mari mencari....

Google
 

Thursday, May 27, 2010

hari terakhir...


hari ni suasana macam muram. bukan semua orang la. saya je yang muram2 tu. hehehhe..orang laon elok je happy2 melompat saya tengok. kenapa muram? huhuhu.. susahnya nak cakap. cerita pasal petang semalam, balik lambat. sampai rumah dekat pukul 9pm. haihh.. penatnya badan. nak makan pon tak larat dah rasanya. kemas2 uk-uk, duduk, mandi, duduk, lepas tu tido. rasa macam tak larat sangat. tu la, bila otak penat, badan automatik pon jadi penat juga. itu kalo saya la, kalo orang lain tak tau le pulak kan. masok bilik nak tido. mata pejam tapi tak boleh lena. pikiran melayang2 entah ke mana. tengok nezha sedap je tido. purrr..purrrr..kene tolak pon tak dia sedor2. hehehhehee...apa la mamat tu. baru nak lelap, pukul 130am obek call. ajak kuar. haihh..saya dah le penat mengantok. cakap takmau. tapi dia ajak juga. dah le semalam dia ajak saya tak kuar kan. orang tua tu dah ala2 bunyik merajuk2 le pulak. haihh..bukan ke sepatotnya pompuan yang tergedik2 merajuk bila tak dapat keluar dengan bf?? ini sudah terbalik pulak. takpe la.. so, siap2 secara senyap yang boleh sebab takmau bagi nezha terkejut. dia kalo terjaga kang memekak. suruh kita tido tepok2 dia la. jadinya terjengket2 le bersiap. elok je saya siap, saya tengok dia dah tercongok kat ruang tamu. huwaaaaaaaaaaaaaaa... nezha ni betol la tau. macam tau2 je orang nak kuar dating2 pepagi buta. kasi chance la kat kita. hehehhee... so, umpan dia pegi makan, dia tengah syiok mengadap makanan saya chow cepat2. fuhh..lega. kalo tak tu dia bising. pegi makan2. takde la makan sangat. minum2 je la. pukul 3am balik. tido. pagi ni punya liat nak bangun. cadangnya nak lelap 5 minit. 5 minit, 5 minit, 5 minit sekali tu dia.. sedar2 dah pukul 645am. hambekkkk....baru menggelupor. saya tak suka kalo pepagi kelam kabut sebab saya pepagi banyak benda nak kena buat. nak bersihkan tempat uk-uk budak2 tu, nak sapu, nak lap, nak buang sampah. ni kira takyah gegatal nak pi jogging la, buat keje2 tu je dah berpeloh2. so, jawabnya hari ni saya keluar rumah lambat. pukul 820am baru kuar. nak kene isi minyak pulakkkkkkkk..eeeee..benci betol la. dah isi, perot lapar pulakkkkkk. ahh..tak kuasa la nak melayan. lagipon takde makanan. takde mood pulak nak makan2 roti. tingin nasi lemak tapi tak sempat nak beli. so, drive jugak pegi keje. mujur jalan tak jem. ngam2 sampai pukul 9am. pas tu singgah beli koripop kat kedai depan. beli sekali 3. hambekkk.. now dah makan koripop 2. hehehhee..kenyang sehhhhh.....
~~
hari ni saya last day kat tempat keje sekarang. first june saya kat tempat baru. aduhaiii..berat sungguh rasa hati nak meninggalkan tempat ni. saya suka keje sini tapi tu la. keadaan tak mengizinkan. harap2 keje kat tempat baru tu ok2 la hendaknya. walopon.... ahhh..so, harap kawan2 semua doakan yang terbaik untuk saya kat tempat keje baru ye. dugaan keje tu kat mana2 pon akan tetap ada. betol tak? cumanya harap semua berjalan dengan lancar. sepatotnya sepanjang minggu ni tadi saya dah bercuti, sebab menghabiskan belen2 cuti tu kan, tapi takmau la. takpe la, biar saya datang keje. cuma nanti isnin esok saya cuti la. dok rumah bertapa. hehehehhe... kata orang kita perlu bertindak dan berfikir demi masa depan sendiri, betol tak? so, doakan yang terbaik ye. amin...
~~
obek pulak tak habis2 dengan buzy dia tu la. hehehhehee... kadang2 seronok dengar dia cerita pasal keje, kadang2 naik hangin pulak. biasa la.. nama pon keje. ajak pi makan seafood pon tak dapat2 lagi masa terluang. makan je la sardin dalam tin tu, seafood jugak kan. uwwaa... sedih la.
~~
tiba2 rasa rindu pulakkat nezha, walhal baru je pegi koje ni kan. haihhh....nanti balik nak pelok kuat2 bior sampai dia jerit2. hehehehe...
~~
okla... sampai sini dulu tulisan saya hari ni. chewahh..bunyik macam tulisan terakhir je kan. mana tau, ajal maut ditangan tuhan. sebelom apa2, saya nak minta maaf kepada semua yang membaca blog saya ni sekiranya ada yang terasa, tersinggung, ter-ter-ter segala2 yang ter lah kan. maafkan saya.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, May 26, 2010

hari ni cuaca muram, tapi harapnya mood ceria la..



hello... apa khabar semua? pagi ni tadi macam gelap sangat kan? tak tau la if area korang ok, tapi area saya gelap mcam nak hujan ribut. takot la. sian kat budak2 yang tinggal kat rumah tu kang. especially nezha, bukan main penakot hujan, sama je la macam saya. kitaorang kalo time hujan tu memang jawabnya berselubong la 2 orang. hehehehee... tapi takpe la... takde apa la kot.
~~
so, nak cerita apa hari ni. minggu ni jumaat cuti kan? tapi ada gak company yang kena kerja. kesiannya. public holiday tu. ada kompani yang bayar gaji mahal, tapi keje macam nak mati. ada kompeni yang bayar gaji kecik, tapi keje so-so. mana korang nak? huishhh...susah nak buat pilihan tu. ni apa tetiba cerita pasal keje pulak ni.
~~
semalam balik lambat sikit la. uruskan apa yang perlu. so, harap2 dah settle. nampaknya macam dah settle la kan. balik tu jalan pulak jem. aduhai..ingatkan kalo keluar lambattu jalan dah reda, tapi tak pulak rupanya. apa nak buat, redah je la. since dah memang baliklambat, so singgah pasar malam. takde beli apa, cuma beli nasi bungkus dengan air soya je. nampak ada orangual pizza murah2 tu sekeping rm2.50 tapi macam tak selera pulak. takpe la. beli pon kang bukannya makan. membazir je. cukuplah apa yang ada. so, balik2 tu budak2 kat rumah dah menjerit2. al-maklum, dah gelap. hehehhee.. baru dia tau. bukan gelap sangat pon, lampu ada je terpasang. saje dia gatal menjerit. kemas2 lebih kurang, mandi manda semua then makan. tengok leverage, lepas tu tengok apa ye? ncis la kot kalo tak silap. lepas tu tido.. obek buzy so malam tadi takde la kuar makan2 ke apa ke. takpe la. bior dia settle keje dia dulu. sekali pukul 2am tu dia call daa..sebab dia baru balik koje. nak ajak kuar pegi makan. haihh..takmau la. dah malam. baik la tido. balik rumah mandi rehat lagi la elok dari kuar makan tengah malam tu kan. so, dia ala2 majuk gitu. hehehhehe... takpe la...malam ni kita dating2 la kalo ada free ye tak. time obek cal tu nezha memang la tengah tido dengan saya. macam tau2 je kan obek call lagi dia mengimpit kat saya tangan dia garu2. wahhhh.. macam paham je kan. takot beno kalo saya bangun dari katil tu tinggalkan dia. hehehhee..so cute. rasa nak cubit2 je. memang dah cubit dah pon. geram la dnegan dia tu. so...kita pon sambong tido. bior obek balik rehat la. tapi seperti biasa la kan, saya tu mana le boleh tido lena, kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. sekali ada macam terbau wangi le pulak tengah2 malam tu kan. wahhhh... ini sudah mendatangkan suspen. ada hantu datangke? kecut wooo.. pikir2 malam tadi malam rabu, bukan malam jumaat. hahahhaa... ke hantu keluar tak kira malam? hantam la.. kejap2 terbau lagi,kejap2 terbau lagi. dalam pada kecut2 tu tido2 ayam le jugak saya. sampai pagi tadi tu bangun, entah le camne terbau lagi bau wangi tu. wahhhhh...al-kisahnya yang bau wangi tu rambut saya daaaa.. malam tadi basuh rambut guna syampoo baru. hampeh betol. bikin suspen je kat kita ni. tu la..tukar2 syampoo sekali deria bau tak serasi lagi dengan bau baru. hantu betol. ingatkan hantu datang bertandang, rupanya sendiri yang jadi hantu. buang karan betol nak terkecut2 malam tadi. haihhhh....
~~
so, pagi ni entah le kenapa rasa macam lapar sangat pulak. ration pulak takde kat ofis. biskut semua dah habis, tinggal coklat je. ala..coklat tu manis la rasa macam tak boleh masok tekak pulak pepagi ni kan. tahan perot je la jawabnya. nanti lunch baru makan banyak. owh...saya tak makan biskut2 atau air yang ofis sediakan. saya makan yang saya beli sendiri. takmau la. orang sini lain macam sikit so dari banyak2 cerita baik la tak payah.

