mari mencari....

Google
 

Saturday, June 12, 2010

menulis di hari sabtu...


hello... wahwahwahh..dah hari sabtu dah ni. korangsure suka la tu kan. cuti2 malaysia katakan. anyway, ada orangyangbuzy je weekend, maklum, cuti sekolah ni banyak kenduri nak kena attend. biasalah tu. meraikan pengantin, seronok. ada yang buzy dengan hal keluarga, hal peribadi, macam2 la kan. nezha pon buzy gak, buzy makan dan melompat, menggaru, mencakar, menjerit. dia la juara bertahan kat rumah tu. layannnnn...
~~
weekday saya buzy betol la. seperti biasa ada tender baru masok nak kena carik macam2 isi perot untuk tender tu. tensennya. masa limited. dapat lambat nak submit cepat. tu yang benci tu. mana2 pon macam tu gak la senarionya. bosan. ditambah pulak dengan colleague yang takmau share info. takot beno kita take over line supplier dia. pigidahh... orang kedekot tu tak kan kemana. eh, eh..termembebel pulak. hehehhee..
~~
hari ni bangun lambat. al-maklum, tido lambat malam tadi tengok opening world cup. huishhh.... sanggop tu bersengkang mata. terok betol. opening afrika lawan mexico, wahhh... pemain mexico yg carlos vela tu hensem wooooo... muwhhahahhaaa....kira kalo tak dapat jadi pemain bola lagi kompom bolehjadi model le tuh. hehehe..macam2 je. lepas tu tengok uruguay lawan perancis. eh..ye ke.. tapi tu tengok sekerat je.. tak larat dah. result semua pon seri. heheheh..entah le camne dia kira saya tak paham. saya tau tengok gitu je la. malam ni sapa pulak entah...tengok je la. sesekali layan bola ni boleh la jugak.
~~
tapi lagu world cup tahun ni tak best la. tak catchy.. tak boleh beat lagi ricky martin la, go go go..ale ale aleee... hehehhe... lagu tu best. macam bersemangat sikit. yang shakira nyanyi ni tak best la. ke saya je yang tak suka. lantak le kan.
~~
so, now pukul 12.38pm. belom mandi lagi. bior la sana sajje nak bermalas. obek tak keje dia kana nak kuar pegi lunch tapi taktau lagi la tu pukul berapa. petang ni balik rumah ma. ingat nak buat puding caramel la. teringin. nanti nak search resepi kat tenet. hehehhee.. tu entah le apa pulak perancangan ma tu. ada je plan dia kalo weekend2 ni. isnin esok insyaallah..ingat nak puasa straight seminggu. isnin selasa rabu khamis jumaat. kalo larat la. dah le dengan work load tu, tensen2 kepala otak harap2 dapat puasa dengan sempurna. amin....




tengok je la pic nezha ni. tak perasan la pic ni dah pernah load ke belom. hentam je la. camne2 pon nezha tetap le muka camtu kan. degil tuhan yang tahu. kadang2 manja sangat. kadang2 baik sangat. kadang2 tu.. sabar je la janutng saya macam nak meletup dengan peel dia. apa pon, saya sayang nezha sangat2.
~~
apa lagi nak tulis ni. sorry la kawan2, kebelakangan ni saya jarang sangat nak dapat bertandang ke blog korang. masa tak mengizinkan. kat opis ada je tenet tapi tak sempat. banyak benda nak kene buat. tapi saya doa supaya kita semua selamat sejahtera ye.
~~
ok la.. rasanya setakat ni dulu. ada rezeki kita menulis lagi. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

Hazelsyd said...

hi saya,

awat la your colleague tu kedekut sgt nak share info? what is she or he is scared of? hahh tudiahh i laks tumpang emo neh! hahaha takper cik saya, lagi org kedekut ngan u..lagi murah rezeki u kang....just brave your days at work k..

nezha, geramnyerrrr!! a'ah lar i pong suker lagu ricky martin tu..tetiba rasa cam nak joget! haha

wokes, happy weekend..rest peacefully emotionally and physically..

tu diahh terlebih komen laks..in the mood to chit chat beno nyer nih.

MOKCIK AZWA said...

Assalamualaikum ...knock knock...kabare??

mokcik baru balik coti2 malaysia yang sungguh la bizi dan memenatkan, tapi meriah!

world cup...mokcik sejak takde tv kat rumah memang tak teruja langsung nak tengok apa2 program pun huhuhu

uiskk kedekut betoi kawan tu ek...takpe..esok2 u pun buat2 kedekut dengan dia biar padan muka dia ...

Misz Pinkie Winkie said...

hai leeya.
tak perlah..nantie kalo betol2 dah free kita bersembang balik yerk.
tengok leeya pon bz bebenor skang nie..
hehhhe..takpe..masa untuk sesuaikan diri.hehheh

Abang Long said...

Menarik gak blog awak nih

saya said...

hazel--tu la pelik la info pon nak kedekot. tak paham betol.

mokcik--amboi..cuti2 malaysia ye... mana jajannya??

pinkie--buzy disiang hari, malam boleh berblog dah.

abanglong--erkk..menarik ke? hehehe..tq