mari mencari....

Google
 

Monday, September 6, 2010

weekend yang havoc!...


ssyyyy... jangan bising, acha tengah study tu. punya asyik masyuk khusyuk membaca siap sampai naik2 lagi kat atas fail, begitu tawaddukya dia berkomitmen nak membaca, sampai terpejam2 mata. huhuhuhuhu.... itu maknanya bukan membaca...itu membuta. mendengkikan orang membaca tak layan dia, jadinya dia naik la duduk atas fail semua tu. haihhh...sabor je la. sampai tertidor2 dia tengok mata sampai berair.
~~
camne weekend? weekend saya sangat havoc. penat, melekat, berkilat, eh..macam dialog ahmad albab daa... tapi kenyataannya, weekend saya sangatlah memenatkan. aduhhh.. tak cukup rehat, tak cukup tidor, tak cukup masa pon nak main2 dengan nezha. sabtu pepagi dah pegi shah alam. kata nak carik baru bling2.. haaa.. mengadapap le ke sana. pegi dengan almaunah. obek hantarkan pi rumah dia. pegi dari pukul 10am sampai ke 4pm. macam nak tercabot lutut ni. dengan ramainya orang. aduhhh.. kat pkns tu banyak jugak choice, tapi kene pegi yang kedai butik2 atas tu le. kalo yang kat ruang legar tu biasa2 je. harga? hiishhss.. ada yang melampau2 reganya, tak memadan. setengah bulan punya gaji. gila la. taktau le apsal mahal sangat. ada yang affordable. saya pilih yang biasa2 sudah... janji ada. memula pegi pkns, pas tu pusing2 riki2 baju & harga. pas tu pegi lak sacc mall. takde yang menarik, tapi ada pameran kucing wooo.. aduhhh...melekat pulak kat sana 1/2jam. geram. comel2. ada yang gumuk, ada yang kurus. hehehehhe.... hitam ada, putih ada, coklat ada, takde bulu pon ada. hahahhaha.. tapi sian kucing2 tu, terkejut kot sebab tetiba je kena letak dalam cage then orang ramai snap2 pic kena flash2 tu kan. sampai terkejut2 dia. alalalla..siannya. saya tak amik gambar, takmau la takot kaco kucing tu. lepas tu pusing pulak nak ke mana..apa ke namanya yang belakang sana yang ada the store tu. entah leh. nampak dekat tapi nak kena menapak. sorry la. tak kuasa dah. pegi je balik kat pkns tu. since dah aim baju tu, so senang le. pegi try2, then nego2 price, then beli. lepas tu turun bawah, beli kuih raya. mmm..jumpa tart bluberrytu tapi pewarnanya..masyaallah.. pekat beno. ungu terlebih. over tau. agak2 le time nak tuang pewarna tu. leceh la. so pusing2, takde la.. ada 1 kedai tu ada le nampak macam kureng sikit pewarnanya. so beli 2 bekas. pas tu pusing lagi. nampak ada orang jual macam coklat tu la..dalamnya ada letak pisang salai katanya. wahhh..new recipe ni. beli2 jangan tak beli. tamak beli sampai 6 bekas. eeeeee.. sapa le nak makan banyak tu kan. takpe.. dah kasi kat obek 4 bekas, suruh bagi kat mak dia. chewahhh... jangan tak sampai kampung benda tu dah dibedal udah le. lepas tu beli apa lagi? beli kerepek2 la. ntah hapa2. pas tu melepek balik. lutut macam nak tanggal. sampai rumah almaunah pukul 430pm. obek dah tunggu. terus cabot balik. sampai rumah pulak kemas nezha pulak. saya pon siap2 nak kena balik rumah ma. call ma tanya nak makan apa untuk berbuka. mem tu nak rojak mee daaa.. carik2 jangan tak carik. jumpa. beli. kowtim. kat rumah ma dah masak gulai lemak ikan tenggiri. jadi la. saya tambah goreng ikan masin sekor. tu pon tak habis. buat air tembikai. pukul 7pm dah dok mengadap makanan jeling2 air tembikai. tuang siap2 dalam cawan. haihh..lambatnya azannnn.. azan terus doa2 then gluk2.. minum air 3 cawan. fuhhh.. baru le nampak manusia. lepas tu makan. pukul 830pm dah kebabom. penat sangat2.
~~
ahad, pepagi dah kuar pegi pasar. nak beli barang2 le nak raya kan. melayan ma le pulak. beli petai banyak! 1 ikat 100 keping. nak buat makan raya katanya. hambekkkk.. sebab nanti tak jumpa dah pasar untuk beli barang2 tu. lagi pon dah buzy. beli udang apa semua. aduhh..kereta busuk lak sebab air udang tu tumpah kat dalam kereta. tak sempat cuci lagi. busukkk... hehehhee.. pas tu pegi hantar barang kat rumah makcik mana ntah. ma order wajik. suruh makcik tu buatkan. beras pulut 10kg yoo... sapa le nak makan banyak2 tu maaaaa???? hantar siap semua beras pulut gula garam kepala serba neka bagai le. sabor je la. lepas tu pegi pulak beli barang kering pulak. cili bawang ikan bilis segala. aduhhh.. macamnak tanggal lutut. balik rumah kemas2 semua tu saya siang udang siap2. dok gunting ekor & jangut udang 5kg. bengkok pinggang. dah siap, simpan dalam frezer. siap 1 koje. lepas u dok kupas petai tu pulak. kupas then simpa dalam peti ais so dia tahan lama. settle. bengkok pinggang lagi sekali. dah tu dah..surrender dah. pukul 230pm, balik rumah. ibu lak call suruh singgah rumah dia sebabdia suruh belikan barang apa ke benda tak cukup. pegi2 jangan tak pegi. amik tulis senarai segala. siap bawak contoh batang takot kang tersalah beli. nak beli kat mana? nilai3 woooo... sabor2.. layan jangan tak layan. balik rumah dulu tengok nezha. masa tu dah pukul 3pm. kemas2 cepat2 buang uk-uk dia semua kasi makanan baru air bersih semua, saya pon siap2 nak pecut ke nilai 3. kuar rumah pukul 330pm. fuhh.. zummmm ke nilai3, pukul 415pm sampai. jalan clear tapi bila dah masok ke area sana tu yang jem. jalan sempit dan ada trafik light. disusuli pula dengan pemandu bongek tak reti nak jalan cepat bila dah lampu hijau. terhegeh2 masok gear. sabor je la. terus tuju kedai yang sepatotnya. mujur ada parking. manusia punya le penuh kat sana. pening! beli2 semua ada. mujur ada semua sebab dah le kene pergi ke kedai yang berbeza2. uwaaaaa... jalan cepat2 lari2. kedai last sekali benda yang dihajati takde. ehehhehe.. so call2 ibu nak tanya nak amik benda lain tak. aduhh.. tak berjawab pulak. banyak kali call tak jawab. ini sudah mendatangkan kemarahan ni. so, call si nurul kot2 le dia ada kat rumah boleh pass ke ibu. chehh.. ibu tinggal hp dalam bilik, dia kat depan. sabor2 jangan tak sabor. lepas berdisgusi dengan cemerlang, so beli le barang lain. fuhhh.. menitik peloh. dah le sorang2 kulu kilir. siap je beli dah pukul 530pm. pecuttt balikk.. tak bolehlaju ugak sebab jem kat trafik light tu. lepas tu trafik light tu boleh pecut dah. vroommmm... sampai rumah saya pukul 630pm. sebelom tu dah call obek suruhdia datang jemput saya pukul 630pm kat rumah. sebab nak buka sekali katrumah ibu. obek sampai je terus pecut pegi rumah ibu. hangkot segala neka barangan yang diorder tu. ayouoououo. betol2 havoc semalam. almaunah pon ada jugek.. tapi masa saya sampai depa takde, pi kuar pi pasar ramadhan. beli macam2 sampai tak muat meja. popia gorengada, popia basah ada, kuih cara hangit pon ada, roti john, kuih deram, apa lagi.... kuih lopes, ayam panggang, kerang goreng. huiiii... macam2 ado. ibu masak daging black pepper. azan je capai air dulu glukk2.. baru suapan nasi yang pertama, zingggg.. tu dia. punya bapak pedas daging black pepper tu sampai nangis2 woooo.. kaki pon goyang2 sebab tahan pedas. uwwaaaaa... terus makan sikit je. ibu sudah suspen sebab saya memang tak tahan pedas. tapi diaorang semua makan ok je. uwwaaa.. ini tidak adil. saya memang tak tahan. minum air then pegi toilet kumur2. pas tu terus sakit perot. sampai le ke sekarang. huhuhuhuhuuu.. lepas makan ibu sapukan minyak angin urut2 perot. biarlah. sapa suruh masak pedas2 sangat. lepas tu lepak2. tetiba obek pulak dapat call kene kuar. so, dia tinggalkan saya kat rumah ibu sebab saya sakitperot. malam dia dah habis kerja baru amik saya. pukul 3am. sabor je la. balik rumah sambong tido. perot masih sakit sampai sekarang. uwwaaaa..
~~
tule laporan weekend saya. havoc semacam. rasa macam dah tak cukup tapak kaki. apa lagi nak cerita. saya cuti khamis. takpe la.. rabu malam lepas maghrib balik rumah ma le kot. sebab khamis tu sebo dah nak masak2. takde orang nak harap. saya sorang je kat rumah tu. sabar.. sabar.....
~~
ok. so lagi berapa hari? lagi 7 hari yoooo... dupdapdupdap....
~~
ok la.. nanti sambong lagi. saya mengantok sangat sangat sangat ni. byeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

