mari mencari....

Google
 

Monday, May 24, 2010

weekend yang memenatkan....



haippp..jangan kacau..saya garang ni..garang ni.. tengok muka saya tengah garang ni. kalo kaco jugak nanti saya gigit tangan korang. saya memang suka gigit2 orang ni, terutama gigit perempuan tu. hahahhaa....

~

hehehhee.... takde maknanya kamu tu garang nezha. manja bebeno ye ada la. tu konon2 je la brutal. tu namanya tengah melepak jilat2 bulu. baru lepas makan so haruslah merehatkan diri denagn secukupnya kan. untuk mengumpul tenaga supaya boleh melompat dengan lebih tinggi lagi. al-maklum, hajat tu dulu nak masok sukan olimpik, tapi kaki katik jadinya melompat je la kat rumah. sabar je la.

~~

okeh.. apa nak cerita? biasa la.. kalo hari isnin mesti nak cerita pasal weekend kan. mari2 kita mengimbas nostalgia hari sabtu ahad yang lepas.

~~

sabtu, 22/05/2010 :

pagi2 dah bangun, sebab nak pergi rumah al-maunah. kan ada orang nak sewa rumah dia yangkat hujung dunia tu. jadinya minggu ni orang nak datang pasang2 wiring lampu kipas segala mak nenek benda la. liat betol nak bangun. pegi dengan obek, sebab yang nak buat benda2 tu budak2 obek. rajin budak2 tu. buat kerja cakap sekali je. takde la macam paku dengan penukul. bagus la budak2 tu. laju je keje. laju2 pun kitaorang sampai pukul 10am macam tu petang pukul 530pm baru totally clear. tau2 la al-maunah, nak itu nak ini. so, dah siap semua. lega betol. lepas ni nak carik orang basuh rumah je lagi. saya takmau basoh. penat. upah je la orang mana2 tu. yang nak sewa tu budak2 student. saya kata suruh je la budak2 tu basoh sendiri, annti tolak duit sewa. boleh je kan. hehhehee... harap2 diaorang ok la. jangan buat koje bukan2 udah le. risau gak. so, lepas tu balik. nampak pulak pasar malam. singgah dulu. beli buah naga merah tu sedapnya. murah lak tu 4 bijik rm10. borong jangan tak borong. beli buah laici jugak. pas tu nampak cendawan goreng. sedap. murah je 1 cup singgit. beli jangan tak beli. nampak laksa, orang ramai kerumun bau pon macam sodap, beli jugak. tapi rupanya laksanya masam teramat, dan pedas pulak tu. saya memang tak larat makan. makan 2-3 suap je la jawabnya tu pon macam nak keluar asap kat telinga. malam tido mati. baik pulak nezha takde garu2 gigit2 kepala. dia pon bukan main lena tidoooo....

~~

ahad, 23/05/2010 :

disebabkan tak balik sabtu tu, jadinya pagi ahad harus le kena balik rumah ma. kalo tak nanti ma bising2 lorr.. jadi nak amik hari tu call le dulu tanya ada nak beli apa2 tak. saya macam nak makan mee kari tanya kat ma kat rumah ada tak bahan2nya. ma kata takde..ada ayam je. ok..nanti saya pegi beli. sekali ma cakap dia macam nak makan laksa le pulak. saya kata ok la..buat laksa la takyah buat mee kari. so, on the way back tu singgah le pasar. beli bahan2 untuk laksa. nampak pulak udang segar2, beli jugak nak buat cucur udang. wahhh..sedapnya. sampai rumah ma terus bersilat masak2. hehehhe... rupanya ma dah siapkankuah laksa tu, just tunggu laksa je dari saya. saya pulak buat le cucur udang tu. puas hati. lepas tu apa lagi. makan laaaaa.. macam nak pecah perot. owh..ma ada beli air kurma + pegaga la. sedap jugak rasanya. macam rasa herbal tea tu. lepas makan2, tengok tv. lepas tu bantai tido sampai petang. tak lena sangat sebab panas berbahang. petang pukul 630pm, balik semula ke sarang asal. hehehhehee.. sampai2 rumah pulak tengok nezha baik punya kemas meja. sabar je la. so, lepak2 je la sampai ke malam. tu je la cerita weekend saya.






pagi ni ingat nak keluar awal. sekali pepagi obek call cakap tayar kereta dia rosak. hehehee..sian. dah le orangtua tu nak keluar cepat hari ni banyak keje. sian. nak buat camne. cuma dapat pergi ke petronas je la pam angin. nak tunggu kedai bukak paking cepat pun 845am baru kedai bukak. berjanggut le orang tua tu menunggu kat kedai tayar. tu obek. kalo saya yang kena lain takde la.. kompom melalak dulu baru pikir apa nak buat. hehehhee.. selalunya takde pikir2 dah. melalak je. perot lapar sangat la pulak. so, pagi tadi singgah kedai depan tu beli koripop kejung. kejung pon dah lapar makan juga la. sabar je la.

