mari mencari....

Google
 

Thursday, September 30, 2010

penat la..hari2 banyak kerja urgent...


hah!!!! macam burung hantu daaa... pungguk merindukan bulan. owh..muka sentiasa serius je..mana pernah senyum budak tu. eh..tapi kan... memang kucing takde senyum2 kan? ke ada? hahahahha....
~~
itu le muka budak busuk tu. standard le kan. dah berapa hari takde gambar dia. ni je yang ada. jadi la kan buat kenang-kenangan. anyway.. 2-3 hari ni saya agak sibuk sikit (banyak). ada je tender masok. tender berebut2 masok, dapatnya idak gak. huhuhuhuhu..itu diluar kawalan saya. itu bos punya keje lobby projek, ye tak? eh..tercerita pasal keje lak. tak syiok la macam ni kan. mari bercerita pasal benda lain.
~~
hari ni khamis. saya pose lagi. bagusss.. dah empat hari la kiranya hari ni. bagus2. semalam kita dating buka pose dengan obek laa. yahuuuuu. bestnya. walopon agak kelam kabut sebab sampai rumah dah 630pm macam tu, nak kena kemas dulu baru nak siap2 kuar kan. tapi saya standby air kotak dah, just in case obek sampai lambat ke atau saya tak sempat siap orang dah azan. sekarang azan cepat. baik korang pose sekarang, cepat bukanya. hahahhaha... esok2 dah lambat 730pm baru azan maghrib lama woo nak kena tunggu. sekarang cepat, 7.09pm dah azan dah. so, kejap tu obek pon sampai. so buka kat luar. buka apa? buka favorite saya le.. sushi. hahahaha.. makan dengan banyak dan lahapnya. semalam lak takde lak ramai orang kat sushi tu, so order2 cepat je sampai. bagus. kalo ramai tu kadang lama kena tunggu. so, makan, makan, makan. lepas makan obek nak pegi beli asam2 le pulak. buat bekal dia dalam kereta untuk gigit2 time jalan jem or time naik cameron tu. pening katanya. ye la tu kot. jalan belit2 pusing tu maunya tak pening. saya pernah pegi 20 tahun dulu tu memang pening la. sampai atas takde nak berjalan2 dah, baring melepek. buang masa betol.
~~
so pergi lah kat kedai orang jual2 asam2 jajan2 tu kan. obek kata mana asam sedap? saya mau la.. loya2. sekali nyonya kedai tu cakap hah?? u ka loya2? apa pasal? bukan u punya bini ke loya2? haihhh...kita lak dikatakan bini loya2. nak kene nyonya nih! obek lak datang le selenge dia, dia jawab haa.. ye la.. dia loya tapi dia sudah transfer itu loya kasi saya. eh, ehh... saya jugak yang kena? ini tidak adil..hahahha..tapi saya bantai gelak je la... bukan senang obek nak melawak sengal tu. dia tu kan pendiam. selalu diammmm je. macam bercakap ikut hidong. geram kadang. hehehehhee...
~~
lepas beli asam, pusing2 kejap then balik la. obek pergi keje pulak. saya dok rumah buat keje jugak. nezha pon buat keje dia juga--->menggigit2 paper dan menggaru2 litter sand sampai terkeluar dari box jawabnya menambahkan kerja saya. dia juga telah berjaya menumpahkan air dengan cara memijak sipi pigggir bekas air dia jadinya bekas tu dah terlungkop. baguss.. syabasss..kanak2 aktif dan sihat memang macam ni. kojenya buat orang tambah koje tak kira siang ke malam ke. ggrrr...sabar...sabar..tengah sabar le ni. kalo tak sabar dah lama kena rota mamat tu. sabar..sabar...
~~
hari ni keje macam biasa la. dapatnya lambat, nak replynya nak cepat2 kejap2 itu gak. bongok betol. diaorang ni apa le yang diorang pikirkan agaknya. arghhhh...





ni pic dia bila ntah, hari isnin lepas rasanya. saya buka nasi putih dengan air kotak teh bunga tu. dia standard la. kalo saya makan dia mesti jadi penunggu hitam kat atas meja tu dengan harapan ada le saya nak bagi dia apa2. hishhh.mana boleh. kang nezha sakit perot berak merata2 kang sayaaaa jugak yang susah. takde..takde..pi makan makanan sendiri. hehehehe...
~~
hari ni obek pi cmrn lagi. huhuhuhu.. petang tak jumpa la agaknya. takpe la.. semalam dah jumpa dah le. owh..spek patah belom pegi hantar kedai lagi. ada le tanya 1 kedai tu, nak repair dia kata kena 300. ahh..baik buat baru. tak kuasa nk buang duit mcm tu je. jadinya sekarang saya guna je la spek patah tu yang ditampal selotep. hahahhaha....nak pegi cek mata kene kasi rest mata minimum 1/2 jam jangan pakai contact lense. kalo saya time lunch pon bila masa nak bukak lens tu. takkank nak drive takde pakai lens/cermin mata? gila!!! lansung tak nampak entah kemana2 peginya kang. nak kene tggu weekend juga la. relax mata dari pagi so boleh suruhobek jemput bawak pi kedai. haaa..macam tu. tapi tu kalo obek ada le this weekend. kalo dia keje jugak sekian le. apsal buat cermin mata mahal ha?? mencik laaaaaaa...
~~
apa lagi nak cerita ni? lupa dah. rasanya tu je la kot. nanti sambong lagi la. bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, September 29, 2010

sapa yang tersalah cakap tu..baik say sorry...



hello...
amboiiii..koranggggg..tak sayang mulut ni,, nak kena ni.. ish..ishh..ishhh... bila saya kata takde mood je korang ingat saya gaduh lak dengan obek. hishh..tak baik tau. kitaorang sedang dalam aman makmur bahagia sentosa gumbira korangkata kitaorang gaduh2 lak. haihhh.. nak kene cubit ni. ehh.. jangan bagi cubit, pos kan dia uk-uk nezha yg 3 kilo tu. baru dia pengsan!!! nak?? tunggu je.. kejap lagi saya pos. baik korang say sorry kat saya. hahahhahaa...
~~
mmm.. takde la takde mood tu disebabkan hal duniawi yang lain. kan banyaklagi hal lain dalam dunia ni. aduhaiii... obek tu le penghibur duka lara saya, walopon kekadnag sengal jugak. hahaha.. anyway... minggu ni banyak kerja. aduhai.. nak bernafas pon tak sempat. opss..tipu beno le tu kan. diibaratkan la tu. hehehehhee...kerja bertimpa2. dgn bos yang macam..macam apa ye? macam belacan bakar. busuk, tapi kalo takde tak boleh pulak. hahahha.. hari ni peribahasa & ibarat2 yang bukan2 ye. takpe.. penghibur hati. malas le nak cerita pasal kerja ni. menyampah!
~~
nezha ok je. sangat nakal. degil lak tu. owh..walopon degil, tetap lah kesayangan. walopon busuk, tetap la suka cium dia. hehehehe.. sejak saya merajuk dengan dia tu, dia dah macam baik sikit la. duduk dekat2, panggil 2x dah datang dah terkedek2, kalo tak tu panggil macam nak tercabut anak tekak belom tentu dia datang. dai tengok je sambil goyang2 ekor. hehehhee... sayang nezha lah. kenapa ha??
~~
budak abang elok dah. owh..saya rasa nezha berak2 tu dia protest la. maybe dia tak suka budak abangada kat rumah tu. bila saya letak budak abang dalam cage sepanjang hari, nezha elok je mood. agaknya la. mana le tau kan. kot2 masa saya pergi koje depa ada buat betting apa ke, gaduh ala2 gangster ke. tak mustahil tu. hehehhee... mata budak abang dah elok. ada amik pic tai tak boleh nak transfer bila guna lappy ni. entah le apa penyakitnya. nanti lah..bila ada rezeki.
~~
hei..korang baca tak the star semalam pasal bogus vet. aduhh..betol2 terkejut saya. dah le isu masa tu pasal operet mata pet dia, walhal mata budak tu kene infection kulat je pon rasanya, but then doktor tu suruh operet. seksa la budak tu. sedihnyaaa... saya terus jadi takot. tapi setau saya budak abang punya kes ialah memang dia gaduh hari tu. sebab jelas nampak luka2 kat area mata, takkan jangkitan kulat lak kot kan? anyway.. berita tu telah membuatkan saya nanti nak tanya kat doktor tu betol ke dia doktor..hei..jangan main2. walopon doktor kucing, itu melibatkan nyawa tau tak. ye la.. patutnya dia mesti gantung practice cert dia tu kan. saya tak perasan le pulak sebab kalo pegi klinik tu maknanya memang saya tengah melalak2 le tu, so tak teringat or perasan lansong nak tengok2 dinding dia ke. tapi lepas ni, nak tengok lah. mesti siasat nih. hehehhe... ye la.. dahle mahalkan. saya demam makan panadol rm3 je.. budak2 tu kalo sakit demam.. ratus2 reganya, huiii... anyway, kalo korang ada klinik vet yang bagus, bagi la info. boleh share. kot2 la in future saya tak nak pergi klink tu boleh try klinik lain.
~~
ok..ni lagi cerita best. spek saya pecah. bagus tak? aduhaiii...duit lagi. nak salin baju, panas le kononnya. biasa buka spek dulu. tapi tadi malas, nak bukak terus sekali prakkkkk,... kopak dah. hahahahhaa.. bend tu jenis yg rimless so mmg le lagi mudah patah. aduhh..patah kat cermin dia tu. bengang betol. cari2 kot ada gam uhu boleh le saya gamkan. gam apa pon takde kat rumah tu. so, balut dengan selotep, boleh? hahahhaha..macam lanun daa..mata sebelah tutup sekerat. apa nak buat, dah malam2 ni. kira survive je la. nanti la..esok kene pi jugak la kedai spek, tak boleh le kalo takde spek...lansong apa benda tak nampak ni. ggrrrrr.. tak pasal2 korang tau saya rabun tahap maksima ye. mencikkkkk...
~~
obek.. obek ok je. sihat. bz keje biasa la. dah 2 hari ni ada je kat kl ni. bagus kan. tapi jumpa kejap2 je la.. dia pon bz. esok nak pegi cmrn hglnd lagi katanya. pegi la..pegi elok2, semoga semua ok2 selamat hendaknya. love you obek.
~~
owhh..saya dah 2 hari tau puasa ganti. saya baca kan.. kena dahulukan yg puasa ganti baru buat puasa sunat 6 syawal tu. tak boleh disekalikan, diibaratkan, orang solat wajib & suna dalam rakkat yg sama, tak boleh kan? macam tu gak degan puasa. katanya laa.. kena dahulukan yg wajib sebab katanya kalo mati sebelomkita tunaikan yg wajib tu nanti lain jadinya. lain pulak..entah..camne nak cakap tak reti le. saya tak kisah la.. tapi bila tau macam tu saya ganti yang wajib dulu la kan. ke, korang ada pendapat lain pulak? sapa ustazah2 tu kasi explain la...boleh share ilmu.
~~
since start puasa hari isnin, saya buka simple je la. ada amik pic berbuka tapi tu la..tak boleh transfer pic. isnin buka nasi putih biasa laok sambal paru. tu je. dengan air kotak teh bunga. dah.. hari ni selasa buka mewah sikit, sebab pergi pasar malam. buka nasi lemak laok sotong, then beli apam balik kecik 2 keping, then bei murtabak, beli air jus carrot susu. mmm..sedap. tapi nasi lemak sambal banyak. p.e.d.a.s.G.I.L.A!!!!!!!uwaa..terungap2 time makan tu. nezha nak, saya tak bagi la pedas. mana boleh. saya bagi dia share air carrot susu tu. elok je laju dia minum. haihh..saya yang takot. takot dia sakit perot. esok rabu insyaalah nak puasa lagi. kalo larat nak habiskan sampai penghujung syawal. tolak sabtu ahad la kan. sabtu ahad adalah hari untuk makan2. hehehheee...
~~
mmm..apa lagi nak tulis. dah le kot. dah malam (pagi buta ) dah ni. relax..baru pukul 130am. awal lagi. menciknya nak kena kerja esokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, September 27, 2010

mood yang entah ke mana perginya...