~~
ok la..tu je la nak cerita hari ni. takde idea sangat. sebenarnya ada, tapi esok la baru cerita. selamat ekerja semua!!!
~~
i love you obek..(miss you so much)
i love you nezha..(dok rumah lepas makan tido tau)
i love all of you..(koranglapar tak?)

Tuesday, May 25, 2010

kisah sedih..bidadari kecil...


salam..
~
hari ni macam biasa la.. tapi semalam dapat berita sedih. walopon bukan dikalangan ahli keluarga tapi pada kami (saya & obek) dah anggap mereka macam ahli keluarga sendiri. ceritanya macam ni. semalam obek pergi kerja macam biasa la. dan jugak budak2nya. lepas hantar budak2 tu ke site obek pon pergi ke tempat lainla. menguruskan hal lain pulak. biasa la tu. dalam tengahari tu dia dapat call dari salah seorang budaknya, kami panggil man bon. al-kisahnya isteri man bon nak bersalin. mujur dah memang ada kat hospital. dalam kelam kabut tu, obek pon miscommunication apa hal sebenar cuma minta suruh supervisor tu tolong hantarkan man bon ke hospital. dalam pukul 2pm macam tu, obek pon menyusul ke hospital juga. nak le tengok keadaan anak buah jugak kan takkan nak biar begitu je. mereka bukan orang senang. sampai2 man bon dah menyerbu ke obek. memberi perkhabaran sedih. rupanya Allah lebih menyayangi anak man bon yang baru lahir tu. alahai.. mengucap panjang obek. setelah ditenangkan, obek pon membantu menguruskan segala hal hospital, bil, urusan jenazah dan sebagainya. bila dah tenang, baru lah dapat cerita yang sebenarnya.
~~
rupanya bini man bon tu dah seminggu masok hospital. ada komplikasi rupanya. si man bon ni pulak takde la nak bagitau kat obek or sesiapa pon pasal hal ni sebab dia ingat perkara biasa. aduhaiii.. obek kata kalo aku tau bini ko kat hospital aku takkan panggil ko keje. pi dok sana teman bini ko tu. tapi apa nak buat. kita pon tak tau cerita. rupanya memang setiap pagi man bon melawat bininya la. so, akan bergerak ke tempat keje dari hospital. berulang alik macam tu la. rupanya pagi tadi tu dah tiba masa nak melahirkan. tapi tak cukup bulan baru 33 minggu kata doktor. bila lahir baby ada gerak tapi takde suara, macam dah lemah. sekejap je katanya dalam 15 minit macam tu baby dah takde. yang lagi sedih ialah, baby tu kembar. 2-2 baby girl. man bon memang nak anak girl sebab anak 1st dah lelaki. besar dah umur 3 tahun lebih. si ibu pulak semalam masa obek pergi hospital masih tak sedar diri lagi. maka jenazah baby nak diuruskan jugak petang tu. aduhaii.. jawabnya ibu tu tak sempat nak jumpa baby tu la. cuma diciumkan jugak jenazah kedua2 anak tu ke pipi ibunya yang tengah tak sedar lagi tu kesan dari operet. menurut doktor, dah cuba sedaya upaya. tapi entah la..susah nak cakap. soal ajal maut ni ditangan tuhan. obek kata semalam man bon pon dah macam tak larat nak berdiri punya sedih. sapa yang tak sedih kalo perkara macam tu terjadi. mak bininya pulak jauh. nun di sabah tu. mujur mak man bon tu di kajang. kesiannya. obek cerita semalam saya pulak yang melalak2. man bon mintak obek berikan nama pada anak2nya. sebab dia dah anggap obek macam abangnya sendiri. susah senang dengan obek la. so, obek bagi nama siti aminah & siti khadijah. lepas selesai segala urusan di hospital, bawak balik kampung man bon ke kajang. uruskan pulak soal pengebumian. sebab baby, maka mudahlah segala urusan. obek kata baby comel. walopon kecik2 cuma 1kg lebih sikit je setiap seorang, tapi comel. putih merah katanya. muka manis. tersenyummmm... knowing obek yang memang suka budak2. dia pon nangis sekali. huhuhuhu... obek dah tak macho dah. tapi hal2 macam ni mana kira macho ke tak. sifat kemanusiaan tu yang lebih penting. lepas selesai semua, maka tinggal la man bon menguruskan hal tahlil malam tadi. tapi pagi ni dia call obek cakap nak pegi koje. kena marah dengan obek. hehehhee.. obek kata dok rumah urus apa yang patot. teman bini. dia kata bininya kene dok hospital lagi dalam 2 hari. dia runsing dok kat rumah tengok semua barang untuk baby baru. teringat2 katanya. obek kata sabar la. dugaan. uruskan apa yang patot. rehatkan diri. temankan bini. tu entah le camne gaya dia nak bagitau kat bininya hal tu. tu lagi dugaan besar. aduhh..tak dapat saya nak bayangkan betapa sedihnya hati si ibu bilamana penat mengandung selama ni bila buka mata anak2 dah takde. tak dapat jumpa pon. sedihnya.
~
jadi kepada kawan2 semua, doakan kesihatan si ibu dan bapa moga mereka redha dengan dugaan ini. juga hadiahkan al-fatihah kepada arwah si kecil bidadari syurga yang sedang menunggu ibu bapanya itu, siti aminah dan siti khadijah. Al-fatihah....
~
~
~

ni cerita budak busuk masam pulak. haih..dia pon macam tau2 je ada berita sedih. semalam monyok je. nak kata tak makan, rasanya dah terlebih makan kot. nak kata tak sihat, rasa2 badan ok je, tak panas, takde apa. maybe dia pon dapat rasa kesedihan kita manusia ni. aduhai nezha. sayang sangat kat dia nih. jadinya semalaman melayan dia la. menggaru2 perot, garu2 leher, pelok2, main2. tu je la.
~
balik keje semalam saya beli nasi lemak untuk dinner. dengan kepak ayam bakar tu le. tak sedap le pulak. haihhhh... lepas tu makan kinder bueno. saja nak try yang perisa baru tu white choc. alamakk..manis sangat le pulak. tak sesuai dengan tekak. sedap lagi yang perisa choc biasa tu. tu kalo ikut tekak saya la. kan.
~
obek seperti biasa, terlebih buzy. biarkan dia buat keje dia jangan dikacau2. ada masa, dating. takde masa dok rumah diam2. hari ni jalan jem sangat pulak kat depan rumah. so saya ikut jalan lain. jauh tapi kurang jem. takpe la. sempat jugak sampai office sebelom pukul 9am. syukur. sekali haus le sangat2. saya ni satu tabiat tak elok ialah suka sangat minum ais. orang kata tak elok minum ice banyak2 nanti lemah2 badan. memang ye la kot. badan selalu lebah2, sendi sakit2. malas tu terlebih2 menjadinya. tapi kalo tak dapat minum ice tu rasa macam tak minum je. tekak tercari2. kalo dapat ice tu aduhaiiii..legaaaa rasanya. habis camno tu??? kasi tolong sikit. takmo la sakit2, nanti belom tua dah sakit itu sakit ini. eh..sekarnag pon dah tua gak, tapi ada muda sikit. hehehehhee....
~~
ok la.. nanti sambong lagi. etrima kasih kepada follower baru. jalinkan persahabatan di antara kita ye. sayang anda semua.
~~
muuahh... from nezha to all of you. chewahhhh... nanti kalo jumpa dia panggil hensem boyyyy.. baru le tergedik2 datang dekat. gatal betol.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, May 24, 2010

weekend yang memenatkan....



haippp..jangan kacau..saya garang ni..garang ni.. tengok muka saya tengah garang ni. kalo kaco jugak nanti saya gigit tangan korang. saya memang suka gigit2 orang ni, terutama gigit perempuan tu. hahahhaa....

~

hehehhee.... takde maknanya kamu tu garang nezha. manja bebeno ye ada la. tu konon2 je la brutal. tu namanya tengah melepak jilat2 bulu. baru lepas makan so haruslah merehatkan diri denagn secukupnya kan. untuk mengumpul tenaga supaya boleh melompat dengan lebih tinggi lagi. al-maklum, hajat tu dulu nak masok sukan olimpik, tapi kaki katik jadinya melompat je la kat rumah. sabar je la.

~~

okeh.. apa nak cerita? biasa la.. kalo hari isnin mesti nak cerita pasal weekend kan. mari2 kita mengimbas nostalgia hari sabtu ahad yang lepas.

