mari mencari....

Google
 

Friday, October 29, 2010

aduhai...





ya allah...
saya susah hati sangat sekarang ni
macam2 pulak kejadian menimpa dalam satu masa
bengang
tensen
susah hati yang pastinya
dah cuba untuk cool
tapi tipis sangat rasanya
aduhaii...
tolong doakan saya supaya kuatkan semangat
nangis hari2..

Wednesday, October 27, 2010

penat, lapar, sakit ati...


hello...

aaummmm... tu nampak tu harimau jadian tengah marah tu. ya tuhan..apa masam beno mukanya takde nak senyum lansung??? tu gambar pagi tadi..masa nak pergi keje. standard le.. member sebok nak baring2 suruh garu saya pulak tak layan then cepat2 nak keluar. maka marah le member tu kan. hehehhee.. alolololooo..sayang dia. dah garu banyak dah nak juga selalu garu. tetiba rindu sangat pulak kat dia tu. rasa nak cubit2 pipi dia tu la ank pelok2 kuat bior sampai dia jerit2. owhh..sayang nezha bucuk macin. huhuhuhuuu..
~~
apa nak cerita ye. owh..semalam saya balik rumah ma. ada hal sikit le. penat. macam nak pengsan walhal bukan la jauh sangat pon balik rumah ma tu. tapi sebab nak settle hal cepat kena la kejar sana sini. dah buat appoinment dengan orang yang nak dijumpa tu. boleh orang takde. sungguh menyakitkan hati betol. sampai2 je anaknya kata ayah takde. kitaorang ingat kuar kejap, sekali katanya pegi ke sg.besar.. malam2 baru balik. maunya tak, baru kuar lepas isyak walhal kitaorang dah janji nak datang jumpa lepas isyak. saya macam nak maki je. dah maki pon..tapi dalam hati la. bengang gila la. dah tau ko nak keluar tu apa la salah ko inform kitaorang ni. tak le saya terkejar2 balik ke sana malam2 buta. susah sangat ke nak angkat talipon tu inform. takde kredit ko miss call je la tau le kita call back. mana saya tak geram. sakit hati sangat tau. mula la tu kang nak mengata. pegi surau 16kali sehari tapi janji tak reti nak pegang. bongok! ma tengok muka saya semacam je dia pon kata jom balik. saya nak je berckp dengan anak dia tu tapi kang budak tu ponbukan tau apa cerita. buat tambah sakit hati je. so, balik rumah, makan bahulu 3 bijik dengan milo ais then tido. sebelom tido sms obek mengadu. hwuaahhaha.... bukan apa..saya paling benci orang tak retinak tepati janji ni. kalo bz cakap bz, kita set lain hari. kalo ko nak kuar ada emergency call or inform le orang ni cakap cancel janji. kan senang. tu mujur dekat, kalo jauh2 camne? haaa..jangan tak tau dia ke sg. besar tu nak buat apa? ingatkan ada le sedara mati ke apa ke rupanya nak pergi berurut! puiiii.... nak menyumpah kang lain lak ceritanya kan.
~~
pagi ni bangun macam biasa. tapi kuar rumah ma awal sikit la. ingat nak terus pergi keje tapi tengok awal lagi then agak2 sempat baik rumah. so, saya divert balik rumah dulu jenguk nezha busuk masam saya tu kene tinggal malam tadi. sampai2 je terus pelok kuat2. lepas tu baru pergi keje. mujur tak jammed sangat hati ni. kira ok la. call obek kejut dia bangun. dia keje malam tadi pukul 2am baru balik. call dia bangun, then sayapon masok opis buat keje. by the time saya tengah type etry ni ada monyet datang mengendap. konon2 buat nak pinjam ruler. huh.. berpuloh2 ruler kat opis ni kat saya jugak nak pinjam sambil mata jeling2 monitor. pui.. lantak la. pedulik hapa! yg ko tu print personal items banyak2 boleh lakkan? siap print colour lagik. ada aku kesah???
~~



pandangan sisi. mana idongnya? tadekkkk..ilangggg.... hehehhehee...
~~
so hari ni lapar la. tadi dah makan balance biskut 3 keping. tapi still rasa macam lapar lagi. arghhh.. apakah itu tanda2 nak mok-mok? owh..tidakkkk... ok, jusco sale sekarang ni sampai early november. tetib aje masok bab jusco kan. spoil. obekkk..nak sopinggg...
~~
apa lagi nak tulis ni? entah la. tetiba blank. nanti la sambong. selamat berkerja. dan sila pegang janji sekiranya anda ada buat janji dengan orang kalo tak kene kutuk free2 je. ingat tuuuu....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, October 26, 2010

heii..sapa yang super comot itu???...




aduhhh...apa comot sangat ni?? eeee.. sapa le yang nak pelok cium dia ni kalo dah comot macma ni. terok betol. chehhh... tu namanya baru bangun tido terus pegi makan minum tu le jadinya muka comot ya rabbi. dengan taik mata, dengan air meleleh2 kat mulut. nezha...nezha..kenapa nakal sangat ni. tu ada hati nak lelap lagi tu. tido duduk. sabor je la. saya snap pic je dia tersedar terus tergolek. ya tuhann.... takpe la..sayang punya pasal, comot pon comot la. lepas tu saya dah lap2 muka dia dia pon dah merayap pegi ke pintu tengok2 luar. hishhh..budak ni.
~~
amacam? best ke pepagi tengok muka budak comot tu? hahahha..jangan hilang selera makan ye. makan tetap kena makan. eh.. apa pon saya nak ucapkan ribuan billionan trilionan terima kasih kepada semua kawan2 sayang yang dah wish birthday pada saya. semoga anda juga dirahmati hendaknya. takkan wish aje.. hadiahnya mana? kurang2 1 pek royal canine. kalo saya tak makan pon bolehkasi budak busuk tu. ehh.. nak jugak termasok dalam senarai hadiah. not good..not good..
~~
semalam macam biasa. kerja, kerja, kerja. obek pon bz. balik pon macam biasa. tak beli makanan apa pon. lunch semalam tu makan nasi sikit dengan sambal tempe dengan hati ayam. lama dahtak makan hati ayam. makan hati sendiri hari2 makan hati. uwhahahahaa... anyway, macam kenyang pulak sampai ke malam. obek kerja balik lambat katanya so saya pon tak le kacau2 dia. tengok tv, melayan budak busuk tu then tido. pukul 10pm tu obek call, ajak pi dinner. ahhh..orang dah tido dah baru nak call. tapi dengar suara dia lain macam je baik le pergi cepat tu mesti ada apa2 isu tu. hehehe..sekali betol da..dia sudah gado2 daaa... gado2 tu memang sedap..kalo gado(h) tu yang tak sedap. hishhh.. baran tak hilang2 lagi orang tua ni. ingatkan dah hilang dah. lama dah pon dia cool tu. puncanya biasa le.. hal kerja2 ni. lantak le hal jantan2 semua. tak kuasa nak masok campor. saya kasi tadah tinga je la dengar dia bebel2. huhuhu..so tak le makan sangat. just minum carrot susu dengan makan roti bakar. obek minum nescafe tarik degan roti bakar. sebabkan dia membebel lama beno, dan roti bakar tu sedap pulak, saya sebat le roti bakar dia. hwuahahhahhaaa... baru best dengar orang bebel sambil makan. tak le pening makcik mendengarnya ye tak. dah habisssss dia memebebel tu, dah lega gamaknya baru le buka cerita lain. hish, hish, hishhh.. obek tu memang le jenis tak bercakap2. senyapppp je. tapi, sekali dah membebel.. putus telinga di buatnya. sabar2.. layan je la. owhh.. masa saya tengah makan2 tu kan, macam le ada dengar suara2 bunyik2 kartun. saya tengok2 gak keliling sapa le tengok kartun walhal tv kat kedai cerita lawan2 ni. aduhhh.. bunyik dah le macam suara upin ipin. huhuhu... rupanya..ada le budak kecik belakang table saya tu..kecik dalam umor setahun lebih agakya, tengok video upin ipin kat hp ayah dia. wahhhh.. patot le kejap2 mengekek gelak, kejap2 mengekek gelak.. macamkan paham beno. hehehehhe... pandai lak tu tekan2 hp ayah dia kasi volume kuat volume slow. eeeeee...geram! comel! lepas makan2 balik la. tengok tv kejap, then sambong tidor.
~~
hari ni bangun macam biasa. eh..tak biasa.. lambat sikit. malas. nezha dah kejut dah tapi saya malas. nak baring je lagi. biarkan sampai opis lambat. mencik! tapi takde la kan. bangun2 kemas lebih kurang, bagi nezha makan lap2 muka dia semua saya pon pergi keje. malas betol nak tengok muka para pelakon ni. membosankan.
~~
hari ni macam lapar. tapi takde mood le nak makan apa. arghhhhhhh....
~~
rindu kat obek... pagi tadi call kejut dia bangun dengar suara macam dah ok je tu. hehehhe.. dah cool le tu kot. obekkkkk..bangunnnn..pegi meetingg.... kejar paymenttt.. nak sopingggg.. huhuhuhu....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, October 25, 2010

happy birthday... to me!!!!


