apa ye hari ni? takde apa yang menarik la.
~~
semalam balik lambat. eh..korang pernah ke guna yang air cooler tu? macam kipas tapi dia da yg bentuk gemok ada yg bentuk panjang. owh..ke fungsinya sama je dengan kipas biasa? ok.. sambong balik cerita tadi. semalam balik lambat. 830pm lebih baru sampai rumah. penat betol. balik kemas2 sikit, lap lantai je la. malas nak vakum ke apa ke. walhal boleh je kalo nak. sekali lalu je. entah la. kemalasan yang teramat sangat. tak makan pon. entah la. minum air kotak 1. lepas tu tengok tv. hehehe..cerita kelakar2 le pulak dia penipu2 ni menyamar jadi royal la, jadi kolenel cacat la, macam2, sebab nak tipu duit perempuan. apa la tajuknya. tapi tak tengok sampai habis. tengok nezha pon dah slow je. hangkot la bawak tido. purrrrr..sedapnya tido. malam tadi tido rasa macam best pulak walopon tetap la terjaga2 tu kan. itu biasa.
~~
haa..nk nak tanya kat korang as blogger. tak kira la tegar ke tak tegar ke kan. kalo orang ada tulis komen, korang baca balik tak dan reply tak? ada orang reply, ada orang tak reply. kalo saya, saya baca, dan reply. dan kalo saya tinggalkan komen kat blog orang pulak, esoknya saya akan buka balik komen box tu nak tengok apa orang tu jawab kat komen saya. rasa seronok la. kalo orangtu me-reply balik komen kita tu rasa macam dihargai. walopon kadang2 tulis benda mengarut2 je macam hai, hello, and so on. means, empunya blog tu baca kita punya tulisan. tapi ada orang tak reply pon. mungkin dia buzy kot. macam saya memang le reply selalunya sebab berapa kerat je yang tulis kat komen box tu kan. paling2 banyak pon 5 orang. tu kira dah habis top la tu. al-maklum, tak terkenal katanya. hahahha.. yang tak reply tu kadang memang la saya tengok ada berpuloh2 orang bagi komen. mungin tak ter-reply 1-1 tapi boleh je buat reply lump sum kan? hehehhee..entah la. korang camne? dan apa korang rasa? patot ke tak patot review & reply komen? bincangkan.
~~
ok la..takde apa nak membebel lagi. rindu kat nezha. dan obek jugak. huhuhu.. have a nice weekend ye.
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

kalo lin lah.
lin akan reply..kalo tak reply atau bz....esoknya atau lusa..
lin akan bukak dan reply.

macam kita jugak.
kalo kita g blog orang..kita komen..bila orang tue tak balas..rasa cam sedey sikit.
tapie kalo dia reply walopon simple jerk.
rasa happy jerk...sbb tau dia baca komen kita.
hhehhe..

kita sama kan leeya?
huhu

~dARlee zURiS~ said...

rindu gak kat nezha!muahhhh!!!

hmm...kalau zuris,tengok keadaan lah
tp biasanya zuris akan reply
cuma...certain2 time je tak reply or pada komen2 yg rasanya takde idea nk reply
dan yg pasti...akhir2 nie mmg tak terbalaslah.but,doesnt mean im not appreciate.suma komen2 amat dihargai :)

SABRINA Bree said...

Hello... :)

ohh myy that's a lovely cat! seriously!

(And the nose is flatto, LOVE!)

saya said...

pinkie/zuris--sama2 mereply le kita ye. huhuhuhuu..

sabrina--hello..welcome to my blog!