mari mencari....

Google
 

Tuesday, May 25, 2010

kisah sedih..bidadari kecil...


salam..
~
hari ni macam biasa la.. tapi semalam dapat berita sedih. walopon bukan dikalangan ahli keluarga tapi pada kami (saya & obek) dah anggap mereka macam ahli keluarga sendiri. ceritanya macam ni. semalam obek pergi kerja macam biasa la. dan jugak budak2nya. lepas hantar budak2 tu ke site obek pon pergi ke tempat lainla. menguruskan hal lain pulak. biasa la tu. dalam tengahari tu dia dapat call dari salah seorang budaknya, kami panggil man bon. al-kisahnya isteri man bon nak bersalin. mujur dah memang ada kat hospital. dalam kelam kabut tu, obek pon miscommunication apa hal sebenar cuma minta suruh supervisor tu tolong hantarkan man bon ke hospital. dalam pukul 2pm macam tu, obek pon menyusul ke hospital juga. nak le tengok keadaan anak buah jugak kan takkan nak biar begitu je. mereka bukan orang senang. sampai2 man bon dah menyerbu ke obek. memberi perkhabaran sedih. rupanya Allah lebih menyayangi anak man bon yang baru lahir tu. alahai.. mengucap panjang obek. setelah ditenangkan, obek pon membantu menguruskan segala hal hospital, bil, urusan jenazah dan sebagainya. bila dah tenang, baru lah dapat cerita yang sebenarnya.
~~
rupanya bini man bon tu dah seminggu masok hospital. ada komplikasi rupanya. si man bon ni pulak takde la nak bagitau kat obek or sesiapa pon pasal hal ni sebab dia ingat perkara biasa. aduhaiii.. obek kata kalo aku tau bini ko kat hospital aku takkan panggil ko keje. pi dok sana teman bini ko tu. tapi apa nak buat. kita pon tak tau cerita. rupanya memang setiap pagi man bon melawat bininya la. so, akan bergerak ke tempat keje dari hospital. berulang alik macam tu la. rupanya pagi tadi tu dah tiba masa nak melahirkan. tapi tak cukup bulan baru 33 minggu kata doktor. bila lahir baby ada gerak tapi takde suara, macam dah lemah. sekejap je katanya dalam 15 minit macam tu baby dah takde. yang lagi sedih ialah, baby tu kembar. 2-2 baby girl. man bon memang nak anak girl sebab anak 1st dah lelaki. besar dah umur 3 tahun lebih. si ibu pulak semalam masa obek pergi hospital masih tak sedar diri lagi. maka jenazah baby nak diuruskan jugak petang tu. aduhaii.. jawabnya ibu tu tak sempat nak jumpa baby tu la. cuma diciumkan jugak jenazah kedua2 anak tu ke pipi ibunya yang tengah tak sedar lagi tu kesan dari operet. menurut doktor, dah cuba sedaya upaya. tapi entah la..susah nak cakap. soal ajal maut ni ditangan tuhan. obek kata semalam man bon pon dah macam tak larat nak berdiri punya sedih. sapa yang tak sedih kalo perkara macam tu terjadi. mak bininya pulak jauh. nun di sabah tu. mujur mak man bon tu di kajang. kesiannya. obek cerita semalam saya pulak yang melalak2. man bon mintak obek berikan nama pada anak2nya. sebab dia dah anggap obek macam abangnya sendiri. susah senang dengan obek la. so, obek bagi nama siti aminah & siti khadijah. lepas selesai segala urusan di hospital, bawak balik kampung man bon ke kajang. uruskan pulak soal pengebumian. sebab baby, maka mudahlah segala urusan. obek kata baby comel. walopon kecik2 cuma 1kg lebih sikit je setiap seorang, tapi comel. putih merah katanya. muka manis. tersenyummmm... knowing obek yang memang suka budak2. dia pon nangis sekali. huhuhuhu... obek dah tak macho dah. tapi hal2 macam ni mana kira macho ke tak. sifat kemanusiaan tu yang lebih penting. lepas selesai semua, maka tinggal la man bon menguruskan hal tahlil malam tadi. tapi pagi ni dia call obek cakap nak pegi koje. kena marah dengan obek. hehehhee.. obek kata dok rumah urus apa yang patot. teman bini. dia kata bininya kene dok hospital lagi dalam 2 hari. dia runsing dok kat rumah tengok semua barang untuk baby baru. teringat2 katanya. obek kata sabar la. dugaan. uruskan apa yang patot. rehatkan diri. temankan bini. tu entah le camne gaya dia nak bagitau kat bininya hal tu. tu lagi dugaan besar. aduhh..tak dapat saya nak bayangkan betapa sedihnya hati si ibu bilamana penat mengandung selama ni bila buka mata anak2 dah takde. tak dapat jumpa pon. sedihnya.
~
jadi kepada kawan2 semua, doakan kesihatan si ibu dan bapa moga mereka redha dengan dugaan ini. juga hadiahkan al-fatihah kepada arwah si kecil bidadari syurga yang sedang menunggu ibu bapanya itu, siti aminah dan siti khadijah. Al-fatihah....
~
~
~

