mari mencari....

Google
 

Monday, August 9, 2010

it's monday yo....



hello....
happy monday!!!! sapa tak suka monday angkat baju! opss.. censored..censored...jangan la moody2 monday ni. kena ceria2 baru la boleh buat keje dengan produktif dan inovatif.. satuuuuu malaysiaaaaaaaaaaa... hehehehehe...
~~
anyway..kalo monday mesti nak cerita pasal weekend kan.
~~
sabtu, 07/08/2010
bangun lambat sekali. sangat2 lambat. mwuahahahaha... berjaya juga bangun lambat akhirnya. sampai pening2 kepala rasa bengang berdengung2, hambekkk.. nak sangat bangun lambat. actually bangun macam biasa. nezha pon kejut macam biasa jugak. tapi tu la.. dah kata malas kan. bangun pi toilet baring lagi. baringgggggg sampai lenguh badan. call obek kaco dia pepagi tu, idak le berjawab teleponnya. harus tido tak sedor2 diri dia tu. dah tu, macam biasa la. golek2 tengok tv, sampai pukul 1130am baru la bangun mandi. ayoyoyoyo...mucuk macam ooo.. ahh.takde mananya mucuk, enzha elok je kiss2 saya. wangi le tu kan. hwuahhahahaa... lepas tu obek pon call. dia pon dah bangun. so, kitaorang pi lunch la. sebab lapar, saya amik laok banyak2. hehehehhee.. tamak lah. end up tak habis pon. amik laok sambal jering. wahh..sedap tapi tak sedap. camne tu. sedap tu sebab dah lama tak makan sambal jering. tak sedap tu sebab orang tu mask tak sedap. hahahahhaa.. lagi amik goreng peria, lagi dengan apa ye? lupa la... ikan kot rasanya. obek amik laok ayam kampung goreng, dengan telor ikan. minum air sirap limau. lepas makan2, lepas tu obek dapat call pulak. haiyaaakkkk.. baru nak pi dating2. mencik laaaaa.. takpe la.. dia ada hal urgent. so obek hantar saya balik rumah.. saya kemas sikit2 baju yang nak hantar pi dobi lepas tu balik rumah ma. takde beli apa pon. sebab taktau le nak beli apa. buntu. so, balik je la. sampai rumah ma, lepak kejap then ma ajak pi rumahkawan dia hantar anak benih pisang haiyakkkk...pisang apa ke namanya idak le saya tau. tapi pisang tu kecik2 je pendek rendah, so kao orang yang kawasan rumah kecik tapi still nak ada pookok2 memang sesuai le tu. haaa.. pi hantar pisang tu le. orang tu nak tanam. layan je la. lepas tu pi bei rojak. saya beli karipop. malam makan rojak dengan karipop. ma masak mee goreng. ok la tu kan. malam tengok cite kungfu kat 8tv best jugak. best tu sebab ada daniel tu. mwuahhahahhaa... mencik la mamat tu dah ada girl. argghhh... lupakan. lepas tu tengok cerekarama kat tv3. haiyokk..lantak le korangsapa suka mandrem2 tangkal. merasa le jadi macam tu. lantak la sapa meniaga makan tak jujur. haaa.. ingat zaman moden ni takde mandrem2 ke. lagi hebat wooooo... eee..takot2.
~~
ahad, 08/08/2010
pagi tak buat apa. bangun lambat. tak le lambat sangat. pukul 730am je. hehehehe.. sebelom ma berceramah pagi, baik kita bangun dulu. pikir2 nak buat breakfast apa la agaknya. so teringat pernahbaca resepi buatkuih abok2. dia guna biji sagu tu dengan kelapa parut dan letak gula melaka kat tengah2nya. bahan2 senang, cara buat pon senang. tapi masalahnya saya malas nak mesin kelapa dan takde daun pisang nak balut. takpe2... itu bisa diatur. so, sementara ma sembahyang duha tu..saya pon mesin le kelapa. prenggg..prenggggggg... opss.. tu bunyi orang mesin tebang pokok daaa..camen bunyi mesin kelapa?? ggree..grrrrrr.. macam tu le kot. imaginasi mesti tinggi ye.. baru otak berkembang denga jayanya. hehehehe...saya pi carik bekas2 kecik yang buat apam agar2 tu kan. ad ajumpa bentuk bintang le hapa ke benda..saya guna bekas tu le. buat2, then kukus. wahhh..suspen woo.. sekali tengah syiok2 ma datang lak senyap2 dari belakang. aisehhhh..mana boleh tengok!!!! nanti tak jadi kuih saya malu laaaa..uwwaaaa...saya hadang2 dapor tak bagi ma tengok . hehehehee...suruh ma pi depan pi la buat apa benda pon. lepas tu terus rendam ikan & sotong, untuk masak lunch. lunch tu masak sambal tumis sotong dengan ikan bakar. owh..dengan gulai lemak ikan talapia juga campor dengan belimbing buluh. aduhaiiii...seedapnyaaaaaaaaa....so, kuih saya menjadi woooo.. yahooo.. lenkali boleh le buat. senang je. nak kuarkan dari bekas tu pon elok, dia takde melekat2. bagusnya.. i love you lah kuih. bagi opah makan kuih tu. suka dia. ye la..lembut kan, senang le member nak kunyah ate kata gigi udah tinggal dua. hhhahahaaaa... opah lak request next week buatkan kuih bom tu. amboiiii.. order saja nampakkk. alahai..layan je la