hehehheh... diamons skull terus dibaginya. sapa nak simpan bend ani kat rumah? taknak? diamond tu you all... rugi kalo tak simpan. haahhahaha...
~~
sorry la.. saya hari ni mood tersangat le ke tengah laut. lagi dalam dari yg oil rig drill tetengah laut tuh. sabor je la. dari semalam lagi mood ntah dah macam2. disebabkan takde manusia, jadinya nezha le kena. hahhahaa... dia dan 2-3 hari lepas buat hal je, merak la muntah la. jadinya semalam le baru nak marah dia. saya tak layan dia the whole day. biasa kalo saya menyapu2 tu dia sebok nak panjat penyapu tu, biasa saya bising2. semalam saya diammmm je. apa pon saya tak cakap. dia kaco penyapu, saya buat benda lain. dia kalo kain lap saya menyapu. hahhaha.. lama2 dia tau kot saya marah dia, mulala nkabuat muka dan bunyik2 comel. sabar..sabar.. baru sekejap protest..jangan mudah menyerah kalah. saya diam jugak. dia melsek2 nak garu saya buat dek je. buat muka keras tengok tv. ia panjat dok kat riba cium2 saya. saya diam je, amik bantal tutup muka. hehehehe... dia garu2 kepala saya, saya tutup dengan bantal. lama2 dia boring kot terus je dok diamkat sofa tu. sambil jeling2 tengok saya. saya tengok tv tu sambil2 jeling dia la.. nampak dia tengah tengok saya. pas tu saya masok bilik. dia kejor. saya cepat2 tutup pintu bilik, tak bagi dia masok. dia megeow2 menjerit kat luar pintu garu2 sampai lama. hahahhaha... dah tu saya pon dah tak tahan le. alahaii..terbayang2 le muka dia yang menyedihkan tu bila tak dilayan. akhirnya kalah juga la... buka je pintu bilik terus dia menerpa ni pelok2. makanya menangis le kami berdua tu. hahaha..saya la nangis. dia macam paham je jilat2 lak muka saya. owhh.. bertambah le sedihnya saya. so, kita dua orang tido selimut, dah le hujan kan. elok beno le. 2-2 pon penakot hujan, makanya 2-2 pon selubong le jawabnya. hehehehe....
~~
malam tadi tak majuk dah degan nezha. dah baik dah. tapi hujan je. saya kuar jugak hujan2 tu sebab nak beli nasi. lapar la. so kuar jugak. tapau nasi laok daing mask merah. kedai lain. tak sedap la. pas tu beli juga burger. hehhehe...orang tengah lapar.. nampak kayu celop tepong pon nak gak makan. anyway.. burger tak makan pon. simpan dalampeti ais. hari ni saya puasa. ingat tadi nak sahur burger tu tapi tak larat pulak. setakat yang sempat le nak puasa ganti & syawal.
~~
obek? arghh... since mood ke laut, dengan obek2 sekali le kena jugak. biarkan. hehehehhee... ye la..tau la buzy keja tapi...ahh..ada jugak tapinya tu kan. entah la.. biarkan dia. so semalam seharian saya tak call dia. dia call & sms pon saya tak reply. biarkan situ. bagi dia rasa lak camne rasanya kalo dia call orang tak pick-up. rasakan!!!! malam tadi pon dia call. saya diam je. pagi ni pondia call. haaa..baru tauuuuuu.. siap sms2 semua tu tanya apsal. chewahhh.. makcik jual mahal le kan. biar lah.so, jawab jugak la walopon suara keras macam patung. hahahha..dalam hati tuhan je yang tau. hehehehe...
~~
opis? arghhh.. lagi satu hal. baru hari isnin. entah le. malas nak cakap la. bosan.
~~
ok la.. nanti sambong lagi. banyak benda nak kena buat hari ni.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Saturday, September 25, 2010

saturday rambling...

hello..
hari ni hari sabtu. hari ni bangun pagi.. pukul 6am dah bangun sebab nezha nak berak. garu2, garu2.. nasib baik saya teringat akan kejadian 'tragedi september' beberapa hari lepas. cepat2 dokong tapi apakan daya..tak sempat lorr.. hehehhehee... itulah kejadian awal pagi tadi. sabar je la.
~~
semalam jumaat dah bawak budak abang pi bukak jahitan mata. doktor kata mata ok. tapi ada bekas parut le. kat mata macam ada putih2. doktor kata yang scar tu memang takboleh hilang. alahaii.. dah tak hensem dah budak abang. huhuhuhu..tapi takpe la. asalkan dia boleh nampak. doktor kata mata dia boleh nampak tapi tak nampak cun la sebab kan ada scar tu. takpe la.. asalkan jangan sampai nak buang eye ball tu. huhuhu..dengar pon ngeri. so, semlam masa belek2 dia tu, ternampak lak telinga dia ya tuhan..berkerak! hai..kucing luar le katakan. takpe..lepas ni saya buat operasi telinga dia pulak. rasakan!
~~
pagi ni balik rumah ma awal. pukul 830am dah sampai sebab ma nak pegi berapa la open house la itu ini. harus le saya jadi pendrebarnya kan. takpe2...layan je la.
~~
cerita pasal obek pulak malam tadi dia kerja. dekat je..kat kl. so, pagi tadi pukul 7am dia balik kerja tu dia datang le jemput saya ajak pegi breakfast, sebelom dia nak balik rehat tido kejap sebab pagi ni dia nak pergi ke johor pulak. saya ok je. pegi breakfast nasi lemak. sebab kononnya malam tadi tak makan lansong. chewahhh... hati lara katakan. mana larat nak makan, hahahhahaa... tapi spoil le. tak sedap lansung nasi lemak dia tu. huhuhuhu... apa la.. tapi takpe la.as long as dapat jumpa obek kejap je jadi la. lepas tu obek hantar balik. uwaaaaa...
so dia pesan suruh kejut pukul 10am. okla tu. sian dia keje terok.
~~
so, bila dah hantar ma pegi bersuka ria tu saya balik rumahle tengok tv. malas nak joint dia. just tunggu dia call je cakap dah nak balik. dalam pukul 1pm macam tu ma call cakap nak balik dah. so, pergi jemput dia. on the way back, pegi beli lemang. wahhh..sedap le lemang kali ni. beli 2 batang. saya makan sekerat batang. hehehehe.. banyak le tu. memang sedap. tak rugi beli. tai masa beli tu rendang pakcik tu tak siap lagi la. haihhh.. apa ni pakcik camne nk makan lemang rendang takde.. tak kick la. hahahha.. so balik rumah korek peti ais tengok apa yang ada nak buat rendang. ayam ada, cili ada, serai ada, santan ada. oklah. saya buat rendang simple dengan kadar segera. hahahahha... ma pulak masakkan gulai tempoyak. dah pesan 200kali supaya jangan buat pedas. tak suka pedas. huhuhuh..ma letak cili 3 biji je. hahah..bagus2.. macam tu laaaa.. baru le boleh makan dengan lahapnya. sambil tunggu rendang masak, saya makannasi dulu laok gulai tempoyak. yahuuuu..sedapnyaaa.. makan banyak. huhuhuhu...sambil tu pi pusing washing machine. jangan buang masa woo.. masa itu emas. hahahha..bila rendang siap kain pon dah siap pusing 2 kali. bagus2. semua kerja settle. rehat kejap then tidoooo... bangun tido makan lemang lagi. huhuhu..habis le. saya jual ubat kurus saya mau beli. uwaaaaaa.....
~~
malam ni nak kena buat kerja sikit. aduhh..malasnya. macam tak larat la. mals, malas, malas. sampai bila nak kena kerja macam ni? bila nak berubah? nak kene kerja macam ni sampai ke tua ke? larat ke? korang pernah terpikir tak? arghhhhhh... obek..cepat la kaya..say atakmau keje. hahhahaa....
~~
ok la.. mengarut2 je saya ni tau. ala... takpe la kan. dari takde imaginasi tak bagus tu. otak tak berkembang. hehehhee...have a nice weekend!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, September 23, 2010

nezha ok dah.. giliran saya pulak...




hello..
nezha dah sihat dah. dah lari2 dah.. dah panjat2 dah.. tapi dia dah jadi macam jahat sikit lah. wahh..jahat katanya. bukan la.. nakal terlebih le pulak. sakit dapat akal baru ke nezha? hishhhh.. not good..not good...
~~
semalam balik tengok dia tgh melepak kat ruangtamu. fuhh..lega. pelok2 dia la. sekali bau busuk daaaa. heheheh.. ada lagi sikit saki baki uk-uk cair tu melekat kat bulu dia. so oeprasi membsuh telah dijalankan. chehh. time tu la dia tunjuk peel dia. haihh.. biasa elok je dia. tak le diam, dia pusing2 gak le sebab takot kena air tu kan. tapi semalam.. siap dengan mulut bunyik2 lagi. siap dengan bunyi marah2 hissing2 bagai. ihhhh..geram lah! oooo..biasa dia ni!! nak cubit ke? hehehehe.. terkejut saya sebab dia memang tak pernah nak buat bunyi macam tu tau. sabar2.. sabar. dah tu lap2 le bontot gebu tu kan. sabor je la. dah tu dah ok la...lega saya.
~~
sebelom balik semalam singgah le mencari air kepala. idok berjumpa lor.. jumpa pasar malam. ada jual air kelapa. hehehe..tapi ada ais, boleh ke? belasah la. tak la.. mintak kat abang tu buatkan yang buah kelapa tu kan. suruhdia potong atas siap2 so sampai rumah korek je la. hishhh..sayang anak punya pasal, tak pernah2 beli air kelapa semalam beli kelapa sebijik. betol2 la budak ni tau. so, berangkot le buah kelapa tu. aduhhh..... beli sekali makanan untuk makan makan. beli burger je la. seperti biasa, burger daging special letak semua tapi takmau sos. hehehhe... then nampak apam balik rangup, beli 2. thenbeliair soya bean 1. cukup la...
~~
sampai rumah tu yg tengok dia tengah melepak tu kan. malam tu ingat nak bagi gak dia air kelapa tu. takmaunya dia. suruh jilat tak mau, pakai straw tak mau, guna syringe pon takmau.
dia nampak je saya hulur dia cabut dulu. aduhaiiii.. geram betol la. ke tak sedap? entah..saya pon tak suka air kelapa. tapi dia sebat air soya saya! uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... mencik laaaa... burger pon dia nak juga, tapi saya tak bagi. sebab perot baru nak elok kan, kang lain lak ceritanya. nezha..nezha.. buah hati pengarang jantong limpa hempedu saya. macam2 perangai dia tu. malam, nak tido tu, dia yang dulu-duluan masok bilik. terus naik kat kerusi plastik dia tu le. sabor je la. malam2 dia datang nak tidor katil saya kata tak boleh. kobusuk bau berak pi tido jauh2, hahahhahahaa.... ingat dia nak ke turun, takdenya. tetap le tido jugak atas katil. amik space pulak tu. sabar...sabar...
~~
sebelom tidor seperti biasa baca buku dulu. tengah baca2 tu sekali rasa mata gatal. then tonyoh2 la. sekali jadi sakit, jadi sakit sangat. then bengkak, merah. mata putih tu bengkak. aduhaiii.. sakitnya. nangis dah masa tu. saya rasa mata putih tu dah tercalar ke luka ke kot. terus jadi bengkak kuar2 air mata. tapi saya bawak tido jugak la. ingatkan dah elok. tapi bangun pagi ni stil bengkak & merah. uwwaaaaa... takotnyaaaa.. camne ni???? sakit lak tu. nikena sakit mata tu ke? takkanle kot. pagi tadi nak pi opis lalu2 juga cari klinik. dah jumpa takot lak nak jumpa doktor. uwwaaa... obekkk..balik le cepat bawak saya pi klinik.. uwwaaaa.... so now kat opis mata ceme sebelah. tau ke ceme? ceme tu macam sepet sebelah la. mencik..
~~
obek takde. semalam petang dia call cakap kene pergi cmrn hglnd tu urgent. ok je la. dah hal keje. malam tadi sampai sana pukul 1am. haihh..sian obek keje terok. saya lak mengada2 sikit2 nak sms ngadu pasal mata la pasal nezha la. tak patut betol kan saya ni. uuwwaaaaa......
~~
apa lagi nak cerita? takde idea dah. harap obek balik dengan selamat sebab ada meeting lak kat ptrjaya pagi ni pukul 11am. jumaat kene pi johor lak. hehehehhee... around the nation mamat tu koje. i lap u lah!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, September 22, 2010

nezha tak sihat, saya nangis kuat2...



