mari mencari....

Google
 

Monday, July 5, 2010

cerita masak... yg hangit lagi..


hello....

anybody miss me (miss me in terms of nezha lah.. miss saya nakbuat apa, takde faedahnya pon, tapi kalo miss saya pon bagus juga, muwhahahaa....). apa khabar semua? saya not so good la. macam2 hal berlaku weekend ni tadi, so, lupakan la. walopon sebenarnya tak boleh dilupai. camne nak cerita ye. macam personal sangat la pulak. haihh...
~~
cerita la pasal nezha. sila la tatap muka dengan mata berair2 tu. tu namanya baru bangun tido. layan je la. kalo menguap bukan reti nak tutup mulut. seluas-luasnya. ala..manusia ni pon ad aje yang terkuap2 ternganga je saya tengok. pompuan pon ada woo nguap tak tutup mult. apa daaa.. apa lagi si nezha. betol tak? entah le nak cerita pasal apa. pasal last entry tu.. ada gak tu yang tak puas hati. lantak la.
~~
sabtu ada kejadian yang terok telah berlaku. haihh..takmau cerita la. yang pastinya dah ala2 drama cerakarama la pulak. so, bantuan segera dari obek diperlukan. mujur orang tua tu ada kat area sini2 jugak. makanya debush2 telah berlaku. haihh... saya rasa macam nak mati. anyway.. doaan semoag keselamatan saya selamat la ye selepas ini. nak selalu call2 obek pon tak boleh juga dia keje. tambah2 this week dah start koje kat cameron. if anything happen to me, pada siapalah saya nak minta tolong. ya tuhan..selamatkan la hambamu ini. korang2 pon doakan kan la ye untuk saya. saya takut la.
~~
ahad, takde buat apa. pepagi masak lempeng untuk sarapan. makan sekeping kecil. masak sambal tumis ikan bilis untuk bekal. denga masak kicap telor. korek2 peti ais nampak ayam dah siap perap. wahh..saya pon saja la nak try2 panggang ayam tu. tengok kat tv macam sedap je kan. so, kita mula kan aktiviti bakar membakar. gila nak carik alas aluminium foil tu tak jumpa2. eveytime nak buat projek je mesti ada je halangan. masa nak, benda tu mesti takde, kalo taknak, tercongokkkk je depan mata. so, saya amik je la baking paper tu buat alas dulang. malas le if tak alas nanti berkerak dulang tu payah nak basuh. mari la tengok ayam panggang saya... yang hangit sudah semestinya. kata trademarkkkkkkk....




walopon rupanya tidak begitu menarik, akan tetapi, rasanya amatlah menyedapkan tekak. wohooo...itu garpu konon2nya naktry test dah masak ke belom, sekali udah terus termakan daaa.. ratah je la. ma masak tu takde, pegi rumah orang marhaban, saya makan sorang je la. ala..bukan habis pon. siap boleh tapau baak balik lagi. camne nak buat ayam panggangyanglawo2 macamkat tv tu ha?? tak reti la. tengok kat tv tu lawo jer berkilat2. pas tu takde hangit2 pon. uwwaaaa... nak jugak ayam panggang lawo macam tu.
~~
buat juga air mangga. habis semua tapau. lepas nona, saya pon balik rumah. sampai rumah tengok nezha ok je, tak de lak bagi hadiah misteri minggu ini. baguss...tapi ada sikit la terlebih kayuh, ada la yang tergolek2. takpe.. itu masih boleh diterima. lepas kemas2 rumah, saya pon golek2 tengok tv, terus tertido. dari pukul 5pm sampai pukul 1030pm kau. hambekkk..terkejut badak saya. yang nezha pulak takde lak nk kejut2. dengan dia-dia sekali tido lena krohh.. krohhh.. sabar je la. takde la gelap sebab lampu tengah tu memang dah siap2 buka. aduhh.. apa nak jadi dengan saya ni. jarang saya tido mati macam tu. biasa kan saya akan tido terjaga2 ni semalam memang tido mati la. ada la terbangun tapi mata melekat tak boleh buka. malam pukul 11pm tu call obek. coz lapar. obek belikan nasi goreng ikan masin tapi versi takde ikan masin diletak pulak ayam. tu yang heran tu. ni nasi goreng ikan masin ke nasi goreng ayam? makan je la. orang dah beli. dengan teh o ais limau. dengan burger ayam. haihh..berapa banyak makanan da.. ni burger tak bermakan. kenyang dah. simpan dalam peti sejuk je la. petang kang panaskan, boleh dimakan. kalo malas, makan je la sejuk2 tu. ok apa.
~~
ok la.. panjang dah cerita. saya pon dah lupa nak tulis apa sebenarnya. hehhehee... sebagai penutup, tatap gambar nezha lagi ye.. love you...





geram betol tengok pipi dia tu. rasa nk cubit2. memang selalu je kena cubit. gerammmm...
~~
i love you obek...(jaga oby tau)
i love you nezha..(jangan noty2)
i love all of you..(doakan saya ye.. )

7 comments:

MOKCIK AZWA said...

eheh..saspen betoi misteri nusantara di cerekarama ni tau...apakah kejadian debush2 itu ek...

apa pon mokcik doakan keselamatan cik saya n nezha kat sana tu.

rajin sungguh siap masak lempeng dgn ayam panggang...whoo...kirim2kan sedikit ke sini hehehe

meowwmania said...

mak oii lamanya tido...

bukan nezha x kejut tuu...tuan dia yg tido tak menyedo hahah

rajin masak yer..bagus! untung obek ;D

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..comelnya budak nezha tue.
kamu ok ker leeya.
cam masalah berat jerk/
takper tuhan sentiasa ada dengan kita.
banyak2 berdoa yerk...moga kalo aper2 jadik..DIA akan tolong..mana tau obek tak sempat sampai.

sedapnya ayam tue...kalo rasa ok..ok lah tue.
slalu nak kilat letak madu..takpon beli pengilat kat kedai..hehheh

e.t.t.y said...

erk...ayam!!!!!!!!!!!!!!!!!!
fuh sabar sabar, jap g buka puasa.

alorr lorrr cutelah hidung dia. kecik je.

Hazelsyd said...

hi saya,

i doakan moga segalanya baik2 belaka ngan u yer..pssstt apa jadik yg debush2 tu..citer aaa...hehehe

neway, kiss kiss nezha tu untuk i okkey!! mmmuahhhhh dia!

saya said...

hazel--thank you. doakan yang baik2 je untuk semua...

PAK SUGI said...

INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT



INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT