mari mencari....

Google
 

Monday, August 30, 2010

tulun..tulun...

elo2.. mana mau carik baju ready made yang ada batu2 manik2 bling2 tu ha??? tulun..tulun..mau urgent itu baju.. uwwwaaaaa..tulunn.. tulun...sapa tau area2 kl ni ha.. saya ni nama je dok kl.. tapi haram satu kedai pon yang tau. tak pernah kuar berjalan katakannnnnn.... tulun la woiiii...tapi takmao jenis material yang kain jarang2 tu kena pakai tube bagai..tak kuasa teman. mau yang cun, tapi murah lor. hahahaa...payah nk dapat yang bekenan..

Saturday, August 28, 2010

camne ni.......

camne ni???

nak buat kerja baik pon tapi banyak pulak halangannya..

banyak lah songehnya...

masing2 nak menang pendapat masing2 je....

habis camno??

eeeee..susahnya....

nak buat benda elokpon payah...

no wonder laaa.....

Thursday, August 26, 2010

macam nak cubit je budak ni... teringin kuih tart la..



hello...
apa cerita hari ni. tangan saya macam sakit2 je la. kat jari2. kenapa ye? macam perit2 je gitu. hehehhee... macam2 penyakit daaa... anyway.. ni muka budak tu tengah tido. tapi ken kejut sebab nak amik pic dia. hehehehhee... apa bulat pulak pipinya tu nezha? owhh.. so cute. rasa nak cubit2 je. memang dah kena cubit pon. hahahhahaa.... mata seperti biasa, stim je. trademark le katakan. layan je la. muka macam la dia tupena beno berpuasa sampai melepek2 kan? takde maknanya...
~~
semalam pon kena beli makanan sendiri. lecehnya. obek, raya tahun ni kena bagi duit raya lebih sikit la. saya penat kena beli makanan sendiri tau. penat tu takpe.. tapi bab terkejar2 tu yangtak larat tu. kadang sampai rumah lagi 5 minit pukul 7pm. nak jerang nasi lagi, nak kemas lagi. by the time siap je kemas memang azan maghrib pon berbunyik. terus je la songlap air soya beantu kan. aduhduduhhhh.... kelam kabut rasanya. jadi, tahun ni kena bagi upah lebih sikit ye. hehehhehe.... tq obek.. i lebiu... ok2.. back to the story. semalam pegi pasar ramadhan le beli makanan. beli kuih coklat tu lagi. lupala nak tanya kat orang kedai tu apa nama dia. nanti petang ni saya tanya. hehehe.. beli 2 ketul je cukup.pas tu beli laok gulai telur ikan, dengan laok macam goreng suon boh kacang panjang. ok la tu kan. beli jugak ikan talapia sambal. wahh.. meriah laok semalam. lepas tu beli cucur udang. dah 2 kali beli cucur udang kat orang tu. boleh tahan rasanya. sos dia pon ada la rasanya. tak le tawar ke apa ke. haa..kan best meniaga macam tu. sedap pasti orang datang lagi beli. ditambah lah yang jual cucur udang tu mamat jambu. hwuahahhaa... ahh..takde maknanya. beli jugak agar2 campur puding. dia boleh campor2 macam2 perisa 1 kotak rm2, ada 5 ketol. so pilih la yang kaler paling meriah. tapi manis sangat la tak boleh masok le tekak saya. bagi kat nezha pon takmau dia. dia jilat2 pas tu blah. sekian le jawabnya. lepas berbuka, tengok tv. owhh.. tengok fast & furious untuk kali ke entah berapa puluh. habis tu tengok leverage pulak. tapi tengok sekerat je. by 930pm dah berangkat masok bilik mau titonnn.. nezha le yang pertama terkedek2 masok bilik, pas tu saya pon masok le. tak kuasa le nak tengok tv lagi. penat. so tido. pukul 2am terjaga. macam semalam juga la kan. tapi kali ni boleh tido balik. bagus. pukul 4am terjaga. bangun sahur. tak makan apa, minum air je. hehehehhe... malas le pulak. saya minum air je, nezha siap makan minum bagai. sabar je la. pas tu sambong tido lagi. pukul 630am bagun siap2 pergi kerja. tu la kejadiannya.
~~
obek semalam kerja. buka dengan kawan2 dia katanya. malam2 ada la dia call. borak2 kejap. tu je la. nakbalik kampung katanya dia esok. kan cuti 3 hari kan. bagus la. sejak puasa ni dia belom lagi balik kampung. mesti mak dia pon tertunggu2 anak kesayangan dia tu balik. chehhh... balik sini jangan lupa bawak jajan untuk saya. hehehhe....
~~
owh...ada orang dapat bonus raya ye rm500. amboiiiii...raya sakan ye. jadi la kan dari takde. belajar bersyukur. kena macma orag swasta ni yang takde bonus lansong ni lagi nganga.
~~
apa lagi nak cerita ni? owh..hari ni masok je opis saya dapat kad raya daaaa..hehehehhee..... dapat le sekeping. jadi le dari takde. supplier bagi. ingatkan semua orang bagi e-kad tru email. rupanya ada jugak yang bagi cara tradisional ye. bagusnyaa.. suka la.
~~
saya tengah carik kuh tart bluberry tu la. sedapnyaaaa..tahun lepas dapat sebalang je. masa tu tak tau lak ada wujud kuih tu. tapi tahun ni semalam ada nampak le orang jual kat pasar ramadhan tu. mesti mau beli la. harap2 dia buat sedap. tau kan kuih tu? ala..dia macam tart nenas tu gulung2 tu tapi dia kaler purple tu. sedap la. saya suka. sapa nak sponsor letak tanga kat keyboard sekarang!!!! wahhhhh...tu dia.. semua pon letak tangan kat keyboard. hahahhahaa.. mari2 sponor kuih raya tart bluberry kat saya. tapi kan..saya rasa tu perisa dan pewarna je yang lebih tu. mana le nak dapat bluberry bebetol banyak2 kat malaysia ni kan. kalo ada pon mahal teramat. takpe la.. makan pewrna dan perisa tiruan setahun sekali. hahahhaha...
~~
ok la.. nanti sambong lagi. kepada yang bercuti esok, selamat bercuti. jangan shopping banyak2. beli yang mana paling perlu saje. ada duit lebih simpan untuk waktu2 kecemasan. musim perayaan ni kadang banyak nak guna duit. nak dapat duit tu susah kan? so, sayang2 sikit duit tu. jangan membazir. kepada yang kena kerja esok, takpe la.. takde apa pon bezanya. sama je macam hari kerja biasa..
~~
i love you obek..(bila nak buka sama bek... )
i love you nezha..(cuba la bawak2 belajar puasa nezha..)
i love all of you..(peace!)

Wednesday, August 25, 2010

camne nak sabar kalau macam ni...



hello...
aduhduhduhhh.... tengok.. tengok!!! camne nak sabar kalo macam ni punya perangai baik sangat ni?? orang sebok nak berbuka kelam kabut, dia naik atas meja. bila kena marah, mula la tunjuk protes. ye.. dengan cara duduk kat atas tudung saji tu. huhuhuhuhu... weh nezha.. melendut tau tak tudung saji tu kau kerjakan. mujur je tak terkoyak tudung saji tu. kalo udah terkoyak terberlobang camne nak guna lagi? recycle jadi mainan kamu ye? eeeeee... bla ditegur buat muka keras dia. di ambik pun keraskan badan. sabar je la....

