mari mencari....

Google
 

Friday, July 30, 2010

dah jumaat dah...


hello...
apa khabar? saya tak berapa sedap badan le hari ni. ehehehee...selalu je tak sedap badan. yang sedap tu camne? yg sedap tu time melompat2 cucuk bintang tu baru sedap badan. mwuahahahha....
~~
anyway, hari ni dah jumaat je kawan2. esok sabtu. apa nak buat. nak balik rumah ma, nak try buat kuih bengkang. mauwhahahahaa.... kalo le jadi memang kompom ribut petir petang esok. sabor.. sabor...
~~
semalam balik keje macam biasa. singgah kedai jap ingat nak cari nugget2 ke fries ke nak goreng buat stok kat rumah. beli la wedges tu dengan sotong ring. hantam la.. janji boleh makan di waktu kecemasan dan keboringan. balik, kemas rumah sikit, duduk dah. macam tak larat pulak. goreng wedges tu sikit degan sotong ring sikit. mandi, lepak2 tengok tv sambil makan. tengok sambongan csi tu. owhh.. kira happy ending la episod tu kan. lepas tengok csi tengok numbers. lepas tengok numbers saya dah nezhapon.... tidorrrrrrrr...mamat tu awal2 dah bergolek2 je. bila kejut suruh bangun masok bilik dia buleh bukak mata sekerat pas tu sambong tido balik. sabar je la. bila kejut lagi ekor je yang gerak2 mata tak bukak! eeeeee..geram betol. jawapannya apa? jawapannya nak suruh saya dukung dia la. dia malas nak bangun jalan. aduhduhduhduhh.. ini budakkan.. memang betol2 tau dia ni. jadinya dukung juga la budak tu. kalo wangi takpe.. ni busuk masam. hahahhaha.... malam pukul 1am macam tu dia bangun. ketok2 pintu nak kuar. ahhh.. tak kuasa nak layan. biorkan dia. tapi tak sampai hati la tengok dia. dia ketok2 pintu suruh bukak pas tu diapandang saya. hehehhee.... pandangan yang ala2 simpati gitu. haihhh.. bangun juga buka pintu dan teman ia pi makan. kejap je, pas tu tido lagi.
~~
obek pulak.. kata nak balik semalam tak jadi pulak. tengahari tu beriya2 call cakap dia balik semalam so nak jumpa le malam tadi kononnya. sekali petang dia call, dia kata hujan lebat tak boleh turun. aduhhhh.. hati baru nak bunga2 gembira sekali terbatal le pulak. takpe la. keselamatan tu lebih utama. balik cepat2 pon buat apa. tak suka la kalo kelam kabut, bior tenang2 baru la lapang hati. so dia pesan suruh kejut dia pukul 6am pagi tadi, sebab dia nak gerak pagi2. yo lah tuuuuuuuuuuuuuuu.. saya kejut pukul 6am tadi, tanya dah bangun ke belom. jawabnya ye, ye..dah, dah... saya kata ok la..jangan tido semula. tadi pukul 8am saya call nak tanya dah sampai mana, al-kisahnya baru nak bangun. aduhhhhhh...dia buleh pi tido balik lepas saya call pagi tadi pukul 6am tu. chehhh.. dah agak dah. bila saya tanya kenapa tidor balik, boleh lak dia tanya saya balik kenapa saya tak kejut dia. wehhhh... geram betol. liat betol dia tu kalo nak bangun pagi. dah tu baru le terlompat2 nak cepat2, nak cepat. pagi ni ada meeting kat putrajaya. tak sempat attend le jawabnya tu. bior kan dia. cakap orang degil. haa..biorkan.
~~
office? ahhhh.. malas nak cakap. membosankan.
~~
ok la. tu je la nak cerita. selamat hari jumaat. have a nice weekend.
~~
i love you obek..(miss u)
i love you nezha..(jangan sepah rumah please)
i love all of you..(have a nice weekend)

Thursday, July 29, 2010

perangai manusia ni kan macam2...



hello....
apa cerita? hari ni kuar rumah awal. sebab bangun awal. hehehehhe... tapi malam tadi tido lambat gak pukul 11pm. sebab tengok csi. wahhh..csi sekarang link2 la dia. best la. tu je la pon entertainment yang ada selain dari tengok nezha melompat2 tu kan.
~~
so, apa nak cerita hari ni? mmm..petang semalam balik lambat sikit la. ada apa ke benda ntah dengar explanation produk. biasa la tu kan. kita nak barang orang, orang nak introduce barang baru, benda2 biasa la tu. anyway, lepas balik teringat ada pasar malam. so singgah kejap tengok apa yang berkenan la. pusing2, beli daun pandan. saje je untuk letak2 dalam kereta bagi wangi sikit tak le busuk je macam bau nezha, hwuahhahahaha... lepas tu tengok makanan. beli pecal. dah 2 kali beli kat orang tu. boleh tahan rasanya. so boleh le beli lagi.bahan2 pon ok, tak le kedekut daun pucuk ubi semata, ada la dia boh tauhu daun pucuk paku togeh timun semua tu, consider ok la. lepas tu pusing2 lagi. nampak sate. ingat nak beli tapi kalo beli 10 rasa macam banyak le pulak. kebetulan makcik depan sayatu dia beli 5 cucuk je. eh..boleh ke? alallala..takotnya nak cakap kat orang kedai tu. tapi saya tengok orang tu beli saya pon try test la. saya cakap nak 5 cucuk je. sebab takot kena marah saya amik nasi impit 1. hahahahha... bukan apa.. takot nanti orang kedai tu tak bagi sebab beli sikit sangat. membazir plastik dia je. sebab saya pernah kena dah dulu. beli yong tau foo, beli sikit je ye la untuk saya sorang je kan ada la dalam 4 ketol tu. orang tu cakap 'kak, sikit sangat la tambah la lagi'. saya kata takmau la saya makan sorang. dia kata, tak boleh mcm ni kak, rugi la saya, nak kira beg plastik lagi, kuah lagi. saya kata kalo rugi takpe la..saya tak beli la. terus saya blah. pas tu reti lak nak panggil2 saya. ahhh.. pedulik la. ko ingat ko sorang je jual yong tau foo. tak makan pon tak kempunan la. apa la.... nak untung sangat haa.. hambekk.. terus orang tak mau beli. jangan la berkira sangat. meniaga memang la ada untung rugi. entah la.. pikiran masing2.
~~
lepas tu singgah orang jual2 buah. beli buah oren 10 biji rm5. masa dah pilih orang kedai pon amik le boh dalam plastik. lepas letak dalam plastik saya tengok dia tengok dalam plastik tu. ok la tu mesti dia nak kira la tu takot saya amik lebih kot. rupanyaa... dah balik rumah saya nak susun dalam peti ais baru nampak rupanya yang dia tengok tu ialah buah oren tu dah busuk belah atasnya. saya pulak boleh tak perasan lansong buah yang saya pilih tu busuk atasnya. aduhaiii.. pakcik peniaga.. kenapa la tak inform saya. walhal pakcik nampak kan benda tu sebab kat atasss sekali. tu la.. meniaga tak jujur. takot beno rugi. macam ni lain kali saya tak pergi dah kedai pakcik tau tak. ramai orangnak meniaga tapi tak jujur dalam perniagaan. meniaga makanan, camporkan lebihan makanan semalam jual balik. harga sama. kita pembeli beli dengan harga yang baru. camne tu? meniaga buah2 campor sekali yang busuk, meniaga ikan ayam daging, tipu timbang. kadang benda tu baru letak atas timbang dah angkat tak sempat pon kita nak tengok berapa gram. tau la dia expert tengok timbang tu letak je tengok jarun dah tau dah berapa ringgit. kita ni terkial2 nak mengira segram berapa rengget. entah la. dah ramai2 orang tu kita ni main bayar je la. meniaga online, kalo orang dah beli dah bayar pos la cepat2. jual beli online ni atas dasar percaya je. camne pon mesti buyer gak yang kene bayar dulu, pernah le korang beli barang online barang sampai dulu baru bayar? takde kan? kalo terlambat pos tolong la inform pembeli. sms 20sen tu pon berkira ke? sms la track number poslaju tu. ni tak.. kita ni tercongok le menunggu barang tak sampai. bila komplen tau lak nak marah cakap nak rosakkan periok nasi dia la. puiii... ni macam yang saya pernah kene dulu la. sekarnag saya tengok dia meniaga lagi tapi dah tukar nombor hp dan nama. butl still itu barang dia. kita dah beli, kenal le kan. dengan intro kat iklan yang sebijik sama. mmm.. lantak awak le. tu la dianya. lu pikir la sendiri. meniaga kalo ikhlas memang untung sikit tapi berkat le meniaga awak tu. entah la.. susah nak cakap.
~~
aaaa... berbalik kepada cerita saya beli daun pandan tu kan. ada lebih2 tu letak le kat bilik semua. sekali mamat tu malam tadi nak tido, dia dok carik2 tengok2. saya ingat dia cari apa, rupanya dia dok cari bau daun pandan tu. hahahah.. boleh ni melompat atas tv. geram betol. sabar je la. memang kena marah le dia malam tadi. saya dah tido dah tapi dok rasa dia melompat2 tu kan sebab dia lompat dari katil ke atas tv tu. mana tak sedarnya bergegar tilam. eeeeee.. tak pasal2 saya membebel malam tadi. pas tu saya alihkan daun tu letak atas sikit kat atas almari. baru le diam kejap. pas tu memekak pulak nak kuar. ya tuhan.. nak makannnnnn!!!!! saya suruh dia pergi sendiri. saya kata saya nak tido. takmau dia... dia tunggu gak kat pintu bilik tu mengeow2 tunggu saya jugak. aduhhhhh.. bangun lagi... pegi teman dia makan memalam buta tu. sambil tu saya tengok tv pulak. dah lama tu tengok dia pon dah lepak, angkat pulak masok bilik. dah tu baru le reti2 nak tido. memang tau budak tu. kalo boleh dirotan memang kene rotan dah dia tu. chewahhhh...macam ye je kan nk rotan nezha. huiiii.. idak le teman...