selagi dia ada lagi. kalo saya beli je pon dia bukan tau pon. hehehehe... tahun ni opah tak larat puasa la. sian opah. dah uzur sangat2. saya cakap kat opah, kalo tak puasa takde baju raya. hahahhahaa... opah t time dia elok tu ok la.. kadang time tiba bab dia meracau2 tu yg tak tahan tu. bukan meracau la..dia tu dah tua sangat. ah sampai tahap separa nyanyuk dah. separa tu sebab kadang dia elok je..faham apa kita cakap, ayat2 kadang dia ingat lagi. kadang2 ye yang terbabas tu. hehehehe...takpe la.. ma lagi penat jaga opah. ni nak bualn puasa ma dok pikir camne nak pegi terawih. tak boleh tinggalkan opah sorang2 kat rumah malam2. sian kat ma. kalo pegi tadarus siang tu takpe lagi. malam tu yang payah. ma kata tunggu saya balik weekend la baru dia pergi terawih. mmmmm... baik kan ma jaga opah. i love you ma...
~~
lepas habis nona hari ahad tu, saya pon balik rumah sendiri la. tapi tahap kesabaran harus tinggi ye kawan2.. sebab nezha dah tumpahkan bekas air. jadinya air dah masok dalam bekas makan, jadinya makanan dalam bekas tu udah kembang2 segalanya. bagus betol. saya memang suka je macam tu. gggrrrr... saya rasa2 baru je lagi tumpah sebab ada je lagi sebahagian makanan yang belom kembang. mujur. buatnya tumpah malam tadi ke, petag sabtu ke? masak la ko nezha tak makan sehariankan? kurus kang sapa susah? sayaaaaaaaa jugak yang susah. haihhh...dah, dah. takyah nak memekak. kemas je la. lepas kemas, obek datang. nak pegi dating la ganti yang sabtu punya. hehehhee...pegi mana ye? owh..memula ingat nak tengok wayang. siap le bawak baju sejuk bagai. cehhh..dah tau dah. dah le weekend, dah petang lak tu kan mana nak ada tiket lagi. tiket tu ada tapi malam2 punya la. takmau la. saya tak mau balik malam sangat. so just pusing2 je la. takde beli apa pon. jalan2 pusing2. then pi carik tengok2 van lagik. kan hari tu dah cari2k van untuk opis obek jugak, takde yang berkenan. ni carik lagi. haih..tak kuasa le nak melayan. penat la. ooo..sekarangkalo kenderaan lebih 10 tahun umurnya kalo nak beli kene bayar cash ye? mana le saya tauuuu..baru tau semalam. hwuahahhahaha.... aduhh..kalo kena bayar 17k cash camne? mana nak cekau duit? ayoyoyoyoyooo... entah la.. tak tau la. banyak kereta2 2nd hand saya tengok. ada yag nampak macam ok, ada yang tak ok. saya tak beli le..na kbuat apa menambah hutang. pakai je mana yang ada sampai ke sudah. so semalam dia nampaknya macam dah ada berkenan 1 van tu le. memang untuk commercial punya. ok la tu kot. bior le dia pilih sendiri. lepas tengok2 van, pegi jusco lagi. mau makan sushi. yahuuuuuu.. makan dengan banyaknya. miwahhahahaa... takpe..sekali sekala kan. bukan hari2. lepas makan sushi, balik la. dah malam pon pukul 830pm dah pon. kuar dari petang. cukup2 la tu kan. malam tengok tv. pas tu tidoooooooooooooooooooo...
~~
pagi tadi nezha kejut macam biasa. pukul 530am dah menggigit2. sabar je la. saya kata malas nak bangu. bagi lagi 1 jam saya nak tido. takkkkkkkk.. dia dok gigit2 jugak. saya pelokkua bior sampai dia jerit. geram lah. lama2 dia tido jugak. hehehe.. 630am bangun siap2 semua. lepas tu pi koje la.
~~
apa lagi nak cerita ni? mmm..takde apa la kot. owhh.. bersedia ye untuk berpuasa. seronoknya. harap2 puasa tahun ni meriah la sikit hendaknya. kalo la dapat berbuka berdua best agaknya. ni buka sorang2 je. uuwwaaa.... saya ngadap2 nezha, nezha ngadap saya. ahh..nezha bukan puasa pon. makan je koje mamat tu. takpe la.. korang mesti bangun sahur tau. kalo tak larat makan nasi pepagitu makan la roti bakar ke, sandwich ke, cornflakes ke, apa2 yang ringan2. minum air banyak2. makan la buah kurma. berkat katakan. eh, eh....saya ration untuk sahur tak beli pon. kena siap2 beli roti, milo, flakes, oat dan lain2 ni. yahuuuu... saya suka sahur...
~~
ok..nanti sambong lagi. selamat bekerja. happy monday!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

hehheh.
nak sangat bangun lambat.
skalie bangun sampai berdengung kepala.
takpe..janjie kita puas..

daisy sudah beranak..
2 mati 1 idop.
harap sihat ler yang idop tue.
risau.

meowwmania said...

oh samalah perangai ngan jebon2 kat rumah tu suke benor tumpahkan air kat dlm bekas makanannya, geram betol!

nezha adakah kamu berjanji ngan si jebon2 ituh??

Selamat Berpuasa! sy pon suke sahur weee..........

Hazelsyd said...

hi saya,

slamat berpuasaaaaa.....

saya said...

selamat berpuasa semuaaa..