nampak macam burung hantu pon ada pulak nezha dalam pic ni. hehehehee.... tak kisahla.. buruk tak hensem pon tetap saya sayang... muuahhhhh....
~~
apa nak cerita? cerita pasal semalam la. semalam kena beli makanan sendiri la nampaknya. sebab obek pergi kerja ke hutan melintang. huiii... kat mana le tu agaknya. kat perak katanya. dekat2 dengan bagan datok kot? ye? entah... tak hapal lak peta malaysia. anyway.. pening le nak beli makanan apa. biasa ada je dah siap kan. padan le muka. merasa le makan asap orang jual ayam percik lagi. hahahhahhaa... semalam beli simple je. beli 1 je laok, sambal paru. sedap lak orang tu masak. beli 2 ringgit. dia rangup2 la paru dia. tak lembek2. bagus. lain kali boleh beli lagi. memula ingat nak beli laok sambal ikan. nampak macam ok je. saya cakap kat orang kedai tu.. (nikedailain la..bukan kat kedai yang jual paru tu), kak.. nak ikan satu. sekali dia jawab.. haa..ikan tu RM4, RM4!! eh, ehh..apsal minah ni? orang tanya nak beli ikan, bukan tanya harga. dah le cara menjawab tu menengking2. hello.. tak sedar diri punya orang. tapi saya diam je la lagi since dia tengah amik plastik untuk amikkan laok untuk orang. lama sangat tunggu tak gak sampai giliran saya, saya pon beredar.. bila saya gerak dia panggil, hei, hei.. tu ikan tu nak berapa ekor? 1 ke 2?? saya punya terkejut... saya patah balik saya cakap kat dia.. ikan tu? ikan tu ko makan le sendiri.. kurang ajar. pas tu terus saya blah. lantak la. benci lahhhhh.... cakap tu macam le kita ni nak mintak free ikan tu. kita tau harga ikan..takyah nak jerkah2 orang. tak beli kat kedai ko belambak lagi kedai jual makanan. puiii... marah punya pasal,lepas tu saya terus pegi beli air. beli sampai 2 bungkus. soya bean dengan laichikang. lantak situ. pas tu beli kuih taktau apa namanya kaler coklat tapi sedap. dia potong bentuk kuih talam. entah le apa namanya. lepas tu beli kuih lopes. so, semalam berbuka masak nasik je la. makan. kuih semua tak habis. hehehhe..air pon tak habis. share dengan nezha kuih coklat tu. nak pulak dia makan. ok la tu....





lepas berbuka tengok tv. pukul 930pm dah tido. lepas tu pukul 2am terjaga. sampai le ke subuh sampai le sekarang.. belom tido lagi. sekian laporan untuk semalam.
~~
ggrrrrr... hari ni sampai opis macam biasa. tak lambat, tak cepat. opis ni tengah dilanda masalah sekarang ni. pasal kes budak account tu le. malas nak masok campor tapi kena jugak termasok campor. chehhh... tak suka la.
~~
rindu kat obek. rasa macam dah lama je tak jumpa. kenapa ha?
~~
ok..nati sambong lagi. tatap lah gamabr budak hensem tapi comot tu puas2.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, August 24, 2010

hello...ada sesiapa rindu nezha???,,,



hello... ada sesiapa rindu sama budak busuk tu? hehehhee... sorry la.. kitaorang bersembunyi diri sebab rasa macam sedih je lagi pasal nebo. tapi tu saya je la.. nezha dia pergi bertafakur menuntut ilmu ghaib tahap dewata peringkat ke tujuh. tak caya tengok la tu..tu aksi tenagh bertafakur tu kalo tak saya... tundukkk aje menderam2.
~~
anyway.. yang pergi tetap le pergi. dalam seminggu ni macam2 kejadian yang telah berlaku. ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang memeranjatkan. aduhai... dunia, dunia. takot lah dengan keadaan sekarang ni. yang sedih, saya nangis sampai bengkak2 mata, 2 hari tak surut bengkak mata, pegi opis orang ingat saya gaduh dengan bf. choiii... bongok la korang ni. apa kalo nangis je gaduh dengan bf la ye? fcuk betol. malas nak cerita kat diaorang la.. tak masok book. bab gembira... mmm..apa ye? hahhahahha.... takde la gembira sangat, sekadar mengubat hati yang sedih je la. bab memeranjatkan.. itu memang betol2 memeranjatkan. serius. tau2 je la orang opis saya ni.. semuanya lakonan terhebat dunia. but the worst is orang account kat opis ni kena dismiss sebab makan duit kompeni. haihhh..betol2 memeranjatkan. takot la. saya no komen. sebab tak berapa rapat dengan dia pon. tapi terkejut le juga. takpe la.. sendiri buat sendiri ingat la ye. kejadian tu membuatkan saya lebih berhati2 dalam buat kerja. walopon kerja kita tak melibatkan duit secara lansung tpai takut juga la. ditambah dengan persekitaran ni yang orangnya musibat selalu. aduhduhduhduhhhh...
~~
sebenarnya banyak nak cerita tapi dah lupa la semuanya. jadi takde cerita, tatap je la muka budak comot tu. sebok orang nak buka puasa dia dulu panjat kerusi nak makan sama. sabar je la.







ni gaya baru tersedar dari bertafakur tu. sampai kuar2 air mata mengenang keinsafan diri. hahhahaa....
~~
part obek pulak.. mmm..biasa la. asyik keje je memanjang. dapat gak buka puasa bersama dengan dia. ahad petang la. pegi la makan kat mana yang best2 sikit. tapi dah terperasan le sekarnag ni saya dah tak bolehnak makan buffet tu banyak2 la. rugi je bayar mahal2. makan sikit dah kenyang. bukan apa.. kenyang air yang sebenarnya. azan je yang pertama tuju mesti lah air. air soya bean! satu kewajiban tu. hehehehe.. belom pernah miss lagi. jadi sebab tu rasa kenyang lain macam kot. sahur pon kadang lebih kurang je. mana yang ada je ditelan. kadang tu macam malas je nak bangun sahur tapi rugi if tak bangun sahur. rindu obek. hehehhee...




eeee...comotnya la budak ni kan. kenapa ha? hari2 lap pon mesti comot. suka main entah kat mana2 dia tu. semalam saya tengah nak hidang makanan boleh dia melompat naik atas meja. mujur tak terpijak kuah kari. kalo tumpahhhhh... siap le. tumpah tu takpe lagi boleh dilap, kalo dia tu yang bermandi kari apa cerita? tak ke jawabnya nak pulak kena mandikan dia malam2 tu. huii...tak kuasa saya le. tapikan..nezha tu kat dalam pic memang comot, kalo jumpa real baru la hensem boy. hehehhehe...
~~
ok la.. sekadar menulis apa yang patot. no mood at all. nak sambong tengok pentas lakonan terhebat dunia ni. bye!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Monday, August 16, 2010

06 Ramadhan 1431.. akhirnya kembali lah ia...


assalamualaikum..
hari ni, 16 ramadhan 1431.. maka sudah tertulis, salah satu dari anak yang saya jaga kembali pada yang lebih berhak. saya betol2 terkejut, sebab malam tadi sebelom tido dia nampak sihat macam biasa, boleh lagi berjalan2 walaupon menggigil2 seperti kebiasaannya, tapi pagi tadi saya bangun sahur dia dah terbujur kejang. maka, meraunglah saya dengan sepenuh hati dipagi hari.
~~
itu lah dia.. namanya nebo. dinamakan sedekian kerana hanya dia seekor yang hitam, ikut jejak langkah mak dan ayah dia. adik beradik lain yang lahir sekali dengan dia warna putih dan kelabu. tapi dia memang sejak dari lahir tidak pernah sihat. badan kecik, dari kecik pon memang sakit2 saje. klinik sudah, cucuk sudah, ubat sudah, berpanjangan. kalau ikut umur, nebo dah berusia 9 bulan, tapi fizikal kecik je, macam baru umur 2 bulan. disebabkan dia tak sihat, saya letakkan dia dalam rumah. dalam sangkar. kalau saya ada rumah baru dia dilepaskan. sebab takot nezha pulak buli2 dia. mana le tau kan. nezha tu jenis jealous. badan beso pulak tu. sekali swing je dengan tangan nezha tu kang terpelanting nebo. nebo kalo berjalan memang menggigil2, dah bermacam2 ubat dibagi pon tak jugak sihat. berak cair selalu. kadang sampai bontot pon merah2. kadang sampai taik2 cair melekat kat ekor. dia manja. kalo saya duduk kat sofa mesti dia berusaha nak panjat sofa..nak duduk kat riba. ya allah.. terbayang2 dia main2 dengan nezha.
~~
baru malam tadi saya bersih2kan badan dia, pelok2 dia, lap2 mata. mata dia selalu keluar taik banyak. kadang sampai tertutup mata. tak boleh nampak jalan. tapi nebo baik, tak pernah merungut, mengeow2 marah. dia kalo tak sihat, akan duduk diam je. kalo dia tengah tak sihat, kalo saya kuarkan dari sangkar pon tak takkan bergerak2. dimana diletakkan, disitulah dia sampai ke sudah. tak tau apa masalah penyakit dia. dalam 4 beradik, dia anak yang sulung. masa dia lahir, saya ada tengok menunggu mama dia selesai bersalin. aduhaiiiii....
~~
pagi tadi sebelom saya bungkus dia, saya bawak mak ayah dia dan adik beradik dia tengok cium dia untuk kali yang terakhir. termasok lah saya. mereka macam faham je kejadian ni berlaku. masing2 mencium , menjilat. aduhai.. tak mampu saya tengok mereka berkasih-kasihan untuk kali terakhir. betapa menggigil dan tak berdayanya tangan saya nak membalut dia. ya tuhannn.. memang saya meraung2. tapi kehendak tuhan, redha sajelah walaupon hati bagai dihiris2. lepas balut dan bungkus, saya letak dia dalam kotak. saya letakkan balik dia dalam sangkar dia. biar dia berehat untuk kali terakhir di rumah saya sementara nak tunggu obek amik dia tengahhari nanti untuk tanam. ye...saya akan tanam dia. tanam elok2, biar bertanda. tanam kat belakang rumah obek, sebab belakang rumah obek ada tanah. rumah saya takde tanah, semua bersimen. saya takmau buang gitu je nebo, saya sayang dia. manakan sanggop untuk saya buang begitu saja. tidak.. tak mungkin.
~~
nebo... saya minta maaf kalo selama ni saya tak jaga nebo dengan baik. tapi saya dah jaga setakat yang termampu. walopon ada ramai lagi anak2, tapi saya layan semua sama rata. bahkan layan nebo lebih special sebab keperluan kesihatan nebo.
nebo... saya sayang nebo. walopon nebo dah takde, saya takkan lupakan nebo sampai bila-bila. saya akan sentiasa ingat keletah nebo. keletah manja bila nak disuruh garu2, keletah nakal sebab takmau makan ubat. semua akan saya ingat.
nebo...i love you sayang....
~~



gambar terakhir nebo untuk saya tatap...

ya allah..kuatkan semangat saya....

