mari mencari....

Google
 

Saturday, June 26, 2010

sapa rindu kat budak hitam ni?? angkat baju! opsss..angkat tangan...




hello...
hamboih, hamboih, hamboih.. nah..kasi tengok puas2 pic budak hitam yang busyuk masyam nih. ni la pic dah lama. hari ni try2 buleh le pulak load kan. pic ni masa saya tengah berbuka puasa. dia dah siap bedal dulu then dia lepak2 le menunggu saya siap makan. biasa la tu, dia punya lapar tu mengalahkan kita yang puasa ni ha.
~~
anyway.. hari ni sabtu. tapi saya tetap datang koje sebab ada urgent tender mau kena isi. biasa la tu kan, nama orang penting kompeni harus le datang kasi settle semua. whauhahahaa... perasannya. tak sedar awak tu machai je. aduhaiii.. dah berkurun tak pernah datang koje hari sabtu sekali koje sini kena datang la pulak. tapi takpe. pengalaman tu. so, hari ni tak boleh bangun lambat la. saya bangun awal, tapi obek datang lambat. dia yang nak hantar saya. geram la. pagi2 dah buat saya muncung 16 depa. ye la..orang cakap pukul 9am mesti mau gerak dia pukul 930 baru terhegeh2 datang. hangin betol. nak pergi sendiri, dia nak hantar katanya. takot orang kacau katanya sebab saturday sini orang takde. tau takottt..... nak breakfast pon tak sempat. lepas hantar saya, dia pulak pegi keje kat tempat dia. haihhh.. masing2 sebok bekerja je sekarang ni. sian kat nezha. kurang masa dah nak main lompat2 dengan dia. dia pon asyik tido je saya tengok. stress kot. apakah?? bukan ke sepatotnya saya ni yang stress?? ni sudah terbalik pulak. layan je la.



gambar tak berapa clear la ye. sorry. ni je yang termampu. cadang2 macam je nak beli camerakan tapi bila pikir2 tak kuasa le pulak nak membawak camera tu kulu kilir. handphone sebijik ni pon kadang asyik je la salah letak, hilang. susah nak carik balik. asyik kene call je. ni kalo camera yang tersalah letak mana mau carik? ke alasan takmau kuar duit keping2 untk beli camera? hehehehhee... ahh.takpe la.. tak terang pon takpe la.. janji ada gambar. jadi la ye. syukur apa yang ada. dari beli camera tu baik beli makanan nezha, ada paedahnya. melainkan camera tu saya dapat secara free. kecik tapak tangan, stadium saya tadahkan. obek.. dengar tak ni?? muwhahahaha,....
~~
hari ni balik rumah ma. biasa la tu. entah la nak beli apa. takde lak tingin nak makan apa2. semalam ada beli air kotak melon tu bawak tu je la. ingat nak buat lontong la nanti. tengok la kalo rajin. kalo tak rajin sekian wassalam.
~~
saya dah kata dah... bila bos ada je semua jadi tikus balik. hahahahhaa... tapi tak semua ada hari ni. orang2 tertentu je la. orang2 yang datang dengan saya hari ni kira ok la jugak. bos ada hari ni sebab nak kene sign tender document tu kan. berpeloh2 le menyiapkannya walopon turn on aircond full blast. harap2 dapat le ye. copany senang saya pon tumpang senang juga. insyaallah. jangan lak jadi macam kompeni lama, kompeni senang takmau share pon dengan pkerja. haihhh... nasib, nasib. tak sabar rasanya nak tunggu hari isnin ni nak tengok gelagat terkini tikus2 jongang. muwhahahaha...



tatap la gambar ekor nezha. hwuahahhaa... tu sebenarnya nak tunjukkan bungkusan biskut tu. tu dah tak boleh dimakan dah sebabnya dah jadi barang mainan si nezha. dok la dia gigit, tendang, pijak, dudukkan biskut tu. dah hancur bancai dah saya rasa biskut tu. tak kuasa le nak membuangnya. bior je la bagi dia main. aaa..nezha memang suka duduk atas meja.
~~
ok la..taktau nak tulis apa lagi dah. nanti la kalo ada kesempatan tulis lagi. happy weekend to everybody!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Thursday, June 24, 2010

cerita cover seminggu punya entry...




hello...
assalamualaikum... lama betol tak menulis. tak berkesempatan la.tapi sempat juga jenguk2 blog kawan2. itu pon curi2 masa kat office. sekarang ni kepenatan yang teramat sangat la.. tak tau kenapa. stress yang melampau2 sampai mood pon jadi tak elok. sian nezha. tiap hari nampak muka saya yang masam mencuka. ni lagi la. tapi nak load pic dari handphone sekali tak boleh pulak. bila pi kat card, dia kata card takde, tak boleh access. wth!!!!!! geram betol. saya taktau la nak godek camne lagi. putus asa la. dah le penat.

