mari mencari....

Google
 

Thursday, August 26, 2010

macam nak cubit je budak ni... teringin kuih tart la..



hello...
apa cerita hari ni. tangan saya macam sakit2 je la. kat jari2. kenapa ye? macam perit2 je gitu. hehehhee... macam2 penyakit daaa... anyway.. ni muka budak tu tengah tido. tapi ken kejut sebab nak amik pic dia. hehehehhee... apa bulat pulak pipinya tu nezha? owhh.. so cute. rasa nak cubit2 je. memang dah kena cubit pon. hahahhahaa.... mata seperti biasa, stim je. trademark le katakan. layan je la. muka macam la dia tupena beno berpuasa sampai melepek2 kan? takde maknanya...
~~
semalam pon kena beli makanan sendiri. lecehnya. obek, raya tahun ni kena bagi duit raya lebih sikit la. saya penat kena beli makanan sendiri tau. penat tu takpe.. tapi bab terkejar2 tu yangtak larat tu. kadang sampai rumah lagi 5 minit pukul 7pm. nak jerang nasi lagi, nak kemas lagi. by the time siap je kemas memang azan maghrib pon berbunyik. terus je la songlap air soya beantu kan. aduhduduhhhh.... kelam kabut rasanya. jadi, tahun ni kena bagi upah lebih sikit ye. hehehhehe.... tq obek.. i lebiu... ok2.. back to the story. semalam pegi pasar ramadhan le beli makanan. beli kuih coklat tu lagi. lupala nak tanya kat orang kedai tu apa nama dia. nanti petang ni saya tanya. hehehe.. beli 2 ketul je cukup.pas tu beli laok gulai telur ikan, dengan laok macam goreng suon boh kacang panjang. ok la tu kan. beli jugak ikan talapia sambal. wahh.. meriah laok semalam. lepas tu beli cucur udang. dah 2 kali beli cucur udang kat orang tu. boleh tahan rasanya. sos dia pon ada la rasanya. tak le tawar ke apa ke. haa..kan best meniaga macam tu. sedap pasti orang datang lagi beli. ditambah lah yang jual cucur udang tu mamat jambu. hwuahahhaa... ahh..takde maknanya. beli jugak agar2 campur puding. dia boleh campor2 macam2 perisa 1 kotak rm2, ada 5 ketol. so pilih la yang kaler paling meriah. tapi manis sangat la tak boleh masok le tekak saya. bagi kat nezha pon takmau dia. dia jilat2 pas tu blah. sekian le jawabnya. lepas berbuka, tengok tv. owhh.. tengok fast & furious untuk kali ke entah berapa puluh. habis tu tengok leverage pulak. tapi tengok sekerat je. by 930pm dah berangkat masok bilik mau titonnn.. nezha le yang pertama terkedek2 masok bilik, pas tu saya pon masok le. tak kuasa le nak tengok tv lagi. penat. so tido. pukul 2am terjaga. macam semalam juga la kan. tapi kali ni boleh tido balik. bagus. pukul 4am terjaga. bangun sahur. tak makan apa, minum air je. hehehehhe... malas le pulak. saya minum air je, nezha siap makan minum bagai. sabar je la. pas tu sambong tido lagi. pukul 630am bagun siap2 pergi kerja. tu la kejadiannya.
~~
obek semalam kerja. buka dengan kawan2 dia katanya. malam2 ada la dia call. borak2 kejap. tu je la. nakbalik kampung katanya dia esok. kan cuti 3 hari kan. bagus la. sejak puasa ni dia belom lagi balik kampung. mesti mak dia pon tertunggu2 anak kesayangan dia tu balik. chehhh... balik sini jangan lupa bawak jajan untuk saya. hehehhe....
~~
owh...ada orang dapat bonus raya ye rm500. amboiiiii...raya sakan ye. jadi la kan dari takde. belajar bersyukur. kena macma orag swasta ni yang takde bonus lansong ni lagi nganga.
~~
apa lagi nak cerita ni? owh..hari ni masok je opis saya dapat kad raya daaaa..hehehehhee..... dapat le sekeping. jadi le dari takde. supplier bagi. ingatkan semua orang bagi e-kad tru email. rupanya ada jugak yang bagi cara tradisional ye. bagusnyaa.. suka la.
~~
saya tengah carik kuh tart bluberry tu la. sedapnyaaaa..tahun lepas dapat sebalang je. masa tu tak tau lak ada wujud kuih tu. tapi tahun ni semalam ada nampak le orang jual kat pasar ramadhan tu. mesti mau beli la. harap2 dia buat sedap. tau kan kuih tu? ala..dia macam tart nenas tu gulung2 tu tapi dia kaler purple tu. sedap la. saya suka. sapa nak sponsor letak tanga kat keyboard sekarang!!!! wahhhhh...tu dia.. semua pon letak tangan kat keyboard. hahahhahaa.. mari2 sponor kuih raya tart bluberry kat saya. tapi kan..saya rasa tu perisa dan pewarna je yang lebih tu. mana le nak dapat bluberry bebetol banyak2 kat malaysia ni kan. kalo ada pon mahal teramat. takpe la.. makan pewrna dan perisa tiruan setahun sekali. hahahhaha...
~~
ok la.. nanti sambong lagi. kepada yang bercuti esok, selamat bercuti. jangan shopping banyak2. beli yang mana paling perlu saje. ada duit lebih simpan untuk waktu2 kecemasan. musim perayaan ni kadang banyak nak guna duit. nak dapat duit tu susah kan? so, sayang2 sikit duit tu. jangan membazir. kepada yang kena kerja esok, takpe la.. takde apa pon bezanya. sama je macam hari kerja biasa..
~~
i love you obek..(bila nak buka sama bek... )
i love you nezha..(cuba la bawak2 belajar puasa nezha..)
i love all of you..(peace!)

5 comments:

meowwmania said...

nezha tak pose tak pee...nezha tak wajib pose kan nezhaa....

eh! sy pon suke la kueh tat, suka sgt2

tiap2 taun kuih wajib utk buat tuh tapi tat nenas je tat blueberry ke blackberry ke tak gheti pulak nak membuatnya huhuu...

MOKCIK AZWA said...

ada ka tat blueberry...mesti sedap ek..

meh tolong cubitkan pipi nezha tu...hehehe geram tengok buat muka stiam gitu hahaha

~dARlee zURiS~ said...

kesian kan pekerja swasta
huhuuu...

tak pernah jumpa dan mkn pun tart blueberry.sedap eyh?

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..nezha budak muchuk.
sedap jugak tart bluebarry tue.
kat opis lin ada jual.
arie tue dah order pastue cansel sbb akak kata dia pon ada bawak tart balik kg.
tak yah beli bebanyak.
yeyeh...dapat duit rm500..nnatie bleh beli baju cotton banyak2.
leeya takpe...swasta kalo bagi bonus..lagi melampau2 banyaknya.
selamat berbuka leeya.

zh-ena said...

rindunya kat leeya ngan nezha..lama tak singgah sini..