Friday, August 13, 2010

03 Ramadhan 1431... perot ok sikit dah..


hello...
eh, eh..nezha, apsal hidong kembang2 tu? nak uk-uk ke? hehehehe... kembag le pulak hidong kau tu kan.kalo tak tu kuncup je tenggelam nak kene korek2 baru jumpa hidong. apa pon, style mata stim tetap maintain. trademark tu. nampak macam gumok lak kadang2 nezha ni. kadang macam slim je. hahahhaha... geram betol tengok dia ni. rasa nak cubit2 je. malam2 kena pelok kuat sampai dia menjerit2. hahahhaa... geram. love you nezha..
~~
apa nak cerita ye? owh..cerita semalam la. kan kena cerry berry tu. sampai ke petang ye. ada la 6 kali pergi buat lawatan berjumpa 'mr. tan' tu. geram betol. rasa nak melepek je dah. tapi tahan je la kan. kata dugaan dibulan ramadhan. terima je la. petang balik macam biasa. jalan jem2 lite je la pulak so sampai rumah cepat. ingat nak pergi kedai nak beli makanan budak2 tu tapi macam tak sempat pulak. haihh.. malas betol nak menyinggah mana2 kalo time balik. nak isi minyak pon malas. pagi ni baru terhegeh2 nak pi isi minyak.
~~
semalam dah pesan kat obek jangan beli laok yang ntah hapa2. tak bermakan la. kuih pon takmau banyak2 tak habis makan. membazir je. jawabnya, ye lahhhh..sekali tiba makanan tu dia.. semalam obek beli sambal ikan termenung. sedap gak tapidia boh buah belimbing lah. bukan belimbing buluhyang kecik2 tu tapi buah belimbing yang bentuk star. entah apa le motifnya. nak ganti asam keping agaknya. ahh..takpe la. then obek beli kari daging, dan sotong. air teh bunga. kuih popia goreng, tepong gomak & murtabak. tengok, tengokkk... orang dha cakap jangan beli banyak2 tak bermakan lagi dibelinya banyak macamtu. ya tuhan. sabar je la. malas le nak bising2. terima je la. makan tak makan lain cerita. kang orang tua tu merajuk kang tak maunya dia belikan lagi juadah berbuka baru nganga. hehehhee... sayang obek. hari ni okey pulak. belom ada apa2 komplen sengal dari dia. hahahhaa.. dah kuat sikit le tu kot. dah 2 hari dah biasa le tu tak le lemau lagi. malam tengok tv cerita 999. ahhhhh.. takde isu lain. bosan. lepas tu tengok cerita apa ntah. lupa dah. disebabkan takde cerita best say apon pi potong2 bawangdenga kacang buncins sebab dah plan nak buat nasi goreng untuk sahur tu karang. sementara saya dok potong2 bahan tu, nezha pon menyelit jugak. sebok dok panjat2 meja pulak dia. haihhh..... lepas siap2 semua simpan dalam peti ais, lepas tu tido. tertido depan tv. sedar2 nezha dok garu kepala. haihhh..dia nak masok bilik le tu. ngada betol. so bangun tido kat bilik.
~~
pukul 4am alarm bunyik. bangun sahur le kan. tak banyak koje dah sebab dah potong bahan2 tu semua kan. masak air baut air milo suam & minum air suam. lepas tu goreng nasi. nezha ada teman kat dapor. dia duduk kat kerusi dia la. lepas tu goreng telor dadar dan goreng sotong ring tu. siap2 semua call mereka2 yang patot untuk dikejutkan bangun sahur. kalo call obek, kalo tak cukup 100 kali dila memang tak sah jawabnya. sabor je la. lepas tu apa lagi.. makan sahor la..... ni pic sahur saya tadi. eh... ada la seorang peminat tegar tu -----> mwuahhahahhaa.. dia tanya saya kenapa tunjuk pic sahur je kenapa takde pic berbuka. sebabnya... kalo berbuka tu bukannya best pon. lagipon tulaok beli. ni buat sendiri, kena la amik pic effort diri sendiri. hahahhaha.... tapi kalo saya buka kat luar if saya tak termalu saya snap pic jugak ye. harap2 la. kalo kuar dengan obek nak amik pic makanan obek tak bagi. dia kata nak buat apa, malu la orang tengok amik2 pic makanan. haihhhh...lagi le say abertambah segan nak snap pic. tapi takpe.. kalo saya ada buka luar saya amik pic ye. kalo buka kat rumah ni takbest la. melainkan kalo buka kat rumah ma. hehehehe...


sahur hari ni : nasi goreng letak kacang buncis, telor dadar, sotong ring, milo & air suam, jajan sotong kering dan popia kecik lagi. nyum2...
~~
nasi goreng sedap, tapi termasi le pulak. haihhh... tapi still boleh makan la. tak le masin macam cerita bujang lapok tu kan. hahahhaha.... lepas makan tengok tv. sebab tu saya suka sahur awal. sebab saya nak lepak2 tengok tv sambil kunyah2 jajan. banyak sikit masa nak makan dengan senang hati. kalo terlambat tu rasa macam kelam kabut je. tengok cerita apa ntah. cerita hantu bawak kereta lumba. hahahahhaa... elok2 paotnya seram terus jadi kelakar. dah mati tu mati je la.. nak jadi hantu tu ni tak, ko seret sekali kereta ko tu terpaksa jadi hantu jugak ikut ko. aduhhhh... nama pon cerita, layan je la. tengok yang tv3 cerita ramadhan tu. aiseyy..still lupa tajuknya. selang seli tengok geng surau. kelakar ok cerita tu. pas tu selang seli tengok qalesya. haiahhh.. suka2 hati je la tukar2 channel. hari ni tadi lepas sahur ada tido kejap. pukul 6am sampai 630am. lepas tu bangun, siap2 pergi keje.
~~
jalan tak berapa jem. cuma nak kuar area rumah tu yang jem. mencikkkkk.... pi isi minyak kereta sebelom sampai office. hari ni kat office harap2 macam biasa je la.
~~
apa lagi nak cerita ni? takde cerita dah. perot macam ok macam tak ok. kejap macam rasa nak buat lawatan ke belakang, kejap macam rasa lapang. haihh.. perot pon tengah takde mood agaknya dia. hehehhe... esok weekend kan. korang mesti dah banyak perancangan tu. nak berbuka kat rumah parents la, nak buka kat luar la. macam2 le tu kan. saya esok balik rumah ma. harap semua ok.
~~
ok lah.. nanti sambong lagi. selamat hari jumaat...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, August 12, 2010

2nd Ramadhan 1431...sakit perot..