~~
dah 2 minggu ni saya puasa straight. hehehhee... semangat bukan main. entah la. nak makan pon tak selera, jadi baik la puasa. ganti2 la mana yang patot. biar berlebih janga terkurang. sekali dengan puasa rejab ni biar berkat sikit. tapi tu la. penat bertambah2. sekarang paling lewat pukul 930pm dah selamat belayar. obek pon dah lama saya tak jumpa. membuatkan bertambah2 tensen kepala otak. dia pon bz. saya pon bz. dia ada la nak jumpa tapi dah malam sangat dah pukul 11pm la kadang dah pagi buta pukul 2am. tak kuasa le nak keluar, ngadap bantal pelok nezha lagi bagus. hehehhehehe..... saya kata takpe la nanti bila2 free baru jumap. bagi tenang2 keadaan so nak jumpa pon senang hati.
~~
jadinya dah seminggu tak jumpa obke. hari ni kita dating laaaaa..yahoooooo... buka puasa sama walopon da tak puasa kan. saya balik cepat pas tu drive macam orang gila sebab nak sampai rumah cepat sebab nak mengejar waktu berbuka. ye lah..sebab nak buka kat luar kan. hehehhehe... so, hari ni kita dating kat kenny rogers la. makan macam biasa. tapi lepas makan saya sakit perot. huhuhuhuuuu.. perot terkejut kot sebab biasa berbuka makan nasi. tadi makan ayam jek. haihhh.. perot dah le sensitif. harap2 elok la. esok nak puasa lagi.
~~
lepas makan pusing2 kejap lepas tu balik la. obek pon banyak keje lagi. saya balik bukak blog. baru la ada mood dan ada masa nak update blog. sambil tengok 999 yag saya tak paham hujung pangkalnya. lantak le situ. tak amik port la. banyak lagi benda lain nak pikir.
~~
nezha pon pandai tengok bola yoooo.... haihh..mamat tu. macamkan paham beno kalo ada bunyi gol or bila time saya jerit2 tu. dia pandang je tv tu. entah2 dia kata apa le benda yang pompuan ni tengok sampai terjerit2 tu ha? hehehhee.... sorry la pada anda2 semua yang nak tengok pic dia. saya pon nak jugak tengok pic dia terpampang kat sini tapi tak boleh bua apa la. nak kata virus dah clean dah. apa lagi masalahnya. malas nak guna pc office, situ lain macam sikit. jadinya baiklah saya berhati2. tak gitu? hehehhe.. sebab tu sekarang update blog malam. anywayyyy..
~~
korang ada buat tabung haji tak? bukan buat la.. potong gaji ke, masokkan fixed tiap2 bulan ke? saje la nak tanya. saya baru nak buat. hehehhee.. gila terlambat. orang lain dah berbelas ribu saya baru nak buat buku. haihh.. dok terpikir kalo tak mula sekarang sampai bila pon takkan bermula. biar lambat dari takde lansong, kan? ye la.dok pikir2 pi tengok movie tiap bulan, beli cd tiap bulan, pegi makan2 tempat mahal2 tiap bulan, habis beratos2 ringgit, takkan la tak boleh set aside sikit untuk tabung haji. kurang2 kalo pon lambat lagi nak penuhkan akaun tu untuk melayakkan diri pegi haji, at least ada le simpanan. orangkata boleh amik2 duitnya, ye ke? saya kalo boleh pon takmau la. bior dia kasi peram kat dalam tu. mudah2an berkat.....
~~
nak cerita pasal opis ni. walopon belom sebulan, tapi dah nampak dah corak orang2 kat situ. haihh... susah la... kaki kipas, talam 2 muka, kaki bodek, kaki tuang keje, takot orang overule dia, kedekot info, belagak bagus, semua dah nampak corak sebenar. kalo bukan sebenar pon, 80% of their real skin dah nampak. ada tu dok main facebuk dari start masok opis sampai le balik. haihh..tak letih ke ngadap benda tu je. buat koje kejap2 je. rehatnya yang banyak. heran betol. bertahun2 saya keje, dah macam2 kompeni saya keje, ni la yang saya jumpa orang opis macam ni. saya pon ada gak bukak2 tenet tapi patot2 la kan. siapkan keje tu dulu. dah habis siap waktu rehat tu nak bukak fesbuk ke, blog ke sukati koa kan. nak tegor dah tua bangka, tak tegur naik meluat. nak2 pulak sekarang ni big bos takde. outstation. wahwahwahhhh..bukan main lagi melompat2 tikus2 kecik tu. tanduk taring gigi jongang semua keluar la. lantak korang la. jangan kacau saya udah. tapi kacau le juga tu sebabkan dia tak buat keje, lambat bagi info, jadikan kerja saya pon jadi lambat jugak. leceh la macam tu. entah la.. saya tak le bagus beno, banyak kekurangannya, tapi kalo bab keje mesti nak kene displin. walopon takde orang monitor kita, kita sendiri mesti tanamkan sifat displin dalam diri kita. baru la boleh kerja dengan sistematik. time keje, sila keje. time main, main la puas2. time bersuka ria cucuk2 bintang, sila cucuk dengan sepuas hati sampai tak larat berdiri. entah la..cakap salah tak cakap pon salah.
~~
mata dah pedih le pulak, bantal pon dah memanggil2. saya kan tiap hari bangun sahur, so nezha pon mesti bangun jugak. dia pon sebok nak sahur sekali. biasa saya sahur roti, dia pon nak jugak. minum milo juga. sabar je la. tak boleh banyak2, tak baik. hehehee... lepas sahur biasa saya lelap kejap menyampaikan ke 630am tu. wahh...
~~
apa lagi nak tulis ni ha??? takde idea la pulak. owh..last weekend pegi rumah ibu. buat la belated birthday birthday party untuk semua orang. hahahhhaa.. lagipon ngah nak masok kolej dah julai nanti. sian ngah. mesti sengsara tu. hehehhee.. ye la.. mamat tu jenis makan semangat wooo.. dok kolej tu kang hazab le nak makan banyak2. semuanya duit. sian dia. dah le nanti nak bulan puasa. masalahnya dia tak nangis, saya yang dok melalak2 nih. haih.. ibu kata apa la.... nangis je dari tadi. saya kata ye la.. sedih la. hehehhehe... takpe la ngah, demi masa depan kami semua mendoakan ngah berjaya. nanti saya kirim duit bulan2 ye buat belanja. hehehhehee....ok, berbalik pada cerita birthday party tu, saya kena jadi tukang beli kek daa.. haih...nak tunjuk gambar kek pon tak dapat. bencinyaaaaaa... anyway, saya beli kek campor2 kat sr. beli penuhkan 1 bekas tu. dapat 12 pieces. wahh..sekarang ada perisa baru la. golden nugget. tak tau la dah lama ada ke atau saya yang baru tau. geghehehehe.. sedapnyaa... kacang beso2, tengah2 kek coklat pure pekat2. wahhhh...terbayang2 je. ada strawberry marshmellow, ada butterscotch, ada apa ntah lagi. saya amik 6 jenis, 2 pieces each. sampai rumah masa time potong2 kek kitaoang dok kumpul ramai buat eksyen je la. sebab kek tu dah memang berpotong pon. ahhahahhaa... cam whore betol. macam2 aksi gedik ada. baby nyaw kucing yang kat rumah ibu tu pon tumpang 4 kaki. gatal betol. gemok betol dah dia sekarang, tak boleh panggil baby nyaw dah..kene panggil bapak nyaw. lepas tu sessi bagi2 hadiah. semua orang dapat la. hehehhee... saya dapat t-shirt sampai 2 helai. hantam la. tetiba obek pon dapat gak t-shirt. ini sudah mendatangkan kemushkilan nih. hahahhahaa.... obek dengan ibu no hal punya. gila mamat tu sampai2 je kat rumah ibu terus mintak ibu masakkan sambal ikan bilis. haih..mengada. weihhh...itu bukan ibu awak tau, tu ibu saya. opss... korang jangan keliru lak. ibu tu tak sama dengan ma saya. hahahhaha..biorkan korang pening kepala. lepas sessi bergalak sakan dan perot pon kenyang macam nak meletop, saya pon balik. purrrr..penatnya badan.
~~
eh, eh..panjang pulak tulis entry yang takde faedah ni. ni kiranya cover cerita seminggu la kan. lepas ni entah bila pulak nak update blog. tunggu je la. pada semua kawan2 yang sudi jenguk blog ni, terima kasih. sila datang lagi.
~~
ok la... dah banyak menulis. nak pi tido la. tak larat. stressssssssssssssss...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Thursday, June 17, 2010