yuhuuuu...
~
happy birthday to me la ye..
~
sian betol takde orang nak wish maka terpaksa wish sendiri. huhuhuhu.... takde celebrate2 apa pon, semalam obek ada belikan kek je. potong2 gitu je makan2 kek. ada amik gambar tapi entah tak bole nak transfer pulak dia kata not apa ke benda katanya., entah le cakap omputeh tak paham teman. hadiah??? obek kata nanti. uwwaaa....mencik laaa...
~
apa pon, umor dah bertambah. harap2 sihat sejahtera aman makmur, murah rezeki, diber keberkatan hidup dunia dan akhirat. aminnnn..doa2kan untuk saya ye. so hari ni takmau tulis banyak nanti spoil mood. hehehehe... pada sesiapa yang sama birthday dengan saya.. happy birthday to all of us!!! may all our dreams & wish will come true!!!
~
p/s : birthday saya semalam...24th october... tahun?? rahsia laaa... uwwwwaaaaa....
~
nezha mkn kek byk.. mencik tau..suka overshadow tuan punya burthday.

Friday, October 22, 2010

mood mondom la...


hello...
huhuhu..semalam saya merajuk tau. chewahhh.. entah la.. mood berbagai2 perisa perasa flavour semua ada lah. macam iklan tv tu.. secukup rasa.. apa barang masak guna serbok perasa.. tak elok untuk kesihatan. eh..melalut lak. kata nak crita pasal merajuk terus terbang pi iklan tv lak. anyway..merajuk dengan obek lah. huhuhuhu..entah la.. saya tau dia bz tapi rasa macam takde masa lansung. sekali pikir apa la macam budak kecik pulak. hehehe. bayangkan orang yang couple jauh2 tu kan lagi la, patotnya saya bersyukur sebab walopon jarangjumpa tapi masih dekat. dekat tapi jauh gituuu... huhuh,..takpe la. akan tetapi, tetap le jugak nak merajuk kan. bior bagi obek keje lebih masa sikit. dia keje lebih masa sampai malam2 untuk opis takpe, sekarang bagi dia keje lebih masa pujuk saya. hwuahahhaha... so merajuk punya pasal saya mandom sendirian kat rumah. takpe..nezha ada. fuhh..selamat..
~~
tapi takde maknanya le kan nak majuk lama2 tu buang masa je. so pagi2 buta pukul 4am obek dah call ajak pi breakfast. harus le saya mau pegi. rugi kalo tak pergi kan. so, pagi ni siap awal2 sikit then pergi le breakfast dengan obek. saya makan roti canai dengan milo ais, obek makan mihun letak telor goreng dengan teh o suam. hujung2 dia sebat air milo ais saya pulak. 2-2 tak perasan sekali saya nak minum tengok milo dah tinggal sekerat. chisss... sungguh tak ku sangka. makanya saya kena minum air teh o suam dia le pulak. hahahhahaa.... lepas makan pegi keje le. pegi keje dengan hati yang gembira. tapi kejap je. sebab sampai opis tengok pintu tak bukak lagi. chehhh... parapelakon belom sampai opis lorr.. diaorang je yang ada kunci opis. saya takde. takmau pon. payah.
~~
apa lagi nak cerita? owh.. cerita pasal pelakon. takpe la. biasa je tu. ffm pon dah kuar keputusan kan. tapi ffm opis belom dapat keputusan lagi nk bagi kat sapa anugerah pelakon terbaik tu. hehehehe...
~~
ok la. nanti sambong lagi. saya pening ni mikir banyak perkara. berserabut otak taktau nak cakap kat sapa. cakap kat nezha takde respond le. hahahhaha..malam tadi dia baik. golek2 je. love him so much!
~~
happy weekend to everybody!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, October 21, 2010

happy & sad...


hello..

saya takde semalam ye? temankan budak gomok bertafakur. tak caye? tengok muka dia.. hahha.. ok, tipu belaka. semalam terlalu buzy. nak kentot pon tak sempat. ok, tipu lagi. bz la.. macam2 benda nak kene buat, telepon ofis pulak rosak. tak boleh call out. entah apa kena. katanya telekom problem. incoming pon tak bolhe. orang boleh call tapi kita sini takde ringging. aduhh.. saya dah le nak kena call sana sini banyak tempat. nyampah betol. anyway..tu cerita semalam. lupakan je la.
~~
obek? owhhh.. rindu sangat kat obek, ehh.. macam le lama tak jumpa kan walhal baru je jumpa. semalam obek kerja kat kuala selangor. petang semalam dia call dia kata dia belikan udang & sotong dari sana. baru naik katanya. saya ye kan je la. bila masa pulak saya nak masak benda tuh??? owh.. tekanan. pakcik nelayan tu tak boleh masakkan siap2 ke ha? hahahhaa.... so, pagi tadi pukul 5am obek call. cakap baru sampai rumah. ok la..sian keje siang malam. so,pagi ni saya pegi breakfast dengan obek le. yahuuuuu.. pepagi buta dah dating. apadaaa.. takpe..bukan buat apa pon. makan kat kedai mamak je. saya makan roti canai dengan air soya bean, obek makan nasi lemak dengan teh o suam. nampak muka obek je dah kenyang. hahhaha..ye2..itu ayat penyata gatal namanya.
~~
petang semalam ada sikit isu kat opis ni. biasa la kan. saya kalo takde keje cukup time saya balik. wat pe nak tunggu lagi. well, semalam ada orang tegur, sebab saya selalu balik awal. huh! wtf!!!!! ko nak melangut kat opis ko punya pasal la. jangan pasal ko orang lain pon kene stay kat opis. sorry. i have my life after office hour. u nak bodek itu u punya pasal. i takmau masok campor. eee..bencinya. saya dapat tau tu sebab ada yg sms saya bagitau. saya rasa macam nak patah balik je naik opis bersemuka dengan orang tu. saya tak suka la cakap belakang2. tak suka kalu, depan cakap mari. takpe..satu hari akan terbuka juga secara berdepan.
~~
balik tu singgah pasar malam. ingat nak beli dinner la. tapi sebab mood dah ke laut cina selatan lautan pasifik bagai, takde mood dah nak beli apa. bengang!!!! just beli burger dengan apam balik. balik rumah pon takde mood. nangis. see.. konon2 je garang bukan main tapi sebenarnya suka nangis2 chehhh... nezha baik dia datang pujuk. gesel2 kat saya. lagi la saya melalak bagai tak mau. hahahhaha.... nak sapu rumah pon takde mood. sapu lebih kurang je. totally takde mood. tengok tv, lepas tu mandi, lepas tu makan burger share dengan acha. dah. pas tu tido. tido pon nangis lagi. nezha tak pujuk dah. dia sebok tido sendiri. owh..sebelom tido tu sikat2 bulu nezha sikit. suka dia tergolek2. penghibur hati dia tu.




nezha muka garang le konon. garang2 pon taik mata seketol. baru je lap tu dah ada lagi. tak hensem la dia.
~~
apa lagi nak cerita. owh.. terima kasih pada yang wish good luck kat obek hari tu. mudah2an berkat la ye. sayang korang semua.
~~
saya pening le. pusing2. camne ha???
~~
ok la..tu je nak cerita. tak de mood. nak tengok monyet2 lompat ni. meriah!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, October 19, 2010

good luck obek...