~~
ok..saya dah sebulan teringin nak makan roti canai kuah dal. uwaaa.. tak dapat2. malas le nak singgah sorang2 tunggu mamak tu buat roti canai. masa obek ada dah tak tingat le pulak nak makan roti canai tu. haihhhh.... bila obek nak balik kl ni????
~~
okla.. tu je la nak cerita hari ni. lain kali cerita lagi. si gemok opis ni dok memekak. semalam kan ada presentation tu, so dia kononnya buatkan air le utk kitaorang2 ni. in purpose untuk entertain orang yang datang tu le siap beli kuih bagai. petang semalam saya balik dulu, so memang ramai lagi orang lain yang tinggal. pagi ni saya datang awal dengan dia je berdua orang lain belom sampai dia dok membebel kata kenapa tak basuh cawan tak kemas makanan. kita dah beli makanan buatkan air pon tak reti2 nak kemas. eh, eh..as if tujukan kat saya pulak. saya kata, suruh si A yang cuci. itu dia punya projek. lantak la. apa, saya tak kuasa nak kemas, sentuh pon tak cawan tu. yang ko gatal2 pegi bagi air kuih semalam tu apsal? nak membodek kan? tiba bab kemas ni pandai lak ko suruh orang. eeeee.. tak kuasa le orang macam ni. sebenarnya cuci2 cawan tu tak le susah mana pon, tapi peel orang sini yang macam musibat tu tak guna kita buat baik. aahh.. ni nanti saya nak tengok sapa yang bertindak. hahahhahaha... drama akan berlansong sebentar lagi.
~~
dah la. banyak lak cerita hari ni. selamat hari khamis!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, July 28, 2010

biasa je..takde pon yang luar biasa....



hello...
apa khabar? harap semua sihat2 je la ye. apa nak cerita hari ni? mmmm... takde idea la. semalam macam biasa la. balik macam biasa. masok rumah tengok selerak macam biasa. tengok nezha macam biasa. semuanya biasa2 je la. hehehehe.. owh..semalam tak dinner. takde mood le pulak. obek keje so tak kuar le semalam. so, pagi tadi ada sikit kelaparan. beli roti gardenia seketol. makan. cukup la.
~~
malam tadi pon tido cepat je. 930pm dah selamat dah. tapi terjaga2 je la. biasa la tu kan. mimpi macam2 sampai dah terlupa la mimpi apa. banyak beno seksyennya. hahahahhahaa... pagi bangun macam biasa. hari ni pon pilih baju yang takyah iron. malas betol la. walhal semalam bukan main banyak masa gitu2 je tengok tv bukannya nak iron. eeee..sapa ada petua camne nak menghilangkan rasa malas ni ha??
~~
ok..apa nak cerita lagi? isu semasa? membosankan. obek da pi cameron lagi hari ni. takpe la.. keje punya pasal. esok balik bawak la stoberi obek. ni asyik bawak balik bantal je. kat rumah dah macam2 bantal bentul stroberi yang obek belikan. pelik betol la. beso kecik gemok kurus semua ada. tapi buah stoberinya takde pulak dibeli. alasannya kat kl ni banyak orang jual stroberi.. haihhh... leceh la. itu stoberi cop giant.. takmau.. saya nak yang cop cameron tu. geram pulak rasanya. owhh.. hari tu pi jalan2 kedai pet, nampak le benda panjat2 untuk kucing tu. ingat nak belikan untuk nezha le nanti. tapi nak ke mamat tu? hari tu beli yang tempat untuk garu tu jadi hiasan tugu je kat rumah. tetap le nak menggaru kat sofa jugak. bukan tak ajar.. ajar dah. siap tabur yang catnip tu lagi. kejap je dia nak lepas tu taknak dah. tak makan saman budak tu.
~~
pagi tadi dia kejut saya. dia kejut belah kanan saya selubong pusing kiri. dia gigit2 kepala saya. dia pegi belah kiri garu2 saya pusing kanan. lama2 dia naik atas badan. hahahhahaha... so cute budak tu. geram je rasanya. memang penghibur hati la dia tu. nak marah dia pon kadang tu marah juga tapi kejap bebeno marahnya. nanti la saya dapat gaji nanti beli yang panjat2 tu ye. sayang nezha. benda tu pulak ada macam2 saiz. dari kecik sampai ke beso. dari harga puluh2 sampai ke ratus2. pengsan lorrr... nezha beli yang sederhana sudah. ke ada ke sesapa nak bagi hadiah kat nezha? hahahhahahahaa.... kecik tapak tangan, stadium saya tadahkan.
~~
kaki bodek? ahhhhh... meluatlah. kat depan bukan main cakap lemah lembut suara pon ala2 tak kuar gitu. belakang kita.. pungpangungpang mengata. lantak korang la.. nak bodek bos ye? sila la sila.. dipersilakan..
~~
petang2 korang tengok tak cerita d.i.e kat tv8 tu? best la. hhahahha.. kelakar2 jugak cerita tu. saya suka je tengok cerita cina petang2 tu dari dulu lagi. biasanya sempat la tengok sebab dia habis pukul 8pm kan.kalo tak sempat tu dapat tengok hujung2 jadi la.
~~
ok.. semalam search internet nakbuat kuih bengkak tepung beras. hahahahhaha.... sebenarnya hari tu dah try cuba. rupanya kene masak dulu bancuhan tepung tu kat dapor baru boleh bakar. saya kacau dah. tapi tak berapa menjadi sangat le. taktau le kot saya kacau tu tak cukup masak ke, apa ke. bila bakar tu memang le jadi tapi jadi lembek sikit, eh..ke saya dah cerita hari tu ha pasal saya try buat benda nih? lupa lah. anyway.. semalam search la untuk resepi yang sebenar2nya. dia tulis sampai masak atas api kecil sampai likat. likat tu apa??? nak tanya kat sapa? taknak le tanya kat ma kang tak surprise. saya kononnya2 nak le kasi surprise kat ma nanti weekend saya nak buat. baru le boleh mendapat puji-pujian. ahahhahaha... biasanya ma tak puji, tapi mesti dia perli2 nanti ni mesti nak hujan ribut petri petang ni. uwwaaaaa...
~~
cerita pasal persiapan puasa. camne korang dah get ready ke? baik praktis dari sekarang. sapa2 yang ada adik kecik or anak kecik yang dah sampai umur berpuasa tu baik prektis dari sekarang. so takle dia terkejut sangat. saya dulu camne ha?? takde prektis2 pon. terus je puasa. bangun sahur. then puasa. tapi dapat sekerat hari je lorr.. masa tu darjah satu. gila melepek macam sotong salai je lembiknya. sebab ma kata kalo puasa penuh sehari dapat singgit. wahhh..masa tu singgit beso woooo... tapi tak larat jugak sudahnya. so, puasa sekerat hari je la. esoknya baru la larat. kenangan blajar berpuasa saya la tu. raya je tuntut rm30 kat ma. tapima tak kasi.. ma kasi rm10 jek sebab ma kata budak kecik tak boleh pegang duit banyak2 nanti hilang. gila saya menangis guling2 sampai terangkat kain baju kurung kuar hingus hijau bagai. hwuahahhahahhaa.... kira nangis tahap tensen gila la. last2 ma bagi jugak. hahahhahaaa.... jadi, pada adik2 kecik sekelian, prektis puasa ye. owh...bukan untuk adik2 je pon untuk abang2 yang kuat merokok tu.. sila la praktis2 ye tak merokok waktu siang. esok2 takde la kene renjatan letrik awak tu. hahahhahaha... tengok obek esok 1st ramadhan, udah rupa pelarian rwanda kebuluran mukanya nanti. tengok la.
~~
ok la.. nanti sambong lagi. selamat hari merdeka!!! (lambat lagi la woi..)
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Tuesday, July 27, 2010

tarikh yang mesti diingat selalu... 27hb julai...



hello...
apa nak cerita hari ni? macam2lah kejadiannya. ada yang happy, ada yang sedih, ada yang bengang. biasa la.. nama pon khidupan. ni ap ahal nak emosi2 pepagi ni kan. ak sesuai lah. hehehhee...
~~
pagi ni kuar keje lambat sikit. sikit je la tapi yang sikit tu telah memberi impak yang besar kepada struktur perjalanan ke tempat kerja. hahahhaa.. ayat pembaca berita tu babe. anyway, tapi memang ye pon kan, kao korang biasa keluar rumah pukul 745am, mesti kena kuar 745am juga. cuba kuar 750am, alamat la jawabnya. kompom jadi lambat sampai opis. tu kalo saya la, kalo korang tak tau le kan. ada orang opis dengan rumah dekat je. jalan kaki pon boleh sampai. kalo saya nak pergi opis jalan kaki tu boleh jugak, tapi kene kuar rumah pukul 5am le jawabnya. hahahhaa...
~~
cerita pasal tempat kerja.. mmm.. malas nak cerita lagi la. sampa bila2 pin tetap lah macam ni bosan. ni dah nak raya puasa ni, masing2 pon bawak jualan la. dengan expectation kita akan beli juga barang dia. wth???? sukati la nak beli ke tak. nak main paksa2 pulak. tak hingin la nak beli barang dari korang. kat luar tu pon belambak2 lagi orang jual kuihkek bagai. bab bodek jangan cerita la.. malas le nak cakap. lantak le situ.
~~
bab nezha... biasa je dia tu. main2 lompat2 menggelejat2 je. semaam entah le dia dapat mana habis pen kertas semua berterabur kat lantai. saya pon tak ingat mana saya letak pen2 kertas sampai dia boleh dapat. saya tanya acha buat apa kat rumah? belajar abc ke? hehehhee.. menyahut pulak tu.. nyawwwwwwww katanya. sabar je la. kalo belajar betol takpe, ni menyepah2 rumah. i love you nezha... sepah la lagi, saya suka je rumah sepah2 ni. takpe, sepah lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi.... grrr....