world cup punya pasal, tak tid0 pon takpe..buat penat badan je...



hello....
lama betol tak menulis rasanya. penat la. penat sungguh2 sampai badan pon rasa sakit2. tekanan betol. huhuhuhu.. anyway.. hari ni takde gambar nezha ye. nak tengok pic nezha tengok je la yang lama2 dalam archive tu. bukan ada beza pon. tetap le hitam dan mata stim je. hahahhaha....
~~
berapa hari dah tak menulis last hari 14/06 kan? monday. wahwahwahhh.. dah le penat, puasa lagi, layan bola lagi. dah tentu2 le tak cukup tido. tido pukul 11pm. nanti pukul 230am bangun tengok bola. sampai sahur. lepas habis bola dan sahur dalam pukul 5am macam tu. baru la golek. pukul 630am dah bangun lagi siap2 kemaskan semua yang patot. itu le rutin harian sejak world cup ni. hhaihhh..now tengah tengok korea lawan argentina. benci ahhh... sekarang tengah waktu rest. result setakan ni argentina 2 korea 0. uwaaa.... go korea go! pi makan kimchi banyak sikit supaya tambah tenaga. ni apa hal tetiba update pasal bola ni. obek selalu perli saya cakap saya macam jantan tengok bola bangun pepagi buta. hahahhaa.. relax la.. ni 4 tahun sekali punya occasion mesti la amik bahagian.
~~
ok..cerita pasal berbuka. mana yang sempat je la. takde la nak demand2 lelebih. apa yang ada terima seadanya. saya pon dah lupa menu berbuka dan sahur. tapi biasa sahur saya makan roti la dengan milo. jadi la. semalam buka nasi lemak dengan yong tau foo. singgah kat pasar malam semalam beli untuk berbuka. beli air mata kucing. biasa 1 beg tu rm2, semalam dah rm2.50 pulak. haikkk??? demam bola harga air pon naik ke? saya tak pernah pegi kat pasar malam yang ni. semalam la baru nak try test cuba tengok. jawabnya idak le teman nak beli lagi kat gerai tu. teman carik kat tempat lain pulak la ye. hari ni obek yang belikan untuk berbuka. nasi putih dengan laok sambal sotong, ada ikan masin, ada telor masin (berapa banyak punya masin daaa..) ada sayur kangkong dan paling best obek belikan acar buah. wahhhhhh..memang makan bersungguh2 la tadi. errppp... alhamdulillah. terima kasih obek. esok dan esok punya esok dan esok esok punya esok belikan la lagi. hahahhahaa... opss..dengan air soya. kiranya semua makanan kegemaran saya je la hari ni. tadi ada beli roti dengan telur. ingat nak buat roti telor untuk sahur malam kang. kalo sampai nyawa. kalo tak, takde la kan.
~~
bab kerja..haihh..stresssssssss... tekanan betol. seronok ada, bengang pon ada, macam2 ada la. nama pon koje kan. tapi harap2 semua dapat handle dengan baik la ye. doakan yang terbaik ye.
~~
tak habis lagi cerita pasal makanan. dah 2-3 hari puasa ni asyik la dok teringin nak makan lemang. ngadu kat obek. obek kata, haih..belom habis puasa lagi dah nak lemang. tunggu dah 'raya' esok baru beli lemang. uwaaaa..obek ni suka tau memusnahkan cita2 dan motivasi saya. geram la. next week saya raya la kot. hajat tu naj puasa sampai minggu depan. bior berlebih jangan terkurang. ye tak? tapi obek dah janji nanti bila saya dah 'raya' dai akan carik juga lemang. saya nak yang original bakar punya. takmau la lemang tipu rebus2 tu. klao macam tu baik saya rebus je lemang segera adabi tu hah..apa payah. 1 jam je dah siap. tapi saya tak mau yang tu..nak yang real punya baka2 punya. uwwaa..mana nak carikkk?? ada sesapa nak kasi hadiah 'raya' kat saya nanti? bagi le lemang bakar tu kat saya. hahahhaha....
~~
okla.. rasanya setakat ni dulu. nezha dah memekak. telinga dia tu nak kena korek dah. tu sure dah 3kg taik telinga tu. geram betol. korek sendiri la woiii... muwahhahhaa.... itu kang nak korek kang bercinta yang teramat le tu kang. harus berpusing 1 rumah tu 17 kali baru dapat tangkap dia. sabar je la.
~~
take care everybody....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, June 14, 2010

percubaan pertama yang menjadi..walopon tak berapa cun. hehehe...