~~

sabtu, 22/05/2010 :

pagi2 dah bangun, sebab nak pergi rumah al-maunah. kan ada orang nak sewa rumah dia yangkat hujung dunia tu. jadinya minggu ni orang nak datang pasang2 wiring lampu kipas segala mak nenek benda la. liat betol nak bangun. pegi dengan obek, sebab yang nak buat benda2 tu budak2 obek. rajin budak2 tu. buat kerja cakap sekali je. takde la macam paku dengan penukul. bagus la budak2 tu. laju je keje. laju2 pun kitaorang sampai pukul 10am macam tu petang pukul 530pm baru totally clear. tau2 la al-maunah, nak itu nak ini. so, dah siap semua. lega betol. lepas ni nak carik orang basuh rumah je lagi. saya takmau basoh. penat. upah je la orang mana2 tu. yang nak sewa tu budak2 student. saya kata suruh je la budak2 tu basoh sendiri, annti tolak duit sewa. boleh je kan. hehhehee... harap2 diaorang ok la. jangan buat koje bukan2 udah le. risau gak. so, lepas tu balik. nampak pulak pasar malam. singgah dulu. beli buah naga merah tu sedapnya. murah lak tu 4 bijik rm10. borong jangan tak borong. beli buah laici jugak. pas tu nampak cendawan goreng. sedap. murah je 1 cup singgit. beli jangan tak beli. nampak laksa, orang ramai kerumun bau pon macam sodap, beli jugak. tapi rupanya laksanya masam teramat, dan pedas pulak tu. saya memang tak larat makan. makan 2-3 suap je la jawabnya tu pon macam nak keluar asap kat telinga. malam tido mati. baik pulak nezha takde garu2 gigit2 kepala. dia pon bukan main lena tidoooo....

~~

ahad, 23/05/2010 :

disebabkan tak balik sabtu tu, jadinya pagi ahad harus le kena balik rumah ma. kalo tak nanti ma bising2 lorr.. jadi nak amik hari tu call le dulu tanya ada nak beli apa2 tak. saya macam nak makan mee kari tanya kat ma kat rumah ada tak bahan2nya. ma kata takde..ada ayam je. ok..nanti saya pegi beli. sekali ma cakap dia macam nak makan laksa le pulak. saya kata ok la..buat laksa la takyah buat mee kari. so, on the way back tu singgah le pasar. beli bahan2 untuk laksa. nampak pulak udang segar2, beli jugak nak buat cucur udang. wahhh..sedapnya. sampai rumah ma terus bersilat masak2. hehehhe... rupanya ma dah siapkankuah laksa tu, just tunggu laksa je dari saya. saya pulak buat le cucur udang tu. puas hati. lepas tu apa lagi. makan laaaaa.. macam nak pecah perot. owh..ma ada beli air kurma + pegaga la. sedap jugak rasanya. macam rasa herbal tea tu. lepas makan2, tengok tv. lepas tu bantai tido sampai petang. tak lena sangat sebab panas berbahang. petang pukul 630pm, balik semula ke sarang asal. hehehhehee.. sampai2 rumah pulak tengok nezha baik punya kemas meja. sabar je la. so, lepak2 je la sampai ke malam. tu je la cerita weekend saya.






pagi ni ingat nak keluar awal. sekali pepagi obek call cakap tayar kereta dia rosak. hehehee..sian. dah le orangtua tu nak keluar cepat hari ni banyak keje. sian. nak buat camne. cuma dapat pergi ke petronas je la pam angin. nak tunggu kedai bukak paking cepat pun 845am baru kedai bukak. berjanggut le orang tua tu menunggu kat kedai tayar. tu obek. kalo saya yang kena lain takde la.. kompom melalak dulu baru pikir apa nak buat. hehehhee.. selalunya takde pikir2 dah. melalak je. perot lapar sangat la pulak. so, pagi tadi singgah kedai depan tu beli koripop kejung. kejung pon dah lapar makan juga la. sabar je la.

~~

harap2 minggu ni berlalu dengan baik ye. tak larat la kalo ada problem je. sesekali nak juga bersuka ria. tak keje, nak keja. dah keje kepala pening lak tengok keje. manusia ni betol tak pernah puas dengan apa yang ada kan? hehehe... saya la tu. ahhh... malas le nak cakap apa2. bosan. semuanya membosankan.
~~

owh..balik rumah ma minggu tadi, dapat kad jemputan kawen. makcik yang jaga saya masa kecik tu2 dulu.. anaknya kawen. bukan masa saya baby..masa saya sekolah randah.. kira transit le kan sementara nak pegi sekolah petang tu dok rumah dia. huhuhu.. masa tu budak tu kecik dari saya. masa makcik tu jaga saya budak tu ala2 baru nak belajar cakap pekat2 tu. saya dah sekolah rendah masa tu. sekarang dia kawen dulu. saya bila ni??? ahhahahhaha... baik jangan pergi kenduri tu kalo tak mesti kena tanya soalan cepu emas gangsa berlian semua tu. ma mesti pegi punya. siap nak pegi rewang2 bagai. tapi saya suka je kalo pergi tengok kenduri kawen. meriah. saya suka tengok orang ramai2 tu. kanak2 gembira main2 lari2 tu saya suka. saya lebih suka kalo kenduri cara kampung. gotong royong. atau kalo guna katering pon suasan kampung. sesiap pon dijemput datang. tuan rumah akan terima dengan tangan yang terbuka. nak makan berapa kali, nak makan banyak mana, suka hati, asal jangan membazir. nak sembang lama lama. ikut suka. saya tak suka kalo pegi kenduri kawen yang terlalu protokol dalam hotel2 16 bintang tu. datang pon nak kene tunjuk kad bagai. takde kad tak boleh masok. makan ikut sukatan, ikut time. selagi pengantin tak berucap selagi tu la ko menganga tunggu masa dijemput makan. bosan. kanak2 tak bolehmasok dewan. kalo pada kad tulis awak dan pasangan je maknanya awak dan pasangan je la yang boleh masok dewan, takde lebih2 kot nak terbawak adik ke apa ke. takde2.. sorry. kangtak cukup laok sebab kiraan kepala dah terlebih gitu. paling terok kalo kena ikut tema2 bagai. eeeee.. tak kuasa la. orang datang kenduri tu nak bersuka hati bukan sebab terpaksa ikut peraturan yang ntah hapa2. tu pada saya la. orang lain saya taktau le kan. mungkin sebab para jemputannya tu vvvvvvvvip belaka jadinya kene ikut protokol. hahhahaha... menyusahkan. kita buat majlis ni bior meraikan yang kurang bernasib baik. yang miskin2 tu didahulukan, dibagi makan dulu. bukan yang kaya2 tu. entah la. pendapat masing2.

~~

ok la.. panjang pulak membebel hari ni.
~~
i love you obek..(keja rajin2 ye)
i love you nezha..(tolong! jangan sepahkan rumah)
i love all of you..(happy monday)

Friday, May 21, 2010

yuhuu...mari tengok budak kecik tido...


purrr...purrr...sedapnya tidoo.. yahuu... hei..jangan kacau boleh tak? tak senang la orang nak tido sebok je nak amik gambar ketak ketuk bising tau.. purrr..purrr... meowww.. opss..saya tido lasak badan sampai terkeluar dari tilam, tinggal kepala je atas tilam. hehehhee....
~~
hehehhee... dialog syok sendiri namanya tu. tengok la tangan dia.. amboi2.. dah nak sama besar dengan lengan saya dah ni. geram betol. rasa nak gigit2 je. memang dah gigit pon. hari2 kena gomol. geram la. lawo tak cadar gambar doraemon? hehehhee.. cute wooo... saya selalu bentang tilam lepak2 kat depan tv. baring2 tengok tv sambil pelok nezha. bestnya.
~~
dah berapa hari tak menulis secara panjang2.. macam dah lupa pulak nak menulis. hehehe..saya tengok ada beberapa kawan baru masok follower, terima kasih. meramaikan sahabat..seronok. hari ni jumaat, esok dah sabtu. esok nk kene pergi rumah almaunah pulak nak teman dia sebab ada orang nak sewa rumah dia yang kat hujung dunia tu. orang nak pasang lampu kipas segalanya la. harap2 cepat siap la kan. sebab petang nak balik rumah ma.
~~
nezha malam tadi pun terlebih manja. ahh..dia mana pernah satu hari yang tak manja. tau la tengah kegembiraan kan, boleh dia lari2 buat dunlopilo perot saya tengah baring tu ya tuhan...senakkkkkkk...nangis woo.. bukan sekali, banyak kali pulak tu. ngejor cicak katanya. ada lak sekor kat atas tu kan berbunyik2. haihhhh...rasa nak lastik je.
~~
pagi tadi dia ok. good mood. bangun pon ok, tapi bab nak lap mata cabut dulu la kan. takdenya nak diam. takpe.. kata manja, layan la. teringin lontong tak dapat2 lagi la. nak buat malas. lagipon banyak bahannya. tak berbaloi kalo buat untuk makan sorang berdua. nak buat kat rumah ma biasanya menu dah bertukar ke lain. hehehhe..tekak naga katakan. semuanya nak.
~~
obek minggu ni pon ada koje lak weekend. nampaknya takde la pegi jalan2 nanti. takpe la. saya pon takde sebab buzy nak teman almaunah. haihh... tapi nak le jugak dating2 kan? lama dah tak dating.
~~
saya sebenarnya runsing la.. otak ni.. entah la. macam2 benda nak pikir. orang kata luar nampak happy gelak ketawa, dalam hati hanya diri sendiri dan tuhan je yang tau. susah nak cakap la. kenapa ye. ke sebab saya ni sensitif sangat orangnya sampaikan semua hal pon nak pikir? entah la.. takde jawapan. hehehhehe...
~~
ok la..tu je nak tulis hari ni. doakan saya selamat, dunia & akhirat.
~~
i love you obek..(rindu obek)
i love you nezha..(rindu nezha)
i love all of you..

