mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 7, 2010

ye ke harga sotong melampau mahal sekarang???...


hello...
chewahh..jauh termenung tu.. tengok apa? tengok luar? tengah berangan2 nak main kat luar ye? huishh..bahaya..bahaya... hari tu awak lari sampai jauh sekali sampai dalam longkang saya kejar awak. choiii.... nantikita pi jalan2 naik kereta ye. itu tak pe.. selamat. hehehehe..
~~
apa nak cerita ye hari ni? hari yang sengal fikiran yang sengal. emosi yang terganggu. bosan la tengok pelakon2 wayang kulit kat sini terjungkit2 berlakon. puiiii.... anyway.. malam tadi tido kejap je. kata tengok bola.. nederland (ke netherland???) menang pulak malam tadi. muwhahahaha.... malam ni yang susah hati nih. german kah? atau spain kah? uwwaa...2-2 pon best. apa la tetiba pepagi cerita pasal bola la pulak. kita tengok siapa yang kenaaaaa...
~~
obek... dia buzy. hehehe..sian dia. terkejar2 sana sini, kejap seremban kejap kl, kejap cameron, kejap putrajaya, kejap hujung dunia, kejap hujung lautan. macam2 la dia tu. macamkan dia sorang je yang koje kat kompeni tu. sian tengok dah kurus dah. makan pon tak tentu hala. alalallaaa... takpe la. musim carik duit. mudah2an berkat. kata nak bawak duit 5 guni kena la koje rajin ye tak? i love you obek....nanti belanja sushi ye. tq.
~~
nezha... seperti biasa. semalam dia buat perangai. semalam saya balik cepat. tak larat la. penat. balik2 tengok rumah ok. paper takde koyak2. fuhh. lega. sekali pegi dapor tu dia... dia dah mencicit kat lantai. geram betol. rasa nak menjerit. tapi tak jerit la. cuma bebel2 je. patot la saya balik tu dia baik je. kalo tak tu mengeow bagai tak mau kat pintu, semalam elok je landing kat sofa. chehhh..dah bagi saya hadiah rupanya. jadi kena la kemas. lap2 mop2 semua. lepas tu masak mihun goreng. teringin lah. nak beli yangkat kedai punya tak best. sebelom balik tu singgah kedai beli bahan2. amik la sotong 4 ekor. sekali timbang orang kedai tu dah cakap, kak, sotong mahal sikit. saya kata takpe la berapa? sekilo rm20. humakhaiiii.. mau saya tak terbeliak bijik mata. saya tanya apsal mahal sangat ni? camne orang nak beli. 4 ekor tu rm4. melampau betol. dia kata memang amik dari pasar mahal. arghhh.. malas lahnak bebel2. udang rm17 sekilo katanya. melampau betol. bukan udang besor ibu jari, beso kelinking je pon.. benci la. kenapa mahal sangat ni ha? ye ke harga udag sotong macam tu sekarang? ada sesiapa yang selalu tauharga ikan sotong udang ni kasi inform sikit harga pasaran. tapi sebab nak makan, beli jugak la. mujur dok sorang, kalo anak 4-5 orang nak makan apa? goreng bawang tuang kicap dengan nasi je la jawabnya. melampau betol. lepas kemas khazanah nezha, saya pon start masak. sodap je pon. mwuahhahaha...semalam memang seharian tak makan. lunch pon tak sempat. cuma makan buah pear sebijik. haihhh.. nanti la next week sambong puasa. tak puasa pon bukannya makan. lepas siap2 masak, mandi, tengok tv, makan. lepas tu tengok tv lagi. malam tido, pas tu bangun tengok bola. habis bola sambong tengok tv. pukul 6am tido. 630am bangun balik, siap2 pegi koje.
~~
kalo cerita pasal orang kaki bodek memang sampai bila2 pon tak habis. benci lah... tengok je la lagaknya. tapi orang2 mcm tu la yang sng ke koje. perasan tak? lagi buat jahat, lagi senang hidop. yang kita ni lagi nak buat baik, lagi banyak masalah. dunia dah terbalik la....
~~
iklan yusofff thayyyobbbbb udah kuar lorr.. menandakan udah nak ramadhan.
~~
banci penduduk dah bermula. sila beritahu orang2 yang tinggal kat rumah tu supaya berhati2. sekarang ni macam2 je orang nak buat perangai. takot dia tipu kata dia nak banci penduduk walhal nak merampok. pesan kat mak2, makcik2 kita yang kat kampong tu. kampong you all tau je la.. tingkap pintu semua terbuka luas je. takde grill2 macam kita kat pekan ni. kalo nak banci pon takyah bukak pintu grill tu. tanya je kat luar udah. memang dia bawak kad pengenalan banci tu, tapi orang2 tua ni mana reti benda2 tu semua. anyway... sampai2 kan pesan ni ye. pi call mereka cepat. hehehhee... katanya buat banci ni nak kira berapa orang yang ada rumah, berapa bilangan penghuni segala, harap2 lepas ni takdela isu orang duduk dalam reban ayam atau bawah longkang. kata dah banciiiiiiiiiiiiiiiii...
~~
kenapa saya suka membebel? sila jawab.
~~
badan sakit2 la.. tulang2 rasa lenguh2. kenapa ye? stress ke? memang stress la pon. camne nak hilangkan stress? dok ngadap obek 26jam? takde maknanya. itu lagi mendatangkan stress. jumpa kejap2 best la.. memang boleh buat lagi rindu, tapi kalo dah mengadap je siang malam apa ke halnya. hahahhaha... macam ni punya orang pon ada ke. ahhh...
~~
ok.. time to go. have a nice day ahead.
~~
i love you obek...(miss you lah!)
i love you nezha...(jangan noty2 la please)
i love all of you...(kereta dah basuh ke belom?)

4 comments:

Ummi said...

rumah baby sitter akak ada bela burung yang mahal2, akak pun tak tahu burung apa, ada dua orang mamat melayu ni datang rumah bgtahu yang suami baby sitter suruh ambik burung nak latih untuk pertandingan hari sabtu ni

bila baby sitter nak confirmkan dengan suaminya, nak tipon le, dah lari dua orang mamat tu

jahat betul, tak ada keje lain, menipu aje

orang yang suka bodek memang senang dan dapat gaji banyak, orang yang tak suka bodek pulak akan dapat banyak keje dan kena buli

dunia-dunia

meowwmania said...

wahh baiknya nezha bg hadiah kat mama dia yer muahahaha...

gitu la gaye kalau dah bela menatang yerk..kite ni lg lah ada 7 eko gendang gendut kat rmh tuh, redha jelah kate sayang wuuu~

Misz Pinkie Winkie said...

hai leeya
lin sokong german.
yeyeh..ole.ole..ole.

alahai budak muchuk tue kasik adiah yerk
terima dengan senyuman yerk.
tapie memang sotong,udang ,ayam mahal lah skarang.
mungkin nak ekat poser kot.
harga barang naik kaw2.
giler arr

saya said...

ummi--tu yang takot tu. macam2 cara orang nak menipu sekarang ni.

meoww--hehe..sama la. saya kucing luar tu pon banyak. macam2 kerenah.

pinkie--german sudah kalah malam tadi. huhuhuhu....