~~
bab obek... HAPPY BIRTHDAY TO YOU OBEK... hehehehhe.. saya pulak jadi lupa betol. mujur dah siap letak reminder kat hp. malam tadi dah tido sekali tu dengar la bunyik hp. tapi bunyik lain macam lak lagunya. tengok2 juga ada call ke? bila lak saya tukar ringging tone tu kan.. heran2.. tu tido balik. kejap tu bunyik lagi. pas tu bila bunyik baru la tengok dan barulah teringat. wahhhhh.. melompat2 le saya. boleh pulak lupa. cuba kalo birthday sendiri, lagi sebulan nak sampai date dah memekak2 kat tinga obek bagi ingat. hahahhaha... so, cepat2 call obek. dia dah tido dah. hehehe.. wishirthday semua, borak2 kejap. tanya dia nak apa as birthday gift, dia kata takmau apa2 lah. wahhhhh.. bagus betol nih. saya kata nanti saya belanja makan kat shogun je la ye. dia kata ok je la. hahahhahah,,.end up saya pulak yang mintak dia belikan something. chehhh... sesuatu tau. orang lain punya birthday orang lain yang dapat hadiah. boleh gitu? boleh aje... hehehhehe.. so, to my beloved obek, happy birthday to you. yang ke berapa? opssss... yang ke 21 katanya. sabar je la. perasan pulak orang tua tu. saya doakan obek panjangumur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, aman makmur kehidupan, kerjaya maju, dibuka segala pintu kebaikan untuk obek dan ingat tuhan selalu. oby sayang obek. hehehehhe.. i love you obek.. happy birthday to you....







ok la... tu je nak ceritahari ni. nanti sambong lagi. nak buat keje sambil tengok tikus2 ni menari2 dangdut. hahahhaha...wassalam...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Monday, July 26, 2010

penatnya...



hello...
aduh..penatnya. penat sangat la. kan minggu tadi ada buat kenduri tahlil kat rumah ma. mana tak penat, saya berdua je dengan ma. aduhduhduhduh...saya kata ni silap2 kang terus kenduri tahlilkan saya sekali. gila penat macam nak mati. dari bab masak, kemas rumah, kuarkan pinggan mangkok piok belanga semua saya la. wahwahwhah..super girl la kononnya. kononnya lamenu kenduri simple je la. gulai lemak pisang muda dengan ikan masin, ayam masak kicap, goreng sayor kacang buncis, tembikai, air teh o, air sirap, karipap. memang simple tapikalo dah berdua je nak mengerjakannya bengkok jugak. kenduri lepas isyak. selesai makan dalam pukul 11++ macam tu. lepas kenduri, kemas lebih kurang dulu ma kata tido dulu la sebab penat sangat2, esok baru basuh piok besor2 tu. biasa saya akan siap kemas semua licin licau baru tidur, tapi yang semalam tu memang betol2 tak larat la. esoknya ahad baru la kemas lagi. waduh2.. ada la jiran tolong basuh pinggan lepas kenduri tu. mujur juga ringan sikit beban basuh pinggan. apapon, kenduri dah selesai. pengsan.
~~~
ahad memang liat betol nak bangun. bangun tidor bua breakfast mihun putih tu. jadi la. lepas breakfast sambong kemas rumah le. lepas tu orang yang nak sewa rumah tu pon datang bayar deposit. masok biasa la 1hb tapi 29hb ma dah kasi kunci rumah la. takpe la.. dia pon nak kemas2 barang nak bentang tikar karpet semua tu. baru siap kemas rumah sekali pinnn...pinnnn.. pakngah ipoh pulak datang. aduhhh.. baru nak letak bontot la. dah datang kena la masak2 gitu. uwaaaaaaaaaaaa.. ahhh.. tambah je la mihun goreng pagi tadi tu. saya betol2 tak larat. badan pon dah panas2 demam dah ni. tapi layan jugak la. kejap je, pukul 1pm tu dia blah dah. nak pi rumah anak dia pulak. bagusss.. say apon kemas2 barang, saya pulak bersiap nak balik. sebelom balik tu saya cakap kat ma, ma yang seprah2 bentang makan tu belom cuci lagi nanti bila ma senang baru ma basuh ye? kita tak sempat la.. ma kat atakpe2..nanti ma buat. hahahhaha.... selamat. ma pon tengok saya sah separuh mati. mata dah bengkak semua. tak bawak bekal apa pon, bawak lebihan goreng mihun tu je la.
~~
balik rumah pulak.. tengok nezha dah siap 'berkemas'. sabar je la. rasa nak menjerit je rasanya. in fact, memang dah jerit pon. ahhahaha....cubit montot dia. geram betol. kemas2. sapu2 semua, lepak jao tengok tv. mandi2 semua lepas tu kebabom.. betol2 flat. pukul 4pm tido. pukul 5pm obek call. dia tau la tu dengar suara saya dah lain macam. lagipon kan ala2 dah mengadu malam tadi tu. ahahhahaa... obek kata dia on the way back dari cameron. saya kata ok. pas tu sambong tido lagi. pukul 7pm tu hp bunyik lagi, rupanya obek dah sampai da. saya tengah termamai2 tu kena la jugak bangun. tengok nezha baikkkk punay tido berkeroh2 tak hingan dunia. malas betol nak bangun. tak larat. suruh obek tunggu kejap saya siap2. lepas tu pegi makan dengan obek. makan piza katanya. hahhahaa...order banyak2 tapi tak habis. badan dah naik demam. then makan ubat demam obek punya. lepas tu balik. terus tidor lagi. betol2 tak larat. dengan baju ta iron lagi. lantak la. tido, tido, tido, tido. pukul 530am terjaga sebab dengar bunyik benda meletop. betol2 kuat la. memang terkejut dog badak singa lut semua la. bangun gak check2 apa yang patot, tapi takde apa pon. ok..sambong tido. pukul 630am bangun lagi. siap2 pergi keje. hari ni pi keje pakai baju tak yah iron. lantak la. tak larat lah.
~~
malam tadi mimpi wo... mimpi terkurung kat shopping complex. gila la.. ngeri wo. dah le terkurung dalam tu sorag2, lepas tu rupanya shopping complex tu kene jadi kem terrorist pulak. gila laa.. asker pegang senapang machine gun kat mana2. menakotkan betol jadinya nak menyelamatkan diri terpaksa la masok2 dalam kedai mana2 tu menyorok. dah tu saya sorang je pulak tu. yang kelakarnya dalam pada talot2 tu sempat lak try2 baju dalam kedai2 kat situ,. ahhahaha.... so, masa tengah menyorok kat 1 kedai tu, ada macam lubang kecik kat display wall dia. terrorist tu ada kucing & anjing la. tapi kecik. biasa kan kalo dalam cerita kalo tuannya jahat, dia punya pet pon ala2 jahat gitu. so, kucing & anjing kecik jahat ni nampak saya tau menyorok kat kedai tu. dia macam cakap. haaaaa.. ni ada orang, mari bagitau kat bos. saya geram sangat. so saya letak kat atas bantal display tu saya sepak dia keluar. hehehhehe.. lepas tu rupanya dia ada geng. kali ni yang kucing besar dengan anjing besar punyaaaa.. uwaaaaa..dia bagitau kat geng dia so depa kucing2 anjing2 tu do kejar saya la. so saya lari2 la.. nyorok2 celah2 patung la apa booth la. habis kata terkurung dalam shopping compleks.. harus le kan. gil ala mimpi tu.. sedar2 tu yang bunyik meletop tu. apakah senapang pakcik terrorist yang meletop tadi tu? hahahhahaha... tapi kan, kalo le betol2 terkurung sorag2 kat dalam shopping complex, apa nak buat ha? takotnyaaaa... apakah maksud mimpi itu? suruh saya shopping ke? suruh saya tambah kucing ke? uwwaaa...
~~
ok la.. tu je kot nak cerita. tetiba idea menulis hilang le pulak. take good care ye.. have a nice monday!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Thursday, July 22, 2010

cerita campor2.. jadi la dari takde lansong..


hello..apa nak cerita ye? benci la.. mengantok. takde mood. mwuahahahhaa...
~~
semalam kita dating2 la. hehehhehee.... pi dinner. pas tu balik rumah coz obek nk pi keje lagi. kejap je, dalam pukul 1130pm tu dia datang lagi bawak saya pegi jenjalan la. nezha dok rumah dendiam ye. nezha saya dah kasi pampered baik punya. kasi makan kenyang2, kasi tido lena2, tepok2 kasi double lena, pelok2 kasi triple syiok tido. saya bangun slow2 gitu takmau bagi dia sedor. yahu...berjaya... so, kuar2 la. pkl 430am baru balik. mwahhahahaa... sekian.
~~
pagi ni punya mengantok. but now rasa macam ok lak takde la mengantok sangat. ok la tu.
~~
keje? hah.. benci lah. tak suka la keje sini. keje tu ok, orang2nya yang musibat. benci lahhhh.. stress ok. esok ada meeting bagai. bosan betol. ee..tak suka la.
~~
apa lagi nk tulis ni. macam dah hilang idea lak. tadi macam banyak je benda nak tulis kan. saya tengah lapar sebenarnya nih. so, bila lapar, macam2 la yang diteringinkan. nak rojak, nak mee goreng, nak popia, nak putu bambu, nak soya bean. haihh.. ni macam alam flora la semua mau masok perot. hehehehhe...
~~~~~~~~~
~~~~~
~~
korang jangan tak tau. entry ni ditulis dari pagi sampai la ke malam ni ha dah pukul 9pm lebih belom gak publish2 lagi. dok tertulis sekerat2 je ni ha. hahahahhaa... tadi buzy. macam2 hal la. ni dah malam. baru balik dari dinner dengan obek. makan dekat2 je la. obek nak ada keje lagi malam ni, saya pon penat. so tadi order nasi goreng kampong. air sirap. pedas nak mati. meleleh2 air mataku. hahahhahaha.. gila la. jangan le pedas2 sangat woi. end up tak habis pon makan. so tapau. sayang pulak if tinggal gitu je sebab suku pon tak sampai saya makan tadi. sayang. tapau la esok boleh panaskan, makan.