errkkk... aksi jelir2 lidah tanda protest. hahahhahaha... so cute. for me lah kan. walopon busuk masam tetap le hensem dimataku. ni pic pagi tadi. wahhh..pagi tadi dia protest lor..takmau kuar bilik. saya dah buat macam2 gaya angkat dokong pon dia gelejat2 nak turun. bila letak dia lari lagi masok bilik. haihhh... geram betol. malam tadi dia tido lena. tak kacau2 pon, dah pagi pukul 530am tu baru dia kejut. tu pon dia kaco kejap jepastu sebok nak main wayar hp. sabor je la. risau terbelit je wayar tu. saya malam tadi pulak tido lambat sikit. tak le lambat sangat. pas tu ada mimpi. takot laaa.. mimpi orang tua tau.. orang tua lelaki. dia kata saya anak dia. uwaaa.. pas tu kat sebelah dia ada budak kecik. budak tu senyum2 je kat saya pas tu nak pelok saya pulak. uwaaaaa... saya takot terus terjaga. tak suka la mimpi hantu. mimpi la pegi disneyland ke apa ke baru la meriah sikit. mencikkkkkkkkkkkk...
~~
obek buzy je semalam. tapi malam tadi ada kuar pi dinner dengan dia la. makan burger share dengan obek. pas tu makan cheese nan, minum kopi o ais. supaya bertambah gred kehitaman saya ni. naomi campbell hitam elok je laku juta2 duit dia, takkan saya yang lagi 100kali ganda lebih cun dari dia ni tak laku kan walopon hitam. hahahhahaa.... owh..saya tak laku sebab saya tak bukak2 baju macam dia. i think so. anyway... obek makan roti canai dengan coke. sambil makan borak pulak. mak obek call..ngadu cakap adik obek nak bertunang pulak end of this month. haihh... baru keje 4-5 bulan dah sebok nak bertunang. pas tu nak ikat setahun. apa le gunanya nak bertunang lama2 tu. kalo ada jodoh tu takkan ke mana. tak paham le apa yang depa2 ni pikirkan. tunang tu bukan tiket untuk merayap2 ke apa ke. apa perngertian bertunang tu? bersedia sebelom berkahwin? gitu? ya la.... kalo ko ada duit.. hari ni tunang esok nikah pon boleh. yang penting duitnya.. kalo takde ko bertunang 10 tahun pon takde maknanya. lantak le. bukan apa.. sian kat mak midah je la. abang longnya tak apa2..adik2 pulak nak duluan. pepandai dia le ye tak? jangan mintak duit kat mak pak udah. ahh..nanti korang cakap apsal pulak saya taknak tunang kan? konsep saya senang ada, ada duit, dah bersedia, kawen je terus.
~~
benci tetiba bos masok opis. bluwekkkk..
~~
tak suka la kerja sini. ehh..suka2.. tapi tak suka orang kat sini. hehehhe... bab tak basoh pinggan pon boleh jadi isu woo kat sini. aduhh.. memasing malas. tak suka la.
~~
rindu kat obek..





ok.. ni gambar protest ke dua. masa ni saya panggil2 dia diam je la. mata je mengerlip2 dengan ekor tergoyang2. konon2 tido le tu...bila dokon gbuat2 lembek badan. eee... malam tadi garu2 dia sikat2 dia wahh.. bukan main suka. bergolek2 bagai. sayang budak ni.
~~
apa lagi nak cerita? owh..tadi masa saya nak datang opis, kan ada brenti kat traffik light. trafik light tu macam naik bukit sikit. ada 2 lane. then lane sebelah dah jalan lane say atak jalan gak. oo..rupanya ada kreta rosak. takpe la. kereta depan2 saya tu amik lane sebelah le kan. sekali tu dah lampu merah lagi. so brent lagi. depan saya ada sebijik myvi. depan myvi tu le kereta rosak tu. kereta apa ye..lupa la, kaler kelabu. kejap tu driver myvi tu kuar, pi kat kereta rosak tu. saya cakap wahh..baiknya abang nni nak tolong orang. ye la kan. peak hour. kot2 driver kereta rosak tu awek ke baru le dapat markah tinggi. saya tegok dia ketok2 cermin kereta rosak tu then saya nampak driver tu macam terbangun. lorrrr... rupanya dia tertido dalam kereta ko... cheh..bikin suspen je pepagi ni. tido rupanya. maybe mengantok sangat ke atau letih sangat ke apa ke, ntah2 mabok malam tadi tak hilang lagi. hahhhaha.. huishh..bahaya betol. mujur dia tarik handbreak. kalo tak, terlupa ke, just tekan brek, then terlelap, harus kereta belakang pulak kene hentam sebeb mengundur area situ bukit. nauzubillah... bahaya betol. so, korang2 ingat la ye. kalo brenti kat trafik light, free gear, tarik handbrek. jangan malas. jangan dok tekannnn jebrek tu kadang kita tak sengaja entah ada apa benda ke tergatal ke terada lalat ke dalam kereta ko sebok nak mengibas2 lalat or dah tertido macam kes tadi tu ke then dah terlepas brek kaki tu naya je. kalo yang kemek tu krete ko je takpe.. ni kang tak pasal2 kereta orang lain pon kene. duit lagi... ingat tau.. memang le korang kata duit boleh cari.. tapi kalo benda tu boleh kita elak, kita elak le kan. kalo kereta dah masok workshop nanti nak pergi keje macam mana? kalo ko ada orang hantar takpe la. kalo orang yang kene kemek tu yang disebabkan oleh ko tu takde orang nak hantar camne? camne dia nak pegi kerja? camne dia nak hantar anak dia pi sekolah? camne dia nak bawak mak dia pegi klinik? mana tau dia le sorang yang kulu kilir nguruskan keluarkan. kan dah susah tu. so, ingat tau. brenti-free gear-tarik handbrek. khidmat pesanan masyarakat ni.
~~
okla.. nak sambong keje dengan nak nak tengok monyet melompat. best woo..sini kan ala2 mini zoo... ular sawa ada, monyet ada, badak ada, kura2 ada, siamang ada...
~~
obek ada meeting besarrr punya hari ni. yang hadir dalam meeting pon orang besarrr2 juga. wish him lots of luck ye. sian dia keje siang malam untuk presentation hari ni. semoga berkat kerja2 obek.
~~
i love you obek...good luck!
i love you nezha..janga nakal please
i love all of you..nak cubit?

Monday, October 18, 2010

cerita minggu ini..


hello..