Wednesday, May 19, 2010

takde apa pon...

dah dua hari tak update blog. apa nak jadi. badan tak berapa sihat. eh..sihat sebenarnya. otak yang tak berapa sihat. heheheh... entah la... malas nak cakap. bosan je kan borak dengan i.

Monday, May 17, 2010

kalo ko bodoh takpe, tapi mesti ada budi bahasa...



hello.. hari ni takde gambar acha jugak. entah le blututh hari ni sengal pulak tak boleh transfer pic. geram betol. nak tunjuk gambar acha tido meow2. hehehe.. so ni gambar kawan acha. namanya ah meng. ada lagi 2, ah seng dengan ah kong. hwuahahhahaha.... see, dah cakap dah rumah saya penuh dengan pelbagai jenis binatang. nanti saya tunjuk ye kalo ada masa. acha tak diherannya benda2 tu. lain la kalo benda tu boleh bergerak mau gak kot dia melayannya.
~~
nak cerita apa? weekend yang sengal? sebab apa? hehhehe.. malaysia boleh... ehh..silap2.. malaysia tak boleh.. kalah lorrr.. apa boleh buat. terima la kenyataan. diaorang pon dah bermain dengan bersungguh2. kalo kita ada kat situ pon belom tentu boleh menang. tekanan tu wooo.. hehehe.. eh, tapi biarlah. dah tugas awak untuk menang. haihh..yang pastinya duitku melayang. ok2..bukak cerita lain.
~~
sabtu, 15/05/2010:
pagi mcam biasa la. bangun lambat. ye lambat bebeno pukul 8am dah tercelik biji mata. takpe.. kita golek2 dulu sementara menunggu panggilan telefon dari obek. kot2 obek pree boleh pegi jalan2. sekali obek pree la. yahuuuu... ye la, kata dia nak kena balik kampong, so takmau le kaco dia kan. obek kata di balik petang. ok. set. so, kuar dah pukul 1130am. terus pegi lunch dulu la. lapar dah. lepas tu pegi spca. hehehhehe... tengok kucing2, anjing2, manusia2. macam2 perangai. rasa nak bawak balik je semua kucing2 tu tapi apakan daya. tak larat dah nak bela. yang ada ni pon macam nak patah pinggang pagi petang menguruskan hal dia. kalo korang free2, pegi la jalan2 sana. kot2 la nak adopt satu dua ke kan. kadang sian tau, masa kucing2 tu lawo comel ko layan dia bukan main, dah buruk tua ko biar je. kebanyakkan yang saya tengok memang ada collar means memang ada tuannya. akak tukang jaga tu kata kadang2 tu tuannya nak kena pindah, luar negara la, or pindah tempat yang tak boleh ada pet, so tu pasal dia hantar situ. dari buang2 gitu je kan. alahai...sedihnya. takmau la cerita yang sedih2. seperti biasa, saya kalo pegi sana mesti siap sedia tissu, sebabnya kang melalak. hehehhee..obek tau sangat dah. lepas tu pegi jusco pulak. beli vitamin nak kirim bagi kat mak obek. sian dah tua sakit2 lutut. biasa la tu kan. saya beli sama jenis dengan yang ma selalu makan. so adil kan. 2-2 dapat. beli jugak perfume murah2 kat bodyshop untuk adik obek. ala..budak2 teenagers pakai murah2 punay sudah. nak yangmahal tunggu ko koje pegi beli sendiri. wahhh.. salesgirl bodyshop kat jusco cheras selatan sangat kurang ajar okehhhh.... pedulik hapa haku. cuma tak tertengok pulak nametag dia. ingat kita ni cikai sangat agaknya masok sana pakai slipar baju t-shirt. hoi.... benci betol la. saya saja la try2 perfume yang tester tu dulu. dah nama pon tester, try la kan. saja nak tengok. then budak tu tanya nak beli apa, saya jawab nak tengok2 dulu. dia kata kalo nak tengok, tengok je tak boleh sentuh2 pegang2. wtf!!!!!! memang merasa la kan ko kena bahasa dengan saya. baikk puya kasi kat dia. ingat kita ni apa. meluat betol. dah kena bahasakan baru le nak terhegeh2 sembor tester lain nak bagi kita try. pigi dah..orang dah berkurun dah ada yang jenis tu. dah le mekap tebal macam opera cina. ala..koje kat bodyshop je bukan kat louis vuitton pon. belagak bagai nak rak. meluat la jenis orang macam ni. menyesal pegi belikat situ, biasa beli kat tempat lain. eeee.bencinya orang berlagak tak kena tempat ni. salesgirl je pon, buat la perangai elok sikit. kalo bodoh tu takpe, tapi budi bahasa tu jangan tengok orang takde mata. puii...
~~
tak pasal2 ko kena marah kan. nak sangat. rasa la.
~~
lepas tu pegi beli tako tao. ramai pulak orang tapi tunggu jugak la. lepas tu beli aiskrim. lepas tu balik. dalam kerata makan aiskrim. lepas tu tumpah. hehehhehehe... macam2 budak2 je malan aiskrim tumpah. sampai rumah lepak kejap hilangkan lelah then balik rumah ma. petang tu ma masak sambal tempoyak. yahuuuu..sodap. sehingga menjilat jari. malam takde buat apa. tengok tv je la. lepas tu tido...
~~
ahad, 16/05/2010:
pai2 dah pegi pasar pagi. yahuuuu..saya suka pegi pasar. dapat tengok macam2 jenis jualan. macam2 jenis orang. ma beli batang keladi. nakbuat masak asam. yahuu..sedapnya. ada jugak jumpa buah kuini. so beli nak buat sambal. on the way back beli pulut. yahu..yahuuu..kalo pasal makan memang yahuu selalu. kalo pasal buat koje muncung 14 depa. balik rumah, breakfast then siap2 masak. kena cepat2 sebab nak tengok tv. kahkahkahhh... so, menu semalam gulai asam batang keladi, sambal kuini, sambal tumis sotong dengan petai, rebus pucuk ubi, telor masin. tu diaa... menu macam nak makan 16 orang walhal 2 orang je pon. opss..opah terkecuali sebab dia tak boleh makan benda pelik2 sebab giginya sudah takda. hehehhehee... kena makan yang lembut2 je. ada orang pegi bersihkan kebun ma tu tengahhari tu bagi dia makan sekali. lepas nona saya pon balik. sampai rumah mengerjakan pulak budak2 kat rumah tu. aduhaiii.. meleleh2 peloh nih. sayang punya pasal layan je la. lepas tu baring2 tengok tv. hajat tu nak tido sebab mata dah naik pedih tapi tak boleh lelap. malam, hujan pulak. hujan tapi bahang panas. haihhh... mula2 tido depan tv lepas tu terjaga terus masok bilik. acha seperti biasa, ikut bontot je la dia. mana boleh berenggang. kalo boleh nak ikut masok dalam baju terus. geram betol. bangun macam bias.a liatbetol tulang nak bangun pagi. haihhhh...
~~
pagi ni jalan tak jem. biasa2 je. cuaca nampak ok. harap2 hari ni berlalu dengan berkat dan rahmat dan selamat. aminnn.. kena doa yang baik2 setiap hari.
~~
opss.. mak obek bagi saya kain buat baju raya. hwuahahhah.. ntah le camne gaya rupa kainnya saya tak tengok lagi. sebab tak jumpa obek lagi. malam kang kot baru jumpa itupon kalo obek tak koje malam ni. chewahhhh... makcik, lenkali bagi baju dah siap jahit ye, saya taktau nak pi hantar mana kain ela2 tu untuk jahit. haihh..orang dah bagi amik je la. terima kasih. lenkali bagi la lagi. banyak2. hwuahhahahhaa....
~~
ok la.. dah banyak membebel hari ni. eh..selamat hari guru. kepada semua guru2 saya tak kira guru secara formal atau tidak. tapi dalam ramai2 guru saya paling ingat cikgu tadika saya. cikgu zaharah. kurus tinggi hitam manis orangnya. entah la kat mana sekarang.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, May 14, 2010

lin dan or lee chong wei???...



alamakk... as i wrote down it now... its 18-15, with lin dan is at front. im gonna faint!!!!!

who will win???

oh my....

p/s will update as the result come out shortly. pray hard. or i'll loose rm300. uuwwaaaa....

