mari mencari....

Google
 

Monday, September 13, 2010

selamat hari raya aidilfitri 2010...

hello...
selamat hari raya airdilfitri..
maaf zahir dan batin..
~~
apa nak cerita ni ha? hehehhee.. cerita raya macam2 ada... yang gembira, yang sedih, yang menyakitkan hati, yang membengangkan, yang ceria..semua ada lah. huhuhuh..
~~
dah 4 hari raya baru berkesempatan nak menulis. sebelum ni memangtakde masa. kalo ada masa terluang pon lebih baiklah dipergunakan sepenuhnya untuk tidor. ye.. time2 raya macam ni la tidor tak cukup, tangan tak cukup, kaki tak cukup, tenaga tak cukup.. mujur bekalan gatorate purple sentiasa ada. hahahahha.. tetib aiklan la pulak kan. anyway.. apa nak cerita ni.
~~
cerita pertama.. nezha saya bawak balik.siap berhangkot cage semua la kan. kata anak kesayangan, harus lah berkorban apa saja..harta ataupon tenaga. cheh.. mamat tu memang tau. geram betol. so.. memula letak dia kat stor dapor. alololoo..siannya. sebab a day before raya tu kan sebok dok masak2 kemas2 last minutes punya items tu kan. so, dia letak dalam cage, tak boleh lepas lah.kan dah cakap rumah ma pintu semua terbukak je depan belakang. tersangat le kesiannya dia dia. jenis tak pernah2 duduk dalam cage sekali seharian kene dukuk dalam tu. hehehhe.. walopon dok kat stor dapor, tapi tempat tu memang secara lansung nampak dapor so dia tak le duduk sensorang namanya. saya memang ada je kat situ. dia pulak asal nampak je saya ke situ mula la mengeow2 bagai nak rak. aduhhh..mana satu nak kejar ni?? kejar anak ke kejar kuali. pengsan.
~~
jadinya setiap 2 minut kena le pergi ke cage tu memujuk dia. lelama dia pon tensen. lelama dia pon tido. heheheh.. dia tido tu saya buat keje lagi cepat la. macam charlie chaplin daaa... dah petang dah reda sikit tu.. dah mandi semua saya kalihkan dia ke bilik depan. tak sampai hati la dia duduk kat stor dapor tu. tempat tu mmg ok.. lapang tapi takmau la. saya alih dia ke bilik so bolehla lepaskan dia. boleh le dia luruskan kaki berjalan keliling bilik tu kan. so, macam tu la dia.
~~
seperti biasa, kehadiran nezha semua teruja nih.hehehhe.. semua yang datang pon uhhh.. ahhhh.. wahhh.. ooohhhh.. chehh..macam2 perkatan ada. ada siap tangkap gambor bagai. chewahh..glamer ko nezha! tapi masa raya tu saya boh dai dalam cage le tak lepas. siap kunci lagi. takot la... budak2 tu semua nak pelok dia.uuwaaaa.. mana boleh woi... kang terlepas kang. naya je.
~~
aish pon suka. hehhe..budak tu semua benda pon pada dia excited. takde yang tak best. kiranya nezha champion la raya tahun ni. ma pon macam ok je kan. dia ok..asalakn takde kucing kencing berak merata dia ok la. ma kata nezha busuk. cheh.. di ataktau reban ayam dia lagi busuk. whuahhahaha.... anyway.. by the time tengah tulis ni..nezha tengah tido dengan aman makmur. macam2 style tido. tapi nampak macam dia boring la. atau tak biasa lagi dengan persekitaran ni. malam2 ada gak bawak dia keluar rumah. tu pon kene dukung pelok kuat2 woo.. buatnya dia terkejut bunyik mercun kang pas tu terlompat terlepas dari pelokan.. memang saya meriam buluhkan budak yang main mercun tu. hahahhahaa...
~~
