mari mencari....

Google
 

Friday, May 14, 2010

hari ni cerita merapu je ye...



hello... hari ni luar biasa sungguh! saya keluar lambat tau.. 830am. sebab apa? apa lagi..melayan budak2 tu la. macam2 peel pulak pepagi ni. tapi yang magicnya, tol sunway tak jem! hairan binti ajaib bin magic sangat2. hehehhee... so, belom pukul 9am dah sampai opis. yahuuuu..terima kasih ya allah kerana melancarkan perjalanan pagi ini.
~~
hari ni takde pic nezha la. semalam balik macam biasa. nak pegi beli pasir pon tak larat. macam penat sangat2 rasanya. entah la kenapa. lepas kemas lebih kurang, lepak kejap, tengok tv. cerita apa ntah. pukul 8pm tu obek datang bawak pi dinner. makan mihun goreng. obek pon sama. order jugak tomyam dan telur dadar. telor dadar adalah umpama goreng dalam minyak sekilo ye. berminyak2 punya le banyak. jadi kembang tekak pulak. haihh... leceh la. makan mihun pon tak habis. tapi minum lai chi kang habis. hehehehe... lepas makan, borak2 kejap then balik la. tu je pon. sampai rumah terus terbaring depan tv. rasa tak larat sangat2. letih semacam. nezha biasa la. malam2 memang aktif melompat. tak larat layan bior la dia main sendiri. dok baca paper, tapi dah habis dikoyakkan dek nezha. suka beno dia kalo kita selak2 paper tu kan. digigit2nya. geram betol. lepas tu tak sedar dah. terlelap gitu je dengan tv terpasang semua tu. pukul 1am terjaga. baru turn off tv, baring betol2. tido lagi. malam tadi ada mimpi. mimpi naik bas. hehehhee.. ntah nak pegi mana ntah. elok le tu, memang dah berkurun rasanya saya tak naik bas, dapat naik dalam mimpi jadi la... syukurrr.....
~~
pagi2 kat pukul 645am kat channel 303 ada cerita best. bukan cerita la dia macam realiti..kisah pasangan korea buta, wife dia totally buta, husband dia buta terus sebelah kiri, yang kanan tu nampak sikit2. ada baby girl sorang, tapi tu ok.. so, semau depend on her husband la. cekalnya menjaga anak. bayangkan la..orang buta jaga baby kecik yang tengah lasak umor setahun tu. huishhhhh... kita yang celik ni pon pening, lagikan dia buta. so, kira macam ada badan kebajikan tolong diaorang bawak anak dia bergaul dengan kanak2 lain. ye la..dia buta camne lak nak ajar anak dia membesar kan. kang tak pasal2 budak tu taktau apa benda. tu yang bawak pi kelas tu. kelas main2 la. untuk pergerakan motor budak tu. budak tu pon cerdik. macam paha je apa orang cakap kat dia. comel lak tu. geram betol. so, hari2 saya tengok rancangan tu. best. hehehhehee... cuba korang try tengok. kalo sempat la. saya pon bukan boleh dok mengadap tu je. sesambil kemas rumah pepagi tu kan.
~~
hari ni dah jumaat, so esok weekend. korang2 dah ada plan ke? saya taktau lagi la. ada tu ada tapi tengok keadaan macamana. yang pasti ma dah ada plan. haihhh..layan je la. minggu ni obek balik kampung. makcik dia ada buat kenduri kawen. huhuhuhuhuuu... kalo obek takde kat kl rasa macam sunyi semacam je la. mak obek ajak saya datang sana. opss.... sorry, tak dapat pergi sebab dah ada plan dengan ma. hehehhehee... kalo free pon saya takmau pegi la. segan lorr...
~~
kejap je dah nak hujung bulan kan. pejam celik pejam celik, apa yang kita dah buat selama ni? balik2 rutin harian jugak yang kita buat takde perubahan. kadang2 rasa macam bosan. sebab jadual tu macam dah fixed. ehh..apa la saya membebel ni.
~~
ok la.. nak minum soya bean. saya suka soya beannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

2 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

ala..mana pic budak ensem tue.
nak tengok..nak tengokkk.
winduuuu

Hazelsyd said...

saya,

u know what? the 1st thing that got me attracted to this blog dolu2 kan..tu yg belah kanan tu, lick u hard hahahaha tiap kali tgk tu mesti tersengih or tergelak terus sorang2 hahaha

heheh tak dapat real, dapat masuk dalam mimpi pon jadik la yea..hehe true true..

owh bestnyer soya beannn..