~~
minggu ni kena balik rumah ma awal sikit la. ma nak buat kenduri doa selamat pulak kat rumah sewa tu. haihhh.. malas betol. sure pengsan nanti tu. dah le takde orang nak tolong. dah le kena masak, pas tu kang berangkot pulak ke rumah tu. aduhh...sabar je la. tapi nak buat camne. layan je la. katering?? takde maknanya. ma bukan nak benda2 macam tu. semua nak masak sendiri. tu yang tak larat tu. hui... moga2 hari sabtu nanti kederat membuak2 la hendaknya. kasi settle semua keje.
~~
nezha sihat je. mamat tu biasa la. ada je peel dia yang mencuit hati. kadang nak marah pon tak jadi marah. hehhehee... pagi tadi saya dah kelam kabut nak pi keje, time tu la dia nak tergolek, time tu la dia nak bergaru. geram betol. ahh..takde, takde. orang sah lambat dah ni. bila saya nak blah dia kuar lak suara mendayu2. alahaiiii.. luluh hati ni la. takpe la.. garu sikit pas tu hantar dia kat tempat makan. dia tengah makan tu saya cepat2 lari keluar. hehehhehe...
~~
hal office? membosankan. esok ada meeting. eee..tak kuasa la. cerita banyak2 kat sini pon tak guna. tengok je la nanti.
~~
obek pulak macam demam. panas sejuk panas sejuk penat. haa.. hambek. demam terus. but still boleh bangun la kan. cian dia. hhhehehee...harap2 obek cepat semboh la ye. saya risau la. ai lemiu obekkkkkk...
~~
apa lagi nak cerita. rasanya tu je la kot. takde idea dah. esok sure stresssssssssssssssssssssssssssssssss.. eee..tensennya...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...






Wednesday, July 21, 2010

entry pendek saje...

hari ni entry takde gambar lah.
malas
takde mood
(semedang je takde mood) hahhahahaa
rindu obek
nezha?
dia sihat walafiat, syukur

Tuesday, July 20, 2010

tolongggggggggggggg...



attention kepada semua ibu2, mama2, mummy2, kakak2, papa2, ayah2, abang2 kepada kucing2 sekelian...



tolonglahhh......


tolonglah bagitau kat saya cara yang paling berkesan, cepat dan mudah nak kemas rumah.


hahahahhahaa.. kadang2 jadi naik hangin woo kemas sebab peel budak2 tuh. sakit2 pinggang merangkak2 mengelap lantai. guna mop mcam tak puas hati pulak, plus kadang air dari mop lagi mengotorkan lantai le pulak (ke saya je yg jadi macam tu??)


terbaru semalam saya tengah dok aksi2 merangkak mengelap lantai nezha dengan suka hati telah melompat atas pinggang belakang saya tu dari atas kerusi plastik dia.


berdetuppp... terus saya tertiarap.


pas tu saya nangis. pas tu dia blah macam tu je. sungguhkaki buli betol dia tu.


pertolongan anda amat dihargai.


taknak tolong bagi pendapat/cara/idea pon takpe....


tapi kene tolong kemas rumah saya


so, mana yang korang mau????


cepatttt..bagitau sekarang... meowwwwwwww.....



Monday, July 19, 2010

kalo isnin biasa la.. mesti laporan weekend...



hello..
how was your weekend? ok? not ok? so-so?? saya macam biasa la.. sengal ada, happy ada, sedih ada. kata ratu emosi, harus pelbagai emosinya. ahahhaa...
~~
anyway.. hari ni monday. semua orang dah ok ke ni? jangan nak ada mood2 weekend lagi. takde monday2 blues de.. kita kasi tuka jadi happy monday. kalo agak2 takboleh jugak, tekanan perasaan ke, pi amik pisau, jadi la macam chuckt kat pic tu. huwhhahahaa...
~~
nak cerita pasal weekend. sabtu 17/07/2010 : berjaya bangun lambat yooo... dah bangun 530am tu, golek2 lagi. paksa pejam mata. tengok nezha pon elok je krohh krohh tido. polok la kuat2 bagi lagi lena. sekali dia bangun daaa..saya pon bangun la. kemas lebih kurang, pas tu pukul 7++am tu sambong tido lagi. bestnya. tapi tak lena la. terjaga2 je. by 10am, bangun dah. tak boleh dah nak terbaring je. sempit otak la. bangun2 tengok tv. korek2 peti ais ada balance burger dinner semalam. makan tu je la. burger sejuk. hahahha..gila pemalas. boleh la janji kenyang. duduk2 tengok tv, kumpul baju nak hantar pi dobi, by 12pm saya pon kuar rumah la. memula pi hanar baju kat dobi, pas tu merayap pi mydin. entah le nak carik apa. owhh.. nak carik baking powder katanya. kata nak buat2 kuih la bagai. pusing2 sekali dia jual yang botol besar je. tu maknanya tahun bila la nak habis tu. dah le kalo guna baking powder tu 1 sudu kecik je. ahh.. membazir. tak jadi beli la. letak balik. pusing lagi jumpa pencanai ke penggolek tu ha namanya? jenis kayu, saya nak yang jenis plastik tu kan. takde le pulak. tapi amik jugak. saje je la. ntah le apa yang saya pikirkan waktu tu. ingat nak beli roti. kata nk buat puding roti. sekali tak mendatangkan selera la. ahh..tak jadi jugak. sudahnya balik. 1 jam kat mydin cumanya beli kayu penggolek tu. buang masa betol. sampai rumah ma, tengok ma tengah masak rendang. wahhhh....best la. amik pinggan nasi cepattt..kalo tak kang habis. yo lah tu. sapa la ada manusia kat rumah tu. lepas makan, tengok tv sampai malam. itu je la laporan hari sabtu. eh..lupa.. petang, ma suruh buat cucur ikan bilis sebab nak bagi orang repair lampu minum. ok je la. nampak pulak ubi. then goreng ubi sekali. bukak fridge nampak sotong banyak, buat lak sotong goreng tepung. saja nak makan2. eh..camne nak buat sotong goreng tepung yang rangup2 tu ha?? saya bua tak jadi la. rangup juga tapi kejap je pas tu jadi tak rangup. uuwwaaa.. sapa ada resepi sedap buat sotong goreng tepung rangup2 sila la bagi.
~~
ahad 18/07/2010:
hujan lorr.. bestya tido. bergulung dalam selimut. tapi kejap je la. pukul 730am tu dah bangun dah. ma suruh goreng nasi untuk breakfast. ahhhh... tak suka la nasi goreng, tapi buat jugak la. buat untuk opah & ma boleh makan. saya takmao. saya nak breakfast lain. terus masak untuk lunch sebab malas. sebab nak tengok tv so tu yang masak awal2 tu. masak ikan bawak sweet sour & sup sayur sampur tauhu lembut & isi ikan. tu je la. kejap tu ma nak pegi kebun nak amik daun pucuk ubi. orang nak. saya kirim amikkan daun pisang. ma kata nak buat apa? saya kata, taktau lagi. kalo rajin kang jadi la makanannya. kao tak rajin kang sekian. hahahaha.. ma kata, alalalla.. rajin la.. rajin la.. hehhehe.. lepas tu ma pergi rumah orang kenduri. jiran depan rumah la selang 2 jalan. bila ma takde baru la semangat nak buat macam2. saya buat kuih koci la. yahuu.. macam sedap le pulak yang saya buat tu kan. mwuahahahhahaa... buat lebih sikit takpe, kang petang ma boleh tapau untuk orang buat wiring rumah tu. bagus betol. lepas nona saya pon balik.
~~
lepas tu tu je la..malam tido awal. 830pm dah kebabom. badan rasa tak sihat sangat. pukul 11pm dahtido lena obek call. cakap dia dah balik kl. nak jumpa. sekian le jawabnya. badan dah le tak berapa sihat, so takyah la jumpa. nanti la malam kang jumpa. rindu memang le rindu, tapi dia at that time pon baru sampai tol mana ntah. takyah la. dah malam. bor le dia balik rehat dulu. so.. malam ni saya nak pi dating. yahuuuuu.. harap2 jadi le. buatnya obek kene keje lagi, bye2 la jawabya.
~~
ok la.. tu je nak cerita laporan weekend.
~~
nezha sihat walafiat. luka kat perot dah kering dah. kalo nak boh ubat je mula buta muka dugong. tensen btol la. baru nampak saya nak buka tupperware ubat dia dah cabut lari dulu. sabar je la.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, July 16, 2010

semua naik dah ni... bagussss...


pic source : http://diggingri.wordpress.com/2009/12/10/sugar-scrub/
~~
hello...
macam lama la pulak tak menulis kan. mood entah ke mana2, ke laut, ke gunung, ke lombong, ke kedai basikal, ehh..kedai basikal pulak. pendek kata.. memangtakde mood. panjang kata..banyak beno benda yang nak dipikir sampai runsing otak ni la.
~~
on the happy note, last wednesday, saya kan tengah koje2 sekali tu obek call. ok la.. rindu je kat ia. sekali rupanya dia datang opis saya daaaa jemput pegi lunch. wahhhh..rasa nak melompat. bukan rasa lagi la, betol2 punya melompat. you make my day turn bright sun shiny2 la obek. dah le hari tu la2 tensen ka kat opis, sekali obek datang bestnyaaaa.... masa tu tak sabar2 nak suruh jam cepat bergerak. nak dating lunch le katakannnn... muwahhaha... so, obek sampai je saya melompat la masok kereta dia. pegi makan kat ayam penyet. owhh...macam tu rupanya rupa paras ayam penyet yang orang dok sebut2 tu. rasa?? boleh la tahannn... tapi pedasssssss.. saya siap nangis2 kuar air mata makan benda tu. order jugak dengan gado2 dia. pon pedas jugaaa, masyaallahhh... pengsan macam ni. sudahnya tak boleh habis la.. pedas. tapi ayam tudia goreng kosong la boleh la makan. rangup. ok la.. pegi lagi? nanti pikir dulu la...dah le kureng sikit kalo makan2 ayam ni, pedas pulak tu. hehehehhe..sekian. so, sementelaah dapat jumpa obek tu jadinya sessi mengadu2 dan melalak2 telah berlansung. ngadu la konon tensen. chewahhhh... saya dok cerita sampai berbuih mulut obek biasa la.. jawapan standard dia.. yeee... yeee.. yeee.. lain takde. uuwwaaaaa... dia tu semua yee je kalo saya tanya. geram pulak. anyway. miss you obek. lepas makan, balik opis la. melalak lagi. haihhh... obek balik kejap je coz ada koje kat ptjya, then kene pergi seremban balik. hari ni.. lepas jumaat kene pi cameron pulak. entah sempat jumpa ke tak kang taktau la. ada kesempatan jumpa la. kalo takde, saya pelok nezha je la.