malam raya-->seperti biasa.. ada takbir datang rumah. biasanya giliran rumah saya ni last2 le kan. biasa dalam pukul 12am atau pukul 1am baru nak jejak ke rumah ni. tapi raya tahun ni rumah saya nombor 1. ayoyoyoyooo.. macam biasa, ma dengan budak adik pegi surau la. kata malam last kan, so depa pi la surau. saya dengan ibu dok rumah la. lepak2 tengok tv. sekali lepas isyak budak adik balik cakap suruh buat hidang sebab rumah kita nombor satu katanya. mana makcik tak melompat. apa taknya.. air pon tak jerang lagi, lemang ketupat tak potong lagi, kuih tak hidanglagi .ye la.. kitaorang budget dalam pukul 11pm macam tu baru le nak bersiap2. mula la kelam kabut segala. orang takbir dah sampai saya tunggang langgang kat dapor kasi siap semua. so, since air panas tak sempat jerang, bagi je la pakcik2 tu minum air sirap ais ye. hehehhee.. ok la tu kan. fuhhh... lega.. selesai juga. tahun ni orang takbir dapat kain pelikat sorang selai. setiap yang datang takbir tu dapat duit raya. itu ma punya part le. selesai takbir, sessi membasuh pinggan cawa le pulak kan. pengsan. tapi takpe..masih awal lagi. bagus la. patot kalo tiap tahun pon rumah saya yang first pon best jugak ni. boleh rehat sikit.
--
pagi raya-->bangun pepagi le kan. pukul 5am macam tu bangun dah.. nezha tengah tido lagi krohh.. krohhh.. saya raya tahun ni tido bilik bawah la. tak tidor bilik sendiri sebab nezha kat bilik bawah. bilik sendiri tu kat atas. susah le nak berangkot2 semua tu. so bilik saya si almaunah dengan si nurul le conquer. haiyaaaa... lantak la. jangan buat sepah udah. bangun pepagi tu masak kuah lontong la. arggh..tekanan betol. sthen panaskan kuah kacaang semalam dah masak tu kan sebab bagi orang takbir makan tu kan. then, siap2 meja hidang. saya dah mandi nak pi sembahyang raya almaunah dengan nurul baru bangun tido. chehh...terok betol perangai. pegi sembahyang raya dengan ma dengan budak adik dan aish. hehehhee... kejap je. lepas tu lepas sembahayang ada salam2 tu ma pi kasi duit raya kat bebudak semua. meloncat2 le budak2 tu kan. biasa kalo sapa dapat duit raya kat masjid time balik tu ma kasi banyak sikit. kalo datang rumah dapat sikit la. budak2 mana yangd ah balik tu ada yang patah balik bila dengar ma bagi duit raya. hehehehhee.. budak2 kan. itu le kemeriahannya pon. lepas tu balik. makan. sampai rumah saya tengok bekas kuih raya pon tak berisi lagi. geram betol. saya dah pesan dah dari semalam lagi task untuk almaunah & nurul tu. bukan suruh mop lantai, suruh isi kuih raya dalam bekas je pon. bekas pon saya dah basuh dan sediakan letak kat tempat kuih. pon tak terbuat. mana saya tak hangin pepagi nih. saya balik saya bebel la. then budak adik tolong saya isi kuih raya. lepas tu saya makan lontong. makan banyak! tambah dua kali! sakit hati punya pasal. hahahha.. lepas tu kawan2 ngah datang. budak lelaki biasa la... kitaorang ok je kalo kawan2 ngah datang. lagi meriah. ibu kata ngah ko jangan kuar pagi2 ni, ibu nak ko dok rumah. dah petang baru boleh kuar. hahahhahaha.. harus le kan mamat tu panas bontot. member dah janji dengan awek nak pergi beraya. hwhauhahhaa..rasakan! lepas makan2, tengaok tv, then baring tido. tido2 ayam je la...
~~
raya tahun ni kurang budak2 datang beraya. sebab kebanyakkan orang kat taman ni balik kampung. kalo tak tu.. bertalu2 kejap2 assalamualaikum..kejap2 assalamualaikum.. tahun ni kurang sesangat. terasa le ketiadaaan budak2 tu.
~~