ni cerita budak busuk masam pulak. haih..dia pon macam tau2 je ada berita sedih. semalam monyok je. nak kata tak makan, rasanya dah terlebih makan kot. nak kata tak sihat, rasa2 badan ok je, tak panas, takde apa. maybe dia pon dapat rasa kesedihan kita manusia ni. aduhai nezha. sayang sangat kat dia nih. jadinya semalaman melayan dia la. menggaru2 perot, garu2 leher, pelok2, main2. tu je la.
~
balik keje semalam saya beli nasi lemak untuk dinner. dengan kepak ayam bakar tu le. tak sedap le pulak. haihhhh... lepas tu makan kinder bueno. saja nak try yang perisa baru tu white choc. alamakk..manis sangat le pulak. tak sesuai dengan tekak. sedap lagi yang perisa choc biasa tu. tu kalo ikut tekak saya la. kan.
~
obek seperti biasa, terlebih buzy. biarkan dia buat keje dia jangan dikacau2. ada masa, dating. takde masa dok rumah diam2. hari ni jalan jem sangat pulak kat depan rumah. so saya ikut jalan lain. jauh tapi kurang jem. takpe la. sempat jugak sampai office sebelom pukul 9am. syukur. sekali haus le sangat2. saya ni satu tabiat tak elok ialah suka sangat minum ais. orang kata tak elok minum ice banyak2 nanti lemah2 badan. memang ye la kot. badan selalu lebah2, sendi sakit2. malas tu terlebih2 menjadinya. tapi kalo tak dapat minum ice tu rasa macam tak minum je. tekak tercari2. kalo dapat ice tu aduhaiiii..legaaaa rasanya. habis camno tu??? kasi tolong sikit. takmo la sakit2, nanti belom tua dah sakit itu sakit ini. eh..sekarnag pon dah tua gak, tapi ada muda sikit. hehehehhee....
~~
ok la.. nanti sambong lagi. etrima kasih kepada follower baru. jalinkan persahabatan di antara kita ye. sayang anda semua.
~~
muuahh... from nezha to all of you. chewahhhh... nanti kalo jumpa dia panggil hensem boyyyy.. baru le tergedik2 datang dekat. gatal betol.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

alahai leeya sedeynya dengar citer siti khadijah ngan siti aminah.
tuhan lebih mengetahui.
moga ibu n bapa mereka kuat menghadapi ujian.'
amin.

alahai si bucuk nezha tue.
muker tak bleh blah kalo tengok.
geramm netol..badan dah tambunn.
eiiii...nak sepak laju2 rasanya.

MOKCIK AZWA said...

Sedeynyer la kan..takziah la buat man bon. Dah ler kembar...mungkin sebab tak cukup bulan dan beratnya masih tak cukup kuat untuk mereka berdikari. Kesiannya pada isteri tu..semoga tabah menerima dugaan.

lahaii nezha macam tau2 jer sedey yer...muka pun nampak sedey tu..

Ummi batrisya dan damya said...

Al fatihah untuk kawan si obek itu

mungkin ada hikmah yang berlaku :)

saya said...

pinkie/mokcik/ummi--ye..al-fatihah kepada mereka..