hello..
aduhduhduhduhhh... hari ni pepagi lagi dah cerry berry. apakah? spoil betol la. salah makan agaknya nih. entah la..
~~
semalam balik macam biasa. jalan boleh tahan jem la. sebab orang nak balik cepat berbuka tu kan. obek dah belikan saya siap2 laok berbuka. semalam dia beli laok gulai lemak perot...erkkk.... saya tak makan la benda tu. bukan tak makan la.. makan, tapi kureng sikit. hehehhee...tapi sebab obek dah belikan, terima je la. jangan banyak bunyik pulak. untung2 orang tu dah belikan kalo tak nganga buka makan biskut kering. lagi dia beli laok ikan sambal keras kejung, dengan sotong liat. hahahahha... terima je la. air soya cair sampai nak jernih dah airnya punya banyak kali perahan kacang soya. nak untung punya pasal. entah le labu..takmau cakap banyak la. bulan puasa ni. kuih dia beli popia goreng dengan apa ntah kuih kaler hijau bentuk bulat ada kelapa atasnya. macam apam tu.
~~
sempat sampai rumah sebelom waktu berbuka. hahhahha... lepas berbuka tengok tv. nezha pulak buat hal betol la malam tadi. dok mengeow2 kuat tak berhenti2. sepanjang malam. entah apa yang tak kena dengan dia tu. tanya kat dia kenapa? sakit perot ke? lapar ke? pening kepala ke? sakit kaki ke? dia meoww2 juga. sampai ke subuh. dengan saya sekali le tak boleh tido malam tadi. risau jugak. masa saya bangun sahur tu baru dia macam tido lena sikit. saya slow2 je la buat sahur tapi dia dengar pulak. ingat dia nak menjerit lagi tapi takde pulak. elok je dudukkat kerusi saya letak kat dapor bagi dia mengadap muka saya 24jam. haihh.. nezha.. nezha. kenapa kamu ni nakkk...
~~
so bangun sahur macam biasa. pukul 4am dah bangun. jerang air, goreng telor, bakar roti, goreng wedges jugak. hehehehhe... ingat nak buat nasi goreng tapi bahan apa pon takde. tinggal bawang je. macam tak syiok pulak nasi goreng kosong sangat. kalo ada bahan2 kacang panjang ke udang ke sedap le sikit. takpe la... lepas tu dalam peti ais nampak yang jajan beli hari tu, sotong kering tu dengan popia kecik2. wahhhh... dah rasa macammakankuih raya la popia kecik tu. hehehe.. walhal baru 2 hari puasa wooo. takpe..takpe.. semangat mesti mau ada. so, ini sahur saya pagi tadi.



roti bakar, telor goreng, wedges goreng, tuang sos tomato, air milo, air suam, jajan popia kecik2 dan sotong kering.
~~
lepas sahur lepak tengok tv. masa tu la dok mengunyap jajan2 tu. haaa.. best la tengok cerita kat tv. tadi tengok tv3 cerita apa ke namanya ramashan2 apa ntah. alalalala.. biasa la cerita melayu kawenlari2 gitu takde restu. layan je la. lepas tu tengok spartaco kat 413. ehh.. best. takbolehmiss lah. taktau lak dia ad atunjuk pagi2 macam tu. hari tu saya tengok malam pukul 12++ macam tu. layan tv sampai waktu pergi kerja. tak tido2 dah lepas sahor tu. 630am siap2 pergi kerja. lepas habis tu sambong tengok mickey mouse kat 615. lepas tu pergi keje. hehehehhe.. now adalah mengantok ye.


ni nezha dok kepoh2 nak try test minim air milo saya. geram lah. asyik nak pow orang punya je.
~~
apa lagi nak cerita. tu je la kot. harap2 dapat update sepanjang ramadhan ni. camne puasa 1st day korang? ok? nanti cerita ye.. nak baca la. hehehehhe..
~~
obek hari ni buzy. tadi pagi2 lagi pukul 8am dah call. saya tengah on the way nak pi koje. dia tanya, oby...camne nak spell 50? fivety ke? ayoyoyoyoyoooo.. baru pukul 8am dah sengal ke obek. fifty laaaaaaaaa.... pas tu tanya lagi spell 30 camne? tirty ke? woii..thirty laaaaaaaa... obek ni kan. nak kena tau. semalam sengal tanya nak bawak rokok tak pegi keje, hari ni tanya camne nak eja fifty. macam2. esok nak tanya apa pulak. tu tengah lemau le tu. seminggu ni memang le lemah je dia. habis, tak mendapat rokokkkkkkk... rasakan. semalam pon entah berapa kali call dok ngadu2 lemah la, itu la ini la. saya tanya semalam buka apa? sama dengan saya punya laok tak? dia kata sama.. tapi mula2 buka minum air lepas tu rokokkkkk.. lepas tu baru makan. hahahhahaa... biorkan la. saya suka je menyakat dia. sorry obek. i love you...
~~
ok la.. tu je nak cerita hari ni. nanti sambong lagi ye. selamat berpuasa. owh..perot adalah sakit lagi. dah 2 kali bertemu dengan 'mr. tan.' uwwaaaaaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, August 11, 2010

1st ramadhan 1431...


hello...
haaaa.. jangan nak kutuk2 muka budak comot tu tengah tak hensem, tengah masam taik mata berketol2. sabar je la. bulan pose ni jangan kutuk2. puji2 dia comel cute takpe. dah tu puji sekali mummy dia ni, lagi double triple cute wa cakap lu... hehehehe.... nezha standard la..kalo amik gambar muka serius je.. macam muka komander askar. takde senyum2 nay dia tu. heran sungguh la. masam pon tetap la sayang jugak...
~~
anyway.. hari ni 1st ramadhan. camne? ok? relax.. masih awal lagi. semalam saya sakit perot kembong dari siang sampai le ke pagi ni masih ada terasa2 lagi. aduhhh..sakit la. tak selesa. entah le apa kenanya. dah makan ubat, dah minum air suam panas pon tak jalan jugak. tapi pagi ni dah surut la.. moga2 sihat sampai petangla hendaknya. saya ni memang la.. kalo sakitperot memang lama baru nak settle. takpe.. sabar je la.
~~
semalam balik macam biasa. balik kemas rumah sikit. alahai.. malas betol la rasanya. kalo le takyah kemas2 rumahkan bagus. sebelom balik, singgah kedai dulu. nak beli roti la katakan. dah tu beli le roti, then beli susu, then beli apa ntah lagi. owh..beli oat. mana tau nanti bila2 masa tak tersempat nak sahur ke terlambat ke dah ada bendanya. lepas beli2, saya pon balik. lepas mandi semua tengok tv. kononnya takmau makan dinner. sebab perot tak sedap tu kan. tapi lama2 tenung2 roti tu nampak macam sedap le pulak. hahahahhaa.... apa la..tengok roti gardenia kosong pon nampak sedap ke. so, goreng le telor sebijik then makan dengan roti. minum air soya bean sekotak. kenyang. yahuuuuu...lepas tu dok terpikir nak sahur apa. pikir masak nasi le. so, masak nasik. lepas je nasi masak, terus tidor. penat ngantok la pulak.
~~
so pagi ni bangun pukul 4am nak sahur. macam takde mood lak nak makan nasi yang dah dimasak tu. alalallalala... call ma 2 kali tak berjawab. nak kejut dia bangun sahur. teringat beli roti tu nak buat roti telor. so, buat la 2 keping. nampak pulak wedges dalam fridge, gorengjuga beberapa ketol. dah kejap tengah goreng2 tu ma return call balik. rupanya ma sembahyang le.. sebab tu tak jawab call. hehehehe.. ma tanya makan sahur apa? saya jawab makan roti telor dengan wedges. ma kata makan la nasi.. nanti sakit perot lagi. mmm..ye la.. dengar cakap ma ye. makan juga nasi sikit. lagipon sayang la nasi dah masak dari malam tadi tu kan. so ada balance tu boleh buat nasi goreng untuk sahur esok pulak. jangan membazir. buat air milo, air suam mesti sejug. sebab kena minum banyak kononnya. nafsu semata2. hahahhaha.... so ni le sahur saya pagi tadi.


milo, air suam, roti telor, wedges. nasi takde dalam pic. sebab kendian baru lak makan nasi sikit. sejemput jangan tak kempunan orang kata.