hello...
apa khabar semua? sihat? penat? banyak kerja? sedih? menangis? melompat? hehehe..apa2 la ye janji bahagia. saya macam biasa la. hari2 buzy je mengejar kerja. macam2 la. pening kepala. hari ni betol2 penat. geram betol. bontot tu rasa melekat je kat kerusi tak bangun2. ggrrrr.... opss..tak baik marah2. hari ni saya start puasa la. mesti nak kena ganti cepat2, masa berjalan ni. insyaallah kalo takde apa hal minggu ni nak straight je puasa. sabtu aha takmau puasa. nak makan2 banyak2. hehehe..nanti senin depan sambong lagi. kalo larat. bior terlebih ganti jangan terkurang. nahas wehhhhh.....
~~
nezha macam biasa la. hari ni dia buat peel pulak. takmau makan. wahwahwahhh..nak kene suap. tapi bila makanan tu jatuh dia takmau makan yang tu. dia tengok je then buat muka selamba je. dia suruh saya yang amikkan balik then suap balik. ya tuhan.sabar je la. ada le tu entah apa yang dia protest tu. geram betol. geram2 pon tetap le sayang kan. huishh..gila tak sayang nezha. pengsan nanti. lepas bagi dia makan, dia pon dok lepak kat kerusi plastik dia tu le. biarkan dia melayan perasaan. hahhahahhaa..
~~
hari ni saya pecut balik cepat. walopon keje ada lagi tapi tak larat sangat dah. stress. leher bahu pinggang bontot semuanya sakit. mengalahkan keje mencangkol ladang 16 ekar. balik cepat tu bukan apa, nak mengejarkan kedai makanan budak2 tu nak kene beli makanannya. dah habis dah pagi tadi last. kalo tak kang apa pulak budak2 tu nak makan. rasa le kita manusia ni takde makanan haa..camne? kesian wooo.. beli makanan untuk nezha, dan budak2 luar tu. haihhh.. habis berkeping2. sabar je la. sayang punya pasal pejam mata huloq je tangan. habis cerita. lepas tu pi amik baju kat dobi. lepas tu baru balik.
~~
tadi masa petang obek dah call tanya nak berbuka apa. nanti dia belikan. saya kata nak air soya bean, nasi putih dengan laok sambal sotong. tuje la lain2 takmo. sebab dah tau dah mesti tak larat makan punya. dapat air satu jug tu dah cukup nikmat. ngam2 nak berbuka obek pon sampai hantar makanan. hehehe.. bagus la obek ni. good timing. tanya kat obek dia ada beli apa untuk diri sendiri. jawabnya beli laksa. laksa je ke? ha.ahh..laksa dengan kotiaw goreng, apam balik, popia & air kedondong. hah!!!! mau tak terkejut badak saya. tu diaaaa... selera mengalahkan orang yang puasa ni ha. orang puasa ni pon nak makan nasi putih kosong je. heheheheh.. saya amik juga popia dia tu sebijik. jadi la. tu pon tak habis. takde laok sambal sotong, obek ganti belikan laok asam pedas ikan apa ntah. makan tak habis pon. suku nasi tu pon tak habis. obek beli extra kotiaw untuk saya sahur esok. hehehee.. dia tau saya memang mesti bangun sahur. bagusnya..ni yang sayang kat obek nih. chewahhh..woi..puasa woi...thank you obek..lenkali belilagi ye. hari2 belikan pon takpe. saya ok je. hehehehe....bab meng-pow memang serah kat saya la.
~~
ok..cerita weekend pulak. hari sabtu tu kan kononnya nak buat puding caramel. sekali tak jadi daa.. lupa search resepi pon ye, tengaokkat rumah ma banyak pulak pisang. haih..teringin pulak buat kek pisang. so, korek2 buku resepi kat bawah lemari jadinya jumpa le. check2 bahan, wokeh...semua ada. kowtim. jadinya bermulalah pengembaraan membuat kek yang 10 tahun sekali baru oven tu merasa nak membakar kek. hahahhahaha... gila kecoh mencarik mixer kat atas store. uwwaa... tu la dianya. carik2 tak jumpa lorr.....haih ni camne nih. bahan2 dah siap semua dah timbang, telor dah basuh, tepong dah ayak. jangan la bikin spoil mixer woih... konon2 nak buat surprise kasi kat ma sebab masa tu ma keluar. konon2nya berangan le nant ma balik je tengok2 kek pisang udah siap. tapi surprise tak menjadi low.. kene juga tanya ma kat mana dia letak mixer tu. hehehhee... ma tanya nak buat apa? saya jawab nak buat kek. ma kata hah.. tu kang buat elok2.. ni mesti hujan ribut kang ni. uuwwaaa..ma ni..tak bagi motivasi betol la. jadi, setelah digodek2, setelah habis baru semua kene percik butter bagai, makanya siap la kek saya. masa mula2 masok dalam oven tu memang risau melampau la kan. tak pernah2 buat, sekali nak buat pulak. nampak kek tu macam tido je tak bangun2 pon. haihh.. ni dah terbayang le kek bantat ke apa ke kan. bau pon takde. uwwaa..nangis dah. dah terbayang dah kek tu jadihabuan ayam je la jawabnya. lepas kemas dapor, say anaik atas le kononnya membawa hati yang lara. sekali kat atas tu diaa..bau harum semerbak yoo.. oooooowww..rupanya kalo dekat2 tak berbau ye? kena jauh2 baru bau. gitu ke? hantam la. lepas mandi tengok kek dah naik. yahuuu.. tapi sabar, jangan terlalu gembira. buatnya dia mendap bila kuar dari oven kang apa cerita? ahhahhaa... setelah menunggu selama sejam, makanya siap le kek pisang saya. yahuuuuuuuu.. kira pecah rekod le nih. ni gambornya..




