mari mencari....

Google
 

Friday, July 9, 2010

rindu obek dan masak cucur...eh, kalo sedekah jangan cerita2 kat orang...


hello...
apa khabar semua? harap sihat? badan sihat, hati sihat, perasaan sihat. ye tak? hari ni dah jumaat. ok la tu kan. esok sabtu ahad. harap semua orang suka la weekend ni. saya biasa je. tak leberapa suka sangat. ahhahaaa...malam ni jangan lupa. bukan malam la..pagi buta.. 230am.. bola, bola, bola. tengok tau.
~~
hari ni mengantuk le pulak. malam tadi tidor awal pukul 930pm dah selamat belayar. sekali pukul 1230am bek call daa.. ajak jumpa. uwwaaaa... nak jumpa nak jumpa, tapi ngatok. so bangun siap2. kata rindu. chehh.. so, pegi minum2 makan, sampai pukul 4am. lepas tu balik. sebab obek nak kena get ready pi cameron at 5am. sian dia, tak tido2. mesti penat tu. aduhaii.. semoga semuanya ok2 la belaka hendaknya ye. saya lepas sampai rumah tu sambongtengok tv pulak. macam segar le pulak. bilaobek call cakap dah gerak ke cameron saya pon baring2 sekali tertido daaa.. alarm bunyi pukul 630am, teka snooze, sekali dia tak mau bunyik lagi pulak dah. alarm hp saya ni pon memang ada angin2 dia la. kadang bunyi, kadang tak bunyi. sekali sedar2 pukul kurang 5 minit pukul 7am. haaa..hambekk.. terkejar2 bangun tido. tu la dianya. tapi ok la..takde la terlewat ke apa ke. siap2 pergi koje. bawak bekal roti kacang hari ni semalam dah beli siap2. rindu obek....
~~
semalam balik macam biasa. sampai pon lebih kurang waktu2 biasa jugak. ingat nak pergi kedai bakeri tu nak beli roti almond butter tu. sedap hari tu beli sekali semalam pusing2 tak jumpa pulak kedai tu. aik.. mana pulak perginya. 2 kali pusing rupanya kedai tu tutup daa.. hantu betol. time nak tu tutup le pulak, kalo tak tu terbentang teruka je. geram betol la. so, singgah je lakedai runcit cari apa yang boleh dimakan. tu yang jumpa roti kacang tu. beli.pusin2 dalam kedai tetiba teringin nak makan cucur ikan bilis. ahh.. ika bilis ada kat rumah, so beli tepung dengan sos je la. memula ingat tu nak beli yang tepung cucur segera tu kan, tapi pikir2 alahhh... tak syiok la.. nak yang buat sendiri punya so tu yang beli tepung gandum biasa tu. hehehhe.. balik2 kemas2 semua then buat la cucur ikan bilis. ingatkan bwang ada banyak lagi rupanya ada tinggal sebiji je lagi, tapi besar punya la,. cukup la. guna suku je pon. nak uat untuk makan sorang je kan. ubi kentang pon gua sebelah biji je. ikan bilis sikit, ada jumpa daunsup lebih buat mihun gorengtu, kasi potong juga campor. sedap bau wangi. potong cili api sebiji, saje la kasi ada campuran2 tu. then garam dan lada hitam. serbok kunyit jangan lupa, kasi warna lawa sikit. tengok jangan tak tengok ni bukti nih. mwuahahhahaa....




sikit je pon buat untuk makan sendiri je. nezha tak boleh makan la benda ni, kang berminyak2. masa saya dok kopek ikan bilis & tumbuk sikit ikan bilis tukasi lembut, dia punya menyebok jangan cakap la. saya tengah tumbuk kat lesung kat kat lantai tu boleh dia nak menyelit masok kat tangan saya. geram betol. sabar je la. dia tu kalau dibagi semua nak je, tapi saya le risau. ahh..takyah, makanje la makanan sendiri, kang cerry berry susah saya kang. so, lepas siap semua tu bancuh la. ehh..memang le kena bancuh takkan nak tuang tepung kering tu dalam kuali kan. hehehhe... saya biasa bancuh guna air suam. entah la ye. air paip pon boleh kot. tapi macam tak best la pulak, so guna la air suam gitu... lepas tu.. goreng la.. yahuuuuu....




see.. dapat sepinggan penuh. sedappppppp... rangup2, wangi2. wahhh... best betol. lepas siap masak, baru mandi. hahahahaa... mandi wangi2, sikat rambut lawo2, pakai bedak wangi2 baru la best nak makan. sambil makan sambil tengok berita, tukar2 channel tengok kartun. minum air sarsi. wahhh... sedapnya. kenyang untuk malam tadi. alhamdulillah. lepak2 kejap tengok scooby-doo, pas tu tido la. nezhapon tido jugak. dia mana boleh berenggang dengan saya kalo saya ada kat rumah.
~~
harap2 hari ni berlalu dengan ok2 sahaja hendaknya. esok sabtu entah nak buat apa. biasa kuar lunch dengan obek, esok takde la. makan sendiri je la. tido je la kot. nak kuar jalan pon takmau la. nak kuar dengan sapa. takde geng.
~~
jadi itu le cerita saya semalam. ok la tu kan. sempena hari jumaat yang mulia ini, mudah2an semuanya berjalan dengan lancar. kalo nak sedekah kat masjid ke surau tu pegi la. tapi senyap2 sudah. jangan le dok canang 1 opis pulak. jangan jadi macam orang kat sini, kecoh je sebab every 2 weeks pi hantar something kat masjid but then dok canang kat kitaorang opis. kata memang dia dari dulu dah buat camni la, itu la ini la. alahaiii.. nak sedekah jangan cerita. orang kalo lagi boleh senyap nak senyap takde nak kecoh2 pon. apa laaaa..... kalo sampai dah semua orangtau tu dah bukan sedekah dah tu. sedekah tu kalo boleh tangan kanan bagi, tangan kiri tak tau pon yang kanan memberi. gitu le kaedahnya... entah la dunia ni macam2.
~~
ok la.. panjang pula tulis hari ni. harap bertemu lagi di lain hari. assalamualaikum...
~~
i love you obek.. (miss you so much)
i love you nezha.. (busyuk sangat)
i love all of you.. (have a nice weekend)

5 comments:

meowwmania said...

waa terer la wat jemput2! bentuk ayam ada, bentuk lembu ada, bentuk pisang goreng pon ade hehe..

jgn lupa mandikan nezha dah bushuk sgt da tuh ngeee~

Ummi said...

sedap, itu satu dari makanan feveret tu,

kena makan panas-panas, best, best :)

Misz Pinkie Winkie said...

hahhhahha.
tak bleh blah komen ko meow,
betol la..macam2 bentuk ada.
ala..ala ayam kfc gitue.

tapie memang betol la.
jemput2 nie sedap.
teringin plak nak makan jemput2..dulu duk pulun wat jemput2.
padahal makan sorang..tapie bila dah goreng..penuh satu mangkuk.
tamak punya pasal..pk asik tak cukup jerk.
sekali dah siap hambekkkk.
nak sumbat mulot dah penuh..sumbat lubang idong jerk..

tapie kan leeya...janggut jemput tue panjang2..guna ikan bilis ker ikan todak.
hehheh..jgn mara leeya.
tenyum cikit..huhuu

Hazelsyd said...

hi saya,

rindu la kat nezha..mmuahh..u know what, i mmg cannot resist lar ngan kucen2 nih..cute sangat!!

saya said...

meow/ummi/pinkie/hazel--itu namanya cucur ikan bilis multi bentuk. ehehhe... janji boleh makan ok laaaa..