~~

edited @ 9.35pm...

result= SEKIAN... HUHUHUHU.. THERE GOES MY RM300. GANTI BALIK WOIII...

hari ni cerita merapu je ye...



hello... hari ni luar biasa sungguh! saya keluar lambat tau.. 830am. sebab apa? apa lagi..melayan budak2 tu la. macam2 peel pulak pepagi ni. tapi yang magicnya, tol sunway tak jem! hairan binti ajaib bin magic sangat2. hehehhee... so, belom pukul 9am dah sampai opis. yahuuuu..terima kasih ya allah kerana melancarkan perjalanan pagi ini.
~~
hari ni takde pic nezha la. semalam balik macam biasa. nak pegi beli pasir pon tak larat. macam penat sangat2 rasanya. entah la kenapa. lepas kemas lebih kurang, lepak kejap, tengok tv. cerita apa ntah. pukul 8pm tu obek datang bawak pi dinner. makan mihun goreng. obek pon sama. order jugak tomyam dan telur dadar. telor dadar adalah umpama goreng dalam minyak sekilo ye. berminyak2 punya le banyak. jadi kembang tekak pulak. haihh... leceh la. makan mihun pon tak habis. tapi minum lai chi kang habis. hehehehe... lepas makan, borak2 kejap then balik la. tu je pon. sampai rumah terus terbaring depan tv. rasa tak larat sangat2. letih semacam. nezha biasa la. malam2 memang aktif melompat. tak larat layan bior la dia main sendiri. dok baca paper, tapi dah habis dikoyakkan dek nezha. suka beno dia kalo kita selak2 paper tu kan. digigit2nya. geram betol. lepas tu tak sedar dah. terlelap gitu je dengan tv terpasang semua tu. pukul 1am terjaga. baru turn off tv, baring betol2. tido lagi. malam tadi ada mimpi. mimpi naik bas. hehehhee.. ntah nak pegi mana ntah. elok le tu, memang dah berkurun rasanya saya tak naik bas, dapat naik dalam mimpi jadi la... syukurrr.....
~~
pagi2 kat pukul 645am kat channel 303 ada cerita best. bukan cerita la dia macam realiti..kisah pasangan korea buta, wife dia totally buta, husband dia buta terus sebelah kiri, yang kanan tu nampak sikit2. ada baby girl sorang, tapi tu ok.. so, semau depend on her husband la. cekalnya menjaga anak. bayangkan la..orang buta jaga baby kecik yang tengah lasak umor setahun tu. huishhhhh... kita yang celik ni pon pening, lagikan dia buta. so, kira macam ada badan kebajikan tolong diaorang bawak anak dia bergaul dengan kanak2 lain. ye la..dia buta camne lak nak ajar anak dia membesar kan. kang tak pasal2 budak tu taktau apa benda. tu yang bawak pi kelas tu. kelas main2 la. untuk pergerakan motor budak tu. budak tu pon cerdik. macam paha je apa orang cakap kat dia. comel lak tu. geram betol. so, hari2 saya tengok rancangan tu. best. hehehhehee... cuba korang try tengok. kalo sempat la. saya pon bukan boleh dok mengadap tu je. sesambil kemas rumah pepagi tu kan.
~~
hari ni dah jumaat, so esok weekend. korang2 dah ada plan ke? saya taktau lagi la. ada tu ada tapi tengok keadaan macamana. yang pasti ma dah ada plan. haihhh..layan je la. minggu ni obek balik kampung. makcik dia ada buat kenduri kawen. huhuhuhuhuuu... kalo obek takde kat kl rasa macam sunyi semacam je la. mak obek ajak saya datang sana. opss.... sorry, tak dapat pergi sebab dah ada plan dengan ma. hehehhehee... kalo free pon saya takmau pegi la. segan lorr...
~~
kejap je dah nak hujung bulan kan. pejam celik pejam celik, apa yang kita dah buat selama ni? balik2 rutin harian jugak yang kita buat takde perubahan. kadang2 rasa macam bosan. sebab jadual tu macam dah fixed. ehh..apa la saya membebel ni.
~~
ok la.. nak minum soya bean. saya suka soya beannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, May 13, 2010

kisah vacuum & isu biasa yang luar biasa...



hehehe..tatap la muka budak comot tu yang penuh dengan taik mata sekilo. kalo nak lap memang hazab. berkejar dulu satu rumah baru boleh dapat. dia pandai, nampak je saya pegang tiso dia tau dah..mencicit dulu. tapi takpe la.. nama pon budak tu tengah tido kan. takkan nak sebok2 mengelap mata pulak. bior je la. dah bangun kang baru kita kerjakan dia. hehehhee.. malam tadi bukan main lagi dia ye. menggeleser je. geram pulak jadinya. saya dah le nak mengerjakan kucing kecik luar tu. kena cerry berry pulak. entah le apa kena. makan sama je dengan budak2 lain. ceret mencicir2 sampai dia sendiri tak sempat nak pi kat pasir dan tak rasa agaknya benda tu kuar. siannya. dah le kecik, paling kecik pulak tu. muka tu dah le memang jenis tak sihat je dari lahir. pagi2 dah kene basuh bontot sebeb habis kene cerry berry tu. sian lak tengoknya. menggigil2 la kau kena basuh bontot pepagi tu. haihhh... so, asingkan dia dengan budak2 lain. balik semalam tengok menceceh lagi. aduhaiii.. ada belen ubat hari tu dah bagi dah tengok camne lak hari ni. harap2 sihat la.pagi tadi tengok ada lagi cerry berry tapi dah kurang la. still kene asingkan. kalo tak kang hazab semua orang kena. hai anak... jangan la sakit2 macam ni, risau la.
~~
ok.. tu cerita budak sakit, ni cerita budak sihat tapi mengada. bukan main terejal malam tadi. mainmelompat2 macam dunia ini hai ana yang ampunya... saya pon melayan je la. ikut melompat sekali. takpe.. eksersais tu kan namanya. hwuahahhaha... saya balik2 semalam kemas rumah. sekali vakum kong daaaa.. bunyik je mengaum tapi tak menyedut habok pon. ini boleh mendatangkan kemarahan yang teramat!!! geram sangat sampai saya ketok2. mujur tak pecah. puas la menggodek benda tu. menyampah. dah bengang sakit hati semua try test balik baru la boleh. fuhhh..lega. kalo tak otak dah terpikir duit2 berterbangan nak kena beli vacuum baru. rupanya nak kena marah2 ketok2 dulu baru nak boleh jadi ye. geram betol. so dah elok tu, sambong vacuum la. pungpang2 siap. lepas tu mandi. owh..semalam balik terus beli nasi tapau siap2. beli laok pajeri terung dengan sambal kerang. jadi la. tapi makan tak habis pon. entah la.. semua pon tak boleh masok tekak. obek awal2 dah inform malam dia buzy so takde dating2 la. huhuhu..takpe la. keja punya pasal.
~~
harini macam biasa la. malam tadi tido pon macam biasa. takde yang luar biasa. semuanya biasa2 aje. hehehhee... eh..ada..ada jugak yang luar biasa. tapi isu biasa. hari2 pon ada kat tv. budak plkn terbersalin kat kem. ya tuhannnnnn.... tu la dianya. agaknya memang orang tak nampak perot dia tu kot. habis, masa latihan lari2, lompat2 tu camne? dia tak ambil bahagian ke apa? tengok kat berita baby tu sihat besar. comel pulak tu. aduhaiii..sayang anak. seperti biasa, jantan2 keparat selalunya lepas je, bebas bergembira. yang pompuan la nak dok kene hadap ke mahkamah la, sebab menyembunyikan kelahiran, kena hantar ke pusat pemulihan akhlak la, kene cemuh masyarakat, kena boikot, kene kutuk, segala2nya la. pasal kes tu dah jadi 1 hal pulak setiap girls yang pergi plkn kena buat ujian mengandung. yang jantan tu menehen je. apa lansong takde tindakan ke pada jantan2 macam tu. buat la dna, kasi tangkap, kasi hukum. jangan hukum penjara, wat pe.. kasi makan pree je orang tu mengabiskan beras je. mengabiskan duit cukai rakyat je. kasi hukum rotan! bior dia rasa, esok bila nak buat lagi time dia tengah syiok2 nak tanggal seluar tu bior dia rasa bekas parut kene rotan tu baru dia ingat. takde budget? buat la. buat peruntukan. masokkan dalam budget tahunan. dari ko buat highway ipoh-selama tu nak buat apa? dah berapa banyak highway dah. menguntungkan kroni je. sebabkan dia la pompuan jadi macam tu. hilang punca, hilang arah tujuan. nak bagitau family takot, takot kene marah, kene bunuh dek mak pak. so, buat tindakan sendiri. eeeee.. tak adil. tapi tu la.. lepas hukuman dunia, tapi esok kat akhirat ko tetap le kena.
~~
rata2 blog yang saya baca kebanyakkannya dah tempah baju untuk raya. wahhh..awal tu. saya tak pernah tempah2 baju, biasanya main beli dah siap je. hehhehee.. baju kain ela yang saya beli 2 tahun lepas ada lagi tersimpan tak bertempah2. haihhhh....membazir betol. tapi memangsaya tengok tukang jahit kebanyakkan dah buka tempahan utk raya. tutup julai ni ha. so, korang cepat2. mana yang nak buat baju sedondon tu baik beli sekarang.
~~
malam tadi tengok nigella bites. dia buat york puding. bahan macam senang je. tengok dia buat aduhaii..sedapnya. tapi saya ni tangan basi la. kalo buat tu tak pernah yang menjadi. tu yang malas tu. membazir bahan je. hehehhehe.. sedih tau. miat tu ada nak buat2 kek buat biskut tapi bila buat tak menjadi tu luntur la semangat. nak kata tak ikut sukatan, ikut dah. tapi tu la..ada jenis tangan2 nya tu. ada orang tu main campak2 je tup2 jadi lawo je makanan. kan? bestnya la kalo pandai masak.
~~
okla.. tu je la nak cakap hari ni. nanti sambong lagi.
~~
i love you obek..(rindu kat obek)
i love you nezha..(jangan sepahkan rumah ye)
i love all of you..(makan jgn tak makan, takyah nk diet2)