sambil makan sambil tengok tv. takde cerita menarik le. saya tengok kbs world. boleh le layan sikit. cerita qalesya tahun ni pon dah mula. hehehhe.. mesti tengok. suka je tengok cerita tu. harap2 menarik le plot untuk tahun ni. takmau le merapu2 pulak. imsak dalam pukul 540am kan.. haa.. tengok jam dah dekat2 nak 530am tu saya minum lagi. kata haus tengok tv. hah?? bolehke gitu? boleh aje. hahahha....lepas tu tido kejap. pukul 630am baru bangun lagi siap2 pergi kerja.
~~
kejut obek pukul 5am tu suruh dia sahur. haihhh... jawabnya ye... yee... yeee... entah bangun ke tak. degil betol. tapi sian la dia penat. dia keje kat seremban semalam. pukul 11pm lebih baru sampai rumah kl ni. semalam tu dia tanya gak kat saya dia nak sahur apa. saya kata beli je roti krim tu senang. sumbat2 je masok mulut. janji sahur. air minum je air kotak milo ke kalo malas nak masak air panas. every 20minit saya call dia kejut bagi dia bangun. kalo tak tu..alamat lebor la.. jawabnya sahur pukul 7am. jangan dibuatttttt... tu pagi2 tadi pukul 7am dia call.. dia tanya.. soalannya.. oby.. hari ni pegi keje takyah bawak roko ye? hah?? bawak2 jangan tak bawak. pagi2 dah nak menyakat saya. merasa le hari ni lembek pegi keje tak mendapat rokok. hahhahahhaa... dahtu siap tanya lagi nak buka apa hari ni. ya tuhannnn.... awal suboh lagi dah tanya nak buka apa. bior betol orang tua ni. hehehhe..takde la..dia nak buat persediaan. kan tugas wajib dia untuk belikan makanan berbuka untuk saya. saya kata takpe la.. belom dapat ilham lagi. kejap2 lagi dah pukul 4pm kang dapat le ilham menu menderu2. obek..obek.. suka menyakat saya tau dia tu. hehehhehee...
~~
nezha pagi tadi saya sahur dia pon menyebok jugak. layan je la. macam la dia tu puasa beno. geram betol. pagi tadi dok golek2 takmau bangun pulak. dok depan pintu tak bagi saya kuar. haihhh.... ikut hati memang takmau pegi keje dah nezha oiiiii.. tapi apakan daya.. kena keje la nak beli makanan nezha kan? nak beli vitamin nezha kan? nak beli snack nezha kan?? haaaa... tepi2..saya nak pegi keje. nanti petang jumpa. pelok2 cium2 budak busuk tu then pegi keja.
~~
ok la.. banyak lak bebel hari ni. apa pon.. selamat berpuasa untuk semua. dah boleh start bayar zakat fitrah. mujur kucing belaan tanggungan tak kena zakat, kalo takk. masakkkkkkkkk.....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, August 10, 2010

entry pendek je la..takde idea nak tulis apa..



hello...
dah selasa dah hari ni. malam kang bangun sahur wooo... hehehehe... nanti tahun ni nak snap pic jugak makanan sahur. macam tahun2 lepas. rasanya la ada snap pic. tu kira motivasi tu. alahaii..sahur sorang, makan sorang, basuh pinggan sorang. ngunyap le sorang2 depan tv tu ha. hahahaa.... takpe, takpe.. meriah je. mamat penyebok kan ada.
~~
so, nak cerita apa hari ni? entah la ye. takde apa yang menarik berlaku. anyway, semalam balik macam biasa. singgah pasar malam then beli2 makanan. beli murtabak, beli nasi lemak, air soya bean. beli juga stok telur. kata nak bangun sahur kena la ada benda2 yang nak ditelan. petang kang jangan lupa nak beli roti. lepas beli2 kat pasar malam, balik rumah la. kemas lebih kurang. nezha ok semalam, takde la bersepah sangat rumah. tengaok cerita kungfu kat tv3..taichi ke apa ke tajuknya. layan je la. lepas tu tido.
~~
obek macam biasa. kerja, kerja, kerja. hhehhhee... takpe la..saya ok je la cuma kalo dah lama sangat tak jumpa baru le nak meroyan. tapi ni baru je jumpa ka ahad tu kuar lama, so kira ok la. nak berkepit je 25jam sehari mana le boleh. tak kuasa le.
~~
apa lagi nak cerita ni weh.. takde idea la. nak raya ni macam2 offer la menjelma. darijual perabot, kain baju sampai le ke peralatan rumah. ikut hati semua nak beli kan? sabar.. jangan ikut hati. check dulu duit dalam purse tu. kot ye pon berlebih sangat, jangan sampai membazir. malaysia ni tiap bulan pon ada je sale2 tu. so takde nya rugi kalo tak beli sekali gus sekarang ni.
~~
nak raya je mula la risau. mana nak letak budak2 yang ramai2 tuh. aduhhhh... lama pulak tu cuti kal takat 2 hari boleh lagi biarkan diaorang, letak makanan banyak2 sikit. ni lama wooo.. mula la nak pening2 kepala nih. anyway, nanit le hari tu dah tanya dah 1 kedai ni. dia kata boleh kowtim la untuk 2 sangkar tak le kira per-ekor. hehehehe...tengok la camne nanti. nezha?? huhuhuhu.... ingat tahun ni nak bawak dia balik rumah ma. sebelom ni tak pernah bawk dia balik. bukan apa.. kat rumah ma tu pintu depanbelakang sentiasa je terbuka. bahaya la. grill ada pon grill lobang beso2. huii..ngeri wo..tak dapat saya bayangkan kalo dia terlepas. mati saya!
~~
ok la.. itu je la kot nak cerita. harap semua sihat sejahtera. selamat bangun sahur malam nanti. kunci jam siap2.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..



Monday, August 9, 2010

it's monday yo....