how was your weekend? ok? tak ok? happy? sedih? bengang? macam2 adoooo.. huhuhu...anyway, selamat hari isnin. selamat berkerja ye semua. jangan malas2 walopon sebenarnya sengal sangat nak datang opis tu kan. hehehe...
~~
weekend saya macam biasa je la mingu ni. ada yang best ada yang tak best. sabtu pagi ada hal sikit. aduhhh.... then lepas tu balik rumah ma. sebelum tu call dulu kot2 ma nak beli apa2 kan. ma kata takyah kat rumah semua ada. wokeh.. saya just beli apa ntah air kotak kot. hehehhe.. tapi ma kata dia tak masak sebab dia nak pergi tolong rewang kenduri. sighh... sampai rumah memang le mak takde. takpe.. saya sebelom tu ada beli nasi beriani sebab ma kata dia tak masak so baik saya beli makanan siap2. malas nak masak. makan nasi beriani, then tengok tv. entah camne terlelap kejap kat kerusi tu. hehehhe.. petang dah pukul 6pm baru ma balik. wahh.. lama tu pergi rewang. ye la. belakang rumah saya kendurinya tu. takkan tak pergi pulakkan. orang kata bertemu bucu dapur. kawasan rumah saya tu kalo kenduri masih buat gotong royong. tapi bukan pree punya ye.. bayar lorrr...
~~
lepas ma sampai kitaorang borak2 kejap then dah maghrib. malam tenok cerekarama tv3. cerita mak jenis asyik membebel2 marah2. haaa.. hambekk... belom spm udah nak dapat cucu. tu le dianya. asyikkk la membebel. takde perkataan yang elok kuar dari mulut sebagai mak. jadi pengajaran kat kita semua. sekarang ni kalo yang jahat tu anak le, yang degil tu anak le. yang kurang ajar tu anak le. lansong takde sapa cakap pasal peel mak yang macam tu kan. jadi tv le yang jadi tukang beri kesedaran. ada mak2 yang asyik nk buat keputusanikut kehendak dia tak pikirkan kehendak anak lansong. terlalu mengongkong. apa2 pon kene ikut cakap dia. so, how? entah la.. lepas habis cerekarama, saya pon titonnnnn....
~~
ahad pagi, bangun terlambat le pulak. hehehhe.. pukul 7am baru bangun. sedap pulak tido. haihh.. rindu kat nezha. tak buat breakfast pon sebab ma nak pergi rewang tu lagi cepat. tolong ma siap2kan opah. sian kat opah. bertambah lemah. nak angkat tangan pon tak larat. kadang2 air liur meleleh2. aduhh..siannya. nak makan pon dah tak larat. sejak leps demam hari tu sekarang makan bubur nasi je la. nasi lembek pon dah tak boleh masok. dia dah macam tak larat nak telan nasi tu. sedih la. lepas siap2kan opah, ma pon pergi tolong kenduri tu. saya?? sambongtengok tv sampai lebam. sekali obek call daaaaa... yeahuuuuuu... obekbalik kl hari ahad. kata nak balik hari isnin. bagus2. obek kata dah nak sampai kl dah ni. lepas tu dia nak tido. obek suruh kejut nanti pukul 2pm. ok. no problem. lepas tu saya masak la sikit. sebab semalam tu tak masak so hari ni masak le kan. ahh..masak simple2 sudah. asam pedas dengan telor dadar. tapi kecoh je pulak dapor semalam sebab dah tumpahkan air ke lantai. mencikkkk. kene lap pulak. chehhh... tu baru masak telor dadar,kalo masak rendangtu mau terbalik dapor tu gamaknya.
~~
pukul 1130am tu ma balik. ajak pi makan kenduri. alamakkk..segannya. aduuuhh.. ma bising2 suruh pergi gak. haihh.. ye la..ye la.. tunggu kita nakpakai baju dulu. dannn..tunggu jangan pergi dulu kita nak pergi sama takmau pegi sorang, ahahhahaha.. ma kata macam takde hidong. saya jawab hidong ada, tapi kemek sikit tu yang segan tu. ehehhee.. lepas siap2 so pergi la makan kenduri. wahhh.. tema purple. lawa gak. pelamin lawa. ada macam rangka2 emas gitu. bukan rangka skeleton la.. camne ha? ala.. yang pesen sekarang tu le. taktau le apa namanya. laok pon kira boleh le tahan sedap. dia sembelih kambing. so laok kari kambing, ayamg oreng rempah, rendang hitam daging, pajeri nenas, ulam2, nasi minyak dan nasi putih, ikan masin apa entah namanya kecik2 ekor tirus, buah tembikai, air anggur..kata tema purple..harus air pon purple, then ada bubur pulut hitam. mmmmm... sedap gak. takde goodies bag. uwaaaaa..budak2 je dapat gula2 tangkai. uwaaa.. saya nak juga gula2 tuuuuu... lepas tu pegi pulak rumah kenduri satu lagi kat kampung depan. wahhhh... meriah jugak. yang ni pon tema purple. hehehhe.. hari purle sedunia la jawabnya. laok kat sini pon sedap. dia buat sambal tumis sotong kering, gulai lemak umbut, rojak buah, ayang goreng rempah, kari daging, air sirap. sini takde buah tapi ada bubur kacang hijau. sedap jugak. hehehehe...sini nasi putih je, nasi minyak takde. dapat goodies bag isi kopom dengan air karbonat tapi murah2 punya la. jenama apa ntah. jadi la.. ada le berkat bawak balik rumah. pelamin pon lawo. latar putih then macam ada kotak2 kaler biru muda. not bad. owh.. kedua2 kenduri yang saya pergi tu ialah rumah pengantin lelaki. kalo saya kenduri esok say anak bagi buku nota.. or buku 555 kat guest. hahahahha..kasi tulis apa2 yang penting jadi buku nota. muwhahaha.. kot2 la nak amik nombor telepon orang ke apa kan. ok la tu kan. dari bagi kopok2 tu. kalo maknya taknak buku tu, bagi le kat anaknyaboleh buat conteng2 kira2 math. haa..bagus tak? wahhhh. bila la nak kenduri tu? fuhhh.. tunggu bulan jadi 4 segi le gamaknya.
~~
ha.. masa kat rumah kenduri yang kedua saya pergi tu kan ada ternampak kucing cacat tau. kaki dia 3 je! yangkaki depan belah kiri tu takde.. eh..bukan takde tapi dah bengkok patah agaknya tapi tak diubatkan jadi dah jadi bengkok. aduhh..sedihnya. saya panggil dia lari pulakl takot agaknya. saya kejar, nak bawak balik. tapi ada 1 nenek kepoh ni kata jangan amik kot2 ada tuannya. saya kata macam ni punya rupa mana ada tuan.. comot kudis kaki patah. nenek tukata jangan pulak. hishhhh...mencik laaa.. ma kata takyah le.. nanti kot2 tuannya carik nanti susah. biorkan je. saya diam je la. masok kereta muncung 16 depa. hehehhehe.. bukan apa, sian tengok kucing tu. kurus melengkong macam tu mana ada tuan. takpela..saya harap kucing tu elok2 saja hendaknya. sian tengok dia lari terdengkot2 maklum, cuma ada 3 kali saje.
~~
apa lagi nak cerita? mmmm.. almaunah stress. sian kat dia. kan pasal rumah kena pecah hari tu, lappy dia hilangkan. kena buat balik tesis dia. aduhai..stress minah tu. saya doa semoga semua boleh settle. viva is next week. ish..ish..ishhhh.. all the best to her!
~~
malam tadi tak berapa nak tido. kejap2 terjaga. kejap2 terjaga. aduhhhh.. pening kepala la. tengok nezha krohh krohhh je. jealous betol. ni kepala rasa berpusing2 le pulak. pening la. maa macam bengkak. kenapa la saya selalu susah nak tidor. apply part time jaga ada paedahnya ni. huhuhuhu...
~~
owhh..lupa. malam tadi pergi amik katil opah kat rumah mama. katil tu yang macam katil hospital tu yang boleh bangun baring tu kan. so, senang sikit ma nak ganti pampers opah tu. sebelom ni kalo opah kat rumah ma just tido atas katil biasa je la. now ma pon dah tak larat. nak mengerjakan opah lagi. nak bawak naik kereta mama pulak mana le muat. so, tunggu obek balik dari johor tu le. so, malam tadi saya dengan obek pergi rumah mama amik katil tu. then pergi hantar balik rumah ma. mama ikut sekali. fuhhh... selesai satu tugas. thank you obek tolong hantarkan katil. lain kali tolong lagi ye.
~~
obek hari ni buzy. ada meeting katanya. ahhh..hari2 pon meeting. bior le dia dah keje dia. so hari ni tak boleh call2 or sms2 dia. nanti ganggu pulak. biar sampai dia call or sms saya. eh.. zuris kata nanti kalo lepas kawen boleh hangkot pegi ikut keje outstation? hahhahah.. takmau le saya. takmau ganggu dia keje. dia kan pergi kerja. takpe la.. saya tinggal pon boleh. lagippon kalo saya ada nanti dia tak boleh buat keje. sebab? sebab saya ni banyak songeh.. nak itu nak ini. hehehhee...
~~
apa lagi nak cerita ni. nezha? mmm..nakal seperti biasa. perlu ke diwarwarkan lagi?
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, October 15, 2010

dia pergi lagi....



hehehehe.. kenapa muka macam terpenyek je tu ha?? entah le dia. ni pic pagi tadi. masa nak pergi keje. dia bisa la mesti nak melepak gak kat kerusi plastik dia tu. macam sedompok je muka dia tu dengan badan dia tu. haihhh.. sayang budak ni. semalam dia baik. takde buat apa2 perkara yang diluar dugaan. cuma malam tadi saya turn on radio kat hp. kan kena letak yang handsfree tu kan. dia naik syiok pulak main wayar2 tu sampai mengguling2. dah tu menggulinglak kat tempat saya. haihh..amik space orang la dia ni. dah tu siap cakar2 excited habis tercakar muka saya. sabor je la. orang nak dengar radio kejap pon tak boleh. sudahnya saya cabot je la wayar tu bagi dia main. dah malam dia dah tido baru saya amik dan dengar semula. eeee.. sabor je la.



muka macho la konon....
~~
balik semalam pon macam biasa. saya kan puasa semalam. tapi obek kata nanti buka sama la. ok je la. saya balik tu kemas2 sikit then mandi siap2 le. kejap tu dah azan. azan kan cepat sekarang ni. 7.02pm dah azan dah. tu saya kata, sapa nak ganti puasa tu baik ganti sekarang. waktu buka cepat. lagi pon perot still ada tune puasa sebulan tu kan. kalo lama2 nanti perot dah keras degil susah dahnak puasa. malas pon ye. cukup2 le tuberhari raya. ni dah nak raya sekali lagi dah ni. so, just buka minum air kotak soya bean je la dulu. tunggu punya tunggu punya tunggu tak gak muncul2 orang tua ni. ini sudah mendatangkan kemarahan. orang dah le lapar nih. geram betol. saya call dia kata dia tengah kemas2 baju. saya kata kemas watpe? nak pegi mana? malam ni nak pergi johor katanya. esok pagi ada meeting kat saya. saya pon, hah??? uwwaaaaaaa.. terus nangis golek2. hahahha.. takde la golek2 tu tapi soksek2 le jugak. dia memang ada cakap nanti hari jumaat nak pergi johor tu. say ani pulak ingat jumaat tu lambat lagi rupanya semalam dah khamis. aduhaiiii.... dari nak marah2 tadi terus tak jadi. hehehehe... kejap tu dalam 830pm obek pon sampai. then pergi makan. dalam pada sedih2 sebu tu sempat le saya habiskan ikan masak 3 rasa dengan sup ekor. hahahhaha.. lapar wehhh... borak2 kejap by 930pm obek pon gerak. dia kata gerak malam ni le so boleh tido sana. kalo gerak esok pagi takot tak sempat sebab meeting pukul 9am. saya pon ye kan je la. dia yang nak drive semua tu bior le ikut keselesaan dia. saya doa semua ok2 belaka. selamat pergi selamat balik. i lebiu obekkk...


