mari mencari....

Google
 

Tuesday, May 11, 2010

sayang anak dan kisah pencari kerja...



hello..hari ni dah hari selasa kan. eh..ke rabu? selasa la. tak kira la hari apa pon, jawabnya hari ni kene keje. hehehhee.. pagi tadi nezha ngada lebih pulak. melesek2 takmau kasi lepas saya. aduhaiiii... saya cakap acha doa la bagi kita kaya, ada bas lori kereta 10, ada rumah besar ada duit banyak nanti saya takyah pi koje. dok rumahhh je jaga acha ye. nak? meowww katanya menjawab. ya tuhan.. macam le paham apa saya cakap tu. hehehehhee...apa pon, setelah berhempas pulas melepas kan diri dari dia, biasanya saya umpan dia pegi tempat makan. sementara dia tengah syiok2 makan tu saya chow cepat2. hehehhee... kalo dia tak nampak saya kuar pintu tu takpe, ni kalo dia nampak memang dia menjerit2 la jawabnya. saya pon tak sampai hati.
~
haihh..tu baru kucing, orang yang hantar anak baby2 ke nurseri pagi2 tu lagi la sedih rasanya. mesti hati mak2 tu sedih kan. tapi nak buat camne. keadaan dah terpaksa. sebab tu kalo korang ada baby sitter yang memang jaga anak awak sorang, syukur lah banyak2. atau ada family member yang jaga anak awak, syukurlah banyak2. jangan lah anak merungut2 tak tentu pasal. kalo family member yang jaga pon, kata la awak duduk serumah dengan adik beradik mak pak, tolong la bagi sedikit imbuhan pada mereka. penat tau tak jaga budak kecik ni. jangan ingat mentang2 itu family member, bior gitu je. kalo kene hantar nurseri siapkan la 200-300 sebulan duit anak. so, sama je isunya. jangan la berkira. kalo nak dibandingkan dengan ibubapa yang terpaksa kejut anak pepagi untuk hantar ke nurseri. kesian. kadang2 saya tengok baby2 tu tido lagi. dipangku ibunya masok ke nurseri. kat nurseri tau2 je la. ramai. tido pon berbaris je macam askar. tempat tido pulak entah la. saya tak pernah masok nursei tengok tapi mungkin elokla kot. ada tilam semua tu. jang pulak dibiarkan anak tido atas lantai berlapikkan kain je. kesina la budak2 sakit badan. kita mak pak pun sesekali cuba buat spot cek. datang waktu keje tu tengok apa keadaan sebenar nurseri tu. tapi rasanya anak yang hantar ke nurseri akan jadi lebih berdikari, tak keterlaluan manjanya dan boleh bertindak dengan cepat ikut keadaan. ye la.. sebab semua pon buat sendiri, lain kalo dok dengan atok nenek atau baby sitter yang mengadap dia sorang dari pagi sampai petang. nak menguit pon cepat2 ditolong. tapi ada juga yang jadi memberontak. sebab rasa tak puas hati tu terpendam je dalam diri. tu la ada yang jadi ganas, degil. mmm..so, ada jugak la pro & kons nya kan. apapon, saya doa supaya anak2 kita tak kira la sapa yang jaga, dijaga dengan baik dan selamat.
~~~
cerita pasal isu siswazah mengganggur ni kan, entah la. ada betol dan tak betolnya. kesian kat mereka yang dah grad dengan bagus tapi masih mencari2 pekerjaan. tapi saya pikir dua-dua pihak mesti ada pembaharuan. 2-2 pihak tu majikan dan pekerja/graduan ni la. majikan kebanyakkannya nak yang ada pengalaman kerja. lorr..nama pon budak baru lepas grad, mana nak ada pengalaman. munkgin pengalaman praktikal sedikit sebanyak ada membuka mata dia macammana menjalankan kerja di tempat kerja sebenar. sebab tu masa praktikal, jangan dok praktikal kat opis mak pak sedara. kira nak senang je. nak markah banyak je. takde maknanya. kena la praktikal kat luar. baru ada pengalaman hidop dan kerja.
~
majikan macam biasa la.. gaji tu kalo boleh nak bagi yang sekecik2 alam. kalo keje pree lagi dia suka. aduhaiii... agak2 la kan. kalo awak majikan tak bagi peluang pada graduan ni, sampai bila2 pon takde pengalam kerja ikut qualification. tu yang jadi kes math grad koje jadi receptionist.
~
pada para graduan pulakkkkkkkkk.. tolong lah. tolongggggggggg la buat resume dan cover letter yang mencerminkan awak tu seorang graduan. ni takyah jauh. cerita kat opis saya je la. opis saya buka satu position. nak ambik budak2 grad ni le. dah iklan dah. dan berpuloh2 la resume mencurah2. ya tuhannnnn....