ye..sila abaikan kaler kek yang kehitaman tu ye. itu kira trademark saya. kalo masak apa pon harus le hangin . heran betol. tapi kek naik elok. gebu, sedap, lembut. chewahhhh... terlalu gembira sampai potong kek pon guna je la pisau potong sayor, tak sempat dah nak carik pisau potong kek. ahhhh..tak pedulik la, janji potong. ye tak? sebelah kek tu goreng sukun. pon sedap jugak. haihh.. ni la kalo balik rumah ma agendanya makannnnnn 25jam sehari. uuwwaaaa... masa kek tengah suam2 tu kasi potong, bagi kat opah. opah kata sedap. wahhh..bersemangat le saya nih. habis gak sepotong opah makan. saya pon makan sepotong. tu je la pon yang saya makan lepas tu tak makan dah. memang pakat bagi je la kat budak2 yang lalu kat rumah tu. kalo tak nanti alamat memang tak habis. saya macam tu la. buat beriya tapi takmo makan. haihhhh... tapau juga untuk obek. obek pon kata sedap, tapi ada sikit hitam. uuwaaaa.. mesti ada gak ayat2 nak kutuk tau. benci ahhhhhh.....takpe..lenkali nak buat benda lain pulak. slow2 la. tangan saya ni keras, tak boleh joint masak2 kek, biskut ni. kurang menjadi (yang benonya masak apa pun kureng je menjadi.) uwaaaa.....
~~
tapi kek pisang buatan pertama saya semalam adalah sedap. sekian.
~~
wehh..sapa tengok bola wehh.. ualalallalaa.. best la. tapi kebanyakkan tahun ni semua seri 0-0 kan. apa la.... tak syiok la. malam ni japan lawan cameroon. yahuu... saya sokong japan tapi cameroon kuat2 woooo.. ahh..mana2 la. tido lagi baik sebab penat kan. esok nak keje lagi.
~~
okla.. tu je la kot cerita untuk hari ni. eh..dulu2 selalu tulis blog waktu pagi, sekarang waktu malam pulak. hehehehhe.... sama je kan janji ada update. ok..have a nice day ahead everybody. doakan kebaikan untuk semua orang ye. amin...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Saturday, June 12, 2010

menulis di hari sabtu...


hello... wahwahwahh..dah hari sabtu dah ni. korangsure suka la tu kan. cuti2 malaysia katakan. anyway, ada orangyangbuzy je weekend, maklum, cuti sekolah ni banyak kenduri nak kena attend. biasalah tu. meraikan pengantin, seronok. ada yang buzy dengan hal keluarga, hal peribadi, macam2 la kan. nezha pon buzy gak, buzy makan dan melompat, menggaru, mencakar, menjerit. dia la juara bertahan kat rumah tu. layannnnn...
~~
weekday saya buzy betol la. seperti biasa ada tender baru masok nak kena carik macam2 isi perot untuk tender tu. tensennya. masa limited. dapat lambat nak submit cepat. tu yang benci tu. mana2 pon macam tu gak la senarionya. bosan. ditambah pulak dengan colleague yang takmau share info. takot beno kita take over line supplier dia. pigidahh... orang kedekot tu tak kan kemana. eh, eh..termembebel pulak. hehehhee..
~~
hari ni bangun lambat. al-maklum, tido lambat malam tadi tengok opening world cup. huishhh.... sanggop tu bersengkang mata. terok betol. opening afrika lawan mexico, wahhh... pemain mexico yg carlos vela tu hensem wooooo... muwhhahahhaaa....kira kalo tak dapat jadi pemain bola lagi kompom bolehjadi model le tuh. hehehe..macam2 je. lepas tu tengok uruguay lawan perancis. eh..ye ke.. tapi tu tengok sekerat je.. tak larat dah. result semua pon seri. heheheh..entah le camne dia kira saya tak paham. saya tau tengok gitu je la. malam ni sapa pulak entah...tengok je la. sesekali layan bola ni boleh la jugak.
~~
tapi lagu world cup tahun ni tak best la. tak catchy.. tak boleh beat lagi ricky martin la, go go go..ale ale aleee... hehehhe... lagu tu best. macam bersemangat sikit. yang shakira nyanyi ni tak best la. ke saya je yang tak suka. lantak le kan.
~~
so, now pukul 12.38pm. belom mandi lagi. bior la sana sajje nak bermalas. obek tak keje dia kana nak kuar pegi lunch tapi taktau lagi la tu pukul berapa. petang ni balik rumah ma. ingat nak buat puding caramel la. teringin. nanti nak search resepi kat tenet. hehehhee.. tu entah le apa pulak perancangan ma tu. ada je plan dia kalo weekend2 ni. isnin esok insyaallah..ingat nak puasa straight seminggu. isnin selasa rabu khamis jumaat. kalo larat la. dah le dengan work load tu, tensen2 kepala otak harap2 dapat puasa dengan sempurna. amin....




tengok je la pic nezha ni. tak perasan la pic ni dah pernah load ke belom. hentam je la. camne2 pon nezha tetap le muka camtu kan. degil tuhan yang tahu. kadang2 manja sangat. kadang2 baik sangat. kadang2 tu.. sabar je la janutng saya macam nak meletup dengan peel dia. apa pon, saya sayang nezha sangat2.
~~
apa lagi nak tulis ni. sorry la kawan2, kebelakangan ni saya jarang sangat nak dapat bertandang ke blog korang. masa tak mengizinkan. kat opis ada je tenet tapi tak sempat. banyak benda nak kene buat. tapi saya doa supaya kita semua selamat sejahtera ye.
~~
ok la.. rasanya setakat ni dulu. ada rezeki kita menulis lagi. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, June 10, 2010

update sikit je la.. janji ada...