~~
owhh..cakap pasal nezha ni.. ya tuhan.. betol2 menguji kesabaran betol la. semlam, saya balik, masok2 je rumah sekali tengok speaker peti tv udah jatuh tergolek kat lantai. mau saya tak menjerit!! risau la.. kalo benda tu pecah takpe,.. ni kalo ditimpanya kaki ke tangan ke perot ke lupa patah sapa nak jawab??? sayaaaaa jugak yang melalak2 kang. saya panggiil nezha dia diam je. baring. cek2 tangan kaki semua suruh dia jalan, nampak ok je boleh jalan. ok.. kemungkinan kaki or tangan patah takde. selamat. malam dok golek2 garu perut dia baru terasa kat perut luka. haaaa.. hambekkkk.. saya le yang gelabah. agaknya kene bucu speaker tu ke apa ke kan, benda tu tinggi, jatuh atas dia ke apa ke entah le apa ceritanya dia kat rumah tu. sapu minyak gamat. dia diam je. ye la diamm...sendiri salah. mujur saya tak tambah dengan cubit-cubitan, senggol-senggolan. sabar je la. pato le diam je dari saya balik. elok je duduk diam. kalo tak tu menggelejattttttttt... aduhh..macam2 la nezha ni. harap2 cepat sembuh luka tu. tolong jangan bagi saya susah hati pleaseeee.. i love you nezha.
~~
esok sabtu. ingat nak bangun lambat. hehehehe.. every week pon bercita2 nak bangun lambat. tapi takde la tu. tengok la camne. esok punya schedule, pagi nak pi hantar baju kat dobi, kemas rumah sikit, nak beli barang sikit. tu je la. pas tu nak balik rumah ma. kat rumah ma nak masak apa ye? teringin puding roti la. nanti nak surf resepi la. harap2 menjadi. kalo saya buat nanti saya boh gambar kat sini. tahan je la mata tengok puding roti hangit nanti je. kalo jadi la.
~~
apa lagi nak tulis? owhhh.. hari ni harga gula petrol gas semua naik. apsal dia naik 1.90 ha? saya suruh naik kasi genap 2.00. apa la.. kan senang tak yah pulang baki seposen. kang cashier takde duit kecik kang dia takmau pulak pulangkan seposen kat saya. kang saya gaduh lagi dengan cashier tu kang. ini boleh memudaratkan pikiran nih. naik la..naik la.. naik la lagi. saya suka je. satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
~~





saya lapar le pulak ni. tingin makan spageti, tingin makan rojak, tingin makan capati. haihh... kalo time nak balik rumah ma je mula la orang menerawang carik2 menu makanan. sabar je la.
~~
bab office.. aduhhh.. political war zone betol. lantak korangla. nak nama? amikkkk... nak pangkat? amikkkk... nak glamer? amikkkk.. saya diam2 je dah la. malas nak layan. sebok je nak amik tau hal koje orang, sampai koje saya pulak dia nak take over, woi..sedar diri sikit, ko punya keje atas table tu melambak2.. lansong tak filing saya tengok, masih ada kesempatan nak menyebok hal orang. pelik betol la kaki bodek jenis macam ni.
~~
apa lagi nak cerita nih? takde idea dah. tak lama lagi nak ramadhan dah. dah bersedia ke? sedia dari segi rohani, jasmani, rihana, rohana dan rogayah? hwuahahhahaa.. persiapkan diri je la ye. tak pikir lagi persiapan raya. apa pon takde. malas la. biasa saya semua last minit punya agenda je.
~~
take good care... have a nice weekend... wish all the best to al of us.
~~
i love you obek..(rindu kat obek...keje rajin ye)
i love you nezha..(jangan la panjat2 lagi please... tido je la ye)
i love all of you..(jangan nakal2)

Wednesday, July 14, 2010

Tuesday, July 13, 2010

nezha pandai berlakon...



hello...

apa nak cerita hari ni ha?? tak de mood betol la. standard la tu.. mana pernah dengar saya happy mood. hehehehheee...

~~

hari ni macam biasa la. pagi tadi bangun macam biasa. 530am. pastu jadi malas, baring2 golek2 lagi, tengok nezha pon baikk punya melengkor. sedap tido le tu. geram betol. so, kaco2 dia tidor, hehehe..very good bagi dia tak boleh tido. kejap tu bangun, then kemas2 semua. iron baju. tapi hari tu kan dah siap iron untuk seminggu sekalipagi ni ala2 macam takmau pakai pulak baju yang dah siap iron tu, nak pakai baju yang lain. since masih banyak masa so, ok la..saya pon iron la baju lain.

~~

peo macam lapar. ingat nak beli breakfast tapi macam malas pulak. saya takmau breakfast nasi lemak ke mihnke just nak makan kuih2 je la tapi tak jumpa pulak kedai or payung tepi jalan jual kuih. malas nak pusing jauh cari kuih tu. so, nak senang cerita, takyah makan la. jimat.

~~

hari ni tensen kat office. one of the engineer katanya.. puiii... dah salah kira dimension, salah bagi size. for sure harga tender pon udahjadi lain. senang2 nak tnjuk kat kita lak salah bagi price. hellooooo.... kita bagi price je. ko yg tukang kira benda2 tu ko la yang kena bagi final size. baru boleh darab dengan price, baru boleh mark up berapa nak, baru boleh letak tender price. ni takkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. pepandai nak buat sendiri, sekarang nak cuci tangan lak tunjuk orang sana sini. puiiiiii....sakit hati betol la. dah tentu2 harga hari tu rendah dari harga sebenar. menjawab le ko. lantak situ. geram betol la. esok lak dah tender interview..haa..menjawab le. tak pasal2 saya lak kene kira semua balik. benci la.
~~
sabar...sabar...
~~
obek still buzy. malam tadi saya dah tido dia call. ingatkan dah sampai kl, rupanya kat tempat keje lagi. saje la dia call. bukan tanya saya. tanya nezha. tanya nezha sihat ke tak, dah makan ke tak, tido ke, wat pe ke. haihhh... ini boleh mendatangkan kemarahan berganda2 nih. hehehehhee... dia pon dah rindu kat nezha kot. lama dah tak jumpa. nezha? entah la dia. malam tadi dok berus2 bulu dia, so terjumpa yang tergumpal2 tu. makanya saya amik la gunting nak gunting, sekali zrappp.. hahahhaa.. macam terasa je terguning kulit dia. menjerit mamat tu mencicit lari. saya apa lagi, melompat ketakutan. pucat rasanya dah muka saya. menggigil2 saya dah masa tu. so, tangkap dia balik, check balik ye ke luka ke apa ke. puas dah belek2 takde ponggggggg... nezha pandai berlakon. saya tengok bekas gunting tu punya jauh lagi dari kulit dia. haiyaaaa..bikin suspen la budak tu. lepas tu dia nampak je saya pegang gunting dia jerit2 dah. sudah la ko nezha.. lakonanmu sudah ku ketahui. chehhh.. sama je kalo nak lap mata, nampak je tisu dia dulu mencicit lari macamkan nk kena rotan, walhal nak lap mata je ponnnnnnn...
~~
ok laa.. byk hal la pulak hari ni. nanti la sambong. peace!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Monday, July 12, 2010

spain menang...berakhir sudah piala dunia 2010..


hello...
hey..bangun2.. jangan nak buat2 mengantok pulak. malam tadi tengok bola final tu beriya kan sampai tak reti2 nak tido la ni dah mengantok dah. tu la korang.... kena la adil dan saksama. hehehehe... anyway.. result semua orang dah tau. spain menang 1-0 dengan netherland pada masa tambahan. bagus lah. saya tak kira la pon sapa yang menang, janji happy. so, maka dengan itu berakhirlah sudah episod piala dunia 2010. kene tunggu piala dunia akan datang la baru boleh tengok bola balik. congratulation to spain.. 1st time in history katanya. tu diaaaa......
~~
ok.. cerita weekend. macam biasa la. sabtu tu bagun awal. 730am dah bangun dah, kata nak kuar dating dengan obek so bangun awal la. sekali orang tua tu bangun lambat daa.. dah call dari pukul 8am kata dah bangun. tungu2 tak jugak sampai. so, pukul 930am call lagi. kata tengah siap2. al-kisahnya dia tertido lagi. pandai je nak memutarkan fakta tau dia tu. geram betol. sudahnya pukul 11am baru dia sampai. sampai2 je terus carik kedai makan la kan. takde pegi mana pon, pegi makan je lepas tu balik dah. sebab obek nak kena pegi seremban pulak. saya pun siap2 balik rumah ma. sebelombalik singgah dulu nak beli barang untuk ma kat watson. ni yang bikin panas hati ni. saya beli barag berapa rengget ntah tapi sen nya 35sen la. cashier tu tanya ada tak 35sen? saya kata takde syiling. saya bagi duit rm50. pas tu dia pulangkan balance, berapa rengget 60sen dia je. dia kata kitaorang takde 5sen so takpe la ye. saya kata mana boleh? saya dah bagi duit its up to you mana nak carik change tu. mana boleh bagi free. cuba kalo saya beli barang takde cukup duit awak nak bagi tak barang tu kat saya? takde kan??? mula la nak mendatangkan kemarahan. dah le kalo 99sen kedai round up jadi singgit. dah le kalo beli barang hari sabtu beg plastik pon kene charge. ni 5 sen customer po ko nak caras?? come on la. memang la 5 sen je tapi kalo dah 500 customer untuk hari tu dah berapa ko untung? dari sedekah kat watson tu baik la sedekah kat orang mintak sedekah tepi jalan tu. melampau2 la diaorang nih. so that guy yang cashier tu dok jerit2 panggil panggil kawan dia suruh bukak kaunter sebelah nak tengok ada tak duit 5 sen. saya buat keras saya je la. lantak le orang belakang berbaris pon. ko bising bak sini 5 sen ko bagi kat saya. so, takde gak duit 5 sen tu. so mamat cashier tu pegi belakang la carik kat kawan2 dia kot, the dia datang balik dia hempas duit 10sen kat kaunter sambil sebut huhh!! wahhh.. saya pedulik hapa, saya amik je 10sen tu then blah. lantak kau la. lain kali kali takde change tulis kat situ siap2, sial sediakan duit se-ngam2 harga barang kerana kami takde duit tukar, wtf!!!! kalo dengan duit customer 1 sen pon berkira, tibe time ko, sedap2 senang ko nak rembat duit orang ye. kalo korang2 tu baik hati, sukati korang la nak sedekah kat kedai tu, tapi not for me. dia dah untung banyak dah.
