mari mencari....

Google
 

Monday, May 10, 2010

hujan je kan weekend tadi..



tu namanya tengah landing baik punya atas meja. meja saya sekarnag takyah guna alas2 dah. letak je tak sampai 5 minit sure kena tarik ke bawah. itu jela kojenya nak membetolkan alas meja. lama2 saya malas guna dah. bior je la togel macam tu. alas meja yang beli lawo2 ada rambu-ramba habis hancur dah. aduhaii..nezha, nezha. apsal la nakal sangat ha?? cubit nak???
~~~
marahkan nezha? takde maknanya. takat bebel2 tu je la yang larat. saya ni kalo kat rumah mulut bising. pokpek2 je. membebel dengan nezha. riuh macam duduk 10 orang walhal sorang je. hehehhee.... hari sabtu hari tu dnegar orang ketok2 kat luar. bukan kat rumah saya, kat pokok depan rumah saya tu. ingatkan dia buat apa. rupanay tampal poster anjing dia hilang .uwaaaa... tak pasal2 saya pon tumpang sedih la nih. lawo anjing shih tzu tu. ala..yang kecik terkedek2 kontot je tu. camne la. tu rasanya terlepas keluar tu. orang yang ambik pon tak patot la. dah tentu2 kalo anjing jenis macam tu mesti ada tuannya. ni main ambik je. sian kat tuannya. nangis2 lorr.. kebelakangan ni banyak lak kucing anjing yang memahal tu kene curik. apa ni ada sindiket baru pulak ke? tak dapat rompak barang emas pi rompak kucing anjing? kalo dijual memang berharga sangat2. eee..takotnya. risau la. kepada perompak tu, mati la kau! harap2 dapat jumpa pet dia balik. kesian.
~~
nak cerita pasal weekend. takde apa yang menarik. sabtu tak de pegi jalan mana pon. obek koje. jadinya takde la kuar. saya dok rumah je la layan tv. dah pukul 3pm baru kuar. sekali ma call suruh belikan rojak le pulak. hehehhee.. sekali hujan lebat daa.. demi ibunda terchenta.. tetap le meredah hujan lebat tu membeli rojak. hambek..beli sampai 2. entah le sapa nak makan kan. lantak. bior situ. dalam hujan2 tu teringat pulak ada pasar malam. ma suka makan yong tau foo. saya pon suka. jadinya sebab dah memang basah dari tadi, terus je la menuju pasar malam hujan ribut tu. sampai sana kedai pon orang tak bukak lagi. sebab hujan lebat sangat. saya round2 dulu. nampak pulak telur ikan. ma suka makan. so, beli. nanti balik boleh goreng. sodap. then pegi beli yong tau foo. hambek..belis ampai rm10 macam nak makan 15 orang. walhal nak makan berdua je. lantak. bior. so, sampai rumah lenjun2. hehehhe.. pakai payung pon serupa tak pakai jugak. basah jugak. takpe la. sampai2 rumah, ma terkejut tengok ada banyak makanan. ma puasa. owh..rajin betol. apsal tak orang lain tak boleh gantikan puasa kita? kalo la boleh, saya suruh ma je gantikan puasa saya. hahahhahhaa... ni dah nak raya balik, puasa tahun lepas tak ganti2 lagi. ma puasa sunat. dia kata dari takde apa benda buat kat rumah, makan pon tak seberapa baik le dia puasa. haihhh... so, sementara tunggu waktu berbukam kita goreng dulu telor ikan. so, berbuka dengan lahapnya. masalahnya yang lahap tu ialah saya orang yang tak puasa. orang puasa tu elok cool je. haihh... ni yang leceh ni. malam tengok tv. tu je la.
~~
ahad pagi (09/05/2010), buat breakfast koteow goreng. hari hujan. kesian orang buat kenduri. lebat selebat2nya. dari pagi sampai ke petang. risau pulak. dah tengahhari tu ada la reda sikit. saya pi hantar ma marhaban kat rumah kenduri tu. cadangannnya balik dari kenduri nak keluar le beli2 barang. sekali hujan lebat. tunggu2 ma tak jugak call2 sekali ada orang hantar dia da. hehehhe...tumpang kawan. memang selebat2 alam betol hujan hari ahad tu. nak tengok tv pon tak boleh. tau2 je la asterok tu. pakkal gerimis pon dah out, lagikan ni ribut petir. lepas nona, hujan dah reda sikit baru saya balik. hadiah hari ibu? hehhee..takde apa la. peluk cium je la. next week baru nak bawak ma pegi jalan2.
~~
sampai rumah mengerjakan nezha pulak. syioknya baring2 golek2 sambil pelok nezha. dah le hujan2 tu kan. fuhhh...nyaman woo..tidorkan nezha. elok je dia krohh2. mengada betol.
~~
malam pon tak kuar dinner. tak selera la. obek still koje. tido pukul 11pm. macam biasa la tu. sekali pukul 1215am tenettenetttt..hp bunyik daaa.. obek datang hantar makanan. roti canai telor dengan milo ais. haihhh..terima kasih banyak2. walopon tak selera tetap le terima kan. hehehehe... tq obekkkkkkkkk... i lap yuuuu.....
~~
hari ni kuar lambat sikit. jalan jem. biasa la tu. harap2 hari ni berlalu dengan aman makmur dan sejahtera.
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

2 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

skang musim ujan kan?
kelmarin ujan..petir..kilat complete set.
takut wooo...anak2 semua dalam cage..nak kuorkan takut..yerlah besi.
nak idop lama...
tapie wisau..anak bulus kot2 mati hangus kena sambar..mintak di simpangkan....takt..takut..

nezha budak masyam tue suka main alas meja yerk..nak kena gulung wat popia nie...
tetiber teringat rojak mamak..dapnya..hhehhe

saya said...

pinkie--jgn kat alas meja, bakol baju tulagi la dia suka. dok berkubang dalam tu baikk punya. geram betol. musim hujan anak2 memang takot hujan kilat. sama je macam saya. ahakssss...