hello.. just a quick update.
~~
kelam kabut le pulak hari ni. macam2 kejadian ada kat opis ni. hehehhee... kaki kipas ada, kaki syiok sendiri ada, kaki eksyen pon ada. serupa rojak la. lantak le korang. saya buat keje saya je dah. hari ni lapar betol. tak amik lunch pon. pagi tadi ada beli kuih apam 2, kuih lapis 1. maan tu je la. ada gak beli mihun goreng ingat nak buat makan lunch tu tapi sekali dia letak leher ayam daa sebagai perencah. terus terbantut hasrat nak makan. kalo potong kecik2 takpe..ni sebatang panjang tu sorry la..makcik takmau makan. agak2 le kan. aduhaii...
~~
nezha sihat walafiat. melompat2 dan bergembira selalu. semalam uk-uk terlebih kayuh terbang sampai keluar bekas. sabar je la. rasa nak cubit2 je dia tu hari2. heheheh.. owh..lampu bilik pulak terbakar. geram betol. dah le tangga takde camne nak tukar. leceh la. dia tak la terus tak nyala tapi dia jadi lampu disco gitu..kelap kelip. nezha takot. dia takmau masok bilik bila tengok lampu tu terkelip2. leceh la. mamat tu banyak songeh betol. melayan dia je la koje saya kat rumah.
~~
rumah dah berapa hari tak mop. malas. sekian. sapa nak tolong dipersilakan. nanti saya belanja mekdi.
~~
obek seperti biasa. banyak kerja terkejar2 je saya tengok dia. kesian. semalam saya rajin tau. saya masak gulai lemak udang campor tempe dengan telur masak kicap. yahuuuu..sedapnya (sendiri perasan). buatkan bekal untuk obek juga. hehehhehee... tapi hari ni takde lak rasa nak masak. malas. beli je roti. tapi hari ni seharian tak makan nasi kang lagi lemah badan. haihhh..jemu la makan kedai hari2. tak boleh nak masok dah tekak rasa terkembang2 je.
~~
okla.. kata short update kan. harap semua sihat2 ye. kepada semua, saya sayangggggggg semua.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, June 8, 2010

peace, peace, peace...




hello..apa khabar semua? harap sihat je la ye. saya hari ni buzy sangat sangat sangat sangat. rasa macam nak nangis la. hehehheee... semua kerja datang last minit. haihhh...harap esok semua boleh settle kalo tak, tak tau le apa nak jawab. tu la..dulu tempat keje lama relax2 nak carik keje baru. haa..sekarang, rasakan! hehehehe.. takpe la, pengalaman semua tu. takmau la duduk kat satu tempat terlalu lama nanti jadi macam ular bertapa pulak. dah bersalin kulit beratus kali tetap le takmau berganjak. lagi terok. takpe..takpe..sila motivasi diri sendiri.
~~
hari ni takde pic nezha la ya. budak tu buat hal pagi tadi. dia bagi 'hadiah' pulak kat saya. mujur tak terpijak kalo tak dah satu hal pulak. so, kene piat telinga le jawabnya. hehehhee..biar dia rasa. apa korang ingat saya betol2 piat ke? takde maknanya. marah kat mulut je. tadi balik lambat. pukul 830pm baru sampai rumah. biasa la tu kan. mamat tu dah mengaum2 kat dalam rumah. hehehehe... ala..bukannya gelap pon, lampu ada, kipas ada. saja dia mengaum2 bila dengar bunyik kereta saya kat luar tu dah sampai. anak manja katakan. duduk kejap, kemas lebih kurang, then mandi, then ngadap blog la. walopon penat. dah terbayang bantal je ni. mengenangkan esok hari. aduhhh..sabar je la.
~~
hari ni seharian tak makan. eh...kalo tak makan tu tipu la jawabnya. makan, tapi tak makan nasi. pagi makan kuih apam sekeping. lunch makan roti sekeping, dinner makan kotiaw suku pinggan. aduh..tak larat betol nak makan. tak selera la. tapi cuba kalo kat rumah ma. dinding rumah tu pon rasa macam nak digigit2 dimakan ditelan. sabar je la. hehehhee... apsal kalo makan kat rumah ma semua sedap ha? walhal makan telor dadar je pon. takpe2..takpe...
~~
apa lagi nak cerita ni. owh..obek keje malam hari ni. kene buat troubleshoot. biasa la kan. selamat bekerja obek... bestnya kita semua tido kat rumah tapi dia kene keje. hehehehe.. semalam dia petang tu balik awal. kononnya nak tido sebab penat, sekali bos dia call. yang dia pulak bila ditanya jawab ad akat rumah, nak tido. hahahha... memekak le bos dia. hai..obek..obek..apa la lurus bendul sangat. tapi takpe la..bos dia tau dia penat so kasi rehat. tapi kejap je lepas tu suruh datang opis juga ajak makan then buat keje. hehehhee...
~~
panas betol kan malam ni. kebelakangan ni memang cuaca panas betol. kalo hujan tu selebat2nya. cuaca pon dah tak menentu sekarang ni. takpe la.. semua tu rezeki.
~~
bila la nak mendapat tenag sikit kepala otak ni. runsing memanjang. oh peace, please stay with me. peace, flee not will ya? peace, peace, peace..why hath thou so tough to find??
~~
ok la..takde apa yang menarik dah yang nak diceritakan. ada kot tapi dah penat la. nak jalan2 blog orang pulak. sapa yang baru jadi follower tu terima kasih banyak2 ye. saya sayang anda semua.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, June 7, 2010

cerita pasal rindu, kerja dan nezha...


