mari mencari....

Google
 

Thursday, June 24, 2010

cerita cover seminggu punya entry...




hello...
assalamualaikum... lama betol tak menulis. tak berkesempatan la.tapi sempat juga jenguk2 blog kawan2. itu pon curi2 masa kat office. sekarang ni kepenatan yang teramat sangat la.. tak tau kenapa. stress yang melampau2 sampai mood pon jadi tak elok. sian nezha. tiap hari nampak muka saya yang masam mencuka. ni lagi la. tapi nak load pic dari handphone sekali tak boleh pulak. bila pi kat card, dia kata card takde, tak boleh access. wth!!!!!! geram betol. saya taktau la nak godek camne lagi. putus asa la. dah le penat.

~~
dah 2 minggu ni saya puasa straight. hehehhee... semangat bukan main. entah la. nak makan pon tak selera, jadi baik la puasa. ganti2 la mana yang patot. biar berlebih janga terkurang. sekali dengan puasa rejab ni biar berkat sikit. tapi tu la. penat bertambah2. sekarang paling lewat pukul 930pm dah selamat belayar. obek pon dah lama saya tak jumpa. membuatkan bertambah2 tensen kepala otak. dia pon bz. saya pon bz. dia ada la nak jumpa tapi dah malam sangat dah pukul 11pm la kadang dah pagi buta pukul 2am. tak kuasa le nak keluar, ngadap bantal pelok nezha lagi bagus. hehehhehehe..... saya kata takpe la nanti bila2 free baru jumap. bagi tenang2 keadaan so nak jumpa pon senang hati.
~~
jadinya dah seminggu tak jumpa obke. hari ni kita dating laaaaa..yahoooooo... buka puasa sama walopon da tak puasa kan. saya balik cepat pas tu drive macam orang gila sebab nak sampai rumah cepat sebab nak mengejar waktu berbuka. ye lah..sebab nak buka kat luar kan. hehehhehe... so, hari ni kita dating kat kenny rogers la. makan macam biasa. tapi lepas makan saya sakit perot. huhuhuhuuuu.. perot terkejut kot sebab biasa berbuka makan nasi. tadi makan ayam jek. haihhh.. perot dah le sensitif. harap2 elok la. esok nak puasa lagi.
~~
lepas makan pusing2 kejap lepas tu balik la. obek pon banyak keje lagi. saya balik bukak blog. baru la ada mood dan ada masa nak update blog. sambil tengok 999 yag saya tak paham hujung pangkalnya. lantak le situ. tak amik port la. banyak lagi benda lain nak pikir.
~~
nezha pon pandai tengok bola yoooo.... haihh..mamat tu. macamkan paham beno kalo ada bunyi gol or bila time saya jerit2 tu. dia pandang je tv tu. entah2 dia kata apa le benda yang pompuan ni tengok sampai terjerit2 tu ha? hehehhee.... sorry la pada anda2 semua yang nak tengok pic dia. saya pon nak jugak tengok pic dia terpampang kat sini tapi tak boleh bua apa la. nak kata virus dah clean dah. apa lagi masalahnya. malas nak guna pc office, situ lain macam sikit. jadinya baiklah saya berhati2. tak gitu? hehehhe.. sebab tu sekarang update blog malam. anywayyyy..
~~
korang ada buat tabung haji tak? bukan buat la.. potong gaji ke, masokkan fixed tiap2 bulan ke? saje la nak tanya. saya baru nak buat. hehehhee.. gila terlambat. orang lain dah berbelas ribu saya baru nak buat buku. haihh.. dok terpikir kalo tak mula sekarang sampai bila pon takkan bermula. biar lambat dari takde lansong, kan? ye la.dok pikir2 pi tengok movie tiap bulan, beli cd tiap bulan, pegi makan2 tempat mahal2 tiap bulan, habis beratos2 ringgit, takkan la tak boleh set aside sikit untuk tabung haji. kurang2 kalo pon lambat lagi nak penuhkan akaun tu untuk melayakkan diri pegi haji, at least ada le simpanan. orangkata boleh amik2 duitnya, ye ke? saya kalo boleh pon takmau la. bior dia kasi peram kat dalam tu. mudah2an berkat.....
~~
nak cerita pasal opis ni. walopon belom sebulan, tapi dah nampak dah corak orang2 kat situ. haihh... susah la... kaki kipas, talam 2 muka, kaki bodek, kaki tuang keje, takot orang overule dia, kedekot info, belagak bagus, semua dah nampak corak sebenar. kalo bukan sebenar pon, 80% of their real skin dah nampak. ada tu dok main facebuk dari start masok opis sampai le balik. haihh..tak letih ke ngadap benda tu je. buat koje kejap2 je. rehatnya yang banyak. heran betol. bertahun2 saya keje, dah macam2 kompeni saya keje, ni la yang saya jumpa orang opis macam ni. saya pon ada gak bukak2 tenet tapi patot2 la kan. siapkan keje tu dulu. dah habis siap waktu rehat tu