mari mencari....

Google
 

Monday, June 7, 2010

cerita pasal rindu, kerja dan nezha...


yuhuuuuu...
hello..apa khabar semua?? ada rindu kat dekat nezha? ke rindu kat saya ke? hehehhee.sorry la.. masa tak mengizinkan dan ada je perkara2 yang perlu diselesaikan. ada stremexxxxx pon tak guna gak kalo dah tak larat nak mengadap lappy tiap malam balik keje dah penat. kalo malam tu cepat je jam tu bergerak. baru lepas makan dah pukul 10pm, harus le tido pulak kan. asyik penat je kebelakangan ni. hari ni hati dah tak tertahan, mesti nak jugak update blog dan baca2 blog kawan2. rinduuuuuuuuuuuu..
~~
okeh... ni kasi gambar nezha tengah lepak2 mengacau saya. hari tu beli tool box baru. seperti biasa dia la qa/qc. standard.. siap terus masok dalam box tu. muat2 dia je pulak tu. actually tak muat tapi dia godek2 jugak bontot besar dia tu sampai le muat, then bila dah sempit tau pulak memekak mintak tolong keluarkan dia. dah le jadi satu hal. hehehhe.. so notty. i love you nezha...
~~
saya? saya macam ni la. kerja baru ni betol2 memenatkan. stress berganda. haihhh.... tak paham bila berdepan dengan orang yang takmo share info. walhal dah terang nyata bos pon dah sebut semua info kena bagi ke saya. ni tak.. nak jugak perap nak bawak masok kubor agaknya. bongok betol la. menyusahkan orang. benci la. tapi demi kerja, tahan jugak la. mudah2an lepas ni ok2 la hendaknya ye.
~~
obek ok je. hehehhee.. buzy dengan kerja. bagus la. saya ok je. tapi kadang tu ala2 bengang le jugak kan. ahhh..saya sendiri pon kadang buzy gak, so fair and square le kan. hari sabtu hari tu bateri kereta buat hal. hah... dah kong la.. geram betol. memang dah rasa la kebelakangan ni ala2 ada hukhuk sikit time nak start tu tapi buat nehen jugak. hari tu sabtu petang tu singgah nak belikan rojak untuk ma. sekalli dah beli kereta tak boleh start lorr.. hehehhee.. apa lagi. makcik melalak la. hahahha..mujurrrrrrrrrrr obek ada kat kkl, tak pegi ostn. kalo tak..memang alamat saya pengsan le kat situ. takot la. call obek suruh dia datang juga. dia pulak tengah kat area uia nun kat gombak hujung dunia tu. arghhh...tak kira, datang jugak. dah le sabtu tu jalan jem cuti birthday agong. haduihhh...dah petang kedai pon dah tutup. so lepas tunggu dekat sejam obek pon sampai, so, just jump je battery tu, esok ahad pagi obek pegi kedai belikan. lepas dah boleh start kereta, saya terus balik rumah ma. obek pegi keje lagi. sian dia. malam tu saya call pukul 1am baru balik dari keje. hehehhehee.... siannnnn dia. takpe2.. esoknya, ahad tu obek datang bawakkan bateri. hehehhee.. tengkiu obekkkkk... i love you so much.
~~
hari ni hari isnin. esok punya tugasan dah tersedia. benci betol. kat sini setiap isnin pagi ada meeting. bosan betol. saya tak suka la miting2 ni. so hari ni ada tugas tambahan untuk saya. haihh..terima je la. rezeki tu. boleh tambah pengalaman dan pengetahuan. ye tak?? iyekan je la... hehehhee....



ni nezha kat dalam tool box. hehehhee.. selagi boleh nak jugak muatkan diri kat dalam tu. pas tu memekak menjerit. biorkan dia.
~~
hari ni dinner pizza. kat tempat baru saya pon tak berapa nak selera makan la. dah seminggu kerja baru hari ni saya kuar lunch dengan diaorang tu pon sebab dah hari2 diaorang ajak tapi saya tak pernah ikut. hari ni saya pegi je la. makan nasi laok goreng kentang, sambal tempe & kerabu mangga. tak sedap. seperti biasa makan tak habis. sampai opis tekak dah kembang2. aduhhh...sabar je la. tu maknanya makanan kat kedai tu tak sesuai dengan saya. hehhehee... lenkali takde la nak pegi situ. malam ni tadi makan dominos. wahh...sekarang ada offer buy 1 free 1. entah ye ke tak ke hidden price ke apa ke malas nak pikir. order je pilih flavour then bayar. habis cerita. tak habis pon. standard. tapi takpe, simpan dalam peti ais esok boleh makan lagi.
~~
korang camne? sihat ke? rindunya kat korang2 semua. walhal bukannya kenal pon kan tapi pembacaan melalui tulisan kat blog korang tu buat saya rasa macam dah kenal dengan korang. rindu la.... kejap lagi nak round kejap. dapat baca sikit2 jadila ye tak.
~~
apa lagi nak tulis ni ha?? ok la..rasanya itu je. nanti update lagi kalo ada cerita menarik. tetiba je rasa macam nak nangis la. uuwaaaaa... saya memang ciwek sikit. hehehehe..
~~
ok la..doakan yangterbaik untuk kita semua ye. mmuuaahhhh...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

zuris sihat.bertambah2 sihat.hahaa..
tp hati sakit sebab kena tinggalkan si kecil tu :(

obek mmg hero ;)
nie nampak gayanya kena g kelas mekanik nie.hehee

Misz Pinkie Winkie said...

hai leeya
comelnya si tembam nezha tue
nak cyiomm muchuk2..

leeya...opis baru ok ker?
jgn tak makan plak..lin pon windukan leeya jugak..nezha jugak...obek???..
hahhahha...

meowwmania said...

aloo nezha debab lama x napak windunyerr...

tmpt keja br kdg ssh nk sesuaikan diri, mengalah je dulu ti lelama menang

gud luck!

saya said...

zuris--aduhh..tu yang betol2 sakit hati kan. terbayang2 muka si kecik tu.

pinkie--nak le cium budak masyam tu. hehehe..

meoww--tu la dia, ni tengah slow & steady je dulu tgk lagak diaorg.