mari mencari....

Google
 

Thursday, July 29, 2010

perangai manusia ni kan macam2...



hello....
apa cerita? hari ni kuar rumah awal. sebab bangun awal. hehehehhe... tapi malam tadi tido lambat gak pukul 11pm. sebab tengok csi. wahhh..csi sekarang link2 la dia. best la. tu je la pon entertainment yang ada selain dari tengok nezha melompat2 tu kan.
~~
so, apa nak cerita hari ni? mmm..petang semalam balik lambat sikit la. ada apa ke benda ntah dengar explanation produk. biasa la tu kan. kita nak barang orang, orang nak introduce barang baru, benda2 biasa la tu. anyway, lepas balik teringat ada pasar malam. so singgah kejap tengok apa yang berkenan la. pusing2, beli daun pandan. saje je untuk letak2 dalam kereta bagi wangi sikit tak le busuk je macam bau nezha, hwuahhahahaha... lepas tu tengok makanan. beli pecal. dah 2 kali beli kat orang tu. boleh tahan rasanya. so boleh le beli lagi.bahan2 pon ok, tak le kedekut daun pucuk ubi semata, ada la dia boh tauhu daun pucuk paku togeh timun semua tu, consider ok la. lepas tu pusing2 lagi. nampak sate. ingat nak beli tapi kalo beli 10 rasa macam banyak le pulak. kebetulan makcik depan sayatu dia beli 5 cucuk je. eh..boleh ke? alallala..takotnya nak cakap kat orang kedai tu. tapi saya tengok orang tu beli saya pon try test la. saya cakap nak 5 cucuk je. sebab takot kena marah saya amik nasi impit 1. hahahahha... bukan apa.. takot nanti orang kedai tu tak bagi sebab beli sikit sangat. membazir plastik dia je. sebab saya pernah kena dah dulu. beli yong tau foo, beli sikit je ye la untuk saya sorang je kan ada la dalam 4 ketol tu. orang tu cakap 'kak, sikit sangat la tambah la lagi'. saya kata takmau la saya makan sorang. dia kata, tak boleh mcm ni kak, rugi la saya, nak kira beg plastik lagi, kuah lagi. saya kata kalo rugi takpe la..saya tak beli la. terus saya blah. pas tu reti lak nak panggil2 saya. ahhh.. pedulik la. ko ingat ko sorang je jual yong tau foo. tak makan pon tak kempunan la. apa la.... nak untung sangat haa.. hambekk.. terus orang tak mau beli. jangan la berkira sangat. meniaga memang la ada untung rugi. entah la.. pikiran masing2.
~~
lepas tu singgah orang jual2 buah. beli buah oren 10 biji rm5. masa dah pilih orang kedai pon amik le boh dalam plastik. lepas letak dalam plastik saya tengok dia tengok dalam plastik tu. ok la tu mesti dia nak kira la tu takot saya amik lebih kot. rupanyaa... dah balik rumah saya nak susun dalam peti ais baru nampak rupanya yang dia tengok tu ialah buah oren tu dah busuk belah atasnya. saya pulak boleh tak perasan lansong buah yang saya pilih tu busuk atasnya. aduhaiii.. pakcik peniaga.. kenapa la tak inform saya. walhal pakcik nampak kan benda tu sebab kat atasss sekali. tu la.. meniaga tak jujur. takot beno rugi. macam ni lain kali saya tak pergi dah kedai pakcik tau tak. ramai orangnak meniaga tapi tak jujur dalam perniagaan. meniaga makanan, camporkan lebihan makanan semalam jual balik. harga sama. kita pembeli beli dengan harga yang baru. camne tu? meniaga buah2 campor sekali yang busuk, meniaga ikan ayam daging, tipu timbang. kadang benda tu baru letak atas timbang dah angkat tak sempat pon kita nak tengok berapa gram. tau la dia expert tengok timbang tu letak je tengok jarun dah tau dah berapa ringgit. kita ni terkial2 nak mengira segram berapa rengget. entah la. dah ramai2 orang tu kita ni main bayar je la. meniaga online, kalo orang dah beli dah bayar pos la cepat2. jual beli online ni atas dasar percaya je. camne pon mesti buyer gak yang kene bayar dulu, pernah le korang beli barang online barang sampai dulu baru bayar? takde kan? kalo terlambat pos tolong la inform pembeli. sms 20sen tu pon berkira ke? sms la track number poslaju tu. ni tak.. kita ni tercongok le menunggu barang tak sampai. bila komplen tau lak nak marah cakap nak rosakkan periok nasi dia la. puiii... ni macam yang saya pernah kene dulu la. sekarnag saya tengok dia meniaga lagi tapi dah tukar nombor hp dan nama. butl still itu barang dia. kita dah beli, kenal le kan. dengan intro kat iklan yang sebijik sama. mmm.. lantak awak le. tu la dianya. lu pikir la sendiri. meniaga kalo ikhlas memang untung sikit tapi berkat le meniaga awak tu. entah la.. susah nak cakap.
~~
aaaa... berbalik kepada cerita saya beli daun pandan tu kan. ada lebih2 tu letak le kat bilik semua. sekali mamat tu malam tadi nak tido, dia dok carik2 tengok2. saya ingat dia cari apa, rupanya dia dok cari bau daun pandan tu. hahahah.. boleh ni melompat atas tv. geram betol. sabar je la. memang kena marah le dia malam tadi. saya dah tido dah tapi dok rasa dia melompat2 tu kan sebab dia lompat dari katil ke atas tv tu. mana tak sedarnya bergegar tilam. eeeeee.. tak pasal2 saya membebel malam tadi. pas tu saya alihkan daun tu letak atas sikit kat atas almari. baru le diam kejap. pas tu memekak pulak nak kuar. ya tuhan.. nak makannnnnn!!!!! saya suruh dia pergi sendiri. saya kata saya nak tido. takmau dia... dia tunggu gak kat pintu bilik tu mengeow2 tunggu saya jugak. aduhhhhh.. bangun lagi... pegi teman dia makan memalam buta tu. sambil tu saya tengok tv pulak. dah lama tu tengok dia pon dah lepak, angkat pulak masok bilik. dah tu baru le reti2 nak tido. memang tau budak tu. kalo boleh dirotan memang kene rotan dah dia tu. chewahhhh...macam ye je kan nk rotan nezha. huiiii.. idak le teman...
~~
ok..saya dah sebulan teringin nak makan roti canai kuah dal. uwaaa.. tak dapat2. malas le nak singgah sorang2 tunggu mamak tu buat roti canai. masa obek ada dah tak tingat le pulak nak makan roti canai tu. haihhhh.... bila obek nak balik kl ni????
~~
okla.. tu je la nak cerita hari ni. lain kali cerita lagi. si gemok opis ni dok memekak. semalam kan ada presentation tu, so dia kononnya buatkan air le utk kitaorang2 ni. in purpose untuk entertain orang yang datang tu le siap beli kuih bagai. petang semalam saya balik dulu, so memang ramai lagi orang lain yang tinggal. pagi ni saya datang awal dengan dia je berdua orang lain belom sampai dia dok membebel kata kenapa tak basuh cawan tak kemas makanan. kita dah beli makanan buatkan air pon tak reti2 nak kemas. eh, eh..as if tujukan kat saya pulak. saya kata, suruh si A yang cuci. itu dia punya projek. lantak la. apa, saya tak kuasa nak kemas, sentuh pon tak cawan tu. yang ko gatal2 pegi bagi air kuih semalam tu apsal? nak membodek kan? tiba bab kemas ni pandai lak ko suruh orang. eeeee.. tak kuasa le orang macam ni. sebenarnya cuci2 cawan tu tak le susah mana pon, tapi peel orang sini yang macam musibat tu tak guna kita buat baik. aahh.. ni nanti saya nak tengok sapa yang bertindak. hahahhahaha... drama akan berlansong sebentar lagi.
~~
dah la. banyak lak cerita hari ni. selamat hari khamis!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

