mari mencari....

Google
 

Monday, July 12, 2010

spain menang...berakhir sudah piala dunia 2010..


hello...
hey..bangun2.. jangan nak buat2 mengantok pulak. malam tadi tengok bola final tu beriya kan sampai tak reti2 nak tido la ni dah mengantok dah. tu la korang.... kena la adil dan saksama. hehehehe... anyway.. result semua orang dah tau. spain menang 1-0 dengan netherland pada masa tambahan. bagus lah. saya tak kira la pon sapa yang menang, janji happy. so, maka dengan itu berakhirlah sudah episod piala dunia 2010. kene tunggu piala dunia akan datang la baru boleh tengok bola balik. congratulation to spain.. 1st time in history katanya. tu diaaaa......
~~
ok.. cerita weekend. macam biasa la. sabtu tu bagun awal. 730am dah bangun dah, kata nak kuar dating dengan obek so bangun awal la. sekali orang tua tu bangun lambat daa.. dah call dari pukul 8am kata dah bangun. tungu2 tak jugak sampai. so, pukul 930am call lagi. kata tengah siap2. al-kisahnya dia tertido lagi. pandai je nak memutarkan fakta tau dia tu. geram betol. sudahnya pukul 11am baru dia sampai. sampai2 je terus carik kedai makan la kan. takde pegi mana pon, pegi makan je lepas tu balik dah. sebab obek nak kena pegi seremban pulak. saya pun siap2 balik rumah ma. sebelombalik singgah dulu nak beli barang untuk ma kat watson. ni yang bikin panas hati ni. saya beli barag berapa rengget ntah tapi sen nya 35sen la. cashier tu tanya ada tak 35sen? saya kata takde syiling. saya bagi duit rm50. pas tu dia pulangkan balance, berapa rengget 60sen dia je. dia kata kitaorang takde 5sen so takpe la ye. saya kata mana boleh? saya dah bagi duit its up to you mana nak carik change tu. mana boleh bagi free. cuba kalo saya beli barang takde cukup duit awak nak bagi tak barang tu kat saya? takde kan??? mula la nak mendatangkan kemarahan. dah le kalo 99sen kedai round up jadi singgit. dah le kalo beli barang hari sabtu beg plastik pon kene charge. ni 5 sen customer po ko nak caras?? come on la. memang la 5 sen je tapi kalo dah 500 customer untuk hari tu dah berapa ko untung? dari sedekah kat watson tu baik la sedekah kat orang mintak sedekah tepi jalan tu. melampau2 la diaorang nih. so that guy yang cashier tu dok jerit2 panggil panggil kawan dia suruh bukak kaunter sebelah nak tengok ada tak duit 5 sen. saya buat keras saya je la. lantak le orang belakang berbaris pon. ko bising bak sini 5 sen ko bagi kat saya. so, takde gak duit 5 sen tu. so mamat cashier tu pegi belakang la carik kat kawan2 dia kot, the dia datang balik dia hempas duit 10sen kat kaunter sambil sebut huhh!! wahhh.. saya pedulik hapa, saya amik je 10sen tu then blah. lantak kau la. lain kali kali takde change tulis kat situ siap2, sial sediakan duit se-ngam2 harga barang kerana kami takde duit tukar, wtf!!!! kalo dengan duit customer 1 sen pon berkira, tibe time ko, sedap2 senang ko nak rembat duit orang ye. kalo korang2 tu baik hati, sukati korang la nak sedekah kat kedai tu, tapi not for me. dia dah untung banyak dah.
~~
lepas geram2 tu saya pon balik rumah ma. sampai rumah ma, rupanya ma pula demam. haihhh... tapi bawak juga la berborak2. petang tu saya buat puding karamel. takde pic la pulak. kelam kabut petang tu. buat beriya2. jadi tu jadi tapi macam tak licin sangat la dia macam berlubang2 pulak kat tepinya. tapi rasa sedap. hehehehhe.... dah nak senja tu budak ngah datang dengan kawan dia amang. depa nak pi hantar seluar nak pi alter so singgah rumah ma. ngah pon dah nak pergi kolej selasa ni. so elok le tu. saya bagi ngah duit belanja sikit. so, petangtu kitaorang buat laok ikan bakar je. ada la dengan ulam2 sikit, makan puding karamel tu, goreng cempedak. ala lagi.. kitaorang orang bedal la cukup2. hehehhee....lepas maghrib ngah & amang pon blah.
~~
ahad pagi saya turun pagi suboh tu tengok lampu gelap je lagi, maknanya ma tak bangun lagi. rupanya ma demam, tak larat bangun. saya biar je la ma tido. pukul 730am tu saya turun lagi nak tengok tv. lagipon dah siang matahari dah mencanak2 takkan nak tido lagi. pegi dapor korek apa yang patot. tengok peti ais kosong da.. ada ikan sejenis je. dengan tempe. otak dah merancang nak buat gulai lemak tempe dengan telor sweet sour je dah la, malas nak kuar beli laok. sekali ma tanya nak masak apa, saya cakap entah le. ma kata takpe la jom pegi pasar. saya kata ma larat ke? ma kata larat la dok baring je lagi demam. so ma siap2, kitaorang pon ke pasar. dah sampai pasar tu ma dah jadi sihat. hehehhe... beli ikan macam2 jenis, beli ayam beli sayur. so, menu semalam ialah cucur udang dengan ikan tenggiri masak kicap. saya malas dah nak masak. jadi la. sampai rumah mengerjakan la udang2 tu nak dikopek nak buat cucur. buat2 sedapnyaaaaaa.. yahuuuuu...pas tu buat masak kicap ikan, untuk bekal. masak nasi. tengah masak cucur tu budak belakang rumah datang lak. budak kecik jeumur 3 tahun macam tu memang suka je datang berjalan. so tapau kat dia sikit cucur udang tu. suka la dia melompat2. kejap tu ngah datang lagi dengan amang. coz dia amik balik seluar yang dah siap alter tu. tapi depa singgah kejap je la, sebab amang nak balik asrama dah kat lumut. baik budak amang tu, sopan santun, smbyg pon ok. actually kita panggil dia imam..coz dia je yang selalu jadi imam kalo datang rumah ma, tapi lama2 sebutan udah jadi amang le pulak. hehehhee... ma dulu pernah cakap,kalo la dia ada cucu pompuan, nak je buat amang jadi menantu cucu. hehehe... gila la ma ni. budak tu pon belajar lagi. lepas tengok melodi, saya pon siap2 nak balik. baru nak reverse kereta, ibu pulak sampai. haihhhhh...turunnnnn lagi. saja la ibu datang nak tengok opah. sesambil tu budak adik tu nak amik kompang kat rumah ma, dia ada belajar kompang so nak paw kompang ma sebijik. ma ok je. dia nampak saya mula la nak mengada itu ini. standardddd.. dia kata dia nak kena pergi kem motivasi esok (hari ni le tu), so nak kasut sukan. ayooyoyoyooo... lepas borak2 semua, balik tu saya saing dengan ibu la, coz nak singgah kedai nak belikan budak adik kasut sukan. macam2 la dia tu. dah dapat tu suka la dia. mengada betol. hehehhee..saya suka je melayan dia. lambats aya sampai rumah semalam. pukul 5pm baru sampai. sampai2 je terus mintak nyawa la kat dalam rumah. nak mengemas rumah tu lagi. mujur nezha tak bagi hadiah minggu ni. sayangggggg dia...
~~
lepas kemas semua, kasi lepak kejap, the iron baju untuk seminggu. settle. yahuuuuuuuuuu..... lepas maghrib, makan bekal. pukul 830pm obek call cakap dah sampai. dia baru turun dari cameron. best2. dapat dating yahuuu..dating kejap la teman obek makan. saya tak makan la sebab baru je lepas maghrib tu makan. just minum je la. lepas tu balik. takde pegi mana pon.




