mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 28, 2010

biasa je..takde pon yang luar biasa....



hello...
apa khabar? harap semua sihat2 je la ye. apa nak cerita hari ni? mmmm... takde idea la. semalam macam biasa la. balik macam biasa. masok rumah tengok selerak macam biasa. tengok nezha macam biasa. semuanya biasa2 je la. hehehehe.. owh..semalam tak dinner. takde mood le pulak. obek keje so tak kuar le semalam. so, pagi tadi ada sikit kelaparan. beli roti gardenia seketol. makan. cukup la.
~~
malam tadi pon tido cepat je. 930pm dah selamat dah. tapi terjaga2 je la. biasa la tu kan. mimpi macam2 sampai dah terlupa la mimpi apa. banyak beno seksyennya. hahahahhahaa... pagi bangun macam biasa. hari ni pon pilih baju yang takyah iron. malas betol la. walhal semalam bukan main banyak masa gitu2 je tengok tv bukannya nak iron. eeee..sapa ada petua camne nak menghilangkan rasa malas ni ha??
~~
ok..apa nak cerita lagi? isu semasa? membosankan. obek da pi cameron lagi hari ni. takpe la.. keje punya pasal. esok balik bawak la stoberi obek. ni asyik bawak balik bantal je. kat rumah dah macam2 bantal bentul stroberi yang obek belikan. pelik betol la. beso kecik gemok kurus semua ada. tapi buah stoberinya takde pulak dibeli. alasannya kat kl ni banyak orang jual stroberi.. haihhh... leceh la. itu stoberi cop giant.. takmau.. saya nak yang cop cameron tu. geram pulak rasanya. owhh.. hari tu pi jalan2 kedai pet, nampak le benda panjat2 untuk kucing tu. ingat nak belikan untuk nezha le nanti. tapi nak ke mamat tu? hari tu beli yang tempat untuk garu tu jadi hiasan tugu je kat rumah. tetap le nak menggaru kat sofa jugak. bukan tak ajar.. ajar dah. siap tabur yang catnip tu lagi. kejap je dia nak lepas tu taknak dah. tak makan saman budak tu.
~~
pagi tadi dia kejut saya. dia kejut belah kanan saya selubong pusing kiri. dia gigit2 kepala saya. dia pegi belah kiri garu2 saya pusing kanan. lama2 dia naik atas badan. hahahhahaha... so cute budak tu. geram je rasanya. memang penghibur hati la dia tu. nak marah dia pon kadang tu marah juga tapi kejap bebeno marahnya. nanti la saya dapat gaji nanti beli yang panjat2 tu ye. sayang nezha. benda tu pulak ada macam2 saiz. dari kecik sampai ke beso. dari harga puluh2 sampai ke ratus2. pengsan lorrr... nezha beli yang sederhana sudah. ke ada ke sesapa nak bagi hadiah kat nezha? hahahhahahahaa.... kecik tapak tangan, stadium saya tadahkan.
~~
kaki bodek? ahhhhh... meluatlah. kat depan bukan main cakap lemah lembut suara pon ala2 tak kuar gitu. belakang kita.. pungpangungpang mengata. lantak korang la.. nak bodek bos ye? sila la sila.. dipersilakan..
~~
petang2 korang tengok tak cerita d.i.e kat tv8 tu? best la. hhahahha.. kelakar2 jugak cerita tu. saya suka je tengok cerita cina petang2 tu dari dulu lagi. biasanya sempat la tengok sebab dia habis pukul 8pm kan.kalo tak sempat tu dapat tengok hujung2 jadi la.
~~
ok.. semalam search internet nakbuat kuih bengkak tepung beras. hahahahhaha.... sebenarnya hari tu dah try cuba. rupanya kene masak dulu bancuhan tepung tu kat dapor baru boleh bakar. saya kacau dah. tapi tak berapa menjadi sangat le. taktau le kot saya kacau tu tak cukup masak ke, apa ke. bila bakar tu memang le jadi tapi jadi lembek sikit, eh..ke saya dah cerita hari tu ha pasal saya try buat benda nih? lupa lah. anyway.. semalam search la untuk resepi yang sebenar2nya. dia tulis sampai masak atas api kecil sampai likat. likat tu apa??? nak tanya kat sapa? taknak le tanya kat ma kang tak surprise. saya kononnya2 nak le kasi surprise kat ma nanti weekend saya nak buat. baru le boleh mendapat puji-pujian. ahahhahaha... biasanya ma tak puji, tapi mesti dia perli2 nanti ni mesti nak hujan ribut petri petang ni. uwwaaaaa...
~~
cerita pasal persiapan puasa. camne korang dah get ready ke? baik praktis dari sekarang. sapa2 yang ada adik kecik or anak kecik yang dah sampai umur berpuasa tu baik prektis dari sekarang. so takle dia terkejut sangat. saya dulu camne ha?? takde prektis2 pon. terus je puasa. bangun sahur. then puasa. tapi dapat sekerat hari je lorr.. masa tu darjah satu. gila melepek macam sotong salai je lembiknya. sebab ma kata kalo puasa penuh sehari dapat singgit. wahhh..masa tu singgit beso woooo... tapi tak larat jugak sudahnya. so, puasa sekerat hari je la. esoknya baru la larat. kenangan blajar berpuasa saya la tu. raya je tuntut rm30 kat ma. tapima tak kasi.. ma kasi rm10 jek sebab ma kata budak kecik tak boleh pegang duit banyak2 nanti hilang. gila saya menangis guling2 sampai terangkat kain baju kurung kuar hingus hijau bagai. hwuahahhahahhaa.... kira nangis tahap tensen gila la. last2 ma bagi jugak. hahahhahaaa.... jadi, pada adik2 kecik sekelian, prektis puasa ye. owh...bukan untuk adik2 je pon untuk abang2 yang kuat merokok tu.. sila la praktis2 ye tak merokok waktu siang. esok2 takde la kene renjatan letrik awak tu. hahahhahaha... tengok obek esok 1st ramadhan, udah rupa pelarian rwanda kebuluran mukanya nanti. tengok la.
~~
ok la.. nanti sambong lagi. selamat hari merdeka!!! (lambat lagi la woi..)
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

7 comments:

meowwmania said...

mak aihh..panjangnya cite, sampai dah tak tau nak komen apa

baca baca sampai bawah cite yg kat atas da lupa

berapa punya panjang daa...

Misz Pinkie Winkie said...

alolo.
nezha tue bukan main lagie dia nak kejut mama dia.
bagus nezha..chaiyok..chaiyokk

~dARlee zURiS~ said...

nanti bila mood rajin tu datang,iron siap2 baju banyak2 sekali ek.

kalau obek taknak bawa balik strawberry,nanti g follow dia naik cameron tu.mkn fresh lagi sedapppp ;)

Hazelsyd said...

hi saya,

likat tu pekat..so letak atas api sampai bancuhan tu pekat sket la kot tu..

sesemut said...

omak aiii.. lama x jeguk nezha kat sini..
kenapa tetiba nampak dia kebulatan & kecomelan sgt?

saya said...

meow--tu namanya tengah rajin menulis..

pinkie--ye lah..budak busuk tu memang macam tu..

zuris--ikut pegi sana? tak bolehla..dia keje...saya pon keje. hehhe...

hazel--ye ke? owhh..itu macam.nanti saya try lagi la.

semut--tu la..lama meninggalkan saya dan nezha...

sesemut said...

ari tu my pc crash.. so hati i pon crach menggodam balik email2 lama cari semua info..
nowww... me & ashley r backkkkk..hehhehe..