mari mencari....

Google
 

Thursday, May 27, 2010

hari terakhir...


hari ni suasana macam muram. bukan semua orang la. saya je yang muram2 tu. hehehhe..orang laon elok je happy2 melompat saya tengok. kenapa muram? huhuhu.. susahnya nak cakap. cerita pasal petang semalam, balik lambat. sampai rumah dekat pukul 9pm. haihh.. penatnya badan. nak makan pon tak larat dah rasanya. kemas2 uk-uk, duduk, mandi, duduk, lepas tu tido. rasa macam tak larat sangat. tu la, bila otak penat, badan automatik pon jadi penat juga. itu kalo saya la, kalo orang lain tak tau le pulak kan. masok bilik nak tido. mata pejam tapi tak boleh lena. pikiran melayang2 entah ke mana. tengok nezha sedap je tido. purrr..purrrr..kene tolak pon tak dia sedor2. hehehhehee...apa la mamat tu. baru nak lelap, pukul 130am obek call. ajak kuar. haihh..saya dah le penat mengantok. cakap takmau. tapi dia ajak juga. dah le semalam dia ajak saya tak kuar kan. orang tua tu dah ala2 bunyik merajuk2 le pulak. haihh..bukan ke sepatotnya pompuan yang tergedik2 merajuk bila tak dapat keluar dengan bf?? ini sudah terbalik pulak. takpe la.. so, siap2 secara senyap yang boleh sebab takmau bagi nezha terkejut. dia kalo terjaga kang memekak. suruh kita tido tepok2 dia la. jadinya terjengket2 le bersiap. elok je saya siap, saya tengok dia dah tercongok kat ruang tamu. huwaaaaaaaaaaaaaaa... nezha ni betol la tau. macam tau2 je orang nak kuar dating2 pepagi buta. kasi chance la kat kita. hehehhee... so, umpan dia pegi makan, dia tengah syiok mengadap makanan saya chow cepat2. fuhh..lega. kalo tak tu dia bising. pegi makan2. takde la makan sangat. minum2 je la. pukul 3am balik. tido. pagi ni punya liat nak bangun. cadangnya nak lelap 5 minit. 5 minit, 5 minit, 5 minit sekali tu dia.. sedar2 dah pukul 645am. hambekkkk....baru menggelupor. saya tak suka kalo pepagi kelam kabut sebab saya pepagi banyak benda nak kena buat. nak bersihkan tempat uk-uk budak2 tu, nak sapu, nak lap, nak buang sampah. ni kira takyah gegatal nak pi jogging la, buat keje2 tu je dah berpeloh2. so, jawabnya hari ni saya keluar rumah lambat. pukul 820am baru kuar. nak kene isi minyak pulakkkkkkkk..eeeee..benci betol la. dah isi, perot lapar pulakkkkkk. ahh..tak kuasa la nak melayan. lagipon takde makanan. takde mood pulak nak makan2 roti. tingin nasi lemak tapi tak sempat nak beli. so, drive jugak pegi keje. mujur jalan tak jem. ngam2 sampai pukul 9am. pas tu singgah beli koripop kat kedai depan. beli sekali 3. hambekkk.. now dah makan koripop 2. hehehhee..kenyang sehhhhh.....
~~
hari ni saya last day kat tempat keje sekarang. first june saya kat tempat baru. aduhaiii..berat sungguh rasa hati nak meninggalkan tempat ni. saya suka keje sini tapi tu la. keadaan tak mengizinkan. harap2 keje kat tempat baru tu ok2 la hendaknya. walopon.... ahhh..so, harap kawan2 semua doakan yang terbaik untuk saya kat tempat keje baru ye. dugaan keje tu kat mana2 pon akan tetap ada. betol tak? cumanya harap semua berjalan dengan lancar. sepatotnya sepanjang minggu ni tadi saya dah bercuti, sebab menghabiskan belen2 cuti tu kan, tapi takmau la. takpe la, biar saya datang keje. cuma nanti isnin esok saya cuti la. dok rumah bertapa. hehehehhe... kata orang kita perlu bertindak dan berfikir demi masa depan sendiri, betol tak? so, doakan yang terbaik ye. amin...
~~
obek pulak tak habis2 dengan buzy dia tu la. hehehhehee... kadang2 seronok dengar dia cerita pasal keje, kadang2 naik hangin pulak. biasa la.. nama pon keje. ajak pi makan seafood pon tak dapat2 lagi masa terluang. makan je la sardin dalam tin tu, seafood jugak kan. uwwaa... sedih la.
~~
tiba2 rasa rindu pulakkat nezha, walhal baru je pegi koje ni kan. haihhh....nanti balik nak pelok kuat2 bior sampai dia jerit2. hehehehe...
~~
okla... sampai sini dulu tulisan saya hari ni. chewahh..bunyik macam tulisan terakhir je kan. mana tau, ajal maut ditangan tuhan. sebelom apa2, saya nak minta maaf kepada semua yang membaca blog saya ni sekiranya ada yang terasa, tersinggung, ter-ter-ter segala2 yang ter lah kan. maafkan saya.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

7 comments:

meowwmania said...

good luck at your new workplace!

love u too obek opsss!! NEZHA laaaa hahahah......

Ummi batrisya dan damya said...

bestnya, wishing you all the best, doakan untuk ummi jugak tau :)

i wish i just can get out from this place :(

MOKCIK AZWA said...

wishing you all the best in your new place my fren...

Misz Pinkie Winkie said...

leeya.
selamat bekerja di tempat baru.
jagn luper berblog yerk.
mestie lin windu nantie.

nezhaa..jaga mama elok2 yerk..takmo nakal2 tau.

Hazelsyd said...

hi cik saya,

GOOD LUCK with your new job yea...i doakan segalanya dimudahkan, segalanya baik2 belaka kat tpt baru ni k..sorry lama tak jenguk this blog..ai busy lar yeww jenjalan US yeww hahaha opsss nanti balik, i dig your archive k..

neway, dont stop blogging k, i like citer2 pasai nezha tu hehehe ehh citer2 pasai u pon i like gaks hehe kang majuk laks kang..

afiq said...

saya.. good luck kt tempat keje baru :)
ceria2 selalu. sabar menghadapai dugaan.hehhe kemsalam nezha.

saya said...

terima kasih semua...saya sayang anda semua. semoga semua yang terbaik itu milik kita bersama.