ni nezha. ehhh...kot2 la ada sesiapa yang tak kenal dengan dia kan. hehehhe... hari ni macam biasa. kuar terlamba pulak tapi sempat la sampai opis ikut time. rata2 guys kat office dok buat final analisis untuk world cup malam tadi. hahahaha...tak habis2. ni kira last le kot. lepas ni takde la. agaknya la. si kaki bodek terjungkit2 belom sampai lagi, entah cuti ke apa ke takmau amik tau. lantak kau la.
~~
sakit perot la. entah la kebelakangan ni sakit perot makin menjadi2 la. tak selesa betol.
~~
apa maknanya kalo kita mimpi orang yang dah mati tapi kita tak kenal pon dia. tapi dalam mimpi tu kita macam kenal pulak dia. korek2 punya korek orang tu memang sedara kita tapi yangkita memang tak pernah kenal coz dah meninggal berpuloh tahun yang dulu. haiyokkkkk.... misteri nusantaraaaaa... macam nak pengsan rasanya. apakah???
~~
ok la.. panjang pulak tulis hari ni. nanti sambong lagi. selamat bekerja semua.. doakan yang baik2 ye.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

sharil berkobar2 nak tengok bola.tup2 tak terjaga
nasib baik terjaga kul 4lebih.tu pun sbb kysha nak susu.sempat lah nengok masa tambahan tu.hehe..

waaa...leeya kembali mengganas! ;P
haa..btol lah tu
kan ke customer alwiz rite?

Misz Pinkie Winkie said...

yeyeh spain menang.
hehhehhe.
nezha muker macam dah matang la.
umo dia dah baper tahun ekk?
hhehe...nezha dah matured la.

Mince4AM said...

selamat kembali ke alam normal

Hazelsyd said...

hi saya,

ermm betui gaks no apa u cakap pasai change tu...yer lah mana boleh main suka2 assume kira cincai boncai itu 5 sen ngan customer kan...and u're right la, what if the situation is reversed? surely very der cannot kan!

aaa mimpi nusantara u tu kan...hrmmm......jeng jengg jengggg hihihihi

semoga segalanya baik2 belaka utk kita yeahhh

hi nezha cayanggg....mmmuahhh

meowwmania said...

laa nezha awat tak bagi mummy kamu hadiah mggu nih huhuu

syg nezha gumok muahh!

saya said...

zuris/pinkie/ahmad/hazel/meoww--tu la pasalnya minggu yg pnuh dgn emosi. chewahhhh... emosi katanya.