yuhuuuuu...
hello..apa khabar semua?? ada rindu kat dekat nezha? ke rindu kat saya ke? hehehhee.sorry la.. masa tak mengizinkan dan ada je perkara2 yang perlu diselesaikan. ada stremexxxxx pon tak guna gak kalo dah tak larat nak mengadap lappy tiap malam balik keje dah penat. kalo malam tu cepat je jam tu bergerak. baru lepas makan dah pukul 10pm, harus le tido pulak kan. asyik penat je kebelakangan ni. hari ni hati dah tak tertahan, mesti nak jugak update blog dan baca2 blog kawan2. rinduuuuuuuuuuuu..
~~
okeh... ni kasi gambar nezha tengah lepak2 mengacau saya. hari tu beli tool box baru. seperti biasa dia la qa/qc. standard.. siap terus masok dalam box tu. muat2 dia je pulak tu. actually tak muat tapi dia godek2 jugak bontot besar dia tu sampai le muat, then bila dah sempit tau pulak memekak mintak tolong keluarkan dia. dah le jadi satu hal. hehehhe.. so notty. i love you nezha...
~~
saya? saya macam ni la. kerja baru ni betol2 memenatkan. stress berganda. haihhh.... tak paham bila berdepan dengan orang yang takmo share info. walhal dah terang nyata bos pon dah sebut semua info kena bagi ke saya. ni tak.. nak jugak perap nak bawak masok kubor agaknya. bongok betol la. menyusahkan orang. benci la. tapi demi kerja, tahan jugak la. mudah2an lepas ni ok2 la hendaknya ye.
~~
obek ok je. hehehhee.. buzy dengan kerja. bagus la. saya ok je. tapi kadang tu ala2 bengang le jugak kan. ahhh..saya sendiri pon kadang buzy gak, so fair and square le kan. hari sabtu hari tu bateri kereta buat hal. hah... dah kong la.. geram betol. memang dah rasa la kebelakangan ni ala2 ada hukhuk sikit time nak start tu tapi buat nehen jugak. hari tu sabtu petang tu singgah nak belikan rojak untuk ma. sekalli dah beli kereta tak boleh start lorr.. hehehhee.. apa lagi. makcik melalak la. hahahha..mujurrrrrrrrrrr obek ada kat kkl, tak pegi ostn. kalo tak..memang alamat saya pengsan le kat situ. takot la. call obek suruh dia datang juga. dia pulak tengah kat area uia nun kat gombak hujung dunia tu. arghhh...tak kira, datang jugak. dah le sabtu tu jalan jem cuti birthday agong. haduihhh...dah petang kedai pon dah tutup. so lepas tunggu dekat sejam obek pon sampai, so, just jump je battery tu, esok ahad pagi obek pegi kedai belikan. lepas dah boleh start kereta, saya terus balik rumah ma. obek pegi keje lagi. sian dia. malam tu saya call pukul 1am baru balik dari keje. hehehhehee.... siannnnn dia. takpe2.. esoknya, ahad tu obek datang bawakkan bateri. hehehhee.. tengkiu obekkkkk... i love you so much.
~~
hari ni hari isnin. esok punya tugasan dah tersedia. benci betol. kat sini setiap isnin pagi ada meeting. bosan betol. saya tak suka la miting2 ni. so hari ni ada tugas tambahan untuk saya. haihh..terima je la. rezeki tu. boleh tambah pengalaman dan pengetahuan. ye tak?? iyekan je la... hehehhee....



ni nezha kat dalam tool box. hehehhee.. selagi boleh nak jugak muatkan diri kat dalam tu. pas tu memekak menjerit. biorkan dia.
~~
hari ni dinner pizza. kat tempat baru saya pon tak berapa nak selera makan la. dah seminggu kerja baru hari ni saya kuar lunch dengan diaorang tu pon sebab dah hari2 diaorang ajak tapi saya tak pernah ikut. hari ni saya pegi je la. makan nasi laok goreng kentang, sambal tempe & kerabu mangga. tak sedap. seperti biasa makan tak habis. sampai opis tekak dah kembang2. aduhhh...sabar je la. tu maknanya makanan kat kedai tu tak sesuai dengan saya. hehhehee... lenkali takde la nak pegi situ. malam ni tadi makan dominos. wahh...sekarang ada offer buy 1 free 1. entah ye ke tak ke hidden price ke apa ke malas nak pikir. order je pilih flavour then bayar. habis cerita. tak habis pon. standard. tapi takpe, simpan dalam peti ais esok boleh makan lagi.
~~
korang camne? sihat ke? rindunya kat korang2 semua. walhal bukannya kenal pon kan tapi pembacaan melalui tulisan kat blog korang tu buat saya rasa macam dah kenal dengan korang. rindu la.... kejap lagi nak round kejap. dapat baca sikit2 jadila ye tak.
~~
apa lagi nak tulis ni ha?? ok la..rasanya itu je. nanti update lagi kalo ada cerita menarik. tetiba je rasa macam nak nangis la. uuwaaaaa... saya memang ciwek sikit. hehehehe..
~~
ok la..doakan yangterbaik untuk kita semua ye. mmuuaahhhh...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, June 3, 2010

share ilmu? kenapa kedekot??