Wednesday, May 12, 2010

hari ni takde isu, cerita merapu je. hehehe...


hehehheee..comelkan gaya tido nezha. dia hari2 macam tu la. mesti nak kena tido kat kerusi plastik kesayangan dia tu. kalo tak kat kerusi tu, kat katil dengan saya. gatal betol. tu tengah asyik lena sangat la tu. sampai kena kacau pon tak sedar2. pagi tadi entah la apsal comot sangat le pulak mamat tu. ahhh..dia hari2 pon comot mana pernah comel. tapi tetap la kena panggil dia hensem boy. wahh.. kalo panggil dia hensem boy, tergedik2 je datang. hehehehhee...
~~
hari ni nak cerita pasal apa ye. takmau cerita yang berat2 la. na cerita yang ringan2 je. yang tak menyemakkan kepala otak. owh..semalam dinner dengan obek. kat a.ni s.up u.tara kononnya. nak le try apa ke sedap bebeno ke supnya yang kata dah terkenal tu. owhh..rupanya kedai tu jual sup2 je ye. saya order koteow sup. obek amik set nasi dengan sup gear box. hambek... saya tak pernah makan sup gear box tu. tengok pon tak pernah. kalo sup tulang biasa la makan. so, takpe..sebab tak pernah tu le kena try kan. set nasi tu tulisannya dapat telor masin sebelah, timun & sambal belacan. sekali datang memang le telor sebelah, timun sehiris, sambal belacan secoit atas timun. hahahhahaha.. ni betol2 sukatan makanan ni. aduhaiiii... salah ke letak timun tu lebih sikit sayang oiiii... macam2 peel orang kedai ni la. order air limau, dapat air epal. hambekkk.. tapi sebab harga sama minum je la. malas le nak bising2. so, verdictnya.. so-so je la. tak le meletop ke hapa ke sampai nak teringat2 tu jauh sekali le. saya masak sup lagi double triple sedap. sedap lagi booth jual sup kat g.iant kl.ana j.ya ni. anywayyyyy.... lepas makan, balik. sebab obek memekak nak tengok badminton.
~~
saya tak kuasa le nak tengok badminton tu. tapi pagi tadi kat berita radio kata kalah. ye ke? aduhh... sedih la. kata nak bawak balik piala thomas. tapi tu la.. diaorang pon lagi tensen kan. kene main dengan bersungguh2, al-maklum, semua mata menumpu pada mereka. harap2 menang la ye. teringat lagi zaman menang piala thomas. walopon saya tak berapa mengambik tau hal sukan2 ni tapi bab2 final untuk event yang besar2 ni amik tau le jugak. hehehhehe...
~~
owh..saya sekarang tengah dok pulun tengok balik drama jepun lama dulu. ingat tak dulu pernah keluar cerita mamat pekak & bisu ni. best la. saya try to cari balik kat u.tube. ada la. so, tu yang dok tengok hari2. tapi tak complete episod, dia lompat2 pulak. jadi la. mengimbas kenangan lama katanya. hehehhee... sapa2 nak tengok pi search, tajuk say you love me. cakap jepunnya apa ye.. aishiteru something2... apa ke benda ntah. carik jangan tak carik.
~~
okla..sian korang kena baca entry hari ni takde isu menarik. hehehehe..
~~
teringin makan lontong la...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Tuesday, May 11, 2010

sayang anak dan kisah pencari kerja...