~~

harap2 minggu ni berlalu dengan baik ye. tak larat la kalo ada problem je. sesekali nak juga bersuka ria. tak keje, nak keja. dah keje kepala pening lak tengok keje. manusia ni betol tak pernah puas dengan apa yang ada kan? hehehe... saya la tu. ahhh... malas le nak cakap apa2. bosan. semuanya membosankan.
~~

owh..balik rumah ma minggu tadi, dapat kad jemputan kawen. makcik yang jaga saya masa kecik tu2 dulu.. anaknya kawen. bukan masa saya baby..masa saya sekolah randah.. kira transit le kan sementara nak pegi sekolah petang tu dok rumah dia. huhuhu.. masa tu budak tu kecik dari saya. masa makcik tu jaga saya budak tu ala2 baru nak belajar cakap pekat2 tu. saya dah sekolah rendah masa tu. sekarang dia kawen dulu. saya bila ni??? ahhahahhaha... baik jangan pergi kenduri tu kalo tak mesti kena tanya soalan cepu emas gangsa berlian semua tu. ma mesti pegi punya. siap nak pegi rewang2 bagai. tapi saya suka je kalo pergi tengok kenduri kawen. meriah. saya suka tengok orang ramai2 tu. kanak2 gembira main2 lari2 tu saya suka. saya lebih suka kalo kenduri cara kampung. gotong royong. atau kalo guna katering pon suasan kampung. sesiap pon dijemput datang. tuan rumah akan terima dengan tangan yang terbuka. nak makan berapa kali, nak makan banyak mana, suka hati, asal jangan membazir. nak sembang lama lama. ikut suka. saya tak suka kalo pegi kenduri kawen yang terlalu protokol dalam hotel2 16 bintang tu. datang pon nak kene tunjuk kad bagai. takde kad tak boleh masok. makan ikut sukatan, ikut time. selagi pengantin tak berucap selagi tu la ko menganga tunggu masa dijemput makan. bosan. kanak2 tak bolehmasok dewan. kalo pada kad tulis awak dan pasangan je maknanya awak dan pasangan je la yang boleh masok dewan, takde lebih2 kot nak terbawak adik ke apa ke. takde2.. sorry. kangtak cukup laok sebab kiraan kepala dah terlebih gitu. paling terok kalo kena ikut tema2 bagai. eeeee.. tak kuasa la. orang datang kenduri tu nak bersuka hati bukan sebab terpaksa ikut peraturan yang ntah hapa2. tu pada saya la. orang lain saya taktau le kan. mungkin sebab para jemputannya tu vvvvvvvvip belaka jadinya kene ikut protokol. hahhahaha... menyusahkan. kita buat majlis ni bior meraikan yang kurang bernasib baik. yang miskin2 tu didahulukan, dibagi makan dulu. bukan yang kaya2 tu. entah la. pendapat masing2.

~~

ok la.. panjang pulak membebel hari ni.
~~
i love you obek..(keja rajin2 ye)
i love you nezha..(tolong! jangan sepahkan rumah)
i love all of you..(happy monday)

3 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

mama nezha bila lagie????
hehheheh...lin tanya mewakili anak makcik yang kawin tue.

MOKCIK AZWA said...

hoho..garangnya muka nezha tu...takottt mokcik ...

pasal kawen...kami pun setakat ni buat kenduri kawen kat rumah sajorkkk..senang maa...takyah ikut timing, nak makan, makan..dari pagi sampai ke petang selagi ada makanan...makan la. lagipun seronok terasa bergotong royong gitu hehehe

saya said...

pinkie--mummy nezha berkurunnnn lagi. hahahhaha...

mokcik--ha.ahhh kan mokcik.. tu yang seronok kan