nezha tak sihat..saya nangis kuat2.. uwwaaa.. mencik la..tak suka kalo nezha tak sihat, sebab dengan saya2 sekali akan jadi stress. sedihnya. semalam ok je dia. malam tadi. lepas saya balik makan tu kan, then nak le tengok tv kejap. tapi macam sakit perot so takde mood nak tengok tv. so maok bilik la macam biasa. hangkot budak busuk tu sekali la. maunya dia kena tinggal. so tidoooo.. saya pulak malam tadi payah beno nak tido. dengor bunyik macam2 la. bunyik kompang le, bunyik gendang le. mula la nak meng-imagine yang bukan2, tapi buat relax je la. maybe ada orang buat rumah etrbuka besar2an kan, so panggil segala tarian kompang tarian singa bagai ke, mana le tau. then dalam pukul 1230am tu dengar nezha macam batok2 tu. hah.. saya dah agak dah bunyik macam nak muntah dia tu. sepantas kilat bangun capai paper buat alas. ngam2 paper sampai dia pun muntah. takde kuar apa.. muntah air je la. aduhh.. sedih dah masa tu. tadi dia macam cool je. then dah sapu semua sambong tidor. pon saya tak boleh tido. sms obek ngadu nezha muntah. obek kata maybe dia jilat2 bulu banyaks angat kot. ye agaknya. lepas tu dalam pukul 2am macam tu nezha naik katil. garu2. saya ingat biasa je, tapi lepas tu dia turun katil terus prettttttt... terkejut badak le saya. nezha berakkkkkk.... mujur bukan atas katil. kat alas kaki depan toilet. berak cair. alahai.. kalo berak cair maknanya memang le tak sihat kesayangan saya tu. tak sempat le nak alas ke apa. jadinya pepagi butatu saya membasuh le alas kaki dengan bau yang harum menusuk kalbu tu. lepas tu pujuk dia, sapu2 perut dia. sambil nangis2 le nih. risau la. dia pon dah baring je. baru nak tersenggok2 lelap, dia bangun lagi. masa tu dalam pukul 330am. saya pon bangun ingat nak bawak kuar bilik, tak sempatt.. pretttttt lagi. kali ni kat atas kain pelikat obek. huhuhuhu... opss..jgn salah sangka. bukannya obek ada kat situ. dia tiap2 minggu kasi tinggal kain or baju yg dia pakai, buat ubat tido katakan. cheh.. ok2.. back to the story. saya bertambah2 melalak le jawabnya. dah nak kena membasuh kain tu pulak. dengan tengok nezha yang dah lembek tu kan. lagi laa.. since dia bulu lebat, so berak cair dah melekat le pulak kat bulu kat montot dia tu. lagi satu hal nak kena lap pulakkkkkkkkkkkk.. aduhaiii..trauma betol la. dah tu takde sms2 obe dah..terus call direct. orang tua tu baru nak sampai rumah nak tido katanya. saya dah le dengan melalak2nya pepagi buta tu mengadu nezha tak sihat. sabor je la. then lepas lap2 nezha saya pon tak jadi tido dah. terus gi depan bawak dia kat litter box just in case dia nak ter-prett lagi. dai takmau dok kat situ. nak gerak2. saya paksa gak. pegang dia kat tepi litter box tu, tido pon kat situ gak. sampai le ke pagi. takde berak cair dah..just ada lagi sekali dia muntah air tu. pagi ni pi keje dia macam lemah la. tu muka dia le tu pagi tadi atas meja. lantak le. sukati le ko nak dok mana pon nezha janji sihat. nak tengok kalo balik kangdia ada berak cair lagi nak kena bawak pi klinik dengan kadar segera jugak. if you allada apa2 petua or ubat untuk kesayangan saya tu tolong la inform. ni badan je kat opis, hati kat rumah. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....
~~
tu la luahan hari ni. sedih la.
~~
obek sihat. saya tak sihat sangat sakitperot. tapi saya sakit takpe.. boleh pegi toilet sendiri. nezha tak larat. lemah. nak bawak badan sendiri pon tak larat. owhh..kesiannn nezhaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...


Tuesday, September 21, 2010

baru ceria entry ada gambor. hahahhaa...


hello...
alololololooo..siannya budak gumuk tu. muka macam la tak larat sangat kan? macam baru lepas kena dera angkat guni beras 50kg kan? sabor je la. ni muka pagi tadi. saya dah siap2 nak pegi keje dia dok baring jugak lagi kat bilik. bila panggil2 senyappp je. ekor je goyang. mata tu dia buat2 kelip2 pulak. konon tido la.. bila panggil, bukak mata pas tu tutup2 balik. aduhaiii.. kelakar pon ada. sampai saya cakap byeeee pon dia baring gak lagi, tapi angkat kepala sikit nak intai saya betol2 dah kuar bilik ke tak. hehehehhe.. so cute. geram la dia ni. bila angkat buat2 badan lembek. ayoyoyoyooo... nak manja2 rupanya. nak pelok2 garu2. sorry la busuk.. dah pagi kene pergi keje la.. malam2 boleh la lepak2 lama. malam tadi dia tido lena. krohh..krohh.. dah pagi pukul 5am tu dia kejut saya. biasa la. sambong tido masok dalam selimut. dengan saya2 sekali la lena balik. pukul 6am baru bangun lagi siap2 apa yang patot. saya mandi dia pi ikut. standardddd.. pintu bilik air tu bukan boleh ditutup kalo tak digaru bagai takmau. pas tu mengeow2 menjerit. chehhh.. terok la budak ni. sayanggggggg kat dia banyak2 mmuuahhhhh....
~~
malam tadi dia nak bergaduh pulak dengan budak abang tu. sabor je la. senyap2 rupanya dia dendam ye. saya kuarkan budak abang dari cage. ye la.. seharian dok dalam cage malam2 saya tengok tv saya kuarkan la dia. bagi dia jalan2. elok je orang tu duduk si nezha datang dengan selamba dengan takde amaran ke apa ke terus lepuk kepala si abang marah2 mengeow sampai kembang2 ekor. terkejut le saya. mujur kepala budak abang tu kan pakai collar tu. kalo takkkkk.. hishhh..jangan kena cakar lagi mata yang sakit tu udah le. sabor je la. bahaya nezha ni.. diam2 ubi. saya marah dia la.. tak le marah kuat2..saya cakap jangan buat abang..dia sakit mata.. sian dia.. macam le dia paham kan..terus dia blah. agaknya dalam hati dah menyumpah2 le tu. hahahhahaa...
~~
apa nak cerita. petang semalam balik macam biasa. orang kan dah kerja semua jadi jalan ada jem la. standard le tu. sampai rumah kemas apa yang patot, then siap2. pukul 8pm obek datang bawak pi makan. perot lapar bukan main. seharian tak makan. eh..tipu la tak makan. makan lunch semalam tapi tak sedap. eeeeeee..... sabar banyak2 ye. so, makan dengan banyaknya dinner tu. obek makan nasi goreng ikan masin, saya makan nasi putih, ikan kembong 3 rasa dengan sotong goreng tepung. tapi dapat makan sikit je sotong tu sebab obek lak pow lelebih. geram betol. ikan tu pedas le pulok. haihhh... kalo tau order je ikan sweet sour, tak le pedas. minum air apa ye.. owh..sirap limau. obek air oren. hehehhee... tengah makan kepala pulak sakit. ni sakit yang stok2 tak boleh tahan rasa nak menjerit je ni. berdenyut2. sampai ke bijik mata sakitnya aduhhhh... obek pi beli panadol then habiskan makan then balik. sampai rumah tengok nezha lak dah tumpahkan makanan. sabar.. sabar... kemas dulu then terus tidor. betol2 sakit kepala.
~~
pagi ni dah ok dah. haihhh.. tu baru sakit kepala. bayangkan kalo orang yang sakit kronik tu kan. lagi la seksa. aduhaiii..siannya. insaf la wehhhh....
~~
sapa yang nak tengok gambar budak abang tu ha? saya banyak kali try snap pic dia tapi dia takot la dengan flash tu. bila snap takde flash gelap le pulak. terkejut2 dia. almaklum..orang tak biasa kena amik gambar. harus le dia terkejut. macam nezha takpe..hari2 pon amik gambar so dah immune dah flash2 ni. hehehehe....saya nak snap gambar mata dia yg dah kering tu. elok. tapi bias ala ada macam taik mata kuar2 tu kan. tu yang kena lap tu. kalo tak nanti berkumpul kat benang jahit tu sakit nanti. harap budak abang cepat sembuh. sakit2 tu pon ada hati nk mengorat kucing betina kat luar. chehhh...



opss... ni bukan budak abang tu.. ni baby tua main helicopter. geram betol. rasa macam membazir je beli heli tu bukan boleh naik pon. main terbang2 gitu je. saya cakap beli la heli yang boleh saya naik tu. boleh pusing2 kl malam2 tengok lampu. hahahhahahaa..... tapi sekarang kan banyak je group yang main2 heli ni kan. lagi besar dari tu pon ada. apa la.. siap kene boh minyak lak macam heli betol. heran.. heran... apa la orang lelaki ni suka beli benda2 macam ni kan. kalo merepair kereta tu. dibelek bagai tak mau. itu ini begitu begini. kita pompuan nikan best. beli yang perlu je, contoh baju kasut henbeg. hahahhaha.. perlu la tu... hari2 mesti mau pakai baju, mesti mau pakai kasut. tu belom lagi tu tengah berminat nak usha2 beli motor beso lak tu. sabor je la. tak serik2 zaman muda dulu dah jatuh moto nak juga beli moto lagi. rasa nak kungfu2 kan dia tu. kungfu ponnnn... i lap u lah! hehehhhe.. layan je la.




haa..ni baru betol gambar budak abang tu. see.. sebelah je mata terbuka. sebelah sudah tutup daaa. hehehhee...dah 2 hari ni jadi degil lak makan ubat. liat bukan main. kalo tak tu elok je ngangakan mulut then gulp..telan. ni dah pandai lak nak leng leng leng tergeleng2. oitt..degil ye.. nanti ko jumpa doktor ko tau la nasib ko. orang risaukan dia kalo antibiotik tu tak habis kanng sakit lagi. hari tu dah tercampak sebijik entah ke mana halanya. rugi dah sebijik. eeeee... geram2.. sabar2...
~~
apa lagi nak cerita ni? lupa la dah. lagu raya still ada kat radio. ehhh.. apa la korang.. bukan saya yang nak buat open house.. saya suruh korang yang buat.. saya pergi makan pree je. hahahhahaa... still nampak orang jual lemang lagi kat tepi2 jalan. suka la suasana macam tu. nanti nak suruh obek beli la. tingin la. sabtu ni ada 2 jemputan. tapi saya tak pergi kot sebab ada hal pulak dengan ma. tau la ma.. dia nak berjalan raya gak tu. huiiii..kalo melayan dia, utara selatan perginya. sabar.. sabar...
~~
ok la.. nanti sambong lagi. haaaa.. kebanyakan blog yang saya pergi ada kena malware ke apa namanya. jangan kata blog orang.. blog saya pon kene. hantu betol. ni sapa yang membawak virus ni. jahat la korang ni.. mencikkkkkkk... so, camne nak prevent? kene install antivirus ke apa ke? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, September 20, 2010

monday..kene kerja dahhh...