hello..
kembali menulis. sorry lah ye kebelakangan ni jarang sangat dapat menulis, but worry no more.. now kat rumah sudah ada stremexxxxx..wohooo... selamat jalan mazis bongokband yang lembabol. sekian la jawabnya. tapi stremexxxxx pon sengal jugek. 2 minggu lebih dah buat appointment baru nak datang. tu pon biasa la.. janji nak datang pukul 11am, pukul 1pm belom muncul batang hidong pon. dia ingat kita ni koje menunggu pintu pagar je ke takyah buat koje lain?? janji tu tak pernah tepati. ni bukan penyakit rakyat malaysia, ni dah kira habit. habit tau habit..benda tu kalo tak dibuat rasa macam tak lengkap hidop. haa..tu le dianya. arggh..apa2 pon, now dah bersiaran. nak tengok sampai bila elok. jangan sehari dua je elok lepas tu merangkak ngalahkan kura2.
~~
gambar nezha ada, tapi tak transfer. mmmm... nanti ye. esok saya beli kabel extra. letak kat rumah 1, letak kat opis 1. tapi jangan risau. nezha sihal walafiat, alhamdulillah. nakal macam biasa. biar saya cubit dia bagi pihak anda2 semua ye? hehehhee....
~~
obek pon sihat. eh, eh..tetiba je pulak nak kena inform pasal dia kan. hhehehehe.. sihat je dan makin banyak keje. bagus..alhamdulillah..nampaknya impian nak dapat duit 5 guni tu bakal tercapai le gamaknya ye. hehehhehe...go obek go!!!! oby sokong obek keje kuat (sebab dengan harapan dapat le tempias2 habuan tu kan) tettttt....
~~
pasal tempat keje baru..haihhhh..macam2 hal la. ada seronok, ada tak seronok. yang seronok, dekat. yang tak seronok, communication tu kurang..masing2 nak tunjuk teror. ni la masalahnya. bagi info tak lengkap camno makcik nak proceed??? haiyaaaa... cerita pungpang2 hujung2 hampeh. sama je la kat mana2 pon mesti ada je orang macam ni. tapi ada jugak yang baik. bagi tunjuk ajar kat saya. bukan tak reti keje, cumanya bila bertukar field/industry ni, kene la start dari zero. kene amik masa dulu study apa yang patot, method, style, material, yada2... kiraannya memang le lebih kurang sama. haihh..camne nak explain ni ha? korang buat2 paham je la luahan hati ni.
~~
apa lagi nak cerita ha? owhh... sekarang tak selera makan la. kenapa ntah. perot sampai pedih2. lagi baik puasa. nanti la ingat next week nak puasa direct. owh... 8 june nanti saya nak kena pi ada briefing kat klcc. arghh..bencinyaaa...dah le pegi dengan jantan2 je. klcc tu pon saya tak pernah jejak dah berkurun. selama ni saya dok kat office je orang lain yang pergi benda2 macam tu. diaorangbalik office, bagi info kat saya, then saya buatkan. sekarang saya pulak yang kena?? saya dah le memang hal asal azali tak minat lansong kalo keje kena keluar2 ni. tak suka la. saya bukan suka jumpa2 orang ni. tak reti cakap. eeee..tak sukanya. harap dapat harungi perkara baru ni. tapi tu la.. sekali pikir ni le peluang nak luaskan pengetahuan. sekurang2nya tambah pengalaman. setiap perkara mesti bermula dengan pertama kali kan? so, sesapa yang selalu jumpa2 orang tu kasi sikit tips kat saya. share2 la ilmu.
~~
haa...bab share2 ilmu ni, saya pernah le masok joint yeahuu group ni kan. kan ada banyak group dalam tu. so, saya pon masok joint le dengan harapan dapat tambah ilmu dan kawan. orang macam saya ni sesuai berkawan online je..hehehe..sebab senang tak yah cakap2. so, post le satu topik. topik mintak pandangan, share2 ilmu pasal kerja ni le. nak tau apa jadi? ahhahhaa... post tu memang le publish but sangat sedihnya, takde seorang pon yang reply post tu. 99.9% of the group members suka bersembang2 hal2 mengarut, gossip2, forward2 isu pasal artis, kutuk2 orang sana, kutuk2 orang sini. aduhaiii..sedihnya bangsaku. sampai bila lah nak berumah. haa..kalo korang post pasal benda2 macam tu ramai le yang reply. sampai beratos2 emel masok nanti. huishhh..buang masa, rugi tenaga. lepas tu saya takde masok dah, unsubscribe je la. habis cerita. tutup buku. kenapa orang kita kedekot nak share ilmu. sebab takot orang lain jadi lagi pandai? macam tu ke? entah le labuuuuuuu....lepat labu sedap kan? tak pernah makan. sekian.
~~
ok la.. dah malam dah. nak tido. esok sebeban dah menunggu. ya allah.. tolong hambamu ini menghadapinya...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Tuesday, June 1, 2010

aduhai...rindunya...


hello..
aduhai..rindunya pada kawan2 semua. chewahhh..macam le dah bertahun2 tak menulis kan walhal baru beberapa hari aje. tu la dianya...
~~
so, seperti yang sedia maklum, saya kat tempat kerja baru hari ni. biasa la, 1st day sungguh membosankan tapi tunggu... task untuk 2nd day udah siap sedia gitu. jadinya siap le tak cukup kaki tangan kuku semua nak buat keje esok. doakan yang terbaik. dapat pulak bos yang kurenggg, benci betol. haihh.... sana sini sama je. ceritanya. anyway... masih awal lagi kan nak buat apa2 ulasan, baru sehari. tunggu seminggu, macam2 cerita boleh dengar. tukang gossip opis ni pon boleh tahan. saya baru 1st day pon dah macam2 cerita boleh tau. haihh.... jaga mulut, jaga hati orang. dengan saya senang je, jangan sentuh hal peribadi saya, hal keje saya. kalo buat juga siap la. saya pedulik hapa walopon orang tu badan lebih beso dari saya. hahahahha....
~~~
so, korang rindu kan dengan nezha? sure nihhhhh... saya yang hari2 dok pelok dia pon rindu. tapi sorry la ye pic takde. la ni kat rumah maxis bongokband amatlah terok servicenya, jika diibaratan kalo takde lebih lah elok. ada pon tak membantu lansong. saya nak update ni dari hari ahad lagi. takdapat2. masok kejap, putus. masuk kejap, putus. nak kata saya ni duduk kat hulu hutan seberang sungai 7 hari 7 malam perjalanan baru sampai rumah saya, idak le pulak rasanya. ni betol2 tengah pekan bandar ni rumah ni. wtf la wehhhhh....
~~~
nanti saya upload gambar nezha banyak2 ye. kepada semua yang wish me luck in my new workplace, no word that i can say to you other than thank you very much. please pray all the best for all of us. be nice to everybody, keep the good faith in your life, and i wish all of us will be in a glowing success forever.
~~
obek kene ketumbit. intai sapa le gamaknya. nak kena nihhhhhhhhhhhhh..... hehehhe..sian dia. harap2 cepat sembuh je obek. love you.
~~
ok..nak kene pi tido dah. esok nak bangun awal nak mengadap koje setimbun tu. arghhh..sampai bila kene keje. bila la nak jadi siew lai dok rumah goyang kaki dapat duit juta2. mudah2an..aminnnn....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..