hello....
happy monday!!!! sapa tak suka monday angkat baju! opss.. censored..censored...jangan la moody2 monday ni. kena ceria2 baru la boleh buat keje dengan produktif dan inovatif.. satuuuuu malaysiaaaaaaaaaaa... hehehehehe...
~~
anyway..kalo monday mesti nak cerita pasal weekend kan.
~~
sabtu, 07/08/2010
bangun lambat sekali. sangat2 lambat. mwuahahahaha... berjaya juga bangun lambat akhirnya. sampai pening2 kepala rasa bengang berdengung2, hambekkk.. nak sangat bangun lambat. actually bangun macam biasa. nezha pon kejut macam biasa jugak. tapi tu la.. dah kata malas kan. bangun pi toilet baring lagi. baringgggggg sampai lenguh badan. call obek kaco dia pepagi tu, idak le berjawab teleponnya. harus tido tak sedor2 diri dia tu. dah tu, macam biasa la. golek2 tengok tv, sampai pukul 1130am baru la bangun mandi. ayoyoyoyo...mucuk macam ooo.. ahh.takde mananya mucuk, enzha elok je kiss2 saya. wangi le tu kan. hwuahhahahaa... lepas tu obek pon call. dia pon dah bangun. so, kitaorang pi lunch la. sebab lapar, saya amik laok banyak2. hehehehhee.. tamak lah. end up tak habis pon. amik laok sambal jering. wahh..sedap tapi tak sedap. camne tu. sedap tu sebab dah lama tak makan sambal jering. tak sedap tu sebab orang tu mask tak sedap. hahahahhaa.. lagi amik goreng peria, lagi dengan apa ye? lupa la... ikan kot rasanya. obek amik laok ayam kampung goreng, dengan telor ikan. minum air sirap limau. lepas makan2, lepas tu obek dapat call pulak. haiyaaakkkk.. baru nak pi dating2. mencik laaaaa.. takpe la.. dia ada hal urgent. so obek hantar saya balik rumah.. saya kemas sikit2 baju yang nak hantar pi dobi lepas tu balik rumah ma. takde beli apa pon. sebab taktau le nak beli apa. buntu. so, balik je la. sampai rumah ma, lepak kejap then ma ajak pi rumahkawan dia hantar anak benih pisang haiyakkkk...pisang apa ke namanya idak le saya tau. tapi pisang tu kecik2 je pendek rendah, so kao orang yang kawasan rumah kecik tapi still nak ada pookok2 memang sesuai le tu. haaa.. pi hantar pisang tu le. orang tu nak tanam. layan je la. lepas tu pi bei rojak. saya beli karipop. malam makan rojak dengan karipop. ma masak mee goreng. ok la tu kan. malam tengok cite kungfu kat 8tv best jugak. best tu sebab ada daniel tu. mwuahhahahhaa... mencik la mamat tu dah ada girl. argghhh... lupakan. lepas tu tengok cerekarama kat tv3. haiyokk..lantak le korangsapa suka mandrem2 tangkal. merasa le jadi macam tu. lantak la sapa meniaga makan tak jujur. haaa.. ingat zaman moden ni takde mandrem2 ke. lagi hebat wooooo... eee..takot2.
~~
ahad, 08/08/2010
pagi tak buat apa. bangun lambat. tak le lambat sangat. pukul 730am je. hehehehe.. sebelom ma berceramah pagi, baik kita bangun dulu. pikir2 nak buat breakfast apa la agaknya. so teringat pernahbaca resepi buatkuih abok2. dia guna biji sagu tu dengan kelapa parut dan letak gula melaka kat tengah2nya. bahan2 senang, cara buat pon senang. tapi masalahnya saya malas nak mesin kelapa dan takde daun pisang nak balut. takpe2... itu bisa diatur. so, sementara ma sembahyang duha tu..saya pon mesin le kelapa. prenggg..prenggggggg... opss.. tu bunyi orang mesin tebang pokok daaa..camen bunyi mesin kelapa?? ggree..grrrrrr.. macam tu le kot. imaginasi mesti tinggi ye.. baru otak berkembang denga jayanya. hehehehe...saya pi carik bekas2 kecik yang buat apam agar2 tu kan. ad ajumpa bentuk bintang le hapa ke benda..saya guna bekas tu le. buat2, then kukus. wahhh..suspen woo.. sekali tengah syiok2 ma datang lak senyap2 dari belakang. aisehhhh..mana boleh tengok!!!! nanti tak jadi kuih saya malu laaaa..uwwaaaa...saya hadang2 dapor tak bagi ma tengok . hehehehee...suruh ma pi depan pi la buat apa benda pon. lepas tu terus rendam ikan & sotong, untuk masak lunch. lunch tu masak sambal tumis sotong dengan ikan bakar. owh..dengan gulai lemak ikan talapia juga campor dengan belimbing buluh. aduhaiiii...seedapnyaaaaaaaaa....so, kuih saya menjadi woooo.. yahooo.. lenkali boleh le buat. senang je. nak kuarkan dari bekas tu pon elok, dia takde melekat2. bagusnya.. i love you lah kuih. bagi opah makan kuih tu. suka dia. ye la..lembut kan, senang le member nak kunyah ate kata gigi udah tinggal dua. hhhahahaaaa... opah lak request next week buatkan kuih bom tu. amboiiii.. order saja nampakkk. alahai..layan je la selagi dia ada lagi. kalo saya beli je pon dia bukan tau pon. hehehehe... tahun ni opah tak larat puasa la. sian opah. dah uzur sangat2. saya cakap kat opah, kalo tak puasa takde baju raya. hahahhahaa... opah t time dia elok tu ok la.. kadang time tiba bab dia meracau2 tu yg tak tahan tu. bukan meracau la..dia tu dah tua sangat. ah sampai tahap separa nyanyuk dah. separa tu sebab kadang dia elok je..faham apa kita cakap, ayat2 kadang dia ingat lagi. kadang2 ye yang terbabas tu. hehehehe...takpe la.. ma lagi penat jaga opah. ni nak bualn puasa ma dok pikir camne nak pegi terawih. tak boleh tinggalkan opah sorang2 kat rumah malam2. sian kat ma. kalo pegi tadarus siang tu takpe lagi. malam tu yang payah. ma kata tunggu saya balik weekend la baru dia pergi terawih. mmmmm... baik kan ma jaga opah. i love you ma...
~~
lepas habis nona hari ahad tu, saya pon balik rumah sendiri la. tapi tahap kesabaran harus tinggi ye kawan2.. sebab nezha dah tumpahkan bekas air. jadinya air dah masok dalam bekas makan, jadinya makanan dalam bekas tu udah kembang2 segalanya. bagus betol. saya memang suka je macam tu. gggrrrr... saya rasa2 baru je lagi tumpah sebab ada je lagi sebahagian makanan yang belom kembang. mujur. buatnya tumpah malam tadi ke, petag sabtu ke? masak la ko nezha tak makan sehariankan? kurus kang sapa susah? sayaaaaaaaa jugak yang susah. haihhh...dah, dah. takyah nak memekak. kemas je la. lepas kemas, obek datang. nak pegi dating la ganti yang sabtu punya. hehehhee...pegi mana ye? owh..memula ingat nak tengok wayang. siap le bawak baju sejuk bagai. cehhh..dah tau dah. dah le weekend, dah petang lak tu kan mana nak ada tiket lagi. tiket tu ada tapi malam2 punya la. takmau la. saya tak mau balik malam sangat. so just pusing2 je la. takde beli apa pon. jalan2 pusing2. then pi carik tengok2 van lagik. kan hari tu dah cari2k van untuk opis obek jugak, takde yang berkenan. ni carik lagi. haih..tak kuasa le nak melayan. penat la. ooo..sekarangkalo kenderaan lebih 10 tahun umurnya kalo nak beli kene bayar cash ye? mana le saya tauuuu..baru tau semalam. hwuahahhahaha.... aduhh..kalo kena bayar 17k cash camne? mana nak cekau duit? ayoyoyoyoyooo... entah la.. tak tau la. banyak kereta2 2nd hand saya tengok. ada yag nampak macam ok, ada yang tak ok. saya tak beli le..na kbuat apa menambah hutang. pakai je mana yang ada sampai ke sudah. so semalam dia nampaknya macam dah ada berkenan 1 van tu le. memang untuk commercial punya. ok la tu kot. bior le dia pilih sendiri. lepas tengok2 van, pegi jusco lagi. mau makan sushi. yahuuuuuu.. makan dengan banyaknya. miwahhahahaa... takpe..sekali sekala kan. bukan hari2. lepas makan sushi, balik la. dah malam pon pukul 830pm dah pon. kuar dari petang. cukup2 la tu kan. malam tengok tv. pas tu tidoooooooooooooooooooo...
~~
pagi tadi nezha kejut macam biasa. pukul 530am dah menggigit2. sabar je la. saya kata malas nak bangu. bagi lagi 1 jam saya nak tido. takkkkkkkk.. dia dok gigit2 jugak. saya pelokkua bior sampai dia jerit. geram lah. lama2 dia tido jugak. hehehe.. 630am bangun siap2 semua. lepas tu pi koje la.
~~
apa lagi nak cerita ni? mmm..takde apa la kot. owhh.. bersedia ye untuk berpuasa. seronoknya. harap2 puasa tahun ni meriah la sikit hendaknya. kalo la dapat berbuka berdua best agaknya. ni buka sorang2 je. uuwwaaa.... saya ngadap2 nezha, nezha ngadap saya. ahh..nezha bukan puasa pon. makan je koje mamat tu. takpe la.. korang mesti bangun sahur tau. kalo tak larat makan nasi pepagitu makan la roti bakar ke, sandwich ke, cornflakes ke, apa2 yang ringan2. minum air banyak2. makan la buah kurma. berkat katakan. eh, eh....saya ration untuk sahur tak beli pon. kena siap2 beli roti, milo, flakes, oat dan lain2 ni. yahuuuu... saya suka sahur...
~~
ok..nanti sambong lagi. selamat bekerja. happy monday!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, August 5, 2010

dung...dung...dung...


dung..dung..dung.. tu bunyik perot saya la. kembong pulak. macam la budak2 kecik nak kembong2 perot. angin kat dalam perot tu berpusing2 rasanya. masalahnya takde lak dia nak melepas tuttttt ke apa ke. ni yang buat sakit perot ni. tak selesa betol. meniarap salah, baring salah, mengereng salah. serba tak kena dibuatnya. aduhhhh.. betol2 buat saya bad mood je la.
~~
rasa tak sedap perot tu dari malam tadi lagi. nak kata salah makan ke? entah la... rasanya takde apa pon. semalam beli sate dengan nasi impit. malam tu le dinner. ke sebab makan tu ke? lunch semalam pon makan sikit je..sebab tu ke agaknya.
~~
malam tido cepat. pukul 9pm dah tertido depan tv. sedar pukul 1030pm nezha kejut. dia nak tido bilik. gatal betol. so bangun masok bilik terus kebabom. ingat nak baring je dulu kat katil rupanya terus terlelap. bantal pon tak sempat susun elok2 nak tido. entah la apa kena. penat sangat.
~~
pagi ni bangun macam biasa. tapi kuar lambat 5 mint, end up saya lambat sampai opis20 minit. benci betol. lagi pon kebetulan hari ni jalan jem luar biasa la.
~~
obek ok je. sebok keje. semalam keje seremban, entah pukul berapa dia balik taktau le. rindu obek.
~~
okla.. saya tak berapa sihat la hari ni dan takde mood. sekian.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..