hello..
still takde gambar la hari ni. hehehhee... harddisc tertinggal kat rumah. dah dah terlupa letak kat mana. ini sudah mendatangkan pening kepala sebab benda tu penting. aduhhh... nezha dok rumah tolong carikkan hardisc tu tolong....
~~
hari ni dah isnin. hari yang dinanti2kan oleh semua orang. hehehehhe... jangan lemau2 ye.. demam ketupat lemang dah habis dah. jadinya kena la dok mengadap kertas2 calculator file2 dan sebagainya. pen merah pen biru hitam tu nampak macam menari2 je depan bijik mata suruh amik dia tulis2. sabor je la.
~~
weekend macam biasa. takde yang menarik sangat. macam demam sikit. sikit la. demam mengada namanya. obek takde. pi outstation ke johor. then sabtu tu baru dia balik. obek balik ajak pi jenjalan. wahh..sihat sudah... hehehhee.. pow obek macam2. sian lak tengok dia. aduhhh...sorry obek. ahad pon tak buat apa. dok rumah je. melayan budak abang tu kan sakit matanya. dia pon nampak macam tak berapa nak ceria. duduk je. sakit agaknya. dok mengelap mata dia dan melayan dia la. nezha marah. sudah mau gaduh dengan budak abang. sabor..sabor.. mata dia nampak elok. kering. saya sapu baik2. risau le kan. so kena la jaga elok2. sayang wooooo... nanti jumaat kene pi klinik untuk buka jahitan. dah cakap dengan obek minta dia tolong bawakkan. harap2 obek tak buzy le hari jumaat nanti.
~~
korang dah buat puasa 6 ke belom? saya belom la. macam malas le pulak. hehehe.. tapi if tak buat rugi le rasanya. nanti la..next week la kot. harap2 sempat le nak merasa puasa syawal tu kan.
~~
nezha ok je. bertambah manja. since budak abang dok dalam rumah. dia jadi rebel la. asyik nak hot2 & spicy je mamat tu. tapi pujuk2 dia ok la. dia geram kot dengan budak abang tu. hehehe.. makan ok, minum ok, tido ok.. oh..bab dia ngompol tu.. tanda protest le kot. aduhh... dia la raja segala raja dalam rumah tu apa lagi nak risau. tu la kalo dah terlebih manja. sabar.. sabar..
~~
apa lagi nak cerita. sapa ada buat open house ni wehhh.. jemput la saya... nak makan ketupat lemang lagi ni.. hahahhahaha....
~~
ok la.. saje nak mengarut hari isnin yang bahagia ini.. bluwekkk...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, September 15, 2010

budak abang dah balik dan hari tidur sedunia..

hello..
hari ni memang kira hari tidor sedunia la namanya. sebab apa? sebab asyik la tidooooo sampai tak larat nak tidor dah. pagi tadi dah bangun macam biasa. 630am.. pas tu sambong tido. sampai le 730am. tu sebab.. sebab apa nak tau? sebab tetiba rasa kat kaki sejuk2 basah jek. hah??!!! apa lagi, melompat le saya jawabnya. nezha kencing tilammmmmmm!!!!! betol 2menyirap darah betol la pepagi ni. geram betol. patot la dia tak kaco2 kejut2 saya pagi tadi. dia dok jejauh je. pandai betol. jadinya kena la pulak mengemas katil cadar pepagi tu. sabar je la. spoil mood tido la nezha tu. so sambil mengemas saya pon sambil membebelkan dia la. dia seperti biasa, tau bersalah diam je la. kal tak tuuu.. pantang dengar kita bercakap. saya cakap sepatah dia dah menjawab 2-3 patah. geram betol. anyway, kemas2 cadar then tak boleh tidor dah. tengok tv. entah le cerita apa pepagi tu. then macam lapar. makan nasi himpit dengan rendang semalam tu. makan 2 ketul je nasi himpit tu. tak selera la pulak. lepas tu buat apa ha?? owh.. kejap tu doktor call. cakap dah boleh amik budak abang tu. dah operet katanya. waduh2...
~~
lepak2 dulu tengok tv. then, siap2 mandi then kuar pi hantar cadar ke dobi. lepas tu pi amik budak abang tu. owh...siannya dia. doktor kata macam boleh diselamatkan lagi la eye ball dia. nanti 24/09 nanti kena pi klinik lagi untuk bukak jahitan dia. harap2 semua ok la. sian kat dia. lepas tu, balik. dah siap2 buatkan cage utuk dia. so, hari ni budak abang dok dalam rumah la. nezha? dia ala2 hot & spicy le tengok saya dok belek2 budak abang tu kan. standard.. jangan ko kencing lagi malam ni nezha udah..saya piat tinga nanti. tengok la.
~~
lepas tu tengok tv. ingatkan nak kuar pegi jalan2 pusing beli barang. tapi macam malas je la pulakkan. panas pulak tu. lepas tu.. apa lagi.. boring punya pasal, saya pon bantai tido la.. bawak nezha naik bilik kebabom..2-2 pon tido. hhehehhee.. lama gak saya tido. sampai pukul 430pm. pas tu bangun, kuar. pi carik makanan la. lapar wooo.. pi jusco. pusing2 beli entah hapa2. then pi makan sushi. sensorang. hahahhaha... bantai la. tunggu obek call tak call2 pon. nyampah!
~~
lepas makan, balik. ada gak beli roti buat breakfast esok. malam tengok tv. cerita susuk. ni tengah tengok le ni. tapi macam tak berapa paham le apa si adlin tu cakap. entah. macam tak jelas je. ke saya yag tak faham? rasanya volume dah besar dah tu pasang. ahh.. lantak le. bukan penting pon.
~~
obek call tadi pukul 8pm. dia kata dia on the way back balik dari johor nak ke kl. huhuhuhu...rindu obek. bila la dapat jumpa. malam ni sure dah takde la kan. dia pon entah sampai pukul2 berapa ntah. harap selamat sampai je la. dia kata jalan jem. hehehe..standard le tu. kalo tak jem bukan malaysia le namanya, kan?
~~
apa lagi nak cerita ni? pegi blog orang pon takde yang update. ada pon sikit2 je. orang buzy raya lagi agaknya. bagus la. eh...kenapa saya macam lemah sangat hari ni ha? terlebih tidor kot. agaknya laa..... not good..not good...
~~
ok la.. nak sambong tengok tv. malasnya nak kejeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Tuesday, September 14, 2010

hari ni busy betol... sana sini kejar itu ini...and another sad story for my furkids..

hello...
alalalala..boring betol la. tak bpoleh nak transfer gambar le pulak. cable ada tapi bila cocok2 macam2 lak tulisannya. dah godek2 bila click kata nto found le hapa ke benda la. eeee..geram betol. entah apa le kenanya. tak reti le bab2 komputer2 nih. huhuhuhuuuu...
~~
hari ni.. raya ke berapa? ke-5 ye? ye la kot. ada sesapa yang dah mula buat puasa sunat shawal tu? puasa 6 le orang kata... saya belom la. huhuhuh... macam malas le pulak. hishh..terok betol perangai. raya2 ni asyik le nak makan je. kejap2 lapar, kejap2 lapar. heran betol. dulu bulan pose esok je kan tak makan seharian. ni yang malas nih.
~~
hari ni bangun macam biasa la. kemas2 rumah sikit gulung karpet. kang ma tak larat nak gulung karpet. dah gulung kasi simpan kat store elok2 nanti nak guna senang. lepas tu ma buat breakfast. masak sambal tumis udang. oooo...dia nak makan dengan mihun. saya nak makan dengan nasi. tengok! tengok!! pepagi buta dah makan nasi nih. aduhhhhh... takpe..takpe.. then lepas breakfast siap2 nak pergi bank. ada urusan sikit. pegi2 gedebak gedebuk alamakk..signature tak nampak kat buku bank tu? nampak beno 15 tahun sekali baru nak update buku bank kan. orang tu kena call yang home branch tu untuk confirm signature. ko ingat pree? kena charge ye.. sikit2 charge..sikit2 charge..no wonder le bank bonus sampai berbulan2. kita yang bayar bonus dia. benci ahhhh.. amik statement account pon kena charge jugak. menyampah! dah tentu2 tu kita punya statement lagi nak kena charge. so lepas selesai, saya singgah rumah. nak tengok kucing yang kena tinggal tu ada makanan ke apa ke. sekali nampak si abang tu ingat tak yang dulu mata luka kene operet tu? haaa.. yang tu la... dok carik link yang tunjuk dia kena operet tu tak jumpa le pulak. ni je yang jumpa. haaa.. jadinya saya tengok mata budak abang tu kena lagi la. merah menyala. mula la saya melalak2 pagi tadi. kemas2 cepat amik dia bawak pi klinik. doktor kata maybe dia bergaduh lagi thenkena cakar lagi kat tempat yang sama. since mata dulu tu dah operet, dia jadi very sensitif le. eeeeeiiii... tensen betol. doktor kata nak check dulu minor surgery. if eyeball dah terlalu terok infection, kene buang le eyeball tu. saya melalak2 le kat klinik tu. maunya tak. sian la kat dia. aduh..kalo tau hari tu bawak dia pi hantar kedai jugak. dia tu jarang nak ada. datang makan je. sedihnya. nak call obek mengadu obek tengah meeting le pulak. but then message jugak kat dia. sedihnya. saya doa agar tak le sampai kena buang eyeball tu. harap boleh semboh. rasa bersalah sangat. walopon dia kucing luar tapi saya sayang dia. korag2 pon tolong la doakan dia ye. saya sedih la.
~~
lepas balik dari klinik, terus shoot pulak ke home branch bank tu kan. sementara masih cuti ni baik uruskan perkara2 macam tu esok dah keje payah nak kuar2 ni. pi bank tau la..kena tunggu lama. rupanya branch tu dah relocate. cheh...buat rugi je bayar parking tadi. dah ter tercangak2 lak pi carik tempat baru dia. mujur jumpa. hantam je la parking kat parking lot untuk staff. ahhahahaa... sebab tengok kosong je kan, maybe staff cuti kot. so, jumpa officer tu untuk buat signature baru. tingtong2...siap. dahlega selesai 3 perkara pagi ni. syukur alhamdulillah. lepas tu terus balik rumah ma. sampai rumah ma, ma kata dia dah masak rendang & nasi himpit lagi. ghehehhe... yahuu... best la boleh tapau bawak balik. sebelom tu kena la makan dulu kan. sedapnya!!!!! tengok tu..makan lagi. walhal pagi tadi dah breakfast nasi nih. aduhhh...
~~
lepas makan, tunjuk kat ma gambar2 masa kenduri tu kan. sambil tengok berita. lepas tu bersiap la kemas2 barang nak balik. macam nak pindah uganda la rupa kereta saya. penuh padat! tu pon ada gak lagi yang tertinggal. heran la apsal tak muat. hari tu datang muat, ni tak muat pulak. tu pon kuih raya saya dah tertinggal lak kat rumah ma. aduhhh.. pagi tadi dah siap2 asingkan nak bawak balik sini. kemas2 nezha semua.. suruh dia salam dengan ma. mintak duit raya. hahahhahahaa... pagi tadi tu masa tengah kemas2 kuih raya tu saya siapkan tapau kuih raya untuk orang lori angkat sampah tu. sian dia kena kerja. tambah2 raya ni bertambah2 le kuantiti sampah kan. so tapau kan la. bukan susah pon. bagi sikit2 itu ini. biasa rumah ma kalo ada buat apa2 kenduri ke apa ke mesti tapaukan sikit untuk diaorang. saje je la. kata berkawan. baik2 je la. lepas kemas2 saya pon balik. sepanjang perjalanan balik nezha buat hal. menjerit2 mengeow bagai nak rak sampai serak2 suara. sampai terjelir2 lidah. geram betol. entah apa yang dia nak. menjerit sampai ke sudah. sampai rumah masokkan dia dulu. meluru je pergi tempat minum. tau haus.. tadi menjerit bagai nak rak tu sapa suruh? ada ke orang suruh> saje je dia degil. sebabnya... tadi kene letak dalam carrier tu. biasa dia mana nak dok dalam tu. dia kan suka lepas bebas panjat2 tingkat kalo naik kereta. saya risau sebab kot2 la hari ni ada roadblock ke kang tak pasal2 je kang. tu yang boh dia dalam carrier tu. aduhhh.. peel dia tu kan. sabar je la banyak2.
~~
sampai rumah sini, kemas2 sikit, vacuum apa yang patot. tak de orang pon habuk banyak jugak. takpe la.. lepas kemas, mandi manda. lepas tu tengok tv lepas tu tidoooooooooooo... hehehe.. cuaca panas betol ni kan 2-3 hari kebelakangan ni. pedih perit. sian tengok ada gak yang masih kene kerja repair2 jalan tadi. peritnya kena berdiri tengah2 panas tu. tu la namanya orang nak carik rezeki. susah payah cari sekeping dua duit untuk diri dan keluarga. bukan macam perampok2 tu. benci.
~~
apa lagi nak cakap. owh... hari ni obek pergi cameron. semalam kan kat JB. bergegas naik cameron. lepas balik cameron kene pergi JB lagi. aduhh.. ko ngalahkan drebar bas express ni dah obek! apa dah jadi daaaaa.... tadi dia call pukul 8pm tadi cakap dah sampai kat ayer keroh dah. huhuhu...ingatkan dia nak singgah kl ke nak jumpa saya ke. elekk pocik. member pergi kerja da..takpe la. saya doa semua settle ye obek. i lebiu obekkkkkkkkkkkkk...
~~
raya tahun ni saya belom lagi beraya rumah sesapa. rumah ibu tak kira la kan. tu kira tempat lepak dah tu. nak serbu rumah sapa le agaknya nih?? ada sesap2 buat open house? saya mau serbu. hahahahhahaaa.... sekarang tengah tengok spiderman. alalala..layan je la. eh, kenapa sandman tu dia jadi orang dari pasir tu terus ada pakai baju ha? hahahahaa... 105 cerita sedih le pulak. tak minat le cerita sedih2 nih. kalo time2 raya ni suka tengok cerita lawak. tapi jangan la lawak sengal. tak sesuai tau. hehehhehee...
~~
apa lagi ni? takde apa dah kot. nanti la sambong. nak pi melawat blog2 kawan2. ehehhee.. ok la..have a nice day!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, September 13, 2010

