mari mencari....

Google
 

Monday, July 26, 2010

penatnya...



hello...
aduh..penatnya. penat sangat la. kan minggu tadi ada buat kenduri tahlil kat rumah ma. mana tak penat, saya berdua je dengan ma. aduhduhduhduh...saya kata ni silap2 kang terus kenduri tahlilkan saya sekali. gila penat macam nak mati. dari bab masak, kemas rumah, kuarkan pinggan mangkok piok belanga semua saya la. wahwahwhah..super girl la kononnya. kononnya lamenu kenduri simple je la. gulai lemak pisang muda dengan ikan masin, ayam masak kicap, goreng sayor kacang buncis, tembikai, air teh o, air sirap, karipap. memang simple tapikalo dah berdua je nak mengerjakannya bengkok jugak. kenduri lepas isyak. selesai makan dalam pukul 11++ macam tu. lepas kenduri, kemas lebih kurang dulu ma kata tido dulu la sebab penat sangat2, esok baru basuh piok besor2 tu. biasa saya akan siap kemas semua licin licau baru tidur, tapi yang semalam tu memang betol2 tak larat la. esoknya ahad baru la kemas lagi. waduh2.. ada la jiran tolong basuh pinggan lepas kenduri tu. mujur juga ringan sikit beban basuh pinggan. apapon, kenduri dah selesai. pengsan.
~~~
ahad memang liat betol nak bangun. bangun tidor bua breakfast mihun putih tu. jadi la. lepas breakfast sambong kemas rumah le. lepas tu orang yang nak sewa rumah tu pon datang bayar deposit. masok biasa la 1hb tapi 29hb ma dah kasi kunci rumah la. takpe la.. dia pon nak kemas2 barang nak bentang tikar karpet semua tu. baru siap kemas rumah sekali pinnn...pinnnn.. pakngah ipoh pulak datang. aduhhh.. baru nak letak bontot la. dah datang kena la masak2 gitu. uwaaaaaaaaaaaa.. ahhh.. tambah je la mihun goreng pagi tadi tu. saya betol2 tak larat. badan pon dah panas2 demam dah ni. tapi layan jugak la. kejap je, pukul 1pm tu dia blah dah. nak pi rumah anak dia pulak. bagusss.. say apon kemas2 barang, saya pulak bersiap nak balik. sebelom balik tu saya cakap kat ma, ma yang seprah2 bentang makan tu belom cuci lagi nanti bila ma senang baru ma basuh ye? kita tak sempat la.. ma kat atakpe2..nanti ma buat. hahahhaha.... selamat. ma pon tengok saya sah separuh mati. mata dah bengkak semua. tak bawak bekal apa pon, bawak lebihan goreng mihun tu je la.
~~
balik rumah pulak.. tengok nezha dah siap 'berkemas'. sabar je la. rasa nak menjerit je rasanya. in fact, memang dah jerit pon. ahhahaha....cubit montot dia. geram betol. kemas2. sapu2 semua, lepak jao tengok tv. mandi2 semua lepas tu kebabom.. betol2 flat. pukul 4pm tido. pukul 5pm obek call. dia tau la tu dengar suara saya dah lain macam. lagipon kan ala2 dah mengadu malam tadi tu. ahahhahaa... obek kata dia on the way back dari cameron. saya kata ok. pas tu sambong tido lagi. pukul 7pm tu hp bunyik lagi, rupanya obek dah sampai da. saya tengah termamai2 tu kena la jugak bangun. tengok nezha baikkkk punay tido berkeroh2 tak hingan dunia. malas betol nak bangun. tak larat. suruh obek tunggu kejap saya siap2. lepas tu pegi makan dengan obek. makan piza katanya. hahhahaa...order banyak2 tapi tak habis. badan dah naik demam. then makan ubat demam obek punya. lepas tu balik. terus tidor lagi. betol2 tak larat. dengan baju ta iron lagi. lantak la. tido, tido, tido, tido. pukul 530am terjaga sebab dengar bunyik benda meletop. betol2 kuat la. memang terkejut dog badak singa lut semua la. bangun gak check2 apa yang patot, tapi takde apa pon. ok..sambong tido. pukul 630am bangun lagi. siap2 pergi keje. hari ni pi keje pakai baju tak yah iron. lantak la. tak larat lah.
~~
malam tadi mimpi wo... mimpi terkurung kat shopping complex. gila la.. ngeri wo. dah le terkurung dalam tu sorag2, lepas tu rupanya shopping complex tu kene jadi kem terrorist pulak. gila laa.. asker pegang senapang machine gun kat mana2. menakotkan betol jadinya nak menyelamatkan diri terpaksa la masok2 dalam kedai mana2 tu menyorok. dah tu saya sorang je pulak tu. yang kelakarnya dalam pada talot2 tu sempat lak try2 baju dalam kedai2 kat situ,. ahhahaha.... so, masa tengah menyorok kat 1 kedai tu, ada macam lubang kecik kat display wall dia. terrorist tu ada kucing & anjing la. tapi kecik. biasa kan kalo dalam cerita kalo tuannya jahat, dia punya pet pon ala2 jahat gitu. so, kucing & anjing kecik jahat ni nampak saya tau menyorok kat kedai tu. dia macam cakap. haaaaa.. ni ada orang, mari bagitau kat bos. saya geram sangat. so saya letak kat atas bantal display tu saya sepak dia keluar. hehehhehe.. lepas tu rupanya dia ada geng. kali ni yang kucing besar dengan anjing besar punyaaaa.. uwaaaaa..dia bagitau kat geng dia so depa kucing2 anjing2 tu do kejar saya la. so saya lari2 la.. nyorok2 celah2 patung la apa booth la. habis kata terkurung dalam shopping compleks.. harus le kan. gil ala mimpi tu.. sedar2 tu yang bunyik meletop tu. apakah senapang pakcik terrorist yang meletop tadi tu? hahahhahaha... tapi kan, kalo le betol2 terkurung sorag2 kat dalam shopping complex, apa nak buat ha? takotnyaaaa... apakah maksud mimpi itu? suruh saya shopping ke? suruh saya tambah kucing ke? uwwaaa...
~~
ok la.. tu je kot nak cerita. tetiba idea menulis hilang le pulak. take good care ye.. have a nice monday!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

buat kenduri,kalu sdri yg masak dan uruskan suma..mmg lah penat
kalau blh,2,3 hari takmau bangun pastu.hehee..

wahh...mimpi dia punya lah dasat
ada tengok citer perang2 ke yg mimpi camtu?

Hazelsyd said...

hi saya,

syok laa kenduri2 ni kan...lama dah tak merasa suasana camtu..

eeii tudiahh punyer hebat mimpi! u penat bebeno gamaknya tu....tp best aa ada scene terai menerai baju dalam takot2 tu kan...the best scene i vote! hahahah

wokess..take good rest yourself yea.

saya said...

zuris/hazel--macam la taktau saya ni ratu bab mimpi2 nih. ahhahahaha....

meowwmania said...

rasanya mimpi tu soh tmbah kucing kot, si nezha yg bg ilham sbb dia boring dok umah sowang2 huhuu