~~
lepas geram2 tu saya pon balik rumah ma. sampai rumah ma, rupanya ma pula demam. haihhh... tapi bawak juga la berborak2. petang tu saya buat puding karamel. takde pic la pulak. kelam kabut petang tu. buat beriya2. jadi tu jadi tapi macam tak licin sangat la dia macam berlubang2 pulak kat tepinya. tapi rasa sedap. hehehehhe.... dah nak senja tu budak ngah datang dengan kawan dia amang. depa nak pi hantar seluar nak pi alter so singgah rumah ma. ngah pon dah nak pergi kolej selasa ni. so elok le tu. saya bagi ngah duit belanja sikit. so, petangtu kitaorang buat laok ikan bakar je. ada la dengan ulam2 sikit, makan puding karamel tu, goreng cempedak. ala lagi.. kitaorang orang bedal la cukup2. hehehhee....lepas maghrib ngah & amang pon blah.
~~
ahad pagi saya turun pagi suboh tu tengok lampu gelap je lagi, maknanya ma tak bangun lagi. rupanya ma demam, tak larat bangun. saya biar je la ma tido. pukul 730am tu saya turun lagi nak tengok tv. lagipon dah siang matahari dah mencanak2 takkan nak tido lagi. pegi dapor korek apa yang patot. tengok peti ais kosong da.. ada ikan sejenis je. dengan tempe. otak dah merancang nak buat gulai lemak tempe dengan telor sweet sour je dah la, malas nak kuar beli laok. sekali ma tanya nak masak apa, saya cakap entah le. ma kata takpe la jom pegi pasar. saya kata ma larat ke? ma kata larat la dok baring je lagi demam. so ma siap2, kitaorang pon ke pasar. dah sampai pasar tu ma dah jadi sihat. hehehhe... beli ikan macam2 jenis, beli ayam beli sayur. so, menu semalam ialah cucur udang dengan ikan tenggiri masak kicap. saya malas dah nak masak. jadi la. sampai rumah mengerjakan la udang2 tu nak dikopek nak buat cucur. buat2 sedapnyaaaaaa.. yahuuuuu...pas tu buat masak kicap ikan, untuk bekal. masak nasi. tengah masak cucur tu budak belakang rumah datang lak. budak kecik jeumur 3 tahun macam tu memang suka je datang berjalan. so tapau kat dia sikit cucur udang tu. suka la dia melompat2. kejap tu ngah datang lagi dengan amang. coz dia amik balik seluar yang dah siap alter tu. tapi depa singgah kejap je la, sebab amang nak balik asrama dah kat lumut. baik budak amang tu, sopan santun, smbyg pon ok. actually kita panggil dia imam..coz dia je yang selalu jadi imam kalo datang rumah ma, tapi lama2 sebutan udah jadi amang le pulak. hehehhee... ma dulu pernah cakap,kalo la dia ada cucu pompuan, nak je buat amang jadi menantu cucu. hehehe... gila la ma ni. budak tu pon belajar lagi. lepas tengok melodi, saya pon siap2 nak balik. baru nak reverse kereta, ibu pulak sampai. haihhhhh...turunnnnn lagi. saja la ibu datang nak tengok opah. sesambil tu budak adik tu nak amik kompang kat rumah ma, dia ada belajar kompang so nak paw kompang ma sebijik. ma ok je. dia nampak saya mula la nak mengada itu ini. standardddd.. dia kata dia nak kena pergi kem motivasi esok (hari ni le tu), so nak kasut sukan. ayooyoyoyooo... lepas borak2 semua, balik tu saya saing dengan ibu la, coz nak singgah kedai nak belikan budak adik kasut sukan. macam2 la dia tu. dah dapat tu suka la dia. mengada betol. hehehhee..saya suka je melayan dia. lambats aya sampai rumah semalam. pukul 5pm baru sampai. sampai2 je terus mintak nyawa la kat dalam rumah. nak mengemas rumah tu lagi. mujur nezha tak bagi hadiah minggu ni. sayangggggg dia...
~~
lepas kemas semua, kasi lepak kejap, the iron baju untuk seminggu. settle. yahuuuuuuuuuu..... lepas maghrib, makan bekal. pukul 830pm obek call cakap dah sampai. dia baru turun dari cameron. best2. dapat dating yahuuu..dating kejap la teman obek makan. saya tak makan la sebab baru je lepas maghrib tu makan. just minum je la. lepas tu balik. takde pegi mana pon.




ni nezha. ehhh...kot2 la ada sesiapa yang tak kenal dengan dia kan. hehehhe... hari ni macam biasa. kuar terlamba pulak tapi sempat la sampai opis ikut time. rata2 guys kat office dok buat final analisis untuk world cup malam tadi. hahahaha...tak habis2. ni kira last le kot. lepas ni takde la. agaknya la. si kaki bodek terjungkit2 belom sampai lagi, entah cuti ke apa ke takmau amik tau. lantak kau la.
~~
sakit perot la. entah la kebelakangan ni sakit perot makin menjadi2 la. tak selesa betol.
~~
apa maknanya kalo kita mimpi orang yang dah mati tapi kita tak kenal pon dia. tapi dalam mimpi tu kita macam kenal pulak dia. korek2 punya korek orang tu memang sedara kita tapi yangkita memang tak pernah kenal coz dah meninggal berpuloh tahun yang dulu. haiyokkkkk.... misteri nusantaraaaaa... macam nak pengsan rasanya. apakah???
~~
ok la.. panjang pulak tulis hari ni. nanti sambong lagi. selamat bekerja semua.. doakan yang baik2 ye.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, July 9, 2010

rindu obek dan masak cucur...eh, kalo sedekah jangan cerita2 kat orang...


hello...
apa khabar semua? harap sihat? badan sihat, hati sihat, perasaan sihat. ye tak? hari ni dah jumaat. ok la tu kan. esok sabtu ahad. harap semua orang suka la weekend ni. saya biasa je. tak leberapa suka sangat. ahhahaaa...malam ni jangan lupa. bukan malam la..pagi buta.. 230am.. bola, bola, bola. tengok tau.
~~
hari ni mengantuk le pulak. malam tadi tidor awal pukul 930pm dah selamat belayar. sekali pukul 1230am bek call daa.. ajak jumpa. uwwaaaa... nak jumpa nak jumpa, tapi ngatok. so bangun siap2. kata rindu. chehh.. so, pegi minum2 makan, sampai pukul 4am. lepas tu balik. sebab obek nak kena get ready pi cameron at 5am. sian dia, tak tido2. mesti penat tu. aduhaii.. semoga semuanya ok2 la belaka hendaknya ye. saya lepas sampai rumah tu sambongtengok tv pulak. macam segar le pulak. bilaobek call cakap dah gerak ke cameron saya pon baring2 sekali tertido daaa.. alarm bunyi pukul 630am, teka snooze, sekali dia tak mau bunyik lagi pulak dah. alarm hp saya ni pon memang ada angin2 dia la. kadang bunyi, kadang tak bunyi. sekali sedar2 pukul kurang 5 minit pukul 7am. haaa..hambekk.. terkejar2 bangun tido. tu la dianya. tapi ok la..takde la terlewat ke apa ke. siap2 pergi koje. bawak bekal roti kacang hari ni semalam dah beli siap2. rindu obek....
~~
semalam balik macam biasa. sampai pon lebih kurang waktu2 biasa jugak. ingat nak pergi kedai bakeri tu nak beli roti almond butter tu. sedap hari tu beli sekali semalam pusing2 tak jumpa pulak kedai tu. aik.. mana pulak perginya. 2 kali pusing rupanya kedai tu tutup daa.. hantu betol. time nak tu tutup le pulak, kalo tak tu terbentang teruka je. geram betol la. so, singgah je lakedai runcit cari apa yang boleh dimakan. tu yang jumpa roti kacang tu. beli.pusin2 dalam kedai tetiba teringin nak makan cucur ikan bilis. ahh.. ika bilis ada kat rumah, so beli tepung dengan sos je la. memula ingat tu nak beli yang tepung cucur segera tu kan, tapi pikir2 alahhh... tak syiok la.. nak yang buat sendiri punya so tu yang beli tepung gandum biasa tu. hehehhe.. balik2 kemas2 semua then buat la cucur ikan bilis. ingatkan bwang ada banyak lagi rupanya ada tinggal sebiji je lagi, tapi besar punya la,. cukup la. guna suku je pon. nak uat untuk makan sorang je kan. ubi kentang pon gua sebelah biji je. ikan bilis sikit, ada jumpa daunsup lebih buat mihun gorengtu, kasi potong juga campor. sedap bau wangi. potong cili api sebiji, saje la kasi ada campuran2 tu. then garam dan lada hitam. serbok kunyit jangan lupa, kasi warna lawa sikit. tengok jangan tak tengok ni bukti nih. mwuahahhahaa....




