mari mencari....

Google
 

Monday, May 17, 2010

kalo ko bodoh takpe, tapi mesti ada budi bahasa...



hello.. hari ni takde gambar acha jugak. entah le blututh hari ni sengal pulak tak boleh transfer pic. geram betol. nak tunjuk gambar acha tido meow2. hehehe.. so ni gambar kawan acha. namanya ah meng. ada lagi 2, ah seng dengan ah kong. hwuahahhahaha.... see, dah cakap dah rumah saya penuh dengan pelbagai jenis binatang. nanti saya tunjuk ye kalo ada masa. acha tak diherannya benda2 tu. lain la kalo benda tu boleh bergerak mau gak kot dia melayannya.
~~
nak cerita apa? weekend yang sengal? sebab apa? hehhehe.. malaysia boleh... ehh..silap2.. malaysia tak boleh.. kalah lorrr.. apa boleh buat. terima la kenyataan. diaorang pon dah bermain dengan bersungguh2. kalo kita ada kat situ pon belom tentu boleh menang. tekanan tu wooo.. hehehe.. eh, tapi biarlah. dah tugas awak untuk menang. haihh..yang pastinya duitku melayang. ok2..bukak cerita lain.
~~
sabtu, 15/05/2010:
pagi mcam biasa la. bangun lambat. ye lambat bebeno pukul 8am dah tercelik biji mata. takpe.. kita golek2 dulu sementara menunggu panggilan telefon dari obek. kot2 obek pree boleh pegi jalan2. sekali obek pree la. yahuuuu... ye la, kata dia nak kena balik kampong, so takmau le kaco dia kan. obek kata di balik petang. ok. set. so, kuar dah pukul 1130am. terus pegi lunch dulu la. lapar dah. lepas tu pegi spca. hehehhehe... tengok kucing2, anjing2, manusia2. macam2 perangai. rasa nak bawak balik je semua kucing2 tu tapi apakan daya. tak larat dah nak bela. yang ada ni pon macam nak patah pinggang pagi petang menguruskan hal dia. kalo korang free2, pegi la jalan2 sana. kot2 la nak adopt satu dua ke kan. kadang sian tau, masa kucing2 tu lawo comel ko layan dia bukan main, dah buruk tua ko biar je. kebanyakkan yang saya tengok memang ada collar means memang ada tuannya. akak tukang jaga tu kata kadang2 tu tuannya nak kena pindah, luar negara la, or pindah tempat yang tak boleh ada pet, so tu pasal dia hantar situ. dari buang2 gitu je kan. alahai...sedihnya. takmau la cerita yang sedih2. seperti biasa, saya kalo pegi sana mesti siap sedia tissu, sebabnya kang melalak. hehehhee..obek tau sangat dah. lepas tu pegi jusco pulak. beli vitamin nak kirim bagi kat mak obek. sian dah tua sakit2 lutut. biasa la tu kan. saya beli sama jenis dengan yang ma selalu makan. so adil kan. 2-2 dapat. beli jugak perfume murah2 kat bodyshop untuk adik obek. ala..budak2 teenagers pakai murah2 punay sudah. nak yangmahal tunggu ko koje pegi beli sendiri. wahhh.. salesgirl bodyshop kat jusco cheras selatan sangat kurang ajar okehhhh.... pedulik hapa haku. cuma tak tertengok pulak nametag dia. ingat kita ni cikai sangat agaknya masok sana pakai slipar baju t-shirt. hoi.... benci betol la. saya saja la try2 perfume yang tester tu dulu. dah nama pon tester, try la kan. saja nak tengok. then budak tu tanya nak beli apa, saya jawab nak tengok2 dulu. dia kata kalo nak tengok, tengok je tak boleh sentuh2 pegang2. wtf!!!!!! memang merasa la kan ko kena bahasa dengan saya. baikk puya kasi kat dia. ingat kita ni apa. meluat betol. dah kena bahasakan baru le nak terhegeh2 sembor tester lain nak bagi kita try. pigi dah..orang dah berkurun dah ada yang jenis tu. dah le mekap tebal macam opera cina. ala..koje kat bodyshop je bukan kat louis vuitton pon. belagak bagai nak rak. meluat la jenis orang macam ni. menyesal pegi belikat situ, biasa beli kat tempat lain. eeee.bencinya orang berlagak tak kena tempat ni. salesgirl je pon, buat la perangai elok sikit. kalo bodoh tu takpe, tapi budi bahasa tu jangan tengok orang takde mata. puii...
~~
tak pasal2 ko kena marah kan. nak sangat. rasa la.
~~
lepas tu pegi beli tako tao. ramai pulak orang tapi tunggu jugak la. lepas tu beli aiskrim. lepas tu balik. dalam kerata makan aiskrim. lepas tu tumpah. hehehhehehe... macam2 budak2 je malan aiskrim tumpah. sampai rumah lepak kejap hilangkan lelah then balik rumah ma. petang tu ma masak sambal tempoyak. yahuuuu..sodap. sehingga menjilat jari. malam takde buat apa. tengok tv je la. lepas tu tido...
~~
ahad, 16/05/2010:
pai2 dah pegi pasar pagi. yahuuuu..saya suka pegi pasar. dapat tengok macam2 jenis jualan. macam2 jenis orang. ma beli batang keladi. nakbuat masak asam. yahuu..sedapnya. ada jugak jumpa buah kuini. so beli nak buat sambal. on the way back beli pulut. yahu..yahuuu..kalo pasal makan memang yahuu selalu. kalo pasal buat koje muncung 14 depa. balik rumah, breakfast then siap2 masak. kena cepat2 sebab nak tengok tv. kahkahkahhh... so, menu semalam gulai asam batang keladi, sambal kuini, sambal tumis sotong dengan petai, rebus pucuk ubi, telor masin. tu diaa... menu macam nak makan 16 orang walhal 2 orang je pon. opss..opah terkecuali sebab dia tak boleh makan benda pelik2 sebab giginya sudah takda. hehehhehee... kena makan yang lembut2 je. ada orang pegi bersihkan kebun ma tu tengahhari tu bagi dia makan sekali. lepas nona saya pon balik. sampai rumah mengerjakan pulak budak2 kat rumah tu. aduhaiii.. meleleh2 peloh nih. sayang punya pasal layan je la. lepas tu baring2 tengok tv. hajat tu nak tido sebab mata dah naik pedih tapi tak boleh lelap. malam, hujan pulak. hujan tapi bahang panas. haihhh... mula2 tido depan tv lepas tu terjaga terus masok bilik. acha seperti biasa, ikut bontot je la dia. mana boleh berenggang. kalo boleh nak ikut masok dalam baju terus. geram betol. bangun macam bias.a liatbetol tulang nak bangun pagi. haihhhh...
~~
pagi ni jalan tak jem. biasa2 je. cuaca nampak ok. harap2 hari ni berlalu dengan berkat dan rahmat dan selamat. aminnn.. kena doa yang baik2 setiap hari.
~~
opss.. mak obek bagi saya kain buat baju raya. hwuahahhah.. ntah le camne gaya rupa kainnya saya tak tengok lagi. sebab tak jumpa obek lagi. malam kang kot baru jumpa itupon kalo obek tak koje malam ni. chewahhhh... makcik, lenkali bagi baju dah siap jahit ye, saya taktau nak pi hantar mana kain ela2 tu untuk jahit. haihh..orang dah bagi amik je la. terima kasih. lenkali bagi la lagi. banyak2. hwuahhahahhaa....
~~
ok la.. dah banyak membebel hari ni. eh..selamat hari guru. kepada semua guru2 saya tak kira guru secara formal atau tidak. tapi dalam ramai2 guru saya paling ingat cikgu tadika saya. cikgu zaharah. kurus tinggi hitam manis orangnya. entah la kat mana sekarang.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