macam muka nak menerkam mangsa...
~~
so hari ni bangun macam biasa la. pukul 515am dah bangun hari ni. tercepat lak 5minit. nezha kejut cepat. dia nak pi mana ntah makan ke apa ke. membising kat telinga. kuarkan dia dari bilik, saya sambong baring. dia dah selesai urusan dia, dia masok sendiri terus panjat kerusi plastik dia. good boy betol. so hari i mood ala2 kureng. hehhehe.. tak pernah yang mood ok, kureng sesaje. pagi tadi dah isi petrol siap2. malas kang petang rasa macam nak singgah pasar malam. nak beli apa2 le. lampu pon dah siap pasang 1 just in case terlambat sampai rumah tak le bergelap kesayagan saya tu. dia tu dah le glap, ditambah gelap rumah lansong apa pon tak nampak kang.
~~
hari ni hari jumaat. jangan cerita pasal opis. biarkan.
~~
so, apa plan korang weekend ni? saya entah la. balik rumah ma. tapi taktau apa plannya. just follow the flow je la. huhuhuhuhuhuhuuuu..
~~
obek balik kl isnin. uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, October 14, 2010

pagi2 dah bikin spoil...



ahhh..ahri ni membengangkan la pepagi lagi. nyampah betol la. ni hal kat opis le ni. benci lah. susah nak cakap. tapi sesambil marah tu tengok gak muka budak busuk tu. ni muka pagi tadi. time tu saya tengah bersiap2 le nak pegi keje, dia kan penunggu setia. seperti biasa, kalo dipanggil kuar bilik dia buat dek je la. ekor je goyang2. harus kena dokong jugak. bencinya la kat office ni. dengan peel orang yang haii.... entah lah. bagi info tak cukup, camne nak kita nak buat further quest. tanya orang ni lain, tanya orang tu lain. tanya bos pon cakap lain. haihhh...so, saya sangat benci. pakkal le dekat dengan rumah. kalo takkkk.. mmmm....
~~
dah la.. pepagi dah cerita pasal marah2. bikin spoil mood. nezha semalam baik. ye la tu baik. kira takde tumpah air, takde sepah rumah sangat, so consider baik le tu. boleh bagi markah AA bintang2 kat dia le semalam. tapiii.. ada gak tapi tu.. time malam nak tido dia buat peel da.. nak tido kat bantal saya. saya tolak pegi bantal lain dia takmau. dia bangun pegi kat bantal saya. haihh..saya kalih pegi bantal lain dia bangun ikut jugak. uwaaaaaa... camne nak tido ni. kepala kena hempap dengan badan dia tu. uwwaaaa....lelama saya tertido juga. sekali tengokdia pon lena dah..krohh..krohh.. hehehhe..so cute. pelok2 cium2 cubit2 pipi dia. gerammmm....
~~
malam tadi dapat jumpa obek. kejap je la. jumpa pegi dinner. petangtu dah makan dah goreng keledek yang obek belikan time lunch tukan. so macam dah kenyang tapi sebab nak jugak jumpa obek, saya pon kuar gak la. pegi makan kat kedai biasa tu le. saya order air carrot susu dengan sotong masak merah nasi putih. obek makan nasi paprik dengan air teh o ais limau. hehehehhee... borak kejap je la sebab obek nak pergi keje lagi. pagi ni dia pon ada hal kena bangun cepat. saya call dia pepagi takot dia tak terbangun. sekali dia dah bangun dah dah siap masok kereta dah nak gerak dah. Wahhh..ini sudah magic nih. hehehehe.. knowing him memang le susah benor nak bangun pagi. not good..not good.. harap urusan obek success ye. i lebiu.






tengok dia jilat2 jelir2 lidah. ahhahahhaa... susah2 sekali baru boleh dapat snap dia tu beraksi kalo tak tu..masammm je mukanya. tak pernah nak senyum. apa la.. jelir le apa ke saya sayang je kat dia tu.
~~
hari ni saya puasa. tapi pepagi dah marah2. terok la.tak suka kalo marah2 tapi kadang tak boleh sabar dah. runsing tengok perangai orang. ada sekor tu suka skodeng. buka skodeng toilet la.. skodeng kita tengah buat apa. kalo dia nampak kita tengah bukak tenet mula la dia. kjap2 kang nak datang belakang buat2 amik paper le, amik file le, nak tengok kita pegi web mana. wtf!!!! yang dia tu bukak web entah hapa2 siap tengok utube tengok movie lagi kat opis takde pon orang heran. ko ingat dia ketak ketuk tu dia type keje? type ym yooooooooooooo.... ahh..sini memang ramai pelakon. elok la rosyam noor tu bersara, sebab para pelapisnya ramai beno dah ni.
~~
rindu obek.
~~
tingin tauhu sumbat dengan cucur udang.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, October 13, 2010

obek dah balik dah...


hello...
apa nak cerita ni. lemau le pulak tetiba. owh.. tengok je la budak busuk tu. memang kompom busuk la. kenapa ha? hehehehe... malam tadi kasi layan dia baikkk punya. sikat2 bulu, garu2 perot, garu2 leher, pelok2, dokong2. wahhhh. kembang le ekornya. sabor je la. sian lak kat dia. dia je tak kesian kat saya. saya tengah tido malam tadi tetiba melompat atas bantal saya mana saya tak terkejut dog monkey hippopotamus semua tu. gila lah! terus terduduk saya dari tido tu. tu jadi terus sakit kepala berdenyut2. aduhhhhh.. mamat ni betol la. kot je pon nak gurau tunggu time tengok tv la. ni time tido. lepas tu dia takmau tido dah. memekak entah le kenapa. kejap nak kuar bilik. kejap nak masok bilik. eeee.. geram betol.
~~
obek call pagi buta tadi, pukul 3am.. kata baru sampai dari penang ke kl ni la. fuhh..syukur alhamdulillah. selamat pergi selamat balik. tu yang saya harapkan kalo dia pergi kerja keluar. tak kira le dekat ke jauh ke. ada hati lak tu nak ajak kuar pi minum2 pukul 3am. tak kuasa saya le. baik saya tido. bukan tak rindu tapi takpe la..dia pon penat. saya pon ala2 malas gitu. hahahahhaa..takpe..save for the best. so hari ni tadi dia bikin surprise le. tetiba je pukul 12pm tadi call.. ajak pi lunch. fuhhh... kecik stadium negara, stadium wimbledon saya tadahkan. ahhahahaha... mesti la mauuu.. takkan nak tolak pulakkan. bukan senang dia nak datang opis ajak lunch. yahuuuuuu... so tadi pi makan rojak. lama dah tingin makan rojak. sebab dah 2 hari berturut2 saya pergi carik lori rojak tu waktu balik dia dah takde dah. dah balik habis meniaga agaknya. kempunan tau. so harini lunch makan rojak la.. best. sedap. tapi pedas lak tak suka la pedas. hehehe... obek makan nasi ayam. minum air sirap. tu je pon air yangada kat lori tu. jadi la.. kenyang.. tak makan pon kenyanggggg.... sebab? sebab dah nampak muka comot orang tua tu. heheheh...
~~
lepas lunch dia hantar saya balik opis le. siap belikan tapau goreng keledek. untuk kunyah2. wahhh.. i lebiu obek... malam ni obek kerja. tapi kat kl je. takpe.. dah jumpa tadi cukup la. obek pon sebok tanya nezha sihat ke tak? chehhh... mesti lah sihat mamat tu. sihat dan nakal dan terejal.
~~
apa lagi nak cerita ni? mmmmm.. takde idea lah nak tulis. cukup le kot. nak buat kerja la ni banyak keje. pening kepala. kalo tengok kartun tak lak pening kepala kan? tu yang heran tu. hehehehe...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, October 12, 2010

etika meniaga? ke laut peginya...