sikit je pon buat untuk makan sendiri je. nezha tak boleh makan la benda ni, kang berminyak2. masa saya dok kopek ikan bilis & tumbuk sikit ikan bilis tukasi lembut, dia punya menyebok jangan cakap la. saya tengah tumbuk kat lesung kat kat lantai tu boleh dia nak menyelit masok kat tangan saya. geram betol. sabar je la. dia tu kalau dibagi semua nak je, tapi saya le risau. ahh..takyah, makanje la makanan sendiri, kang cerry berry susah saya kang. so, lepas siap semua tu bancuh la. ehh..memang le kena bancuh takkan nak tuang tepung kering tu dalam kuali kan. hehehhe... saya biasa bancuh guna air suam. entah la ye. air paip pon boleh kot. tapi macam tak best la pulak, so guna la air suam gitu... lepas tu.. goreng la.. yahuuuuu....




see.. dapat sepinggan penuh. sedappppppp... rangup2, wangi2. wahhh... best betol. lepas siap masak, baru mandi. hahahahaa... mandi wangi2, sikat rambut lawo2, pakai bedak wangi2 baru la best nak makan. sambil makan sambil tengok berita, tukar2 channel tengok kartun. minum air sarsi. wahhh... sedapnya. kenyang untuk malam tadi. alhamdulillah. lepak2 kejap tengok scooby-doo, pas tu tido la. nezhapon tido jugak. dia mana boleh berenggang dengan saya kalo saya ada kat rumah.
~~
harap2 hari ni berlalu dengan ok2 sahaja hendaknya. esok sabtu entah nak buat apa. biasa kuar lunch dengan obek, esok takde la. makan sendiri je la. tido je la kot. nak kuar jalan pon takmau la. nak kuar dengan sapa. takde geng.
~~
jadi itu le cerita saya semalam. ok la tu kan. sempena hari jumaat yang mulia ini, mudah2an semuanya berjalan dengan lancar. kalo nak sedekah kat masjid ke surau tu pegi la. tapi senyap2 sudah. jangan le dok canang 1 opis pulak. jangan jadi macam orang kat sini, kecoh je sebab every 2 weeks pi hantar something kat masjid but then dok canang kat kitaorang opis. kata memang dia dari dulu dah buat camni la, itu la ini la. alahaiii.. nak sedekah jangan cerita. orang kalo lagi boleh senyap nak senyap takde nak kecoh2 pon. apa laaaa..... kalo sampai dah semua orangtau tu dah bukan sedekah dah tu. sedekah tu kalo boleh tangan kanan bagi, tangan kiri tak tau pon yang kanan memberi. gitu le kaedahnya... entah la dunia ni macam2.
~~
ok la.. panjang pula tulis hari ni. harap bertemu lagi di lain hari. assalamualaikum...
~~
i love you obek.. (miss you so much)
i love you nezha.. (busyuk sangat)
i love all of you.. (have a nice weekend)

Thursday, July 8, 2010

spain menang malam tadi..so?...



hello...
ok..spain menang pagi buta tadi. so?? hehehhee... whatever la.. yang penting semangat kesukanan tu. very last minutes goal. memang me-demotivate-kan german betol. api permainan malam tadi memang best la. 2-2 ponkuat. near miss goal memang le banyak. thanks to penjaga gol yang sangat2 terror. hehehhee... kalo letak acha kat pintu goal tu kompom 28-29 jaringan gol. hehehe..tak pasal2 nezha lak nak jadi goal keeper ye. sayanggggg dia. anyway..saya ok je. kita tunggu final....
~~
belom apa2 dah cerita bola. dah jadi blog ulasan sukan pulak. ok.. back to normal thingy. pagi tadi call obek coz dia inform suruh kejutkan dia nak kepe pi attend meeting pagi ni. call punya call, orang tua tu pon jawab. sian kat dia. malam tadi koje sampai pukul 3am. kebelakangan ni memang buzy betol. hari ni lepas lunchnak pergi cameron katanya. uwwaa...tak dapat jumpa obek pon. dah berapa hari dah tak jumpa. dapat jumpa kejap jadi la nak tengok janggut kambing dia tu. hehehehe.. dah le nak kene outstation lama. rindu obek.. takpe la.. pi la keje. pi keje elok2 ye obek.
~~
nezha?? biasa la mamat tu. tukang sebok 24jam. masa tengok bola malam tadi dia pon tengok jugak, tapi tengok kejap je, pas tu dia tido. tido polok yooo.. takde maknanya dia nak tido malam sensorang. pagi tadi saya dah bf oat. dia pon sebok nak jugak. banyak juga di makan sesudu penuh tu. hishh..takot saya. takot dia sakit perot. kalo dia sakit perot kang yang hazab saya la. buatnya mencicir kat mana2 udah jadi satu koje. dia tu apa bagi pon semuanya nak je. haihhh... sabar je la. apa pon, sayang nezha sangat2.
~~
ok.. hari ni si kaki kipas terjungkit2 dtg koje. hahahahha... memekak je. bos takde dia pon berjoget la. haih..lantak kau la. yang pentingnya..meluat. ehhh... diaorang kat opis ni suka macam gossip2 tau. dudukkat penjuru sana the sembang dengan very low tone, tapi celah mak bedah. which is mendatangkan rasa tak senang hati bagi kami2 yangjoint the group. plus, tindakan macam tu boleh mendatangkan curiga. ye la. apa korang rasa kalo nampak orang dok sembang senyap2 cotcetcotcet? haihh...sedar la woi..zaman dah berubah ni. perlu ke lagi nak cerita2 celah bedah tu. tak elokla. ubah la tabiat tu. disebabkan orang2 macam ni la nanti banyak fitnah boleh berlaku. pas tu suka suki tok nenek dia nak gossip2 kitaorang yang bujang2 ni antara satu sama lain. wth????? jangan sampai saya bersuara. ni la masalahnya kalo koje dega orang2 kita. mentaliti macam makcik2 kampong. keje dengan orang bukan kita pon ada gak isu tapi tak le seterok ni. work is no. 1 priority. ni takkkkkkk..... gossip is no.1. bab kaki bodek terjungki2 tu yang tak larat tu. worst!!! kat sini saya senyap je. macam biasa la. saya mana ada cakap2 dengan orang. kat opis lama pon saya memang macam ni. kat mana2 pon saya memang kurang bercakap. cuma dengan obek dan kat rumah ma je saya bercakap2. tang tu tak boleh berhenti pulak bercakap. hahahhahaha.....
~~
malam tadi makan megi goreng. takde makanan la. dah la balik semalam hujan lebat yooo... ingat nak juga singgah kedai beli roti. tapi sebab hujan malas le pulak, so balik je la terus. dah siap kemas2 semua, korek almari tengok ada megi. but malas la kan nak makan macam tu sebab nanti kompom sakit perot cery bery muntah semua. so, buat la megi goreng. jumpa cendawan 1 tin. wokeh..kita buatkan cendawan tu jadi rencahnya. jadi la. tungtangtungtang, siapppp... sedap juga. hehheheheheee.....
~~
tengok tv kejap, lepas tu dalam pukul 930pm tido dah. mesti la.. kene kumpul tenaga kan sebab nak bangun pukul 2am nak tengok bola. hehehhehee....
~~
hari ni bad hair day la. entah la kenapa. sikat bagai nak rak pon still tunggang langgang lagi. dah boh minyak, dah bagi cekak pon tak ok gak. bila ikat rasa macam lain pulak. haihh... agaknya rambut pon naik stress.
~~
teringin roti jala la. cicah kari ayam boh ubi kentang.
~~
rindu obek ni.... camne ni??? uwwaaa.. pepagi dah melalak.
~~
ok..soalan hari ni.. kenapa saya cepat je nak nangis? ciwek. sila jawab.
~~
i love you obek... (miss you so much)
i love you nezha...(tido tau)
i love all of you...(pegi la buat koje, jangan gossip2)

Wednesday, July 7, 2010

ye ke harga sotong melampau mahal sekarang???...


hello...
chewahh..jauh termenung tu.. tengok apa? tengok luar? tengah berangan2 nak main kat luar ye? huishh..bahaya..bahaya... hari tu awak lari sampai jauh sekali sampai dalam longkang saya kejar awak. choiii.... nantikita pi jalan2 naik kereta ye. itu tak pe.. selamat. hehehehe..
~~
apa nak cerita ye hari ni? hari yang sengal fikiran yang sengal. emosi yang terganggu. bosan la tengok pelakon2 wayang kulit kat sini terjungkit2 berlakon. puiiii.... anyway.. malam tadi tido kejap je. kata tengok bola.. nederland (ke netherland???) menang pulak malam tadi. muwhahahaha.... malam ni yang susah hati nih. german kah? atau spain kah? uwwaa...2-2 pon best. apa la tetiba pepagi cerita pasal bola la pulak. kita tengok siapa yang kenaaaaa...
~~
obek... dia buzy. hehehe..sian dia. terkejar2 sana sini, kejap seremban kejap kl, kejap cameron, kejap putrajaya, kejap hujung dunia, kejap hujung lautan. macam2 la dia tu. macamkan dia sorang je yang koje kat kompeni tu. sian tengok dah kurus dah. makan pon tak tentu hala. alalallaaa... takpe la. musim carik duit. mudah2an berkat. kata nak bawak duit 5 guni kena la koje rajin ye tak? i love you obek....nanti belanja sushi ye. tq.