selamat hari raya aidilfitri 2010...

hello...
selamat hari raya airdilfitri..
maaf zahir dan batin..
~~
apa nak cerita ni ha? hehehhee.. cerita raya macam2 ada... yang gembira, yang sedih, yang menyakitkan hati, yang membengangkan, yang ceria..semua ada lah. huhuhuh..
~~
dah 4 hari raya baru berkesempatan nak menulis. sebelum ni memangtakde masa. kalo ada masa terluang pon lebih baiklah dipergunakan sepenuhnya untuk tidor. ye.. time2 raya macam ni la tidor tak cukup, tangan tak cukup, kaki tak cukup, tenaga tak cukup.. mujur bekalan gatorate purple sentiasa ada. hahahahha.. tetib aiklan la pulak kan. anyway.. apa nak cerita ni.
~~
cerita pertama.. nezha saya bawak balik.siap berhangkot cage semua la kan. kata anak kesayangan, harus lah berkorban apa saja..harta ataupon tenaga. cheh.. mamat tu memang tau. geram betol. so.. memula letak dia kat stor dapor. alololoo..siannya. sebab a day before raya tu kan sebok dok masak2 kemas2 last minutes punya items tu kan. so, dia letak dalam cage, tak boleh lepas lah.kan dah cakap rumah ma pintu semua terbukak je depan belakang. tersangat le kesiannya dia dia. jenis tak pernah2 duduk dalam cage sekali seharian kene dukuk dalam tu. hehehhe.. walopon dok kat stor dapor, tapi tempat tu memang secara lansung nampak dapor so dia tak le duduk sensorang namanya. saya memang ada je kat situ. dia pulak asal nampak je saya ke situ mula la mengeow2 bagai nak rak. aduhhh..mana satu nak kejar ni?? kejar anak ke kejar kuali. pengsan.
~~
jadinya setiap 2 minut kena le pergi ke cage tu memujuk dia. lelama dia pon tensen. lelama dia pon tido. heheheh.. dia tido tu saya buat keje lagi cepat la. macam charlie chaplin daaa... dah petang dah reda sikit tu.. dah mandi semua saya kalihkan dia ke bilik depan. tak sampai hati la dia duduk kat stor dapor tu. tempat tu mmg ok.. lapang tapi takmau la. saya alih dia ke bilik so bolehla lepaskan dia. boleh le dia luruskan kaki berjalan keliling bilik tu kan. so, macam tu la dia.
~~
seperti biasa, kehadiran nezha semua teruja nih.hehehhe.. semua yang datang pon uhhh.. ahhhh.. wahhh.. ooohhhh.. chehh..macam2 perkatan ada. ada siap tangkap gambor bagai. chewahh..glamer ko nezha! tapi masa raya tu saya boh dai dalam cage le tak lepas. siap kunci lagi. takot la... budak2 tu semua nak pelok dia.uuwaaaa.. mana boleh woi... kang terlepas kang. naya je.
~~
aish pon suka. hehhe..budak tu semua benda pon pada dia excited. takde yang tak best. kiranya nezha champion la raya tahun ni. ma pon macam ok je kan. dia ok..asalakn takde kucing kencing berak merata dia ok la. ma kata nezha busuk. cheh.. di ataktau reban ayam dia lagi busuk. whuahhahaha.... anyway.. by the time tengah tulis ni..nezha tengah tido dengan aman makmur. macam2 style tido. tapi nampak macam dia boring la. atau tak biasa lagi dengan persekitaran ni. malam2 ada gak bawak dia keluar rumah. tu pon kene dukung pelok kuat2 woo.. buatnya dia terkejut bunyik mercun kang pas tu terlompat terlepas dari pelokan.. memang saya meriam buluhkan budak yang main mercun tu. hahahhahaa...
~~
malam raya-->seperti biasa.. ada takbir datang rumah. biasanya giliran rumah saya ni last2 le kan. biasa dalam pukul 12am atau pukul 1am baru nak jejak ke rumah ni. tapi raya tahun ni rumah saya nombor 1. ayoyoyoyooo.. macam biasa, ma dengan budak adik pegi surau la. kata malam last kan, so depa pi la surau. saya dengan ibu dok rumah la. lepak2 tengok tv. sekali lepas isyak budak adik balik cakap suruh buat hidang sebab rumah kita nombor satu katanya. mana makcik tak melompat. apa taknya.. air pon tak jerang lagi, lemang ketupat tak potong lagi, kuih tak hidanglagi .ye la.. kitaorang budget dalam pukul 11pm macam tu baru le nak bersiap2. mula la kelam kabut segala. orang takbir dah sampai saya tunggang langgang kat dapor kasi siap semua. so, since air panas tak sempat jerang, bagi je la pakcik2 tu minum air sirap ais ye. hehehhee.. ok la tu kan. fuhhh... lega.. selesai juga. tahun ni orang takbir dapat kain pelikat sorang selai. setiap yang datang takbir tu dapat duit raya. itu ma punya part le. selesai takbir, sessi membasuh pinggan cawa le pulak kan. pengsan. tapi takpe..masih awal lagi. bagus la. patot kalo tiap tahun pon rumah saya yang first pon best jugak ni. boleh rehat sikit.
--
pagi raya-->bangun pepagi le kan. pukul 5am macam tu bangun dah.. nezha tengah tido lagi krohh.. krohhh.. saya raya tahun ni tido bilik bawah la. tak tidor bilik sendiri sebab nezha kat bilik bawah. bilik sendiri tu kat atas. susah le nak berangkot2 semua tu. so bilik saya si almaunah dengan si nurul le conquer. haiyaaaa... lantak la. jangan buat sepah udah. bangun pepagi tu masak kuah lontong la. arggh..tekanan betol. sthen panaskan kuah kacaang semalam dah masak tu kan sebab bagi orang takbir makan tu kan. then, siap2 meja hidang. saya dah mandi nak pi sembahyang raya almaunah dengan nurul baru bangun tido. chehh...terok betol perangai. pegi sembahyang raya dengan ma dengan budak adik dan aish. hehehhee... kejap je. lepas tu lepas sembahayang ada salam2 tu ma pi kasi duit raya kat bebudak semua. meloncat2 le budak2 tu kan. biasa kalo sapa dapat duit raya kat masjid time balik tu ma kasi banyak sikit. kalo datang rumah dapat sikit la. budak2 mana yangd ah balik tu ada yang patah balik bila dengar ma bagi duit raya. hehehehhee.. budak2 kan. itu le kemeriahannya pon. lepas tu balik. makan. sampai rumah saya tengok bekas kuih raya pon tak berisi lagi. geram betol. saya dah pesan dah dari semalam lagi task untuk almaunah & nurul tu. bukan suruh mop lantai, suruh isi kuih raya dalam bekas je pon. bekas pon saya dah basuh dan sediakan letak kat tempat kuih. pon tak terbuat. mana saya tak hangin pepagi nih. saya balik saya bebel la. then budak adik tolong saya isi kuih raya. lepas tu saya makan lontong. makan banyak! tambah dua kali! sakit hati punya pasal. hahahha.. lepas tu kawan2 ngah datang. budak lelaki biasa la... kitaorang ok je kalo kawan2 ngah datang. lagi meriah. ibu kata ngah ko jangan kuar pagi2 ni, ibu nak ko dok rumah. dah petang baru boleh kuar. hahahhahaha.. harus le kan mamat tu panas bontot. member dah janji dengan awek nak pergi beraya. hwhauhahhaa..rasakan! lepas makan2, tengaok tv, then baring tido. tido2 ayam je la...
~~
raya tahun ni kurang budak2 datang beraya. sebab kebanyakkan orang kat taman ni balik kampung. kalo tak tu.. bertalu2 kejap2 assalamualaikum..kejap2 assalamualaikum.. tahun ni kurang sesangat. terasa le ketiadaaan budak2 tu.
~~
raya ke-2-->pagi2 pergi kedai buat persediaan untuk kenduri esoknya tu. pergi dengan ibu dan aish dan budak adik. ma tinggal rumah buat apa yang patot. kulu kilir carik barang. fuhh...selesai. balik rumah tungtangtungtang buat persediaan. aduhaiii... macam nak tercabut lulut. ehh..tak tercabut tapi kan... peha betis lengan saya semua lebam tau. hah?? hantu gigit ke? ke dah raya hantu dah lepas balik? camne nih? entah le.. terima je la. lemab berbekas2. tapi takpe... hiasan tu namanya. hahahhaha.... petang tu pergi hantar ibu balik kejap. sebab ada hal. so, kesimpulannya raya ke-2 adalah separuh pengsan.
~~
raya ke-3-->hari kenduri. tu diaaaaaa...awal belom subuh makcik dah bangun ni. pukul 4am dah bangun tau dak.. dah rasa macam bangun sahur le pulak. bangun, jerang kacang..sebab nak buat bubur kacang durian. kacang dah rendam dah..so nak kasi kembang le sebelom masok santan. letak pulut... sebab nak buat pulut kuning kan. saya kupas labu siap2 sebab nak buat gulai labu campor cendawan. blender cili, kupas bawang, kupas itu kupas ini, fuhhhhhh..... pukul 9am macam tu jiran2 datang tolong la kan. tapi takde benda sangat dah pon sebab saya dah buat jugak. pukul 10am, saya belom mandi lagi. fuhh..patot le sedap laok kenduri hari tu...sebab tukang masaknya belom mandi. whuahahhahahahhaa....lepas tu ibu bising2 suruh saya mandi. aduhhh... so kena le mandi. tak senanghati sebab nampak macam banyak benda belom selesai. masa tengah pakai baju kat bilik dah dengar dah ma bising2 cari penyagat kat mana. dia nak buat acar mentah tu. hahahahhaa.. haa..tu le.. tak pernah kemas dapor kan. selalu saya je yang kasi settel tu kat mana saya letak penyagat pon dah tak tau. rasakan! whauhahhaha..saya dengar tapi saya diam je. hehehhee.. lama2 senyap, ingatkan dah jumpa rupanya kejap tu dia datang bilik cari saya daaa...tanya mana saya letak penyagat tu. hahhahaha... tau kecut. ada je kat para dapor tu. saya letak dalam plastik kfc. hehehehee.. lepas tu dah ok la. terok betol kan saya dah tau tapi takmau bagitau awal2 kat ma. ala..relax la.gurau2 manja katakan.
~~
pukul 11am tetamu dah datang la. huhuhuhu..meriah. pungpangpungpang... pukul 3pm selesai majlis. baru le saya berkesempatan nak makan. aduhaaiii... pedih dah perot. makan dulu baru kemas rumah. jadinya sementara ada orang lagi tu kan, baik le kemas awal2. hehehhee..kemas tapau sapu hangkot basuh susun semua apa yang patot, pukul 6pm settle. ada lebih nasi tapau tu suruh ma hantar pi rumah orang yang mana tak dapat or tak sempat merasa nasi tapau tu kan. ma pergi dengan ibu. saya dok rumah sapu lagi apa yang patot. petang lepak2 kejap.. diaorang semua nak chow balik.. sekali sayan teringat sangat2 kat budak2 kucing luar yang saya hantar pi kedai tu. huhuhuhu..cakap dengan ibu boleh tak if saya balik kejap nka tengok kucing. ibu ok je.. nak cakap dekat ma tu yang takot tu kan. bukan apa..kang dia bebel2 bising lagi pon dah senja masa tu. ahhhh..tak dulik la.. nak jugak pergi. so, cakap kat ma saya nak pergi tengok kucing, tido kl. nanti esok pagi balik sini lagi tolong kemas lagi. huhuhu..ma kata ok. yahuuuu..terus siap2 le. vroommmm...pi kedai jumpa kucing. yahuuuu...lepas tu balik rumah, mandi tidorrrrr...
~~
raya ke-4-->bangun lambat. tak le lambat. bangun awal macambiasa, pas tu tido balik. ni le chance nak bangun lambat. kalo kat rumah ma tak boleh bangun lambat. baru nak sambong tido tetiba dah teringat pulak kat nezha yang ken tinggal kat rumah ma tu. huhuhuhu...sure dia sedih sebab kena tido sorang malam tadi. ahhhhh... terus tak jadi tido. terus bangun siap2 balik rumah ma. uwaaaa..bagaimana harus ku belah2 badan ku supaya boleh berada disemua tempat pada satu masa. sampai rumah tolong susun pinggan pulak. since yang basuh semalam tu dah kering, kena la susun balik atas para kat stor. huh..anak mithali betol. mana nak carik anak rajin macam ni. kemas rumah lepas kenduri sensorang. hahahhahhaa... sapa nak amik jadi menantu baik cepat2... kalo tak rugi le makcik2 diluar sana tu. hwuahhahahhaa....petang lepas kemas, saya pon amik bantal letak depan tv kemudian...zzzzzzz...hehehheee.. dah pukul 530pm bangun. perot lapar, sebab tak makan dari pagi. serupa puasa pulak. korek2 petiais, ada ikan. memang ada je untuk stok raya. takmau makan ayam ke daging ke. jemu! buat ikan masak tauchu. masak nasi. siap masak...kitapon makannnnnn.. malam takde buat apa la. tengok momok the movie. ingatkan cerita apa..cerita mengarut rupanya. chehhh..baik la tengok csi. lepas tu.. here i am.. tulis update blog. hehhehe...
~~
obek?? hehehhehe..dia raya rumah mak dia le...kat johor. tapi hari ni dia dah start kerja dah. kena pi iskandariah apa ke katanya.. idak le saya tau mana hala tempat tu. esok kene shoot ke cameron lagi pulak. haihh... siannya dia. utara selatan perginya. dharap semua urusan dipermudahkan dan selamat pergi selamat balik. saya sentiasa doa macam tu untuk obek kalo dia kerja luar. saya takmau dan tak pernah nak kirim2 barang ke apa ke atau asyik2 call sms dia suruh balik cepat. sebab saya risau. kalo kita gesa2 dia nanti lagi dia tak concentrate. saya cuma harpa semua urusan berjalan lancar dan diberkati. sayang obek. raya tahun ni obek kasi bukan saya duhet raya..tapi jugak banyakkkkkkkkkkkkkkkkk barang2. hehehheee.. bagus2. i love you obekkkkk..nanti beli la lagi. rindu kat obek.. bila nak dapat jumpa niiii????
~~
itu cerita raya. dalam pada kita bersuka ria.. ada yang bersedih. isu kes sosi^lawati tu... aduhai.. betol2 kejam. kalo betol itu lah dia dan rakan yang kena musibah..entah la.. apa pon, kita semuakan doakan untuknya. bab cerita kemalangan maut pon menjadi2. hari2 ada je laporan kemalangan. pandu hati2 ye... tengok kat tv highpon pon boleh jammed. sesak! jaga diri semua ye.. jaga kesayangan kita.
~~
ok la.. tu je kot. sorry entry ni takde gambar. malas le nak korak cable. mana ntah halanya dalam beg kat bilik atas. tak larat dah nak panjat tangga tu. nanti dah senang2 kita upload gambar ye. gambar nezha la..bukan gambar saya. takde maknanya...
~~
all the best to everybody! pergi beraya tu hati2, kutip duit raya banyak2 sikit. pada saya yang ada anak2 bulus tu... haa..kutip jugak. tak kira. nezha dapat gak duit raya. obek bagi. hehehhee.. tu je la. nanti la nak mintak duit raya untuk nezha kat ma. hwuahhahaha...
~~
i love you obek...(rinduuuu)
i love you nezha...(very good boy tau)
i love all of you...(jangan mabok ketupat ye..)