raya ke-2-->pagi2 pergi kedai buat persediaan untuk kenduri esoknya tu. pergi dengan ibu dan aish dan budak adik. ma tinggal rumah buat apa yang patot. kulu kilir carik barang. fuhh...selesai. balik rumah tungtangtungtang buat persediaan. aduhaiii... macam nak tercabut lulut. ehh..tak tercabut tapi kan... peha betis lengan saya semua lebam tau. hah?? hantu gigit ke? ke dah raya hantu dah lepas balik? camne nih? entah le.. terima je la. lemab berbekas2. tapi takpe... hiasan tu namanya. hahahhaha.... petang tu pergi hantar ibu balik kejap. sebab ada hal. so, kesimpulannya raya ke-2 adalah separuh pengsan.
~~
raya ke-3-->hari kenduri. tu diaaaaaa...awal belom subuh makcik dah bangun ni. pukul 4am dah bangun tau dak.. dah rasa macam bangun sahur le pulak. bangun, jerang kacang..sebab nak buat bubur kacang durian. kacang dah rendam dah..so nak kasi kembang le sebelom masok santan. letak pulut... sebab nak buat pulut kuning kan. saya kupas labu siap2 sebab nak buat gulai labu campor cendawan. blender cili, kupas bawang, kupas itu kupas ini, fuhhhhhh..... pukul 9am macam tu jiran2 datang tolong la kan. tapi takde benda sangat dah pon sebab saya dah buat jugak. pukul 10am, saya belom mandi lagi. fuhh..patot le sedap laok kenduri hari tu...sebab tukang masaknya belom mandi. whuahahhahahahhaa....lepas tu ibu bising2 suruh saya mandi. aduhhh... so kena le mandi. tak senanghati sebab nampak macam banyak benda belom selesai. masa tengah pakai baju kat bilik dah dengar dah ma bising2 cari penyagat kat mana. dia nak buat acar mentah tu. hahahahhaa.. haa..tu le.. tak pernah kemas dapor kan. selalu saya je yang kasi settel tu kat mana saya letak penyagat pon dah tak tau. rasakan! whauhahhaha..saya dengar tapi saya diam je. hehehhee.. lama2 senyap, ingatkan dah jumpa rupanya kejap tu dia datang bilik cari saya daaa...tanya mana saya letak penyagat tu. hahhahaha... tau kecut. ada je kat para dapor tu. saya letak dalam plastik kfc. hehehehee.. lepas tu dah ok la. terok betol kan saya dah tau tapi takmau bagitau awal2 kat ma. ala..relax la.gurau2 manja katakan.
~~
pukul 11am tetamu dah datang la. huhuhuhu..meriah. pungpangpungpang... pukul 3pm selesai majlis. baru le saya berkesempatan nak makan. aduhaaiii... pedih dah perot. makan dulu baru kemas rumah. jadinya sementara ada orang lagi tu kan, baik le kemas awal2. hehehhee..kemas tapau sapu hangkot basuh susun semua apa yang patot, pukul 6pm settle. ada lebih nasi tapau tu suruh ma hantar pi rumah orang yang mana tak dapat or tak sempat merasa nasi tapau tu kan. ma pergi dengan ibu. saya dok rumah sapu lagi apa yang patot. petang lepak2 kejap.. diaorang semua nak chow balik.. sekali sayan teringat sangat2 kat budak2 kucing luar yang saya hantar pi kedai tu. huhuhuhu..cakap dengan ibu boleh tak if saya balik kejap nka tengok kucing. ibu ok je.. nak cakap dekat ma tu yang takot tu kan. bukan apa..kang dia bebel2 bising lagi pon dah senja masa tu. ahhhh..tak dulik la.. nak jugak pergi. so, cakap kat ma saya nak pergi tengok kucing, tido kl. nanti esok pagi balik sini lagi tolong kemas lagi. huhuhu..ma kata ok. yahuuuu..terus siap2 le. vroommmm...pi kedai jumpa kucing. yahuuuu...lepas tu balik rumah, mandi tidorrrrr...
~~