yuhuuuu... heheheh... tengok apa la agaknya budak busuk tu kan. sampai terteleng2 kepalanya. tu gambar pagi tadi. pagi ni dai baik. pandai bangun bila ajak kuar bilik. tapi.... ada tapinyatu. berpuluh jam nak tunggu dia menapak selangkah tu. sabor je la. jalan selangkah duduk pulak, jilat bulu pulak. panggil lagi, bagun lagi, jalan selangkah, dudk lagi, golek2 pulak. baring2 pulak. haihhh..sabor je la. malam tadi dia kena tinggal kat luar bilik. very good ke dia. degil sangat. orang nak tido dia pi gigit2 garu2 kepala. saya dah le sakit kepala malam tadi berdenyut2 tu ha.. geram pulak rasanya say abangun pi hantar dia keluar bilik. hahahhaha.. tutup je pintu dia mengeow bagai tak mau le jawabnya. mencakar2 pintu. hehehehhee.... dah saya pulak tak boleh tido dok terbayang ke dia kat luar bilik tu. haihh... bangun lagi, bukak pintu. buka je pintu tu dia.. meluru masok macam bullet train le. terus duduk atas kerusi plastik dia. haa..tau takot.. lenkali buat lagi tak?? takk... good boy...i love you bucukkk...
~~
semalam kan puasa. balik tu ingat nak singgah satu tempat ni. teringin nak makan rojak mamak tu le. ada 1 tempat ni ada mamak lori tu jual rojak. biasa ada, tapi semalam takde rezeki saya. mamak tu tak meniaga le pulak. tak tau le tak meniaga ke atau dah habis. aduhh..kempunan betol rasanya. uwwaa.... so, otak dah blank taktau nak makan apa sebab dari tadi dah set nak makan rojak tu kan. so, balik rumah. sebelom sampai rumah lajak depan sikit beli nasi tapau. beli nasi, laok paru. tu je la. jalan depan lagi, nampak lah macam pajeri terung. so beli le 1. singgit. ok la tu kan. siap je orangtu bungkus ada la malaun mana ntah pi hembus2 hingus lak kat tepi gerai tu. tak le tepi sangat, macam jauh sikit but still jelas le dengaran dan kelihatan. dah le tu..tak guna tisu lak tu. hingus seketol kuar meleleh2 kat hidong dpicit pakai jari. uwwaaaa..... wtf!!!!!! pengotor gila. pas tu lap kat baju! yuckkk..... kembang dah tekak saya. so, tak makan pon la pajeri terung tu sebab terbayang2 le situasi tu. sangat kurang ajar ok. dan yang buat saya lagi kembang tekak ialah.. orang tu ialah 1 of the para penjual kat gerai tu. lagi double wtf!!!!!! lain kali jangan harap le saya nak beli kat kedai tu. gila pengotor. eeee.... dah tau awak tu meniaga makanan, cuba le bersih2 sikit. kitaorang ni beli guna duit tau tak, bukan mintak pree je. meniaga tepi jalan bukan 1 masalah, ramai yang meniaga tepi jalan tapi bersih. ya tuhan ya rasul.. mengucap panjang saya. saya tengok muka abang cedok laok tu, abang tu tengok muka saya. dia pon malu kot orang tu buat macam tu. taktau le itu family member dia ke, pekerja dia ke yang pastinya saya pulak yang macam nak muntah tepi tu. yuckk.. so malas nak banyak cakap, saya amik yang dia dah cedok tu, bayar duit then saya buang tepi tu. tak kuasa aku de nak makan ko jual dengan kosiap hembus2 hingus tu. abang tu tengok je saya buang bungkus pajeri tu. kalo ko terasa, terasa le. bagi peringatan kat dia lenkali tolong jangan buat macam tu lagi. eeee.. benci lah. orang tak reti bahasa ni. bila orang saman takde lesen ke atau angkat meja masok lori ko marah2 lak. tu le pasalnya. entah la.. susah nak cakap.
~~
lepas tu, saya pergi kedai le beli air. entah le nak beli air apa. last2 beli air kotak teh bunga. jadi la. then balik rumah. sampai rumah disambut dengan ngeowan, wahhh.... patot le mengeow2 selagi mau, rupanya telah membuat satu kesalahan. dia pi main tissue roll tu habis dah berkecai 1 roll. lawo dah rumah saya ala2 hiasan salji gitu. putih merata carik2. sabar.. sabar.. nak jerit ke tak? takyah le.. jerit pon tak guna. pegi je dekat budak busuk tu then piat tinga dia. hahahahhaa... kemas je la semua tu. siap je kemas, kejap tu orang pon azan. so buka le makannasi dengan lao paru kering tu semata2 denga air kotak. kenyang jugak. syukur alhamdulillah. lepas tu mandi, lepas tu tengok tv, by 930pm dah surrender dah. penat!




bersempena dengan sukan komanwel ni, nezha pon tak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam acara gimnastik gaya bebas. lihat meliuklentok badan bergulung2 entah dia buat camne. pas tu terkangkang melepek macam tu ingat elok sangat le tu? hishhh.. tak senonoh tau budak ni. tu pon pic pagi tadi. dia buat macma tu suruh saya garu perot dia. ahhh.. tak kuasa le orang dah lambat nak pergi keje. hehehehhe.. nanti malam kita garu2 sikat2 bulu ye.
~~
obek takde. semalam pergi cameron then petangnya terus shoot ke penang. wahhhh.. around the nation kejenya. ni mesti bawak balik duit 5 guni esok ni. cayalah obek!!! kalo takde..siap la.. saya piat2 tinga! sian kat obek. kerja bagai nak rak. last2 minit call ni yang haru biru ni. entah nak kejar ke mana ntah. hari ni pulak dengarnya nak ke kuantan. haa..hambek.. lepas tu taktau. tapi jumaat esok kata nak pergi jb pulak. wahwahwahhhhh.. takpe.. saya doa semoga semuanya selesai dan selamat. sayang obek!
~~
apa lagi nak cerita? opis? ahhh.. lupakan. takde paedahnya bercakap pasal opis ni. haihhh.. bikin spoil mood la. pagi ni tadi saya singgah kedai le beli air mineral. air kat rumah pon dah takde then nak minum kat opis pon ye jugak. saya baka dah siap2 botol air. sebab saya tak minum air kat opis ni. hehehehhee...saya biasa bawak sendiri dari rumah, in this case pagi tadi, air kat rumah dah habis so beli then salin dalam botol air le kan. entah le.. saya tak pernah buat air ke minum air kat opsi melainkan terpaksa sangat2 macam kalo depa buat jamuan tu kan. tu kira terpaksa jugak le minum makan. kalo tak..takde la. kenapa ye? entah. tak berkenan. full stop.
~~
ok la..tu je la kot. sikit2 dah le. nanti tulis lagi ye. hadiah jangan lupa. hahahhahaha... tetttttt....
~~
i love you obek...(windo la)
i love you nezha...(lepas makan tido tau)
i love all of you...(keja la woi..asyik baca blog je)

Monday, October 11, 2010

takde isu apa pon.. tatap je budak yang tak basuh muka pepagi ni..



alolololooo... wahhh..sedih.. sedih tengok muka seposen dia tu pepagi ni kan. hahahha.. tu gambar pagi tadi. fresh2 lagi tu panas2.. huh.. pagi tadi dia betol2 buat peel la. panggil2 bangun kuar bilik dia takmau wooo.. saya panggil dia gerak2 badan tapi gerak kasi baikk punya melengkor. sabor je la. then kejut2 lagi, dia kelip2 mata je. mata pon tak nampak entah le kat mana. terkebil2 je mata dia pagi tadi. nak taknak kena le dukung.. ayat wajib kalo dukung, alallaa.. siannya dia baby baru lahir ni tak larat jalan lagi cian dia ye.. nak kene dokong ye. hahahhaha.. baby baru lahir katanya. hishhh..manja la kononnnn... then sambil saya siap kat depan on tv dia lepak kat pintu tu la. tu pon fav spot dia tu. duduk tersandar senget. enta le apa peel. lepas tu saya nak kuar pintu nk pegi keje dia takmau gerak lak. kena tolak2 bontot dia pon dia buat dek je. memag betol2 la mamat ni pepagi ni tadi tau. eeeeeeee.. ikut ati takmau pegi keje. nak dok je merap pelokdia tapi apakan daya nezha bucuk macin.. belom masanya kita nak berlepak2. heheheh..
~~
so, weekend korang camne? menarik? tertarik? menolak? tentu la macam2 cerita kan. saya biasa je la. macam2 hal jadi. ada suka ada tak suka. nak buat camne kan. owh..hari ni saya pose lagi. nak pose senin khamis pulak la. hehehhe.. insyaallah..selagi larat. kalo tak larat makan je la kan.
~~
weekend ni kecoh je la pasal 101010 tu. haihhh.. ye..tau.. lama2 sekali baru muncul tapi dah macam kecoh bebeno. relax2 la... owh..tengok gak angkasawan kawen. fuhhh.. apasal tak buat je terus siaran lansung dari bulan? baru real. hehehe.. apapon, doakan yang terbaik untuk semua orang.
~~
obek.. seperti biasa buzy la. dia lupa kena buat quo pagi ni baru le terhegeh2 nak buat. hambekkk.. tu le. banyak sangat benda nak handle sampai lupa. sian dia, tapi kadang saya geram gak kat dia tu tau. hahahhaha... best la kalo marah2 dia sebab dia diam je. hehehhe...





