mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 14, 2010

hari ni busy betol... sana sini kejar itu ini...and another sad story for my furkids..

hello...
alalalala..boring betol la. tak bpoleh nak transfer gambar le pulak. cable ada tapi bila cocok2 macam2 lak tulisannya. dah godek2 bila click kata nto found le hapa ke benda la. eeee..geram betol. entah apa le kenanya. tak reti le bab2 komputer2 nih. huhuhuhuuuu...
~~
hari ni.. raya ke berapa? ke-5 ye? ye la kot. ada sesapa yang dah mula buat puasa sunat shawal tu? puasa 6 le orang kata... saya belom la. huhuhuh... macam malas le pulak. hishh..terok betol perangai. raya2 ni asyik le nak makan je. kejap2 lapar, kejap2 lapar. heran betol. dulu bulan pose esok je kan tak makan seharian. ni yang malas nih.
~~
hari ni bangun macam biasa la. kemas2 rumah sikit gulung karpet. kang ma tak larat nak gulung karpet. dah gulung kasi simpan kat store elok2 nanti nak guna senang. lepas tu ma buat breakfast. masak sambal tumis udang. oooo...dia nak makan dengan mihun. saya nak makan dengan nasi. tengok! tengok!! pepagi buta dah makan nasi nih. aduhhhhh... takpe..takpe.. then lepas breakfast siap2 nak pergi bank. ada urusan sikit. pegi2 gedebak gedebuk alamakk..signature tak nampak kat buku bank tu? nampak beno 15 tahun sekali baru nak update buku bank kan. orang tu kena call yang home branch tu untuk confirm signature. ko ingat pree? kena charge ye.. sikit2 charge..sikit2 charge..no wonder le bank bonus sampai berbulan2. kita yang bayar bonus dia. benci ahhhh.. amik statement account pon kena charge jugak. menyampah! dah tentu2 tu kita punya statement lagi nak kena charge. so lepas selesai, saya singgah rumah. nak tengok kucing yang kena tinggal tu ada makanan ke apa ke. sekali nampak si abang tu ingat tak yang dulu mata luka kene operet tu? haaa.. yang tu la... dok carik link yang tunjuk dia kena operet tu tak jumpa le pulak. ni je yang jumpa. haaa.. jadinya saya tengok mata budak abang tu kena lagi la. merah menyala. mula la saya melalak2 pagi tadi. kemas2 cepat amik dia bawak pi klinik. doktor kata maybe dia bergaduh lagi thenkena cakar lagi kat tempat yang sama. since mata dulu tu dah operet, dia jadi very sensitif le. eeeeeiiii... tensen betol. doktor kata nak check dulu minor surgery. if eyeball dah terlalu terok infection, kene buang le eyeball tu. saya melalak2 le kat klinik tu. maunya tak. sian la kat dia. aduh..kalo tau hari tu bawak dia pi hantar kedai jugak. dia tu jarang nak ada. datang makan je. sedihnya. nak call obek mengadu obek tengah meeting le pulak. but then message jugak kat dia. sedihnya. saya doa agar tak le sampai kena buang eyeball tu. harap boleh semboh. rasa bersalah sangat. walopon dia kucing luar tapi saya sayang dia. korag2 pon tolong la doakan dia ye. saya sedih la.
~~
lepas balik dari klinik, terus shoot pulak ke home branch bank tu kan. sementara masih cuti ni baik uruskan perkara2 macam tu esok dah keje payah nak kuar2 ni. pi bank tau la..kena tunggu lama. rupanya branch tu dah relocate. cheh...buat rugi je bayar parking tadi. dah ter tercangak2 lak pi carik tempat baru dia. mujur jumpa. hantam je la parking kat parking lot untuk staff. ahhahahaa... sebab tengok kosong je kan, maybe staff cuti kot. so, jumpa officer tu untuk buat signature baru. tingtong2...siap. dahlega selesai 3 perkara pagi ni. syukur alhamdulillah. lepas tu terus balik rumah ma. sampai rumah ma, ma kata dia dah masak rendang & nasi himpit lagi. ghehehhe... yahuu... best la boleh tapau bawak balik. sebelom tu kena la makan dulu kan. sedapnya!!!!! tengok tu..makan lagi. walhal pagi tadi dah breakfast nasi nih. aduhhh...