~
1st, emel address awak2 tu tolong la yang profesional sikit. bagi formal sikit. jangan la bagi emel address yang ntah hapa2 macambudak2 kecik. ni siap ada emel address power_rangers la.. idacute88 la... juzz4mee la... camne la orang nak tolong awak. bagi formal sikit. yang emel address mengarut2 tu awak boleh guna untuk emel kat kawan2 awak, kat boyfren gelfren awak. bagi emel address formal ikut nama awak. kalo nama awak abu bin seman, letak le abu_seman, or s.abu ke apa ke yang formal. mengucap panjang saya tengok emel resume budak2 tu. emel pulak, ada yang bagus, siap tulis la application. ada yang takde tulis apa. kosong. zero. tau2 terselit je resume. astagfirullah... ko ingat ni opis ke apa ha??? kadang tu tajuk subjek pon tak tulis! tengok la tu..habis camne nak menolong??
~
kebanyakkan yang macam tu memang 'sebangsa' la kan. ada pulak yang tulis, "hai.. this is my resume. please call me." ada ke macam tu? patot tak? ingat ni acara cari teman kembang setaman ke? main hai2 pulak. ya tuhan... patot la..patot la ramai je graduan yang tak dapat2 carik koje. belom apa2 dah tunjuk benda2 macam tu. kalo pon kat uni dulu takde orang bagitau, at least pikir secara lojik. carik koje adalah satu perkara yang formal. position pulak bukan position cleaner ke apa ke. so, pikir la sikit.
~
bila dah call untuk attend interview pulak, macam2 alasan. ye faham, ada diantara mereka yang tengah bekerja sekarang. tapi tarikh temuduga adalah seminggu dari tarikh kita call dia. tak salah negotiate dengan caller untuk tentukan masa dan tarikh tapi jangan lah keterlaluan!!!! ni bila cakap sekian2 hari bulan, sekian2 masa, jawapannya, "uhh.., ahh..alaaaa", bunyik2 yang menunjukkan awak tu boring dengan panggilan tu. ni ada jugak yang sampai taktau lansong kita call dari kompeni yang mana walhal diawal perbualan dah perkenalkan diri dan dari kompeni apa. astagfirullahalazim....... korang2 yang hantar resume tu, tanda, buat catitan, hantar ke kompeni apa. kalo iklan tu hantar ke advertiser, remark kat situ berapa hari bulan, position apa. cakap elok2, profesional sikit untuk mintak full address company yang call awak. bukan main cakap macam cakap dengan kawan2 gitu. majikan ni pon tau awak memang sedang carik koje dan hantar banyak resume kat pelbagai kompeni. tapi jangan le cakap.' eh..ni yang mana satu ye? saya hantar banyak la.. tak tau yang mana satu.'. lorrrr... kot ye pon taktau, bila orang tu call, suruh datang interview, mintak je alamat penuh dan no. telefon dan nama orang yang call tu. takyah nak cerita kisah awak hantar resume beratus2 tu. tak perlu.
~
english? aduhai.. lagi satu hal. sedih la. kita call cakap english, dia jawab dalam bm. cakap je dalam english, salah pon takpe. simple english menjawab panggilan telefon takkan tak tau? kata graduan!!! jawab la dengan yakin menunjukkan yang awak tu eager untuk kerja kat situ. bukan setiap grad ada attend muet ke? level english tu? takkan tak reti lansong cakap simple english. menjawab telefon. bukan suruh awak buat ucapan perdana. ada pulak yang terlebih eager. terus call opis cakap nak datang. aduhai sayang2ku sekelian. kami terima beratus2 resume. kene buat tapisan awal dulu, kalo shortlisted baru akan dipanggil. ada pulak yang send je resume terus call tanya "hello.. saya ila, tadi ada hantar resume, ada dapat tak??" huhuhuhuu... intro takde, apa takde, tetiba tanya dapat tak resume dia. camno tu?? inbox emel tu bukan khas untuk awak sorang je ye. banyak yang masok.
~
mmm..macam2 perangai. tapi tu lah dianya. ni bukan pada budak2 grad tu je, untuk kita semua la kan, untuk saya jugak. hantar resume, be profesional. jangan main hentam caca marba je ikut suka hati. pas tu komplen hantar2 resume sana sini tapi tak pernah kene panggil interview. orang yang betol2 buat resume secara formal pon banyak lagi nak kena tapis lagikan awak yang buat macam tu. sekian la jawabnya.
~
bila dah dapat panggilan temuduga tu. please, pleaseeeeeeeee be punctual. datang awal takpe. awak boleh masok dulu dan cepat awak balik. ni terbalik kot pulak. interviewer pulak tunggu orang. haiyaaa.... atau, kalo awak terlambat, jalan jem ke apa ke, call opis tu. inform. jangan diam je. ni dah set iterview pukul 10am, pukul 1015am belom muncul2 lagi. call pon takde. apa pon takde. datang pukul 1030am dengan tersengih2. bila ditanya awak interview schedule pukul berapa, mula la menggeliat2 menjawab. ya tuhan.
~
datang pulak please be prepared. bawak segala tok nenek original cert tu. extra satu resume dan cover letter. bawak pen. ni datang melenggang kangkong. habis, camne nak menolong bangsa? sedih la.