Wednesday, September 8, 2010

semua orang dah raya mood.. saya je tak...



hello...
hari ni dah hari rabu. kebanyakkannya ramai yang dah cuti kan. ye la.. nak balik kampung, nak persiap itu ini semuanya. pendek kata semua orang sebok la hari ni. esok lagi la...bertambah2 double triple seboknya. including me la tu kan. huhuhuhu...
~~
jalan ke office hari ni dah sunyi dah. ramai yang dah balik kampung agaknya. budak2 kat office ni dok la doa if boss bagi half day free. huhuhu..tak dapat nak nolong. gila kedekot punya bos kompeni ni. cuti raya pon potong gaji lagi ko ingat dia nak bagi cuti pre? kirim salam.
~~
cerita pasal semalam. semalam balik macam biasa. dah cakap dengan obek nak buka katluar. teringin sangat nak makan ikan sweet sour panas2. dari minggu lepas dah teringin tapi tak berkesempatan nak pergi. so semalam kerah dia jugak. nak jugak2 tak boleh tidak. hehehhhe..so, balik kemas cepat2 then siap2. pukul 7pm obek sampai. terus pergi kedai, terus order. mujur masih ada table kosong. kalo tak.. meroyan lagi. order air sampai 3. tu saya le tu. gila haus betol semalam. order air tembikai laici dengan sirap. hehehhee.. pas tu ikan sweet sour, sup ekor, kangkong belacan, sotong goreng tepung, udang masak pedas. cukup..cukup..cukuppp.. tu perli namanya tu obek... mentang2 saya nak makan macam tu pegi order banyak macam tu pulak. ahhh..lupakan. yang penting makannnn...so, tunggu la sementara waktu berbuka. orang kedai bukak tv3, cerita apa ke namanya budak pakai tudung tu la.. dengan zizan nin. haa..yang tu kenal sebab selalu tengok tv dia berlakon. so, dah azan, tapi makanan belom sampai lagi. minum2 dulu la. dah 10 minit macam tu baru sampai. serbuuuuuu...alhamdulillah. takde kempunan2 dah.
~~
lepas makan pegi jalan2 kejap. jalan2 je la takde beli apa pon. jimat wehh.. tahun ni budget raya adalah terhad. huhuhuhu..tak syiok betol la. lepas tu dalam pukul 9pm, obek hantar balik rumah. balik rumah, tengok tv kejap lepas tu tidoooooooooo... tengah syiok2 tido sekaliobek call. ooo..dah pukul 4am rupanya. dia ajak pi sahur. malas betol rasanya tapi pegi jugak la. saya tak makan apa, cuma minum soya bean. sedap pulak soya bean tu. obek makan roti canai. masa nak bangun tido tu nezha marah2 saya. ye la..member tengah sedap2 tido melengkor dalam selimut sekali kena bangun daa. hahahhaa.. meow2 kuat2 jerit2. sabor je la. nak berkepit je 24jam satu koje pon nanti tak siap nezha oiiii....lepas habis sahur, balik. baring2 kejap then kemas beg untuk balik kampung. balik kampung le sangat. kampung kat sebelah ni je ha..jalan kaki pon buleh. tapi kemas2 je la kan. entah nak bawak apa. baju suar semua ada kat rumah ma. nak bawak balik baju kurung raya tu je la. kuih raya apa semua dah hantar last week. cuma bawak bahulu yang baru dapat hari isnin tu je la.
~~
petang ni nak hantar budak2 luar tu pegi kedai. diaorang tinggal sana la. kalo tak nanti takde orang nak bagi dia makan. saya cuti lama. sian pulak rasanya. nezha tahun ni ikut balik kampung. nak bawak sangkar dia tu kang 1 hal. nak berangkot pulak. kalo rumah ma memangkena boh dalam sangkar le jawabnya. rumah ma tu pintu terbukak je seluas2 alam. huii...jangan dibuat. kang dia lompat keluar kang saya pengsan. malam la kot baru letak dalam bilik tido sama. hehehhee.. ap apon, belom finalise lagi. tengok dulu camne.
~~
obek entah balik raya bila. esok kot. owh..petang ni saya kena buka sorang2 le. sebab obek ada buka puasa dengan sapa ntah. orang kerja dia la. aduhh...malas betol nak pusing pasar ramadhan tu. entah ada lagi ke tak orang jual2 hari ni. dah raya mood katakan. owh...raya nanti seminggu woo tak jumpa obek. waduh waduh aduhhhhh....camne ni???
~~
apa lagi nak cerita? taktau la.. apapon kalo ini tulisan terakhir, saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ni. sayang semua! maaf zahir batin.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, September 7, 2010

perang dingin le pulok... tapi ok dah. hehehhe....


