mari mencari....

Google
 

Friday, April 16, 2010

takde isu menarik, cuma perkara biasa...



hari2 gambar budak ni tido. tu je la yang mampu. hehehhee...
~~
apa nak cerita ye. takde apa yang menarik la. semalam balik macam biasa. tapi balik2 rumah adalah sakit hati sebab kat laman banyak sampah. budak2 sebelah le ni makan jajan, makan roti, makan gula2 sampah ko humban kat rumah aku ye? bahalol betol. bengang betol la. i mean, rumah saya tak le bersih beno tapi takde la sampah2 macam tu. yang orang dewasa kat rumah tu tak tau ke. boleh kata hari2 ada je khazanah baru kat laman tu. esok2 saya humban dengan taik kucing baru padan muka. buat la perangai. kita diam dia lagi nak buat hal. leceh dapat jiran bongok macam ni. bab amik tau la orang bukan main nombor satu. tak disedornya hal rumah tangga sendiri tunggang langgang. pigidaaahhhh.....
~~
tak pasal2 pepagi jumaat ni mengumpat orang kan.
~~
anyway..lupakan cerita sakit hati tu. mari cerita yang menggembirakan je. itu lebih bagus. malam, kuar dating. ingat nak tengok wayang. berapa kali nak tengok wayang daa tak dapat2. haiyaa... sekali dah on the way obek kata takyah tengok wayang la. boring katanya. kita pi makan2 pusing2 je la. okey la.. takde hal. saya pon ala2 penat mengantok je semalam. so, pegi makan nasi lemak kecik tu le. wahhh..obek amkan banyak sampai 4 bungkus! gila punya lapar tu. saya makan 1 1/2. hehehhe.. lepas tu tak habis. rasa macam dah sampai ke leher nasi tu. kao disumbat2 juga kang ada yang terkeluar pulak. naya je kang. amik laok ayam goreng, sambal sotong. obek amik lagi obor2..heii..bukan obor2 daa..otak2. hhehehhehe... tu yang saya terkejut tu. masa beratur tu obek tanya saya, oby nak obor2 tak? hah??!! apa obor2?? tu la..yang bakar2 tu. owhh..otak2 daaa.. hwuahhahha..bantai gelak tak hingat kat kedai tu. bikin suspen la obek ni. macam2. obor2 pulak peginya.
~~
lepas makan, pusing2. takde beli apa. pusing2 tengok lampu je la. singgah kejap beli vcd. beli jangan tak beli. beli 2 je tajuk apa ntah.. cerita tembak2. bior kasi tengok crita ganaz2 sikit. lepas tu nampak orangjual kasut crocs tu le. yang murah2 punya tu. just tengok2 je la tak beli. so, masa tu dah pukul 10pm. masa untuk balik rumah.
~~
sampai rumah badan letih le sangat2. nak sms good nite pon rasa mata tak terbuka dah. terus tido. tapi malam2 terjaga2 le. biasa le tu. mimpi apa ntah. mimpi naik bas. hehehhe..hari tu mimpi naik moto, hari ni kasi up sikit mimpi naik bas. malam ni mesti mimpi naik kapal terbang pulak ni. kompom punya la. macam2 hal la...
~~
pagi ni sempat beli kuih. kuih apam kecik2 beli 3 singgit. belom makan lagi. kat rumah minum air kosong je la dulu. lapar tapi macam tak larat la. mata kelat2 je lagi ni. ingat malas betol nak koje hari ni ingat nak mc je. hhehehhe..boleh macam tu? boleh ajee... call obek tanya dia buzy tak hari ni. kalo dia tak buzy boleh le mc ke cuti ke. pegi jalan2. kalo dia buzy takyahle..baik saya pegi koje. dok rumah pon bosan. melayan nezha je sampai kesudah takkan habis2.
~~
pagi tadi dengar hitzfm.. cerita pasal whats annoying you..benda2 yang menjengkelkan la. hehehe..macam2 ada. paling ramai annoyed dengan bos. well.. who doesn't. lagi ada la.. tak suka dengan orang yang goyang2 kaki ka.. kan ada jenis2 orang tu kalo duduk je kaki mesti nak bergoyang2. hehehhee.. annoyed dengan drivers attitude la. macam2. seronok. tukar kat sinarfm biasa la. hari jumaat cerita pasal emosi. macam2 emosi ada.
~~
esok dah weekend. nak buat apa ye. macam2 benda nak kena buat sebenarnya tapi tu la. harap2 dapat buat semuanya. saya punya weekend biasanya lebih buzy dari weekdays. macam2 benda. kadang2 jadi macam benci. sebab tu i love monday. hwuahahhahaha....
~~
world cup tahun ni korang rasa sapa yang menang?? saya tak suka soccer tapi special event macam ni mesti nak suka jugak. paling best kalo tengok semi final & final. hehehhee. tu je la pon. agak2 sapa menang? italy lagi ke? owhh..totti adalah hensem, fighting like a real gladiator. muwahhahaa.... tak kira le sapa pon yang menang, janji happy. so bulan june jangan lupa tengok world cup ye. tetiba cerita pasal bola la pulak kan. seperti biasa, musim2 bola nanti ada je la limited edition banyak benda2. air, cawan, pinggan, sudu, kopi, kicap?? hehhehe... beli je la mana yang berkenan.
~~
okla..tu je nak cerita hari ni. nanti sambong lagi. have a nice good great weekend to everybody!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

obor2..
hahhahhha...nak gelakkan obek jugak.

hari minggu nak tido puas2.
bestnya......
hari nie ada nak sambut besday boss.
supriseeeed.

MOKCIK AZWA said...

ehh..mokcik pun tak suker jiran macam jiran you nii...geramm tau..

world cup..sejak dah 'muda remaja' ni (hehehehe) mokcik kureng dah melayan pasal bola nie...tapi dolu2 kan sanggup bangun pukul 2 pagi semata-mata nak tengok final world cup yehaa...

zh-ena said...

heheheheheh mcm maner la blh terslah sebut oatak2 jd obor2 tu


sama la ena pun tak la minat bola nie tapi bila wold cup kena la tgk gak
nnti org tanya kita tahu la skit2 kan hehehehheeh

saya said...

pinkie/mokcik/ena--wahh..semua pakat2 gelakkan obek ye. hehehhee.. world cup nak kena tengok sebab macam best. kalo yang biasa2 ni tak amik tau pon. kahkahakhakhhhh