Wednesday, August 4, 2010

insiden memalukan? hehehehe.....


hello...
hehehe..entah le apa gaya nezha tu.. tu gambar pagi tadi. mata ngantok lagi le kot, stim2 je rupanya. hwuahhahaha.... comot pulak dia kalo pagi2, tak sempat nak lap. penakot air nombor satu tu jangan tak tau. takpe la.. comot ke, bucuk ke, itam ke tetap la sayang nezha. mmuaahhhhhhhhhh....
~~
ok. nak cerita apa hari ni. takde yang menarik pon kejadian semalam. semalma koje macam biasa. membosankan. petang pon balik macam biasa. saya biasa la kalo takde hal balik awal je. cukup time balik la..takde nak tunggu2 lagi macam diaorang tu. bila bos ada, tunggu sampai pukul 10malam pon sanggop. huiii..idak le teman.. baik le balik mengadap anak. anyway... semalam balik awal, then jalan pon kurang jem so sampai rumah cepat la. sampai2 rumah, suspen nih. hehehehe..sekali semua ok2 belaka. cuma kotor2 sikit pasir berterabor tu biasa la. nezha pon peel baik semalam. main makan macam biasa. malam suruh garu perot lama2. ahhh.. tak larat la. garu le sendiri, perut sendiri. heheheh.... pukul 8pm macam tu, obek pon sampai. pi dinner la. makan biasa je, nasi, sotong masak pedas, telor bungkus & sayor kangkong. minum teh o ais limau denga fresh oren. huhuhuu.. lepas makan, pi jalan2 kejap tengok2 barang. tengok je...tak beli apa pon. masok kedai buku ingat nak beli buku sekali takde yang menarik perhatian. kedai buku pon sekarang offer sesaja buku masakan, tambah2 buku buat biskut kek semua tu. nak raya le katakan. nampak meriah. saya takbuat biskut raya la.. beli je dah la.
~~
obek macam biasa. sihat walafiat. alhamdulillah... sebok dengan keje. takpe la. nama pon keje. semalam lupa pulak nak kuarkan bekas air mineral tu nak beli. dah lama habis tak terbeli2. kalo nampak tu teringat le tapi bila kuar rumah je tak ingat. beli kena time obek ada baru la ada manusia yang nak angkat tong berat tu. kalotak sapa nak tolong. malam ni nak kene ingat jugak beli. boleh je masak air sendiri tapi m.a.l.a.s. sekian.
~~
apa lagi nak cerita ha? hehehhee.. korang ada tak kejadian yang memalukan. aduhh.. malam tadi kan saya kuar jalan2 tu lepas makan. sekali tu entah le camne hidung rasa macam selsema pula. raba2 poket seluar akde lak tisu. kadangada je selai dua baki2 lepas makan tu. ni takdela. hingus rasa dah meleleh2 dah ni. cakap kat obek, obek biasa la.. sengih2 je.. sengih wat pe..orangdah hingus nak meleleh dah ni, dah tak boleh disret-srot kan lagi dah. aduhhh..mana lak nak beli tisu ni. dah tak tahan obek kata lap je la kat baju. hahahhaha... saya pon lap le kat baju dia. hwuahahhahaa... sekali dia kata heii.. bukan lap kat baju dia, lap kat baju sendiri. muwahaha..nasib le kan. saya ingat dia suruh lap kat baju dia. padan le muka lengan baju dia ada hingus saya. chehhh...bukan banyak pon, sikit je. mwuahahahhaa.. gila saya gelak bagai nak rak malam tadi. aduhaii...pada saya tu insiden memalukan la.. tengah orang ramai tu pi lap hidong kat lengan baju obek. nasib le...korang apa insiden korang pulak? ada? share2...
~~
ok.. pagi ni sempat beli sarapan. beli kuih, the beli sambal sotong dengan telor mata. nak buat makan tengahhari kang le. kang cuma beli nasi kosong panas je la. tak selera la makan kat kedai yang sama hari2. aduhh.. naik loya tekak ni dah. semalam memang betol2 ak larat dah. baru masok 2-3 suap, dah kembang2 tekak ni. ya tuhan... sabar je la. so hari ni dah beli laok tu jadi la. tukar2 selera pulak. tak larat la. sekarang ni malas tu menjadi2. dulu tu kadang rajin gak buat breakfast. sekarang takde la.. kenapa ye? entah la... bila la ngin rajin mau mari ni.
~~
ok la.. tu je la nak cerita hari ni. malas la dan takde mood. esok sambong lagi. selamat bekerja.
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Tuesday, August 3, 2010

pecah? nezhaaa!!!!!!!!!!....


hehehehe... gambar lama.. tengok je la ye.. tak sempat la nak snap pic terbaru budak busuk tu.. sebab busuk sangat nanti camera hp rosak. hwahahahha... sian nezha.. busuk2 pon tetap la menjadi pojhaan hatteku.....
~~
anyway.. apa nak cerita hari ni ha??? biasa la.. apa ye? owh..semalam balik saya masok je rumah nampak dah benda kat ruang tamu. ingatkan apa... sekali rupanya pasu bunga kristal saya pecah la.. sapa buat ni??? nezhaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya jerit kuat2. tak le kuat sangat tapi geram lah! dalampada marah2 tu pi tengok dia cepat2 takot dia terpijak serpihan kaca tu ke kan.. naya je mamat tu kang. sebab masa saya masok tudia duduk je diam tak bergerak. biasa dia datang kat pintu. suspen wooo.. cek2 celah2 tapak kaki dia, kot2 ada.. tengoktakde. rasa2 raba pon takde rasa. tengo kat bulu2 dia. ye la..bulu tebal tu kang mana tau serpihan tu melekat kat celah2 bulu ke naya je. saya sapu2 sikit2 bulu takde pulak. syukur... takot la.. buatnya melekat kat bulu, pas tu mamat tu pi jilat2 bulu dia. huishh.. mintak dijauhkan. saya risau la kan. lepas dah check2 mamattu.. perasaan kembali membara.. sebab tengok pasu tu dah berderai. sabar je la. ni nak marah kata sapa ni? marah kat nezha? alahai..dia kan kanak2 mana le tau benda tu. tapi sapa suruh panjat meja?? memang nak kena rotan budak ni tau. nak marah kat diri sendiri? sebab letak benda2 merbahaya tu kat rumah? owh..sya pon tingin jugak rumah lawo ada pasu2 gitu. uwwaa... takpe la..lepas ni takde dah nak letak2 pasu bunga kaca kristal ke apa ke. kalo nak juga boh situ pasu bunga cop baba.. pasu pelestik. uwaa.... sms kat obek inform perangai anak dia yang baik sangat tu. immediately orang tua tu call. bukan nak tanya keadaan saya kot2 saya ke yang terpijak serpihan tu ke.. soalan menderu2 tanya nezha ok ke tak? dah check ke belom? haihhh.... pi la nezha masok dalam perot awak tu. hehehehhee.... obek pon sayang nezha apa... saya lagi la berganda2 sayang nezha. so, mamat busuk tu dah tau salah kan.. dia tau la nak dok diam2 kat sofa masa saya kemas2 lantai lap mop semua. standard.. dia memang macam tu. kalo dah bersalah tu baik je la perangainya. cuba kalo tak tu time saya nak menyapu tu le time tu dia nak bergayut kat penyapu tu. lantak situ. so, dia duduk diam sampai saya siap habis. saya dah nak mandi baru saya panggil dia. baru la nak mengeowww... nak mengadu la konon? nak meraih simpati la konon? sabar je la.. baru le terhegeh2 terkedek2 nak ikut saya pi mandi. eeeeeee.. camne nak marah budak macam ni. sabar je la banyak2. so nezha.. please.. jangan panjat2 meja lagi, jangan panjat tv lagi.. hari tu speaker jatuh, mujur tak kene hempap dek speaker tu.. kali ni pasu pecah. ni kenapa ni? stress ke? eh.. hello... saya ni yang patot stress dengan kerja lagi dengan keadaan luar lagi. haihh... ye la..ye la..saya pon salah juga. manjakan dia sanga kot? takpe.. lepas ni saya beli rotan panjanggggg punya hehehehhee... yo lah tu.. i love you nezha.. just dok rumah jaga diri. makan, main, then tido je dah la..jangan la buat macam2 akal kat rumah tu. risau lah.
~~
bab obek pulak.. malam tadi dia ada lagi kat kl ni. bagusssss... tapi malam tadi tak le jalan pi mana pon. pi makan la. saya makan char koteow, obek makan nasi ayam. jadi la.. takde mood sangat la. owhh.. mak midah call obek cakap baju raya saya dah siap dah. yahhhooooo... duit upah jahit? suruh obek bayar lah.. bior kan dia. hehehhe.... so raya takyah beli baju kurung lagi, cuma beli baju jalan2 je dengan kasut dengan beg dengan selipar..(eh.. banyak pulak barangnya). obek takyah la.. obek beli baju melayu 1 je dah la. hahahahhaaa..... baju raya nezha? takyah laa.. saya dah belikan collar baru untuk dia. kaler kuning striking. hehehe.. ada loceng. ok la tu kan. tetiba rindu kat obek la. dia tengah tensen tu. biasa la hal keje. hehehehee....i love you obek.
~~
ok la.. hari ni tulis pendek je dah. takyah panjang2. nanti sambong lagi.
~~
tingin roti canai la, kuah dal & sambal.
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...