meowwmania said...

akhirnya abis gak bace fuhh~

ada mende baru mmg le jakon budak nezha tu, baik tak lompat kat atas pewot hahah

Ummi said...

kitaorang baru bela kucing, nama dia bella, anak-anak akak pulak takut kat kucing ni so menangis-nangis kalau nampak kucing ni melompat

ingat nak hantar balik kat tuannya, diaorang meraung pulak, so malam-malam akak kena letak bella kat dapur dan kurung dia kat sana sampai pagi, kalau tak si batrisya dan damya tak tido takut kucing datang tido sebelah

semalam akak bawa pi treatment, bagi mandi, potong kuku, cuci telinga, mata dan sebagainya, comel le sikit kalau tak comot sangat

hari ni dia bagi pasu akak pecah pulak sebab dok tarik bunga,

nak bagi kat tuannya balik, sayang so akak pun tahan aje, kalau dia buat nakal lagi akak nak rotan :)

neeza betina ke jantan? betina ye, kalau ada anak bagi kat akak ye hehehehe

beli aje roti canai segera dan buat kuah kari sardin, sedap gak :)

Hazelsyd said...

hi saya,

waaaahhhhhhhh panjangnyer entry harini! tp i like!! esp citer2 pasal untung rugi iklhas tak ikhlas meniaga tu, pasal cawan2 tak berbasuh kat pantry tu hehehe mmg ler saper yg stay tu tolong2 la kemas tp kalau takdak gaks, the project mgr kena take responsibility ler yer dak...tokleh la nak tuding pada org lain...

dulu masa kejer dalam bidang sales, ada brader sorang tu..amik margin untung sokmo sikittt jer banding ngan colleague yg lain...tapinyerrr..dialah yg paling tinggi sales sokmo and always achieve target sbb customer dok pulun cari dia jer for sales sbb pe'el dia yg tak tamak tu..and skang member tu dah kaya raya dahhh pon ngan bisnes sendiri..

in short, entry ni mmg kena betuiiii lah ngan tajuk dia.

Misz Pinkie Winkie said...

nakal ya ampun budak nezha tue yerk.
melompat2 bagai.
kalo sekali lompat terus ke rumah lin kan ker best.

samala...
teringin nak makan roti canai
kual dal ngan kuah sardin.
tapie selalu jerk breakfast lambat.
melepasss

~dARlee zURiS~ said...

hah??semalam ke csi link2 tu?
alaa...lupa le pula.smlm tdo awal.dok tidokan si kecil tu,tup2 tertido sama.mesti ada ulang cam biasa kan?hmmm...

laaa...camtu pun boleh ek?
tak pernah lak kena peniaga tak kasi beli sebab sikit sgt.
mana leh camtu.ikut suka kitalah nak bli bnyk mana kan.
apa lah meniaga camtu.ish ishh..

saya said...

meow--lompat perot selalu dah.. senak dibuatnya.

ummi--nezha tu lelakiiiii... kan selalu panggil dia mamat2 tu. aduhhh...mula2 je mereka takut kucing kot nanti dah mesra mesti tak takut dah. hehehhe...

hazel--setuju? baguss.. 10 markah

pinkie--tu la..tapi saya jarang amik breakfast kecuali weekend.

zuris--tu la peel orang meniaga.. nak untung je...