~~
nezha... seperti biasa. semalam dia buat perangai. semalam saya balik cepat. tak larat la. penat. balik2 tengok rumah ok. paper takde koyak2. fuhh. lega. sekali pegi dapor tu dia... dia dah mencicit kat lantai. geram betol. rasa nak menjerit. tapi tak jerit la. cuma bebel2 je. patot la saya balik tu dia baik je. kalo tak tu mengeow bagai tak mau kat pintu, semalam elok je landing kat sofa. chehhh..dah bagi saya hadiah rupanya. jadi kena la kemas. lap2 mop2 semua. lepas tu masak mihun goreng. teringin lah. nak beli yangkat kedai punya tak best. sebelom balik tu singgah kedai beli bahan2. amik la sotong 4 ekor. sekali timbang orang kedai tu dah cakap, kak, sotong mahal sikit. saya kata takpe la berapa? sekilo rm20. humakhaiiii.. mau saya tak terbeliak bijik mata. saya tanya apsal mahal sangat ni? camne orang nak beli. 4 ekor tu rm4. melampau betol. dia kata memang amik dari pasar mahal. arghhh.. malas lahnak bebel2. udang rm17 sekilo katanya. melampau betol. bukan udang besor ibu jari, beso kelinking je pon.. benci la. kenapa mahal sangat ni ha? ye ke harga udag sotong macam tu sekarang? ada sesiapa yang selalu tauharga ikan sotong udang ni kasi inform sikit harga pasaran. tapi sebab nak makan, beli jugak la. mujur dok sorang, kalo anak 4-5 orang nak makan apa? goreng bawang tuang kicap dengan nasi je la jawabnya. melampau betol. lepas kemas khazanah nezha, saya pon start masak. sodap je pon. mwuahhahaha...semalam memang seharian tak makan. lunch pon tak sempat. cuma makan buah pear sebijik. haihhh.. nanti la next week sambong puasa. tak puasa pon bukannya makan. lepas siap2 masak, mandi, tengok tv, makan. lepas tu tengok tv lagi. malam tido, pas tu bangun tengok bola. habis bola sambong tengok tv. pukul 6am tido. 630am bangun balik, siap2 pegi koje.
~~
kalo cerita pasal orang kaki bodek memang sampai bila2 pon tak habis. benci lah... tengok je la lagaknya. tapi orang2 mcm tu la yang sng ke koje. perasan tak? lagi buat jahat, lagi senang hidop. yang kita ni lagi nak buat baik, lagi banyak masalah. dunia dah terbalik la....
~~
iklan yusofff thayyyobbbbb udah kuar lorr.. menandakan udah nak ramadhan.
~~
banci penduduk dah bermula. sila beritahu orang2 yang tinggal kat rumah tu supaya berhati2. sekarang ni macam2 je orang nak buat perangai. takot dia tipu kata dia nak banci penduduk walhal nak merampok. pesan kat mak2, makcik2 kita yang kat kampong tu. kampong you all tau je la.. tingkap pintu semua terbuka luas je. takde grill2 macam kita kat pekan ni. kalo nak banci pon takyah bukak pintu grill tu. tanya je kat luar udah. memang dia bawak kad pengenalan banci tu, tapi orang2 tua ni mana reti benda2 tu semua. anyway... sampai2 kan pesan ni ye. pi call mereka cepat. hehehhee... katanya buat banci ni nak kira berapa orang yang ada rumah, berapa bilangan penghuni segala, harap2 lepas ni takdela isu orang duduk dalam reban ayam atau bawah longkang. kata dah banciiiiiiiiiiiiiiiii...
~~
kenapa saya suka membebel? sila jawab.
~~
badan sakit2 la.. tulang2 rasa lenguh2. kenapa ye? stress ke? memang stress la pon. camne nak hilangkan stress? dok ngadap obek 26jam? takde maknanya. itu lagi mendatangkan stress. jumpa kejap2 best la.. memang boleh buat lagi rindu, tapi kalo dah mengadap je siang malam apa ke halnya. hahahhaha... macam ni punya orang pon ada ke. ahhh...
~~
ok.. time to go. have a nice day ahead.
~~
i love you obek...(miss you lah!)
i love you nezha...(jangan noty2 la please)
i love all of you...(kereta dah basuh ke belom?)

Monday, July 5, 2010

cerita masak... yg hangit lagi..


hello....

anybody miss me (miss me in terms of nezha lah.. miss saya nakbuat apa, takde faedahnya pon, tapi kalo miss saya pon bagus juga, muwhahahaa....). apa khabar semua? saya not so good la. macam2 hal berlaku weekend ni tadi, so, lupakan la. walopon sebenarnya tak boleh dilupai. camne nak cerita ye. macam personal sangat la pulak. haihh...
~~
cerita la pasal nezha. sila la tatap muka dengan mata berair2 tu. tu namanya baru bangun tido. layan je la. kalo menguap bukan reti nak tutup mulut. seluas-luasnya. ala..manusia ni pon ad aje yang terkuap2 ternganga je saya tengok. pompuan pon ada woo nguap tak tutup mult. apa daaa.. apa lagi si nezha. betol tak? entah le nak cerita pasal apa. pasal last entry tu.. ada gak tu yang tak puas hati. lantak la.
~~
sabtu ada kejadian yang terok telah berlaku. haihh..takmau cerita la. yang pastinya dah ala2 drama cerakarama la pulak. so, bantuan segera dari obek diperlukan. mujur orang tua tu ada kat area sini2 jugak. makanya debush2 telah berlaku. haihh... saya rasa macam nak mati. anyway.. doaan semoag keselamatan saya selamat la ye selepas ini. nak selalu call2 obek pon tak boleh juga dia keje. tambah2 this week dah start koje kat cameron. if anything happen to me, pada siapalah saya nak minta tolong. ya tuhan..selamatkan la hambamu ini. korang2 pon doakan kan la ye untuk saya. saya takut la.
~~
ahad, takde buat apa. pepagi masak lempeng untuk sarapan. makan sekeping kecil. masak sambal tumis ikan bilis untuk bekal. denga masak kicap telor. korek2 peti ais nampak ayam dah siap perap. wahh..saya pon saja la nak try2 panggang ayam tu. tengok kat tv macam sedap je kan. so, kita mula kan aktiviti bakar membakar. gila nak carik alas aluminium foil tu tak jumpa2. eveytime nak buat projek je mesti ada je halangan. masa nak, benda tu mesti takde, kalo taknak, tercongokkkk je depan mata. so, saya amik je la baking paper tu buat alas dulang. malas le if tak alas nanti berkerak dulang tu payah nak basuh. mari la tengok ayam panggang saya... yang hangit sudah semestinya. kata trademarkkkkkkk....




walopon rupanya tidak begitu menarik, akan tetapi, rasanya amatlah menyedapkan tekak. wohooo...itu garpu konon2nya naktry test dah masak ke belom, sekali udah terus termakan daaa.. ratah je la. ma masak tu takde, pegi rumah orang marhaban, saya makan sorang je la. ala..bukan habis pon. siap boleh tapau baak balik lagi. camne nak buat ayam panggangyanglawo2 macamkat tv tu ha?? tak reti la. tengok kat tv tu lawo jer berkilat2. pas tu takde hangit2 pon. uwwaaaa... nak jugak ayam panggang lawo macam tu.
~~
buat juga air mangga. habis semua tapau. lepas nona, saya pon balik rumah. sampai rumah tengok nezha ok je, tak de lak bagi hadiah misteri minggu ini. baguss...tapi ada sikit la terlebih kayuh, ada la yang tergolek2. takpe.. itu masih boleh diterima. lepas kemas2 rumah, saya pon golek2 tengok tv, terus tertido. dari pukul 5pm sampai pukul 1030pm kau. hambekkk..terkejut badak saya. yang nezha pulak takde lak nk kejut2. dengan dia-dia sekali tido lena krohh.. krohhh.. sabar je la. takde la gelap sebab lampu tengah tu memang dah siap2 buka. aduhh.. apa nak jadi dengan saya ni. jarang saya tido mati macam tu. biasa kan saya akan tido terjaga2 ni semalam memang tido mati la. ada la terbangun tapi mata melekat tak boleh buka. malam pukul 11pm tu call obek. coz lapar. obek belikan nasi goreng ikan masin tapi versi takde ikan masin diletak pulak ayam. tu yang heran tu. ni nasi goreng ikan masin ke nasi goreng ayam? makan je la. orang dah beli. dengan teh o ais limau. dengan burger ayam. haihh..berapa banyak makanan da.. ni burger tak bermakan. kenyang dah. simpan dalam peti sejuk je la. petang kang panaskan, boleh dimakan. kalo malas, makan je la sejuk2 tu. ok apa.
~~
ok la.. panjang dah cerita. saya pon dah lupa nak tulis apa sebenarnya. hehhehee... sebagai penutup, tatap gambar nezha lagi ye.. love you...





geram betol tengok pipi dia tu. rasa nk cubit2. memang selalu je kena cubit. gerammmm...
~~
i love you obek...(jaga oby tau)
i love you nezha..(jangan noty2)
i love all of you..(doakan saya ye.. )

Friday, July 2, 2010

tak boleh bantu.. ini diluar bidang kuasa..


Tak boleh bantu?? diluar bidang kuasa?? habis tu apa bidang kuasa sebenar jkm?? jalan mudah suruh 'pihak tertentu' membantu melalui inisiatif tanggungjawab sosial? come on laa..... bukan masalah tanggungjawab sosial ke apa, ini kan tanggungjawab jkm sendiri. membantu rakyat yang memang memerlukan. kot beno pon rtk tu tak berdaftar ke dengan jkm ke yang sampai tak boleh dibantu tolong tu, sekurang2nya buka laluan atau salurkan ke kementerian yang sepatutnya. ni benda dah terang nyata, depan mata, lagi mau tolak kiri kanan? aduhaiii... apa punya cerita ni?





buat kutipan derma untuk bantu orang luar negara buka main, siap berkonsert bagai, siap bertabung2 bagai, siap cipta lagu tema bagai, siap buat bukaan akuan bank bagai, kenapa tak boleh tolong rakyat sendiri yang dah memang nampak kesusahannya. bukan isu kecik, dah jadi isu negara. but takkkkkkkkk.. tak masok pon muka depan paper, yang masok isu artis tu bercinta dengan orang tu. pedulik hapa depa nak bercinta ke nak telentang ke nak telungkop ke. ni isu ni lagi penting.
~
malas le cakap banyak2. sendiri pikir la. kalo ikut hati banyak nak ditulis, tapi kang bertambah2 pulak isu. korang kenyang makan juadah dalam meeting yang hari2 dari pagi sampai ke malam tapi takde keputusan positif tu kan selain menghabiskan bajet tu kan? pikir sikit utk orang2 rtk tu.
~
ni le namanya.... monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.