mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 8, 2010

semua orang dah raya mood.. saya je tak...



hello...
hari ni dah hari rabu. kebanyakkannya ramai yang dah cuti kan. ye la.. nak balik kampung, nak persiap itu ini semuanya. pendek kata semua orang sebok la hari ni. esok lagi la...bertambah2 double triple seboknya. including me la tu kan. huhuhuhu...
~~
jalan ke office hari ni dah sunyi dah. ramai yang dah balik kampung agaknya. budak2 kat office ni dok la doa if boss bagi half day free. huhuhu..tak dapat nak nolong. gila kedekot punya bos kompeni ni. cuti raya pon potong gaji lagi ko ingat dia nak bagi cuti pre? kirim salam.
~~
cerita pasal semalam. semalam balik macam biasa. dah cakap dengan obek nak buka katluar. teringin sangat nak makan ikan sweet sour panas2. dari minggu lepas dah teringin tapi tak berkesempatan nak pergi. so semalam kerah dia jugak. nak jugak2 tak boleh tidak. hehehhhe..so, balik kemas cepat2 then siap2. pukul 7pm obek sampai. terus pergi kedai, terus order. mujur masih ada table kosong. kalo tak.. meroyan lagi. order air sampai 3. tu saya le tu. gila haus betol semalam. order air tembikai laici dengan sirap. hehehhee.. pas tu ikan sweet sour, sup ekor, kangkong belacan, sotong goreng tepung, udang masak pedas. cukup..cukup..cukuppp.. tu perli namanya tu obek... mentang2 saya nak makan macam tu pegi order banyak macam tu pulak. ahhh..lupakan. yang penting makannnn...so, tunggu la sementara waktu berbuka. orang kedai bukak tv3, cerita apa ke namanya budak pakai tudung tu la.. dengan zizan nin. haa..yang tu kenal sebab selalu tengok tv dia berlakon. so, dah azan, tapi makanan belom sampai lagi. minum2 dulu la. dah 10 minit macam tu baru sampai. serbuuuuuu...alhamdulillah. takde kempunan2 dah.
~~
lepas makan pegi jalan2 kejap. jalan2 je la takde beli apa pon. jimat wehh.. tahun ni budget raya adalah terhad. huhuhuhu..tak syiok betol la. lepas tu dalam pukul 9pm, obek hantar balik rumah. balik rumah, tengok tv kejap lepas tu tidoooooooooo... tengah syiok2 tido sekaliobek call. ooo..dah pukul 4am rupanya. dia ajak pi sahur. malas betol rasanya tapi pegi jugak la. saya tak makan apa, cuma minum soya bean. sedap pulak soya bean tu. obek makan roti canai. masa nak bangun tido tu nezha marah2 saya. ye la..member tengah sedap2 tido melengkor dalam selimut sekali kena bangun daa. hahahhaa.. meow2 kuat2 jerit2. sabor je la. nak berkepit je 24jam satu koje pon nanti tak siap nezha oiiii....lepas habis sahur, balik. baring2 kejap then kemas beg untuk balik kampung. balik kampung le sangat. kampung kat sebelah ni je ha..jalan kaki pon buleh. tapi kemas2 je la kan. entah nak bawak apa. baju suar semua ada kat rumah ma. nak bawak balik baju kurung raya tu je la. kuih raya apa semua dah hantar last week. cuma bawak bahulu yang baru dapat hari isnin tu je la.
~~
petang ni nak hantar budak2 luar tu pegi kedai. diaorang tinggal sana la. kalo tak nanti takde orang nak bagi dia makan. saya cuti lama. sian pulak rasanya. nezha tahun ni ikut balik kampung. nak bawak sangkar dia tu kang 1 hal. nak berangkot pulak. kalo rumah ma memangkena boh dalam sangkar le jawabnya. rumah ma tu pintu terbukak je seluas2 alam. huii...jangan dibuat. kang dia lompat keluar kang saya pengsan. malam la kot baru letak dalam bilik tido sama. hehehhee.. ap apon, belom finalise lagi. tengok dulu camne.
~~
obek entah balik raya bila. esok kot. owh..petang ni saya kena buka sorang2 le. sebab obek ada buka puasa dengan sapa ntah. orang kerja dia la. aduhh...malas betol nak pusing pasar ramadhan tu. entah ada lagi ke tak orang jual2 hari ni. dah raya mood katakan. owh...raya nanti seminggu woo tak jumpa obek. waduh waduh aduhhhhh....camne ni???
~~
apa lagi nak cerita? taktau la.. apapon kalo ini tulisan terakhir, saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ni. sayang semua! maaf zahir batin.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

meowwmania said...

selamat hari raya juge...

mende first kena urus bebudak tu dlu yerk...hihi sama la kita..

ni tgh pk ti raya mesti rmai org kat ghumah terpaksa la kurung bebudak tu, dorang da la tak suka kena kurung memang mengiau sekuat hati la memasing

yeyeh nezha dpt ikot balik raye..dont be naughty ye nezha

semoga lebaran ini membawa seribu kebahgiaan buat kita semua, insya'Allah

Hazelsyd said...

hi saya,

aikkk?? macam org sydney gaks jer ni tak baper ada mood nak raya? hehe..takper, i'm sure u'll have the mood tu on hari raya tu nanti! just like me also!

apa2 pon, selamat hari raya cik saya, selamat hari raya nezha sayanggggg hehheeh

Misz Pinkie Winkie said...

selamat hari raya leeya.
lin arie nie nak cabut awal.
cabut senyap2..
lorong2 pon dah sunyi..nie pon tadie sempat lagei g petshop jenjalan tengok meow.
hahhah..opis sendirie lah katakan arie nie.buat la sesuka atie.
tak ingat baper kali asik duk kulu kilir start enjin kete keluar.
hahhah..giler happy.

selamat hari raya yerk.
mestie windu tak jumpa obek seminggu..
sama lah kita.hehhe

sesemut said...

selamat hari raya to you & nezha.
tell nezha - selamat la u nezha... doa byk2 xder umat2 kenit nak ngusik.

from me & ashley