~
bab baju pula. ni lagi satu hal. pakai yang formal ye. jeans is a big no-no! tak kira la jeans tu beli kat amerika harga 16k ke.. takde maknanya. baik la ko pakai suar slek pasar malam tu. pakai la kemeja lengan panjang. takde talileher pon takpe. tapi kemas. rambut kena kemas. kalo rambut panjang, ikat. ada juga calon lelaki yang rambut panjang. takde hal. cumanya kene la bersih dan ikat la elok2. jgn ko mengerbang mcm nak pi tgk konsert search & wings pulak. pakai kasut sarung. pompuan pon 1 hal jugak. pakai je baju kurung. senang. tentu2 ok. tak kira la awak free hair ke pakai tudung ke. kalo nak pakai seluar, pakai yang formal attire. jangan main sauk je. ni pakai suar ketat pulak. aduhaiii...sedih la. skirt pon boleh tapi jangan pendek sangat mcm skirt promoter carlsberg. tak dapek nk nolong tu. pakai kasut tutup semua. jangan pakai sandal kelepek-kelepek. once in a lifetime, laburkan duit beli proper attire, kasut tinggi, baju elok sikit. dapat 1 set jadi la. ko ligan la pakai je baju tu everytime interview bukan orang tau pon. yang penting presentation tu. make-up pulak, mmm.. jangan keterlaluan macam opera cina. be natural. perfume pon pakai sekadarnya dah. jangan sampai orang keliling terbersin pulak. kalo tak tau atau tak pasti, search internet, banyak info pasal datang interview ni. apa do's & dont's dia. kadang2 employer bukan nak tengok sangat kelulusan. tapi keterampilan dan boleh buat keje. kadang2 ada employer yang buat short test kat candidate. macam buat kiraan kat excel ke, buat surat ke, buat drawing ke, depends pada position la kan. haa..time tu la awak2 semua tunjuk skill yang ada. skill kerja ye bukan skill surf facebook or blog! itu hazab namanya.
~~
panjang pulak membebelkan. tu la dianya. kisah benar. bukan rekaan2 ni. bukan cerekarama. bukan drama swasta. kisah benarrrrrrrrrrrrrrrrr.....
~~
ok.. back to normal view. malam tadi pi dinner. tapi tak selera sangat la. sebab awal2 dah spoil. saya taktau orang tu tak sengaja tau secara sengaja mengambil kesempatan memegang tangan saya ketika memberi kertas bil. tapi perkara tu dah membuatkan saya bad mood. dan tak makan makanan tu. benci. kalo ko tak sengaja, takpe la. tapi kalo ko sengaja, memang melungkop la kedai ko.
~~
seperti biasa obek menjadi punching bag saya. huwahhahahhaa..... sian obek. tapi saya seram2 sejuk juga buatnya obek pi confront dengan orang tu. baran boleh tahan. tak pasal2 bertelor kat dahi orang tu kang. jangan buat..ia pernah terjadi.
~~
okla.. panjang pulak tulisan hari ni. sila tatap muka nezha yang sedang bermain di bawah meja itu ye. bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam cik saya...

aha..kisah bengang macam kisah saya jugak nie huhuhu

hoh tentang bagi emel address tu kan...setujuuu sangat...bukannya susah, lagi pun pree maa..create la satu akaun utk rasmi punya matter kan. Macam mokcik ni sampai lupa pasword sebab lain perkara lain addressnya hahaha...

kalau yg dah berkerja tu, kalau nak amik EL ker, hantar la sms kat bos elok2. Ni pernah bos frwardkan kat mokcik satu sms yang berbunyi 'hye puan, sye *toot* dari bhgn *toot*. sye el hr nie sbb krg sht.'..ingat bos tu kawan baik korang ker, bleh htr sms gitu...huhuhu

pencari kerja kat luar tu, hah ambik teladan dari enry cik saya ni tau..

Misz Pinkie Winkie said...

selamat hari rabu si bushuk masyam..si acha.
huhuhuh..

macam hal sknag nie.
ada gak yang gatal amik kesempatan.

Mince4AM said...

saya doakan anda menjadi kaya, bagai diimpi. Amin.

~dARlee zURiS~ said...

yeah...tu die tips dari cik saya kita.
berguna tu.kena bg attention.bagus2...

ckp pasl nursery nie,tak jumpa lagi tempat nak hantar kysh nanti
susah kan...macam2 kes skrg.risau.kena cari yg btol2.

Hazelsyd said...

hi cik saya,

aduihaii banyak issue nyer yer entry kali ni hehehe tapi sumernyer mmg real facts and i agree with all your points there....paling taktahan tang si kucen tu yg menjawab meowwww paham jer apa u cakap eks hehehehe

nice entry!

saya said...

mokcik--pendapat masing2 tu lain2 mokcik.. dia igt cara tu dah betol dah. apa boleh buat....

pinkie--memang ramai orang gatal sekarang. hell!!!!

ahmad--amin ya rabbal a'lamin.. mudah2an masin le mulut ahmad mendoakan saya.

zuris--tu la.. cari nursei yg elok2 ye. love baby kysh..

hazel--tau takpe..hehehhee..