macam muka garang je kan. memang dah jadi garag dia ni sekarang. bab menjawab.. bukan main, nombor satu sekarang. dulu kalo kita haip2 dia, dia diam je.. sekarang saya baru nak haip dia..dia dah menjawab dulu. ngeowwwww..katanya. sora dah le kasar. ahhh..sayang budak bucuk ni.
~~
apa lagi nak tulis. entah le....takde idea. totally blank. badan je kat sini otak menerawang ke tempat lain. semalam baca dan tengok berita pasal excident bas banyak2 tu kan kat alor gajah tu kan. kesian ye. kenapa la boleh jadi macam tu. terlalu laju agaknya then dah tak boleh control. aganya la. aduhh..pikir la. tu nyawa tu yang dibawah. hutang duit bayar duit, hutang nyawa? nak bayar dengan nyawa sapa? lagi sedih orang yang tak kena mengena pon turut jadi mangsa. tu la.. kita drive elok2.. ingat orang2 (dan juga binatang) yang tersayang.
~~
tapi pelikkan.. tak habis2 lagi orang buat open house. bukah takat open house, open taman, open apartment, open kawasan bagaiii.. haihh..sudah2 la tu. syawal dah berlalu lama dah. ni dah nak raya aji pulak dah. bawak2 bersabor. kot banyak beno duit belen tu simpan le sikit. esok raya haji sambong buat open house ye?
~~
office? ahhh. jangan cakap la. last friday bertekak dengan sekor nih. suka beno nak take over benda orang. tak paham betol. buat keje masing2 boleh tak???
~~
kejap lagi birthday saya. sila siap sedia untuk pos hadiah ye. sekian pesanan ikhlas untuk hari ini. hahhahaha...
~~
i love you obek..
i love you nezha...
i love all of you..

Friday, October 8, 2010

macam2 isu lak hari ni.. hehehhe...



hello...

sapa yang nak tengok gambar budak domok tu? haa...hambek..hambek.. tengok tau jangan tak tengok. tapi ni je la yang ada. saya pon dah lama tak amik pic dia. hehehehe... saya seperti biasa hari2 je mesti rindu je kat dia ni. kenapa ha? walhal bukannya hensem sangat pon. degil lak tu. melawan pandai dah sekarang siap jegil2 bijik mata. amboiiii... sapa le ajar tu? bukan saya ke? saya yang selalu jegil2 mata kat dia kalo time marah kat dia. hahahahaa... dia tu nakal la sekarang. haihh...kadang2 hilang sabar..rasa macam nak keluar dah asap2 kat tinga nih. api kadang2 tu baik le sangat..rasa macam nak masokkan je dalam perot ni so boleh kendong dia bawak pegi mana2. hahahhahaha... ok..sangat tak lawak.

~~

apa nak cerita. hari ni pon banyak kerja tapi sementara tunggu price dari spuulier tukita jangan buang masa. kita tulis blog dulu sebagai pengubat hati yang lara. chewahhh.. bukan apa. tensen la dok mengadap keje je mengadap nombor2 mengadap carta2. pening. office? ahh..jangan cakap la. saya benci. benci dengan orang2 kat sini. pakkal le nak cari gaji kalo takkkk... eeeee... kalo dapat tempat lain pon bagus juga tapi takmau ke area2 yang jem2 padat tu. eee.. serik la.
~~
ni tadi dok call bank. 500x call tak jawab2. dah le semua process nak kene bayar. processing fees la kepala hanggok dia. walhal tu benda kita punya. nak mintak statement pon kene bayar. bila ditanya kenapa, jawapannya ini prosedur cikkkk...benci la. sikit2 duit, sikit2 duit. no wonder la bonus berbulan2. bank ni le sebenarnya ahlong yang berdaftar. lagi worst sebenarnya. ahhh.. cakap pon tak guna.
~~
ni sapa2 ada hantar anak kat nurseri tu, then nak buat or hantar birthday pack ke party pack ke tolong la.. tolong le bagi barang makan yang berkhasiat sikit. ni takk..pi bagi makanan ringan kopok2 tu, pi bagi jeli2 manis tu. mak pak budak lain tu punya le jenuh mengawal pemakanan anak kat rumah. ada yang sanggop masak snek sendiri untuk anak2 sebab nak pastikan benda tu berkhasiat walopon dalam kategori snek. sekali ko senang2 bagi jajan2 tu kat budak. budak dah tentu2 le memang setuju 500%. budak mana yang tak suka jajan2 tu kan. budak kalo dah sekali merasa jajan, lenkali dia nak lagi la jawabnya. sekarang nak carik healthy snack tak susah. search je kat tenet berlambak2 kuar, cumanya ko malas le tu kan nak buat sendiri. pikir nak senang je pegi supermarket ambik yang dah siap bungkus2 tu kan. kalo malas upah le kat orang suruh buat. macam tak biasa pulak. so, tolong consider anak orang lain. kan banyak lagi makanan berkhasiat untuk kanak2 yang boleh dijadikan party pack. kalo untuk orang tua takpe.. ko letak belacan bakar pon boleh. saya memang le takde anak lagi, tapi kalo ada esok then nk buat birthday party kat taska ke nurseri ke saya takkan bagi makanan ringan yang bukan2. tu. sebagaimana kita taknak anak kita makan benda yang penuh bahan perisa pewarna tu, sebegitu juga la kita jaga anak orang punya pemakanan. ok..tetiba cakap pasal pemakanan kanak2 pulakkan. khidmat pesanan masyarakat namanya.








ni kejap ni tadi ada lak mamat mana ntah call. konon dari bank nak buat clarification verification kad kredit. ahhahahha... tak pasal2 ko kena sembor tadi kan. merasa la. jangan keje nak menipu je. saya dah tentu2 takde kad kredit, dan nombor yang dia call tu.. nombor tu cuma obek aje yang ada. haa.. ni nombor rahsia. datang dari gua lapisanke tujuh punya ni. dah siap ditapakan selama 17 purnama. ahahhaha.. ntah le. jangan le korang2 yang ada kad kredit tu kene tipu. kalo betol bank yang call.. dia akan call guna nombor opis, bukan handphone. dan dia akankenalkan diri dulu cakap dari bank mana. so, mintak nombor dia balik cakap u tengah meeting nanti u return call. kalo dia kata tak bolehla itu ini banyak alasan, so maknanya korang tau le depa tu menipu. dont give them a chance to tipu2 u. jangan senang2 bagi personal info kat orang tak kira la orang bank ke apa ke melainkan u betol2 pasti itu orang bank yang sebenar. sekarang ni zaman nak senang carik duit je. kena extra hati2. tapi kadang dalam hati2 tu pon macam2 hal musibat menimpa. tu yang jaid masalah tu. so take care ye.
~~
apa lagi nak cakap. banyak pulak ceramah hari ni. sebenarnya banyak isu semasa yang nak dicakapkan. tapi malas le pulak. nati orang label blog ni macam2. walhal blog ni untk bersuka ria cerita pasal nezha. owh..semalam saya puasa kan. so, tak sempat buka. suma sempat minumair soya bean dan kuih seketol. sebab obek kata nak bawak pi dinner la dalam pukul 8pm macam tu. jadinya sambil buka tu sambil tengok tv jap. seperti biasa mamat kepochi nezha tu akan le nak jugak apa benda yang saya makan. haihh...dia pow air soya saya. sabar.. sabar... kuih pon nak jugak. hehehhee.. tapi dia tak suka kot kuih tu. saya pon taktau kuih tu nama apa. kaler coklat. dia potong 4 segi. lepas makan amik tisu nak lap mata nezha. macam tau2 je kan nampak saya amik tisu mencicit lari laju nyorok. chehhh.. penakot betol. tak macho la mamat tu. hehehehe...
~~
obek buzy. malam tadi tak buzy la. sebab sempat makan2 semua tu kan. lepas makan, balik. tu je la. pas tu tengok tv cerita entah hapa2 kat 412. cerita macamoranggila la kurung2 orang semua tu. hahehehhee.. ntah hapa2 pon tetap tengok sampai habis. pukul 11pm tido. 530am terjaga dah. malas nak bangun so just golek2 pelok nezha. suka le dia. eh, geram lah dengan dia tu!!!
~~
obek kata minggu ni nak kena kerja ke kuala selangor pulak. wahhh.. kuala selangor ada kelip2 kan? takboleh bawak balik ke kelip2 tu? kalo boleh nak la. mesti cantik malam2 ada kelip2. ye ke kelip2 simpan dalambotol? ke tu dalam cerita kartun je? owhhh... sedih la kurung2 pulak.
~~
okla.. sian kat korang baca merepek2 ni. hehehehhe.. have a nice weekend ye! saya punya weekend mesti tak best. sebab dah tau dah ada benda nak jadi. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, October 7, 2010

baca je la.. apa ada hal ada gambar ke takde...