hello..hari ni dah hari selasa kan. eh..ke rabu? selasa la. tak kira la hari apa pon, jawabnya hari ni kene keje. hehehhee.. pagi tadi nezha ngada lebih pulak. melesek2 takmau kasi lepas saya. aduhaiiii... saya cakap acha doa la bagi kita kaya, ada bas lori kereta 10, ada rumah besar ada duit banyak nanti saya takyah pi koje. dok rumahhh je jaga acha ye. nak? meowww katanya menjawab. ya tuhan.. macam le paham apa saya cakap tu. hehehehhee...apa pon, setelah berhempas pulas melepas kan diri dari dia, biasanya saya umpan dia pegi tempat makan. sementara dia tengah syiok2 makan tu saya chow cepat2. hehehhee... kalo dia tak nampak saya kuar pintu tu takpe, ni kalo dia nampak memang dia menjerit2 la jawabnya. saya pon tak sampai hati.
~
haihh..tu baru kucing, orang yang hantar anak baby2 ke nurseri pagi2 tu lagi la sedih rasanya. mesti hati mak2 tu sedih kan. tapi nak buat camne. keadaan dah terpaksa. sebab tu kalo korang ada baby sitter yang memang jaga anak awak sorang, syukur lah banyak2. atau ada family member yang jaga anak awak, syukurlah banyak2. jangan lah anak merungut2 tak tentu pasal. kalo family member yang jaga pon, kata la awak duduk serumah dengan adik beradik mak pak, tolong la bagi sedikit imbuhan pada mereka. penat tau tak jaga budak kecik ni. jangan ingat mentang2 itu family member, bior gitu je. kalo kene hantar nurseri siapkan la 200-300 sebulan duit anak. so, sama je isunya. jangan la berkira. kalo nak dibandingkan dengan ibubapa yang terpaksa kejut anak pepagi untuk hantar ke nurseri. kesian. kadang2 saya tengok baby2 tu tido lagi. dipangku ibunya masok ke nurseri. kat nurseri tau2 je la. ramai. tido pon berbaris je macam askar. tempat tido pulak entah la. saya tak pernah masok nursei tengok tapi mungkin elokla kot. ada tilam semua tu. jang pulak dibiarkan anak tido atas lantai berlapikkan kain je. kesina la budak2 sakit badan. kita mak pak pun sesekali cuba buat spot cek. datang waktu keje tu tengok apa keadaan sebenar nurseri tu. tapi rasanya anak yang hantar ke nurseri akan jadi lebih berdikari, tak keterlaluan manjanya dan boleh bertindak dengan cepat ikut keadaan. ye la.. sebab semua pon buat sendiri, lain kalo dok dengan atok nenek atau baby sitter yang mengadap dia sorang dari pagi sampai petang. nak menguit pon cepat2 ditolong. tapi ada juga yang jadi memberontak. sebab rasa tak puas hati tu terpendam je dalam diri. tu la ada yang jadi ganas, degil. mmm..so, ada jugak la pro & kons nya kan. apapon, saya doa supaya anak2 kita tak kira la sapa yang jaga, dijaga dengan baik dan selamat.
~~~
cerita pasal isu siswazah mengganggur ni kan, entah la. ada betol dan tak betolnya. kesian kat mereka yang dah grad dengan bagus tapi masih mencari2 pekerjaan. tapi saya pikir dua-dua pihak mesti ada pembaharuan. 2-2 pihak tu majikan dan pekerja/graduan ni la. majikan kebanyakkannya nak yang ada pengalaman kerja. lorr..nama pon budak baru lepas grad, mana nak ada pengalaman. munkgin pengalaman praktikal sedikit sebanyak ada membuka mata dia macammana menjalankan kerja di tempat kerja sebenar. sebab tu masa praktikal, jangan dok praktikal kat opis mak pak sedara. kira nak senang je. nak markah banyak je. takde maknanya. kena la praktikal kat luar. baru ada pengalaman hidop dan kerja.
~
majikan macam biasa la.. gaji tu kalo boleh nak bagi yang sekecik2 alam. kalo keje pree lagi dia suka. aduhaiii... agak2 la kan. kalo awak majikan tak bagi peluang pada graduan ni, sampai bila2 pon takde pengalam kerja ikut qualification. tu yang jadi kes math grad koje jadi receptionist.
~
pada para graduan pulakkkkkkkkk.. tolong lah. tolongggggggggg la buat resume dan cover letter yang mencerminkan awak tu seorang graduan. ni takyah jauh. cerita kat opis saya je la. opis saya buka satu position. nak ambik budak2 grad ni le. dah iklan dah. dan berpuloh2 la resume mencurah2. ya tuhannnnn....
~
1st, emel address awak2 tu tolong la yang profesional sikit. bagi formal sikit. jangan la bagi emel address yang ntah hapa2 macambudak2 kecik. ni siap ada emel address power_rangers la.. idacute88 la... juzz4mee la... camne la orang nak tolong awak. bagi formal sikit. yang emel address mengarut2 tu awak boleh guna untuk emel kat kawan2 awak, kat boyfren gelfren awak. bagi emel address formal ikut nama awak. kalo nama awak abu bin seman, letak le abu_seman, or s.abu ke apa ke yang formal. mengucap panjang saya tengok emel resume budak2 tu. emel pulak, ada yang bagus, siap tulis la application. ada yang takde tulis apa. kosong. zero. tau2 terselit je resume. astagfirullah... ko ingat ni opis ke apa ha??? kadang tu tajuk subjek pon tak tulis! tengok la tu..habis camne nak menolong??
~
kebanyakkan yang macam tu memang 'sebangsa' la kan. ada pulak yang tulis, "hai.. this is my resume. please call me." ada ke macam tu? patot tak? ingat ni acara cari teman kembang setaman ke? main hai2 pulak. ya tuhan... patot la..patot la ramai je graduan yang tak dapat2 carik koje. belom apa2 dah tunjuk benda2 macam tu. kalo pon kat uni dulu takde orang bagitau, at least pikir secara lojik. carik koje adalah satu perkara yang formal. position pulak bukan position cleaner ke apa ke. so, pikir la sikit.
~
bila dah call untuk attend interview pulak, macam2 alasan. ye faham, ada diantara mereka yang tengah bekerja sekarang. tapi tarikh temuduga adalah seminggu dari tarikh kita call dia. tak salah negotiate dengan caller untuk tentukan masa dan tarikh tapi jangan lah keterlaluan!!!! ni bila cakap sekian2 hari bulan, sekian2 masa, jawapannya, "uhh.., ahh..alaaaa", bunyik2 yang menunjukkan awak tu boring dengan panggilan tu. ni ada jugak yang sampai taktau lansong kita call dari kompeni yang mana walhal diawal perbualan dah perkenalkan diri dan dari kompeni apa. astagfirullahalazim....... korang2 yang hantar resume tu, tanda, buat catitan, hantar ke kompeni apa. kalo iklan tu hantar ke advertiser, remark kat situ berapa hari bulan, position apa. cakap elok2, profesional sikit untuk mintak full address company yang call awak. bukan main cakap macam cakap dengan kawan2 gitu. majikan ni pon tau awak memang sedang carik koje dan hantar banyak resume kat pelbagai kompeni. tapi jangan le cakap.' eh..ni yang mana satu ye? saya hantar banyak la.. tak tau yang mana satu.'. lorrrr... kot ye pon taktau, bila orang tu call, suruh datang interview, mintak je alamat penuh dan no. telefon dan nama orang yang call tu. takyah nak cerita kisah awak hantar resume beratus2 tu. tak perlu.
~
english? aduhai.. lagi satu hal. sedih la. kita call cakap english, dia jawab dalam bm. cakap je dalam english, salah pon takpe. simple english menjawab panggilan telefon takkan tak tau? kata graduan!!! jawab la dengan yakin menunjukkan yang awak tu eager untuk kerja kat situ. bukan setiap grad ada attend muet ke? level english tu? takkan tak reti lansong cakap simple english. menjawab telefon. bukan suruh awak buat ucapan perdana. ada pulak yang terlebih eager. terus call opis cakap nak datang. aduhai sayang2ku sekelian. kami terima beratus2 resume. kene buat tapisan awal dulu, kalo shortlisted baru akan dipanggil. ada pulak yang send je resume terus call tanya "hello.. saya ila, tadi ada hantar resume, ada dapat tak??" huhuhuhuu... intro takde, apa takde, tetiba tanya dapat tak resume dia. camno tu?? inbox emel tu bukan khas untuk awak sorang je ye. banyak yang masok.
~
mmm..macam2 perangai. tapi tu lah dianya. ni bukan pada budak2 grad tu je, untuk kita semua la kan, untuk saya jugak. hantar resume, be profesional. jangan main hentam caca marba je ikut suka hati. pas tu komplen hantar2 resume sana sini tapi tak pernah kene panggil interview. orang yang betol2 buat resume secara formal pon banyak lagi nak kena tapis lagikan awak yang buat macam tu. sekian la jawabnya.
~
bila dah dapat panggilan temuduga tu. please, pleaseeeeeeeee be punctual. datang awal takpe. awak boleh masok dulu dan cepat awak balik. ni terbalik kot pulak. interviewer pulak tunggu orang. haiyaaa.... atau, kalo awak terlambat, jalan jem ke apa ke, call opis tu. inform. jangan diam je. ni dah set iterview pukul 10am, pukul 1015am belom muncul2 lagi. call pon takde. apa pon takde. datang pukul 1030am dengan tersengih2. bila ditanya awak interview schedule pukul berapa, mula la menggeliat2 menjawab. ya tuhan.
~
datang pulak please be prepared. bawak segala tok nenek original cert tu. extra satu resume dan cover letter. bawak pen. ni datang melenggang kangkong. habis, camne nak menolong bangsa? sedih la.
~
bab baju pula. ni lagi satu hal. pakai yang formal ye. jeans is a big no-no! tak kira la jeans tu beli kat amerika harga 16k ke.. takde maknanya. baik la ko pakai suar slek pasar malam tu. pakai la kemeja lengan panjang. takde talileher pon takpe. tapi kemas. rambut kena kemas. kalo rambut panjang, ikat. ada juga calon lelaki yang rambut panjang. takde hal. cumanya kene la bersih dan ikat la elok2. jgn ko mengerbang mcm nak pi tgk konsert search & wings pulak. pakai kasut sarung. pompuan pon 1 hal jugak. pakai je baju kurung. senang. tentu2 ok. tak kira la awak free hair ke pakai tudung ke. kalo nak pakai seluar, pakai yang formal attire. jangan main sauk je. ni pakai suar ketat pulak. aduhaiii...sedih la. skirt pon boleh tapi jangan pendek sangat mcm skirt promoter carlsberg. tak dapek nk nolong tu. pakai kasut tutup semua. jangan pakai sandal kelepek-kelepek. once in a lifetime, laburkan duit beli proper attire, kasut tinggi, baju elok sikit. dapat 1 set jadi la. ko ligan la pakai je baju tu everytime interview bukan orang tau pon. yang penting presentation tu. make-up pulak, mmm.. jangan keterlaluan macam opera cina. be natural. perfume pon pakai sekadarnya dah. jangan sampai orang keliling terbersin pulak. kalo tak tau atau tak pasti, search internet, banyak info pasal datang interview ni. apa do's & dont's dia. kadang2 employer bukan nak tengok sangat kelulusan. tapi keterampilan dan boleh buat keje. kadang2 ada employer yang buat short test kat candidate. macam buat kiraan kat excel ke, buat surat ke, buat drawing ke, depends pada position la kan. haa..time tu la awak2 semua tunjuk skill yang ada. skill kerja ye bukan skill surf facebook or blog! itu hazab namanya.
~~
panjang pulak membebelkan. tu la dianya. kisah benar. bukan rekaan2 ni. bukan cerekarama. bukan drama swasta. kisah benarrrrrrrrrrrrrrrrr.....
~~
ok.. back to normal view. malam tadi pi dinner. tapi tak selera sangat la. sebab awal2 dah spoil. saya taktau orang tu tak sengaja tau secara sengaja mengambil kesempatan memegang tangan saya ketika memberi kertas bil. tapi perkara tu dah membuatkan saya bad mood. dan tak makan makanan tu. benci. kalo ko tak sengaja, takpe la. tapi kalo ko sengaja, memang melungkop la kedai ko.
~~
seperti biasa obek menjadi punching bag saya. huwahhahahhaa..... sian obek. tapi saya seram2 sejuk juga buatnya obek pi confront dengan orang tu. baran boleh tahan. tak pasal2 bertelor kat dahi orang tu kang. jangan buat..ia pernah terjadi.
~~
okla.. panjang pulak tulisan hari ni. sila tatap muka nezha yang sedang bermain di bawah meja itu ye. bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, May 10, 2010

hujan je kan weekend tadi..



tu namanya tengah landing baik punya atas meja. meja saya sekarnag takyah guna alas2 dah. letak je tak sampai 5 minit sure kena tarik ke bawah. itu jela kojenya nak membetolkan alas meja. lama2 saya malas guna dah. bior je la togel macam tu. alas meja yang beli lawo2 ada rambu-ramba habis hancur dah. aduhaii..nezha, nezha. apsal la nakal sangat ha?? cubit nak???
~~~
marahkan nezha? takde maknanya. takat bebel2 tu je la yang larat. saya ni kalo kat rumah mulut bising. pokpek2 je. membebel dengan nezha. riuh macam duduk 10 orang walhal sorang je. hehehhee.... hari sabtu hari tu dnegar orang ketok2 kat luar. bukan kat rumah saya, kat pokok depan rumah saya tu. ingatkan dia buat apa. rupanay tampal poster anjing dia hilang .uwaaaa... tak pasal2 saya pon tumpang sedih la nih. lawo anjing shih tzu tu. ala..yang kecik terkedek2 kontot je tu. camne la. tu rasanya terlepas keluar tu. orang yang ambik pon tak patot la. dah tentu2 kalo anjing jenis macam tu mesti ada tuannya. ni main ambik je. sian kat tuannya. nangis2 lorr.. kebelakangan ni banyak lak kucing anjing yang memahal tu kene curik. apa ni ada sindiket baru pulak ke? tak dapat rompak barang emas pi rompak kucing anjing? kalo dijual memang berharga sangat2. eee..takotnya. risau la. kepada perompak tu, mati la kau! harap2 dapat jumpa pet dia balik. kesian.
~~
nak cerita pasal weekend. takde apa yang menarik. sabtu tak de pegi jalan mana pon. obek koje. jadinya takde la kuar. saya dok rumah je la layan tv. dah pukul 3pm baru kuar. sekali ma call suruh belikan rojak le pulak. hehehhee.. sekali hujan lebat daa.. demi ibunda terchenta.. tetap le meredah hujan lebat tu membeli rojak. hambek..beli sampai 2. entah le sapa nak makan kan. lantak. bior situ. dalam hujan2 tu teringat pulak ada pasar malam. ma suka makan yong tau foo. saya pon suka. jadinya sebab dah memang basah dari tadi, terus je la menuju pasar malam hujan ribut tu. sampai sana kedai pon orang tak bukak lagi. sebab hujan lebat sangat. saya round2 dulu. nampak pulak telur ikan. ma suka makan. so, beli. nanti balik boleh goreng. sodap. then pegi beli yong tau foo. hambek..belis ampai rm10 macam nak makan 15 orang. walhal nak makan berdua je. lantak. bior. so, sampai rumah lenjun2. hehehhe.. pakai payung pon serupa tak pakai jugak. basah jugak. takpe la. sampai2 rumah, ma terkejut tengok ada banyak makanan. ma puasa. owh..rajin betol. apsal tak orang lain tak boleh gantikan puasa kita? kalo la boleh, saya suruh ma je gantikan puasa saya. hahahhahhaa... ni dah nak raya balik, puasa tahun lepas tak ganti2 lagi. ma puasa sunat. dia kata dari takde apa benda buat kat rumah, makan pon tak seberapa baik le dia puasa. haihhh... so, sementara tunggu waktu berbukam kita goreng dulu telor ikan. so, berbuka dengan lahapnya. masalahnya yang lahap tu ialah saya orang yang tak puasa. orang puasa tu elok cool je. haihh... ni yang leceh ni. malam tengok tv. tu je la.
~~
ahad pagi (09/05/2010), buat breakfast koteow goreng. hari hujan. kesian orang buat kenduri. lebat selebat2nya. dari pagi sampai ke petang. risau pulak. dah tengahhari tu ada la reda sikit. saya pi hantar ma marhaban kat rumah kenduri tu. cadangannnya balik dari kenduri nak keluar le beli2 barang. sekali hujan lebat. tunggu2 ma tak jugak call2 sekali ada orang hantar dia da. hehehhe...tumpang kawan. memang selebat2 alam betol hujan hari ahad tu. nak tengok tv pon tak boleh. tau2 je la asterok tu. pakkal gerimis pon dah out, lagikan ni ribut petir. lepas nona, hujan dah reda sikit baru saya balik. hadiah hari ibu? hehhee..takde apa la. peluk cium je la. next week baru nak bawak ma pegi jalan2.
~~
sampai rumah mengerjakan nezha pulak. syioknya baring2 golek2 sambil pelok nezha. dah le hujan2 tu kan. fuhhh...nyaman woo..tidorkan nezha. elok je dia krohh2. mengada betol.
~~
malam pon tak kuar dinner. tak selera la. obek still koje. tido pukul 11pm. macam biasa la tu. sekali pukul 1215am tenettenetttt..hp bunyik daaa.. obek datang hantar makanan. roti canai telor dengan milo ais. haihhh..terima kasih banyak2. walopon tak selera tetap le terima kan. hehehehe... tq obekkkkkkkkk... i lap yuuuu.....
~~
hari ni kuar lambat sikit. jalan jem. biasa la tu. harap2 hari ni berlalu dengan aman makmur dan sejahtera.
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Friday, May 7, 2010