Monday, August 2, 2010

cerita pasal weekend la.. apa lagi...


hello..
apa khabar? saya biasa je. ada yang happy, ada yang sengal. anyway.. camne weekend? hapa semua ok2 je ye.
~~~
nak cerita apa? kalo hari isnin mesti buat summary weekend kan. hehhehee... layan je la..
~~
sabtu, 31/07/2010 :
balik rumah ma awal sikit sebab ma nak pegi mana ntah suruh bawak dia. ye je la... sapa lagi nak bawak dia kan. dia nak jumpa orang la. orang tua biasa la.. kalo dah bersembang tu kang tak boleg nak berenti cotcetcotcet.. aduhh..sabar je la. anyway.. lepas dia dah sembang tu kitaorang pi jalan2 la. pegi farmasi beli susu ma, lepas tu beli koyok la untuk opah pulak. hehehe.. sampai kat farmasi buat lak kad warga emas. haihh... macam2 la. seperti biasa, guardian tu memang tak change 5 sen ye? ke memang sengaja je buat macam tu nak untung lebih. puiiii....ni dah 2 guardian yang berlainan saya pergi macam tu gak peelnya. benci. lepas tupi beli kfc pulak. untu opah dia tingin katanya. wahhhh.... order sajor.. lepas tu pi beli nasi beiani pulak. tu ma pulak yang tingin. beli, beli jangan tak beli. saya punya takde beli apa pon. saya beli pewarna hijau dengan perisa pandan. entah le nak buat apa benda tu. hahahahhahaa.... kononya nak buat kuih le tu... lepas beli2 semua, pon dah pukul 3pm++. balik rumah. ingat nak tido sekali tak jadi da.. bantai tengok tv sampai mata kelat. penat betol. malam makan megi je. nasi beriani tu ada tapi macam tak tingin pula. takpe la... lama dah tak makan megi. akibatya.. tengah2 malam bangun cery bery. hambekkk.. dah kata dah tak tahan makan megi nak jugak. biorkan situ.
~~
ahad, 01/08/2010
bangun macam biasa la. malas yang teramat2 sangat. breakfast pon tak buat. malas betol. liat tulang. tapi ingat nak buat juga nasi goreng breakfast untuk opah sekali ma kata takyah. opah nak makan roti sajor. bagusss.. so dari tengah dok pilih2 bawang tu terus takyah tengok dah. hahah.. duduk depan tengok tv. pukul 10am, pi hantar ma pergi marhaban. biasa la kan weekend2 mesti ada kenduri. lepas hantar ma tu saya pon balik. tengok dapor aduhai malasnya.... jenguk peti ais tengok ikanbanyak. memang malas sangat2 nak masak tu. ma kata pon takyah masak la.. nanti untuk opah biar ma masak. alahai..tak sampai hati pulak. ma dah penat pegi marhaban kang balik nk masak2 pulak untuk opah. takape la..saya masak juga. masak yang paling senang didunia. masak asam rebus kunyit ikan kembong dengan goreng telor dadar. hwuahahhahaha....jadi la ye opah, ada kuah, ada ikan, ada telor. tapi bila dah start masak tu angin rajin sudah mari lorr.. belek2 buu resepi nampak resepi bengkang tepung gandum. check2 bahan, semua ada. kebetulan tu kan dah beli pewarna hijau tu kan. apa lagi.. amik barang semua sukat2 then buat la. jadi tak jadi belakang cerita, janji buat dulu. excited terlebih. sekali jadi yooo.... tapi ada sikit keras la. whuahahhaa.. kata 1st time buat, lain kali kalo buat kena bagi cair sikit kot bancuhannya. mana tau. kat buku tulis macam tu ikut je la. kebetulan birthday ma last week. so, konon2 nak kasi surprise le kat ma. takde birthday kek, tapi dapat birthday bengkang. whuahahhaa... so, sempat masak sebelom ma balik. masak je terus angkat masok dalam bilik, dapor kasi kemas lawo takmo kasi bekas kangma nampak kang kantoi la tak surprise. since the oven tu masih panas, saya bior gitu je la. sekali dah kelam kabut ma call suruh amik dia balik saya lupa nak tutup balik. memang betol2 lupa. ma sampai je rumah, biasa la. dia pusing2 tu dia nampak pintu oven tu terbuka. dia tanya ni masak apa ni? masak ayam ke? takde nampak pon. saya kata alamakk..kantoi betol la. apsal la boleh terlupa nak tutup pintu oven tu tadi. chehhh... saya jawab takde masak apa la.. saje je ingat nak masak tapi tak jadi. hehehhee... lepas tu ma potong buah kasi opah. saya kat bilik kasi touch up bengkang lawo2 and bohlilin. kata birthday... harus le tiup2 lilin gitu. pasang siap2 api then turun jumpa ma bawak bengkang sambil nyanyi 'happy birthday to youuuuuuuuuuu' hehehhee... ma ala2 surprise la kan. bestnyaaaa.... kira menjadi le jugak walopon tak berapa menjadi surprisenya. ma kata oooo.. ni le yang dibuat ye. ma ingat masak ayam tadi. lepas wish2 semua, potong bengkang le. hwuahahaha.. ma kata ok, cuma keras sikit. tu le ma kata lain kali kasi cair sikit. ye la.. lain kalo tu tak tau le bila ma.... hahahha... lupa nak amik pic. macam kelam kabut je. sambut birthday berdua je la. opah tido dah. hahhahaa... jadi la.. to ma.. happy birthday to you.. love you so much (walopon kadang2 gaduh jugak). hahahhaha... peace!
~~
lepas makan2 bengkang, saya pon kemas2 balik la. nak mengerjakan si nezha pulak. mamat tu ok je.. takde apa hal. kemas rumah lebih kurang lepas tu lepak kejap. penat. pukul 4pm macam tu obek datang. yahuuuuu... dating la. tapi pi jumpa almaunah dulu sebab nak amik barang sikit. lepas tu pi dating yahooo.... dating apa. makan tosei je. huhuhu..jadi la. yan penting tu dapat kuar juga. dah lama tak kuar sama. pas tu pusing2 tengok kereta. yeee..tengok kereta. adakah saya bakal naik kereta baru?? takde maknanya nak menambah hutang. saja la..obek nak tengok van untuk kompeni dia. saje nak tengok2 harga. van secondhand je dah. untuk bawak budak2 keje pi site tu kan. i follow je. harga kereta secondhand pon mahal2 sekarang ni. interest 4.65%. tinggi gak tu. entah la.. taktau la saya kalo bab2 kira kereta ni. lepas tu pi sopim. hehehhe.. ni yang pelik ni.. orang lain punya birthday orang lain yang dapat hadiah ni. hwuahahha.. yela..birthday obek saya tak kasi apa pon lagi. bila tanya kat dia nak apa dia kata takyah laaa.. takyah laa.. haa..takyah le jawabnya. bila dia tanya saya nak apa saya jawab le nak macam2. haa.. betol la tu kan. sapa suruh jawab takyah. anyway... beli sikit2 je la. nampak ramai kanak2 kat shoping complex tu saya tanya apsal le ramai budak2.. lupa la.. parents sekarang dah start beli baju raya untuk anak2. beli awal senang tak le penat sangat time bulan puasa nanti. meriah tengok orang beli2 tu. ada 1 ayah ni.. saje je dia nak menyakat anak dia. anak dia kira besar la dalam umur 9 tahun macam tu. member dah pilih baju nak bayar ayah dia kata. ayah mana ada duit.. bayar la sendiri. guna duit belanja. member dah pilih baju terus masam je muka. hahahhaha... ayah dia gelak2 kenakan dia. so cute. mesti la ayah dia cakap macam tu sebab dia amik baju banyak woooo... 1 bakul. anak tunggal agaknya. baju baby2 pon banyak offer. geram2 tengok tambah baju aby girl. aduihhh.. beropol2 la gaun2 cantik.... lepas beli2 semua tu, saya pon balik... tengok tv kejap leps tu tido lorr....
~~
pagi ni kuar terlambat sikit pulak. entahla. tak de mood betol nak pegi keje. baak bekal buah oren & kiwi. ada lebih hari tu so bawak je la. kalo tak kang tak bermakan pulak. beliair mineral 1 botol then roti seketol. owhhh..saya tak minum ye air2 kat opis ni. takmau la. kalo tak terpaksa sangat2 macam depa buat jamuan ke apa ke, kalo tak memang saya bawak bekal air sendiri hari2. tu la ingat semalam nak beli botol air baru. dah pilih2 dah. obek pon dah kasi duit surh bayar tapi pikir2 takyah la. dah nakbulan puasa dah ni tak berapa hari je lagi. nanti le lepas raya baru beli botol air baru punyaa. hahhahaha....
~~
ok la.. apa nak cerita lagi. tu je la kot. bosanla sebab monyet2 dah mula melompat2 nih. see you soon... have a nice monday!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..