nak bukak fesbuk ke, blog ke sukati koa kan. nak tegor dah tua bangka, tak tegur naik meluat. nak2 pulak sekarang ni big bos takde. outstation. wahwahwahhhh..bukan main lagi melompat2 tikus2 kecik tu. tanduk taring gigi jongang semua keluar la. lantak korang la. jangan kacau saya udah. tapi kacau le juga tu sebabkan dia tak buat keje, lambat bagi info, jadikan kerja saya pon jadi lambat jugak. leceh la macam tu. entah la.. saya tak le bagus beno, banyak kekurangannya, tapi kalo bab keje mesti nak kene displin. walopon takde orang monitor kita, kita sendiri mesti tanamkan sifat displin dalam diri kita. baru la boleh kerja dengan sistematik. time keje, sila keje. time main, main la puas2. time bersuka ria cucuk2 bintang, sila cucuk dengan sepuas hati sampai tak larat berdiri. entah la..cakap salah tak cakap pon salah.
~~
mata dah pedih le pulak, bantal pon dah memanggil2. saya kan tiap hari bangun sahur, so nezha pon mesti bangun jugak. dia pon sebok nak sahur sekali. biasa saya sahur roti, dia pon nak jugak. minum milo juga. sabar je la. tak boleh banyak2, tak baik. hehehee... lepas sahur biasa saya lelap kejap menyampaikan ke 630am tu. wahh...
~~
apa lagi nak tulis ni ha??? takde idea la pulak. owh..last weekend pegi rumah ibu. buat la belated birthday birthday party untuk semua orang. hahahhhaa.. lagipon ngah nak masok kolej dah julai nanti. sian ngah. mesti sengsara tu. hehehhee.. ye la.. mamat tu jenis makan semangat wooo.. dok kolej tu kang hazab le nak makan banyak2. semuanya duit. sian dia. dah le nanti nak bulan puasa. masalahnya dia tak nangis, saya yang dok melalak2 nih. haih.. ibu kata apa la.... nangis je dari tadi. saya kata ye la.. sedih la. hehehhehe... takpe la ngah, demi masa depan kami semua mendoakan ngah berjaya. nanti saya kirim duit bulan2 ye buat belanja. hehehhehee....ok, berbalik pada cerita birthday party tu, saya kena jadi tukang beli kek daa.. haih...nak tunjuk gambar kek pon tak dapat. bencinyaaaaaa... anyway, saya beli kek campor2 kat sr. beli penuhkan 1 bekas tu. dapat 12 pieces. wahh..sekarang ada perisa baru la. golden nugget. tak tau la dah lama ada ke atau saya yang baru tau. geghehehehe.. sedapnyaa... kacang beso2, tengah2 kek coklat pure pekat2. wahhhh...terbayang2 je. ada strawberry marshmellow, ada butterscotch, ada apa ntah lagi. saya amik 6 jenis, 2 pieces each. sampai rumah masa time potong2 kek kitaoang dok kumpul ramai buat eksyen je la. sebab kek tu dah memang berpotong pon. ahhahahhaa... cam whore betol. macam2 aksi gedik ada. baby nyaw kucing yang kat rumah ibu tu pon tumpang 4 kaki. gatal betol. gemok betol dah dia sekarang, tak boleh panggil baby nyaw dah..kene panggil bapak nyaw. lepas tu sessi bagi2 hadiah. semua orang dapat la. hehehhee... saya dapat t-shirt sampai 2 helai. hantam la. tetiba obek pon dapat gak t-shirt. ini sudah mendatangkan kemushkilan nih. hahahhahaa.... obek dengan ibu no hal punya. gila mamat tu sampai2 je kat rumah ibu terus mintak ibu masakkan sambal ikan bilis. haih..mengada. weihhh...itu bukan ibu awak tau, tu ibu saya. opss... korang jangan keliru lak. ibu tu tak sama dengan ma saya. hahahhaha..biorkan korang pening kepala. lepas sessi bergalak sakan dan perot pon kenyang macam nak meletop, saya pon balik. purrrr..penatnya badan.
~~
eh, eh..panjang pulak tulis entry yang takde faedah ni. ni kiranya cover cerita seminggu la kan. lepas ni entah bila pulak nak update blog. tunggu je la. pada semua kawan2 yang sudi jenguk blog ni, terima kasih. sila datang lagi.
~~
ok la... dah banyak menulis. nak pi tido la. tak larat. stressssssssssssssss...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

3 comments:

meowwmania said...

fuhh penatnya baca hahah..

windu la nak tgk si nezha gendut tuh :)

~dARlee zURiS~ said...

haa..itu die summary last week ye ;)

zuris pun baru gak buka akaun tabung haji tu.hehee..
just baik in sdri je.
selama nie tumpu kat asb je sbb ada dividen ;P

ohh..leeya baru tukar keje ke?
hmmm..macam2 peel org ek

peluk cium tuk nezha.muahhhh!!!

saya said...

meow--sesekali bagi u all baca novel kat sini. hehehhee...

zuris--asb pon best jugakkkk