jumaat dah?...



laa..cepatnya dah hari jumaat. tiktok2 dah jumaat. cepat betol masa berlalu. saya macam ni le jugak. haihhhh.... 99.9% orang suka je hari jumaat kan. sebab esok sabtu cuti. tapi pada yang koje hari sabtu tu sure tensen. tapi pelik la kenapa ada je kompeni yang masih amalkan koje hari sabtu? peras tenaga pekerja betol. bagi la pekerja ada life sendiri. weekend nak bersama keluarga atau uruskan urusan peribadi ke. bukan ke kerajaan dah war2kan supaya bekerja 5 hari seminggu. kalo bab macam tu takde la nak dengar. cuba kalo bab potong gaji pekerja. zuppp..laju je ikut peraturan. memang tak dinafikan ada sesetengah kompeni yang memang ada berurusan pada hari sabtu, tengok jenis perniagaan jugak la. zalim ke tak? zaman sekarang ni, sapa berkuasa, sapa ada duit dia boleh buat peraturan.
~~
membebel pepagi pon takde gunanya. tambah pulak membebel dalam blog ni. tak sampai maksudnya tu kat kementerian.
~~
saya sekarang kalo senja je badan jadi panas2, mata panas, lemah2 badan. apsal hah? penyakit demam malam ke? hehehhee..ada pulak penyakit macam tu ye. nezha malam tadi bukan main manja bebeno. berkepit je 24jam. berkepit tu takpe lagi,nak suruh garu 24jam tu yang tak tahan. kalo berhenti je nanti dia pulak garu tangan saya. haihhh..budak ni memang tau.
~~
semalam tak jumpa obek pon. obek buzy. malam tadi koje. saya pon semalam dah balik lambat. hari ni pon lambat jugak kot. spoil. benci la.
~~
tetiba teringin makan sambal tumis sotong campor petai. hehehhee... lama dah tak makan. ada orang takmau makan. busuk la apa la. ikut tekak masing2 je la kan. ko suka, makan. tak suka takyah makan. yang penting jangan caci makanan. tak suka sudah, diam2. jangan nak komplen itu ini itu ini.
~~
betol2 takde mood. helpppppppppppppppppppppppppp!!!!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, May 6, 2010

rasa macam dah berkurun tak menulis, walhal baru berapa hari je..


lama betol rasanya tak menulis. kebetulan agak bz sikit. takde mood pon ye jugak. macam2 hal melanda. tahun 2010 ni macam2 betol dugaan. nak buat camne. tak boleh lari. hadap je la. mungkin tak lama lagi blog ni terbiar gitu je. agaknya la. harap2 tak la kan. bukan orang lain, tapia saya sendiri rindu je nak tengok muka nezha terpampang kat dalam ni. hehehhee..gila gatal walhal hari2 pelok cium.
~~
nezha sihat. alhamdulillah. terejal dan nakal makin bertambah2 pulak sekarang ni. sejak baik dari cerry berry last week tu, bukan main dia dapat akal baru je setiap hari. semalam tengok2 kotak cd udah terbalik. aduhhhh..layan je la. nezha, kalo saya tak boleh dapat tengok cd tu lagi sebab calar awak buat, saya cubit momtot awak tau. jaga ye... tu cerita kotak cd. balik2 koje tengok berterabur tengah rumah. sabar.. sabar.. sabar itu separuh dari nama sabariah... hari tu pi panjat pintu gril. nun sampai ke puncak. lepas tu mengeow ketakotan tak reti turun. haaa.. sapa yang susah?? sayaaaa yang susah. kena amik kerusi. panjat ambik dia. sempot wehhh nak panjat ngambik dia. sabarr..sabar lagi... ada lagi lepas makan, entah le camne, dia pon tak perasan kot, bekas air udah terbalik daaa.. dah jadi macam kolam renang lak kat dapor. lepas tu bukan nak pegi depan, pegi pijak2 pulak air tu. ya tuhannnnn... kuatkan imanku. habis 1 dapor berkecah. kena la pulak mop kasi kering2. kalo tak kering nanti bulu2 dia terlekat kat lantai wooo.. sabar.. sabar lagi.... pagi tadi entah apa angin dia. merajuk semacam je. panggil2 takmo datang dekat. chehh..sudah la. jual mahal konon. bye.. nak pegi keje, tinggal la sorang kat rumah. hehehee... baru la terhegeh2 datang. tau takott.... haihh..tu la dia nya penghibur hati saya. i love you nezha.
~~
obek seperti biasa. buzy2 je. puya buzy otak menerawang ke mana ntah. pi dinner, minum2 makan2. dah habis makan borak, then saya terperasan apa ke lain beno rupanya straw obek ni. al-kisahnya member udah guna straw terbalik daa. yang bahagian boleh bengkok2 tu kat bawah. hahahhahha.. memang bantai gelak guling2 la rasanya. boleh dia tak perasan. dia kata patot le rasa macam straw ni macam lembik je boleh melentur, memang la.. sebab bahagian lembut yang boleh bengkok tu kat bawah. aduhhhh.. obek.. obek.. macam peel la. rindu kat obek.
~~
saya dah buat satu keputusan besar. harap2 keputusan saya tu yang terbaik. harap kawan2 doakan kejayaan saya ye. saya ni penakot. wish me all the best.
~~
ok la.. taktau dah nak cakap apa. terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca kisah ini. sekian. hahehehehhee....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, May 4, 2010

takde apa la...

takde apa la nak update.

semuanya biasa2 je..

ada gak le benda yang luar biasa tapi tak kuasa nak tulis la...

tak de mood..

(selalu je takde mood kan, hehehhee....)

nezha sihat...

semalam panjat pintu gril sampai atas...

geram betol...