wahh...
memang padat betol jadual weekend cik leeya kita nie.
akhirnya jumpa gak tart bluebary.
kalo betol original rasanya..sedap giler kan?

nezha bukan main montel skang yerk..
geramm betol...muker dah cam papan lapis tengok..leper jerk..

leeya tak tahan pedas ker?
lin..suke pedas..cili buat ulam pon slumber badak jerk.hehe.

leeya..
lin dah update blog..ada gambar dottie...
dottie sudah ada kawan namanya en.morttie.
hehe...tapie ada muker dottie jerk..kawan dia tak masuk lagie.

meowwmania said...

btol2 havoc nih, baca baca sampai terkonpius kena baca balik semula sabo sabo...

apa barang tak tahan pedas kan misz pinkie, cili tu wat ulam lagik slumber jew

Hazelsyd said...

tu diaa....kalut ribut sunggoh weekend dia...hehehe

~dARlee zURiS~ said...

mak aii..busy woman tol nih.

haah la kan.rasanya cam melampau lak harga2 baju time raya nih.
nak bli kebaya nyonya tp harga dlm 2++.trus hilang mood nak bli sbb tau kat bandung leh dpt giler murah.huhuu..

saya said...

pinkie--cili buat ulam?? kalo saya dah gol awal2. hahahhaha...

meow--ecehhh... bagi la bukti cili buat ulam try test tengok. hahahha...

hazel..tu la dianya... super woman gitu.

zuris--memang. melampau2. takde yang harga 100 kebawah dah.