mari mencari....

Google
 

Wednesday, May 12, 2010

hari ni takde isu, cerita merapu je. hehehe...


hehehheee..comelkan gaya tido nezha. dia hari2 macam tu la. mesti nak kena tido kat kerusi plastik kesayangan dia tu. kalo tak kat kerusi tu, kat katil dengan saya. gatal betol. tu tengah asyik lena sangat la tu. sampai kena kacau pon tak sedar2. pagi tadi entah la apsal comot sangat le pulak mamat tu. ahhh..dia hari2 pon comot mana pernah comel. tapi tetap la kena panggil dia hensem boy. wahh.. kalo panggil dia hensem boy, tergedik2 je datang. hehehehhee...
~~
hari ni nak cerita pasal apa ye. takmau cerita yang berat2 la. na cerita yang ringan2 je. yang tak menyemakkan kepala otak. owh..semalam dinner dengan obek. kat a.ni s.up u.tara kononnya. nak le try apa ke sedap bebeno ke supnya yang kata dah terkenal tu. owhh..rupanya kedai tu jual sup2 je ye. saya order koteow sup. obek amik set nasi dengan sup gear box. hambek... saya tak pernah makan sup gear box tu. tengok pon tak pernah. kalo sup tulang biasa la makan. so, takpe..sebab tak pernah tu le kena try kan. set nasi tu tulisannya dapat telor masin sebelah, timun & sambal belacan. sekali datang memang le telor sebelah, timun sehiris, sambal belacan secoit atas timun. hahahhahaha.. ni betol2 sukatan makanan ni. aduhaiiii... salah ke letak timun tu lebih sikit sayang oiiii... macam2 peel orang kedai ni la. order air limau, dapat air epal. hambekkk.. tapi sebab harga sama minum je la. malas le nak bising2. so, verdictnya.. so-so je la. tak le meletop ke hapa ke sampai nak teringat2 tu jauh sekali le. saya masak sup lagi double triple sedap. sedap lagi booth jual sup kat g.iant kl.ana j.ya ni. anywayyyyy.... lepas makan, balik. sebab obek memekak nak tengok badminton.
~~
saya tak kuasa le nak tengok badminton tu. tapi pagi tadi kat berita radio kata kalah. ye ke? aduhh... sedih la. kata nak bawak balik piala thomas. tapi tu la.. diaorang pon lagi tensen kan. kene main dengan bersungguh2, al-maklum, semua mata menumpu pada mereka. harap2 menang la ye. teringat lagi zaman menang piala thomas. walopon saya tak berapa mengambik tau hal sukan2 ni tapi bab2 final untuk event yang besar2 ni amik tau le jugak. hehehhehe...
~~
owh..saya sekarang tengah dok pulun tengok balik drama jepun lama dulu. ingat tak dulu pernah keluar cerita mamat pekak & bisu ni. best la. saya try to cari balik kat u.tube. ada la. so, tu yang dok tengok hari2. tapi tak complete episod, dia lompat2 pulak. jadi la. mengimbas kenangan lama katanya. hehehhee... sapa2 nak tengok pi search, tajuk say you love me. cakap jepunnya apa ye.. aishiteru something2... apa ke benda ntah. carik jangan tak carik.
~~
okla..sian korang kena baca entry hari ni takde isu menarik. hehehehe..
~~
teringin makan lontong la...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

6 comments:

zh-ena said...

ena pun sekali jea jejak kaki ke restaurant sup ani tu kat s.alam

ok ok jea
try la mkn sup gear box tu
mmg tak kena dgn selera
lembik jea msk ikut tekak

Hazelsyd said...

aloooo,

hehehe betui2 timun bagi sebelah jek eks? hahaha tu lahh..org meniaga...i think meniaga makanan ni kadang tokleh nak kedekut2 sgt kan..esp alahh timun lagi sehiris jer..kalau lauk ayam ikan ketam ker lain la kan..

uhhh i like soup! sup tulang!! slurpppp *now dah tingin! hrmphh*

~dARlee zURiS~ said...

alolooo..comeynye lah mamat tu tdo ek.
geram.tak blh geget kysh,geget nezhalah.boleh?hehee...

ani sup utara?
zuris pun penah mkn sekali kat bukit jelutong.sama je peel diorang kat situ.takdelah best sgt pun.tp..famosnye bukan main.

haah.kalah lwn jepun smslm
berbulu je mr sharil.dah ckp..jgn tengok,mesti kalah nye.degil.pastu hangin je.kalau jepun pun takleh nak lawan,camnelah nak lawan ngan indon,cina?haihhh...

ct_nurmarlissaa said...

hii dearr ....aderr award kat blog i utk u...pls accept..:-)

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..comelnyaaaa hensem boy tue
gemokkkkk debabbbbb

saya said...

ena--lps ni kita takya pegi sana dah. hehehe..masak sup sendiri ye.

hazel--sup tulang? fav saya jugakkk

zuris--gigit nezha. hehehhehe...

ct--ada award? owh..tq sudi dtg sini.

pinkie--kalo dia dengar ni u panggil hensem boy..tergedik2 dia datang.