budak muka lebar. manja bukan main, merajuk pon pandai. geram..geramm.. sekarang ada peel baru. kalo kehendak hati dia tak diikut, mula la mengeow2 kuat. suara tu kalo sedap tak pe, ni serak2 garau. whuahahhahaa.... demanding betol sekarang ni. aduhhhhh....
~~
huh.. nak cerita pasal semalam. semalma balik lambat sikit. sebab pergi jumpa orang amik order kuih bahulu. kata nak raya, harus le order gitu gini ye tak? order perisa orginal, perisa pandan dan perisa coklat. dah le hujan. redah le ja. janji jumpa kat tempat lain, tempat lainlak yang ditunggunya. haiyaaa... sabor je la. tapi dah tu jumpa la. tak kisah. tak rasa pon lagi. tggu raya baru rasa. malas nak buka plastik tu kang payah nak seal balik. lepas jumpa terus balik. sebelom tu dah pesan kat obek saya balik lambat so tolongle belikan makanan sebab takot tak sempat. ye la.. dengan jem nya.. dah tu hujan pulak lagi. petang pukul 5pm tu dia dah ckp dia belikan, so ok la. saya pon takde la call2 lagi. so, sampai rumah macam biasa buat rutin harian la. kemas gitu gini semua. masak nasi siap2. kang senang obek hantar laok je dah siap la. kononnya. so tunggu la. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak gak muncul2 orang tua ni. dah tu dah azan. saya hangat hati betol. saya tak call2 dia. saya tau dia mesti tido tu. biorkan. biorkan. saya nak tengok pukul berapa dia nak datang. so semalam dengan hati hangat buka air kotak je la. dah le biskut2 apa pon takde. tensen gila! sakit hati lagi. uwaaaaaa..... telinga hidung rasa dah kuar asap2 api dah ni punya hangat hati. pukul 8pm baru orang tua tu call. haaaaa... baru le saya mengamok. saya tak jawab call. dia call beratos2 kali saya tak jawab. sebab geram sangat. sangat2 geram. selalu macam tu tau. bior lantak situ. ikut hati saya nak kuar dah masa tu bior kang dia sampai rumah saya takde. baru padan muka dia. tapi sabar.. kejap tu dia sampai. tercall2 kat luar pagar. saya buat nehen je. lantak la. saya duduk jetengok tv. nezha nampak kereta obek datang dia dah meow2 dah. suka la tu. ko jangan nezha. ko geng sapa ni? geng saya ke geng obek? lama2 tu baru saya kuar. saya kuar, bukak pagar, amik laok pas tu terus saya masok. senyap je takde cakap2 apa dah. lantak la. obek tau dia salah, tak le dia memekak. berani memekak, saya belom nak kuar suara lagi. kalo kuar suara kang tak boleh berhenti. masak nanti kena. dalam diam tu saya makan jugak la. habis nasi siap tambah 2 kali. lapar wooo.. maunya tak. dah terlebih waktu berbuka dah tu. dah lama tu obek call. cakap sorry semua tu la. ayat2 standard. saya diammmmmm je tak bercakap sepatah pon. dia call saya jawab tapi saya senyap je. huhuhuhuhu..baru tau. perang dingin betol malam tadi. dah tu dia call2 lagi saya tak jawab. saya tidoooooooooooooooooo...
~~
dah malam pukul 12am tu dia call lagi. pandai le dia buat akal. cakap nak amik barang la kat rumah ni la itu ini. ahhhh... tau la tektik awak tu. barang dia kan banyak simpan kat sini. macam2 serba neka. saya carik juga barang yang dia nak tu, then tunggu dia datang. dia datang, saya kuar, bagi barang tu kat pagar pas tu saya masok balik. tak cakap apa pon lagi. hahahhahahhaa... gila keras hati. lantak la. konon je. sebenarnya dalam hati nak sangat bercakap2. tapi tensen geram punya pasal, kena la jual mahal sikit. bagi dia rasa camne saya sakit hati. huhuhuhuhuhu... dia pon pas tu blah, pegi keje kot.
~~
dah pagi pukul 430am tu dia call lagi. ajak pergi bersahur. saya taknak. guling2 nangis taknak kuar. kata merajuk, kena la bagi real sikit kan. hwuahhahahaha... dah tu obek cakap2 pujuk2 then ok la. saya kata nak makan kat mana. dah lambat nak tunggu orang tu masak2 goreng2 kang dah waktu imsak. pas tu obek kata habis nak makan apa? mekdi nak? dengar mekdi je harus mata saya bersinar2 kan. kata suka. hehehehe....so, pergi sahur mekdi le pagi tadi. sampai mekdi mujur tak ramai orang. then dah ok balik macam biasa. borak2. tapi sempat la perli2 marah dia. saya kata lenkali kalo tak sempat ke apa ke tido ke bagitau awal.2 saya boleh kuar cari makanan sendiri. chewahhhhh...obek biasa la. kalo saya tengah membebel dia buat muka dugong je. lagi menambahkan geram. gggrrr... so, dah ok dah marah kejap je. dia pon dah say sorry beratos kali. hehehhehe.. drama swasta betol la. takpe la. kan gaduh2 manja tu asam garam relationship. kalo tak, takde la challangenya. gaduh manja takpe..jangan gaduh perang dunia ke-4. masakkkkkk... moga2 lepas ni takde gaduh2 lagi dah ye obek. love you. aminnn...
~~
cerita nezha pulak, malam tadi dok melayan dia la. since saya pon kebengangan kan.. dia pon turut merasa le jugak. kuat betol instinc binatang2 ni kan. dia macam faham je if kita ni ada hal ke masalah ke. uuuuu... sayanggggggg nezhaaaaa banyakkkk banyakkkkkkkkk. dok garu2 dia je la malam tadi sampai 2-2 pon lena sendiri. syiok le dia... tangan tak berhenti menggaru dia je. sabor je la. tido sampai bunyik dengkor2 krohh krohhh....geram betol. tengah malam terjaga tengok dia tido. hehehhee.. sayang sangat kat dia tu la. walopon kadang peelnya tu boleh bikin hati hangat. semalam uk-uk terlebih kayuh, dah seketol terkeluar dari besen uk-uk. huhuhuhuuhuuu....
~~
apa lagi nak cerita. kat office semua dah macam raya mood. muka sorang2 sengal semacam je. hahahhahaha... lantak korang la. pag tadi on the way tengah drive ma call. tanya balik hari apa. rabu ke khamis. huhuhu...saya jawab balik hari jumaat, pagi raya baru balik. hwuahhahahhahaha... harus pengsan orang tua tu kang. takde la..gila ke apa nak balik pagi raya. saya balik khamis pagi2 lepas sahur. rabu malam last kopek apa yang patot. aduhh..mengenangkan nak raya tu seronok tapi tahap kepenatannya tu.. masyallah....pengsan!
~~
ok la..tu je la nak cerita. nanti sambong lagi.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, September 6, 2010

weekend yang havoc!...


ssyyyy... jangan bising, acha tengah study tu. punya asyik masyuk khusyuk membaca siap sampai naik2 lagi kat atas fail, begitu tawaddukya dia berkomitmen nak membaca, sampai terpejam2 mata. huhuhuhuhu.... itu maknanya bukan membaca...itu membuta. mendengkikan orang membaca tak layan dia, jadinya dia naik la duduk atas fail semua tu. haihhh...sabor je la. sampai tertidor2 dia tengok mata sampai berair.
~~
camne weekend? weekend saya sangat havoc. penat, melekat, berkilat, eh..macam dialog ahmad albab daa... tapi kenyataannya, weekend saya sangatlah memenatkan. aduhhh.. tak cukup rehat, tak cukup tidor, tak cukup masa pon nak main2 dengan nezha. sabtu pepagi dah pegi shah alam. kata nak carik baru bling2.. haaa.. mengadapap le ke sana. pegi dengan almaunah. obek hantarkan pi rumah dia. pegi dari pukul 10am sampai ke 4pm. macam nak tercabot lutut ni. dengan ramainya orang. aduhhh.. kat pkns tu banyak jugak choice, tapi kene pegi yang kedai butik2 atas tu le. kalo yang kat ruang legar tu biasa2 je. harga? hiishhss.. ada yang melampau2 reganya, tak memadan. setengah bulan punya gaji. gila la. taktau le apsal mahal sangat. ada yang affordable. saya pilih yang biasa2 sudah... janji ada. memula pegi pkns, pas tu pusing2 riki2 baju & harga. pas tu pegi lak sacc mall. takde yang menarik, tapi ada pameran kucing wooo.. aduhhh...melekat pulak kat sana 1/2jam. geram. comel2. ada yang gumuk, ada yang kurus. hehehehhe.... hitam ada, putih ada, coklat ada, takde bulu pon ada. hahahhaha.. tapi sian kucing2 tu, terkejut kot sebab tetiba je kena letak dalam cage then orang ramai snap2 pic kena flash2 tu kan. sampai terkejut2 dia. alalalla..siannya. saya tak amik gambar, takmau la takot kaco kucing tu. lepas tu pusing pulak nak ke mana..apa ke namanya yang belakang sana yang ada the store tu. entah leh. nampak dekat tapi nak kena menapak. sorry la. tak kuasa dah. pegi je balik kat pkns tu. since dah aim baju tu, so senang le. pegi try2, then nego2 price, then beli. lepas tu turun bawah, beli kuih raya. mmm..jumpa tart bluberrytu tapi pewarnanya..masyaallah.. pekat beno. ungu terlebih. over tau. agak2 le time nak tuang pewarna tu. leceh la. so pusing2, takde la.. ada 1 kedai tu ada le nampak macam kureng sikit pewarnanya. so beli 2 bekas. pas tu pusing lagi. nampak ada orang jual macam coklat tu la..dalamnya ada letak pisang salai katanya. wahhh..new recipe ni. beli2 jangan tak beli. tamak beli sampai 6 bekas. eeeeee.. sapa le nak makan banyak tu kan. takpe.. dah kasi kat obek 4 bekas, suruh bagi kat mak dia. chewahhh... jangan tak sampai kampung benda tu dah dibedal udah le. lepas tu beli apa lagi? beli kerepek2 la. ntah hapa2. pas tu melepek balik. lutut macam nak tanggal. sampai rumah almaunah pukul 430pm. obek dah tunggu. terus cabot balik. sampai rumah pulak kemas nezha pulak. saya pon siap2 nak kena balik rumah ma. call ma tanya nak makan apa untuk berbuka. mem tu nak rojak mee daaa.. carik2 jangan tak carik. jumpa. beli. kowtim. kat rumah ma dah masak gulai lemak ikan tenggiri. jadi la. saya tambah goreng ikan masin sekor. tu pon tak habis. buat air tembikai. pukul 7pm dah dok mengadap makanan jeling2 air tembikai. tuang siap2 dalam cawan. haihh..lambatnya azannnn.. azan terus doa2 then gluk2.. minum air 3 cawan. fuhhh.. baru le nampak manusia. lepas tu makan. pukul 830pm dah kebabom. penat sangat2.
~~
ahad, pepagi dah kuar pegi pasar. nak beli barang2 le nak raya kan. melayan ma le pulak. beli petai banyak! 1 ikat 100 keping. nak buat makan raya katanya. hambekkkk.. sebab nanti tak jumpa dah pasar untuk beli barang2 tu. lagi pon dah buzy. beli udang apa semua. aduhh..kereta busuk lak sebab air udang tu tumpah kat dalam kereta. tak sempat cuci lagi. busukkk... hehehhee.. pas tu pegi hantar barang kat rumah makcik mana ntah. ma order wajik. suruh makcik tu buatkan. beras pulut 10kg yoo... sapa le nak makan banyak2 tu maaaaa???? hantar siap semua beras pulut gula garam kepala serba neka bagai le. sabor je la. lepas tu pegi pulak beli barang kering pulak. cili bawang ikan bilis segala. aduhhh.. macamnak tanggal lutut. balik rumah kemas2 semua tu saya siang udang siap2. dok gunting ekor & jangut udang 5kg. bengkok pinggang. dah siap, simpan dalam frezer. siap 1 koje. lepas u dok kupas petai tu pulak. kupas then simpa dalam peti ais so dia tahan lama. settle. bengkok pinggang lagi sekali. dah tu dah..surrender dah. pukul 230pm, balik rumah. ibu lak call suruh singgah rumah dia sebabdia suruh belikan barang apa ke benda tak cukup. pegi2 jangan tak pegi. amik tulis senarai segala. siap bawak contoh batang takot kang tersalah beli. nak beli kat mana? nilai3 woooo... sabor2.. layan jangan tak layan. balik rumah dulu tengok nezha. masa tu dah pukul 3pm. kemas2 cepat2 buang uk-uk dia semua kasi makanan baru air bersih semua, saya pon siap2 nak pecut ke nilai 3. kuar rumah pukul 330pm. fuhh.. zummmm ke nilai3, pukul 415pm sampai. jalan clear tapi bila dah masok ke area sana tu yang jem. jalan sempit dan ada trafik light. disusuli pula dengan pemandu bongek tak reti nak jalan cepat bila dah lampu hijau. terhegeh2 masok gear. sabor je la. terus tuju kedai yang sepatotnya. mujur ada parking. manusia punya le penuh kat sana. pening! beli2 semua ada. mujur ada semua sebab dah le kene pergi ke kedai yang berbeza2. uwaaaaa... jalan cepat2 lari2. kedai last sekali benda yang dihajati takde. ehehhehe.. so call2 ibu nak tanya nak amik benda lain tak. aduhh.. tak berjawab pulak. banyak kali call tak jawab. ini sudah mendatangkan kemarahan ni. so, call si nurul kot2 le dia ada kat rumah boleh pass ke ibu. chehh.. ibu tinggal hp dalam bilik, dia kat depan. sabor2 jangan tak sabor. lepas berdisgusi dengan cemerlang, so beli le barang lain. fuhhh.. menitik peloh. dah le sorang2 kulu kilir. siap je beli dah pukul 530pm. pecuttt balikk.. tak bolehlaju ugak sebab jem kat trafik light tu. lepas tu trafik light tu boleh pecut dah. vroommmm... sampai rumah saya pukul 630pm. sebelom tu dah call obek suruhdia datang jemput saya pukul 630pm kat rumah. sebab nak buka sekali katrumah ibu. obek sampai je terus pecut pegi rumah ibu. hangkot segala neka barangan yang diorder tu. ayouoououo. betol2 havoc semalam. almaunah pon ada jugek.. tapi masa saya sampai depa takde, pi kuar pi pasar ramadhan. beli macam2 sampai tak muat meja. popia gorengada, popia basah ada, kuih cara hangit pon ada, roti john, kuih deram, apa lagi.... kuih lopes, ayam panggang, kerang goreng. huiiii... macam2 ado. ibu masak daging black pepper. azan je capai air dulu glukk2.. baru suapan nasi yang pertama, zingggg.. tu dia. punya bapak pedas daging black pepper tu sampai nangis2 woooo.. kaki pon goyang2 sebab tahan pedas. uwwaaaaa... terus makan sikit je. ibu sudah suspen sebab saya memang tak tahan pedas. tapi diaorang semua makan ok je. uwwaaa.. ini tidak adil. saya memang tak tahan. minum air then pegi toilet kumur2. pas tu terus sakit perot. sampai le ke sekarang. huhuhuhuhuuu.. lepas makan ibu sapukan minyak angin urut2 perot. biarlah. sapa suruh masak pedas2 sangat. lepas tu lepak2. tetiba obek pulak dapat call kene kuar. so, dia tinggalkan saya kat rumah ibu sebab saya sakitperot. malam dia dah habis kerja baru amik saya. pukul 3am. sabor je la. balik rumah sambong tido. perot masih sakit sampai sekarang. uwwaaaa..
~~
tule laporan weekend saya. havoc semacam. rasa macam dah tak cukup tapak kaki. apa lagi nak cerita. saya cuti khamis. takpe la.. rabu malam lepas maghrib balik rumah ma le kot. sebab khamis tu sebo dah nak masak2. takde orang nak harap. saya sorang je kat rumah tu. sabar.. sabar.....
~~
ok. so lagi berapa hari? lagi 7 hari yoooo... dupdapdupdap....
~~
ok la.. nanti sambong lagi. saya mengantok sangat sangat sangat ni. byeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, September 3, 2010