maaf...
hari ini adalah entry tanpa gamabr. sila baca sampai juling. kalau anda memangsudah sediada juling, makanya tahap reaksi kejulingan akan berganda, yang mana akan membawa maksud bahawa anda sedang berada dalam kondisi baikpulik secara natural.
~~
dah beberapa tidak menulis. banyak perkara yang berlaku. kebanyakkannya adalah perkara yang menduga iman dan menuntut kesabaran yang tinggi. tinggi dari gunung jerai atau mana2 gunung di malaysia. ok, itu perumpaan yang tak berapa masok akal. tapi diibaratkan la.
~~
bermula dari last saturday (ayat campor amat idak digalakkan dalam menulis karangan di sekolah, tapi ada apahal, kita kan majmuk, satuuuu malaysia), ok, sekian iklan pendek. sambong lagi. bermula dari sabtu lepas, penuh dengan aktiviti yang.. yang apa ye? yang menuntu kesabaran. sabtu dan ahad adalah terkejar2 kesana sini macam..macam apa ye? entah la.. macam apa2 la yang korang nak pikir. hari isnin pulak ada kejadian jugak. yang meruntun airmata beberapa liter telah tumpah ke bumi. ok..tak sampai ke bumi sebab telah ditahan sekat oleh tisu yang dibeli di pasaraya harga murah walopon sebenarnya pasaraya tu selalu tipu harga, kat rak lain harga nanti scan lain harga. hari selasa pulak, lagi hebat. rumah almaunahkena pecah. sian minah tu. walopon dia perangai sesuatu sangat, tapi bab2 macam ni amatlah kesian. so, rumah kene pecah perlu ke nak cerita apa yang hilang berapa jumlah kehilangan. lu pikir la sendiri. pokok pangkalnya, menuntut jumlah wang yang diluar dugaan sebab semuanya kena ganti baru, especiallly pintu dan grill. moga pencuri mati di langgar lori. amin..
~~
hari ni baru berkesempatan nak mencoret beberapa coretan. fuhh..ayat novel le pulak. geli lah. ok..tak baik geli2 sebab saya puasa hari ni. makanya dengan harapan tahap kesabaran akan meningkat sekurang-kurangnya 1mm dari semalam, walopon sebenarnya pagi2 tai saya dah menyumpah seranah. hahahahha.. takpe.
~~
nezha? ok je mamat tu. tapi kesiakat dia since saya sebok sangat minggu dia dia dah macam diabaikan je la. no more garu2 perot. saya balik kerja kemas rumah, berbuka, then paling lewat pukul 930pm dah tido. penat sangat2. stress pon ye. tu yang buat lagi cepat tido tu. api nezha pandai, dia amik inisiatif sendiri dengan menyeit dicelah2 mana yang patot dan garu badan dia kat saya. means.. suruh garu la tu. so, saya garu jugak la.. selagi mana saya belom terlena. sayang nezha. walopon dia stress, tapi tetap le makan dengan penuh bersemangat. isi pagi kang saya balik petang kang dah settle dah mangkok tu. huiiii.. diet sikit oleh tak. ni zaman berjimat cermat kena buat catuan makanan. hahahhahaa....
~~
obek? biasa aje la. buzy dan buzy dan buzy dan buzy. ada gak la jumpa2 pi dinner. masa rumah almaunah kena pecah tu dia yang temankan saya ke rumah almaunah. tunggu sampai siap selesai urusan dengan pak polisi yang gatal dan nak bergurau tak kena tempat. boleh lak nak tanya dah kawen ke belom, mak ayah dok mana berserta dengan mimik2 muka yang macam joker. apa relevannya soalan tu dengan kejadian pecah rumah. yang pastinya muka dia tu yang macam muka rumah pecah. puiiii... padan le ko konstabel je tak naik2 pangkat.
~~
rindu kat obek. sama2 buzy sekarang ni. owh..takpe la. demi kebaikan dihari kemudian. moga2 duit 5 guni tu akan terbit tak lama lagi. amin...
~~
kereta pulak buat hal. dah start le tu kan nak sakit sana sini. bunyi sana sini. pantang betol. ada je benda yang nak jadi. sabar.. sabar..sabar...
~~
teringin spageti. dah lama teringin tapi tak sempat2 nak makan/beli/masak. kenapa ye? entah la. nak beli rasa macam tak sedap. nak yang ikut anak tekak tapi nak masak rasa rugi sebab kalo buka 1 tin sos tu pon tak boleh habis makan sorang. haihh.. membazir. plus.. takde masa nak masak. dah ajar nezha hari tu cara masak2 pon tak reti2 jugak. sungguh tak boleh disuruh mamat tu. haihhh...
~~
ok la.. dari korang terus juling baca cerita yang tak memberi info ni, baik lah berhenti menulis. adios..
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, October 5, 2010

sama..

hari ni pon takde apa nak cakap.
masih sama seperti semalam.

Monday, October 4, 2010

ssh...




saya takde mood
|
|
|
|
saya susah hati
|
|
|
saya susah hati
|
|
|
|
saya susah hati
|
|
|
.......................................



Friday, October 1, 2010

sakit kepala la..


owh.. sangat comot ok. ni muka pagi tadi. baru bangun tido. dia mesti tido atas kerusi plastik dia tu. entah le mata dia kat mana tu tak nampak pon. tutup mata le tu kot. hehehehe.. comot... tapi comel (for me le), tapi yang pasti sangat nakal tak terhingga.
~~
apa nak ceita hari ni. semalam pon pose kan. balik tu singgah pasar malam. mujur ada parking dekat dengan pasar. so beli la. beli nasi putih, letak laok ikan masak apa ntah, tak tau, dengan sotong sambal tumis 4 ekor. total RM6. lepas tu beli murtabak, kuih hitam kecik2 singgit dan air soya bean. wahhh..meriah makanan berbuka semalam. sampai rumah terus capai penyapu. air tumpah lagi hari ni. saya rasa dia main air celup2 kaki agaknya dalam mangkok air tu. tu le pasal tumpah. geram betol. lepas lap2 semua kemas lebih kurang then azan pon bergema. wahh.. sedut air dulu le. lepas tu makan nasi. tak habis. tak larat. air pon tak habis. murtabak lansong tak makan. kuih hitam kecik2 makan 3 ketul. tu je la. lepas berbuka kepala sakit. berdenyut2. terus mandi dan tidor. huhuhuh..sahur pon tak hari ni. sabar je la. tak boleh nak bangun le pulak. harap larat le hari ni. ni kepala pon tak berapa nak sedap sangat. berat je rasanya.
~~
balik ni banyak keje le pulak. petang ni mesti nak kena beli makanan dan litter sand. sah habis dah. aduhhhh.. leceh betol. esok pon bz jugak. ye..sabtu ahad ni saya bz. obek lak takde. keje kat cmrn. haihhh..bila la dia nak balik ni. rindu la. ehh.. tercakap lak. hahahhahaha....
~~
orang kat office? jangan cerita la. malas.
~~
keje banyak jugak hari ni tapi saya tak larat sangat la..taktau kenapa ni. aduhhh.. beratnya kepala..
~~
ok la.. sikit je tulisan hari ni. tak larat la. nak balik bolehke? opis ni regulation lain sikit. sapa cuti kene potong gaji. hahahhaha....
~~
i love you obek.. (cepat la balik, nak ngadu2 banyak ni)
i love you nezha..(tolong jangan sepah rumah la. penat la)
i love all of you..(have a nice weekend)