lin selalu kalo antar anak bulus g kembiri.
wajib singgah spca.
sonok jerk tengok kcuing lawa2.
kekadang dah pegang sampai 3 ekor..
hhahhhah.
pastue letak balik..

zh-ena said...

mmg selalu mcm tu..klu g jln kat shopping complex pki selipar jea salesgirl mmg tal layan sgt kita nie..kdg2 tu geram jea tgk pdhal mmg kita nak beli pun..wat mcm tu terus tawar hati nak beli brg..mmg menyampah org tgk luaran jea nie

Hazelsyd said...

saya,

hehehehe yahuuu sesajer dia eks hahaha

neway, eh ehh si salesgirl tu ekk...kat sini, bila kita kata kita just nak tengok2 jer, depa respect and bagi privacy lagik..kita ni kan customer, we have the right to see try and test before purchasing kan...haihh tu lah kan..len kali jgn pi situ agik! tu diahh mode batu api kan i nih hehe

saya said...

pinkie--mmg..semua omel2 belaka. rasa nk gigit2 je..

ena--tu la. kojaq betol salesgirl tu.

hazel--ye? eeee...kat sini biasa la. dia tgk kita pakai slipar dia igt kita sengkek..dia taktau kita pakai slipar guess tu bawak pi toilet je. getik la. eh..tetiba je kan nak hangin. hehehe..

Hazelsyd said...

hahahaha