hate


ok...
saya takde mood hari ni
benci
menyampah
sakit hati
geram
jangan cakap2 dengan saya hari ni
kalo taknak kena pelangkong
shut up!

Thursday, September 2, 2010

tak baik jelir2 lidah bulan puasa woooo....


bluwekkkk... tengok.. nezha pon pandai jelir2 lidah kat orang. heeee..geram betol budak tu kuat merajuk sekarang. tak boleh silap sikit. sabar je la. dia sebenarnya tengah nk jilat2 then ter-snap dapat le aksi tenagh jelir tu kan. hehehhee...so cute. for me lah. rasa nak cubit2 je dia tu. gerammmmmm...
~~
anyway..nak cerita apa hari ni. semalam pon beli makanan berbuka sendiri. tahun ni kebanyakkannya kena beli sendiri lah. sebab obek takde. tak macam tahun2 lepas, balik rumah tau je dah ada makanan tergantung je. aduhh...syioknya. saya kadang suka pegi pasar ni, kadang jadi macam hangin semacam je. so semalam beli banyak makanan. beli nasi putih terus. malas le nak masak2 bagai. beli laok ikan talapia merah goreng, then jumpa sambal jering. wahhh... sedap tu. beli singgit tak buleh, kene minimum 2 hengget. alalallaa.. bukan nak makan banyak pon. tapi sebab teringin, makan je la. then beli kuih coklat tu. beli cucur udang. sedap. beli air mata kucing. air suya takyah beli sebab dah beli yang kotak punya dah ada kat rumah. owh..beli sate jugak. 5 batang. sebab takot orang tu marah saya beli la sekali nasi impit dia. takot laa.. sebab beli sikit je kan. balik rumah kemas lebih kurang, pas tu berbuka. buka lama2 makan banyak2. takde la banyak sangat. tak habis pon nasi tu. ada la 3-4 suap. sate pon baru makan sebatang. simpan dalam peti ais. ingat pagi tadi nak sahur sate sejuk kejung tu tapi tak jadi. hhehehe... lepas tu tengok tv kejap, baca buku kejap, pukul 10pm tidoooooooo...
~~
pukul 130am obek call. ingatkan nak apa. rupanya dia dah sampai kl la. hehehhe...call ajak sahur. aduhh..awalnya sahur. tu bukan sahur tu. tu kira supper je tu. tak kira la. opss..jangan report ye saya kuar malam2. huhuhuhu... bukan lama, kejap je pon. pegi makan paper tosei. boleh la. macam termasin le pulak toseinya tu. obek makan roti canai. lepas makan balik le apa lagi. takkan nak bergayut sampai subuh. tak kuasa. sampai rumah tak boleh tido. golek2 pejam mata. 20 kali tukar posisi baring tak jugak lelap. so bangun tengok tv. macam cerita saya bantai tengok. sampai le sekarang ni tak tido2 lagi.
~~
apa lagi nak cerita? mmmm... entah la. ada bad news, ada good news. runsing la. opis pon biasa la. politik lebih. tak suka la kerja sini. saya suka dan bertahan sebab saya nak venture new field ni. kalo ikut hati..takmau la lama2. sengsara. kaki bodek terlebih2. ahhh...sabor je la bulan2 puasa ni.
~~
lagi? mmm..takde idea dah. dah la.. malas pon nak tulis2. tengok je la pic nezha jelir lidah tu. hehehhee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, September 1, 2010

weekend yang memenatkan...


gambar lama.. takpe la ye. alalalala..bukan lama sangat pon, kalo amik gamabr baru pon budak tu tetap la busuk jugak. takdenya wangi. hahahhahaa...
~~
hello.. apa khabar? best ke cuti lama2 tu? amboi...ada yang cuti dari friday tak reti2 balikopis ye. hari ni baru nk jengah opis, pas tu buat muka comot malas datang kerja. nak kena nih! anyway.. harap semuanya ok la ye. selamat hari merdeka. so, apa cerita? cerita la..
~~
saya biasa je. sabtu biasa, ahad biasa, isnin biasa. takde yang luar biasa. semalam (isnin le tu hari merdeka) pi nilai 3. beli ntah hapa2 duit kuar macam air paip. air paip pon boleh control tahap kelajuan pengeluarannya ni duit ni tak leh control betol. huhuhuhu..pejam celik pejam celik habis dah. sabor je la. dengan panasnya, dengan manusianya. aduhh. melayan ibu le pulak tu kan. saya pon beli jugak. kitaorang kuar pagi. janji pukul 930am kena ada dah kat rumah ibu tapi saya biasa la... anak ramai ni susah nak jangka. hahahhahaha.. yee.. betolll..percaya lah. baru nak kuar sorangtu dok muntah pulak. muntahje takpe, ni muntah atas oranglain dahtu kena la lap, dah lap tu jawabnya basah. dah basah tu jawabnya kena lap bagi kering2 balik. haaa..camno tu? nezha pulak tunjuk protest bila saya pegang budak lain lelama. panggil pon senyap je membatu. ekor pon takmo goyang. bila pelok dia keraskanbadan. sabor jela. tak dulik, nak jugak pelok. pelok kuat2 lama2 baru le mamat tu ok. chehh.. kebelakangan ni dia cepat lak terasanya. selalu je naik hangin dia tu. jealous bukan main.
~~
so sampai rumah ibu pukul 10am. aduhh.. kononnya yang nk kuar awal2 tu sebab nak larikan diri dari budak aish. takot dia nk ikut. takmau bawak dia la. leceh. tau la budak2 kang itu ini kang memekak lagi nak itu ini. haihh.. lagipon dia puasa tu. kalo bawak kang kepenatan, kepanasan kang lagi dia nak buka puasa lak. sayang je. so, kowtim dengan dia cakap ibu nak pergi kerja. tapi naik kereta saya sebab kereta ibu rosak tak boleh start. hahahhaa... mujur boleh dimakan alasan itu. so, kitaorang pon chow cepat2 sebelom dia berubah fikiran. baik cabotttttt....
~~
sampai sana macam2 kedai yang dipusing yang dibelek. haihhh... pompuan u all tau le camne gayanya bershopping. petang pukul 5pm baru balik. rasa nak pengsan. lutut macam nak tercabut. tu pon ada lagi tu yang tak berbeli. sabor je la. takmau beli2 lagi la. habis duit dah.
~~
bab obek pulak. semalam obek dah pergi cameron lagi. jumpa pagi tu kejap je. sekadarnya la kan sebab dia nak pergi kerja jauh tu. sian obek. keje je dia. takpe..nanti balik kerja bawak duit 5 guni ye obek. hehehhee... rindu la. chehhh..baru sehari orang pergi. takpe la.
~~
apa lagi nak cerita ni. owh..baju bling2 belom jumpa lagi. aduhh..tak larat la. ingat nanti nak pegi tengok jugak kat mana2. nak pergi beli malam2 kedai tutup cepat. kita pukul 830pm tu still kat rumahlagi. maklum..baru lepas berbuka katakan. haihh..habis camno. weekend je tak cukup la. uwwaa.... takpe2..sabar.. sabar...
~~
ada isu dah cakap dengan almaunah. tunggu respond dia je la camne. ayoyoyoyoooo..
~~
apa lagi? mmmm..okla. takde mood. hari2 pon takde mood.kalo tengok tv ada mood. hehehhe... dah la. membebel tak tentu hala je. pi la tengok gambar nezha yang busuk masam air lior basi taik mata bertempek tu buat pengubat rindu. byeeeeeeeeeeeeeeeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..