~~
lepas makan, tunjuk kat ma gambar2 masa kenduri tu kan. sambil tengok berita. lepas tu bersiap la kemas2 barang nak balik. macam nak pindah uganda la rupa kereta saya. penuh padat! tu pon ada gak lagi yang tertinggal. heran la apsal tak muat. hari tu datang muat, ni tak muat pulak. tu pon kuih raya saya dah tertinggal lak kat rumah ma. aduhhh.. pagi tadi dah siap2 asingkan nak bawak balik sini. kemas2 nezha semua.. suruh dia salam dengan ma. mintak duit raya. hahahhahahaa... pagi tadi tu masa tengah kemas2 kuih raya tu saya siapkan tapau kuih raya untuk orang lori angkat sampah tu. sian dia kena kerja. tambah2 raya ni bertambah2 le kuantiti sampah kan. so tapau kan la. bukan susah pon. bagi sikit2 itu ini. biasa rumah ma kalo ada buat apa2 kenduri ke apa ke mesti tapaukan sikit untuk diaorang. saje je la. kata berkawan. baik2 je la. lepas kemas2 saya pon balik. sepanjang perjalanan balik nezha buat hal. menjerit2 mengeow bagai nak rak sampai serak2 suara. sampai terjelir2 lidah. geram betol. entah apa yang dia nak. menjerit sampai ke sudah. sampai rumah masokkan dia dulu. meluru je pergi tempat minum. tau haus.. tadi menjerit bagai nak rak tu sapa suruh? ada ke orang suruh> saje je dia degil. sebabnya... tadi kene letak dalam carrier tu. biasa dia mana nak dok dalam tu. dia kan suka lepas bebas panjat2 tingkat kalo naik kereta. saya risau sebab kot2 la hari ni ada roadblock ke kang tak pasal2 je kang. tu yang boh dia dalam carrier tu. aduhhh.. peel dia tu kan. sabar je la banyak2.
~~
sampai rumah sini, kemas2 sikit, vacuum apa yang patot. tak de orang pon habuk banyak jugak. takpe la.. lepas kemas, mandi manda. lepas tu tengok tv lepas tu tidoooooooooooo... hehehe.. cuaca panas betol ni kan 2-3 hari kebelakangan ni. pedih perit. sian tengok ada gak yang masih kene kerja repair2 jalan tadi. peritnya kena berdiri tengah2 panas tu. tu la namanya orang nak carik rezeki. susah payah cari sekeping dua duit untuk diri dan keluarga. bukan macam perampok2 tu. benci.
~~
apa lagi nak cakap. owh... hari ni obek pergi cameron. semalam kan kat JB. bergegas naik cameron. lepas balik cameron kene pergi JB lagi. aduhh.. ko ngalahkan drebar bas express ni dah obek! apa dah jadi daaaaa.... tadi dia call pukul 8pm tadi cakap dah sampai kat ayer keroh dah. huhuhu...ingatkan dia nak singgah kl ke nak jumpa saya ke. elekk pocik. member pergi kerja da..takpe la. saya doa semua settle ye obek. i lebiu obekkkkkkkkkkkkk...
~~
raya tahun ni saya belom lagi beraya rumah sesapa. rumah ibu tak kira la kan. tu kira tempat lepak dah tu. nak serbu rumah sapa le agaknya nih?? ada sesap2 buat open house? saya mau serbu. hahahahhahaaa.... sekarang tengah tengok spiderman. alalala..layan je la. eh, kenapa sandman tu dia jadi orang dari pasir tu terus ada pakai baju ha? hahahahaa... 105 cerita sedih le pulak. tak minat le cerita sedih2 nih. kalo time2 raya ni suka tengok cerita lawak. tapi jangan la lawak sengal. tak sesuai tau. hehehhehee...
~~
apa lagi ni? takde apa dah kot. nanti la sambong. nak pi melawat blog2 kawan2. ehehhee.. ok la..have a nice day!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

2 comments:

Hazelsyd said...

hi saya,

adoiii...terkukik saya gelak pepagi subuh ni baca si nezha salam ma mintak duit raya hehehehe segor terus mata ni ha..

meowwmania said...

alahai sian pulak kat si abg tu, kucin jantan kan mmg gitu asik la nak bergaduh je kejenya kan

kat rmh ni si Yaya, Puteh ngan Momel tu 3 eko jantan tu sama naik je terjalnya haihh...