raya ke-4-->bangun lambat. tak le lambat. bangun awal macambiasa, pas tu tido balik. ni le chance nak bangun lambat. kalo kat rumah ma tak boleh bangun lambat. baru nak sambong tido tetiba dah teringat pulak kat nezha yang ken tinggal kat rumah ma tu. huhuhuhu...sure dia sedih sebab kena tido sorang malam tadi. ahhhhh... terus tak jadi tido. terus bangun siap2 balik rumah ma. uwaaaa..bagaimana harus ku belah2 badan ku supaya boleh berada disemua tempat pada satu masa. sampai rumah tolong susun pinggan pulak. since yang basuh semalam tu dah kering, kena la susun balik atas para kat stor. huh..anak mithali betol. mana nak carik anak rajin macam ni. kemas rumah lepas kenduri sensorang. hahahhahhaa... sapa nak amik jadi menantu baik cepat2... kalo tak rugi le makcik2 diluar sana tu. hwuahhahahhaa....petang lepas kemas, saya pon amik bantal letak depan tv kemudian...zzzzzzz...hehehheee.. dah pukul 530pm bangun. perot lapar, sebab tak makan dari pagi. serupa puasa pulak. korek2 petiais, ada ikan. memang ada je untuk stok raya. takmau makan ayam ke daging ke. jemu! buat ikan masak tauchu. masak nasi. siap masak...kitapon makannnnnn.. malam takde buat apa la. tengok momok the movie. ingatkan cerita apa..cerita mengarut rupanya. chehhh..baik la tengok csi. lepas tu.. here i am.. tulis update blog. hehhehe...
~~
obek?? hehehhehe..dia raya rumah mak dia le...kat johor. tapi hari ni dia dah start kerja dah. kena pi iskandariah apa ke katanya.. idak le saya tau mana hala tempat tu. esok kene shoot ke cameron lagi pulak. haihh... siannya dia. utara selatan perginya. dharap semua urusan dipermudahkan dan selamat pergi selamat balik. saya sentiasa doa macam tu untuk obek kalo dia kerja luar. saya takmau dan tak pernah nak kirim2 barang ke apa ke atau asyik2 call sms dia suruh balik cepat. sebab saya risau. kalo kita gesa2 dia nanti lagi dia tak concentrate. saya cuma harpa semua urusan berjalan lancar dan diberkati. sayang obek. raya tahun ni obek kasi bukan saya duhet raya..tapi jugak banyakkkkkkkkkkkkkkkkk barang2. hehehheee.. bagus2. i love you obekkkkk..nanti beli la lagi. rindu kat obek.. bila nak dapat jumpa niiii????
~~
itu cerita raya. dalam pada kita bersuka ria.. ada yang bersedih. isu kes sosi^lawati tu... aduhai.. betol2 kejam. kalo betol itu lah dia dan rakan yang kena musibah..entah la.. apa pon, kita semuakan doakan untuknya. bab cerita kemalangan maut pon menjadi2. hari2 ada je laporan kemalangan. pandu hati2 ye... tengok kat tv highpon pon boleh jammed. sesak! jaga diri semua ye.. jaga kesayangan kita.
~~
ok la.. tu je kot. sorry entry ni takde gambar. malas le nak korak cable. mana ntah halanya dalam beg kat bilik atas. tak larat dah nak panjat tangga tu. nanti dah senang2 kita upload gambar ye. gambar nezha la..bukan gambar saya. takde maknanya...
~~
all the best to everybody! pergi beraya tu hati2, kutip duit raya banyak2 sikit. pada saya yang ada anak2 bulus tu... haa..kutip jugak. tak kira. nezha dapat gak duit raya. obek bagi. hehehhee.. tu je la. nanti la nak mintak duit raya untuk nezha kat ma. hwuahhahaha...
~~
i love you obek...(rinduuuu)
i love you nezha...(very good boy tau)
i love all of you...(jangan mabok ketupat ye..)

2 comments:

meowwmania said...

wahh rajinnya....anak sapa la nih ;)

biasala kan kate raye, gitu la ropenye...asik koje masak, buat air, basuh pinggan sampai naik kecut tgn dibuatnya huhuu..

saya said...

meoww--tu la pasal.. apa boleh buat..layan je la...